mastery learning

45

Upload: razita-alias

Post on 16-Dec-2014

707 views

Category:

Education


7 download

DESCRIPTION

pembelajaran masteri

TRANSCRIPT

Page 1: Mastery learning
Page 2: Mastery learning

KANDUNGAN MODUL

Langkah PM

1Konsep PM

Pelaksanaan PM

2

3

Page 3: Mastery learning

Membimbing guru memahami dan melaksanakan Pembelajaran Masteri (PM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan

 

MATLAMAT

Page 4: Mastery learning

OBJEKTIF MODUL

Menyatakan konsep PM Menerangkan langkah PM

dalam p&p Melaksanakan PM dalam

p&p

Page 5: Mastery learning

Rasional:

Murid mempunyai

kebolehan dan keperluan

yang berbeza

Murid memerlukan pendekatan pengajaran

pembelajaran yang sesuai berkesan

Murid mesti menguasai

pengetahuan, Kemahiran

&sikap yang diajarkan.

Page 6: Mastery learning

Prinsip Pembelajaran Masteri

Murid normal boleh mempelajari apa yang diajarkan oleh guru.

Pembelajaran dipecahkan kepada beberapa unit kecil

supaya mudah dikuasai.

Murid memerlukan masa yang mencukupi untuk Menguasai sesuatu hasil pembelajaran

yang ditentukan.

Arahan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran mestilah jelas.

Page 7: Mastery learning

KONSEP

PEMBELAJARAN

MASTERI

1

Page 8: Mastery learning

DEFINISIPM suatu pendekatan pengajaran dan

pembelajaran yang memastikan semua

murid menguasai hasil pembelajaran yang

dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran

sebelum berpindah ke unit pembelajaran

seterusnya. Pendekatan ini memerlukan

peruntukan masa yang mencukupi dan

proses pengajaran dan pembelajaran yang

berkualiti.

Page 9: Mastery learning

APAKAH PEMBELAJARAN MASTERI

Menurut Bloom (1968). Pembelajaran masteri merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar. Manakala menurut falsafah Bloom menyatakan bahawa semua atau hampir semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai serta masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai pembelajarannya.

Page 10: Mastery learning

APAKAH PEMBELAJARAN MASTERI

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) menyatakan pembelajaran Masteri suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasilkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi serta proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

Page 11: Mastery learning

APAKAH PEMBELAJARAN MASTERI

Menurut Anderson dan Block (1975) Pembelajaran Masteri ialah satu set idea dan amalan pengajaran s ecara individu yang dapat membantu murid untuk belajar secara konsisten. Idea dan amalan ini menghasilkan pengajaran yang sistematik, membantu murid apabila menghadapi masalah pembelajaran serta memperuntukkan masa yang mencukupi untuk murid mencapai masteri berpadukan kriteria yang jelas.

Page 12: Mastery learning

TUJUAN PEMBELAJARAN MASTERI

1. Pembelajaran masteri perlu dilaksanakan kerana guru perlu mengetahui bahawa murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza antara satu sama lain seperti kebolehan membaca dan kebolehan menulis

2. murid memerlukan pendekatan yang sesuai dan berkesan. Kerana kebolehan setiap murid untuk memahami sesuatu pembelajaran berbeza seperti sesetengah murid mudah memahami pembelajaran melalui aktiviti nyanyian.

3. murid mesti menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diajarkan untuk memastikan tiada murid yang tercicir dalam pengajaran dan pembelajaran.

Page 13: Mastery learning

STRATEGI DALAM PEMBELAJARAN MASTERI

Clarify InformPretest GroupEnrich and correct  Monitor

Assess performance Posttest Reteach 

Page 14: Mastery learning

ELEMEN PENTING DALAM PEMBELAJARAN MASTERI

Menjelaskan secara spesifik kepada pelajar apa yang akan dipelajari dan memperjelaskan bagaimana ianya akan dinilai.

Guru harus memperjelaskan kepada murid berkenaan apa yang akan dipelajari pada hari tersebut dan bagaimana proses penilaian akan dilaksanakan. Antaranya termasuklah tajuk pelajaran, objektif yang hendak dicapai, kemahiran yang diajar, nilai-nilai yang diterapkan serta aspek atau instrumen penilaian yang akan digunakan dalam pembelajaran

Membenarkan pelajar untuk belajar dengan kadar mereka sendiri

pelajar harus diberi peluang belajar mengikut minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri. pelajar juga diberi tanggungjawab mengawal kadar kemajuan pembelajaran mereka secara berperingkat-peringkat. Ini bermakna, pelajar hanya akan berpindah kepada peringkat seterusnya apabila berjaya menguasai peringkat awal. Misalnya, dalam suatu mata pelajaran, pelajar akan hanya akan beralih ke unit 2 setelah berjaya menguasai unit 1.

