masalah pendengaran dan telinga anda

26
Masalah pendengaran dan telinga anda. Masalah pendengaran bukanlah suatu masalah yang jarang berlaku di dalam masyarakat kita. Malah dalam dunia ini, masalah pendengaran dihadapi oleh setiap peringkat umur, sama ada peringkat bayi, remaja, dewasa mahupun warga tua. Untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai masalah pendengaran yang anda hadapi, adalah penting untuk mengenali telinga anda terlebih dahulu. Struktur telinga anda. Secara fizikal, telinga boleh dibahagikan kepada tiga iaitu telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam (Gambarajah 1). Telinga luar terdiri daripada cuping telinga dan salur telinga anda. Manakala telinga tengah merangkumi gegendang telinga, tulang osikel (incus, stapes dan maleus) , ruang telinga tengah serta tiub Eustachian (yang menyambungkan bahagian telinga tengah ke tekak) . Telinga dalam pula terdiri daripada koklea, salur separuh bulat dan saraf auditori iaitu saraf pendengaran yang menghantar maklumat pendengaran dari koklea ke otak untuk ditafsirkan. Di otak pula, terdapat pusat pendengaran yang akan memproses maklumat yang sampai dan maklumat-maklumat ini akan ditafsirkan sebagai pendengaran. Disebabkan hal inilah, kita dapat menikmati sensasi pendengaran. Untuk mendengar, kesemua bahagian telinga yang telah dinyatakan tadi haruslah boleh berfungsi secara normal tanpa sebarang jangkitan atau abnormaliti. Sebarang gangguan di mana-mana bahagian akan menyebabkan individu berkenaan menghadapi masalah pendengaran dan kesan masalah ini bergantung kepada tahap keterukan masing-masing. ** Untuk keterangan lanjut, sila ke www.audiolab.com.my/bahasa.htm 1

Upload: hasrul-haffiz

Post on 05-Aug-2015

549 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Masalah Pendengaran Dan Telinga Anda

Masalah pendengaran dan telinga anda.

Masalah pendengaran bukanlah suatu masalah yang jarang berlaku di dalam masyarakat kita. Malah dalam dunia ini, masalah pendengaran dihadapi oleh setiap peringkat umur, sama ada peringkat bayi, remaja, dewasa mahupun warga tua. Untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai masalah pendengaran yang anda hadapi, adalah penting untuk mengenali telinga anda terlebih dahulu.

Struktur telinga anda.

Secara fizikal, telinga boleh dibahagikan kepada tiga iaitu telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam (Gambarajah 1). Telinga luar terdiri daripada cuping telinga dan salur telinga anda. Manakala telinga tengah merangkumi gegendang telinga, tulang osikel (incus, stapes dan maleus) , ruang telinga tengah serta tiub Eustachian (yang menyambungkan bahagian telinga tengah ke tekak) .

Telinga dalam pula terdiri daripada koklea, salur separuh bulat dan saraf auditori iaitu saraf pendengaran yang menghantar maklumat pendengaran dari koklea ke otak untuk ditafsirkan. Di otak pula, terdapat pusat pendengaran yang akan memproses maklumat yang sampai dan maklumat-maklumat ini akan ditafsirkan sebagai pendengaran. Disebabkan hal inilah, kita dapat menikmati sensasi pendengaran.

Untuk mendengar, kesemua bahagian telinga yang telah dinyatakan tadi haruslah boleh berfungsi secara normal tanpa sebarang jangkitan atau abnormaliti. Sebarang gangguan di mana-mana bahagian akan menyebabkan individu berkenaan menghadapi masalah pendengaran dan kesan masalah ini bergantung kepada tahap keterukan masing-masing.

** Untuk keterangan lanjut, sila ke www.audiolab.com.my/bahasa.htm

1

Page 2: Masalah Pendengaran Dan Telinga Anda

Gambarajah 1

Jenis Masalah Pendengaran.

Adalah penting untuk anda mengetahui jenis masalah pendengaran yang anda hadapi kerana ia akan membantu anda dan menyelesaikan masalah tersebut. Terdapat masalah pendengaran yang boleh dirawat dan tidak boleh dirawat. Jika anda menghadapi masalah pendengaran yang tidak boleh dirawat, pemakaian alat bantu dengar adalah perlu.

Terdapat tiga (3) jenis masalah pendengaran iaitu masalah konduktif, sensorineural dan campuran.

Masalah pendengaran konduktif berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga luar dan telinga tengah. Contoh masalah dan jangkitan yang boleh menyebabkan masalah pendengaran konduktif ialah ketiadaan lubang telinga (atresia), cuping telinga kecil atau tiada cuping telinga (mikrotia / anotia), sumbatan tahi telinga di salur telinga, jangkitan kuman pada salur telinga atau telinga tengah dan gegendang telinga bocor/pecah.

Masalah pendengaran sensorineural pula berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga dalam, tempat di mana koklea dan

2

Page 3: Masalah Pendengaran Dan Telinga Anda

saraf pendengaran berada. Masalah ini tidak dapat dilihat secara fizikal (tiada rembesan nanah atau kecacatan fizikal) tetapi hanya dapat dikenalpasti melalui pemeriksaan pendengaran secara menyeluruh. Masalah ini tidak dapat dirawat, tidak seperti masalah pendengaran konduktif yang boleh dirawat secara pengambilan ubat atau pembedahan.

Masalah pendengaran campuran pula berlaku apabila terdapat kehadiran kedua-dua masalah pendengaran serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dan sensorineural hadir bersama. Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah pendengaran sensorineural juga mempunyai mampatan tahi telinga dikategorikan sebagai mempunyai masalah pendengaran campuran. Apa jua masalah yang berlaku di telinga luar/tengah beserta masalah di telinga dalam disebut sebagai masalah pendengaran campuran.

** Untuk keterangan lanjut, sila ke www.audiolab.com.my/

Kurang Upaya Pendengaran bermakna berlakunya kecacatan anatomi dan fisiologi telinga.Kejadian ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Sebab-

sebab yang menyebabkan kehilangan pendengaran :-

1. Keturunan- faktor genetik2. Maternal Rubella- semasa peringkat awal mengandung3. Antibiotik4. Kecederaan- akibat kemalangan, terjatuh atau kena pukul 5. Bunyi yang kuat dan berterusan / kerja ditempat yang bising6. Jaundis- sehingga terpaksa tukar darah7. Otitismedia8. Rawatan akubutor melebihi 1 minggu9. Berat badan rendah semasa lahir- kurang daripada 1.5 kg10. Demam panas/ selsema yang berpanjangan11. Lanjut usia

** Untuk maklumat lanjut, sila ke http://ppdlms.edu.my/pk/?cat=120

Kurang Upaya Pendengaran menyebabkan tidak dapat mendengar bunyi-bunyi bahasa dan tidak dapat bertutur bagi yang mengalaminya sejak kecil dan tidak diajar latihan pertuturan oleh `speech therapy’, guru dan juga ibubapa.Kurang Upaya Pendengaran boleh diukur dengan mengunakan Ujian

3

Page 4: Masalah Pendengaran Dan Telinga Anda

Kebolehan Mendengar oleh audiologis menggunakan alat yang dinamakan audiometer. Tahap pendengaran yang diukur adalah seperti berikut:- 

Normal                    0-19db  (biasa)

Mild                        20-40db (ringan)

Modurate               41-70db (sederhana)

Severe                    71-89db  (berat)

Profound                90 +      (sangat teruk) 

Berhati-hati jika anda mengalami tanda-tanda berikut !Segeralah berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan pendengaran

anda.

Meminta percakapan diulang berkali-kali Bercakap dengan nada suara yang lebih kuat daripada biasa Tidak memahami arahan yang diberikan atau silap memahami arahan. Sukar memahami perbualan di tempat bising Terpaksa memalingkan kepala ke arah sumber bunyi dalam usaha

untuk memahami apa yang didengari Sukar memahami perbualan telefon Toleransi terhadap bunyi bising berkurang Suka memencilkan diri dari bergaul dan berbual Terdedah kepada bunyi yang sangat kuat Terlibat dalam kemalangan yang melibatkan kecederaan di bahagian

kepala dan leher. Terdapat ahli keluarga yang juga mempunyai masalah pendengaran Pengambilan ubat ototoksik (anti-histamin, anti-diuretik dll) Menghidap penyakit sistemik (kencing manis, hiperkolesterol, buah

pinggang dll)

Perhatikan anak-anak anda. Jika mereka mempunyai salah satu ciri-ciri seperti di bawah, bawalah mereka menemui doktor untuk

pemeriksaan pendengaran!

Tidak bertindak balas terhadap bunyi Tidak bertindak balas terhadap panggilan nama sendiri Tidak memahami / silap memahami arahan Kelihatan tidak memberikan tumpuan/ sentiasa mengelamun

4

Page 5: Masalah Pendengaran Dan Telinga Anda

Kelihatan nakal, tidak mempedulikan orang lain / sangat pasif, menyendiri

Lebih banyak menunggu dan melihat apa yang dilakukan oleh orang lain dahulu sebelum melakukan sebarang tugas

Akan membaca bibir, melihat isyarat visual, ekspresi muka dan gerak tangan daripada mendengar

Lewat bertutur Lebih banyak menunjuk dengan jari dari bercakap Menonjolkan sikap yang ganjil ketika berinteraksi dengan kawan-

kawan Menghidap demam kuning yang teruk sehingga memerlukan

penukaran darah selepas dilahirkan Telinga sering berair atau bernanah Dilahirkan sangat kecil (berat badan kurang 1.5kg) Tidak menangis sebaik sahaja dilahirkan Ibu mendapat jangkitan seperti rubella, siphlis, herpes, cytomegalo

virus dll jangkitan kuman semasa mengandung Ibu terdedah kepada radiasi (X-ray ,MRI dll) semasa mengandung Ibu mengambil ubat ototoksik semasa mengandung (anti-histamin,

anti-diuretik dll) Ibu mengambil dadah atau menghisap rokok semasa mengandung

Langkah awal perlulah diambil dalam mengatasi masalah pendengaran terutama di kalangan kanak-kanak. Ia boleh mendatangkan kesan buruk terhadap perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak tersebut. Ini seterusnya akan merencat perkembangan sosial, komunikasi, psikologi dan vokasional individu berkenaan. Masalah pendengaran perlu dikesan sejak kecil (umur < 3 bulan) agar pemasangan alat bantu dengar yang bersesuaian serta program rawatan seterusnya dapat dilakukan. Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kesan masalah pendengaran yang dihadapi

oleh kanak-kanak berkenaan.

Komplikasi

Apakah kesan daripada masalah pendengaran?

Masalah komunikasi Masalah pembelajaran/pendidikan Gangguan emosi Sukar menjalinkan perhubungan sosial Harga kendiri yang rendah Perasaan terasing, kecewa dan hilang keyakinan

5

Page 6: Masalah Pendengaran Dan Telinga Anda

** Untuk keterangan lanjut, sila http://www.myhealth.gov.my/myhealth

Kehilangan pendengaran

Darjah kepekakan

Kesan terhadap kemampuan auditori

0dB – 20dB Normal Boleh mendengar dan memahami pertuturan

20dB – 40Db Ringan Memahami perbualan Sulit mendengar bnyi-bunyi pertuturan

dan jauh Memerlukan terapi pertuturan

41dB – 55dB Sederhana Dapat mendengar bunyi setakat jarak 1.5m

Memahami perbualan Sukar melibatkan diri dalam kumpulan

perbincangan secara kelas Memerlukan alat bantu dengar Memerlukan terapi pertuturan

56dB – 70dB Sederhana teruk

Memerlukan alat bantu dengar dan latihan perdengaran

Memerlukan latihan pertuturan dan komunikasi

Individu lain perlu menggunakan nada yang kuat untuk berkomunikasi

Masalah pertuturan kerana pengalaman pendengaran yang terhad

70dB – 90dB Teruk Dapat mendengar bunyiyang kuat pada jarak antara 0 – 30.5cm

Mungkin dapat membezakan sesetengah bunyi sahaja

Menghadapi masalah pertuturan Memerlukan pendidikan khas, alat

bantu dengar dan latihan pertuturan dan komunikasi

Lebih 90dB Sangat teruk Sukar mendengar walaupun bunyi yang kuat

Memerlukan alat bantu dengar dan terapi pertuturan

Kesan terhadap kemampuan auditori

6

Page 7: Masalah Pendengaran Dan Telinga Anda

Kesan-kesan terhadap masalah pembelajaran :

Menghadapi masalah dalam bahasa reseptif iaitu sukar memahami apa yang diperkatakan orang lain dan bahasa ekspresif iaitu bagi menyatakan apa yang difikirkan oleh orang lain

Kelewatan perkembangan bahasa dan pertuturan Mengahadapi masalah dalam komunikasi dan kemahiran lisan seperti

membaca dan menulis Sukar menjelaskan maksud teks yang dibaca Kesilapan dalam menerima maklumat yang disampaikan Batasan dalam menguasai perkataan Gaya penulisan tugasan yang tidak sesuai Kesukaran dalam menghasilakn maklum balas perbincangan terutama

pemikiran abstrak berbanding tugasan secara praktikal atau amali Masalah penyesuaian sosial dan kematangan emosi Menghadapi masalah perkembangan kognitif seperti kemahiran

mengingati maklumat, mendefinisi, menerangkan, menyelesaikan masalah dan sebagainya

Mengambil masa lebih lama untuk membaca, memahami dan menguasai maklumat serta merancang dan menghasilkan tugasan penulisan

Alat Bantu Dengar

Alat bantu dengar ialah alat elektronik yang menggunakan kuasa bateri yang berfungsi untuk menguatkan bunyi bagi membantu komunikasi.

Komponen komponen alat bantu dengar dan bagaimana cara ia berfungsi

Alat bantu dengar mengandungi 4 bahagian :

1. mikrofon2. amplifier

3. fon telinga/pembesar suara4. bateri

Alat bantu dengar menerima bunyi melalui mikrofon yang kemudiannya menukarkan tenaga bunyi kepada tenaga elektrik. Amplifier akan menambahkan signal tersebut dan menghantar ke telinga melalui fon telinga ataupun pembesar suara.

7

Page 8: Masalah Pendengaran Dan Telinga Anda

Jenis-jenis alat bantu dengar

Tiga jenis utama:

1. Alat bantu dengar boleh ubah analog o Berdasarkan tahap pendengaran seseorang o Menguatkan suara dan juga bunyi o Murah

2. Alat bantu dengar analog yang diprogramkan o Berdasarkan tahap pendengaran o Diprogramkan untuk pelbagai keadaan atau situasi

3. Alat bantu dengar digital yang boleh diprogramkan o Mengubah bunyi mengikut persekitaran secara automatik o Mengurangkan bunyi yang tidak diingini o Harga lebih mahal

Jenis-jenis alat bantu dengar yang selalu digunakan:

Body worn

Eyeglass- diletak di tangkai cermin mata

Bone conductor- bentuk macam headphone

Behind the ear (BTE)

In the canal (ITC)

In the ear(ITE)

Complate in the ear

Siapakah yang memerlukan alat bantu dengar?

Seseorang yang mengalami kerosakan pendengaran yang teruk sehingga menjejaskan kebolehan berkomunikasi dan prestasi kerja

8

Page 9: Masalah Pendengaran Dan Telinga Anda

Keputusan untuk menggunakan alat bantu dengar selalunya dibuat oleh pesakit sendiri atas nasihat Audiologist(Pegawai pemulihan pendengaran)

Faktor-faktor berikut perlu diambilkira: o tahap pendengaran berdasarkan ujian pendengaran o jenis pekerjaan o aktiviti di rumah dan tempat kerja o masalah fizikal o masalah perubatan o penampilan diri o status kewangan o kos alat bantu dengar

Penggunaan alat bantu dengar di satu telinga sahaja mungkin mencukupi tetapi pengunaan di kedua dua telinga akan membantu memudahkan pendengaran di tempat bising serta mengenalpasti punca bunyi.

Nasihat

Pemilihan alat bantu dengar yang betul adalah perlu Dapatkan nasihat dari pegawai pemulihan pendengaran(audiologist)

yang terlatih sahaja Penggunaan alat bantu dengar mengambil masa dan kesabaran Pemakaian alat bantu dengar adalah proses yang berperingkat-

peringkat Belajar cara mengendalikan alat bantu dengar dengan betul. Hubungi Audiologist sekiranya anda mengalami masalah berikut:

o Alat bantu dengar tidak berfungsi o Penggunaan alat menjadi tidak selesa o Bunyi suara sendiri menjadi terlalu kuat o Bunyi berdesing dari alat bantu dengar o Bunyi persekitaran yang sangat kuat

Padamkan alat bantu dengar sekiranya tidak digunakan

Nasihat dalam penjagaan alat bantu dengar

Berikut adalah cadangan yang boleh membantu:

Jauhkan dari haba dan kelembapan Tukar bateri yang lemah dengan segera

9

Page 10: Masalah Pendengaran Dan Telinga Anda

Bersihkan alat bantu dengar mengikut arahan yang diberikan. Elakkan dari menggunakan penyembur rambut atau produk yang

berkaitan semasa menggunakan alat bantu dengar Padamkan alat bantu dengar sekiranya tidak digunakan Simpan bateri tambahan serta komponen-komponen kecil jauh dari

kanak-kanak dan binatang

Rehabilitasi

Khidmat nasihat berkenaan alat bantu dengar daripada pegawai pemulihan pendengaran (Audiologist). Khidmat pegawai pemulihan pertuturan(speech therapist) diperlukan dalam sesetengah kes

** Untuk keterangan lanjut, sila http://www.myhealth.gov.my/

Dua Kategori Pesakit Pekak Yang Boleh Dipertimbangkan Untuk Implan Koklea

1. Individu yang dilahirkan dengan pendengaran normal dan pernah bertutur secara normal tetapi menjadi pekak disebabkan oleh penyakit seperti jangkitan telinga dalaman atau meningitis yang merosakkan koklea. Kumpulan ini dikenali sebagai pesakit yang mengalami kecacatan pendengaran kepekakan post-lingual yang biasanya terdiri dari kalangan kanak-kanak dan orang dewasa.

2. Kategori kedua pula melibatkan kanak-kanak yang dilahirkan dengan kecacatan pendengaran atau dikenali sebagai pre-lingual

Kumpulan pesakit post-lingual cenderung mengalami pemulihan lebih baik selepas pemasangan implan. Bagaimanapun, kumpulan pre-lingual terpaksa berdepan dengan pemulihan yang lebih mencabar manakala pemasangan perlu dilakukan seawal usia yang boleh bagi membolehkan perkembangan pertuturan dan bahasa yang lebih baik. 

Perbelanjaan pemasangan implan koklear walaupun mahal tetapi berbaloi jika mengambil kira impak komunikasi dan sosial serta kos yang terpaksa ditanggung untuk tujuan pembelajaran kanak-kanak seumur hidupnya. Berdasarkan satu kaji selidik yang dijalankan di luar negara, kecacatan pendengaran di kalangan kanak-kanak turut mempengaruhi aspek pembelajaran mereka.

10

Page 11: Masalah Pendengaran Dan Telinga Anda

`Implan koklea  atau telinga bionik, tidak mengembalikan pendengaran seperti manusia normal. Kebanyakan pesakit menggambarkannya sebagai bunyi yang mekanikal. Bagaimanapun, bersama masa dan amalan yang berterusan, otak akan melakukan penyesuaian terhadap bunyi-bunyi baru dan isyarat pertuturan.

Bunyi-bunyian alam akan mula kedengaran lebih semula jadi’, kata Ketua Pakar Audiologi, Pusat Perubatan Sunway, Mazwin Omar.Sejak mendapat kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) pada awal tahun 1980-an, sebanyak lebih 60,000 pemasangan implan koklea dilakukan diseluruh dunia. Sebahagian besar darinya terdiri daripada kanak-kanak yang pekak sejak dilahirkan, seawal usia 12 bulan dan paling tua berusia 93 tahun. Implan koklea juga berjaya dilakukan ke atas pesakit yang mempunyai masalah perubatan lain seperti cerebral palsi, diabetes, tekanan darah tinggi, tinitus, ketidakupayaan pembelajaran dan sebagainya.

Menurut Mazwin, implan koklea merupakan alternatif kepada alat bantuan pendengaran konvensional yang berfungsi meningkatkan tahap pendengaran dengan meransang saraf-saraf telinga dalam, secara elektrikal. Bayi, kanak-kanak serta orang dewasa yang mengalami masalah pendengaran teruk hinggalah ke sangat teruk di kedua-dua belah telinga, boleh mendapat manafaat darinya.

Calon paling ideal adalah kanak-kanak mahu pun orang dewasa yang baru mengalami hilang pendengaran, dalam jangka masa yang singkat. Bayi yang dilahirkan dengan masalah ini disaran melakukan implan koklea seawal mungkin, sebelum proses pembelajaran bahasa bermula pada usia dua atau

11

Page 12: Masalah Pendengaran Dan Telinga Anda

tiga tahun.Untuk mengetahui sama ada bayi yang baru dilahirkan mengalami masalah pendengaran atau tidak, ibu bapa atau penjaga boleh melakukan program imbasan pendengaran di hospital-hospital yang menawarkan perkhidmatan itu.

Pembedahan implan koklear mengambil masa di antara dua hungga tiga jam dalam keadaan bius sepenuhnya. Lazimnya pesakit akan ditahan diwad selama dua atau tiga hari sebelum dibenarkan pulang. Selepas tiga atau empat minggu dibedah, pesakit kini telah bersedia disambungkan ke komponen luaran untuk diaktifkan.Pemproses pertuturan akan diprogramkan dengan sejumlah program penghantaran bunyi individu yang dipanggil sebagai MAPs.

Bukan semua kanak-kanak yang mengalami kecacatan pendengaran boleh menerima implan koklea. Implan koklea hanya sesuai bagi masalah hilang pendengaran yang berpunca daripada masalah di dalam koklea seperti kerosakan sel-sel rerambut. Yang penting, saraf-saraf pendengaran tidak rosak bagi memastikan implan dapat berfungsi. Kelayakan hanya boleh ditentukan selepas penilaian menyeluruh oleh pasukan implandari pelbagai bidang. Pasukan implan yang dimaksudkan termasuklah pakar bedah telinga, hidung dan tekak, pakar terapi pertuturan dan bahasa serta pakar  audiologi.

Pelajar Kurang Upaya boleh mendapatkan khidmat nasihat serta terapi di Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas. Semua pusat khidmat diseluruh negara menyediakan:- 

Audiologi Terapi Pertuturan Fisioterapi Terapi cara kerja Kaunselor Educational Psikologi Orientasi Mobiliti (Buta) Parapetatik (LD & Pekak) Penyelaras Pendidikan Khas Pegawai Intervensi Awal 

Semua kemudahan yang disediakan oleh pihak Kementerian adalah untuk kemudahan dan kegunaan pelajar Pendidikan Khas. Kemudahan yang diberikan adalah untuk meningkatkan potensi diri pelajar Pendidikan Khas.

12

Page 13: Masalah Pendengaran Dan Telinga Anda

** Untuk maklumat lanjut, sila lawat http://ppdlms.edu.my/pk/?cat=120

DIREKTORI

Klinik Audiologi & Sains PertuturanUniversiti Kebangsaan MalaysiaJalan Temerloh, Kuala Lumpur.

Merupakan klinik pengajaran bagi mahasiswa UKM yang diselia oleh audiologis dan patologis pertuturan-bahasa yang bertauliah

Menyediakan kepakaran dalam menilai, mencegah serta mengendalikan masalah pendengaran dan komunikasi

Menyediakan kelengkapan peralatan klinik yang canggih Merupakan klinik pendengaran dan pertuturan terawal

ditubuhkan dan masih merupakan pusat rujukan utama dalam negara

PIAGAM PELANGGAN

Klinik Audiologi berjanji akan :

Memberikan layanan mesra, cekap dan beretika

13

Page 14: Masalah Pendengaran Dan Telinga Anda

Membuat pendaftaran pesakit dalam jangkamasa yang singkat.

Mengenakan caj perkhidmatan yang berpatutan Memaklumkan pesakit akan perubahan pada temujanji

selewat-lewatnya sehari sebelum temujanji Membuat rujukan kepada pakar berkaitan mengikut

keperluan kes individu Menghormati dan mengambilkira hak, pendirian, dan

keputusan pelanggan dalam proses pengendalian kes

TEMUJANJI

Boleh dibuat samada melalui:

Telefon Hadir sendiri

KADAR CAJ YANG DIKENAKAN

Kes BaruRM5 jika dirujuk dari hospital kerajaanRM30 jika dirujuk dari hospital swastaRM30 jika tiada surat rujukanRM60 jika warga asing

Kes UlanganRM5 untuk setiap konsultasi bagi warganegara Malaysia*

RM10 untuk setiap konsultasi bagi bukan warganegara Malaysia *Pelanggan yang memiliki kad kebajikan, kad pesara surat jaminan kerajaan atau surat pengesahan sekolah, dikecualikan daripada sebarang caj.

PENDAFTARAN  

Dokumen-dokumen yang diperlukan:

Kad pengenalan/sijil kelahiran/paspot Surat rujukan (untuk kes baru)

Kad temujanji (untuk kes ulangan) Surat jaminan majikan, surat sekolah atau kad pesara, kad

kebajikan (jika ada)

WAKTU OPERASI KAUNTER PENDAFTARAN Isnin -Khamis 

8:00 pagi – 1.00 t/hari 

14

Page 15: Masalah Pendengaran Dan Telinga Anda

2:00 ptg – 5.00 ptg

Jumaat 8:00 pagi – 12.15 pagi 

2.45 ptg - 5:00 ptg

Klinik Audiologi

Perkhidmatan yang diberikan termasuk:-

Mengenalpasti masalah pendengaran di kalangan bayi, kanak-kanak, dewasa dan warga tua

Mempreskripsi alat bantu dengar atau/dan alat tumpu dengar (e.g. sistem FM) sekiranya perlu

Menguji dan memantau keberkesanan penggunaan alat bantu dengar atau/dan alat tumpu dengar

Memberi khidmat kaunseling berkaitan masalah pendengaran dan penggunaan alat

Merujuk kes-kes kepada profesional lain seperti Patologis Pertuturan-Bahasa, Pakar ORL (Telinga, Hidung & Tekak), Psikologis, Pakar Perubatan Kanak-kanak dan lain-lain, sekiranya perlu

Menyediakan perkhidmatan pacakan koklea untuk calon-calon dan pengguna

Menyediakan kemudahan membuat acuan telinga dan juga penjualan alat bantu dengar

 Jangka masa sesi Klinik Audiologi dan Sains Pertuturan

 · 45-60 minit untuk satu sesi penilaian pesakit dewasa. · 1 jam untuk sesi penilaian bayi dan kanak-kanak.

Waktu Klinik Audiologi dan Sains Pertuturan

Isnin -Khamis 9.00 pagi – 12.00 t/hari 

2:30 ptg – 4.30 ptg

Jumaat 9.00 pagi – 12.00 t/hari 

15

Page 16: Masalah Pendengaran Dan Telinga Anda

3.00 ptg - 4:00 ptg

Carta Alir Perkhidmatan

Unit TUTUR Sebuah pusat re/habilitasi untuk kanak-kanak bermasalah pendengaran yang menggunakan alat bantu dengar atau pacakan koklea dengan menggunakan kaedah Auditoryi-Verbal. Ia terletak bersebelahan blok Klinik Audiologi & Sains Pertuturan.

** Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan brosur TUTUR dari kaunter, atau hubungi Pusat TUTUR : (03) 92895037 atau www.fskb.ukm.my/klinikaudiologi.html

16

Page 17: Masalah Pendengaran Dan Telinga Anda

Pertubuhan Pekak Senarai Organisasi Pekak di Malaysia

 Statistik

Negara KEB - - - -  Malaysia 3 - - - - 3             

Negeri   NEG BDR SEK KLB  Perlis   1 - - - 1Kedah   1 - - - 1Pulau Pinang   1 - 1 1 3Perak   1 - - - 1Selangor   1 - - - 2Kuala Lumpur   1 - - 1 4Negeri Sembilan   - - - - 0Melaka   1 - - - 1Johor   1 - - - 1Pahang   1 - - - 1Terengganu   2 - - - 2Kelantan   1 - - - 1Sabah   1 - - 1 2Sarawak   1 1 - - 2  3 14 1 1 3 22 

KEB Persatuan Peringkat Kebangsaan NEG Persatuan Peringkat Negeri BDR Persatuan Peringkat Bandar SEK Persatuan Bekas PelajarKLB Kelab

Persekutuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSFD)Malaysia Sports Federation of the Deaf Alamat :

17

Page 18: Masalah Pendengaran Dan Telinga Anda

15B, Kompleks Perniagaan Sri Selangor,Jalan San Peng,55200 Kuala Lumpur, Malaysia.

Persatuan Kebangsaan Pekak Malaysia (NSD)National Society for the Deaf Alamat :25 A Jalan Kampung Pandan,55100 KUALA LUMPUR

Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD)Malaysia Federation of the Deaf Alamat :6-13A, Menara KLH,Bandar Puchong Jaya,47100 Puchong, SELANGOR

Laman Web : - http://www.mfd.org.my/

Persatuan Orang Pekak Perlis (PERDA)Perlis Deaf Association Alamat :d/a Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri PerlisKompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan Negeri01000 Kangar, PERLIS

Persatuan Orang Pekak Kedah Darul Aman (KDA)Kedah Darul Aman Deaf Association Alamat :K-174A Tingkat 1, Taman Wira Mergong,Lebuhraya Sultanah Bahiyah,05350 Alor Star, KEDAH

Persatuan Orang Pekak Pulau Pinang (PDA)Penang Deaf Association Alamat :C0-18-GF Kompleks Masyarakat Penyayang,Jalan Utama, 10450 PULAU PINANG

Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Pendidikan Khas Persekutuan

18

Page 19: Masalah Pendengaran Dan Telinga Anda

(EXFSD)Alamat :C0-18-GF Kompleks Masyarakat Penyayang,Jalan Utama, 10450 PULAU PINANG

Kelab Pekak YMCA Pulau Pinang (PYDC)Penang YMCA Deaf Club Alamat :(Penang YMCA Deaf Club)211, Macalister Road,10450 PULAU PINANG

Persatuan Orang Pekak Perak (PSD)Perak Society of the Deaf Alamat :No 24 Hala Meru Damai 5, Halaman Meru Damai,Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, PERAK

Persatuan Orang Cacat Pendengaran Selangor (POCPS)Selangor Association of the Hearing Impaired Alamat :25A Tingkat Satu,Jalan Pasar Baru Off, Jalan Meru,41050 Klang, SELANGOR

Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur (KLSD)Kuala Lumpur Society of the Deaf Alamat :9B Kompleks Perniagaan Sri Selangor,Jalan San Peng,55200 KUALA LUMPUR

Kelab Pekak YMCA Kuala Lumpur (KLYDC)Kuala Lumpur YMCA Deaf Club

Alamat :95, Jalan Padang Belia, 0ff Jalan Tun Sambanthan,

Peringkat : KelabLaman Web : - http://www.ymcakl.com/pmy/PMY_deafwork.htm

19

Page 20: Masalah Pendengaran Dan Telinga Anda

50470 KUALA LUMPUR Alamat E-mel : -Nombor Telefon : -603-22741439Nombor Faks : - 603-22740559

Persatuan Orang Pekak Negeri Melaka (POPNM)Malacca State Association of the Deaf Alamat :No 5 Medan Selera Semabok,KM 4 Jalan Semabok,75050 MELAKA

Persatuan Orang Pekak Johor (SDJO)Society of the Deaf Johor Alamat :D/A Majlis Kebajikan Masyarakat Negeri Johor 2-C Jalan Yahya Awal,80100 Johor Bahru, JOHOR

Persatuan Pekak Pahang (PPP)Pahang Deaf Association Alamat :No 43 Lorong Air Putih 95,Taman Sri Air Putih, 25300 Kuantan, PAHANG

Persatuan Kebajikan Orang Cacat Pendengaran Terengganu (PKOCPT)Terengganu Hearing-Impaired Welfare Association Alamat :388 Kampung Tebauk,Jalan Bukit Tunggal,21200 Kuala Terengganu, TERENGGANU

Persatuan Kebajikan Pekak Terengganu (PKPT)Terengganu Deaf Welfare Association Alamat :d/a Sek Keb Gong Kapas,Jalan Sultan Muhamad,21000 Kuala Terengganu,

20

Page 21: Masalah Pendengaran Dan Telinga Anda

TERENGGANU

Persatuan Orang Pekak Kelantan (POPK)Kelantan Deaf Association Alamat :PT 31, 386-F Tingkat Satu,Bangunan Kedai Buluh Kubu, Jalan Pintu Pong,15300 Kota Bharu, KELANTAN

Persatuan Bagi Orang Pekak Sabah (SDA)Sabah Society for the Deaf Alamat :Jalan UKM Lama - Jalan Kolam,Bukit Padang, P.O. Box 13971,88846 Kota Kinabalu, SABAH

Peringkat : Persatuan Peringkat NegeriLaman Web : - http://www.sabah.org.my/kkssdeaf/

Kelab Pekak YMCA Kota Kinabalu (YKDC)YMCA Kota Kinabalu Deaf Club Alamat :1 Lorong Pokok Kayu Manis,Tingkat 3 Blok A, Damai Plaza, Jalan Damai Luyang,88300 Kota Kinabalu, SABAH.

Persatuan Bagi Orang Pekak Sarawak (SSD)Sarawak Society for the Deaf Alamat :Lot 1862 Lorong Laksamana 8,Off Jalan Laksamana Cheng Ho,93200 Kuching, SARAWAK

Persatuan Orang Pekak Miri (MADA)Miri Association of the Deaf

21

Page 22: Masalah Pendengaran Dan Telinga Anda

Alamat :Lot 914, Piasau Road, Lorong 6, Pujut - Lutong Road, 98000 Miri, SARAWAK

** Untuk maklumat lanjut, sila ke http://www.amir-hamidi.name.my/layar.php?mukasurat=budaya_pekak&info=pertubuhan_pekak&bahasa=my

RUJUKAN

www.audiolab.com.my/bahasa.htm

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/dewasa_content.jsp?lang=dewasa&storymaster=0&storyid=1155378686909&substoryid=1144242360562

http://ppdlms.edu.my/pk/?cat=120

http://www.amir-hamidi.name.my/layar.php?mukasurat=budaya_pekak&info=pertubuhan_pekak&bahasa=my

http://www.fskb.ukm.my/klinikaudiologi.html

22