memasarkan perniagaan anda · ia adalah pelan tindakan yang perlu dibangunkan menggunakan jaringan...
TRANSCRIPT
Ketahui Kaedah Pemasaran Anda7 Kaedah Pemasaran -
Harga •Produk •
Promosi •Tempat •Orang •Proses •Fizikal •
Seni Pemasaran
Pengurusan Perhubungan PelangganFormat Rekod Pelanggan •
102
117
118
MEMASARKANPERNIAGAAN ANDA
STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan102
Bagaimana hendak memberitahu orang tentang produk/perkhidmatan anda?
Adakah pembungkusanproduk dan perkhidmatan
yang anda tawarkan menarik perhatian pelanggan?
Apa yang membezakan produk/perkhidmatan anda
dengan pesaing?
Apa yang perlu anda buat untuk menjadikan produk/perkhidmatananda diketahui di luar lingkungan
pelanggan/lokasi sedia ada?
MEMASARKANPERNIAGAAN ANDA
Di dalam Bab ini, kita akan mempelajari faktor dan kaedah untuk memasarkan produk atau perkhidmatan anda. Sebagai pemilik perniagaan, anda perlu mengetahui produk atau perkhidmatan anda dengan terperinci supaya mampu memberi penerangan yang baik kepada bakal pelanggan anda. Produk atau perkhidmatan hendaklah bersesuaian dengan kumpulan pelanggan yang disasarkan, dengan maklumat tepat serta panduan penggunaannya.
Terdapat pelbagai cara untuk memasarkan produk atau perkhidmatan anda. Berikut merupakan antara kaedah pemasaran yang boleh digunakan:
KAEDAHPEMASARAN
STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 103
7 KAEDAH PEMASARAN
HARGA
PRODUK
PROMOSI
TEMPAT
ORANG
PROSES
FIZIKAL
Kenal pasti nilai produk kepada pelanggan
Kenal pasti produk yang boleh menarik perhatian pelanggan – warna, saiz, reka bentuk dsb.
Kenal pasti masa terbaik serta jenis pemasaran dan saluran media
Kenal pasti Lokasi terbaik untukproduk ditempatkan supaya mudahdibeli oleh pelanggan
Kenal pasti individu yang paling sesuai untuk berhadapan dengan pelanggan
Kenal pasti kaedah terbaik untuk menghasilkan produk atau menyampaikan perkhidmatan dengan kos yang minimum
Kenal pasti penampilan premis perniagaan dan lokasi untuk menarik pelanggan
1. HARGA
Berikut merupakan kaedah yang boleh digunakan untuk menetapkan harga produk atau perkhidmatan anda:
i) Harga Tambah Kos Kebanyakan usahawan menggunakan kaedah pengiraan harga tambah kos. Kaedah ini memastikan supaya nilai harga yang ditetapkan bukan sahaja melebihi kos overhed tetapi juga memberi keuntungan yang diperlukan. Sekiranya kos overhed anda tidak tepat, berkemungkinan keuntungan yang bakal diperoleh juga rendah.
Berikut merupakan contoh pengiraan yang boleh membantu anda menetapkan harga menggunakan konsep Harga Tambah Kos:
Kos bahan RM50.00+ Kos pekerja RM30.00+ Overhed RM40.00= Jumlah kos produk RM120.00+ Keuntungan (30% daripada jualan) RM 51.00
= Harga yang perlu dijual RM171.00
STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan104
iv) Harga TokokanCara pengiraan harga tokokan ialah dengan menambah suatu jumlah ke atas kos produk, dan jumlah harga ini perlu dibayar oleh pelanggan. Kaedah ini digunakan oleh kebanyakan pengeluar, pemborong dan peruncit. Contoh:
Peratus tokokan ke atas kos produk ialah RM60 / RM120 = 50%.
Kos produk RM120Harga jualan RM180Harga tokokan RM60
NOTA
Setiap harga produk atau perkhidmatan yang ditetapkan hendaklah menampung kos pengeluaran atau borong, caj pengangkutan, overhed atau perbelanjaan operasi dan juga mempunyai keuntungan yang berpatutan. Dalam strategi penetapan harga, anda perlu mengenali struktur ini terutamanya perbezaan di antara margin dan tokokan. Faktor seperti overhed yang tinggi, kecurian, kenaikan kos bahan mentah dan diskaun akan mempengaruhi penetapan harga.
iii) Harga KompetitifPenentuan secara harga kompetitif digunakan apabila harga pasaran untuk sesuatu produk atau perkhidmatan itu telah ditetapkan. Kaedah ini digunakan oleh pihak yang telah menguasai pasaran, dan syarikat yang lebih kecil terpaksa mengikuti harga tersebut. Untuk kekal kompetitif, anda boleh juga menetapkan harga yang sedikit tinggi tetapi diiringi dengan perkhidmatan tambahan.
Contoh:Harga pasaran RM 170Harga anda (termasuk penghantaran) RM 180CHECKOUT
DELIVERY
ii) Harga PermintaanHarga permintaan ditentukan oleh kombinasi jumlah dan keuntungan. Produk biasanya dijual melalui saluran yang berbeza pada harga yang berbeza yang ditentukan oleh permintaan. Sebagai contoh: peruncit, rantai diskaun, pemborong, atau pemasar dalam talian langsung. Jumlah pembelian yang besar akan mendapat harga unit yang lebih rendah.
Contoh:Harga runcit 1 unit RM 171Harga dalam talian RM 160Harga borong RM 150
CHECKOUT
DELIVERY
STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 105
Bersesuaian dan bahan yang selamat
Mudah dipegang
Mudah disimpan atau diletakkan di rak
Mudah diperiksa
Mudah dibuka dan ditutup
Mudah dibuang dan boleh dikitar semula
2. PRODUK
Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan hendaklah menarik perhatian pelanggan dan bakal pelanggan anda supaya menyedari kewujudannya dalam pasaran. Berikut merupakan antara langkah yang boleh dilakukan untuk menjadikan produk atau perkhidmatan anda berbeza daripada pesaing anda:
i) PembungkusanPembungkusan adalah penting kerana bagi sesuatu produk. Tujuan utama pembungkusan adalah untuk melindungi produk daripada rosak ketika pengendalian dan pengedaran.
Ciri-ciri reka bentuk pembungkusan yang baik adalah seperti yang berikut:
a) Jenama produkb) Nama produkc) Penerangan d) Logoe) Kod warna (jika ada)f) Kod bar (jika ada)g) Kod batch (jika ada)h) Berat kasari) Nilai nutrisi (untuk makanan dan
produk kesihatan)j) Tarikh luput (untuk makanan dan
produk kesihatan)
k) Kandungan atau ramuan l) Arahan membuka, mengguna,
menyimpan dan pelupusanm) Nama dan alamat pengeluar dan
pengedarn) Logo Halal atau logo agensi
berkaitan seperti Kementerian Kesihatan, Amalan Pengeluaran Baik (GMP), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
o) Tanda harga
ii) Pelabelan
Label ialah reka bentuk grafik di atas bahan pembungkusan yang mengandungi maklumat terperinci sesuatu produk seperti pengeluar, nama produk, penggunaan dan penerangan produk dalam bentuk tulisan.
Mengikut garis panduan keperluan undang-undang, reka bentuk pelabelan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:
STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan106
Pembungkusan yang baik akan memberikan maklumat yang lengkap tentang produk tersebut, oleh itu reka bentuk label yang baik akan menarik perhatian pelanggan untuk membeli.
Nama produk*
Nama Pengilang*
Ilustrasi
Harga
Keterangan*
Tuntutan khas
Simbol bagikuantiti purata
Berat*(Beberapa
produk makanandikecualikan
seperi roti)
Nilai nutrisiproduk
Bahan-bahan(Disenaraikanberdasarkan kepada urutan menurun berat bahan)*
Cara membuka
Cara memasak/pemanasan*
Cara penyimpanan*
Tarikh luput/guna sebelum/Kod batch
Kod bar
Jaminan pelanggan
Nama dan alamatpengilang*
*Ini adalah keperluan undang-undang
Keperluan Label Produk
STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 107
Promosi adalah satu aktiviti untuk memberitahu tentang jenama, produk atau perkhidmatan anda kepada umum.
Contoh aktiviti promosi ialah memberikan sampel percuma, kupon diskaun, rebat, pertandingan, penajaan dan sebagainya.
Bertujuan untuk menarik perhatian pelanggan baharu, meningkatkan jualan dan kadar pembelian semula.
Objektif utama ialah untuk meningkatkan jualan.
Kos tidak terlalu mahal.
Kebiasaannya melibatkan proses komunikasi dua hala.
