menabung merupakan satu amalan yang baik

54
Menabung merupakan satu amalan yang baik. Menabung membolehkan seseorang belajar merancang masa depannya dengan baik. Amalan menabung ini akan memberi manfaat kepada diri sendiri dan keluarga.Walaupun menabung mengambil masa yang agak lama untuk menjadi banyak namun ia mendidik seseorang itu bersikap sabar dan sentiasa berusaha.Bak kata pepatah Melayu 'sedikit-sedikit,lama-lama jadi bukit.'Pepatah ini amat sesuai digunakan sebagai galakan kepada kanak- kanak untuk menabung. Amalan menabung ini seharusnya diteruskan sepanjang hayat.Hal ini berlaku demikian kerana apabila kita menghadapi masalah kewangan atau dalam kesusahan,kita dapat mengeluarkan simpanan kita untuk digunakan.Ibaratnya 'sediakan payung sebelum hujan'. Justeru,ibu bapa harus memberi galakan kepada anak-anak mereka supaya mengamalkan amalan ini.Anggaplah amalan menabung ini satu kepentingan dan perkara yang menguntungkan. Oleh itu,amalan ini memberi banyak kebaikan kepada seseorang.Kita hendaklah bijak dalam merancang perbelanjaan seharian bagi menjamin masa hadapan yang lebih terjamin.

Upload: jessica-king

Post on 26-Jul-2015

188 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Menabung merupakan satu amalan yang baik. Menabung membolehkan seseorang belajar merancang masa depannya dengan baik.

Amalan menabung ini akan memberi manfaat kepada diri sendiri dan keluarga.Walaupun menabung mengambil masa yang agak lama untuk menjadi banyak namun ia mendidik seseorang itu bersikap sabar dan sentiasa berusaha.Bak kata pepatah Melayu 'sedikit-sedikit,lama-lama jadi bukit.'Pepatah ini amat sesuai digunakan sebagai galakan kepada kanak-kanak untuk menabung.

Amalan menabung ini seharusnya diteruskan sepanjang hayat.Hal ini berlaku demikian kerana apabila kita menghadapi masalah kewangan atau dalam kesusahan,kita dapat mengeluarkan simpanan kita untuk digunakan.Ibaratnya 'sediakan payung sebelum hujan'.

Justeru,ibu bapa harus memberi galakan kepada anak-anak mereka supaya mengamalkan amalan ini.Anggaplah amalan menabung ini satu kepentingan dan perkara yang menguntungkan.

Oleh itu,amalan ini memberi banyak kebaikan kepada seseorang.Kita hendaklah bijak dalam merancang perbelanjaan seharian bagi menjamin masa hadapan yang lebih terjamin.

Semua orang tanpa mengira usia perlulah menyemai minat membaca dalam sanubari mereka. Amalan membaca memberikan banyak faedah kepada seseorang itu sepanjang hidupnya sama ada disedari atau tidak oleh diri individu tersebut.

Manfaat yang jelas diberikan oleh sikap membaca ialah ilmu pengetahuan seseorang itu dalam pelbagai bidang akan bertambah. Pemilikan pengetahuan ini memudahkan seseorang itu untuk menyesuaiakan diri dalam kehidupan era moden yang penuh cabaran ini.

Tambahan pula, sikap membaca boleh menjadi satu cara yang paling mudah dan murah untuk menghabiskan masa lapang. Seseorang itu hanya perlu membeli majalah, akhbar atau buku dan duduk membaca di mana-mana yang sesuai buat mereka berjam-jam lamanya tanpa sebarang gangguan.

Bahan bacaan juga boleh menjadi satu cara untuk menghiburkan seseorang itu terutama ketika keseorangan. Ada banyak bahan bacaan yang mampu memberikan pelbagai bentuk hiburan seperti novel, cerpen dan puisi kepada pembacanya dengan mudah.

Malah, membaca juga boleh membantu seseorang itu terutama pelajar untuk lulus dengan baik dalam peperiksaannya. Semakin banyak buku yang dibaca semakin besarlah peluang pelajar itu untuk lulus dengan cemerlang kerana semua soalan peperiksaan berdasarkan bahan bacaan yang diberikan oleh pihak sekolah.

Konklusinya, tabiat suka membaca perlu dipupuk sejak kecil. Minat ini kemudiannya akan berkembang apabila mereka menjadi dewasa lalu amalan ini akan terus wujud dalam diri seseorang itu.

Ivy99

Posts: 60Join date: 2010-08-06

Tulis sebuah syarahan yang bertajuk “Faedah Bergoyong-royong:.

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, Guru Besar, guru-guru, dan para hadirin. Ada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Faedah Bergotong-royong”.

Hadirin sekalian,

Menurut Kamus Dewan 2009, konsep gotong-royong membawa maksud mengerjakan atau mengusahakan sesuatu secara bersama-sama. Berdasarkan makna ini, sebarang aktiviti kerja yang dilaksanakan secara bersama-sama bolehlah dianggap sebagai bergotong-royong.

Amalan bergotong-royong memastikan semua kerja dapat dilaksanakan dengan cepat, mudah dan menjimatkan kos serta meriah. Sebagai contoh, majlis perkahwinan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan jika semua ahli masyarakat bekerjasama melaksanakannya selain menjimatkan kos untuk mengupah orang datang memasak atau membina pelamin buat pasangan pengantin. Ringkasnya, sikap mementingkan diri dapat dihindarkan menerusi amalan yang murni ini.

Di kampung-kampung, amalan ini masih lagi boleh dilihat dan berlaku sehingga hari ini. Dengan amalan ini, kita bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan masa tetapi mengeratkan perpaduan sesama ahli masyarakat setempat kerana berlakunya interaksi ketika amaln bergotong-royong ini dilakukan.

Oleh itu, amalan ini merupakan satu tradisi mulia yang perlu dikekalkan. Kita sebagai rakyat di negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu mengekalkan amalan murni ini supaya satu masyarakat yang bersatu-padu mampu dihasilkan dengan mudah. Perpaduan yang selama ini wujud banyak bergantung kepada kekerapan aktiviti bergotong-royong ini dilakukan.

Memandangkan masa tidak mengizinkan saya untuk terus berkata-kata, biarlah saya mengundurkan diri dahulu.

Tulis sebuah syarahan yang bertajuk “Faedah Bergoyong-royong:.

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, Guru Besar, guru-guru, dan para hadirin. Ada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Faedah Bergotong-royong”.

Hadirin sekalian,

Menurut Kamus Dewan 2009, konsep gotong-royong membawa maksud mengerjakan atau mengusahakan sesuatu secara bersama-sama. Berdasarkan makna ini, sebarang aktiviti kerja yang dilaksanakan secara bersama-sama bolehlah dianggap sebagai bergotong-royong.

Amalan bergotong-royong memastikan semua kerja dapat dilaksanakan dengan cepat, mudah dan menjimatkan kos serta meriah. Sebagai contoh, majlis perkahwinan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan jika semua ahli masyarakat bekerjasama melaksanakannya selain menjimatkan kos untuk mengupah orang datang memasak atau membina pelamin buat pasangan pengantin. Ringkasnya, sikap mementingkan diri dapat dihindarkan menerusi amalan yang murni ini.

Di kampung-kampung, amalan ini masih lagi boleh dilihat dan berlaku sehingga hari ini. Dengan amalan ini, kita bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan masa tetapi mengeratkan perpaduan sesama ahli masyarakat setempat kerana berlakunya interaksi ketika amaln bergotong-royong ini dilakukan.

Oleh itu, amalan ini merupakan satu tradisi mulia yang perlu dikekalkan. Kita sebagai rakyat di negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu mengekalkan amalan murni ini supaya satu masyarakat yang bersatu-padu mampu dihasilkan dengan mudah. Perpaduan yang selama ini wujud banyak bergantung kepada kekerapan aktiviti bergotong-royong ini dilakukan.

Memandangkan masa tidak mengizinkan saya untuk terus berkata-kata, biarlah saya mengundurkan diri dahulu.

Sumbangan Sains dan Teknologi Dalam Kehidupan Manusia. Bincangkan

Kehidupan manusia memang banyak dipengaruhi oleh sains dan teknologi. Lihat sahaja ciptaan seperti kereta, rumah dan komputer yang begitu lumrah dalam kehidupan manusia kini. Jadi, memang banyak sumbangan yang wujud.

Kewujudan teknologi dan sains telah menyebabkan banyak kerja manusia menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan. Bayangkan kerja mengemas rumah tanpa alat pembersih habuk atau mesin pembasuh pakaian yang menyenangkan kerja membasuh baju kita. Kerja mengemas yang mudah ini menjadikan kehidupan manusia lebih produktif.

Selain itu, teknologi dan sains juga mampu menjimatkan masa perjalanan seseorang dengan terciptalah system pengangkutan moden. Manusia boleh bergerak ke satu tempat yang lain dengan mudah melalui kereta, kapal terbang dan kapal laut serta kereta api. Kalau dahulu perjalanan memakan masa sebulan atau setahun kini perjalanan itu hanya memerlukan beberapa jam atau minit sahaja.

Malahan, manusia juga memperoleh banyak ilmu pengetahuan menerusi teknologi dan sains ini. Kini sudah wujud buku secara elektronik dan internet pula memudahkan manusia untuk memperoleh pelbagai informasi dengan hanya menekan papan kekunci komputer mereka sahaja. Manusia menjadi semakin mengetahui keadaan sekeliling mereka dengan kemunculan teknologi dan sains ini.

Sebenarnya, semua hasil ciptaan sains dan teknologi menjadikan kehidupan manusia lebih selesa. Kalau dahulu manusia terpaksa bekerja keras untuk melakukan sesuatu kini sudah berubah. Hasil teknologi dan sains menjadikan wujudnya pelbagai peralatan yang menjadikan manusia lebih baik kehidupannya.

Kesimpulannya, teknologi dan sains memang memberi sumbangan yang ketara terhadap kehidupan kita semua. Mungkin ada hasil ciptaan itu membawa keburukan tetapi semua kesan buruk itu ditimbulkan oleh sikap manusia sendiri. Oleh itu, kita harus menghargai semua ciptaan sains dan teknologi ini.

Tajuk:Saya Sebuah Basikal

Aku berasal dari ‘Negara Matahari Terbit’. Aku dibuat di sebuah kilang besi waja yang tidak besar. Badanku terdiri daripada besi waja, getah asli, kaca dan plastik.

Apabila badanku telah siap dibuat, aku disebut basikal. Aku dan kawan-kawanku yang lain dipamerkan di sebuah bilik pameran. Aku berasa sungguh gembira kerana ramai orang memuji kecantikanku.

Tidak lama kemudian aku dan kawan-kawanku menaiki sebuah kapal dagang. Aku berasa sungguh seronok apabila mendapati kami akan dihantar ke Malaysia. Melalui perbualan dua orang kelasi kapal itu, aku mendapati ramai kanak-kanak di Malaysia ingin memilikiku. Aku semakin bangga.

Nasib kami sungguh malang . Kapal kami karam. Aku dan kawan-kawanku lemas. Setahun kemudian, aku dijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu badanku sudah berkarat. Penyelam itu membawa aku dan kawan-kawanku ke kedai yang membeli besi buruk. Aku dijual di situ.

Aku berasa sungguh kesal kerana aku telah menjadi bahan terbuang sebelum sempat mencurahkan baktiku kepada orang Malaysia.

Tajuk : Aku sehelai baju

Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan, aku dipakaikan pada sebuah patung dan diletakkan di dalam cermin. Tanda harga yang terlekat di badanku menunjukkan RM 350.

Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadia bernama Linda. Linda memakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja kawan-kawan Linda melihat diriku mereka semua memuji kecantikan yang aku miliki.

Selang beberapa bulan, Linda ingin memakaiku sekali lagi. Apabila melihat badanku berkedut, dia mengambil seterika lalu menggosokku.

Ketika badanku diseterika, telefon berdering. Linda berlari meninggalkan aku sehingga terlupa untuk menutup suis seterika. Badanku mula terasa panas. Aku cuba menahan keperitan, tetapi akhirnya aku hanya mampu menangis kerana terlampau sakit. Lama-kelamaan sebahagian badanku terbakar.

Apabila terhidu bau benda terbakar, Linda tergesa-gesa mendapatkanku. Tetapi sudah terlambat kerana aku tidak boleh diselamatkan lagi. Kini aku hanya menjadi penghuni setia almari usang.

Hidup Seorang Penoreh getah

Pak Cik saya penoreh getah. Rumahnya tidak jauh dari sebuah kebun getah. Kebun getah itu kepunyaan dirinya sendiri.

Setiap hari, pagi-pagi lagi dia sudah keluar dari rumahnya untuk pergi menoreh. Dia menunggang sebuah basikal.

Pak Cik saya memakai topi yang berlampu suluh di kepalanya. Tujuannya supaya kerja-kerja menoreh getah dapat dilakukan walaupun keadaan masih gelap. Dia menoreh getah dari sebatang pokok ke sebatang pokok getah yang lain sehinggalah kerja-kerja menoreh itu selesai dijalankan.

Sejam kemudian, pakcik saya akan mengumpul susu getah yang telah bertakung di dalam sebuah mangkuk setiap pokok getah yang ditorehnya tadi. Susu getah dikumpul ke dalam sebuah baldi kecil. Apabila baldi kecil itu penuh, dia akan memindahkan susu getah itu ke dalam sebuah takungan besar.

Lebih kurang pukul 12.00 tengah hari, pekerjaan itu pun selesai. Pak Cik saya akan menghantar susu getah yang telah terkumpul itu ke pusat penjualan.

Sudahkan cerita di bawah ini.

Saya mengayuh basikal agak perlahan. Walaupun lampu elektrik menerangi jalan, tetapi saya perlu berhati-hati. Saya bimbang termasuk lubang atau terbabas ke dalam parit. Sambil mengayuh, saya sempat berbual dengan Ahmad yang duduk di belakang. Tiba-tiba saya ternampak susuk tubuh manusia menuju belakang balai raya. Tanpa membuang masa ………

Tanpa membuang masa , saya memberhentikan basikal. Ahmad kehairanan, tetapi saya segera memberitahunya. Ahmad faham. Basikal saya baringkan di tepi jalan raya.

Tiba-tiba saya terdengar cermin pecah. Saya yakin sudah tentu lelaki itu seorang pencuri. Dua bulan lalu kaset dan pinggan mangkuk dicuri orang. Mungkinkah kejadian yang sama akan berulang ?

Pencuri itu mesti ditangkap, kata hati saya. Saya meminta Ahmad mengawasi pencuri itu kerana saya hendak ke rumah Tuk Ketua. Tetapi sebelum sampai di rumah Tuk Ketua, saya nampak ramai orang baru keluar dari masjid. Salah seorang daripadanya ialah Tuk Ketua. Saya masuk ke perkarangan masjid. Di situ saya segera ceritakan apa yang saya lihat. Tuk Ketua segera memberi taklimat . Kemudian mereka segera bergerak menuju ke balai raya.

Sampai di balai raya, seramai lima orang menuju ke bahagian belakang dan sebahagian lagi menjaga bahagian kiri, kanan dan depan. Mereka melangkah serentak merapati balai raya. Lelaki di dalam balai raya itu perasan, tetapi tidak sempat melarikan diri. Lelaki itu akhirnya dapat ditangkap. Kemudian Tuk Ketua mengucapkan terima kasih kepada saya dan Ahmad.

Tiba-tiba aku terdengar orang mengetuk tingkap bilikku. Aku ....

***   ***   ***   ***   ***

Tiba-tiba aku terdengar orang mengetuk tingkap bilikku. Aku segera membuka tingkap tersebut. Rupa-rupanya jiranku, Mak Cik Jamilah. Mak Cik Jamilah memberitahuku bahawa anaknya diserang demam panas. Suaminya tiada di rumah kerana sedang berkursus.

Aku segera ke ruang tamu. Aku memberitahu ayah dan ibuku bahawa anak mak cik Jamilah diserang demam panas. Ayah dan ibuku segera ke rumah jiranku itu untuk menbantu mereka.

Ibu dan Mak Cik Jamilah memapah Serina masuk ke dalam kereta ayahku untuk dibawa ke klinik yang berhampiran. Ibu menyuruh aku menjaga rumah dan mengunci pintu. Aku patuh nasihat ibuku.

Aku berasa bimbang akan Serina yang diserang demam panas. Aku hanya mampu berdoa kepada Allah supaya Serina selamat.

Tidak lama kemudian, aku terdengar enjin kereta ayahku. Aku segera membuka pintu. Ibu memberitahu aku bahawa Serina ditahan di wad.

Keesokan harinya, Aku dan keluargaku menziarahi Serina di hospital. Aku bersyukur kerana Serina kini sudah hampir sembuh. Mak cik Jamilah mengucapkan terima kasih kepada aku dan keluargaku.

Aku baru selesai menghadiri kelas tambahan. Aku segera mengambil basikalku di tempat letak basikal. Tiba-tiba .....

***   ***   ***   ***   ***

Aku baru selesai menghadiri kelas tambahan. Aku segera mengambil basikalku di tempat letak basikal. Tiba-tiba aku dapati kunci basikal aku hilang. Aku berasa sungguh bimbang.

Aku mencari kunci basikalku di tempat letak basikal. Malangnya kunci basikalku tiada. Jam tangan aku menunjukkan hampir pukul 3.00 petang. Aku berasa sangsat takut.

Aku terus pergi ke pondok telefon yang berhampiran.Mujurlah aku mempunyai wang syiling. Aku menelefon ibuku. Aku memberitahu ibu tentang kehilangan kunci basikalku. Ibuku menyuruhku menunggu di sekolah.

Tidak lama kemudian, ibuku pun datang. Ibu dan aku mengangkat basikal lalu memasukkan ke dalam kereta.

Ibuku membawa aku ke kedai membuat kunci. Ibuku menempah kunci baru untuk basikalku. Selepas beberapa minit, kunci baru siap dipasang. Aku berasa sungguh gembira. Ibuku menasihati aku agar tidak cuai lagi.

Semenjak kejadian itu menimpaku, ibu dan bapaku melarang aku menunggang basikal ke sekolah lagi. Aku dihantar oleh ayah ke sekolah. Aku berasa sungguh sedih kerana tidak dapat berbasikal ke sekolah bersama rakan-rakanku lagi.

Sebaik sahaja loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat, aku terus menuju ke pintu pagar sekolah untuk pulang cepat. Ketika dalam perjalanan .....

***   ***   ***   ***   ***

Sebaik sahaja loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat, aku terus menuju ke pintu pagar sekolah untuk pulang cepat. Ketika dalam perjalanan pulang, aku terdengar suara wanita menjerit. Rupa-rupanya beg tangan wanita itu diragut oleh dua orang lelaki bermotosikal. Apa yang mengejutkan wanita itu ialah jiranku Mak Cik Nadia.

Aku terus mencatat nombor plat motosikal yang ditunggang oleh dua orang peragut tersebut. Aku memujuk Mak Cik Nadia supaya bersabar. Nasib baik Mak Cik Nadia tidak mengalami kecederaan yang teruk.

Aku terus ke pondok telefon yang berhampiran untuk menelefon pihak polis. Tidak lama kemudian, beberapa orang polis datang. Meraka membawa aku dan Mak Cik Nadia ke balai polis untuk membuat laporan. Aku memberitahu nombor plat motosikal dan jenis motosikal peragut itu. Aku juga memberitahu yang mereka melarikan diri  ke Jalan Sulaiman. Pihak polis mengucapkan terima kasih kepadaku.

Setelah beberapa jam, pihak polis berjaya memberkas dua orang lelaki tersebut. Pihak polis menghantar aku dan Mak Cik Nadia pulang ke rumah. Ibu bapaku berasa terkejut sebaik sahaja melihat aku keluar daripada kereta polis. Pihak polis menceritakan kepada ibu bapaku apa yang terjadi.

Ketika aku pulang dari sekolah, aku ternampak seorang kanak-kanak sedang menangis di tepi jalan. Aku berasa simpati .....

***   ***   ***   ***   ***

Ketika aku pulang dari sekolah, aku ternampak seorang kanak-kanak sedang menangis di tepi jalan. Aku berasa simpati melihat budak itu.

Aku terus menghampiri budak tersebut sambil menuntun basikalku. Rupa-rupanya budak itu ialah anak jiranku, Nurul. Aku memujuk Nurul supaya berhenti menangis. Aku menyuruh Nurul menceritakan apa yang telah berlaku. Rupa-rupanya Nurul ketinggalan bas. Aku cuba mententeramkannya dan berjanji akan membawanya pulang.

Kemudian, aku menyuruh Nurul membonceng basikalku. Nurul kelihatan gembira dengan pelawaanku itu. Selepas itu, aku pun mengayuh basikalku di bawah terik cahaya matahari menuju ke rumahnya yang terletak kira-kira 5 kilometer dari situ. Walaupun memenatkan kerana terpaksa mengayuh basikal lebih berat daripada hari-hari biasa tetapi aku gembira kerana dapat menolongnya.

Setiba di rumahnya, bajuku telah basah lencun dengan peluh. Aku memberhentikan basikalku lalu menyuruhnya turun. Nurul kelihatan amat gembira sekali lalu mengucapkan terima kasih kepadaku sebelum masuk ke rumahnya. Selepas itu, aku terus menuju ke rumahku yang hanya beberapa meter sahaja dari rumahnya.

Setibanya di rumah, aku ditegur oleh ibu bapaku kerana pulang lewat. Namun, selepas aku menceritakan peristiwa tersebut, mereka kelihatan gembira akan sikapku itu. Kata ayahku. "Kita haruslah menolong orang yang kesusahan. Apatah lagi, jika orang itu ialah jiran atau saudara mara sendiri".

Faedah-faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum kerana kegiatan ini mempunyai banyak faedahnya.          Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat memenuhkan masa lapang. Pelajar yang aktif dalam kegiatan ini akan terhindar daripada terlibat dengan gejala sosial kerana banyak masa mereka digunakan untuk aktiviti kokulrikulum di sekolah seperti sukan dan sebagainya. Oleh itu, masa lapang dapat diisi dengan kegiatan yang lebih berfaedah.          Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada berbagai-bagai jawatan dalam persatuan seperti jawatan pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Sebagai contoh, apabila pelajar memegang jawatan pengerusi, mereka akan belajar menjadi ketua. Dengan itu, pelajar akan belajar menjadi pemimpin.              Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk disiplin diri. Sebagai contoh, kegiatan-kegiatan ini dijalankan mengikut peraturan dan jadual yang telah ditetapkan. Kita perlu mematuhi peraturan dan jadual tersebut supaya segala aktiviti yang direncana dapat dijalankan dengan lancar. Oleh itu, kita akan menjadi lebih berdisiplin apabila terlibat dengan kegiatan kokurikulum.

Tambahan pula, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan dan kelab tentunya disertai oleh ramai ahli serta terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul dan bertukar-tukar pendapat. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesama mereka dan seterusnya akan mewujudkan perpaduan antara kaum.       Akhir sekali, badan kita akan menjadi sihat apabila menyertai kegiatan kokurikulum seperti menyertai pertandingan bola sepak dan sebagainya. Untuk menang dalam pertandingan yang disertai, kita akan menjalani latihan. Dengan latihan itu, badan kita akan mengeluarkan peluh. Ini tentu akan menjadikan kita cergas, sihat, kuat dan tidak akan mudah dijangkiti penyakit.  

Kesimpulannya, terdapat banyak faedah menyertai kegiatan kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak melibatkan diri dalam kegiatan ini demi kebaikan anak-anak mereka.

Rangka Karangan : 

Pendahuluan  - bencana alam

                          -sering melanda pada akhir tahun di Pantai Timur.

                          -berlaku akibat hujan lebat tanpa henti (tengkujuh)

Perenggan ke-2   - kerap melanda di kawasan rendah dan tepi sungai.

                                   - banyak harta benda musnah

                                   - haiwan ternakan dan tanaman mati

                                   - kerugian besar             

Perenggan ke-3  - mengancam nyawa

                             - aliran air deras dan dalam

                             - lemas    

Perenggan ke-4  - pelbagai benda merbahaya dihanyutkan air

                             - ada yang nahas terkena atau terperangkap benda  

                                    merbahaya

                             - airnya tercemar dan boleh menyebarkan penyakit

                                  

Penutup     - berhati-hati

         - berpindah segera sebelum air naik 

***************************************** 

Banjir

Banjir adalah bencana alam yang sering melanda negara kita

terutamanya di negeri -negeri Pantai Timur, Semenanjung Malaysia.

Kebiasaannya negeri-negeri ini akan mengalami musim tengkujuh pada

setiap akhir tahun. Hujan lebat yang kerap berlaku pada musim itu

menyebabkan banjir di kawasan tersebut.

Banjir kerap melanda kawasan-kawasan yang rendah seperti kawasan

berhampiran sungai. Banyak harta benda yang musnah serta binatang

ternakan dan tanaman mati. Mereka yang terlibat seperti para petani akan

mengalami kerugian besar.

Banjir juga boleh mengancam nyawa. Ramai yang lemas kerana

bermain dengan air banjir yang alirannya  deras dan dalam. Apatah lagi jika

mereka tidak tahu berenang.

Air banjir yang keruh menghanyutkan pelbagai benda yang berbahaya

seperti kayu tajam, tali dan sebagainya. Ada yang nahas kerana terlanggar

atau terperangkap dengan benda-benda yang dihanyutkan air deras ini. Air

banjir juga tercemar dengan pelbagai kotoran daripada air kumbahan,

bangkai binatang dan sebagainya. Keadaan ini boleh menyebarkan penyakit.

Justeru, janganlah mengambil air banjir untuk diminum, apatah lagi jika tidak

dimasak.   

Oleh itu, apabila tiba musim hujan kita mestilah berhati -hati. Adalah

lebih baik jika kita berpindah ke tempat yang lebih selamat sebelum air

naik.  

Ceritakan tentang kebaikan-kebaikan menyimpan wang di bank. Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

* * * * *Rangka Karangan :

Pendahuluan -digalakkan simpan wang di bank kerana banyak kebaikannya-buka akaun bank sebelum boleh menyimpan wang-banyak pilihan bank

Perenggan ke-2-simpanan dijamin selamat-kehilangan atau kecurian, tanggungjawab bank-bencana alam, tangungjawab bank

Perenggan ke-3 -menjamin masa hadapan-contoh; membiayai pengajian-perlu menyimpan secara tetap

Perenggan ke-4 -cermat berbelanja-pandai menguruskan wang sendiri-lepas daripada masalah kewangan                            

Penutup   -amalan menyimpan wang perlu diamalkan-kehidupan akan lebih terjamin

**   **   **   **   **

Kebaikan-kebaikan Menyimpan Wang di Bank

Kita amat digalakkan untuk menyimpan wang di bank kerana mempunyai banyak kebaikannya. Bagi membolehkan kita menyimpan wang di bank, kita perlulah membuka akaun bank di mana-mana bank seperti Bank Simpanan Nasional, MayBank, Tabung Haji dan lain-lain bagi.

Antara kebaikan menyimpan wang di bank ialah simpanan kita dijamin selamat. Kita tidak perlu risau tentang keselamatan wang simpanan kita daripada kecurian dan kehilangan kerana semua itu akan ditanggung oleh pihak bank. Begitu juga jika sekiranya berlaku bencana seperti kebakaran, banjir dan lain-lain lagi, wang kita tetap dijamin selamat di bawah tanggungjawab pihak bank. Oleh yang demikian, kita tidak perlu bimbang lagi akan kehilangan wang simpanan apabila kita menyimpan wang di bank.

Menyimpan wang di bank juga boleh menjamin masa depan kita. Contohnya, apabila kita ingin melanjutkan pelajaran, kita boleh membiayai pengajian itu dengan mengeluarkan wang simpanan kita di bank. Oleh itu, kita mestilah menyimpan wang secara tetap supaya wang kita akan sentiasa bertambah dan dapat digunakan untuk masa hadapan.

Selain itu, kita dapat berjimat-cermat apabila kita menyimpan wang di bank. Kita tidak akan boros berbelanja kerana sebahagian wang akan kita simpan di bank. Ini akan melatih kita menjadi seorang yang pandai menguruskan wang perbelanjaan dalam urusan seharian kita. Amalan perbelanjaan yang baik akan mengelakkan seseorang itu terjebak dalam masalah hutang dan sebagainya.

Kesimpulannya, amalan menyimpan wang di bank haruskan kita amalkan kerana cara ini amat banyak kebaikannya. Oleh itu, tanamkan sikap untuk menyimpan wang di bank demi kehidupan yang lebih terjamin.

Fakta: Faedah-faedah Mempelajari Komputer.

Komputer amat penting dalam kehidupan kita pada masa kini. Banyak perkara terpaksa kita lakukan dengan bantuan komputer seperti menyimapan data-data penting, mengedit video dan sebagainya. Oleh itu wajarlah murid-murid berusaha menguasai ilmu komputer sejak dari sekolah rendah lagi bagi mengelakkan diri daripada ketinggalan dalam kehidupan ini.

Antara faedah komputer ialah dapat membekalkan pelbagai maklumat kepada kita. Melalui komputer, kita boleh melayari internet. Dengan ini, kita akan mengetahui pelbagai maklumat dan perkembangan dunia dengan pantas.

Selain itu, kita juga dapat melakukan sesuatu kerja dengan cepat dan mudah dengan menggunakan komputer. Tambahan pula, kerja-kerja yang dihasilkan dengan menggunakan komputer lebih menarik dan kemas. Sebarang kesilapan juga dapat diperbetulkan dengan lebih mudah dan pantas dengan menggunakan komputer.

Dalam pada itu, komputer juga boleh menghiburkan kita. Pelbagai aktiviti yang menghiburkan dapat dilakukan melalui komputer seperti mendengar muzik, menonton video dan bermain pelbagai permainan. Ini boleh merehatkan minda kita setelah penat belajar asalkan tidak dilakukan secara berlebih-lebihan hingga mengabaikan pelajaran.

Kesimpulannya, mempelajari komputer mempunyai banyak faedah. Tambahan pula sudah ada perisian komputer seperti 'Zoom-A' yang boleh membantu para pelajar mengulang kaji pelajaran. Oleh itu, tanamkan sikap ingin mempelajari komputer supaya kita tidak ketinggalan di zaman moden ini.

Fakta: Kebaikan-kebaikan Membaca

Membaca mempunyai banyak kebaikannya. Ibu bapa haruslah memupuk minat membaca di kalangan anak-anak sejak dari kecil lagi. Apatah lagi pada masa ini bahan bacaan yang sesuai seperti surat khabar, majalah dan sebagainya sangat mudah kita dapati seperti di kedai-kedai berdekatan rumah atau melalui internet.

Antara kebaikan membaca ialah mengetahui perkembangan terkini dan menambahkan ilmu pengetahuan. Contohnya apabila kita membaca surat khabar, kita akan mengetahui berita semasa di dalam dan di luar negara sama ada berita tentang ekonomi, politik, sosial dan lain-lain lagi.

Selain daripada itu, membaca juga dapat menambahkan perbendaharaan kata. Orang yang selalu memabaca akan mampu menulis karangan dengan lebih baik. Ini kerana melalui pembacaan, kita akan menemui perkataan-perkataan yang jarang didengar dan ini boleh memperbaiki perbendaharan kata.

Membaca juga dapat merehatkan minda kita setelah penat belajar. Ini kerana banyak bahan bacaan ringan yang baik dan menghiburkan kita seperti komik, cerpen dan lain-lain lagi. Bagaimanapun, kita harus lebih cermat dalam memilih bahan bacaan berunsur hiburan ini kerana ada juga yang tidak sesuai atau tidak elok untuk dibaca.

Kesimpulannya, mengamalkan budaya membaca amatlah penting terutama kepada para pelajar. Selain dapat mengisi masa lapang, aktiviti ini juga dapat mengelakkan mereka terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat. Oleh itu, kita haruslah amalkan sikap suka membaca pada setiap masa supaya kita cemerlang dalam pelajaran dan menjadi kebanggaan guru-guru dan ibu bapa.

Laporan: Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Sabun

Andaikan bahawa anda setiausaha sesuatu persatuan di sekolah anda. Anda dikehendaki menyediakan laporan tentang lawatan ke sebuah kilang yang telah dijalankan oleh persatuan tersebut. Sediakan laporan itu selengkapnya.

Contoh rangka karangan.

Pendahuluan - Persatuan Kemahiran Hidup mengada lawatan ke kilang sabun- jumlah peserta dan guru yang terlibat dalam rombongan- tujuan lawatan; mendedahkan tentang proses membuat sabun- menambahkan ilmu pengetahuan- memupuk semangat keusahawanan

Perenggan ke-2  - bertolak dengan menaiki bas- tiba di kilang sabun dengan disambut oleh pegawai kilang- mendengar taklimat

Perenggan ke-3  - dibawa ke bahagian memproses sabun- proses dijalan dengan mesin berteknologi tinggi- pekerja kilang memakai pakaian seragam dan sarung tangan khas- peserta menyoal pekerja kilang dan dilayan mesra

Perenggan ke-4 - dibawa ke bahagian pembungkusan sabun- pelbagai jenis sabun sedang diproses- mesin yang canggih- diberi jamuan ringan      Penutup   - setiap peserta diberi cenderamata sebelum pulang- cenderamata kepada pihak kilang sebagai tanda penghargaan- peserta sangat seronok dan mendapat banyak pengetahuan

*** *** *** *** ***

Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Sabun  

           Pada 23 Januari 2010, Persatuan Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan Merapoh telah mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang sabun di Kuala Lumpur. 30 orang ahli

persatuan dan 3 orang guru pengiring terlibat dalam rombongan tersebut.

           Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan para pelajar tentang proses membuat sabun. Justeru, akan menambahkan ilmu pengetahuan serta memupuk semangat keusahawanan para pelajar. Peserta bertolak pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki bas yang disewa khas. Mereka sampai ke kilang sabun itu pada pukul 9.30 pagi. Ketibaan mereka disambut oleh beberapa orang pegawai kilang. Kemudian, satu taklimat ringkas tentang kilang tersebut disampaikan oleh salah seorang pegawai kilang tersebut.

           Selepas itu para peserta dibawa ke beberapa bahagian memproses sabun. Sebahagian besar kerja memproses sabun ini dilakukan oleh mesin yang berteknologi tinggi. Pekerja-pekerja di kilang tersebut memakai pakaian seragam yang berwarna hijau dan sarung tangan ketika bekerja. Di situ, ramai peserta mengambil kesempatan menyoal beberapa orang pekerja kilang yang sedang bertugas dan mereka dilayan dengan mesra.                    Pada pukul 11.00 pagi, para peserta dibawa ke bahagian pembungkusan sabun. Di situ terdapat pelbagai jenama sabun seperti Lux, Protex dan Okchid dibungkus dengan mesin yang canggih. Kemudian Pada pukul 12.30 tengah hari, semua peserta diberi sedikit jamuan ringan di kantin kilang tersebut.

              Para peserta bertolak balik pada pukul 2.00 petang. Mereka diberi sebuku sabun setiap seorang sebagai cenderamata oleh pihak kilang. Guru pengiring iaitu Cikgu Aisyah telah menyampaikan cenderamata kepada pengurus kilang sebagai tanda penghargaan. Para peserta dilihat sangat seronok menyertai rombongan ini kerana mendapat banyak pengetahuan serta dapat melihat sendiri cara-cara membuat sabun.

Laporan disediakan oleh,                                                                               25 Januari 2010

                                                                                           ..................................................(Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi)Setiausaha,Persatuan kemahiran Hidup  

Laporan: Laporan Temasya Sukan Ke-10 Sekolah Kebangsaan Seri Tualang

Anda dikehendaki menyediakan laporan tentang temasya sukan tahunan yang dijalankan di sekolah kamu. Sediakan laporan itu selengkapnya.

Contoh Rangka Karangan :

Pendahuluan - temasya sukan kali yang ke-10 - diadakan di padang sekolah

Perenggan ke-2  - sehari sebelum; gotong-royong untuk kerja-kerja persiapan terakhir- khemah didirikan dan dihias- papan markah dipasang- bendera-bendera dikibarkan

Perenggan ke-3  - cuaca pagi temasya sangat baik- penonton memenuhi ruang tempat duduk- tuan pegawai daerah tiba dan disambut oleh Guru Besar- dimulakan dengan perbarisan lintas hormat- merasmikan temasya

Perenggan ke-4 - acara sukan dilangsungkan- berjalan lancar dan teratur- rehat pada pukul 10.00 pagi sebelum disambung semula-  larian 400 meter menjadi acara kemuncak- acara selesai; penyampaian hadiah dilakukan oleh pegawai pendidikan daerah-       Penutup   - rumah kuning johan keseluruhan- temasya tamat- hadirin menghadiri jamuan di kantin sebelum bersurai

** ** ** ** ** **

Laporan Temasya Sukan Ke-10 Sekolah Kebangsaan Seri Tualang

Pada 14 Mac 2010, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan termasya sukan yang ke-10. Termasya sukan ini diadakan di padang sekolah bermula pada pukul 8.30 pagi.

Sehari sebelum temasya itu dimulakan, kerja-kerja membuat persiapan terakhir telah dilaksanakan. Khemah-khemah didirikan dan dihias dengan cantik. Beberapa orang pekerja sekolah, guru dan murid berganding bahu meyiapkan kerja-kerja tersebut. Papan untuk mencatat markah rumah-rumah pasukan diletakkan di tengah-tengah padang. Manakala, bendera rumah sukan, bendera Negei Pahang dan Jalur Gemilang dikibarkan di bahagian depan astaka.

Keadaan cuaca pada pagi temasya sukan itu sangat baik, redup dan berangin. Pada pukul 8.00 pagi, semua penonton termasuk ibu bapa mula memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan di sebelah astaka. Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Temerloh telah tiba pada pukul 8.10 pagi. Ketibaan beliau disambut oleh Guru Besar sekolah ini iaitu Encik Awang Satip bin Mat Salleh serta ahli jawatankuasa PIBG. Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat para peserta yang mengambil bahagian. Pegawai Pendidikan Daerah menerima tabit hormat dan seterusnya merasmikan sukan tersebut.

Selepas upacara perasmian dilakukan, acara sukan pun dilangsungkan. Acara-acara yang dijalankan berjalan lancar dan teratur. Acara sukan berhenti untuk berehat pada pukul 10.00 pagi. Acara sukan disambung semula pada pukul 10.30 pagi. Acara lari 400 meter menjadi acara kemuncak sukan pada hari itu. Kira-kira pukul 11.30 pagi, semua acara tamat. Seterusnya acara penyampaian hadiah dijalankan. Tuan Pegawai Pendidikan Daerah telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan sukan ke-10 ini ialah pasukan Rumah Kuning. Temasya sukan ini tamat kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari. Sebelum bersurai, semua hadirin dijemput untuk menikmati jamuan yang disediakan di kantin.

Laporan disediakan oleh,                                                                                     16 Mac 2010

..............................................................(Nur Rafhanah Izzah binti Ahmad Zaidee)

Berita: Banjir

PAHANG, 16 NOVEMBER 2009 - Kampung Bangau Parit telah dilanda banjir. Tiga hari sebelum kejadian, hujan turun mencurah-curah di kebanyakan kawasan di daerah Temerloh. Penduduk kampung tersebut tidak menduga kampung mereka akan dilanda banjir kerana jarang sekali banjir berlaku di kampung mereka. Oleh itu, ramai yang tidak bersedia bagi menghadapi keadaan tersebut.

Setelah air naik ke paras yang merbahaya, pihak penyelamat mengarahkan penduduk kampung mengemaskan barang-barang penting dan berharga untuk berpindah ke tempat yang selamat. Kanak-kanak pula dilarang bermain air banjir yang hampir mencecah lantai di kebanyakan rumah penduduk kampung.

Banjir berpunca apabila air Sungai Pahang telah melimpah lalu menenggelami beberapa tempat di kampung tersebut. Penduduk kampung telah dipindahkan oleh pasukan penyelamat dengan motorbot dan ditempatkan di Dewan Serbaguna Datuk Harun sehingga banjir surut.

Penduduk kampung dijangka akan mengalami kerugian besar kerana banyak tanaman dan haiwan ternakan mereka mati. Namun begitu, penduduk kampung bersyukur kerana setakat ini tiada kes kehilangan nyawa dilaporkan.

Ketua kampung, Encik Anuar bin Abu Hassan memberitahu bahawa pihak kerajaan negeri akan menyumbangkan sedikit bantuan kewangan bagi meringankan beban penduduk kampung yang terlibat. Selain itu, penduduk kampung juga dinasihatkan supaya sentiasa bersedia dan berwaspada bagi menghadapi situasi banjir.

Perbincangan: Kebaikan dan keburukan menonton televisyen

Peribahasa: Bagai Aur Dengan Tebing

       Peribahasa "Bagai Aur Dengan Tebing" bermaksud tolong-menolong di antara satu sama lain. Contohnya serumpun aur di tebing. Tebing menumpangkan aur hidup dan aur pula mencengkam tanah tebing supaya tidak terhakis.

     Setiap orang memerlukan pertolongan orang lain dalam hidupnya. Oleh itu, manusia harus hidup bekerjasama dan saling bantu-membantu bagai aur dengan tebing. Hidup begini dikatakan sepakat dan menjadikan kerja senang dan cepat.

     Semangat kerjasama dan gotong-royong sudah lama diamalkan oleh masyarakat luar bandar dalam segala lapangan kehidupan. Mereka bercucuk tanam dan menuai hasil tanaman mereka secara bergotong-royong.

     Orang kampung membina masjid secara bergotong-royong. Jika suatu keluarga membuat persediaan untuk majlis perkhawinan, lazimnya orang kampung akan turut memberi bantuan.

     Peribahasa ini juga ada persamaan maksud dengan peribahasa berat sama dipikul ringan sama dijinjing, dan hati gajah sama dilapah hati kuman sama digigit.

     Kesimpulannya, peribahasa ini amat baik untuk diteladani bersama terutama oleh generasi muda kerana semangat bekerjasama sekarang semakin pupus.

Peribahasa: Biar Lambat Asal Selamat

Surat Kiriman Rasmi: Pencemaran di Kampung Merapoh

Setiausaha,JKKK Kampung Merapoh,27210, Kuala Lipis,Pahang.

____________________________________________________________________________

Pegawai Daerah,Kompleks Kerajaan, 27100 Kuala Lipis,Pahang.                                                                                                                 24 APRIL 2012

Tuan,

Pencemaran di Kampung Merapoh

Saya Wahab bin Ali,  Setiausaha  JKKK  Kampung Merapoh ingin memaklumkan beberapa masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung ini. Hal ini berlaku sebaik sahaja pembukaan sebuah kilang simen di kawasan bekas lombong emas yang dilakukan tanpa mempedulikan kebajikan dan keselamatan penduduk kampung ini.

2.          Pembukaan kilang ini telah menyebabkan debu-debu beterbangan. Hal ini mengakibatkan rumah penduduk kampung dipenuhi dengan debu serta menjejaskan kesihatan penduduk. Ramai penduduk yang menghidap asma dan batuk sejak akhir-akhir ini.

4.          Sungai Merapoh yang dahulunya merupakan sumber ikan bagi penduduk kampung kini telah dicemari dengan bahan-nahan merbahaya meyebabkan ikan-ikan di sungai itu hampir pupus. Airnya yang jernih kini sudah menjadi keruh kemerah-merahan dan boleh meyebabkan kegatalan atau penyakit kulit. Kecerian di sepanjang sungai itu yang menjadi tempat penduduk kampung memancing atau berekreasi kini tiada lagi.

3.          Selain itu, lori-lori  yang mengangkut simen dan batu sering dipandu dengan laju dan membahayakan keselamatan penduduk. Jalan raya utama ke kampung ini yang berhampiran dengan Balai Polis Kampung Merapoh itu telah rosak teruk tanpa dipedulikan sejak 5 bulan lepas. Lori-lori tersebut menggunakan laluan ini kerana hanya laluan ini sahajalah untuk ke kilang simen itu dari jalan besar. 

5.           Oleh itu, pihak JKKK Kampung Merapoh, dan penduduk kampung ini ingin pihak tuan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menyelesaikan masalah kami ini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

.................................(WAHAB BIN ALI)Setiausaha,JKKK Kampung Merapoh,27210, Kuala Lipis,Pahang.

Sekolah kamu telah mengadakan kempen menjaga kebersihan diri. Kamu sebagai ketua murid diminta menyampaikan ucapan tentang cara-cara menjaga kebersihan diri.

***   ***   ***   ***   ***

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Tajuk ucapan saya pada pagi ini ialah  "Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri".

Hadirin sekalian,

Menjaga kebersihan diri amat penting untuk kebahagian hidup kita. Kita mesti memastikan supaya telinga kita berada dalam keadaan yang bersih. Kita perlu membersihkan telinga kita sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan menggunakan putik kapas yang lembut.

Selain itu, kita mesti mandi pada setiap hari. Kita perlu menggosok gigi sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Jika badan kita bersih, badan kita akan menjadi sihat dan cergas.

Kita hendaklah memotong kuku supaya bersih. Jika kuku kita kotor, kuman akan melekat pada kuku kita. Kuman tersebut boleh tersebar ke dalam badan kita semasa kita menyuap makanan. Ini akan menyebabkan kita dihinggapi penyakit seperti cirit-birit, batuk dan lain-lain lagi.

Hadirin sekalian,

Kita perlu menjaga kebersihan rambut. Kita mestilah menggunakan syampu untuk membersihkan rambut kita. Rambut yang bersih tidak mudah dihinggapi kelemumur, kutu dan penyakit kulit kepala.

Kesimpulannya, menjaga kebersihan diri amat penting kepada manusia. Oleh itu, kita mestilah menanamkan sikap ingin menjaga kebersihan diri untuk kebahagiaan hidup kita.

Sekian, terima kasih.

Peribahasa ‘Biar Lambat Asal Selamat’ membawa maksud sesuatu pekerjaan yang hendak dibuat biarlah dibuat dengan cermat dan berhati-hati supaya pekerjaan itu berhasil dengan baiknya.

Ada sesetengah orang tidak sabar dalam membuat sebarang pekerjaan. Mereka mahu segera menyiapkan pekerjaan itu tanpa menghiraukan akibatnya.

Sebagai menghuraikan peribahasa di atas, saya akan mengambil contoh seorang pemandu kenderaan. Pemandu yang memandu kenderaannya dengan laju kerana ingin segera sampai ke tempat yang hendak ditujui boleh mengundang padah.

Sekiranya kemalangan berlaku, pemandu itu akan menyesal kerana memandu laju. Ketika itulah dia akan terfikir perkara itu tidak akan terjadi jika dia sabar dan cermat ketika memandu.

Peribahasa di atas adalah satu contoh yang paling baik dalam kehidupan kita seharian. Orang yang selalu mengamalkan peribahasa ini akan sentiasa selamat dalam setiap pekerjaan yang dilakukannya.

Televisyen merupakan alat ciptaan manusia hasil daripada perkembangan sains dan teknologi. Alat perhubungan ini amat popular pada masa kini. 

Menonton televisyen mempunyai banyak kelebihan kerana televisyen menyiarkan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Melaluinya, kita dapat mengetahui cara dan gaya hidup masyarakat lain.

Selain itu, terdapat juga rancangan-rancangan bercorak pendidikan yang disiarkan misalnya rencana. Kita akan memperolehi ilmu yang berfaedah daripada siri tersebut.

Namun begitu, menonton televisyen juga boleh melalaikan dan membuang masa jika kita menonton tanpa kawalan. Sebagai pelajar, ini sudah tentu merugikan kita dalam pelajaran.

Kesimpulannya, kita boleh menonton televisyen tetapi mesti mengetahui batas-batasnya kerana televisyen mempunyai kebaikan dan keburukan.

BM UPSR Kertas 2 - Bahagian C ( Nilai Murni @ Pengajaran )

Tafsiran Nilai Murni:

BAIK HATI- Belas kasihan (Bersimpati terhadap kesesusahan orang lain)- Bertimbang rasa (Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain apabilamembuat sesuatu tindakan)- Murah hati (Memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yangmemerlukannya)- Saling memahami (Sanggup memberi dan menerima pandangan sertamemahami perasaan dan keperluan masing-masing)- Saling bermaafan (Sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan)

BERDIKARI- Berupaya bertindak sendiri (Sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpamengharapkan orang lain)- Yakin pada diri sendiri (Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggupmencuba)

HEMAH TINGGI- Kesopanan (Berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan)- Mengakui kesalahan sendiri (Sedia mengaku kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat)- Ramah mesra (Sedia bergaul mesra dengan semua orang)

HORMAT-MENGHORMATI- Ibu bapa (Memuliakan dan mentaati ibu bapa)- Ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin(menunjukkan rasa hormat kepada kumpulan tersebut dengan memberilayanan yang baik)- Institusi kerajaan dan Negara (Menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang-lambang kebesaran negeri)- Kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan (Menghormati kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia)- Patuh kepada undang-undang negara (Mematuhi undang-undang yang telahditentukan tanpa mengira di mana seseorang itu berada)- Patuh kepada ketepatan masa (Menepati waktu dan menggunakan masadengan berfaedah)

KASIH SAYANG- Sayang diri sendiri dan orang lain (Menyayangi diri sendiri dan orang lain)- Sayang akan alam sekitar (Memelihara dan memulihara kehidupan flora danfauna untuk kesejahteraan hidup)

KEADILAN- Adil (Membuat pertimbangan secara objektif, menyeluruh dan bersesuaian)- Saksama (Tidak berat sebelah dalam sesuatu tindakan dan keputusan samaada dalam memberikan ganjaran atau hukuman)

KEBEBASAN- Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas peraturan danundang-undang yang tersurat dan tersirat dalam keluarga, sekolah, komuniti,masyarakat, negara dan agama

KEBERANIAN- Berani mencuba (Berani melakukan sesuartu perkara yang baru danmencabar untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil risikoyang akan dihadapi)- Berani kerana benar (Berani mempertahankan sesuatu yang diakuisebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata)

KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL- Kebersihan diri (Kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individuuntuk hidup sihat)- Kebersihan persekitaran (Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi danbebas daripada kekotoran dan pencemaran)- Kebersihan mental (Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perludiamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain)

KEJUJURAN- Amanah (Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikandan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain)- Bercakap benar (Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambahatau berselindung)- Ikhlas (Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan) KERAJINAN- Daya usaha (Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif daninovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.)- Dedikasi (Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkarayang berfaedah)

KERJASAMA- Gotong-royong (Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dansukarela)- Toleransi (Bertolak ansur serta dapat mengawal diri untuk mengelakkanberlakunya perselisihan)- Perpaduan (Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga,masyarakat, negara dan antarabangsa)

KESEDERHANAAN- Pertuturan dan perlakuan yang sederhana (Bertutur dan berkelakuan yangtidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkankemarahan orang lain)- Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain (Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya Memuaskan dirisendiri dan orang lain)

KESYUKURAN- Berterima kasih (Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan danpenghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan dan pemberian)

PATRIOTISME- Semangat cintakan negara (Mempunyai semangat yang tinggi untuk menjagakeselamatan, nama baik negara)

RASIONAL- Membuat pertimbangan (Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatuperkara sebelum membuat keputusan)

SEMANGAT BERMASYARAKAT- Bermuafakat (Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatupekerjaan bagi kepentingan bersama)- Kejiranan (Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong, dan bekerjasamadengan jiran tetangga)- Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat (Menyedari masalahmasyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya)

Latihan Contoh 1:

Tuliskan beberapa amalan baik yang kamu dapati daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Hamdan bangun lewat pada pagi itu kerana dia menonton televisyen hingga larut malam. Dia tidak sempat bersarapan. Dia terus mencapai basikal untuk pergi ke sekolah tanpa bersalam dengan ibu dan bapanya. Tiba di persimpangan jalan, dia tidak menghiraukan lampu merah lalu terus memecut ke sekolah. Mujurlah tiada kenderaan ketika itu. Sesampainya di hadapan sekolah, murid-murid telah berada di tapak perhimpunan. Dia terus berlari ke tapak perhimpunan tanpa mengunci basikalnya. Sedang semua murid menyanyi lagu “Negaraku” , dia masih lagi berlari untuk masuk ke dalam barisan. Ketika hendak pulang ke rumah, dia mendapati bahawa basikalnya telah hilang. Dia telah diberi peluang tumpang oleh rakan untuk pulang ke rumah.

Isi-isi cadangan:

- Bangun lewat – Bangun awal supaya tidak tergesa-gesa ke sekolah.- Menonton hingga lewat malam – Tidak digalakkan kerana menjejaskankesihatan. Tidak cukup tidur.- Tidak sempat bersarapan - Bersarapan terlebih dahulu mendapatkan tenagauntuk belajar.- Tidak bersalaman – Bersalaman dengan kedua-dua ibu bapa untuk mendapatrestu.- Melanggar lampu isyarat – Mematuhi peraturan jalan raya demi keselamatan.- Berjalan semasa lagu “Negaraku” – Berdiri tegak untuk menghormati lagukebangsaan.- Memberi pertolongan kepada yang memerlukan.

Jawapan Contoh 1:

Berdasarkan petikan di atas, kita sepatutnya bangun awal supaya tidak tergesa-gesa untuk ke sekolah seperti yang berlaku kepada Hamdan. Kita tidak sepatutnya menonton hingga lewat malam kerana boleh menjejaskan kesihatan kita. Sebelum kita ke sekolah kita hendaklah bersarapan terlebih dahulu bagi mengalas perut supaya senang belajar. Kita mestilah bersalaman dengan kedua-dua ibu bapa kita bagi mendapatkan restu daripada mereka. Kita hendaklah mematuhi peraturan demi menjaga keselamatan diri kita. Sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah menghormati lagu kebangsaan negara kita dengan berdiri tegak bukannya seperti yang dilakukan oleh Hamdan yang masih berlari. Apabila rakan-rakan kita memerlukan bantuan, kita semestinya menghulurkan bantuan kepada mereka. Kesimpulannya kita hendaklah mengamalkan amalan-amalan yang baik dalam kehidupan harian kita.

Latihan Contoh 2:

Tulis beberapa nilai/pengajaran yang kamu boleh dapati daripada puisi di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Buah delima pelbagai rasa,Dipetik sebelum waktu senja;Dari kecil hinggalah dewasa,Ibu bapa membelai penuh manja.

Dalam sungai dipasang bubu,Masuk seekor anak kelisa;Sungguh mulia jasamu ibu,Sepanjang hayat dikenang sentiasa.

Limau kasturi jangan dilupa,

Beli juga sebungkus asam jawa;Tidakku lupa padamu bapa,Sanggup berkorban harta dan nyawa.

Kacang dicampur santan kelapa,Nasi berulam pucuk pegaga;Terima kasih ibu dan bapa,Bersyukur kita hidup bahagia.

Isi Cadangan:

- Membelai penuh manja (Kasih sayang)- Sungguh mulia jasa / dikenang sentiasa (Mengenang jasa)- Berkorban harta dan nyawa (Bertanggungjawab)- Terima kasih ibu dan bapa (Berterima kasih)- Bersyukur kita hidup bahagia (Kesyukuran)- Pengajaran/kesimpulan daripada teks (Hormat-menghormati)

Jawapan Contoh 2:

Berdasarkan puisi di atas, terdapat beberapa nilai murni dan pengajaran yang boleh amalkan. Sebagai seorang anak kita hendaklah menyayangi kedua-dua ibu bapa kerana mereka telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang. Di samping itu, kita hendaklah mengenang jasa mereka . Sememangnya ibu bapa kita ialah orang yang amat bertanggungjawab. Oleh itu, kita hendaklah berterima kasih kepada mereka di samping bersyukur kepada Ilahi kerana mendapat ibu bapa yang baik. Kesimpulannya, untuk membalas jasa kepada kedua-dua ibu bapa, kita hendaklah sentiasa mentaati dan menghormati mereka.

Latihan Contoh 3:

Buah delima pelbagai rasa,Dipetik sebelum waktu senja;Dari kecil hinggalah dewasa,Ibu bapa membelai penuh manja.

- Berdasarkan puisi di atas pengajaran atau nilai murni yang boleh kita ambilialah ibu bapa membela anaknya dengan penuh kasih sayang

Dalam sungai dipasang bubu,Masuk seekor anak kelisa;Sungguh mulia jasamu ibu,Sepanjang hayat dikenang sentiasa.

- Selain itu, kita hendaklah sentiasa mengenang jasa ibu dan bapa keranamereka telah banyak berjasa kepada kita

Limau kasturi jangan dilupa,Beli juga sebungkus asam jawa;Tidakku lupa padamu bapa,Sanggup berkorban harta dan nyawa.

- Di samping itu juga, ibu bapa juga merupakan orang yangbertanggungjawab dengan melakukan pelbagai pengorbanan semasamembesarkan kita.

Kacang dicampur santan kelapa,Nasi berulam pucuk pegaga;Terima kasih ibu dan bapa,Bersyukur kita hidup bahagia.

- Oleh itu, kita hendaklah berterima kasih kepada ibu bapa kita danbersyukur kepada Ilahi kerana mempunyai ibu bapa yang baik- Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa mentaati dan menghormatikedua-dua ibu bapa kita yang telah banyak berjasa kepada kita

Jawapan Contoh 3:

Berdasarkan puisi di atas pengajaran atau nilai murni yang boleh kita ambil ialah ibu bapa membela anaknya dengan penuh kasih sayang. Selain itu, kita hendaklah sentiasa mengenang jasa ibu dan bapa kerana mereka telah banyak berjasa kepada kita. Di samping itu juga, ibu bapa juga merupakan orang yang bertanggungjawab dengan melakukan pelbagai pengorbanan semasa membesarkan kita. Oleh itu, kita hendaklah berterima kasih kepada ibu bapa kita dan bersyukur kepada Ilahi kerana mempunyai ibu bapa yang baik. Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa kita yang telah banyak berjasa kepada kita.

Cuba beli upsr didik skor tiap-tiap hari isnin keluaran berita harian

 by azri08 on Wed Dec 31, 2008 8:21 am

Salam,mulai cuti sekolah yang lalu hingga UPSR saya akan belikan UPSR didik skor setiap Isnin.Ada tips-tips UPSR.Mengenai Bhg C. Penulisan keluaran BH BIL 716 29DIS-4JAN2009 .Ada di selitkan bhg ulasan.1.Pengenalan.A.Membuat ulasan berdasarkan bahan rangsangana yang di beriB.Ulasan yg dibuat mestilah dalam satu perengganC.Masa 20minit.D.20 markah.Langkah 1.Baca dan fahami soalanBaca seluruh soalan dan cari kunci soalan.Berdasarkan soalan diatas kunci nya nilai murni.Langkah 2 1.Baca petikan dengan teliti dan faham kandungannya.Kenal pasti dan gariskan nilai murni yg ada dlm petikanSenaraikan nilai murni yg dikesanContoh bertanggungjawab,baik hati,prihatin,kebersihan,simpati,menghormati,menolong dan kesihatan.Langkah 3:Membuat rangka ulasan agar mudah membuat ulasanContoh(1) Nilai murni pertama..(2)Selain itu...(3)Nilai murni seterusnya ialah..(4)Seterusnya ialah...

(5)Nilai murni terakhir ialah...Langkah 4:Membuat ulasanBuat ulasan berdasarkan rangka ulasanPilih 5 nilai murni sahaja untuk di ulasSemasa menulis ayat ,berhati-hati dengan tulisan,struktur ayat,ejaan,imbuhan dan tanda baca.Contoh jawapan.Nilai murni pertama ialah bertanggungjawab seperti menghadiri latihan bola jaring.Selain itu,ialah prihatin terhadap sesuatu perkara,contoh Aminah yang prihatin apabila terdengar suara kucing mengiau dengan kuat.Nilai murni seterusnya ialah simpati terhadap binatang yang mengalami kesusahan seperti

kucing yang terjatuh ke dalam longkang.Seterusnya ialah baik hati kepada binatang seperti memberi makan kepada kucing.Akhir sekali,menghormati ibu bapa dengan meminta kebenaran sebelum berbuat sesuatu.(sumber rujukan BH BIL 716 29DIS08-4JAN09 BERITA HARIAN FOKUS UPSR 2009)