melaka bukanlah negeri yang terawal menerima islam di tanah melayu

33
1 Sejarah Islam Di Asia Tenggara (LSI3023) Pengenalan Tanah Melayu terletak di tengah-tengah Asia Tenggara dan terkenal dalam kalangan pedagang sebagai “Semenanjung Emas”. Kebanyakan ahli sejarah moden berpendapat bahawa Melaka merupakan negeri yang paling menonjol dan memainkan peranan yang paling penting dalam penyebaran agama Islam di Tanah Melayu. Pandangan ini boleh dianggap benar jika dikaitkan dengan penyebaran Islam di Tanah Melayu pada abad ke-15 dan 16. Akan tetapi Islam tersebar di rantau ini lebih awal dari tarikh itu dan Melaka bukanlah negeri yang terawal menerima Islam kerana banyak lagi negeri di Tanah Melayu sebelum Melaka yang telah menerima Islam dan memainkan peranan yang amat penting dalam bidang dakwah tetapi kurang diberi perhatian secara mendalam. 1 Negeri-negeri yang dimaksudkan itu termasuklah Kedah, Terengganu, Kelantan, dan Pahang. Walaupun sejarah dan peranan negeri-negeri tersebut kurang mendapat perhatian, tetapi bukti- bukti sejarah menunjukkan bahawa peranannya sangat penting bagi 1 Mahayudin Yahya, 1998, Islam Di Alam Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 15

Upload: zakias

Post on 18-Jun-2015

1.558 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Melaka Bukanlah Negeri Yang Terawal Menerima Islam Di Tanah Melayu

1

Sejarah Islam Di Asia Tenggara (LSI3023) 

Pengenalan

Tanah Melayu terletak di tengah-tengah Asia Tenggara dan terkenal dalam kalangan

pedagang sebagai “Semenanjung Emas”. Kebanyakan ahli sejarah moden berpendapat bahawa

Melaka merupakan negeri yang paling menonjol dan memainkan peranan yang paling penting

dalam penyebaran agama Islam di Tanah Melayu. Pandangan ini boleh dianggap benar jika

dikaitkan dengan penyebaran Islam di Tanah Melayu pada abad ke-15 dan 16. Akan tetapi Islam

tersebar di rantau ini lebih awal dari tarikh itu dan Melaka bukanlah negeri yang terawal

menerima Islam kerana banyak lagi negeri di Tanah Melayu sebelum Melaka yang telah

menerima Islam dan memainkan peranan yang amat penting dalam bidang dakwah tetapi kurang

diberi perhatian secara mendalam. 1

Negeri-negeri yang dimaksudkan itu termasuklah Kedah, Terengganu, Kelantan, dan

Pahang. Walaupun sejarah dan peranan negeri-negeri tersebut kurang mendapat perhatian, tetapi

bukti-bukti sejarah menunjukkan bahawa peranannya sangat penting bagi menyediakan tapak

awal perkembangan Islam ke Tanah Melayu. Kewujudan negeri-negeri yang terawal menerima

pengaruh Islam itu dibuktikan menerusi artifak seperti batu bersurat dan batu nisan serta catatan-

catatan pengembara Cina, Arab dan Portugis kerana penyebaran agama Islam di Tanah Melayu

telah dilakukan menerusi aktiviti para pedagang di rantau ini.

1 Mahayudin Yahya, 1998, Islam Di Alam Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 15

Page 2: Melaka Bukanlah Negeri Yang Terawal Menerima Islam Di Tanah Melayu

2

Sejarah Islam Di Asia Tenggara (LSI3023) 

Penyebaran Islam ke Kedah

Kedah yang terletak di sebelah Utara Tanah Melayu merupakan negeri yang pertama

menerima agama Islam. Kelebihan Kedah, selain kedudukan geografinya yang terletak di

persimpangan jalan perdagangan laut antara negeri Arab dengan negeri China, ia juga

mempunyai hubungan yang erat dengan kerajaan-kerajaan di Sumatera Utara, termasuk Perlak,

Samudera Pasai dan Aceh. Ahli-ahli goegrafi Islam seperti Khurdadhbih di dalam kitabnya yang

bertajuk al-Masalik wa al-Mamalik (846-847) ada menyebut tentang negeri Kalah. Abu Zaid al-

Sirafi, penyunting Kitab Akhbar al-Sin wa al-Hind yang merupakan salah sebuah sumber terawal

tentang sejarah Islam di India dan Timur Jauh juga mengatakan bahawa negeri Kalah pada suatu

ketika dahulu terletak di bawah pemerintahan Raja Zabej (Sriwijaya). Menurut Walckenaer,

yang dimaksudkan dengan Kalah ialah negeri Kedah yang terletak di pantai Barat Semenanjung

Tanah Melayu. Pendapat ini disokong oleh penemuan beberapa keping mata wang perak di

Kedah yang bertarikh 848, iaitu pada zaman Khalifah Al-Mutawakkil (847-861).2

Terdapat catatan sejarah yang menyatakan salah satu sebab pertapakan Islam di Kedah

ialah melalui proses migrasi pedagang-pedagang Arab-Islam dari negara China. Migrasi kali

pertama berlaku apabila pedagang-pedagang Arab melarikan diri ke Kedah akibat satu

pemberontakan yang berlaku di Canton pada tahun 878 M semasa pemerintahan Kerajaan His

Tsung (878-879M). Migrasi kali kedua berlaku di akhir Dinasti Tang (618-905M) apabila

pemberontakan terjadi di Wilayah Yong Chow.3

2 Ibid, hlm. 17

3 Mohd. Jamil Mukmin, 2004, Melaka: Pusat Penyebaran Islam Di Nusantara, Unique Communications Sdn. Bhd,Selangor, hlm. 94

Page 3: Melaka Bukanlah Negeri Yang Terawal Menerima Islam Di Tanah Melayu

3

Sejarah Islam Di Asia Tenggara (LSI3023) 

Pada tahun 878M barulah suatu peristiwa penting yang melibatkan saudagar-saudagar

asing berlaku di Kanfu (Canton). Pemimpin pemberontak Huang Ch’ao telah menyingkirkan

Kanfu dan membunuh beribu-ribu orang saudagar asing, menurut laporan-laporan orang Muslim.

Dengan berdasarkan huraian ini, di samping bertambah buruknya keadaan politik dan

meningkatnya perlanunan di kawasan itu secara umum, beribu-ribu saudagar asing (terutamanya

Muslim) telah meninggalkan China dan telah bertumpu ke Kalah (Kedah) yang terletak di

Semenanjung Tanah Melayu. Pelabuhan laut ini kemudiannya telah menjadi sebuah entreport

yang penting kepada pedagang Arab dan mungkin juga menjadi tempat persinggahan mereka

yang penting dan paling jauh di sebelah Timur untuk beberapa lama waktu lamanya. Dari Kalah,

sesetengah pedagang ini singgah untuk tujuan berniaga ke tempat-tempat yang berhampiran

seperti Palembang di Bahagian Timur Sumatera. Tidak lama kemudian, perdagangan Arab di

Asia Tenggara menjadi nyata dan tersusun. Walaupun pedagang-pedagang itu telah dialu-alukan

sekali lagi untuk berdagang dengan China menjelang bahagian kedua abad kesepuluh, tetapi

Kalah telah mengekalkan kepentingannya sebagai sebuah jajahan perdagangan orang Arab dan

saudagar-saudagar Islam yang lain.4

Bukti kedatangan pedagang Arab Islam ke Tanah Melayu khususnya Kedah ialah

menurut beberapa para ahli arkeologi yang telah menemui tembikai jenis Celedon yang

dipercayai jenis ini sangat terkenal dalam kalangan orang Islam di Asia Barat kerana warna hijau

itu melambangkan Islam. Tidak syak lagi bahawa pedagang-pedagang Arab yang berlayar ke

negeri China terpaksa singgah di pantai Utara Sumatera atau Kedah sebelum meneruskan

perjalanan ke negeri China. Tambahan pula negeri Kedah kaya dengan hasil bumi, khususnya

bijih timah. Menurut S.Q Fatimi, Kedah juga terkenal kerana mengeksport pedang yang disebut

4 Cesar Adib Majul, 1988, Islam Di Filifina, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 54

Page 4: Melaka Bukanlah Negeri Yang Terawal Menerima Islam Di Tanah Melayu

4

Sejarah Islam Di Asia Tenggara (LSI3023) 

oleh orang Arab sebagai al-Sayf al-Hind. Keadaan ini telah menyebabkan Kedah menjadi lebih

terkenal dalam kalangan para pedagang Arab pada ketika Itu.5

Pertapakan agama Islam di Kedah diandaikan berlaku sama ada pada kurun ketujuh

ataupun pada awal kurun kesepuluh Masihi berdasarkan pada bukti batu nisan yang ditemui

pada tahun 1962.6 Sekiranya tarikh yang tertera pada batu nisan tersebut dijadikan sebagai bukti,

maka jelaslah bahawa peringkat pertapakan Islam di Kedah berlaku lebih awal daripada

Terengganu, Pahang dan Melaka. Batu nisan yang dijumpai di Tanjung Aris, Mukim Langgar,

Alor Setar adalah kepunyaan Sheikh Abdul Kadir Ibn Husin Shah Alam (Aliran), seseorang

ulama dan ahli perniagaan berketurunan Parsi bertarikh 29 atau 290 Hijrah. Sekiranya tarikh

tersebut ialah 29 Hijrah, diandaikan bersamaan tahun 651 Masihi dan sekiranya tarikh tersebut

290 Hijrah, maka ia bersamaan dengan 920 Masihi. Pada kedua-dua batang batu nisan itu,

terdapat tulisan dan angka Arab, di sebelah kepala tertulis kalimah Syahadah, manakala di

sebelah kaki pula tercatit nama si mati dan tarikh kematiannya.7 Penemuan batu nisan ini

menggambarkan wujudnya hubungan dagangan antara Asia Barat dengan negeri Kedah dan telah

wujudnya pertapakan Islam di Kedah. Diandaikan bahawa antara selain menjalankan perniagaan,

Syiekh Abd. Kadir dan pedagang-pedagang Asia Barat juga mengembangkan agama Islam

5 Mahayudin Yahya, 1998, Islam Di Alam Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 18

6 Mohd. Jamil Mukmin, 2004, Melaka: Pusat Penyebaran Islam Di Nusantara, Unique Communications Sdn. Bhd,Selangor, hlm 93

7 Abdullah Ishak, 1990, Islam Di Nusantara: Khususnya Di Tanah Melayu, Al-Rahmaniah, Badan Dakwah danKebajikan Islam Malaysia, Petaling Jaya, Selangor, hlm. 45

Page 5: Melaka Bukanlah Negeri Yang Terawal Menerima Islam Di Tanah Melayu

5

Sejarah Islam Di Asia Tenggara (LSI3023) 

kepada penduduk setempat.8 Justeru itu, kedatangan Islam boleh diandaikan, kalau tidak berlaku

pada kurun ke-7, besar kemungkinan ianya berlaku pada awal kurun ke-10 Masihi.9

Sebagai tradisi pedagang-pedagang Arab Asia Barat, disamping menjalankan perniagaan,

mereka mengambil kesempatan bagi memperkenalkan agama Islam kepada penduduk-penduduk

tempatan. Melihat kawasan yang begitu strategik dan berpotensi rasanya mereka bukan sahaja

mendirikan rumah-rumah kecil sebagai tempat tinggal sementara, bahkan mereka juga turut

mendirikan surau sebagai tempat beribadat disamping sebagai tempat belajar atau pondok.

Tanjung Aris merupakan sebuah kampung yang terletak dalam Mukim Langgar. Menurut

penduduk-penduduk tempatan, perkataan Langgar adalah sebutan yang sedia ada wujud sejak

berzaman-zaman dan tidak diketahui asal-usulnya. Apa yang teristimewa kedapatan di daerah

tersebut, sehingga kini masih terdapat lagi beberapa institusi pondok.10 Sangatlah menarik

perhatian bahawa akibat dari penubuhan penempatan orang Islam di Kalah itu, lebih banyak lagi

penempatan didirikan di kawasan-kawasan yang berhampiran dan hubungan yang mesra lebih

terjalin antara orang-orang Islam asing dengan penduduk-penduduk bumiputera.11 Institusi

pondok inilah yang digunakan untuk menyebarkan Islam di negeri Kedah.

Penyebaran Islam di Kedah terus berkembang selepas ketibaan para ulama Arab

antaranya ialah Syeikh Abdullah b. Ahmad b. Syeikh Ja’afar al-Quamiri (531 H/1136M). Beliau

berasal dari Yaman dan mempunyai hubungan yang erat dengan keluarga diraja Kedah. Menurut

8 Mohd. Jamil Mukmin, 2004, Melaka: Pusat Penyebaran Islam Di Nusantara, Unique Communications Sdn. Bhd,Selangor, hlm. 94

9 Abdullah Ishak, 1990, Islam Di Nusantara: Khususnya Di Tanah Melayu, Al-Rahmaniah, Badan Dakwah danKebajikan Islam Malaysia, Petaling Jaya, Selangor, hlm. 45

10 Ibid, hlm. 46

11 Cesar Adib Majul, 1988, Islam Di Filifina, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 55

Page 6: Melaka Bukanlah Negeri Yang Terawal Menerima Islam Di Tanah Melayu

6

Sejarah Islam Di Asia Tenggara (LSI3023) 

buku Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah 12 pula, raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam

ialah Maharaja Derbar Raja II. Baginda dikatakan telah diislamkan oleh ulama dari Yaman iaitu

pada tahun 1136M. baginda telah menukar namanya kepada Sultan Muzaffar Syah13 dan

memberi gelaran Darul Aman kepada negeri Kedah.14 Bukti pengislaman Sultan Kedah pada

ketika itu juga boleh disokong dan dikukuhkan melalui Hikayat Merong Maha Wangsa yang

menyatakan bahawa terdapat seorang pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdullah al-

Yamani yang dikatakan datang terus dari Semenanjung Tanah Arab. Beliau berperanan

menukarkan agama sultan Kedah kepada agama Islam dan baginda kemudiannya dikenali

sebagai Sultan Muzaffar Syah.15 Penerimaan Islam secara rasmi iaitu pengislaman baginda

bermula di istana, kemudiannya diikuti oleh para pembesar dan rakyat jelata yang jelas berlaku

pada tahun 531 Hijrah bersamaan dengan tahun 1111 hingga 1115 Masihi atau 1136 Masihi.16

Menurut buku Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, turut menyebut Raja Kedah yang

pertama ialah Maharaja Durbar Raja yang datang dari ‘Negeri Gumrun di dalam Tanah Parsi’.

Baginda telah ditewaskan oleh satu angkatan Parsi lain yang lebih kuat. Gumrun ini

berkemungkinan merupakan merupakan Pelabuhan Gambroon di Laut Kaspian. Kawasan ini

telah memeluk Islam pada zaman Khalifah Umayah (661-750) lagi. Manakala menurut Hikayat

Merong Maha Wangsa telah menyebut bahawa Raja Kedah yang pertama ialah Merong Maha 12 Abdullah Ishak, 1990, Islam Di Nusantara: Khususnya Di Tanah Melayu, Al-Rahmaniah, Badan Dakwah dan

Kebajikan Islam Malaysia, Petaling Jaya, Selangor, hlm. 48

13 Mahayudin Yahya, 1998, Islam Di Alam Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 19

14 Abdullah Ishak, 1990, Islam Di Nusantara: Khususnya Di Tanah Melayu, Al-Rahmaniah, Badan Dakwah danKebajikan Islam Malaysia, Petaling Jaya, Selangor ,hlm. 48

15 Mohammad Redzuan Othman, 2005, Islam Dan Masyarakat Melayu: Peranan dan Pengaruh Timur Tengah,Penerbit Universiti Malaya. Kuala Lumpur, hlm. 8

16 Abdullah Ishak, 1990, Islam Di Nusantara: Khususnya Di Tanah Melayu, Al-Rahmaniah, Badan Dakwah danKebajikan Islam Malaysia, Petaling Jaya, Selangor, hlm. 51

Page 7: Melaka Bukanlah Negeri Yang Terawal Menerima Islam Di Tanah Melayu

7

Sejarah Islam Di Asia Tenggara (LSI3023) 

Wangsa yang merupakan seorang raja yang menjadi duta Maharaja Rom untuk membawa

puteranya berkahwin dengan Puteri Maharaja China. Dalam pelayaran tersebut, angkatan

Merong Maha Wangsa telah diserang oleh seekor burung garuda sehingga telah menyebabkan

bahtera Putera Maharaja Rom musnah tetapi putera itu terdampar di pantai negeri Kedah. Negeri

Rom yang dimaksudkan ialah wilayah empayar Parsi iaitu wilayah “Rome Orient” yang sudah

menerima Islam sejak dari Zaman Khalifah al-Rasyidin lagi. Jadi, Raja Kedah yang pertama

menurut kedua-dua buah catatan buku tersebut ialah orang yang sudah kenal dengan kebesaran

ajaran agama Islam dan ajaran Nabi Muhammad S.A.W. Terdapat beberapa persamaan antara

kedua-dua Raja tersebut iaitu mereka telah dikatakan telah membina istananya dengan

menamakannya sebagai ‘Kota Langkasuka’ yang terletak di timur Gunung Jerai. Maka dengan

ini, bolehlah dikatakan bahawa Merong Maha Wangsa dan Maharaja Durbar Raja tersebut

merupakan orang yang sama.17 Walaupun berlainan sumber dan watak, namun kedua-dua sumber

tersebut menceritakan mengenai subjek dan peristiwa yang sama iaitu mengenai Islam di Kedah.

Penyebaran Islam secara lebih menyeluruh di negeri Kedah berlaku hanya apabila Kedah

ditakluki oleh Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka di bawah pimpinan Bendahara Tun Perak

semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah. Kegiatan penyebaran agama Islam kemudiannya

telah dilakukan ke seluruh negeri Kedah dengan lebih teratur dan direstui oleh kerajaan Melaka.

Di antara bukti yang menunjukkan Kedah berada di bawah jajahan takluk Kerajaan Kesultanan

Melayu Melaka adalah apabila Raja Kedah datang menghadap ke Melaka memohon untuk

dinobatkan oleh Sultan Mahmud Syah. Oleh itu, bolehlah dirumuskan bahawa walaupun

pertapakan Islam di Kedah telah berlaku lebih lama dari Melaka namun Kedah secara rasmi dan

17 Ibrahim Ismail, 1987, Sejarah Kedah Sepintas Lalu, Universiti Utara Malaysia, Percetakan Seasons Sdn. Bhd.Kuala Lumpur, hlm. 9

Page 8: Melaka Bukanlah Negeri Yang Terawal Menerima Islam Di Tanah Melayu

8

Sejarah Islam Di Asia Tenggara (LSI3023) 

menyeluruh menerima agama Islam hanya pada akhir kurun ke-15 iaitu setelah ia berada di

bawah jajahan takluk Kesultanan Melayu Melaka.18

Penyebaran Islam ke Terengganu

Terengganu telah terlebih dahulu menerima Islam berbanding negeri Melaka selama

sekurun iaitu kira-kira dalam tahun 702 Hijrah (1303M).19 Bertapaknya Islam di Terengganu

pada awal abad ke-14 Masihi ini adalah selari dengan rentetan kedatangan pengaruh Islam

seperti di Champa (1039), di Gresek Jawa (1082), di Patani (1150) dan di Jolo, Filipina (1310).

Dari catatan tarikh diatas menunjukkan bahawa pengislaman di kawasan-kawasan tersebut

berlaku dalam gelombang yang sama kerana ianya menunjukkan bahawa tempat-tempat tersebut

merupakan kawasan persinggahan para pedagang yang penting pada zaman itu.20 Penerimaan

Islam di Terengganu berkemungkinan berlaku di sekitar tarikh-tarikh diatas, iaitu sebelum ianya

diisytiharkan sebagai undang-undang pemerintahan dan diabadikan pada Batu Bersurat (1303)

selepas melalui masa pembelajaran dan penyesuaian huruf-huruf Arab-Parsi melalui tulisan

Melayu (jawi). Suatu kenyataan yang penting yang dapat dibuat kesimpulan, bahawa konsep

pembelajaran mengenai hukum-hakam keislaman mula berlaku dengan kedatangan Islam ke

Terengganu untuk menanamkan pengajaran Islam ke jiwa masyarakat. Serentak dengan itu,

usaha mempelajari tulisan jawi berlaku terutamanya dalam kalangan pembesar-pembesar

tempatan di bawah ulama pendakwah pada masa itu. Kegiatan ini pada peringkat permulaan

18 Mohd. Jamil Mukmin, 2004, Melaka: Pusat Penyebaran Islam Di Nusantara, Unique Communications Sdn. Bhd,Selangor, hlm. 95

19 Muhammad Saleh bin Awang, 1978, Terengganu Dari Bentuk Sejarah: Hingga Tahun 1918M (1337), UtusanPublications & Distributors, Kuala Lumpur, hlm. 27

20 Shafie Abu Bakar, 1989, Pesaka: Monograf Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Syarikat Percetakan YayasanIslam Terengganu Sdn. Bhd. Kuala Terengganu, hlm. 9

Page 9: Melaka Bukanlah Negeri Yang Terawal Menerima Islam Di Tanah Melayu

9

Sejarah Islam Di Asia Tenggara (LSI3023) 

berlaku di istana Raja Mandalika selaku raja yang meminati Islam dan mengisytiharkan hukum

pemerintahannya.21

Pengislaman Patani sebelum pemelukan Melaka yang terletak di kawasan yang

berhampiran telah berlaku sebelum permulaan abad kelima belas. Phan Rang yang berhadapan

dengan dua buah kerajaan, Patani dan Terengganu yang menghadap ke Laut China terletak di

Selatan Champa purba di Indonesia. Di sini, terdapat dua buah batu yang bertarikh pada tahun

1039 dan ada satu lagi yang dianggarkan telah dipahat di antara tahun-tahun 1025 dan 1035.

Kedua-duanya boleh menjadi bukti bahawa sudah wujudnya penempatan Islam kerana

kehidupan sosial dan keagamaan yang telah cukup teratur. Ketiga-tiga tempat ini, iaitu Phan

Rang, Patani dan Terengganu adalah terletak di jalan perdagangan dari China dan Hainan ke

penghujung paling selatan Tanah Melayu.22 Ini bermakna, kedatangan Islam di Terengganu

adalah bersangkutan dengan kawasan yang berada di sekitarnya dan melibatkan hubungan

perdagangan.

Wajarlah untuk mengandaikan bahawa suatu proses pengislaman telah pun bermula di

pantai Timur Tanah Melayu seawal abad ketiga belas lagi, jika tidak lebih awal dari itu iaitu

sezaman atau lebih awal dengan proses yang telah bermula di bahagian Utara Sumatera itu.

Berdasarkan pendapat Profesor Fatemi yang telah mengatakan bahawa “Fajar Islam di Tanah

Melayu telah menyingsing di kaki langit bahagian timur Nusantara” dan bahawa di sini

pengislaman itu “menjalar sejajar ke pantai timur yang menghadap ke Laut China: Phang Rang,

Patani, Terengganu, Pahang dan Leran (Jawa)”.23 Namun, pandangan daripada Profesor Fatemi

21 Ibid, hlm. 5

22 Cesar Adib Majul, 1988, Islam Di Filifina, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 61

23 Ibid, hlm. 62

Page 10: Melaka Bukanlah Negeri Yang Terawal Menerima Islam Di Tanah Melayu

10

Sejarah Islam Di Asia Tenggara (LSI3023) 

ini tidak dapat dipersetujui dengan sepenuhnya kerana masih belum terdapat fakta lain dan bukti

yang boleh menyokong pandangan ini.

Catatan mengenai sejarah dan juga penganutan agama penduduk-penduduk negeri

Terengganu mula ditemui dalam abad ke-12 iaitu melalui catatan yang terdapat di dalam sebuah

buku sejarah China berjudul “Ling-Wai Tai-ta” karangan Chao Chu-fei pada tahun 1178. Buku

tersebut menyebut sebuah tempat bernama “Foloan” yang dipercayai adalah merupakan Kuala

Berang di tepi sungai Terengganu sekarang ini. Pada masa dahulu, tempat tersebut masih tepi

laut. Menurut sumber China tersebut juga, turut dinyatakan oleh penulis bahawa “Foloan” adalah

merupakan sebuah negeri yang mempunyai hubungan yang lama dengan orang Arab. “Foloan”

juga dikatakan merupakan pelabuhan entrepot bagi barang-barang Arab yang utama di Asia

Tenggara. Sumber itu juga menyatakan bahawa pemerintah Foloan dilantik dari kerajaan Melayu

Jambi (San-fo-tsi). Ini bermakna, Foloan bukanlah negara yang merdeka, tetapi ia merupakan

sebuah jajahan takluk kerajaan Melayu Jambi. Petempatan orang Arab atau kacukan Arab ini

kemudiannya telah dikuasai oleh Kerajaan Melayu Jambi (San-fo-tsi). Oleh sebab di Jambi

sekitar abad ke-12/13 telah ramai didatangi oleh orang Islam, maka tidak hairanlah Mandalika

(Gabenor) yang ditempatkan di negeri itu juga beragama Islam dan mungkin orang tempatan

atau mungkin juga orang Melayu Jambi.24

Kedatangan Islam ke Terengganu diramalkan berlaku pada abad ke-14 dan Terengganu

telah menjadi salah sebuah tempat tumpuan Islam yang terawal di Tanah Melayu. Kenyataan ini

dibuktikan dengan penemuan Batu Bersurat di daerah Kampung Buloh, Kuala Berang, Ulu

Terengganu oleh seorang peniaga berketurunan Arab bernama Siayed Husin Bin Ghulam Al-

24 Mahayudin Yahya, 1998, Islam Di Alam Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 23

Page 11: Melaka Bukanlah Negeri Yang Terawal Menerima Islam Di Tanah Melayu

11

Sejarah Islam Di Asia Tenggara (LSI3023) 

Bukhari pada tahun 1902. Tulisan yang tertera pada Batu Bersurat tersebut merupakan satu

undang-undang Islam dan kesalahan hukum zina yang dijalankan dalam pemerintahan pada

ketika itu. Selain dari itu, batu tersebut juga mengandungi hukum-hukum lain seperti hutang-

piutang.25 Tulisan yang tertera pada batu bersurat itu adalah dalam bahasa Melayu berhuruf Jawi.

Prof. Dr. Syed Naquib Al-Attas telah menentukan tarikh yang tercatat pada batu bersurat tersebut

iaitu 4 Rejab tahun 702 Hijrah iaitu bersamaan dengan 22 Februari 1303M. Tarikh ini adalah

lebih awal 100 tahun dari tarikh negeri Melaka menerima Islam.26 Batu bersurat ini juga

merupakan yang tertua sekali dari segala Batu Bersurat yang dijumpai di Alam Melayu dan ia

membuktikan bahawa Terengganu merupakan di antara kerajaan Melayu yang terawal menerima

Islam27 sebelum kerajaan Melaka. Batu bersurat ini telah membuktikan bahawa sekitar akhir

abad ke-13, atau seawal abad ke-14 telah wujud sebuah kerajaan (penempatan) Islam disekitar

kawasan Kuala Berang. Inskripsi itu juga telah menunjukkan bahawa penduduk Islam di

kawasan itu bukannnya orang Arab atau orang asing, tetapi orang Melayu oleh sebab bahasa

yang digunakan pada batu bersurat tersebut ditulis dalam bahasa Melayu. Ia juga mencatatkan

bahawa negeri Terengganu diperintah oleh seorang raja yang dikenali sebagai Seri Paduka

Tuhan/ Tuan.28

Batu bersurat ini juga dapat menjelaskan beberapa perkara penting mengenai

pengislaman peringkat awal di Tanah Melayu. Ia menunjukkan bahawa agama Islam telah lama

25 Mohd. Jamil Mukmin, 2004, Melaka: Pusat Penyebaran Islam Di Nusantara, Unique Communications Sdn. Bhd,Selangor, hlm. 97

26 _________, 1974, Ikhtisar Perkembangan Islam, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 518

27 Mohd. Jamil Mukmin, 2004, Melaka: Pusat Penyebaran Islam Di Nusantara, Unique Communications Sdn. Bhd,Selangor, hlm. 97

28 Mahayudin Yahya, 1998, Islam Di Alam Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 22

Page 12: Melaka Bukanlah Negeri Yang Terawal Menerima Islam Di Tanah Melayu

12

Sejarah Islam Di Asia Tenggara (LSI3023) 

bertapak di Pantai Timur Semenanjung sebelum pengasasnya Kerajaan Melaka. Inskripsi ini juga

menjelaskan bahawa orang Melayu di Pantai Timur telah mampu mengadaptasikan tulisan Arab

bagi menyampaikan maksudnya dalam bahasa Melayu. Di samping itu, batu bersurat tersebut

turut mencatatkan hukum-hakam yang menunjukkan bahawa penduduk tempatan telah lama

memeluk agama Islam.29

Kedatangan Islam ke Terengganu berkaitan juga dengan aktiviti dakwah yang dijalankan

oleh pedagang-pedagang Asia Barat yang menjadikan Kuala Berang sebagai tempat

persinggahan antara negara India dengan China. Walaupun Terengganu merupakan antara negeri

yang mula-mula menerima Islam, Islam di Terengganu hanya bertapak di tempat yang terhad di

daerah Kuala Berang, Ulu Terengganu. Ini adalah kerana kedudukan Islam di Terengganu pada

masa itu tidak kukuh bagi membolehkannya berkembang ke negeri-negeri lain di Alam

Melayu.30 Kedatangan Islam ke Terengganu berkait rapat dengan aktiviti dakwah yang dilakukan

oleh pedagang-pedagang Asia Barat yang menjadikan daerah ini sebagai tempat persinggahan

antara India ke China. Di samping menjalankan aktiviti perniagaan, mereka juga berdakwah

kerana pada akhir abad ke-13 Masihi, Terengganu telahpun menjadi sebuah kerajaan yeng

berpusat di Kuala Berang. Kenyataan ini dapat diperkuatkan lagi dengan wujudnya hubungan

dagangan ketika itu antara Terengganu dengan negeri China ada kemungkinan melalui kegiatan

ini juga telah turut sama membantu perkembangan Islam di Terengganu.31

29 Ibid, hlm. 23

30 Mohd. Jamil Mukmin, 2004, Melaka: Pusat Penyebaran Islam Di Nusantara, Unique Communications Sdn. Bhd,Selangor, hlm. 97

31 Abdullah Ishak, 1990, Islam Di Nusantara: Khususnya Di Tanah Melayu, Al-Rahmaniah, Badan Dakwah danKebajikan Islam Malaysia, Petaling Jaya, Selangor, hlm. 39

Page 13: Melaka Bukanlah Negeri Yang Terawal Menerima Islam Di Tanah Melayu

13

Sejarah Islam Di Asia Tenggara (LSI3023) 

Adalah lebih meyakinkan lagi jika dianggap bahawa penemuan Batu Bersurat

Terengganu membuktikan kedatangan Islam di Terengganu adalah pada peringkat pertapakan

iaitu peringkat kedua kedatangan Islam ke Nusantara di mana pertempatan-pertempatan Islam

didirikan oleh pedagang-pedagang asing yang tidak mempunyai kaitan dengan pemerintah dan

penduduk tempatan yang terpengaruh dengan ajaran Islam ini. Penyebaran Islam berlaku secara

meluas di Terengganu pada abad ke-15 dan 16 sebaik sahaja Terengganu menjadi jajahan takluk

Melaka.32

Penyebaran Islam ke Kelantan dan Pattani (Patani)

Negeri Kelantan juga berkemungkinan telah wujud lebih awal dari abad ke-13 Masihi

jika apa yang disebut negeri “Tan-tan” dan negeri “Chih-Tu” oleh Sejarah China masa lampau

sebenarnya negeri Kelantan ataupun terletak di dalam wilayah Kelantan. Negeri “Tan-tan” wujud

dalam abad keenam dan ketujuh Masihi. Negeri “Chih-tu” pula wujud dalam abad ketujuh

Masihi.33 Negeri Kelantan juga merupakan antara negeri yang sudah lama terkenal terutamanya

pada zaman Kerajaan Champa. Pada abad ke-6 dan ke-7 Masihi, Kerajaan tersebut terkenal

sebagai Tan-Tan dan telah menjalinkan hubungan diplomatik dan persahabatan dengan Kerajaan

China Dinasti Liang. Selain dari Terengganu, Kelantan juga merupakan sebuah pelabuhan yang

penting di pantai timur Tanah Melayu sejak berzaman-zaman sehingga telah menjadi pelabuhan

persinggahan pedagang Islam sebelum tahun 577 Hijrah atau tahun 1181 Masihi lagi kerana pada

tahun tersebut sudah ternyata wujudnya sebuah kerajaan Islam di Kelantan.34

32 Mohd. Jamil Mukmin, 2004, Melaka: Pusat Penyebaran Islam Di Nusantara, Unique Communications Sdn. Bhd,Selangor, hlm. 97

33 Ibid, hlm. 10334 Abdullah Ishak, 1990, Islam Di Nusantara: Khususnya Di Tanah Melayu, Al-Rahmaniah, Badan Dakwah dan

Kebajikan Islam Malaysia, Petaling Jaya, Selangor, hlm. 42

Page 14: Melaka Bukanlah Negeri Yang Terawal Menerima Islam Di Tanah Melayu

14

Sejarah Islam Di Asia Tenggara (LSI3023) 

Pertapakan agama Islam di negeri Kelantan dikatakan berlaku lebih awal dari

kebanyakan negeri-negeri lain di Tanah Melayu iaitu sebelum tahun 1181M iaitu semasa

Kelantan menjadi sebuah pelabuhan penting di pantai timur Tanah Melayu. Pertapakan Islam

berlaku di Kelantan dibawa oleh pedagang-pedagang Islam yang singgah untuk berdagang ketika

itu.35 Terdapatnya pelabuhan perdagangan dan persinggahan pedagang-pedagang Islam

dibuktikan melalui penemuan wang dinar di bekas tapak Kota Istana Kubang Labu pada tahun

1914 di mana didapati di sebelah muka hadapan wang dinar tersebut terdapat perkataan “al-

Mutawakkil” dan bertarikh 577 Hijrah bersamaan dengan 1181M dengan tulisan angka Arab.

Walaupun sesetengah ahli sejarah mendakwa wang tersebut dibawa oleh pedagang-pedagang

Arab ke negeri itu pada abad tersebut, tetapi setidak-tidaknya menjadi bukti yang kuat wujudnya

para pedagang Islam di daerah berkenaan.36

Bukti lain yang tedapat dalam Sejarah Kelantan bahawa sekeping dinar emas telah

dijumpai di negeri itu. Di atas salah satu mukanya terukir perkataan dan angka Arab yang terukir

“Menduduki Takhta 577” manakala di muka yang kedua berukir dengan perkataan yang beerti

“Yang Bertawakkal” iaitu gelaran bagi pemerintah. Dinar emas ini bertarikh pada tahun 577,

yang bermakna pada abad ke-13 Masihi atau di permulaan abad ke-14 Masihi sudahpun terdiri

sebuah kerajaan Islam di Kelantan, pantai timur Semenanjung Tanah Melayu.37 Jika catitan ini

benar, maka nyatalah bahawa perkembangan agama Islam di negeri Kelantan adalah lebih awal

berbanding negeri-negeri lain di Tanah Melayu.

35 Mohd. Jamil Mukmin, 2004, Melaka: Pusat Penyebaran Islam Di Nusantara, Unique Communications Sdn. Bhd,Selangor, hlm. 104

36 Abdullah Ishak, 1990, Islam Di Nusantara: Khususnya Di Tanah Melayu, Al-Rahmaniah, Badan Dakwah danKebajikan Islam Malaysia, Petaling Jaya, Selangor, hlm. 42

37 Khoo Kay Kim, 1980, Tamadun Islam Di Malaysia, Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, hlm. 138

Page 15: Melaka Bukanlah Negeri Yang Terawal Menerima Islam Di Tanah Melayu

15

Sejarah Islam Di Asia Tenggara (LSI3023) 

Terdapat bukti lain yang boleh digunakan melalui penulisan seorang pengembara

Sepanyol pada tahun 1613 iaitu Emanuel Godinho Eredia yang telah mencatatkan bahawa

kawasan Timur Laut Semenanjung telah menerima Islam terlebih dahulu daripada Melaka. 38

Beliau telah mempelajari tentang Gugusan Kepulauan Melayu dan telah menulis pada 1613M

bahawa:

“…akidah Muhammad telah dterima terlebih dahulu di Patani dan Pam di persisiran

pantai Timur dan selepas itu barulah diterima dan disebarkan oleh Permicuri

(Parameswara) di Melaka pada tahun 1411M”.

Semua bukti yang telah dinyatakan diatas boleh digunakan untuk menguatkan teori yang

telah dibawa oleh Emanuel Godinho Eredia yang menyatakan bahawa sudahpun terdiri sebuah

kerajaan Islam di Kelantan, pantai timur Semenanjung Tanah Melayu pada abad ke-13 atau pada

permulaan abad ke-14 Masihi.

Di Kelantan, terdapat catatan lain yang juga menunjukkan bahawa negeri ini telah

menerima Islam terlebih awal daripada Melaka. Menurut catatan Wang Ta-Yuan dalam Tao-I

Chih-Lioh bahawa terdapat sebuah negeri bahagian di pantai timur Tanah Melayu yang dipanggil

Chi-Lan-Tan. Sebahagian besar para pengkaji bersetuju bahawa nama yang disebutkan itu ialah

Kelantan. Selain itu, menurut Ibn Battutah (1304-1377), terdapat sebuah kerajaan Islam di

Kelantan iaitu satu kawasan yang disebutnya sebagai Kaylukari atau Kuala Kerai. Ibn Battutah

telah singgah di tempat ini dalam perjalanannya ke China pada tahun 1342. Negeri tersebut

diceritakannnya pada ketika itu diperintah oleh seorang raja perempuan yang bernama Ratu

38 Mahayudin Yahya, 1998, Islam Di Alam Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 23

Page 16: Melaka Bukanlah Negeri Yang Terawal Menerima Islam Di Tanah Melayu

16

Sejarah Islam Di Asia Tenggara (LSI3023) 

Urduja. Menurut catatannya, ratu itu bercakap dalam bahasa Turki dan boleh menulis dalam

bahasa Arab dengan baik.39 Raja tersebut dikatakan telah pun beragama Islam.40

Selain dari itu, terdapat juga kemungkinan bahawa kedatangan Islam ke negeri Kelantan

telah berlaku pada pertengahan abad ke-10 lagi di mana berkaitan dengan penerimaan Islam di

Champa. Champa ialah negara Melayu yang pertama wujud di dunia ini. Ia didirikan pada tahun

192M dan berakhir riwayatnya di awal abad ke-18. Champa pernah terletak di Vietnam Selatan

sekarang iaitu dari sekitar Tanjung Mui di utara hingga ke Yung Tang di Selatan. Para sejarawan

berpendapat bahawa hubungan antara Kerajaan Champa dan Kelantan telah wujud lama dahulu

sehingga kebudayaan negeri Kelantan itu telah diresapi oleh kebudayaan Champa. Oleh itu,

berkemungkinan apabila Champa menerima Islam pada pertengahan abad ke-10, juga boleh

mempengaruhi negeri Kelantan. Walaupun pertapakan Islam di Kelantan dipercayai telah

berlaku lebih awal dari negeri-negeri lain, namun perkembangan Islam yang menonjol berlaku

pada tahun 1506M bila mana Raja Melaka iaitu Sultan Mahmud Syah menakluki negeri tersebut.

Penaklukan ke atas Kelantan dilakukan oleh Sultan Mahmud Syah kerana Sultan Munawar Syah

iaitu Raja Kelantan tidak mahu tunduk dan menyembah taat setia kepada Melaka.41 Oleh itu,

daripada penguasaan dan penaklukan Melaka ke atas negeri Kelantan telah membantu

menyebarkan ajaran agama Islam dan akhirnya Melaka telah menjadi pusat penyebaran Islam

yang terpenting di Tanah Melayu.

39 Mahayudin Yahya, 1998, Islam Di Alam Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 22

40 Abdullah Ishak, 1990, Islam Di Nusantara: Khususnya Di Tanah Melayu, Al-Rahmaniah, Badan Dakwah danKebajikan Islam Malaysia, Petaling Jaya, Selangor, hlm. 42

41 Mohd. Jamil Mukmin, 2004, Melaka: Pusat Penyebaran Islam Di Nusantara, Unique Communications Sdn. Bhd,Selangor, hlm. 104

Page 17: Melaka Bukanlah Negeri Yang Terawal Menerima Islam Di Tanah Melayu

17

Sejarah Islam Di Asia Tenggara (LSI3023) 

Penyebaran Islam ke Pahang

Sebelum berada di bawah taklukan Kesultanan Melayu Melaka, penduduk-penduduk

negeri Pahang kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu dan sedikit orang-orang Siam yang

bukan beragama Islam. Sungguhpun agama Islam telah bertapak di Terengganu pada kurun ke-

14M, namun orang-orang Melayu Pahang belum dapat dipastikan sama ada sudah beragama

Islam atau tidak kerana tiada bukti sejarah yang dapat dipegangi.42 Namun demikian, hanya

terdapat sedikit sahaja bukti yang boleh menunjukkan bahawa negeri Pahang merupakan negeri

yang merupakan salah satu negeri yang terawal menerima Islam di Tanah Melayu.

Agama Islam hanya tersebar di Pahang sebaik sahaja ia menjadi jajahan takluk Melaka.

Penyebaran Islam ke Pahang berlaku melalui proses perluasan Empayar Melaka di zaman Sultan

Mansur Syah. Baginda telah menghantar satu angkatan yang terdiri dari 200 buah kapal ke

Pahang yang diketuai oleh Bendahara Tun Perak pada 1459 dan pertempuran telah berlaku di

Pura. Sejarah Melayu mengatakan bahawa Pahang merupakan sebuah negeri yang besar dan

takluk hingga ke Benua Siam. 43

Angkatan Melaka telah berjaya mengalahkan Pahang, dan rajanya ialah Maharaja Dewa

Sura, seorang penganut agama Hindu. Maharaja Dewa Sura dan puterinya Wanang (Onang) seri

ditawan dan dibawa ke Melaka. Sultan Mansur Syah mengahwini puteri tersebut setelah

diislamkan dan bertukar nama ke Puteri Lela Wangsa.44 Justeru apa yang lebih jelas, penerimaan

42 Ibid, hlm. 105

43 Ibid, hlm. 107

44 Ibid , hlm. 107

Page 18: Melaka Bukanlah Negeri Yang Terawal Menerima Islam Di Tanah Melayu

18

Sejarah Islam Di Asia Tenggara (LSI3023) 

Islam di negeri tersebut berlaku hanya apabila ianya telah ditakluki oleh Melaka. Mengenainya

ditegaskan:

“Setelah Sultan Mansur Shah berjaya menakluki Pahang, maka baginda telah berkahwin

dengan puteri Maharaja Dewa Sura bernama puteri Wanang Seri dan dimasukkan Islam

ditukar namanya kepada puteri Lela Wangsa”.45

Tun Hamzah Seri Bija Diraja (Datuk Bongkok), anak Bendahara Tun Perak yang

merupakan seorang Ketua Pahlawan Melayu dititahkan oleh Sultan untuk tinggal di Pahang dan

dilantik menggantikan Maharaja Dewa Sura memerintah Pahang. Penaklukan Pahang merupakan

permulaan perluasan kawasan oleh Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur Syah kemudiannya

menghantar putera sulungnya Tun Muhammad iaitu puteranya dengan Puteri Maharaja Dewa

Sura ke Pahang untuk dirajakan selepas Tun Muhammad membunuh anak Bendahara Tun Perak

iaitu Tun Besar. Tun Muhammad menggunakan gelaran Sultan Muhammad Syah. Tun Hamzah

Seri Bija Diraja dilantik sebagai Bendahara. Sultan Muhammad Syah merupakan sultan Pahang

yang pertama beragama Islam dan memerintah pada tahun 1470M. baginda bersemayam di

Tanjung Langgar. Setelah memerintah, baginda beristerikan cucu Raja Kelantan, Sultan Iskandar

iaitu Puteri Mengindra.46

Selaras dengan penaklukan oleh Kerajaan Melaka, agama Islam telah dapat diterima di

Pahang oleh pembesar dan juga rakyat jelatanya. Penerimaan agama Islam ini juga disebabkan

oleh pelopornya daripada keturunan Raja Melaka dan baginda sendiri memainkan peranan

45 Abdullah Ishak, 1990, Islam Di Nusantara: Khususnya Di Tanah Melayu, Al-Rahmaniah, Badan Dakwah danKebajikan Islam Malaysia, Petaling Jaya, Selangor, hlm. 41

46 Mohd. Jamil Mukmin, 2004, Melaka: Pusat Penyebaran Islam Di Nusantara, Unique Communications Sdn. Bhd,Selangor, hlm. 107

Page 19: Melaka Bukanlah Negeri Yang Terawal Menerima Islam Di Tanah Melayu

19

Sejarah Islam Di Asia Tenggara (LSI3023) 

penting dalam penyebarannya.47 Menurut pendapat W. Linehan, selepas tahun 1450-an, agama

Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi di Pahang.48 Sultan Muhammad Syah meninggal

dunia pada tahun 1475M iaitu pada zaman Melaka diperintah oleh Sultan Muhammad Syah.

Ianya dapat dibuktikan dengan Batu nisannya yang ditulis dengan tulisan Arab kuno menyerupai

Batu nisan Sultan Samudera yang pertama. Batu nisan ini terdapat di Makam Langgar dan

merupakan Batu Bersurat Pertama yang djumpai di Pahang.49 Negeri Pahang merupakan negei

yang paling banyak tinggalan batu nisan raja-rajanya yang masih terjaga dengan baik dan

sempurna sehingga membolehkan para pengkaji sejarah dapat menghubungkan perkaitan

sejarahnya satu persatu dengan agak tepat.

Walau bagaimanapun, penemuan batu nisan lama di Teluk Che Munah di Kampung

Permatang Pasir, Pulau Tambun, Pekan Pahang pada bulan Jun, 1953 juga turut membuktikan

kemungkinan pertapakan agama Islam telah berlaku lama dahulu di Pahang iaitu hampir 300

tahun sebelum kewujudan Kerajaan Islam Melaka. Batu nisan yang dijumpai itu dihiasi dengan

ayat Al-Quran dan syair Arab dengan menggunakan seni khat halus. Tulisan yang mengandungi

tarikh menunjukkan bahawa si mati meninggal dunia pada subuh hari Rabu, 14 Rabiul awal

tahun 419 Hijrah. Ini bermakna batu nisan ini adalah jauh awal dari kesan sejarah pada Batu

Bersurat Terengganu (702 Hijrah) dan juga kesan wang emas (dinar) yang dijumpai di Kelantan

(577 Hijrah).50

47 Ibid , hlm. 108

48 Abdullah Ishak, 1990, Islam Di Nusantara: Khususnya Di Tanah Melayu, Al-Rahmaniah, Badan Dakwah danKebajikan Islam Malaysia, Petaling Jaya, Selangor, hlm. 41

49 Mohd. Jamil Mukmin, 2004, Melaka: Pusat Penyebaran Islam Di Nusantara, Unique Communications Sdn. Bhd,Selangor, hlm. 108

50 Mohd. Jamil Mukmin, 2004, Melaka: Pusat Penyebaran Islam Di Nusantara, Unique Communications Sdn. Bhd,Selangor, hlm. 108

Page 20: Melaka Bukanlah Negeri Yang Terawal Menerima Islam Di Tanah Melayu

20

Sejarah Islam Di Asia Tenggara (LSI3023) 

Berpandu kepada fakta sejarah bahawa penerimaan agama Islam di Pahang dikatakan

berlaku sejak kurun ke-15 Masihi atau lebih tepat selepas negeri itu ditakluki oleh Melaka. Oleh

yang demikian, negeri Pahang juga boleh dikelompokkan sebagai antara salah sebuah negeri

yang terawal di Tanah Melayu berdasarkan kepada bukti penemuan dan penulisan beberapa

sejarawan pada ketika itu.

Kesimpulan

Walaupun negeri Kedah, Terengganu, Kelantan dan Pahang merupakan antara negeri-

negeri yang terawal menerima Islam dan bertapak terlebih dahulu di negeri tersebut tetapi

negeri-negeri tersebut tidak berjaya muncul sebagai pusat penyebaran Islam di Alam Melayu.

Sehubungan dengan itu, kebolehan Melaka muncul sebagai pusat pengembangan Islam melewati

negeri-negeri lain yang terlebih dahulu menerima kedatangan Islam terutamanya disokong oleh

ciri-ciri atau faktor-faktor tersendiri yang dimilikinya. Di antaranya ialah kedudukan Melaka

yang strategik sehingga menjadikan Melaka wujud sebagai pusat perdagangan dan keilmuan,

pemerintah-pemerintah yang berwibawa dalam meluaskan Empayar Melaka dan faktor sosio-

ekonomi lain yang akhirnya menjadikan Melaka terkenal sebagai Pusat penyebaran Islam di

Tanah Melayu.

Page 21: Melaka Bukanlah Negeri Yang Terawal Menerima Islam Di Tanah Melayu

21

Sejarah Islam Di Asia Tenggara (LSI3023) 

BIBLIOGRAFI

Abdullah Ishak, 1990, Islam Di Nusantara: Khususnya Di Tanah Melayu, Al-Rahmaniah, Badan

Dakwah dan Kebajikan Islam Malaysia, Petaling Jaya, Selangor

Cesar Adib Majul, 1988, Islam Di Filifina, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur

Ibrahim Ismail, 1987, Sejarah Kedah Sepintas Lalu, Universiti Utara Malaysia, Percetakan

Seasons Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Khoo Kay Kim, 1980, Tamadun Islam Di Malaysia, Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur

Mahayudin Yahya, 1998, Islam Di Alam Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Mohd. Jamil Mukmin, 2004, Melaka: Pusat Penyebaran Islam Di Nusantara, Unique

Communications Sdn. Bhd, Selangor

Mohammad Redzuan Othman, 2005, Islam Dan Masyarakat Melayu: Peranan dan Pengaruh

Timur Tengah, Penerbit Universiti Malaya. Kuala Lumpur

Muhammad Saleh bin Awang, 1978, Terengganu Dari Bentuk Sejarah: Hingga Tahun 1918M

(1337), Utusan Publications & Distributors, Kuala Lumpur

Shafie Abu Bakar, 1989, Pesaka: Monograf Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Syarikat

Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Kuala Terengganu

Shafie Abu Bakar, 1989, Pesaka V: Monograf Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Syarikat

Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Kuala Terengganu

_________, 1974, Ikhtisar Perkembangan Islam, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur