mc- di rumah amin, terdapat bapa di ruang tamu sedang membuat kerja kayu,
DESCRIPTION
MC- Di rumah Amin, terdapat bapa di ruang tamu sedang membuat kerja kayu,. mak sedang masak nasi dan sediakan makanan di dapur. Tiba-tiba, terdengar bunyi hujan. Mak:Amboi.. hujan lagi…. Mak:Alamak! Apa ni? Eh! Eh! Bumbung dah (bocor)?! Bang! Bang! Cepat mai datang tengok ni!. - PowerPoint PPT PresentationTRANSCRIPT
MC- Di rumah Amin, terdapat bapa di ruang tamu sedang membuat kerja kayu,
mak sedang masak nasi dan sediakan makanan di dapur. Tiba-tiba, terdengar bunyi
hujan.
Mak:Amboi.. hujan lagi….
Mak:Alamak! Apa ni? Eh! Eh! Bumbung dah (bocor)?! Bang! Bang! Cepat mai datang
tengok ni!
Bapa: ya, ya. Datang ni.
Bapa:Apa hal terjerit-jerit ni?
Mak:Bang, tengok tu, bumbung dah bocor!
Bapa:Ya la..! Bocor lagi! Tak apa tak usah bimbang, nanti lepai hujan, bang buat .
Mak:Baiklah, bang.
Mak:Ah…..!!!!!!!!
Mak:Bang! Bang!!Bang.. Macam mana ni? Tolong~!! Tolong~!!!
Amin:Pa! Pa! Apa dah jadi ni….Min..talipon ambulan.
MC - Selepas itu Pak Abu pun dihantar ke hospital. Suasana dalam hospital….
Mak:Doktor, bagaimana dengan suami saya
Doktor:Puan, Suami anda telah diselamatkan, tapi tulang kaki kanannya patah. Dia harus
menerima rawatan di hospital.
Saya rasa sekurang-kurangnya 3 bulan dia baru boleh berjalan semula, itupun dengan bantuan tongkat. Jika tidak, kakinya akan
menjadi cacat.
Mak :Ohhh…. Nasib baik suamiku selamat. Tapi kalau dia tak kerja, siapa pula yang akan
menanggung perbelanjaan keluarga nanti.
Kami orang miskin. Rezeki kami sekeluarga bergantung pada dia, jika dia cacat, dia akan
hilang kerjanya.
MC - Rumah Amin…. Emak menanggis kerana risaukan kehidupan mereka seterusnya.
Mak: Bang… macam mana sekarang?
Bapa:Janganlah asyik menangis, ni? Kan aku baik aja ni?
Mak:Tapi... tapi kaki abang tu…
Bapa:Tak usah bimbang, tanpa kaki ini pun abang masih boleh berkerja untuk menyara
keluarga ini!
Mak:Tapi bang sudah 3 bulan tak kerja. Banyak hutang yang kita kena bayar. Leha
seganlah bang, nak pinjam lagi dengan jiran-jiran.
Bil hospitalpun tak bayar lagi.
Bapa:Diam La!
Hassan:Assalamualaikum!!
Bapa:Waaailaikumsalam!!
Hassan:Dengar Pak Abu jatuh hari tu? Keadaan Pak Abu macam mana sekarang?
Bapa:Alhamdulilah…badan sihat..tapi kaki ni yang patah, tak dapat jalan lagi sampai hari
ni.
Hassan :Ada kah Pak Abu terima rawatan fisio di hospital ?
Mungkin dengan rawatan itu kaki Pak Abu akan sembuh cepat.
Mak:Dah 3 bulan dia tak bekerja sebab kaki masih tak sembuh-
sembuh.
Hidup kami ni bergantung pada dia tapi sekarang ni dia dah tak boleh kerja.
Tak taulah macam mana hidup kami seterusnya.
Hassan:Haaia…Saya pun orang susah. Tapi mungkin saya boleh minta bantuan badan
kebajikan untuk Pak Abu.
Bapa:Alhamdulilah. Terima kasih, Hassan.
Jiran:Sama-sama, saya balik dulu.
Amal - Babak 4
MC- Di Rumah Amin, bapa duduk termenung melihat kakinya, manakala isterinya sedang
melipat pakaian.
Tiga orang relawan Tzu-Chi datang ke rumah.
Tzu-Chi:Selamat pagi, ni rumah Pak Abu kah ?
Bapa:Saya Abu dan ini isteri saya, Leha. Kamu semua ni siapa ?
Tzu-Chi:Pak Abu, kami dari Yayasan Buddhist Tzu Chi. Jiran Pak Abu yang bernama Hassan
memberitahu kami keadaan Pak Abu sekeluarga.
Hari ini kami datang untuk tengok keadaan Pak Abu dan apakah bantuan yang dapat kami
hulurkan.
Mak:Suami saya satu-satunya orang yang kami bergantung untuk hidup.
Kaki kanannya patah akibat terjatuh dari bumbung 3 bulan yang lalu.
Dah tiga bulan tetapi kakinya masih tak sembuh dan dia tak dapat bekerja.
Bukan sahaja kami tiada duit untuk dia mendapatkan rawatan lanjutan tetapi bil
hospital yang awal pun masih terhutang.
Kehidupan kami sekeluarga menghadapi masalah sekarang.
Saya dah banyak meminjam untuk belanja rumah. Tolong dan bantulah kami.
Tzu-Chi:Usah risau makcik, kami akan cuba sedaya upaya untuk membantu anda
sekeluarga.
Tapi sebelum itu izinkan saya bertanya sedikit berkenaan dengan latar belakang keluarga
untuk tujuan rekod dan pertimbangan dalam mesyuarat.
Perubatan –Babak 1
MC - Bapa sedang menjalani rawatan fisio di hospital dengan di temani oleh emak.
Di hospital doktor sedang merawat kaki Bapa
Doktor:Pak Abu, Minta maaf, setelah meneliti rekod kesihatan, kami mendapati buah
pinggang Pak Abu tidak berfungsi dengan baik.
Bapa:Arrr…Apa maksud doktor? Buah pinggang saya rosak?
Emak:Apa…rosak…macam mana boleh rosak?
Doctor:Bagi orang yang biasa creatinine mereka tidak melebihi 300,
tapi repot kesihatan Pak Abu menunjukkan creatinine Pak Abu ialah 700.
Oleh itu Pak Abu mesti mencari tempat untuk mencuci buah pinggang dengan segera.
Bapa:Tapi, tapi doctor, saya dengar perbelanjaan mencuci buah pinggang sangat
mahal.
Orang miskin macam kami ni mana nak mampu.
Ermmm..berapa erbelanjaan untuk cuci buah pinggang?
Doktor:Lebih kurang 2 ribu setiap bulan
Bapa:Oh Tuhan! Kenapalah nasibku boleh jadi begini, Kaki belum sembuh dan sekarang
nak kena cuci buah pinggang pula.
Kami ini orang miskin…mana nak ada duit nak cuci buah pinggang.
Kalau gitu…saya tak nak cuci la.
Doktor:Tak boleh!.. Pak Abu mesti cuci buah pinggang. Kalau tidak keadaan Pak Abu akan
jadi tenat dan teruk. BAHAYA!!
Mak:Abang! Abang! Janganlah gitu!..Abang mesti cuci buah pinggang.
Abang…jangan tinggalkan kami. Kami perlukan abang. Abang, mesti tabahkan hati
demi anak-anak kita.
Kita sama-sama cari ikthiar, ya.
Doktor:Ya…Pak Abu..jangan risau sangat.
Pak Abu cuba minta tolong bantuan badan-badan kebajikan.
Bapa:Baiklah…doctor.
Emak:Baiklah, terima kasih atas cadangan doktor
Perubatan – Babak
Di rumah Amin
Bapa:Duduk di atas kerusi sambil mengeluh mengenangkan nasib malang yang menimpa
keluarganya
Emak:Sedang mengupas kentang.
Amin:Duduk di kerusi dan menggoyang kakinya yang bersandar di atas meja sambil
mendengar radio.
Relawan Tzu-Chi bersama dengan seorang doktor pakar dan jururawat dari TIMA
dan Jiran melawat Pak Abu di rumah.
Tzu-Chi:Selamat pagi Pak Abu ? Ini Doktor Tan dari TIMA, pakar orthopedik.
Dr.Tan:Bagaimana keadaan Pak Abu sekarang?
Bapa:OK, Bertambah baik. Seminggu dua kali saya buat fisio kat hospital.
Doktor kata lagi 2 minggu tak payah la buat fisio lagi.
Dr. Tan:Baguslah macam itu.
Dr. Tan:Bagus….Tekanan darah Pak Abu elok
Tiba-tiba Amin berdiri dan terus berjalan keluar tetapi di sapa oleh bapa
Bapa: Min…tak bagi salam kat tetamu ?Amina
Bapa:Min, Min…nak pergi mana ni
Mak: Yisshhh….Budak ni….tiap-tiap malam entah ke mana ?
Jiran:Dengar kata tiap malam dia pergi lumba motosikal.
Mak:Kami dah tak tahu macam mana nak ajar dan nasihatkan anak saya yang ni.
Relawan:Hi Suzy… Suzy tak sekolahkah hari ini?
Suzy:Errmmm…takRelawan:Kan hari ini sekolah, suzy sakitkah?
Suzy: Ermmm ..sebenarnya...suzy dah tak sekolah
Relawan:Eh! Kenapa Suzy tak sekolah?
Mak:Dengan keadaan kami sekarang ini..kami dah tak berupaya nak beri dia ke sekolah.
Untuk meringankan bebanan keluarga …dia pun berhenti sekolah
Relawan:Oooo..kalau macam itu, Kami akan cuba minta bantuan dari yayasan kami untuk
Suzy meneruskan pelajaran di sekolah.
Bapa:Tapi….Kami ini orang Melayu. Betulkah Yayasan Buddha Tzu-Chi akan membantu
kami?
Tzu-Chi:Betul. Yayasan Buddha Tzu-Chi ini berasal dari Taiwan.
Ia diasaskan oleh Master Cheng-Yen dengan misi untuk menolongorang yang sakit dan susah tanpa mengira bangsa, agama dan
negara.
Bapa:Terima kasih atas bantuan anda semua.
Pendidikan Babak 1
Selepas pembedahan Pak Abu semakin sembuh dan boleh berjalan dengan
menggunakan tongkat.
Relawan Tzu-Chi datang melawat Pak Abu di rumah.
Tzu-Chi:Selamat petang….Pak Abu, nampak berseri hari ini? Bagaimana kaki dengan kaki
Pak Abu?
Bapa:Ya..doktor kata sebulan lagi saya boleh berjalan tanpa tongkat. Selepas itu dapatlah
saya bekerja.
Saya amat bersyukur kepada Tuhan dan ingin mengucapkan terima kasih kepada Tzu-Chi atas bantuan dan kasih-sayang
yang anda semua berikan.
Mak:Kami sekeluarga sangat terhutang budi dengan Yayasan Buddha Tzu Chi.
Tanpa bantuan anda semua, tak tahulah macam mana hidup kami
sekarang.
Sekarang ini kami pulak ingin menderma untuk membantu orang lain yang
memerlukan.
Duit ini tak banyak, cuma lima ringgit dan duit ini saya jimatkan dari wang belanja harian dan
simpan dalam tabung ini setiap hari.
Sumbangan ini sikit sahaja tapi kami harap ia dapat bantu mereka yang susah.
Tzu-Chi :Gan en…. Terimakasih makcik dan Pak Abu atas sumbangan
anda yang sungguh bermakna.
Kita semua manusia dan tinggal bersama di atas bumi patut saling membantu.
Suzy:Mak, Ayah…Su balik dari sekolah.
Suzy:Hello..kakak dan abang Tzu-Chi apa khabar semua?
Tzu-Chi:Khabar baik. Apa yang Su bawa tu?
Suzy:Ohhh…semua tu barang-barang yang boleh dikitar semula yang Su kutip sepanjang
jalan balik dari sekolah.
Hari itu kakak kan ada bagi tahu Su bahawa kita mesti cintakan bumi ini
dan salah satu perkara yang boleh kita buat adalah dengan kitar semula barang-barang
yangtelah kita guna.
Mula-mula kawan-kawan Su mengejek Su dan kata
Su kutip sampah.
Tapi selepas Su bagi tau kitar semula adalah cara
yang terbaik menyelamatkan bumi kita serta dapat menolong orang
yang susah,
kawan-kawan Su pun mengutip bersama setiap kali apabila kami balik dari sekolah.
Mak:Su selalu pesan dengan saya supaya contohi kamu ni semua.
MakananKena diletakan dalam bekas dan jangan
gunakan plastik untukmembungkus dan
melarang saya bawa balik makanandalam styrofoam.
Tzu-Chi:Terima kasih Su. Ahh..nampaknya Su dah jadi seorang pencinta
alam dan juga relawan Tzu-Chi, ya.
Babak 2Suzy dan 2 orang rakan sekolah.
Suzy dan kawan-kawan:Selamat pagi guru Besar?
Gurubesar:Selamat pagi… Ada apa ni?
Suzy:Saya dan rakan-rakan ingin meminta bantuan pihak sekolah untuk berbincang
dengan pakcik-pakcik dan
makcik-makcik yang menjual makanan dan minuman di kantin supaya jangan
menggunakan bekas-bekas styrofoam.
Styrofoam akan melebur apabila diisikan dengan makanan atau minuman yang panas.
Ia juga akan memudaratkan kesihatan kita.
Lagipun penggunaan bekas-bekas styrofoam akan membawa kesan yang negatif kepada
alam sekitar sebab ia tidak boleh dikitar semula dan tidak akan reput dengan mudah.
Gurubesar:Terima kasih atas cadangan anda.
Kita patut mengambil langkah-langkah untuk memelihara kebersihan alam sekitar dan
salah satu caranya adalah dengan memberhentikan
penggunaan bekas-bekas styrofoam.
Baiklah, saya akan berbincang dengan guru-guru semasa mesyuarat kakitangan sekolah
nanti.
Saya memang sokong cadangan anda semua
Suzy dan kawan-kawan:Terima kasih guru besar.
Budaya Babak 1
MC - Dirumah Amin, Amin balik dari ruman setelah berlepak dengan kawan-kawanya. Setelah melihat rakan-rakannya menbeli
talipon bimbit baru,
Amin pun meminta duit dari emaiknya.
Amin:Mak, Min nak duit beli telefon bimbit Nokia.
Mak:Tak boleh, Mak tak ada duit.
Amin:Yisss…| Selalu nak beli apa, ini tak boleh, itu tak boleh,asyik cakap tak ada duit. Kawan saya, nak apa , ibubapa pasti belikan.
Suzy:Abang, awak taulah keadaan keluarga kita.
Kita kena berjimat cermat.Amin:Diam!. Jaga awak sendiri. Jangan
campur tangan hal aku.
Bapa:Min, nak ke mana?
Amin:Cari kawanla!, meluat tinggal kat rumah.
Babak 2
MC- Setelah keluar dari dumah, Amin pun berjumpa dengan kawan-kawannya.
Mereka sedang berkumpulan di lebuhraya untuk berlumba motosikal.
Kawan 1:Eh! Min, pasal apa muka marah saja?
Amin: Mak ku la tak nak beli talipon.
Kawan 2:Usah fikirkannya. Jom kita lumba motosikal. Pasal duit fikir kemudian.
Amin :Jom!.
Kawan 3:Nah! Ambil rokok ni..
Selepas hisap rokok Amin rasa seronok dan mula lumba motosikal.
Tiba-tiba Amin tidak dapat mengawal motosikal dan kemalangan berlaku.
Amin : Tolong…!Tolong saya, Tangan dan kakiku sakit.
MC- Setelah melihat Amin tercedera, Kawan-kawan Amin terus melarikan diri kerana takut
dan tidak membantu Amin.
Selepas kejadian itu, Amin menyesal dengan perbuatannya.
Kawan-kawannya langsung tak peduli and tak melawat Amin.
Manakal Relawan Tzu Chi selalu melawat Amin dan memberi nasihat serta galakan
kepada Amin.
Di samping itu relawan Tzu Chi juga mengajar Amin bahawa sebagai manusia
kita patut bersikap Berpuas Hati (知足 ), Sikap Berterima Kasih (感恩 ), Sikap Pemahaman (善解 ) dan Sikap Berkemaafan (包容 )]
Budaya - Babak 3
Amin duduk atas kerusi dengan kakinya yang dibalut.
Mak duduk ditepi Amin sambil melapkan mukanya dengan tuala kecil
Bapa mengambil baldi air untuk emak mencuci muka Amin Suzy sedang membaca
buku
Amin :Abang dan Kak Tzu Chi, Min…Min Malu and menyesal.
Dulu Min selalu buat mak bapa risau tentang Min. Selalu sakit hati mereka.
Sejak kemalangan tu, kawan-kawan Min dah hilang entah kemana.
Mereka lansung tak datang lawat Min. Sekarang baru Min sedar…
apa yang Min buat dulu itu semuanya salah.
Relawan: Yang penting sekarang Min dah bertaubat.
Min mesti janji akan hormati ibubapa,ya.
Jangan bagi dia orang risau kat Min lagi.
Amin :Kita tiada tali persaudaraan tapi kamu semua sudi menghulurkan bantuan dan
tolong kami semasa susah.
Saya nak ucap terima kasih atas pertolongan kamu semua.
Amin:Ayah, Mak, Min dah insaf, Min minta maaf dan ampun.
Min selalu menyakitkan hati ayah dan mak. Mulai sekarang Min janji akan mendengar
cakap ayah dan mak.
Min akan belajar bersungguh-sungguh dan menjadi orang yang berbudi and berguna
pada masyarakat.
Emak:Min, Mak gembira sangat Min dah insaf. Mak maafkan Min. Min tetap anak kesayangan
mak.
Amin:Su…abang minta maaf. Abang dulu banyak berkasar dengan Su.
Su:Seperti yang di ajar oleh abang dan kak tzu chi…Di dunia ini tiada orang yang kita tak
cintai.
Di dunia ini tiada orang yang kita tidak percaya dan di dunia ini tiada orang yang kita
tidak maafkan.
Amin:Oh ! Terima kasih Tuhan yang maha kuasa…
kau telah memberi petunjuk kepada saya balik ke pangkuan keluargaku dan ke jalan betul..
Mak:Syukur Alhamdulilah!
Bapa:Eloklah kalau kamu dah insaf.
Ayah, Mak, Amin dan Suzy memberi salam antara satu sama lain.
Selepas itu mereka bersama-sama dengan berganding tangan dengan relawan Tzu Chi)
1) Sikap Berpuas Hati iaitu berpuas hati dan menghargai apa yang kita ada sekarang.
2) Sikap Berterima Kasih iaitu bersyukur terhadap segala yang kita ada termasuklah
setiap orang,
perkara dan benda yang kita hadapi.
3) Sikap Pemahaman iaitu mengerti bahawa setiap perkara yang berlaku pasti ada
alasan dan sebab di sebaliknya.
4) Sikap Berkemaafan iaitu sentiasa memaafkan mereka atas kesilapan yang
dilakukan dengan memberi peluang untuk insaf dan bertaubat.