membangunkan perisian pengajaran dan … · membangunkan perisian pengajaran dan pembelajaran...

31

Upload: trinhduong

Post on 03-Mar-2019

259 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MEMBANGUNKAN PERISIAN PENGAJARAN DAN … · membangunkan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (pbk) lukisan kejuruteraan untuk tajuk lukisan mekanikal tan shin
Page 2: MEMBANGUNKAN PERISIAN PENGAJARAN DAN … · membangunkan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (pbk) lukisan kejuruteraan untuk tajuk lukisan mekanikal tan shin
Page 3: MEMBANGUNKAN PERISIAN PENGAJARAN DAN … · membangunkan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (pbk) lukisan kejuruteraan untuk tajuk lukisan mekanikal tan shin

MEMBANGUNKAN PERISIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) LUKISAN KEJURUTERAAN UNTUK

TAJUK LUKISAN MEKANIKAL

TAN SHIN YI

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal).

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April, 2006

Page 4: MEMBANGUNKAN PERISIAN PENGAJARAN DAN … · membangunkan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (pbk) lukisan kejuruteraan untuk tajuk lukisan mekanikal tan shin

ii

Page 5: MEMBANGUNKAN PERISIAN PENGAJARAN DAN … · membangunkan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (pbk) lukisan kejuruteraan untuk tajuk lukisan mekanikal tan shin

iii

DEDIKASI

Untuk ayahanda dan ibunda yang tersayang

Page 6: MEMBANGUNKAN PERISIAN PENGAJARAN DAN … · membangunkan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (pbk) lukisan kejuruteraan untuk tajuk lukisan mekanikal tan shin

iv

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia tesis, Prof.

Madya Dr. Hj. Abdul Wahid Bin Mukhari atas bimbingan dan dorongan yang diberi

sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini.

Penulis juga ingin menyampaikan ribuan terima kasih kepada pensyarah

Jabatan Multimedia iaitu Puan Norah Bt. Md Noh atas bantuan yang diberikan.

Penghargaan juga ditujukan kepada Encik Iskandar selaku pembantu bengkel

di bangunan N30, Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia kerana sanggup membantu penulis mendapatkan

sumber gambar dan video untuk isi pelajaran perisian secara ikhlas dan prihatin.

Tidak lupa Cikgu Ismi yang telah memberikan bantuan kepada saya semasa

menjalani kajian di Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri. Ucapan terima kasih

juga ditujukan kepada para responden guru dan responden pelajar sekolah tersebut.

Akhir sekali penulis ingin mengambil kesempatan untuk melafazkan jutaan

terima kasih serta sekalung penghargaan buat para pensyarah yang pernah

membimbing saya sepanjang tempoh masa pengajian penulis di sini. Akhir kata,

bantuan dan kerjasama daripada semua pihak penulis ingati selama-lamanya.

Page 7: MEMBANGUNKAN PERISIAN PENGAJARAN DAN … · membangunkan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (pbk) lukisan kejuruteraan untuk tajuk lukisan mekanikal tan shin

v

ABSTRAK

Objektif utama pembinaan perisian ini adalah untuk menghasilkan sebuah

prototaip perisian pendidikan berbantukan komputer yang bertajuk “Lukisan

Mekanikal” dalam versi Bahasa Inggeris bagi memanfaatkan proses pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan guru-guru dan pelajar-pelajar

Tingkatan Lima. Reka bentuk perisian pendidikan berunsurkan multimedia dan

interaktif ini adalah dihasilkan menggunakan Macromedia Authorware versi 7.0®

sebagai perisian pengarangan utama dengan gabungan perisian-perisian aplikasi

sokongan lain termasuk Adobe Photoshop CS2®, Macromedia Flash MX®, AutoCAD

2002®, Jasc Paint Shop Pro 8.0®, Adobe Illustrator 10.0®, Sound Forge 7.0®, Ulead

Video Studio 7®, Swift 3D 3.00® serta Adobe Acrobat Professional 6.0®. Bagi

menilai kesesuaian prototaip perisian yang dihasilkan sebagai satu alternatif alat

bantu mengajar (ABM) jenis elektronik yang baru, sebanyak empat orang guru dan

41 orang pelajar Tingkatan Lima telah terlibat dengan penilaian perisian tersebut

melalui sebuah kajian soal selidik yang terdiri daripada 34 item jenis soalan objektif

dan 1 item jenis soalan terbuka. Analisis statistik deskriptif telah digunakan dalam

tatacara menganalisis data. Purata min yang diperolehi ialah 3.97 menunjukkan

tahap kesesuaian prototaip perisian sebagai alat bantu mengajar yang berunsurkan

multimedia dan interaktif adalah tinggi mengikut pandangan responden.

Page 8: MEMBANGUNKAN PERISIAN PENGAJARAN DAN … · membangunkan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (pbk) lukisan kejuruteraan untuk tajuk lukisan mekanikal tan shin

vi

ABSTRACT

The objective of developing this courseware is to produce an English version

of a computer aided teaching and learning courseware prototype for topic of

“Mechanical Drawing” under the Engineering Drawing subject. This courseware will

be particularly beneficial for teachers and Form Five students. Macromedia

Authorware version 7.0® has been utilized together with Adobe Photoshop CS2®,

Macromedia Flash MX®, AutoCAD 2002®, Jasc Paint Shop Pro 8.0®, Adobe

Illustrator 10.0®, Sound Forge 7.0®, Ulead Video Studio 7®, Swift 3D 3.00® and

Adobe Acrobat Professional 6.0® to develop the courseware prototype which is

integrated with multimedia and interactive elements. In order to evaluate the

developed courseware, four teachers and 41 Form Five students were chosen to

answer items consists of 34 objective questions and 1 open ended question as regards

to its suitability. Descriptive statisctic analysis has been applied to analyze the data.

The overall min value obtained is 3.97 shows that the appropriateness of this

courseware as a teaching aid with multimedia and interactive elements is high.

Page 9: MEMBANGUNKAN PERISIAN PENGAJARAN DAN … · membangunkan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (pbk) lukisan kejuruteraan untuk tajuk lukisan mekanikal tan shin

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

HALAMAN ABSTRAK v

HALAMAN ABSTRACT vi

HALAMAN KANDUNGAN vii

HALAMAN SENARAI JADUAL xiv

HALAMAN SENARAI RAJAH xvi

HALAMAN SENARAI SIMBOL xviii

HALAMAN SENARAI LAMPIRAN xix

BAHAGIAN SATU

BAB SATU

BAB I PENDAHULUAN 1

Page 10: MEMBANGUNKAN PERISIAN PENGAJARAN DAN … · membangunkan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (pbk) lukisan kejuruteraan untuk tajuk lukisan mekanikal tan shin

viii

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Objektif Projek 9

1.5 Kepentingan Projek 10

1.6 Skop Kajian 10

1.7 Definisi Istilah 11

1.8 Kesimpulan 14

BAHAGIAN DUA

SOROTAN KAJIAN

BAB II SOROTAN KAJIAN 15

2.1 Pengenalan 15

2.2 Isu-isu dan Kepentingan Pembangunan Pembangunan 16

Perisian Pendidikan

2.3 Kajian Lepas Tempatan 23

2.4 Kajian Lepas Luar Negara 27

2.5 Pembelajaran 30

2.5.1 Teori Pembelajaran Kognitif 31

2.5.1.1 Implikasi Kognitif dalam Proses 31

Pengajaran dan Pembelajaran

2.5.2 Teori Pembelajaran Behaviorisme 32

2.5.2.1 Implikasi Behaviorisme dalam Proses 33

Pengajaran dan Pembelajaran

2.5.3 Teori Pembelajaran Konstruktivisme 34

2.5.3.1 Implikasi Konstruktivisme dalam Proses 35

Pengajaran dan Pembelajaran

Page 11: MEMBANGUNKAN PERISIAN PENGAJARAN DAN … · membangunkan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (pbk) lukisan kejuruteraan untuk tajuk lukisan mekanikal tan shin

ix

2.6 Objektif Pembelajaran 36

2.6.1 Objektif Kognitif 37

2.6.1.1 Pengetahuan 37

2.6.1.2 Kefahaman 37

2.6.1.3 Penggunaan 38

2.6.1.4 Analisis 38

2.6.1.5 Sintesis 38

2.6.1.6 Penilaian 38

2.7 Model-model Reka Bentuk Perisian 39

2.7.1 Model Instruksi Tumpuan Bilik Darjah 39

2.7.1.1 Model Kemp (1989) 40

2.7.1.2 Model Dick and Reiser (1989) 42

2.7.1.3 Model ASSURE (1996) 44

2.7.2 Model Intruksi Tumpuan Sistem 46

2.7.3 Perbandingan di antara Tiga Model Tumpuan 47

Bilik Darjah

2.8 ICT untuk Empat Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran 47

Utama

2.8.1 ICT untuk Pembelajaran Tutorial 48

2.8.2 ICT untuk Pembelajaran Eksplositori 50

2.8.3 ICT sebagai Alat Aplikasi 51

2.8.4 ICT sebagai Alat Pemudah Komunikasi 52

2.9 Kaedah-kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 53

Lukisan Kejuruteraan dalam Bab Lukisan Mekanikal

2.10 Multimedia dalam Pendidikan 58

2.10.1 Teks 58

2.10.2 Audio 61

2.10.3 Grafik 62

2.10.4 Video 66

2.10.5 Animasi 67

2.11 Interaktiviti dalam Perisian PBK 68

2.11.1 Butang 69

2.11.2 Hot Spot 70

Page 12: MEMBANGUNKAN PERISIAN PENGAJARAN DAN … · membangunkan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (pbk) lukisan kejuruteraan untuk tajuk lukisan mekanikal tan shin

x

2.11.3 Hot Object 70

2.11.4 Target Area 70

2.11.5 Pull-Down Menu 71

2.11.6 Conditional 71

2.11.7 Text Entry 71

2.11.8 Keypress 71

2.11.9 Time Limit 72

2.11.10Tries Limit 72

2.11.11Event 72

2.12 Kesimpulan 72

BAHAGIAN TIGA

METODOLOGI KAJIAN

BAB III METODOLOGI KAJIAN 74

3.1 Pengenalan 74

3.2 Model Pembangunan Perisian 75

3.3 Fasa Analisa Keperluan 76

3.3.1 Pemilihan Topik Pengajaran 77

3.3.2 Pembahagian Isi Pelajaran 77

3.3.3 Pemilihan Perkakasan, Alat Pengarang dan 79

Perisian Sokongan

3.3.3.1 Perkakasan untuk Membangun dan 80

Perkakasan untuk Mengguna Perisian

3.3.3.2 Alat Pengarang untuk Membangunkan 81

Perisian

3.3.3.3 Perisian Sokongan untuk Membangunkan 83

Perisian

Page 13: MEMBANGUNKAN PERISIAN PENGAJARAN DAN … · membangunkan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (pbk) lukisan kejuruteraan untuk tajuk lukisan mekanikal tan shin

xi

3.4 Fasa Reka Bentuk 88

3.4.1 Menentukan Cara Pelaksanaan 89

3.4.2 Membina Carta Alir 89

3.5 Fasa Pembangunan dan Perlaksanaan 91

3.6 Fasa Penilaian 92

3.6.1 Reka Bentuk Kajian 92

3.6.2 Populasi 93

3.6.3 Sampel Kajian 94

3.6.4 Lokasi Kajian 94

3.6.5 Instrumen Kajian 95

3.7 Prosedur Kajian 97

3.8 Kajian Rintis 98

3.9 Penganalisisan Data Kajian 99

3.10 Batasan Kajian 102

3.11 Kesimpulan 103

BAHAGIAN EMPAT

PEMBANGUNAN PERISIAN

BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN 104

4.1 Pengenalan 104

4.2 Struktur Asas Perisian 105

4.2.1 Paparan Montaj 105

4.2.2 Paparan Pendaftaran Nama Pengguna 106

4.2.3 Paparan Objektif Pelajaran 107

4.2.4 Paparan Pemasangan Perisian Aplikasi Sokongan 108

4.2.5 Paparan Panduan Pengguna 109

4.2.6 Paparan Menu 111

Page 14: MEMBANGUNKAN PERISIAN PENGAJARAN DAN … · membangunkan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (pbk) lukisan kejuruteraan untuk tajuk lukisan mekanikal tan shin

xii

4.2.7 Paparan Kandungan Perisian 114

4.2.8 Paparan Latihan 116

4.2.9 Paparan Keluar dari Perisian 117

4.3 Pempakejan Perisian 119

4.4 Cara Menggunakan Perisian 119

4.5 Analisis Data 119

4.6 Analisis Data Latar Belakang Responden 122

4.7 Analisis Item-item Objektif Kajian 125

4.7.1 Penilaian Perisian tentang Aspek Multimedia 125

4.7.2 Penilaian Perisian tentang Aspek Interaktif 132

4.7.3 Penilaian Perisian tentang Aspek Kesesuaian 142

sebagai satu alternatif Alat Bantu Mengajar (ABM)

Jenis Elektronik yang Baru

4.7.4 Penilaian Responden terhadap Tiga Aspek 152

Perisian yang Dikaji

4.7.5 Analisis Item Terbuka Ke-32 153

4.8 Kesimpulan 154

BAHAGIAN LIMA

KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

BAB V KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 155

5.1 Pengenalan 155

5.2 Rumusan 155

5.3 Perbincangan 156

5.3.1 Perkaran yang Perlu Diambil Perhatian 156

5.3.2 Kekuatan Perisian 158

5.3.3 Kelemahan Perisian 160

Page 15: MEMBANGUNKAN PERISIAN PENGAJARAN DAN … · membangunkan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (pbk) lukisan kejuruteraan untuk tajuk lukisan mekanikal tan shin

xiii

5.4 Cadangan 161

5.5 Kesimpulan 162

BAHAGIAN ENAM

BIBLIOGRAFI

BIBLIOGRAFI 164

BAHAGIAN KETUJUH

LAMPIRAN

LAMPIRAN 171-177

Page 16: MEMBANGUNKAN PERISIAN PENGAJARAN DAN … · membangunkan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (pbk) lukisan kejuruteraan untuk tajuk lukisan mekanikal tan shin

xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Jenis-jenis sekolah bestari 19

2.2 Bilangan subjek, bilangan sekolah dan bilangan 21

murid yang terlibat dalam program Mata Pelajaran

Vokasional (MPV) tahun 2002-2005

2.3 Panduan pemilihan jenis huruf teks 59

2.4 Perwakilan maksud tersirat bagi warna-warna 63

2.5 Panduan pemilihan warna 64

2.6 Panduan penggunaan teks dan judul teks dalam video 66

3.1 Senarai modul dalam perisian penyelidik 78

3.2 Senarai sub-sub judul “Conventional Practice in 78

Mechanical Drawing”

3.3 Senarai sub-sub judul “Convention in Mechanical 79

Drawing”

3.4 Ringkasan soalan bahagian A 95

3.5 Bilangan item berhubung objektif kajian dalam 96

bahagian B

3.6 Data demografi responden 100

3.7 Skala Likert lima markat 100

3.8 Skala Likert tiga markat 101

3.9 Pengkelasan tahap kecenderungan berdasarkan 101

analisis markat min

Page 17: MEMBANGUNKAN PERISIAN PENGAJARAN DAN … · membangunkan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (pbk) lukisan kejuruteraan untuk tajuk lukisan mekanikal tan shin

xv

4.1 Skala Likert lima markat 122

4.2 Skala Likert tiga markat 122

4.3 Bilangan dan peratusan responden mengikut status 123

4.4 Bilangan dan peratusan responden guru mengikut 123

jantina

4.5 Bilangan dan peratusan responden pelajar mengikut 124

Jantina

4.6 Bilangan dan peratusan responden guru mengikut 124

pengalaman menggunakan perisian Lukisan

Kejuruteraan sebelum ini

4.7 Bilangan dan peratusan responden pelajar mengikut 125

pengalaman menggunakan perisian Lukisan

Kejuruteraan sebelum ini

4.8 Penilaian responden guru terhadap aspek multimedia 127

4.9 Penilaian responden pelajar terhadap aspek multimedia 129

4.10 Penilaian responden terhadap aspek multimedia 132

4.11 Penilaian responden guru terhadap aspek interaktif 133

4.12 Penilaian responden pelajar terhadap aspek interaktif 138

4.13 Penilaian responden terhadap aspek interaktif 142

4.14 Penilaian responden guru terhadap aspek kesesuaian 143

4.15 Penilaian responden pelajar terhadap aspek kesesuaian 147

4.16 Penilaian responden terhadap aspek kesesuaian 152

4.17 Penilaian responden terhadap tiga aspek perisian dikaji 153

Page 18: MEMBANGUNKAN PERISIAN PENGAJARAN DAN … · membangunkan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (pbk) lukisan kejuruteraan untuk tajuk lukisan mekanikal tan shin

xvi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Paparan montaj perisian 28

2.2 Paparan lukisan unjuran ortografik 28

2.3 Paparan penerangan lukisan unjuran ortografik 28

2.4 Paparan lukisan pemasangan 29

2.5 Paparan komponen mesin 29

2.6 Paparan animasi tentang pemasangan sebuah injap 29

3.1 Model ADDIE 75

3.2 Carta alir perisian pengajarand dan pembelajaran 90

berbantukan komputer (PBK) Lukisan Mekanikal

4.1 Paparan montaj 107

4.2 Paparan pendaftaran nama pengguna 108

4.3 Paparan objektif pelajaran 109

4.4 Paparan pemasangan perisian aplikasi sokongan 110

4.5 Paparan panduan pengguna utama 111

4.6 Paparan panduan pengguna kedua 111

4.7 Paparan menu utama 112

4.8 Paparan menu sub judul I 114

4.9 Paparan menu sub judul II 115

4.10 Paparan kandungan perisian I 116

4.11 Paparan kandungan perisian II 117

4.12 Paparan latihan 118

Page 19: MEMBANGUNKAN PERISIAN PENGAJARAN DAN … · membangunkan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (pbk) lukisan kejuruteraan untuk tajuk lukisan mekanikal tan shin

xvii

4.13 Paparan sesi penganugerahan sijil elektronik 119

4.14 Paparan bibliografi 119

Page 20: MEMBANGUNKAN PERISIAN PENGAJARAN DAN … · membangunkan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (pbk) lukisan kejuruteraan untuk tajuk lukisan mekanikal tan shin

xviii

SENARAI SIMBOL/ DAFTAR KATA RINGKAS

% - Peratus

ABM - Alat bantu mengajar

AIFF - Audio Interchange File Format

HSP - Huraian Sukatan Pelajaran

IBM - International Business Machine

ICT - Information Communication of Technology

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

MIDI - Musical Instrument Digital Interface

MP3 - MPEG-1 audio layer 3

MPV - Mata Pelajaran Vokasional

PBK - Pengajaran berbantukan komputer

PCM - Pulse Code Modulation

PDF - Portable Document Format

P&P - Pengajaran dan pembelajaran

SWA - Shockwave audio

WAV - wave for audio format

Page 21: MEMBANGUNKAN PERISIAN PENGAJARAN DAN … · membangunkan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (pbk) lukisan kejuruteraan untuk tajuk lukisan mekanikal tan shin

xix

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal selidik 171

B Surat pengesahan pakar bidang 175

C Surat memohon kebenaran untuk menulis laporan akhir 176

Projek Sarjana Muda melebihi 100 muka surat

D Surat pengesahan pelajar 177

Page 22: MEMBANGUNKAN PERISIAN PENGAJARAN DAN … · membangunkan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (pbk) lukisan kejuruteraan untuk tajuk lukisan mekanikal tan shin

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pada 23hb April 2001, bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir

Mohamad telah melafazkan ucapan pendahuluan beliau di Pusat Pentadbiran

Kerajaan Persekutuan Putrajaya sempena pelaksanaan Rancangan Malaysia Kelapan

(2001-2005) bahawa kita sedang menghadapi cabaran kesan daripada globalisasi dan

pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang pesat (Jabatan

Perdana Menteri, 2001).

Ini telah menepati jangkaan Toffler (1980), seorang pemikir sosial

antarabangsa bahawa dunia sekarang berada dalam gelombang ketiga yakni

gelombang teknologi maklumat (IT), di mana pencetak mekanikal Gutenberg adalah

hasil ciptaan yang telah membawa dunia kepada ledakan era teknologi maklumat hari

ini. Lantaran itu perubahan kaedah mengajar guru-guru yang paling ketara ialah

penglibatan teknologi komputer dalam pendidikan (Bates dan Poole, 2003).

Page 23: MEMBANGUNKAN PERISIAN PENGAJARAN DAN … · membangunkan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (pbk) lukisan kejuruteraan untuk tajuk lukisan mekanikal tan shin

2

Seiring dengan perkembangan negara yang pesat dalam menuju ke arah

Wawasan 2020, semasa pelaksanaan program pembangunan belia bawah Rancangan

Malaysia Kelapan (RMKe-8), latihan kemahiran dalam bidang komputer telah

disasarkan kepada golongan belia yang berumur 18-25 tahun, walaupun belia adalah

mereka dalam kumpulan umur 15-40 tahun.

Pada masa ini komputer telah dianggap sebagai alat kognitif yang berkesan

dalam membantu para belia memperkembangkan keupayaan minda. Justeru

pengintegrasian komputer dalam pendidikan adalah sangat penting dan diutamakan

(Wan dan Mohd, 1996).

Usaha-usaha saranan yang telus oleh pihak kerajaan kita telah mendapat

kerjasama secara berterusan daripada pihak Kementerian Pendidikan sejak

pertengahan tahun 1980-an lagi demi menerapkan budaya teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT) di kalangan pewaris-pewaris yang akan membawa Malaysia ke

Wawasan 2020 (Tang, et al., 2000).

Melalui pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), beberapa program

komputer seperti Projek Pengenalan Kepada Komputer pada tahun 1986, Projek

Perintis Kenal Komputer (Computer Literacy Pilot Project) pada tahun 1992, Projek

Pengajaran Berbantukan Komputer pada tahun 1994, Projek Jaringan Pendidikan

pada tahun 1995 serta aktiviti ko-kurikulum Kelab Komputer Sekolah telah

diperkenalkan di sekolah-sekolah di dalam negara kita. Ini menunjukkan bahawa

Malaysia telah mengambil langkah permulaan yang bersungguh-sungguh untuk

mendidik pelajar melalui pengintegrasian komputer di dalam bilik darjah (Ng, 1989).

Tujuan program-program tersebut dilaksanakan juga adalah untuk memenuhi

keperluan penghasilan tenaga manusia yang terlatih, berkemahiran dan

berpengetahuan serta berkeupayaan inovatif yang tinggi dalam memperkembangkan

keperluan ekonomi negara berasaskan pengetahuan (Jabatan Perdana Menteri, 2001).

Page 24: MEMBANGUNKAN PERISIAN PENGAJARAN DAN … · membangunkan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (pbk) lukisan kejuruteraan untuk tajuk lukisan mekanikal tan shin

3

Selaras dengan itu, guru-guru aliran teknikal dan vokasional telah

dimandatkan untuk mendidik golongan belia sasaran pihak kerajaan, memandangkan

sekolah menengah teknik dan sekolah menengah vokasional berfungsi menawarkan

jurusan atau kursus dalam aliran Pendidikan Teknikal, Pendidikan Vokasional dan

Latihan Kemahiran dengan memberikan pendidikan asas yang seimbang dalam

bidang sains dan teknologi.

Usaha-usaha sebegini masih diteruskan dewasa ini. Menurut liputan akhar

dalam Berita Harian oleh Rosniza (2005), menjelang bulan September 2005

Anugerah Kecemerlangan ICT 2005 akan dijayakan, antaranya pemenang-pemenang

untuk Anugerah Guru ICT Cemerlang, Anugerah Pelajar ICT Cemerlang, Anugerah

Laman Web Sekolah Terbaik, Anuegrah Perisian Sumber Terbuka Terbaik dalam

negara kita akan diiktiraf sempena sumbangan peneraju dan penggiat industri

teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam negara.

Adalah tidak syak bahawa reformasi yang berlaku dalam sektor

perkembangan sosio ekonomi negara kita boleh membawa perubahan yang drastik

dalam bidang pendidikan khususnya di sekolah-sekolah menengah. Maxwell dalam

Abdullah (Ed.) (2002a: 8) telah berkata, “A leader is one who knows way, goes the

way and shows the way”, di mana pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

telah mengambil banyak pendekatan yang inisiatif memberikan panduan khususnya

kepada para guru dalam menerapkan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran (P&P) seharian di sekolah-sekolah masing-masing.

Justeru itu guru-guru seharusnya bersifat peka terhadap perkembangan

bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang berubah pantas saban hari.

Guru-guru juga perlu memastikan bahawa ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap

diri yang disampaikan kepada pelajar mampu mendorong kepada percambahan

pemikiran belia yang bernas dalam menyumbang tenaga kepada pembangunan

negara kelak.

Page 25: MEMBANGUNKAN PERISIAN PENGAJARAN DAN … · membangunkan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (pbk) lukisan kejuruteraan untuk tajuk lukisan mekanikal tan shin

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Tajuk Lukisan Mekanikal berdasarkan sukatan Kurikulum Bersepadu

Sekolah Menengah (KBSM) merupakan bab ketujuh yang terkandung dalam buku

teks Lukisan Kejuruteraan Tingkatan Lima. Subjek ini dipelajari oleh semua pelajar

yang menuntut di sekolah-sekolah menengah teknikal dan vokasional termasuk di

sesetengah sekolah menengah harian biasa yang telah menawarkan subjek amali

tersebut.

Setelah tamat mempelajari bab ini, pelajar diharapkan dapat mengenalpasti

jenis lukisan mekanikal, mengenal pasti amalan lazim dalam lukisan mekanikal,

mengenalpasti konvensyen dalam lukisan mekanikal, melukis pandangan unjuran

ortografik bagi komponen tunggal mesin dengan mematuhi amalan lazim dan

konvensyen lukisan serta melukis pandangan keratan bagi komponen tunggal mesin

dengan mematuhi amalan lazim dan konvensyen lukisan (Sarip dan Abdul, 2003).

Semasa mempelajari tajuk ini, pelajar-pelajar adalah banyak didedahkan

dengan pelbagai bentuk komponen mesin yang kompleks malah jarang dijumpai

dalam kehidupan harian mereka. Kaedah tradisional yang biasa digunakan oleh

guru-guru Lukisan Kejuruteraan iaitu “chalk and talk” kurang sesuai diaplikasikan

semasa proses pengajaran dan pembelajaran tajuk Lukisan Mekanikal kerana pelajar-

pelajar sukar membayangkan garisan dan binaan bentuk yang abstrak melalui

percakapan guru di depan kelas semata-mata. Lama-kelamaan ini akan

membosankan dan menghilangkan minat pelajar-pelajar dalam mengikuti isi

pelajaran yang semakin mendalam.

Bagi memastikan bahawa pelajar-pelajar dapat menguasai dan memahami isi

pelajaran, sesetengah guru cuba membawa komponen mesin yang konkrit ke dalam

bilik darjah. Namun ini sukar dilakukan bagi komponen-komponen mesin yang

berat, besar atau sukar didapati. Guru yang cuba melukis bentuk komponen mesin di

Page 26: MEMBANGUNKAN PERISIAN PENGAJARAN DAN … · membangunkan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (pbk) lukisan kejuruteraan untuk tajuk lukisan mekanikal tan shin

5

papan hitam pula berkemungkinan tidak dapat melukis dengan tepat di depan pelajar-

pelajar. Bagi bentuk-bentuk komponen mesin yang kompleks, ini boleh

menambahkan kesukaran guru untuk melukis objek tersebut pada papan hitam.

Di samping itu, penggunaan kapur warna untuk membezakan garisan binaan

dan garisan objek komponen mesin yang dilukis juga boleh membawa kekeliruan

kepada pelajar pada sesetengah keadaan contohnya apabila warna kapur tidak jelas

disebabkan kualtiti kapur tersebut ataupun papan hitam mudah tersilau disebabkan

pancaran cahaya matahari dari luar ketika waktu siang. Secara tidak langsung, masa

yang diperuntukkan untuk topik tersebut akan terbazir disebabkan kaedah

penyampaian guru yang kurang efisien. Di akhir pelajaran, guru juga tidak dapat

mengenalpasti tahap kefahaman setiap individu pelajar dengan tepat apabila

bercakap di depan.

Satu lagi kelemahan kaedah berpusatkan guru ini ialah ketika guru tidak

dapat hadir ke kelas untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)

sekiranya cuti sakit atau terpaksa menghadapi urusan pejabat yang mustahak.

Ketiadaan guru menandakan silabus pengajaran Lukisan Mekanikal tidak dapat

dijalankan seperti dirancangkan. Pelajar-pelajar juga tidak berinisiatif untuk

mempelajari topik tersebut secara berdikari samada di kelas atau di rumah.

Bagi membantu pelajar-pelajar menjelajah dan meneroka dengan lebih

berkesan, hasil keputusan penyelidikan telah menunjukkan bahawa maklumat yang

pelajar terima semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi menganalisis

rangsangan-rangsangan dalam persekitaran adalah melalui deria penglihatan (75%),

pendengaran (15%) dan lain-lain deria (10%) (Lim, et al., 2003).

Ada juga kajian yang menunjukkan bahawa manusia dapat ingat 10%

daripada bacaan, 20% daripada pendengaran, 30% daripada penglihatan, 50%

daripada pendengaran dan penglihatan, 70% daripada sebutan sendiri, dan 90%

Page 27: MEMBANGUNKAN PERISIAN PENGAJARAN DAN … · membangunkan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (pbk) lukisan kejuruteraan untuk tajuk lukisan mekanikal tan shin

6

semasa melakukan sesuatu. Bagaimanapun jelas bahawa penglihatan dan

pendengaran adalah dua deria utama yang pelajar gunakan dalam proses memahami

isi tajuk Lukisan Mekanikal. Lebih-lebih lagi adalah apabila ketiga-tiga deria utama

iaitu mata, telinga dan tangan digunakan serentak (Lim, et al., 2003).

Perisian pendidikan yang berasaskan konsep Pengajaran dan Pembelajaran

Berbantukan Komputer (PBK) dan berunsurkan multimedia serta interaktif

seharusnya dialternatifkan sebagai kaedah penyampaian yang lebih sesuai bagi topik

Lukisan Mekanikal. Ciri-ciri multimedia merangkumi lima unsur iaitu teks, grafik,

audio, video dan animasi berupaya menajamkan kedua-dua deria penglihatan dan

deria pendengaran pelajar sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, maka

adalah menepati ciri-ciri kesesuaian sebagai alat bantu mengajar (ABM) yang

berupaya membantu pelajar untuk belajar berdasarkan kajian penyelidikan di atas.

Sebenarnya pengintegrasian teknologi pendidikan dalam menghasilkan

perisian pendidikan Lukisan Kejuruteraan bukan satu perkara yang baru; guru-guru

yang mengajar subjek Lukisan Kejuruteraan telah biasa mendominasi proses

pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan teknologi (Raizen, et.al: 1995).

Justeru itu peralihan minor tersebut seharusnya memperlihatkan kemajuan guru-guru

Lukisan Kejuruteraan dalam menjejak setapak langkah yang besar ke arah hadapan

ketika menghadapi cabaran dalam sistem pendidikan teknikal dan vokasional di era

baru teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pada hari ini.

Menurut Rozinah (2000), projek penyelidik iaitu perisian pengajaran dan

pembelajaran berbantukan komputer bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan tidak

harus kekurangan konsep multimedia kerana pada dekad akan datang, penyerapan

komputer dan telekomunikasi semestinya mendorong kepada pembangunan suasana

realistik maya yang interaktif dan berhubungkait di setiap sekolah. Suasana

pembelajaran seperti ini akan membantu pelajar dan guru dalam menguasai

kemahiran kognitif yang diperlukan untuk mencari, mengorganisasi, menyusun,

menganalisis dan mensintesiskan pengetahuan yang baru daripada isi pelajaran

Page 28: MEMBANGUNKAN PERISIAN PENGAJARAN DAN … · membangunkan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (pbk) lukisan kejuruteraan untuk tajuk lukisan mekanikal tan shin

7

Lukisan Mekanikal. Walaupun sesetengah orang mengatakan bahawa teknologi

komputer mempunyai kebaikan dan kelemahan, kaedah yang lebih berkesan untuk

membuatkan pelajar-pelajar kita memahaminya adalah melalui penyampaian isi

pelajaran menggunakan perisian pendidikan di kelas oleh guru (Bates dan Poole,

2003).

Menurut liputan akhbar News Straits Times yang dilaporkan oleh Rozana

(2005), perisian pendidikan bukan sahaja satu alat bantu mengajar yang berkesan

untuk pelbagai mata pelajaran (Matematik, Sains, Bahas Inggeris dan Bahasa Melayu

pada permulannya), perisian pendidikan juga dapat membantu mempercepatkan

silabus pengajaran guru, lantas memberikan lebih banyak masa untuk guru dan

pelajar-pelajar mengadakan sessi perbincangan dan sessi ulangkaji.

Burden dan Byrd (2003) turut menyokong pernyataan di atas dengan

mengatakan bahawa perisian pendidikan sememangnya dapat membantu guru dalam

membekalkan pengalaman konkrit yang diperlukan kepada pelajar untuk memahami

isi topik yang abstrak semasa mempelajari tajuk Lukisan Mekanikal. Selain itu

perisian pendidikan turut membantu pelajar dalam mengintegrasikan pengetahuan

sedia ada ke dalam subtopik baru yang bakal dipelajari.

Perisian pendidikan dapat mencapai keperluan pelajar yang dikehendaki

kerana ia berupaya memudahcarakan proses pembelajaran melalui tiga turutan iaitu

bermula daripada pengalaman terus, seterusnya melalui perwakilan pengalaman yang

sebenar (seperti dalam filem-filem dan gambar-gambar) dan akhir sekali menerusi

perwakilan simbolik pengalaman-pengalaman yang diperolehi. Hal ini turut

menjelaskan satu kebenaran ungkapan “A Picture is worth a thousand words”

kerana unsur grafik yang diterapkan dalam perisian berunsurkan multimedia dapat

mempercepatkan kefahaman pelajar terhadap penguasaaan isi pelajaran tajuk

Lukisan Mekanikal yang abstrak (Burden dan Byrd, 2003: 206).

Page 29: MEMBANGUNKAN PERISIAN PENGAJARAN DAN … · membangunkan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (pbk) lukisan kejuruteraan untuk tajuk lukisan mekanikal tan shin

8

Dengan adanya perisian Lukisan Mekanikal, pelajar-pelajar dapat belajar

mengikut kemampuan masing-masing. Secara tidak langsung, ini dapat memupuk

sifat berdikari dan konsep pembelajaran sepanjang hayat (life-long learning) dalam

pengurusan pembelajaran dalam diri pelajar sepertimana yang tergubal dalam prinsip

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

Ketika guru tidak berupaya menghadiri kelas, pelajar-pelajar masih dapat

belajar dengan menggunakan perisian yang tersimpan dalam cakera keras. Pelajar-

pelajar yang lemah juga boleh mengulangkaji pelajaran di rumah bagi tujuan

pemulihan. Penerapan unsur multimedia dan unsur interaktif dalam perisian juga

mampu menarik minat pelajar supaya belajar dalam keadaan yang kondusif.

Untuk kebaikan guru pula, sesebuah perisian pendidikan hanya perlu

dihasilkan sekali dan boleh digunakan secara berulang kali untuk kelas-kelas guru.

Sekiranya berlaku kesilapan guru hanya perlu membuat pembetulan melalui perisian

pengarangan yang telah digunakan. Ini berupaya meminimumkan kesilapan semasa

guru melakukan penyampaian di kelas berbanding dengan kaedah pengajaran secara

konvensional di mana guru banyak berucap di depan pelajar.

Tambahan lagi cara penyimpanan isi pelajaran dalam cakera padat adalah

mudah, selamat serta boleh dibawa ke mana-mana. Secara relatifnya kos pembuatan

untuk perisian adalah rendah jika dibandingkan dengan pembelian komponen mesin

sebenar yang mahal.

Page 30: MEMBANGUNKAN PERISIAN PENGAJARAN DAN … · membangunkan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (pbk) lukisan kejuruteraan untuk tajuk lukisan mekanikal tan shin

9

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah perisian pengajaran dan

pembelajaran berbantukan komputer (PBK) Lukisan Kejuruteraan untuk tajuk

Lukisan Mekanikal bagi kegunaan guru-guru yang mengajar Lukisan Kejuruteraan

Tingkatan Lima berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) tahun 2000 serta pelajar-pelajar yang

mengambil mata pelajaran tersebut.

1.4 Objektif Projek

Tujuan kajian projek ini disediakan bagi perisian pengajaran dan

pembelajaran berbantukan Komputer (PBK) Lukisan Kejuruteraan bagi tajuk

Lukisan Mekanikal adalah untuk:

i. Menyediakan sebuah perisian pendidikan berunsur multimedia yang

berupaya menarik minat pelajar-pelajar.

ii. Menghasilkan sebuah perisian pendidikan berciri-ciri interaktif yang

mudah digunakan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar.

iii. Menilai kesesuian perisian pendidikan yang telah dihasilkan

tersebut sebagai sebuah alat bantu mengajar jenis elektronik yang

baru untuk kegunaan guru-guru dan pelajar-pelajar.

Page 31: MEMBANGUNKAN PERISIAN PENGAJARAN DAN … · membangunkan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (pbk) lukisan kejuruteraan untuk tajuk lukisan mekanikal tan shin

10

1.5 Kepentingan Projek

Tujuan perisian ini dihasilkan adalah untuk memenuhi perkara-perkara

berikut:

i. Sebagai pemangkin kepada pembinaan perisian mengikut

kehendak sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

(KBSM).

ii. Sebagai pemangkin kepada pembinaan perisian bertajuk Lukisan

Mekanikal berdasarkan konsep pengintegrasian perisian

pendidikan dalam konsep Sekolah Bestari.

iii. Menggalakkan pembinaan perisian pendidikan tempatan dalam

Bahasa Inggeris seiring dengan pengenalan buku teks Lukisan

Kejuruteraan yang baru dalam bahasa Inggeris.

iv. Menggalakkan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) secara

meluas jenis elektronik berunsurkan multimedia dan interaktif

oleh guru dan pelajar samada di kelas atau di rumah.

v. Mengalakkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan yang lebih berkesan.

1.6 Skop Kajian

Perisian ini dibina berdasarkan tajuk pelajaran Lukisan Mekanikal bagi mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Tingkatan

Lima. Perisian Lukisan Mekanikal yang dihasilkan merangkumi seluruh isi pelajaran

berpandukan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan

tahun 2000. Isi pelajaran dalam bab Lukisan Mekanikal merangkumi jenis lukisan