mendirikan khemah

48
MENDIRIKAN KHEMAH PANEL PENGGUBAL KURIKULUM BINA INSAN GURU-PPG PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK [ PPA ] IPGM CYBERJAYA

Upload: oro

Post on 10-Feb-2016

1.521 views

Category:

Documents


59 download

DESCRIPTION

PANEL PENGGUBAL KURIKULUM BINA INSAN GURU-PPG PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK [ PPA ] IPGM CYBERJAYA. MENDIRIKAN KHEMAH. PENGENALAN . - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: MENDIRIKAN KHEMAH

MENDIRIKAN KHEMAH

PANEL PENGGUBAL KURIKULUMBINA INSAN GURU-PPG

PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK [ PPA ]IPGM CYBERJAYA

Page 2: MENDIRIKAN KHEMAH

PENGENALAN

Proses mendirikan khemah adalah satu aktiviti yang mudah. Namun sikap sambil lewa boleh membawa padah. Oleh itu, ketua perlu memastikan tapak khemah perlu sesuai, selamat dan selesa. Berikut ialah beberapa panduan mendirikan khemah yang boleh diaplikasikan.

Page 3: MENDIRIKAN KHEMAH

PEMILIHAN TAPAK PERKHEMAHAN

SUMBER ASAS BENTUK MUKA BUMI PERHUBUNGAN SINAR MATAHARI DENAI BINATANG ARAH KIBLAT ARAH LALUAN ANGIN

Page 4: MENDIRIKAN KHEMAH

Sumber Asas

Untuk memilih kawasan ataupun tapak perkhemahan yang baik, perkara yang paling utama untuk diambil kira ialah sumber alam semulajadi terutamanya punca air. Punca air adalah penting untuk kita memasak, minum, membersihkan diri dan sebagainya. Namun begitu anda DILARANG berkhemah terlalu dekat dengan sungai dikawasan hulu atau berbukit. jika hujan dikawasan ini, terutamanya di sebalah hulu, paras air akan tiba-tiba naik dengan cepat.

Page 5: MENDIRIKAN KHEMAH

BENTUK MUKA BUMI

Bentuk muka bumi yang sesuai adalah tanah rata dan kering. Kedudukan tanah tersebut haruslah tinggi sedikit daripada kawasan disekitarnya untuk mengelakkan air bertakung / banjir ketika hujan lebat. Permukaan tanah juga seharusnya tidak berbatu-batu kerana ia tidak menyelesakan ketika tidur.

Page 6: MENDIRIKAN KHEMAH

Tambahan pula, ia boleh merosakkan alas khemah anda. Anda juga tidak digalakkan untuk mendirikan khemah di bawah pokok yang besar ataupun yang sudah tua. Kerana dikhuatiri dahan yang besar dari pokok tersebut akan menghempap khemah anda. Anda juga harus memastikan bahawa tapak perkhemahan anda jauh dari semak dan belukar kerana kawasan begini merupakan tempat sarang serangga ataupun binatang merayap seperti ular, kala jengking dan lipan.

Page 7: MENDIRIKAN KHEMAH

Bukan itu sahaja, tunas lalang yang tajam boleh mengoyakkan khemah. Tetapi anda juga diingatkan supaya tidak mencari kawasan yang terlalu lapang, sekurangnya tidak jauh dari tempat anda mempunyai pokok atau bukit untuk mengelakkan ancaman angin. Anda juga dilarang untuk mendirikan khemah yang terlalu dekat dengan kaki bukit kerana bahaya tanah runtuh.

Page 8: MENDIRIKAN KHEMAH

Perhubungan

Kawasan yang anda pilih sekurang-kurangnya mempunyai cara untuk berhubung dengan orang diluar kawasan perkhemahan tersebut seperti jalan raya, telefon awam, balai polis, rumah penduduk kampung dan sebagainya. Ini untuk memudahkan anda mendapatkan bantuan segera jika perlu. Jika anda menjalankan aktiviti ini dikawasan yang terpencil atau jauh kedalam hutan, pastikan anda berhampiran dengan tanah lapang dan tinggi supaya kedudukan anda mudah dikesan dari udara.

Page 9: MENDIRIKAN KHEMAH

Sinar Matahari

Kedudukan anda seharusnya mendapat sinar matahari disebelah pagi untuk tujuan mengeringkan udara lembap dalam khemah dan juga mengeringkan pakaian dan peralatan yang basah. Pemandangan yang indah juga tidak kurang pentingnya kerana ia dapat memberikan ketenangan kepada kita serta perkhemahan kita menjadi lebih seronok.

Page 10: MENDIRIKAN KHEMAH

Denai Binatang

Jangan sekali-kali mendirikan khemah dikawasan denai binatang. Kerana dikhuatiri khemah anda akan menjadi mangsa rempuhan binatang yang menggunakan denai tersebut.

Page 11: MENDIRIKAN KHEMAH

Arah Kiblat

Setibanya di suatu lokasi yang sesuai, yang perlu di perhatikan adalah di mana arah kiblat daripada kawasan tersebut, dan jadikan kawasan tersebut di hadapan, atau wujudkan satu lokasi untuk menunaikan Solat. Sekiranya ada orang yang ingin mendirikan Solat di tempat itu, dia tidak menghadap apa-apa aktiviti menusia.

Page 12: MENDIRIKAN KHEMAH

Arah Laluan Angin Walaupun keadaan angin tidak

menentu, tetapi ini boleh di perhatikan melalui bentuk muka bumi dan kawasan laluan angin "majoriti". Setelah perkara-perkara ini diketahui, barulah kita cuba memenuhi kriteria asas yang lainnya

Page 13: MENDIRIKAN KHEMAH

MENDIRIKAN/MEMASANG KHEMAH

Khemah didirikan (dipasang) untuk membuat tempat kediaman sementara bagi berteduh daripada panas dan hujan. Biasanya, Khemah diperbuat daripada kain tebal, kain layar, campuran palastik (nilon) dan sebagainya.Pada masa kini, khemah yang dibuat daripada nilon lebih popular kerana ia adalah ringan dan senang dibawa ketempat perkhemahan.

Page 14: MENDIRIKAN KHEMAH

Anda seharusnya mengetahui nama bahagian yang terdapat pada khemah. Kebiasaannya, sebuah khemah mempunyai bahagian seperti dinding, bumbung, pancang, tali pancang, penahan angina, tiang daripada kayu atau besi pintu. Sesetengah khemah mempunyai pintu dan penahan angin. Terdapat juga khemah yang tidak mempunyai tiang besi yang siap. Selain itu,terdapat juga khemah pasang siap seperti khemah ridge.

Page 15: MENDIRIKAN KHEMAH

Bahagian-Bahagian Khemah

Page 16: MENDIRIKAN KHEMAH

JENIS-JENIS KHEMAH

Khemah satu tiang adalah ringan dan senang didirikan. Khemah jenis ini sesuai untuk perkhemahan ringkas. Ia boleh ditegakkan dengan menggunakan satu tiang seperti pada rajah. Khemah satu tiang juga dapat digunakan oleh seorang atau dua orang peserta sahaja.

Page 17: MENDIRIKAN KHEMAH

Khemah Satu Tiang

Page 18: MENDIRIKAN KHEMAH

Khemah Bentuk ‘A’

Khemah Bentuk ‘A’ dapat digunakan oleh tiga hingga enam orang peserta.

Khemah jenis ini sesuai digunaakn untuk mengahadiri perkhemahan ringkas dan kumpulan.

Khemah ini juga senang dibawa dan didirikan serta ringan. Ia boleh ditegak dengan menggunakan dua batang tiang dan satu batang bumbung.

Anda juga boleh menggunakan tali yang ditegangkan bagi membentuk bumbung khemah seperti penerangan dalam tajuk mendirikan khemah.

Page 19: MENDIRIKAN KHEMAH

Khemah Bentuk Dinding

Khemah bentuk dinding sesuai digunakan untuk perkhemahan kumpulan.

Khemah ini senang dibawa,disimpan dan didirikan. Bentuk Khemah ini lebih kurang sama dengan

khemah bentuk ‘ A’ . Khemah bentuk dinding mempunyai penahan

angin atau hujung bahagian tepi. Penahan angin ini tingginya lebih kurang 15 -25

sentimeter. Khemah bentuk ini mempunyai ukuran 7.75 meter

panjang dan 3.9 -4.2 meter lebar(termasuk penahan angin).

Page 20: MENDIRIKAN KHEMAH

Khemah bentuk ini sesuai bagi suatu kumpulan patrol.

Harganya tidak mahal berbanding dengankhemah bentuk lain.

Khemah ini lebih selesa digunakan dan mempunyai ruang yang luas untuk berehat.

Khemah ini juga sesuai digunakan oleh satu patrol yang mempunyai ahli lebih kurang enam hingga lapan orang.

Cara mendirikan khemah jenis ini sama dengan cara mendirikan khemah bentuk ‘A’.

Page 21: MENDIRIKAN KHEMAH

Khemah Bentuk Dinding 1

Page 22: MENDIRIKAN KHEMAH

Khemah Bentuk Dinding 2

Page 23: MENDIRIKAN KHEMAH

Khemah Ridge

Sekarang kebanyakan kumpulan menggunakan khemah ridge untuk berkhemah.

Khemah ini sangat sesuai digunakan bagi berkhemah dikawasan pergunungan, ditepi sungai, jambori dan sebagainya.

Khemah ini sesuai untuk tiga hingga sepuluh orang peserta.

Khemah ini boleh dikelaskan kepada 3 jenis, iaitu khemah ridge jenis helaian terbang (tent barque

double), khemah ridge dua tiang dan khemah ridge besar.

Page 24: MENDIRIKAN KHEMAH

Khemah ridge helaian terbang sangat senang dibawa dan ringan.

Biasanya, khemah jenis ini diperbuat daripada nilon atau terilin.

Tiang khemah ini diperbuat daripada aluminium atau aloi (pancalogam).

Khemah ini dapat memuatkan antara empat hingga tujuh orang peserta.

Page 25: MENDIRIKAN KHEMAH

Khemah Bentuk Helaian Terbang

Page 26: MENDIRIKAN KHEMAH

Bentuk khemah ridge dua tiang lebih kurang sama dengan bentuk khemah dinding.

Khemah ridge ini mempunyai dua lapis bahagian bumbungnya.

Khemah ini lebih mahal harganya, namun kebanyakan kumpulan menggunakan khemah jenis ini.

Khemah ini dapat memuatkan tiga hingga enam orang peserta.

Tiang dan bumbungnya diperbuat daripada aluminium.

Page 27: MENDIRIKAN KHEMAH

Khemah Bentuk Ridge Dua Tiang

Page 28: MENDIRIKAN KHEMAH

Khemah rigde besar biasanya diperbuat daripada kanvas.

Khemah jenis ini terdapat dalam berbagai – bagai saiz dan berat.

Misalnya, 35 kg, 40 kg dan tank 110kg. Khemah jenis ini dapat menampung seramai 10

hingga 40 orang penghuni. Biasanya, khemah ini digunakan diperkhemahan

tertentu dan terlampau berat untuk dibawa. Tank 110 kg hanya digunakan oleh pasukan

tentera Negara kita. Khemah ridge ditegakkan dengan menggunakan

aloi.

Page 29: MENDIRIKAN KHEMAH

Khemah Bentuk Ridge Besar

Page 30: MENDIRIKAN KHEMAH

KAYU PANCANG DAN CARA MEMANCANG

Sesetengah khemah seperti khemah bentuk dinding dan khemah bentuk ‘A’ tidak mempunyai pancang yang telah siap.

Pancang khemah ini perlu dibuat dikawasan perkhemahan.

Biasanya khemah bentuk ridge mempunyai pancang yang telah siap.

Apabila berkhemah dikawasan berpasir, tanah lembut dan semasa angina bertiup kencang, pancang yang telah siap tidak sesuai digunakan. Ini kerana pancangnya pendek.

Page 31: MENDIRIKAN KHEMAH

Pancang yang dibuat daripada batang kayu sebesar ibu jari kaki dan panjangnya 0.3 -0.4 meter boleh dibuat dikawasan perkhemahan.

Hujung panjang ditajamkan seperti pada rajah 4.8(a). Pancang juga boleh dibuat daripada kayu yang leper (papan) seperti pada rajah 4.8(b).

Apabila memancang tali khemah, pancang yang digunakan seharusnya diketuk dengan pengetuk supaya kedudukannya bersudut tepat dengan tali khemah dan bersudut 45° dengan tanah seperti pada rajah 4.8(c).

Setelah memastikan kedudukan pancang betul dan teguh,anda boleh mengikat tali khemah pada pancang tersebut

Page 32: MENDIRIKAN KHEMAH

Terdapat dua cara mengikat tali khemah pada pancangnya apabila tali khemah yang telah siap dengan pengubahsuainya seperti pada rajah 4.8 (d),anda boleh menegang dan mengendurkan tali khemah dengan cara mengubah kedudukan kayu pengubahsuainya.

Cara yang kedua ialah anda boleh menggunakan ikatan belitbagi mengikat tali pada pancangnya.

Biasanya, seorang yang belum mahir berkhemah,akan mengikat tali pada pancangnya.

Selepas itu, barulah mereka mengetuk pancang kedalam tanah.

Keadaan ini menyebabkan tali khemah akan menjadi kendur dan pancang menjadi tidakteguh dan kemas.

Page 33: MENDIRIKAN KHEMAH

Tali khemah pada pancang seharusnya dikendurkan sedikit ikatannya sewaktu hujan.

Tali khemah akan menjadi semakin tegang sewaktu hujan kerana proses pengecutan dan ditimpa hujan.

Tali yang terlampau tegang boleh menyebabkan khemah mudah rosak dan koyak.

Page 34: MENDIRIKAN KHEMAH

Pancang Daripada Kayu Yang Leper

Page 35: MENDIRIKAN KHEMAH

Cara Mengetuk Pancang Khemah

Page 36: MENDIRIKAN KHEMAH

MENDIRIKAN KHEMAH

Setelah menetapkan kawasan untuk mendirikan khemah, kitahendaklah mengetahui cara mendirikan khemah.

Secara amnya terdapat dua cara mendirikan khemah, iaitu cara mendirikan khemah bentuk ‘A’ dan dinding serta nara mendirikan khemah bentuk ridge.

Page 37: MENDIRIKAN KHEMAH

Mendirikan Khemah Bentuk ‘A’ dan Dinding  Kedua- dua jenis khemah ini boleh didirikan

dengan menggunakan duabatang tiang dan satu batang kayu bumbung.

Potong kayu atau buluh yang tingginya antara 1.2 – 1.5 meter untuk tiang khemah.

Kemudian, tanamkan kedua –dua tiang khemah.

Selepas itu, ikat kayu bumbung dengan menggunakan ikat seraya.

Seterusnya pasang helaian khemah seperti pada rajah 4.9

Page 38: MENDIRIKAN KHEMAH

Cara Memasang Helaian Khemah

Page 39: MENDIRIKAN KHEMAH

Cara Memasang Khemah Yang Ringkas

Page 40: MENDIRIKAN KHEMAH

Kadangkala semasa kecemasan, kita boleh mendirikan kedua-dua jenis khemah ini dengan menggunakan seutas tali.

Kita seharusnya mencari dua batang pokok yang jaraknya sesuai untuk membentang khemah. Ikat batang poko tersebut dengan menggunakan lilit dua simpul.

Kemudian, pasangkan hekaian khemah seperti rajah 4.10 kita seharusnya membalut pokok tersebut untuk mengelakan berlakunya kerosakan disebabkan oleh talipada pokok yang digunakan.

Page 41: MENDIRIKAN KHEMAH

Mendirikan Khemah Bentuk Ridge Khemah ridge dua tiang merupakan khemah pasang siap. Khemah jenis

ini dapat didirikan dengan membentangkan ground sheet ditempat yang akan didirikan khemah.

 1. Pancangkan keempat – empat penjuru dengan tegang seperti pada

rajah 4.11 (a ).

2. Pasang semua tiang dan besi bumbung khemah

3. Sambungkan tiang dan batang bumbung dengan sambungan yang betul seperti rajah 4.11( b ).

4. ketuk pancang dan ikat tali dipancang pada rajah 4.11 ( c ).

5. Dirikan tiang khemah perlahan – lahan pada rajah 4.11 ( d ).

6. Ikat dengan tegang tali khemah seperti pada rajah 4.11 ( e ). 

Page 42: MENDIRIKAN KHEMAH

Beberapa peringatan yang harus diikuti oleh setiap peserta semasa mendirikan khemah ialah:

1. Parit –parit kecil disekeliling khemah seharusnya dibina supaya air hujan yang turun dapat mengalir jauh dari khemah.

2. Tali khemah seharusnya diikat dengan tegang dan betul ke pancangnya supaya khemah tidak menggelendong.

3. Jarak antara khemah tidak terlalu hamper. Keadaan ini boleh menyebabkan pergerakan dalam khemah merbahaya.Jarak yang terlampau jauh pula akan menyukarkan perhubungan antara peserta .Jarak yang sesuai adalah lebih kurang 3.4 meter.

4. Apabila berkhemah dihutan, kita seharusnya membawa ubat nyamuk dan serbuk sulfur(belerang). Serbuk sulfur ditaburkan disekeliling khemah untuk mengelakkan binatang berbisa daripada memasuki khemah pada waktu malam.

Page 43: MENDIRIKAN KHEMAH

Langkah-Langkah Mendirikan Khemah Ridge

Page 44: MENDIRIKAN KHEMAH

KESELAMATAN KHEMAH

Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau terlalu hampir dengan khemah.

Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai pakaian.

Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah.

Digalakkan makan di luar khemah untuk mengelakkan semut atau binatang lain dari memasuki khemah.

Page 45: MENDIRIKAN KHEMAH

Pastikan khemah ditutup jika tiada orang di dalamnya.

Pastikan di luar dan dalam khemah sentiasa berkeadaan bersih dan kemas.

Merokok adalah di larang sama sekali di dalam khemah.

Pastikan khemah yang dipasang adalah kukuh dan selamat untuk digunakan

Page 46: MENDIRIKAN KHEMAH

PENJAGAAN KHEMAH

Pasang khemah mengikut prinsip dan teknik yang betul

Bersihkan dan keringkan khemah sebelum ia disimpan.

Tidak mencuci khemah dengan menggunakan sabun atau bahan pencuci yang mengandungi bahan kimia

Khemah hendaklah disimpan ditempat yang sesuai dan selamat daripada ancaman haiwan perosak dan ditempat yang kering.

Pastikan semua alatan yang digunakan untuk mendirikan khemah diperiksa dan lengkap sebelum disimpan.

Page 47: MENDIRIKAN KHEMAH

PANEL PENGGUBAL KURIKULUM BIG-PPG

Bil. Nama Jabatan / Institut

1 Puan Hjh Dr.Noriati binti Abd,Rashid PenyelarasPengarahPusat Pengembangan Akademik, IPGM, KPM

2 En.Baharuddin bin Ab. Latiff Pen.Penyelaras Pusat Pengembangan Akademik, IPGM, KPM

3 En. Ahmad Sukri b. Mustaffa Ahli IPG Kampus Darulaman, Kedah Darul Aman

4 Tuan Haji Ruslan bin Saad Ahli IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman

5 En. Mohamad Hafedz b. Salleh Ahli IPG Kampus Darulaman, Kedah Darul Aman

6 En. Hishamuddin bin Hassan Ahli IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Baharu DT

7 En.Zakaria bin Mustaffa Ahli IPG Kampun Bahasa Melayu, Kuala Lumpur8 Tuan Haji Norhizan b. Zainol Ahli IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Baharu DT

9 En.Zulkapli bin Wagini Ahli IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur

Page 48: MENDIRIKAN KHEMAH

SEKIAN, TERIMA KASIH