menggunakan kelebihan microsoft office powerpoint 2010 untuk linus

5
Microsoft Office PowerPoint 2010 untuk Pengajaran dan Pembelajaran Dewasa ini, penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran kelas semakin meningkat terutama di bandar-bandar besar di negara kita. Begitu juga di sekolah-sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman yang tidak juga kurang hebatnya dalam mengadaptasikan teknologi maklumat atau information and comunication technology (ICT). Justeru itu, aplikasi yang sememangnya sinonim dengan kerja-kerja seharian guru di sekolah sudah pastinya Microsoft Office amat meringankan beban tugas guru. Jika disebut sahaja MS Words dan MS Excel sudah pasti semua guru dan staf sekolah kenal dan tahu cara menggunakannya tetapi jika diperkenalkan MS PowerPoint pula tidak semua yang biasa menggunakannya. Kelebihan MS PowerPoint 2010 MS Powerpoint 2010 mempunyai banyak kelebihan berbanding versi 2007. Sedangkan MS Office 2007 masih belum digunakan sepenuhnya fungsi-fungsi yang ada apatah lagi versi 2010 yang terkini. Apa yang jelas perbezaan di antara kedua-dua versi tersebut ialah fungsi untuk menyimpan fail MS PowerPoint ke bentuk video iaitu format Windows Media Video (.wmv). MS PowerPoint 2010 dapat menyimpan fail dalam bentuk video dan ini amat memudahkan guru kerana video dapat digunakan dalam pelbagai situasi dalam kelas.

Upload: keagan-meang

Post on 04-Aug-2015

310 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Menggunakan Kelebihan Microsoft Office PowerPoint 2010 Untuk LINUS

Microsoft Office PowerPoint 2010 untuk Pengajaran dan Pembelajaran

Dewasa ini, penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran kelas semakin meningkat terutama di bandar-bandar besar di negara kita. Begitu juga di sekolah-sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman yang tidak juga kurang hebatnya dalam mengadaptasikan teknologi maklumat atau information and comunication technology (ICT). Justeru itu, aplikasi yang sememangnya sinonim dengan kerja-kerja seharian guru di sekolah sudah pastinya Microsoft Office amat meringankan beban tugas guru. Jika disebut sahaja MS Words dan MS Excel sudah pasti semua guru dan staf sekolah kenal dan tahu cara menggunakannya tetapi jika diperkenalkan MS PowerPoint pula tidak semua yang biasa menggunakannya.

Kelebihan MS PowerPoint 2010

MS Powerpoint 2010 mempunyai banyak kelebihan berbanding versi 2007. Sedangkan MS Office 2007 masih belum digunakan sepenuhnya fungsi-fungsi yang ada apatah lagi versi 2010 yang terkini. Apa yang jelas perbezaan di antara kedua-dua versi tersebut ialah fungsi untuk menyimpan fail MS PowerPoint ke bentuk video iaitu format Windows Media Video (.wmv). MS PowerPoint 2010 dapat menyimpan fail dalam bentuk video dan ini amat memudahkan guru kerana video dapat digunakan dalam pelbagai situasi dalam kelas.

Page 2: Menggunakan Kelebihan Microsoft Office PowerPoint 2010 Untuk LINUS

Cara-cara untuk menyimpan fail

Sebagai contoh, mula-mula sekali buka aplikasi MS PowerPoint 2010 seperti tertera pada gambar di bawah.

Kemudian, klik pada ikon Microsoft PowerPoint 2010 tersebut dan aplikasi akan diaktifkan.

Kemudian kita bebas untuk mengisi apa jua bahan untuk sesi penyampaian maklumat kepada audien iaitu dalam konteks artikel ini adalah murid kita sendiri.

Contohnya saya akan pergi ke menu ‘Design’ terlebih dahulu untuk menukar latar belakang seperti gambar di bawah.

Page 3: Menggunakan Kelebihan Microsoft Office PowerPoint 2010 Untuk LINUS

Kemudian, saya akan kosongkan paparan tersebut dengan memilih ‘Layout blank”. Hal ini supaya saya mudah meletak kotak perkataan yang dikendaki.

Bina beberapa lagi ‘slide’ supaya ada kesinambungan daripada persembahan slaid yang pertama seperti contoh di bawah.

Untuk memastikan video yang dihasilkan nanti mengikut turutan yang betul kita perlu ke menu ‘slideshow’ untuk menggunakan fungsi ‘Rekod Slide Show’.

Sewaktu merekod slaid, kita boleh merakam audio untuk membantu bacaan murid.

Setelah selesai rakaman dibuat, tekan butang “Esc” pada papan kekunci untuk memberhentikan rakaman dan untuk menyimpan fail tersebut ke bentuk video hendaklah ke menu ‘File’ terlebih dahulu. Kemudian ‘Save As’ sebagai video. Sila lihat gambar di bawah sebagai contoh.

Page 4: Menggunakan Kelebihan Microsoft Office PowerPoint 2010 Untuk LINUS

Akhirnya hasil persembahan anda dalam bentuk video dapat disimpan untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selamat mencuba!