memo antara jabatan/ unit - · pdf filekementerian pendidikan tinggi malaysia ... program...
TRANSCRIPT
Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2017
No.2, Jalan PPM 10, Plaza Pandan Malim, 75250 Melaka
MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT
_________________________________________________________________________
Daripada : Ketua Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar
Kepada : Semua pelajar semester 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9
Salinan : 1. Pengarah 2. KJKA / KJKE / KJKM / KJP / KJPA / KJMSK / KUSKK 3. Ketua Unit 4. Peg. Eksekutif Kanan 5. Fail Timbul
Tarikh : 16 November 2017 Bil. Ruj. PKM/HEP/12/01/1 (46) Tel: 06-3376118
Saudara/saudari;
LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI DISEMBER 2017
Tahniah kerana anda telah mencapai kelulusan dalam peperiksaan yang lalu.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Lapor Diri Pelajar Senior akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat
seperti mana ketetapan berikut:-
A) MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR (PENDAFTARAN PENGAJIAN)
a) Proses lapor diri pelajar senior akan dibuat MELALUI DALAM TALIAN (ONLINE).
b) Sila layari laman web Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP) Politeknik Melaka
melalui URL http://spmp.polimelaka.edu.my (icon i-HELP).
c) Rujuk LAMPIRAN 1 untuk mengetahui jumlah yuran yang perlu dibayar.
PERHATIAN :
Semua pelajar Politeknik Melaka DIWAJIBKAN membuat pendaftaran ini secara dalam talian (online)
bermula 20 November 2017 (Isnin) .
Kegagalan anda melaksanakan pendaftaran ini sehinggalah hari pengajian mungkin akan
menyebabkan anda TIDAK AKAN DIDAFTARKAN untuk pendaftaran pengajian sesi DISEMBER
2017.
Sila kemaskini maklumat peribadi anda di laman URL http://spmp.polimelaka.edu.my (icon i-
HELP) bagi memudahkan urusan pengurusan pelajar untuk di masa hadapan. Pelajar yang lupa kata
laluan untuk login ke portal SPMP, sila rujuk kepada Penasihat Akademik (PA) anda.
Pelajar semester 2 dan ke atas boleh mula layari URL di atas selepas 2 hari pembayaran yuran
dibuat.
Kesemua pembayaran perlu dibuat selewat-lewatnya 24 November 2017 (Jumaat).
Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2017
Pendaftaran pengajian hanya boleh dilakukan setelah pelajar membayar kesemua pembayaran
(Yuran Pengajian dan Bayaran Pelbagai).
Sistem pendaftaran online Pendaftaran pengajian akan dibuka pada 20 November 2017 (Isnin)
hingga 24 November 2017 (Jumaat). Rujuk tatacara Pendaftaran online melalui SPMP di LAMPIRAN
4.
Selepas tarikh tersebut, setiap pendaftaran pengajian PERLU MENDAPAT KELULUSAN DARIPADA
KETUA JABATAN AKADEMIK masing-masing.
Pelajar yang akan menjalani LATIHAN INDUSTRI pada sesi DISEMBER 2017 TIDAK PERLU
membuat sebarang pembayaran yuran.
Sebarang pertanyaan dan permasalahan berkaitan pendaftaran pengajian, sila hadir ke Jabatan Hal
Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEPP) pada 22 November 2017 (Rabu), jam 8.00 pagi hingga
4.30 petang atau hubungi talian 06-337 6118 / 6054 / 6058.
B) PENDAFTARAN KURSUS
Anda DIWAJIBKAN membuat pendaftaran kursus dengan kelulusan Ketua Jabatan. Pelajar yang tidak
mendaftar kursus pada semester berkenaan sepertimana yang dikehendaki, akan diberikan gred F dengan
nilai mata 0.00 bagi kursus berkenaan dan dianggap telah menduduki kursus berkenaan dan gagal satu kali.
PERHATIAN :
Sila layari laman URL http://spmp.polimelaka.edu.my (icon i-DAFTAR) bagi mendaftar kursus bagi
sesi DISEMBER 2017. Sistem pendaftaran kursus online akan dibuka pada 20 November 2017
(Isnin).
Anda hanya boleh melaksanakan pendaftaran kursus setelah anda selesai mendaftar pengajian.
Sila rujuk maklumat lengkap berkaitan pendaftaran kursus anda dari Penasihat Akademik atau
dari jabatan akademik masing-masing.
3. Pelajar yang gagal melapor diri pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan dan gagal menjelaskan
yuran tidak akan dibenarkan mengikuti kelas, makmal, bengkel atau menggunakan sebarang kemudahan
politeknik. Rekod kehadiran kuliah akan diambil kira bermula pada tarikh rasmi lapor diri.
4. Saudara/saudari dikehendaki mematuhi peraturan rupadiri sepertimana yang telah ditetapkan semasa
mendaftar (Rujuk Buku Panduan & Peraturan Pelajar). Pelajar yang tidak mematuhi panduan seperti yang
ditetapkan akan ditangguhkan pendaftarannya.
5. Kegagalan saudara/saudari untuk mematuhi arahan di atas boleh disifatkan sebagai ingkar perintah dan
boleh diambil tindakan di bawah Peraturan Politeknik KPT.
Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah,
Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2017
PERTAMBAHAN PERENGGAN PERTAMA BAGI BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM
PELAJAR POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA
PANDUAN DAN PERATURAN AM KPT.JPP(O). 604-1/1/4/1(6)
Digunakan dalam buku panduan ini melainkan jika kandungan ayatnya mengkehendaki
makna yang lain :
1. PELAJAR
a) Pelajar ialah individu yang mendaftar dengan politeknik untuk mengikuti
Program Pengajian yang ditawarkan setelah membayar yuran pengajian dan
mendaftar kursus.
2. STATUS PELAJAR POLITEKNIK
a) Status pelajar politeknik tertakluk kepada syarat-syarat berikut :
i. Mendaftar sebagai pelajar politeknik untuk mengikuti Program
Pengajian yang ditawarkan pada tarikh yang ditetapkan.
(Secara atas talian (online) melalui http://spmp.polimelaka.edu.my icon
i-Help)
ii. Menjelaskan yuran pengajian dan Daftar Pengajian tidak lewat dari
tarikh yang ditetapkan.(Sesi DISEMBER 2017 : 20 NOVEMBER 2017
hingga 24 NOVEMBER 2017), dan
iii. Mendaftar kursus seperti yang ditetapkan oleh jabatan akademik
untuk semester berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan.(Sesi
DISEMBER 2017 : Bermula 20 NOVEMBER 2017, secara atas talian
(online) melalui http://spmp.polimelaka.edu.my icon i-Daftar).
3. GUGUR STATUS SEBAGAI PELAJAR POLITEKNIK
a) Pelajar akan digugurkan status sebagai pelajar politeknik sekiranya gagal
mematuhi Perkara 2(a) dan akan dikenakan tindakan DIBERHENTIKAN
DARI POLITEKNIK MELAKA.
Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2017
RINGKASAN CARTA ALIR LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR
SESI DISEMBER 2017
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SESI JUN 2017
20 NOVEMBER 2017
PENDAFTARAN PENGAJIAN (ONLINE) DI http://spmp.polimelaka.edu.my (icon i-HELP – Lapor Diri Pelajar Senior)
20-24 November 2017 ( pelajar sem 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 & 9)
NOTA :
Pelajar hanya boleh login ke URL SPMP setelah 2 hari pembayaran yuran dibuat. Pelajar WAJIB menjelaskan kedua-dua jenis yuran sebelum pendaftaran pengajian dibuat. Sila rujuk JHEPP bagi pelajar yang menghadapi masalah untuk pendaftaran pengajian –
22 November 2017 Pelajar yang masih belum membuat pendaftaran pengajian selepas tarikh di atas PERLU
MENDAPAT KELULUSAN DARIPADA KETUA JABATAN AKADEMIK masing-masing untuk pelepasan pendaftaran pengajian.
MEMBUAT PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN DAN BAYARAN PELBAGAI
20 - 24 November 2017
PENDAFTARAN KURSUS DI http://spmp.polimelaka.edu.my (icon i-DAFTAR)
Sila rujuk Penasihat Akademik (PA) atau Jabatan Akademik anda untuk proses pendaftaran kursus.
NOTA : Pendaftaran kursus hanya boleh dibuat setelah anda lapor diri di i-Help.
KULIAH BERMULA
27 November 2017
Pelajar yang masih belum mendaftar pengajian sehingga tarikh ini perlu mendapatkan KEBENARAN
BERTULIS DARIPADA KETUA JABATAN AKADEMIK MASING-MASING untuk mendaftar pengajian.
Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2017
LAMPIRAN 1 JADUAL BAYARAN SESI DISEMBER 2017
Bil Jenis
Bayaran
Dip. Kejuruteraan Awam
Dip. Kejuruteraan Mekanikal Dip. Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)
Dip. Akauntansi Dip. Perniagaan Antarabangsa
Kaedah Bayaran
Sem 2
Sem 3
Sem 4
Sem 5
Sem 6
Sem 7
Sem 8
Sem 9
1. Yuran Pengajian
200 200 200 200 200 200 200 200
1. Bayaran hendaklah dibuat melalui mana-mana Bank Islam
Malaysia Berhad (BIMB) atas nama POLITEKNIK KPT
2. Bayaran boleh dibuat mulai 20 November 2017 (Isnin).
DiWAJIBKAN menggunakan Mesin Deposit Tunai (CDM) sahaja.
3. Masukkan nombor kad pengenalan sahaja dan TIADA nombor
akaun diperlukan.
4. Sila simpan resit bayaran sebagai bukti pembayaran.
2. Bayaran Pelbagai
150 150 150 150 150 150 150 150
1. Bayaran hendaklah dibuat melalui mana-mana
Bank Simpanan Nasional dengan :
i) Akaun bank bernombor : 0410041000152319
ii) Atas nama : Koperasi Politeknik Kota Melaka Berhad.
2. Gunakan borang Wang Tunai Masuk BSN yang disediakan oleh
pihak bank.
3. Bayaran boleh dibuat mulai 20 November 2017.
4. Bayaran BSN WAJIB dibuat di KAUNTER BSN SAHAJA.
Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2017
LAMPIRAN 3 CONTOH PEMBAYARAN BAYARAN PELBAGAI POLITEKNIK MELAKA:
(SILA BUAT PEMBAYARAN BAYARAN PELBAGAI MENGGUNAKAN SLIP DEPOSIT BANK DI MANA-MANA CAWANGAN BSN BERHAMPIRAN)
CONTOH BAYARAN YURAN PENDAFTARAN
1. NAMA : NUR NADIRAH BINTI AHMAD
2. NO. KP PELAJAR : 920612-04-2008
3. NAMA PENERIMA BAYARAN : KOPERASI POLITEKNIK KOTA MELAKA BERHAD
4. NO. AKAUN PENERIMA BAYARAN : 0410041000152319
5. JUMLAH BAYARAN : RM***.** (RUJUK JADUAL BAYARAN)
6. T.T PELANGGAN : TANDATANGAN PELAJAR/PELANGGAN
PASTIKAN BANK IN SLIP BERCETAK “ KOPERASI POLITEKNIK KOTA MELAKA BERHAD BERJUMLAH **RM600.00
6
Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2017
PERINCIAN BAYARAN PELBAGAI
BIL PERKARA DIPLOMA
SEM 2 SEM 3 SEM 5 SEM 4&6 SEM 7&9 SEM 8
1 SUKAN DAN KEBUDAYAAN
Sukan 10.00 10.00 10.00 10.00 5.00 5.00
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00
Majlis Sukan Politeknik 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00
2 KEUSAHAWANAN
Aktiviti Keusahawanan Pelajar 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00
3 PERKHIDMATAN PSIKOLOGI & KERJAYA
Perkhidmatan Psikologi 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00
Perkhidmatan Kerjaya 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00
4 HAL EHWAL PELAJAR
Majlis Perwakilan Pelajar 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00
Sukarelawanan YES! 8.00 8.00 8.00 8.00 8.00 10.00
Kelab dan Persatuan 8.00 8.00 18.00 18.00 5.00 5.00
Kebajikan Pelajar 10.00 10.00 10.00 10.00 8.00 10.00
Program Outreach 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00
Pembangunan Sahsiah 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00
Insurans Pelajar - - - - 36.70 -
Kelengkapan Minggu Suaikenal - - - - - -
Pengurusan Minggu Suaikenal - - - - - -
5 AKADEMIK
Kokurikulum Berkredit 20.00 20.00 - - - -
JABATAN AKADEMIK
AKtiviti Jabatan 8.00 8.00 18.00 18.00 3.30 30.00
Kemahiran dan Inovasi 8.00 8.00 8.00 8.00 8.00 10.00
JABATAN MATEMATIK, SAINS & KOMPUTER 10.00 8.00 8.00 8.00 8.00 10.00
JABATAN PENGAJIAN AM
Program Pendidikan Islam & Moral 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00
Poly. English Enhancement Programme 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00
6 UNIT PEPERIKSAAN
Pengurusan Peperiksaan Pelajar 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 150.00 RM 150.00 RM 150.00 RM 150.00 RM 150.00 RM 150.00
Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2017
LAMPIRAN 4
TATACARA PENDAFTARAN SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) MELALUI SPMP
1) Telah membuat semua pembayaran.
2) Login http://spmp.polimelaka.edu.my selepas 48 jam (2 hari) membuat pembayaran dan
paparan berikut akan keluar.
3) Masukkan No Kad Pengenalan dan Katalaluan. Klik Login Pengguna. (Jika ada terlupa kata
laluan anda, sila hubungi PA anda untuk reset password atau hubungi Unit Teknologi Maklumat.)
4) Maklumat pengguna akan dipaparkan seperti di bawah :
Klik menu Hal Ehwal Pelajar.
5) Paparan berikut akan keluar.
Di bawah menu Pendaftaran, klik Kemaskini Maklumat Penjaga. Isikan semua
maklumat penjaga dengan lengkap, kemudian klik Simpan.
Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2017
6) Paparan berikut akan keluar. Di bawah menu Pendaftaran, klik Lapordiri Pelajar
Senior.
7) Masukkan No Kp / No Pend pelajar dan klik. Cari Maklumat Pelajar. Klik Daftarkan
Saya.
DIS 2013 II DISEMBER 2013
Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2017
8) Paparan berikut akan keluar. Klik Cetak Slip Pengesahan Lapordiri.
Cetakan Slip Pengesahan Pendaftaran Pengajian ini hendaklah di bawa dan dikemukakan
kepada Penasihat Akademik pada hari Lapor diri di jabatan akademik masing-masing.
Proses Pendaftaran Pengajian Online Pelajar Senior TAMAT.
Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2017
KALENDAR AKADEMIK SESI DISEMBER 2017
POLITEKNIK MELAKA
TARIKH MINGGU AKTIVITI
LATIHAN
INDUSTRI
20/11/2017 – 24/11/2017 1 minggu Aktiviti Suaikenal
/Pendaftaran
Latihan Industri :
19/06/2017
sehingga
03/11/2017
Penilaian LI :
06/11/2017
sehingga
17/11/2017
27/11/2017 – 22/12/2017 4 minggu Perkuliahan
25/12/2017 – 29/12/2017 1 minggu Cuti Khas Perayaan
02/01/2018 – 09/02/2018 6 minggu Perkuliahan
12/02/2018 – 16/02/2018 1 minggu Cuti Pertengahan
Semester
19/02/2018 – 30/03/2018 6 minggu Perkuliahan
31/03/2018 – 14/04/2018 2 minggu Peperiksaan Akhir
Semester
16/04/2018 – 29/06/2018 11 minggu
Cuti
Semester/Semester
Pendek
*Sebarang perubahan akan diberitahu dari semasa ke semasa.
CUTI UMUM MELAKA
25 Disember 2017 - Krismas
16 & 17 Feb 2018 - Tahun Baru Cina
1 Mei 2018 - Hari Pekerja
29 Mei 2018 - Hari Wesak
15 & 16 Jun 2018 - Hari Raya Aidilfitri
22 Ogos 2018 - Hari Raya Aidiladha
31 Ogos 2018 - Hari Kebangsaan
Nota : Pelajar diingatkan untuk menguruskan sendiri lebih awal urusan pembelian tiket bas dan lain-lain pengangkutan awam lain bagi urusan balik kampung untuk Hari Raya Aidilfitri.
Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2017
AMANAT DARI JHEPP, POLITEKNIK MELAKA SEBAGAI SEORANG PELAJAR POLITEKNIK MELAKA, ANDA:
1. HENDAKLAH SENTIASA MENJAGA IMEJ DAN NAMA BAIK POLITEKNIK
MELAKA
2. HENDAKLAH MENGENAKAN PAKAIAN YANG SOPAN DAN BERSESUAIAN
sewaktu menghadiri kuliah, makmal dan bengkel di Kampus PMK. (SILA RUJUK
LAMPIRAN A).
3. TIDAK DIBENARKAN MEMAKAI SELUAR JEANS ATAU BERPOTONGAN JEANS
atau codroy sewaktu menghadiri kuliah, makmal dan bengkel (SILA RUJUK
LAMPIRAN B).
4. TIDAK DIBENARKAN MEMAKAI T-SHIRT sewaktu menghadiri Kuliah, Amali &
Bengkel KECUALI sewaktu Aktiviti Kokurikulum Dan Aktiviti Yang Dibenarkan
Sahaja.
5. TIDAK DIBENARKAN BERAMBUT PANJANG iaitu sama ada rambut melepasi
kening di bahagian hadapan, menutup telinga di bahagian sisi dan mencecah
kolar baju di bahagian belakang. (SILA RUJUK LAMPIRAN A).
6. TIDAK DIBENARKAN MEWARNAKAN RAMBUT ATAU MENGGAYAKAN
RAMBUT DENGAN FESYEN YANG MENGGUSARKAN.
7. SENTIASA MEMPAMERKAN KAD PELAJAR sepanjang anda berada di dalam
kampus Politeknik Melaka dan tidak mengubahsuai serta tidak menggunakan
kad pelajar lain.
8. TIDAK MEMBUAT BISING YANG MENGGUSARKAN ATAU MENGGANGGU
ORANG LAIN DI KAMPUS PMK.
9. TIDAK MENGGUNAKAN MANA-MANA BAHAGIAN DI DALAM KAMPUS
SEBAGAI TEMPAT TINGGAL ATAU TIDUR.
10. SENTIASA MENJAGA KEBERSIHAN DI DALAM KAMPUS PMK.
KEGAGALAN ANDA MEMATUHI PERKARA 2 HINGGA 10 YANG DISENARAIKAN DI ATAS, ANDA BOLEH DIKENAKAN KOMPAUN MAKSIMUM RM50.00 DI BAWAH KAEDAH 26 A, BAHAGIAN II, TATATERTIB AM, AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) 1976. SEKIRANYA ANDA DIKOMPAUN,
Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2017
1. Surat rayuan (berserta salinan notis kompaun) boleh dikemukakan kepada
JHEPP dalam tempoh 5 hari dari tarikh notis kompaun.
2. Pembayaran kompaun hendaklah dijelaskan di Unit Kewangan Politeknik Melaka dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh kompaun dikeluarkan.
3. Resit Pembayaran Kompaun hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Hal Ehwal
Pelajar dalam masa 3 hari dari tarikh kompaun dijelaskan untuk tujuan kemaskini sistem.
SEKIRANYA ANDA GAGAL MENJELASKAN KOMPAUN DALAM TEMPOH YANG DITETAPKAN, ANDA BOLEH DIGANTUNG PENGAJIAN BERDASARKAN KAEDAH 63 & 64, BAHAGIAN V, TATACARA TATATERTIB, AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) 1976.
LAMPIRAN A
Contoh pemakaian yang dibenarkan semasa menghadiri kuliah.
Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2017
LAMPIRAN B
SELUAR JEANS DAN POTONGAN JEANS
SELUAR JEANS
SELUAR BERPOTONGAN JEANS
Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2017
PERINGATAN KEPADA PARA PELAJAR PMK !!!
SEBELUM ANDA MENDAFTAR PENGAJIAN BAGI SESI DISEMBER 2017, SILA
PASTIKAN :
1. ANDA BERAMBUT PENDEK DAN KEMAS
a. Rambut tidak melepasi kening di bahagian hadapan.
b. Rambut tidak menyentuh/menutup telinga di bahagian tepi.
c. Rambut tidak menyentuh kolar baju di bahagian belakang.
d. Rambut tidak diwarnakan.
e. Rambut tidak digayakan dengan fesyen yang menggusarkan
(seperti mohawk, punk dan sebagainya)
2. BERPAKAIAN KEMAS DAN SOPAN
a. Memakai Baju Kemeja (Lelaki) / Baju Kurung (Wanita)
b. Tidak memakai pakaian yang ketat dan jarang
c. Tidak memakai seluar jeans atau berpotongan jeans
d. Baju hendaklah tuck in
e. Pakaian tradisi adalah dibenarkan tetapi mestilah sopan dan
tidak menjolok mata.
3. MEMAKAI KASUT BERTUTUP
a. Tidak dibenarkan sama sekali mengenakan selipar.
b. Sila pastikan kasut bertutup terutamnya kepada para pelajar
wanita.
4. TIDAK MENGENAKAN SEBARANG AKSESORI DAN PERHIASAN BAGI
LELAKI
a. Tidak dibenarkan memakai rantai leher, gelang tangan serta
subang atau anting-anting bagi lelaki.
KEGAGALAN PELAJAR UNTUK MEMATUHI PERATURAN RUPADIRI
DAN BERPAKAIAN PMK, BOLEH MENYEBABKAN ANDA
DIHALANG DARI MENERUSKAN PROSES PENDAFTARAN PENGAJIAN ANDA BAGI SESI DISEMBER 2017.
Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2017
ASSALAMUALAIKUM SEMUA PELAJAR PMK.
APA YANG PELAJAR PERLU TAHU MENGENAI PROGRAM PELAJAR DI PMK
1) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) terdiri daripada pelajar-pelajar yang dipilih melalui proses pilihanraya yang
diadakan di Politeknik Melaka.
OBJEKTIF
Melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berwibawa.
Membantu pelajar mendapatkan kemudahan di samping memaksimumkan penggunaan kemudahan
sedia ada di Politeknik.
Merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti pelajar.
Menggalakkan penyertaan aktif pelbagai etnik dan agama dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan.
Menyalurkan segala permasalahan dan cadangan berhubung kebajikan pelajar kepada pihak
pengurusan.
2) RAKAN MPP
RAKAN MPP dipilih dilantik daripada kalangan pelajar Semester 1 yang belum layak menyertai
pilihanraya.
3) Semua pelajar digalakkan Like Facebook Rasmi Politeknik Melaka iaitu
http://www.facebook.com/PoliteknikMelaka
4) Semua pelajar digalakkan Like Facebook Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
http://www.facebook.com/JPPforPMK
5) Sistem Aktiviti Pelajar (SIAP)
SIAP merupakan satu sistem yang menggantikan Buku Merah dalam merekodkan penglibatan pelajar
dalam aktiviti pelajar di Politeknik Melaka (PMK).
Pelajar yang memperolehi markah tertinggi di peringkat jabatan masing-masing akan dianugerahkan
Anugerah Pelajar Aktif manakala pelajar yang paling tinggi markah akan dianugerahkan Anugerah
Emas.
Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2017
Pelajar lain yang mendapat antara markah tertinggi dalam sesuatu jabatan ,akan dijemput ke Majlis
Anugerah Kecemerlangan Pelajar (MAKP) yang diadakan setiap hujung semester di PMK.(bergantung
kepada kekosongan)
6) Pelajar Hebat
Objektif program ini adalah untuk melahirkan pelajar politeknik yang menonjol; yakni mempunyai
ciri-ciri personaliti unggul (towering personality) dapat mewakili politeknik di peringkat kebangsaan
dan antarabangsa sebaris dengan wakil dari institusi pengajian tinggi yang lain.
7) Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar (MAKP)
Majlis anugerah kecemerlangan pelajar (MAKP) Politeknik Melaka diadakan untuk memberikan
pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam bidang
akademik serta bergiat aktif ko-kurikulum, MAKP dapat memberikan pelajar galakan dan motivasi
dengan harapan pelajar akan terus berusaha mengekalkan keputusan cemerlang dan sentiasa
mengaktifkan diri dalam ko-kurikulum. Setakat sesi Jun 2016, MAKP telah diadakan sebanyak 22 kali
dan ianya dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
PERANAN PELAJAR BARU
Sentiasa memberi komitmen kepada semua aktiviti yang dijalankan oleh MPP PMK
Bersedia untuk membantu MPP dengan memohon untuk menyertai MPP melalui RAKAN MPP
(RAKAN MPP sebagai sayap MPP yang dipilih dikalangan pelajar Semester 1 yang mempunyai ciri-
ciri kepimpinan dan komitmen yang sangat tinggi)
Menonjolkan diri sebagai bakal pemimpin masa depan yang mempunyai ketrampilan, keyakinan diri,
softskill dan gaya kepimpinan yang hebat.
Sentiasa berusaha untuk menjadi PELAJAR HEBAT (akan diterangkan semasa Minggu Suai Kenal).