Page 15: Mastery learning

MENGAPA PM ?

• Kebolehan dan keperluan berbeza

• Pendekatan P&P sesuai dan berkesan

• Menguasai ilmu, kemahiran dan sikap

MuRiD

Page 16: Mastery learning

PRINSIP ASAS PM

Murid Normal

Masa Mencukupi

Arahan Jelas

Unit Pembelajaran

Page 17: Mastery learning

Unit Pembelajaran 1

Pengajaran & Pembelajaran

Penilaian

Sudahkah murid menguasai?

Unit Pembelajaran 2

Teruskan

Tindakan Susulan Aktiviti Pengayaan

Ya

TidakYa

Penentuan Hasil Pembelajaran

Tindakan Susulan Aktiviti Pemulihan

MODEL PM

Page 18: Mastery learning

Apa PM ?

Anda telah memahami konsep PM.

Ya Tidak

Unit Pembelajaran 2

Prinsip PM ?

Model PM ?

Page 19: Mastery learning

LANGKAHPEMBELAJARAN

MASTERI

2

Page 20: Mastery learning

1.Menentukan

Hasil Pembelajaran

(HP)

Page 21: Mastery learning

MENGAPA MENENTUKAN HP

Mengenal pasti apa yang perlu dikuasai

Memberi tumpuan dalam penguasaan HP

Merancang pelbagai kaedah dan bahan bantu mengajar

Membantu membina ujian formatif dan sumatif

Page 22: Mastery learning

2.Menentukan

Pengajaran

dan

Pembelajaran

(P & P)

Page 23: Mastery learning

P&P MENGGUNAKAN PELBAGAI STRATEGI, PENDEKATAN DAN KAEDAH Inkuiri Konstruktivisme Pembelajaran

konstektual Pembelajaran

interaktif Pembelajaran

koperatif

Eksperimen Perbincangan Simulasi Projek Kajian lapangan

Page 24: Mastery learning

Cara Hasil Pembelajaran dinyatakan

Berdasarkan sukatan pelajaran. Dalam bentuk tingkah laku yang

boleh diperhatikan dan diukur Secara eksplisit, jelas dan terperinci. Dalam domain kognitif, afektif dan

psikomotor. Mengikut aras pembelajaran dari

mudah sukar.

Page 25: Mastery learning

Penentuan pengajaran dan pembelajaran guru harus mengambil kira perkara yang

berikut:

Kebolehan dan keupayaan murid berbeza-beza.

Kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran.

Kemudahan yang sedia ada. Masa yang diperuntukkan

Page 26: Mastery learning

3.Penilaian

Page 27: Mastery learning

MENGAPA PERLU PENILAIAN DALAM PM Mengesan pencapaian murid Mengenal pasti jenis murid Mengesan sama ada HP telah dikuasai

atau belum Mengenal pasti sebab kelemahan murid

dalam sesuatu unit pembelajaran Menentukan aktiviti pengayaan atau

pemulihan Menentukan keberkesanan kaedah p&p

Page 28: Mastery learning

PENILAIANPembinaan ujian

Tentukan HPM Bina/pilih item atau alat ujian Sediakan analisis

Pentadbiran ujian

Tadbir ujian

Pemprosesan ujian

Periksa respons Buat analisis terhadap

respons Rekod pencapaian murid

Pelaporan Sedia laporan Sampai laporan

Page 29: Mastery learning

Bilakah penilaian dijalankan?

Semasa pengajaran dan pembelajaran.

Selepas sesuatu unit pembelajaran.

Selepas tempoh tertentu seperti mingguan, bulanan, pertengahan tahun dan akhir tahun.

Page 30: Mastery learning

Domain yang dinilaiPenilaian  dalam

Pembelajaran Masteri meliputi domain:

KognitifAfektif

Psikomotor

Page 31: Mastery learning

4.Tindakan

Susulan

Page 32: Mastery learning

TINDAKAN SUSULAN

Pemulihan Pengayaan

Pengukuhan Pengembangan

Page 33: Mastery learning

Contoh aktiviti pemulihan yang boleh dijalankan:

Mengajar semula menggunakan kaedah atau bahan yang lain.

Membetulkan perlakuan yang salah. Mengajar cara yang memudahkan untuk mengingat

semula. Menggunakan bahan visual. Mempermudah dan mempelbagaikan latihan. Menjalankan lati tubi. Menggalakkan pembelajaran melalui rakan sebaya. Memotivasikan murid untuk belajar lebih

bersungguh-sungguh. Membimbing murid menyusun maklumat dalam

bentuk ringkas seperti rajah, carta atau peta minda. Melatih murid mengenal pasti idea utama.

Page 34: Mastery learning

CONTOH AKTIVITI PEMULIHAN

Mengajar semula dengan kaedah yang berbeza

Memperbetulkan perlakuan yang salah

Menggunakan bahan visual Mempermudahkan dan

mempelbagaikan latihan Membimbing murid menyusun

maklumat dalam bentuk ringkas

……………

Page 35: Mastery learning

Memberi latihan yang lebih mencabar

Memberi latihan dalam pelbagai bentuk

Membuat projek Membuat kajian …………..

CONTOH AKTIVITI PENGAYAAN

Page 36: Mastery learning

Aktiviti Pengayaan dirancang bagi

Memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti pembelajarn yang lebih mencabar dan menarik.

Memperluas pengalaman dan memperkukuh kefahaman murid.

Menambah sifat ingin tahu dan meningkatkan kemahiran berfikir.

Meningkatkan semangat berdikari dalam pembelajaran.

Page 37: Mastery learning

Aktiviti pengukuhan bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid dalam unit pembelajran yang sama. Contoh aktiviti pengukuhan

Memberi latihan yang lebih mencabar. Memberi banyak latihan dalam pelbagai

bentuk. Melatih murid menyampaikan maklumat

dalam pelbagai bentuk grafik seperti peta minda, carta organisasi dan rajah.

Melatih murid membuat nota. Menjalankan latih tubi. Melatih murid mengenal pasti idea

utama. Mengakses maklumat dari laman web

Page 38: Mastery learning

Aktiviti pengembangan bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran murid dalam unit pembelajaran yang sama. Aktiviti pengembangan ini lebih mencabar dan boleh dijalankan oleh murid secara terarah kendiri. Contoh aktiviti pengembangan adalah:

Membuat projek. Membuat tugasan. Membuat kajian.

Page 39: Mastery learning

Pendekatan yang berpusatkan guru

Penerangan Penjelasan Bercerita Huraian Memberi nota Syarahan Demonstrasi

Page 40: Mastery learning

Pendekatan yang berpusatkan murid

Bercerita Bacaan Latih tubi Pembelajaran akses kendiri Inkuiri penemuan Soal jawab Main peranan Demonstrasi Penyelesaian masalah Sumbang saran Projek Pembelajaran koperatif Amali

Page 41: Mastery learning

  Hasil pembelajaran Cadangan bahan 

Bahasa Mengenal pasti ‘huruf’Kad imbasan hurufCarta hurufBongkah hiruf

MatematikMenambah dua nombor dalam

lingkungan fakta asasJakaSidaCip berwarna

Sains Menerangkan proses penghadamanCarta organPenghadamanVideo penghadaman

GeografiMenyatakan bentuk muka bumi kawasan

pinggir pantaiCakera padat tentang muka bumimodel peta

Pendidikan seni

Membuat grafik Perisian aplikasi

Bahan pengajaran dan pembelajaranBahan pengajaran dan pembelajaran perlu

dipelbagaikan selaras dengan aktiviti yang dipilih.

Page 42: Mastery learning

KEMAHIRAN GURU DALAM PEMBELAJARAN MASTERI

- Mendiagnosis murid untuk mengetahui tahap pencapaian murid.

-Mengetahui perbezaan murid.

- Menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan merancang aktiviti yang menyeronokkan

dalam pengajaran dan pembelajaran- Mengurus pelbagai bahan bantu mengajar

- Menyimpan rekod kemajuan murid

- Menjalankan penilaian sumatif untuk mengesan hasil pembelajaran

- Merancang serta melaksanakan aktiviti pemulihan dan pengayaan yang sesuai

Page 43: Mastery learning

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK PEMBELAJARAN

MASTERI

Tiada satu kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang terbaik untuk pembelajaran

masteri kerana pelajar berbeza dalam kebolehannya dan mereka juga mempunyai

gaya pembelajaran yang berlainan. Kaedah atau aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah kaedah atau aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar, menarik dan

menyeronokkan.

Jadi guru harus merancang dan menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti  pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan dengan mengambil kira kebolehan dan gaya

pembelajaran pelajar anda.

Page 44: Mastery learning

Anda telah memahami Langkah PM.

P&P PM ?Penilaian PM ?

Tindak

Susulan PM ?

HP

PM ?

Page 45: Mastery learning

Terima kasihTATA