Pengiklanan adalah teknik yang digunakan untuk mendapatkan perhatian umum dengan menggunakan mesej bergrafik.
Contoh aktiviti pengiklanan ialah menyalurkan mesej pengiklanan melalui surat khabar, televisyen, radio, papan iklan, media sosial dan sebagainya.
Bertujuan supaya maklumat pengiklanan sampai kepada kumpulan sasaran yang spesifik berdasarkan kepada statistik pembaca atau pendengar.
Objektif utama ialah untuk membina imej penjenamaan dan meningkatkan jualan.
Kos yang agak tinggi dan mahal.
Melibatkan komunikasi satu hala iaitu daripada pengiklan sahaja.
PROMOSI PENGIKLANAN
Anda tidak boleh sekadar bertanya pelanggan apa yang mereka perlukan dan cuba untuk
memenuhi permintaan mereka. Apabila anda berjaya menghasilkannya, mereka akan
inginkan sesuatu yang lebih baharu
Steve Jobs, pengasas Apple
3. PROMOSI
Mempromosi produk kepada masyarakat umum merupakan cabaran yang besar.Promosi boleh ditakrifkan sebagai aktiviti untuk meningkatkan kesedaran pelanggan terhadap sesuatu produk atau jenama, menjana jualan dan juga membina kesetiaan terhadap sesuatu jenama.
Pengiklanan pula adalah satu strategi promosi, satu kaedah komunikasi satu hala untuk memberitahu pelanggan maklumat tentang sesuatu produk atau perkhidmatan dan bagaimana untuk mendapatkannya di pasaran.
STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan108 STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan108
Artikel
Pemasaran Luar KotakPemasaran Luar KotakPemasaran Luar Kotak merupakan satu teknik pemasaran yang positif terhadap pesaing anda dan trend pasaran. Selari dengan perkembangan teknologi media dan gaya hidup sosial, anda perlu menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam mencipta gaya atau konsep baharu untuk memasarkan produk.
Anda perlu menghadapi risiko pelanggan tidak mahu membeli produk anda. Oleh itu idea yang diketengahkan mestilah lebih digemari berbanding produk lain di pasaran dengan meletakkan satu nilai ditambah kepada konsep pemasaran, sebagai contoh:
a) Pembungkusan yang kreatifb) Kempen pemasaran mimikanc) Jualan pra tempahan dengan hadiahd) Kombo set produk
STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 109
Langsung
Produk atau perkhidmatan dijual kepada pelanggan secara langsung melalui bersua muka, surat atau dalam talian.
Tidak Langsung
Menggunakan saluran pertengahan seperti peruncit, pemborong atau agen untuk mengedarkan produk atau perkhidmatan anda tetapi dengan harga tokokan daripada pihak pengantara. Kaedah ini sangat berkesan untuk sampai kepada pasaran yang lebih luas.
4. TEMPAT
Kenal pasti lokasi dan kaedah untuk menjual produk atau perkhidmatan anda supaya dapat sampai kepada pengguna akhir. Ia boleh dibuat secara langsung atau tidak langsung menerusi beberapa jenis saluran pengedaran seperti agen, pengedar, pemborong dan peruncit. Kaedah alternatif seperti pasaran dalam talian juga boleh digunakan untuk menjual produk atau perkhidmatan secara terus kepada pelanggan yang disasarkan. Penggunaan tempat yang betul akan membolehkan anda untuk menembusi pasaran yang lebih besar, meningkatkan jualan dan memaksimumkan keuntungan kerana produk atau perkhidmatan anda telah sampai kepada pengguna akhir yang betul pada waktu yang tepat.
Saluran Pengedaran
PERLU TAHU
Saluran margin: Harga dibayar oleh pelanggan selepas mengambilkira harga kos yang ditanggung oleh penjual (termasuk harga pengantara)
Strategi tolakan: Usaha pengeluar untuk mempromosi perkhidmatan kepada pelanggan
Strategi tarikan: Pelanggan mencari produk atau perkhidmatan disebabkan oleh penjenamaan produk yang mantap
Fokus kepada kumpulan sasaran, sampaikan mesej yang mereka
mahu dan perlukan dananggap anda adalah pakar
dalam bidang anda
Kim Garst, Pengasas dan CEO Boom! Social
STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan110
ARTIKEL
Mendigitalkan Perniagaan AndaMendigitalkan Perniagaan Anda
Kita kini berada dalam era moden di mana kaedah pemasaran konvensional sudah menjadi kurang sesuai untuk
sampai ke sasaran yang lebih besar. Penggunaan teknologi perlu digunapakai sepenuhnya, sekurang-kurangnya menggunakan kaedah pemasaran digital untuk perniagaan anda.
Pemasaran digital ditakrifkan sebagai aktiviti promosi untuk produk atau jenama melalui aplikasi media elektronik. Fungsinya ialah sebagai medium pertukaran maklumat produk atau perkhidmatan kepada pelanggan. Selain itu, usahawan boleh menggunakan kaedah ini untuk membina dan mengekalkan hubungan bersama pelanggan.
Pemasaran digital adalah lebih kos efektif daripada kaedah pemasaran konvensional dari segi kitar jualan yang berkurangan, boleh diukur, memberi lebih kemudahan serta mencapai hasil yang disasarkan. Pemasaran digital kini dan pada masa hadapan bermatlamat untuk menghasilkan jualan dengan menggunakan data penggunaan internet.
Cara yang paling mudah untuk anda mencipta jaringan pemasaran atas talian sendiri ialah dengan menggunakan emel yang boleh dihubungkan dengan aplikasi atas talian yang lain seperti:
i) Google Placesii) Weblogiii) Media Sosialiv) Pengiklanan Atas Talianv) Portal Khasvi) Pemasaran Bergambarvii) Berdasarkan lokasi seperti Foursquareviii) Laman Web
STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 111
Google Places
Weblog
Media Sosial
STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan112
Pengiklanan Atas Talian
Pemasaran Bergambar
Portal Khas
STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 113
Berdasarkan lokasi seperti Foursquare
Laman Web
STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan114
Strategi Pemasaran Digital
Ia adalah pelan tindakan yang perlu dibangunkan menggunakan jaringan atas talian yang ada untuk menarik minat pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan perniagaan anda. Berikut merupakan beberapa strategi pemasaran digital yang boleh digunakan untuk perniagaan anda:
Pemasaran Bermaklumat
Gunakan maklumat ringkas, video pendek atau perkongsian media sosial melalui jaringan pemasaran atas talian.
01
Pemasaran E-mel
Gunakan mesej bergrafik yang menarik untuk menyampaikan maklumat tentang produk atau perkhidmatan anda kepada pengguna melalui emel.
05Perkataan Yang Menarik Perhatian
Gunakan perkataan atau frasa unik berkaitan produk atau perkhidmatan yang boleh dicari dengan mudah di laman web oleh pelanggan anda.
06
Peruncitan Dalam Talian
Mulakan kedai atas talian supaya pelanggan boleh membeli barangan atau mendapatkan perkhidmatan anda melalui internet.
02Aplikasi Mudah Alih
Cipta aplikasi mudah alih supaya pengguna boleh memuat turun ke dalam telefon pintar atau gadjet mereka.
03
Laman Web Mesra Pengguna
Cipta laman web yang responsif dan mesra pengguna supaya pelanggan boleh mendapat akses melalui komputer, komputer riba, telefon pintar dan tablet. Gunakan nama domain yang mudah diingati.
07
Saluran Media Sosial
Bina sebuah profil perniagaan atas talian di dalam media sosial. Anda perlu bertindak dengan aktif untuk berinteraksi bersama pelanggan-pelanggan anda untuk mempromosi dan memberi pengetahuan tentang produk atau perkhidmatan anda.
04
STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 115
5. ORANG
“Tanggapan pertama akan berkekalan.” Bagi menarik perhatian pelanggan, semua pekerja anda hendaklah memainkan peranan untuk mendapatkan kepercayaan, keyakinan dan jaminan supaya pelanggan membeli produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Anda perlu melatih dan memberikan kemahiran yang diperlukan supaya pekerja anda memahami objektif syarikat, produk dan perkhidmatan yang disediakan. Ini termasuklah jurujual, perkhidmatan pelanggan, staf teknika dan sokongan juga perlu berpengetahuan supaya mereka dapat membantu untuk mempromosi produk atau perkhidmatan anda dengan lebih baik kepada pelanggan yang berpotensi.
6. PROSES
Ini adalah elemen dalaman untuk meletakkan satu sistem yang efektif dan bersesuaian dalam proses mengendalikan produk dan perkhidmatan anda kepada pengguna akhir. Hasil yang diperloleh akan meningkatkan jualan dan produktiviti. Sistem ini termasuklah proses penghasilan sehinggalah kepada penguruskan pertanyaan dan maklum balas pelanggan. Sebuah perniagaan yang baik akan menggunakan Prosedur Pengoperasian Standard (SOP) dalam menjalankan tugasan tertentu. SOP ialah arahan langkah demi langkah atau manual sebagai panduan untuk menguruskan produk dan perkhidmatan anda.
Kaedah untuk mendapatkan pekerja yang bersesuaian dan menguruskan pekerja akan diterangkan lebih lanjut dalam Bab 7.
Pelanggan juga merupakan orang yang penting dalam perniagaan anda. Pelanggan yang telah memahami produk atau perkhidmatan dengan jelas bukan sahaja akan membuat pembelian lagi dan menjadi pelanggan setia, malahan mereka akan menyampaikan maklumat tersebut kepada rakan dan kenalan mereka. Gabungan pekerja yang baik dan pelanggan yang berpuas hati akan membantu syarikat anda untuk mengembangkan perniagaan dan menjana keuntungan.
STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan116
Laman web Hotel
Pengesahan tempahanmelalui telefon Pengurusan
HotelPelanggan
Permohonan pelaksanaan
Mengisi borangtempahan
Terima tempahanmelalui e-mel
Sumber: www.conceptdraw.com
Contoh Sistem Penempahan Bilik Hotel
7. FIZIKAL
Suasana fizikal seperti lokasi perniagaan akan memberi impak untuk mendapatkan perhatian pelanggan anda. Susun atur dalaman bagi sebuah perniagaan runcit misalnya mempunyai ruangan yang luas untuk penggunaan troli, akan memberi keselesaan kepada pelanggan untuk membeli belah. Sebuah kedai makan yang mempunyai muzik latar dan suasana yang menenangkan akan mendatangkan keselesaan kepada pelanggan anda untuk menikmati hidangan.
Selain itu, penggunaan nama, simbol atau logo yang bertepatan akan membantu penjenamaan perniagaan. Nama dan logo yang tepat membolehkan pelanggan mengingatinya lebih lama serta menjadikan perniagaan anda lebih berbeza daripada pesaing anda. Sebagai contoh, logo yang besar boleh dipamerkan di premis perniagaan atau bangunan supaya mudah dilihat dari jauh, juga diletakkan dalam laman web serta kotak pembungkusan.
STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 117
SENI PEMASARAN Dapatkan perhatian prospek melalui kaedah pemasaran.
Bina minat prospek menggunakan pendekatan emosi supaya dapat mempengaruhi mereka membuat pembelian tersebut serta berasa puas hati menggunakan produk atau perkhidmatan tersebut.
Bina keinginan prospek dengan cara menunjukkan ciri-ciri keistimewaan produk anda serta memberi sampel atau memberi peluang mereka merasai pengalaman mencubanya.
Tingkatkan keinginan pelanggan terhadap produk anda dengan keyakinan atau membuktikan bahawa produk anda adalah berbaloi jika dibandingkan dengan pesaing lain. Testimoni daripada pengguna yang berpuas hati boleh membantu untuk mencapai matlamat ini.
Akhiri jualan dengan cara menggalakkan prospek untuk membuat tindakan atau pembelian serta-merta. Jawab sebarang bantahan dengan penerangan yang mengagumkan. Berikut merupakan antara cara yang boleh digunakan untuk mengakhiri jualan:a) Akhiri secara langsung dengan mendapatkan tempahan.b) Akhiri secara konsensi dengan memberikan jaminan kepada prospek bahawa
pembelian mereka adalah pilihan yang bijak, atau menjimatkan atau pembelian tersebut adalah berbaloi.
c) Akhiri menggunakan desakan tempoh masa, iaitu dengan membuat kenyataan seperti: “Barang ini akan dijual dengan harga asal mulai minggu hadapan, diskaun akan diberikan sekiranya Tuan membuat pembelian hari ini.”
d) Tawarkan tempoh percubaan kepada prospek untuk menggunakan produk tersebut dengan tiada risiko dalam tempoh percubaan atau beri jaminan pulangan wang.
12
3
4
5
Tips dan Teknik Jualan Yang EfektifTips dan Teknik Jualan Yang Efektif
Berikut merupakan tips dan panduan umum yang boleh digunakan oleh jurujual dalam membuat jualan yang efektif.
• Dengarluahan emosi pelanggan• Fokuskepadakeperluan pelanggan• Bantuprospekmelihathasil akhir
yang bakal mereka peroleh• Gunakanbahasa yang fokus kepada
pelanggan• Ketahuiapayangpenting kepada
pelanggan• Kenali prospek anda• Jualkebaikan dan kelebihan, bukan
produk
• Jangan terburu-buru dalam membuat jualan
• Fokus kepada mengapa mereka perlu membeli, bukan bantahan mereka
• Kenali produk dan pasaran dengan jelas
• Buatsusulantemu janji dengan pelanggan
• Fokuskepadakejayaan mendapatkan pelanggan
• Gunapenerangan bukan alasan
STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan118
a) Simpan rekod pembelian pelanggan atau aduan untuk rujukan pada masa akan datang.
b) Kumpul maklumat peribadi pelanggan menggunakan borang bersesuaian,
sekurang-kurangnya maklumat asas seperti nama, nombor telefon, alamat dan emel.
c) Hantar ucapan kepada pelanggan bersempena dengan musim perayaan atau hari lahir mereka melalui mesej, emel dan kad. Tugasan ini walaupun kecil tetapi akan memberi impak kepada pelanggan anda.
d) Dapatkan maklumbalas dan testimoni produk daripada pelanggan. Pamerkan di laman web, blog, brosur, jika bersesuaian. Pelanggan sedia ada akan kagum dan akan bantu untuk rujukan kepada pelanggan baharu.
PENGURUSAN PERHUBUNGAN PELANGGAN
Pengurusan Perhubungan Pelanggan boleh ditakrifkan sebagai kaedah komunikasi dan berurusan dengan pelanggan sedia ada serta pelanggan baru yang berpotensi. Berikut merupakan antara kaedah efektif dan panduan untuk membuat susulan kepada pelanggan anda:
Sekiranya anda tidak mampu untuk membuat pengiklanan sendiri, adakah anda mampu membuat pengiklanan yang lain?
David Ogilvy,Taikun perniagaan, digelar ‘Father of advertising’
STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 119
Tarikh NamaPelanggan
Produk /Perkhidmatan
JumlahAmaun
No. Telefon
e-Mel / Alamat
Format Rekod Pelanggan
Nota: Pengurusan Hubungan Pelanggan yang strategik atau sistem CRM boleh dipelajari menggunakan perisian dan aplikasi komputer.
STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan120
Format Pelan Pemasaran
JENIS KEMPEN
Pemasaran Skala Besar
Iklan Sepanduk
Pemasaran Setempat
Surat Khabar
Pemasaran dalam Kedai
Alat Bantu Jualan
Perhubungan Awam
Acara Awam
Penajaan
Siaran Akhbar
Webinar
Persidangan
Acara Pelanggan
Maklumat Pemasaran
Maklumat Penaja
Landing Page
ebook
Media Sosial
Google+
Atas Talian
Blog
Laman Web
Aplikasi Mudah Alih
Isyarat Mudah Alih
Emel berita (Newsletter)
Pengiklanan
Atas talian
Cetakan
Luar
Radio
Televisyen
Web
Pembangunan
Bayaran per klik
SEO
Penyelidikan Pemasaran
Kaji Selidik
Kajian Impak
Kempen Jualan
Kempen A
Kempen B
Kempen C
Kempen D
Kempen E
Lain-lain
Premium
Penjenamaan Korporat
Kad Perniagaan
Papan Tanda
MATLAMAT PROJEK SASARAN PELANGGAN MAKLUM BALAS
STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 121
Mukasurat 1/2
NOTA BERAT ANGGARAN KOS (RM) KOS SEBENAR (RM)
200.00
200.00
1,500.00
600.00
400.00
500.00
200.00
200.00
1,300.00
500.00
200.00
600.00
JUMLAH
JUMLAH
JUMLAH
JUMLAH
JUMLAH
JUMLAH
JUMLAH
JUMLAH
JUMLAH
JUMLAH
JUMLAH
JUMLAH
JUMLAH
JUMLAH
JUMLAH
JUMLAH
JUMLAH
JUMLAH
JUMLAH
JUMLAH
STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan122
JANUARI FEBRUARI
S1 S2
MAC APRIL MEI JUN
4 11 18 25 - 1 8 15 22 29 7 14 21 28 - 4 11 18 25 - 2 9 16 23 30 6 13 20 27 -
* Masukkan tarikh Isnin pertama setiap bulan.
STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 123
Mukasurat 2/2
JULAI OGOS
S3 S4
SEPTEMBER OKTOBER NOVEMBER DISEMBER
4 11 18 25 - 1 8 15 22 29 5 12 19 26 - 3 10 17 24 31 7 14 21 28 - 5 12 19 26 -
STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan124
Format CRM
NAMASYARIKAT
NAMAUNTUK
DIHUBUNGI
JAWATAN PAUTAN WEB ANGGARANJUALAN
KOMEN
MAKLUMAT PELANGGAN
STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 125
Mukasurat 1/2
TARIKH KALI TERAKHIR PELANGGAN
DIHUBUNGI
TINDAKANSETERUSNYA
TARIKHSETERUSNYA UNTUK
MENGHUBUNGIPELANGGAN
STATUSPENERIMAANPELANGGAN
SUMBERMAKLUMAT
PELANGGAN
LOG KOMUNIKASI
STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan126
Format CRM
ALAMAT EMEL TELEFON FAKS ALAMAT SURAT MENYURAT
MAKLUMAT PELANGGAN
STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 127
Mukasurat 2/2
BANDAR NEGERI POSKOD NEGARA
MAKLUMAT PELANGGAN
STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan128
Format Laporan Media Sosial
MAKLUMATDIKEMASKINI
RETWEETS LIKES MENTIONS KLIK POTENSI PERHUBUNGANPELANGGAN
MINGGU INI
30/08/18
31/08/18
01/09/18
02/09/18
02/09/18
03/09/18
03/09/18
04/09/18
05/09/18
05/09/18
MAKLUMAT 1
MAKLUMAT 2
MAKLUMAT 3
MAKLUMAT 5
MAKLUMAT 4
MAKLUMAT 8
MAKLUMAT 7
MAKLUMAT 6
MAKLUMAT 11
MAKLUMAT 19
89
150
89
95
55
77
86
45
22
111
22
200
300
140
55
99
156
577
215
211
100
150
88
55
77
66
55
44
33
22
300
500
150
150
150
200
357
597
215
155
1000
1000
1000
1000
1000
1000
1000
1000
1000
1000
511
1000
627
440
337
442
654
1263
485
499
TARIKH DIKEMASKINI
STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan 129
MAKLUMATDIKEMASKINI
RETWEETS LIKES MENTIONS KLIK POTENSI PERHUBUNGANPELANGGAN
MINGGU TERDAHULU
23/08/18
23/08/18
24/08/18
25/08/18
25/08/18
25/08/18
27/08/18
28/08/18
29/08/18
29/08/18
MAKLUMAT 22
MAKLUMAT 25
MAKLUMAT 36
MAKLUMAT 56
MAKLUMAT 44
MAKLUMAT 83
MAKLUMAT 73
MAKLUMAT 62
MAKLUMAT 17
MAKLUMAT 36
89
150
89
95
55
77
86
45
22
111
22
200
300
140
55
99
156
577
215
211
100
150
88
55
77
66
55
44
33
22
300
500
150
150
150
200
357
597
215
155
1000
1000
1000
1000
1000
1000
1000
1000
1000
1000
511
1000
627
440
337
442
654
1263
485
499
TARIKH DIKEMASKINI
Perkhidmatan Pelanggan Menyediakan maklumat produk atau perkhidmatan dan promosi secara terperinci kepada pelanggan
Jualan Peribadi Interaksi bersua muka dengan pelanggan untuk menjamin jualan
Pengiklanan Menggunakan satu medium (papan iklan, poster, brosur)melalui saluran media (elektronik, kertas) supaya masyarakat umum mengetahui tentang produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan
Promosi JualanMenggunakan tawaran istimewa (sampel, hadiah percuma)atau pembungkusan yang menarik perhatian pelanggan
Pemasaran Secara LangsungMaklumat berkaitan produk atau perkhidmatan disalurkankepada pelanggan melalui media sosial, mesej atau emel
Pemasaran Berinteraktifmembantu pembelian secara atas talian (melalui telefon atau laman web) untuk membantu pelanggan mencari produk atau perkhidmatan yang terbaik
Perhubungan Awammembina perhubungan yang baik dengan pelanggan sertamenggunakan teknik mempengaruhi supaya produk atau perkhidmatan anda berjaya dijual kepada pelanggan tersebut
7 KaedahKomunikasidalam Promosi
STARTMEUPKit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan130