masalah pembelajaran terencat akal

Download Masalah Pembelajaran Terencat Akal

If you can't read please download the document

Upload: lan6270

Post on 02-Jul-2015

870 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

KANAK-KANAK BEKEPERLUAN KHASKanak-kanak Terencat Akal

DEFINISI American Association on Mental Retardation (AAMR) : subsequently subaverage general intellectual functioning, existing concurrently with deficits in adaptive behavior and manifested during the developmental period, that adversely affects a child s educational performance

American Association on Mental Retardation Definition (AAMRD) : mental retardation is a disability characterized by significant limitation both in intellectual functioning and in adaptive behavior as expressed in conceptual, social, and practical adaptive skills. This disability originates before age eighteen

Terdapat tiga kriteria utama yang dapat disimpulkn. 1. Kefungsian Intelek di Bawah Purata : Ditunjukkan melalui kecerdasan intelek (IQ) melebihi daripada satu sisihan piawai, iaitu dalam lingkungan 85 bergantung kepada jenis ujian kecerdasan yang digunakan.

2. Lemah Tingkah Laku Suaian : Bermaksud keupayaan individu untuk mencapai kehendak-kehendak sosial dalam masyarakat bersesuaian dengan umur kronologinya. Kriteria kemahiran yang termasuk dalam tingkah laku suaian adalah seperti berikut : Bagi kanak-kanak kecil belajar merangkak, kemudian berjalan, dan belajar bercakap. Di peringkat sekolah rendah mengambil giliran, mengikut arahan, dan bergerak bebas dan selamat di kawasan sekolah.

Bagi murid sekolah menengah berupaya pergi ke pusat membeli belah, makan bersama rakan, dan membuat persediaan untuk bekerja.

Pelajar yang terencat akal minima mungkin mengalami kelewatan dalam beberapa bidang tingkah laku suaian.

3. Kelihatan Semasa Zaman Kanak-kanak Sehingga Usia 18 Tahun : Ketidakupayaan intelek hendaklah ditunjukkan atau dikesan semasa zaman kanak-kanak sehingga umur 18 tahun. Oleh itu, kurang upaya intelek yang berlaku akibat daripada kecederaan atau penyakit selepas perkembangan awal kanak-kanak tidak dianggap sebagai terencat akal.

SEJARAH RINGKAS PENDIDIKAN KANAK-KANAK TERENCAT AKAL Tokoh-tokoh awal pendidikan kanak-kanak terencat akal adalah Montessori, Itard, dan Seguin telah berjaya memberi tanggapan baharu bahawa individu terencat akal boleh mendapat faedah daripada latihanlatihan tertentu. Cubaan pertama dilakukan oleh Itard terhadap seorng budak yang ditemui di dalam hutan di Perancis. Budak tersebut dikenali sebagai Wild Boy of Eveyron dan diberi nama Viktor. Usaha Itard hanya menunjukkan kejayaan yang sedikit dan kanak-kanak itu masih tidak dapat bercakap. Usaha Itard disambung oleh rakannya Seguin yang tertarik dengan usahanya.beliau percaya bahawa terencat akal disebabkan oleh sensasi atau impresi terhadap apa yang dilihat, didengar, dirasa dan lainlain tidak sampai ke otak. Dia percaya sekiranya individu terencat akal diberi ransangan deria secara itensif, dan juga latihan fizikal yang itensif, maka setidak-tidaknya ada ransangan yang dapat sampai ke otak. Pada awal 20-an, Maria Montessoridari Itali yang tertarik dengan idea Seguin telah membuat kesimpulan bahawa kerencatan akal adalah lebih kepada masalah pendidikan bukannya masalah perubatan.

PENGKELASAN TERENCAT AKAL1. Perspektif Intelek : Sejak dahulu lagi individu terencat akal diklasifikasi berdasarkan punca-punca biologikal dan perubatan. Orientasi etiologi mengandakan bahawa kerencatan akal adalah akibat daripada penyakit atau kecacatan biologikal. Misalnya terencat akal dikatakan berpunca daripada jangkitan seperti rubella, penyakit kelamin, ketidaknormalan krosomon seperti Sindrom Down, kecelaruan metabolik seperti phenylketonuria (PKU), dan lain-lain.

2. Kekurangan Intelek Pengkelasan popular yang digunakan oleh ahli psikologi dan pendidik adalah berdasarkan keterukan kekurangan intelek yang ditentukan melalui ujian kecerdasan (IQ test).Stanford Binet (SP = 16) 52 68 36 52 20 36 Bawah 20 Weschler (SD = 15) 55 70 40 55 25 40 Bawah 25 Sisihan Piawai di Bawah Min 2 hingga 3 3 hingga 4 4 hingga 5 Melebihi 5

Aras Pengkelasan Ringan Sederhana Teruk (severe) Sangat Teruk (profound)

Bagaimanakah kecerdasan (intelligent Quotient/IQ) diukur ? kecerdasan diukur mealui formula yang diperkenalkan oleh Louis Terman, iaitu : IQ = Umur Mental x 100 Umur Kronologi Manakala umur mental/akal pula diukur dengan menggunakan formula berikut : UM = IQ x Umur kronologi 100

Perspektif Pendidikan : Pengkelasan terencat akal juga dibuat berdasarkan jangkaan pencapaian dalam pendidikan. Umumnya guru pendidikan khas mengkelaskan kanak-kanak terencat akal kepada dua kategori, iaitu terencat akal boleh dididik (IQ = 50 75) dan terencat akal boleh dilatih (IQ = 35 55).

Perspektif Tahap Sokongan : Pendekatan ini bertujuan untuk menjelaskan batasan kefungsian individu dalam bentuk jumlah sokongan yang mereka perlukan untuk mencapai perkembangan maksima di rumah, sekolah, tempat kerja, atau di tempat-tempat awam. Sokongan semula jadi diperolehi daripada ahli keluarga, rakan, guru, dan pembantu. Manakala sokongan formal pula adalah seperti program-program tajaan kerajaan seperti bayaran elaun orang kurang upaya, program penjagaan kesihatan, perkhidmatan pemulihan, dan sebagainya.

Sokongan yang diterima dibahagikan kepada empat tahap, iaitu :1. Berselang selang (intermittent) : tidak selalu perlukan sokongan atau hanya memerlukan sokongan jangka pendek sahaja seperti hilang pekerjaan dan krisis perubatan yang teruk. Terhad (limited) : mempunyai had masa tetapi tidak berselang-selang seperti latihan kerja, transisi dari sekolah ke alam dewasa. Luas (entensive) : sokongan diterima setiap hari bagi beberapa situasi seperti di tempat kerja atau di rumah. Meresap (pervasive) : sokongan kuat dan berterusan yang disediakan dalam semua persekitaran dan berpotensi di sepanjang kehidupan seperti situasi perubatan yang kronik.

2.

3.

4.

CIRI-CIRI INDIVIDU TERENCAT AKAL Marilyn Friend (2005) telah membahagikan ciriciri individu kepada kognitif, akademik, sosial, tingkah laku, emosi, fizikal dan kesihatan. 1. Ciri Kognitif

Ingatan : kanak-kanak terencat akal mempunyai masalah ingatan seperti kerap terlupa perkara yang sepatutnya dilakukan atau lupa perkara yang baru diajar. Generalisasi : kebolehan mempelajari sesuatu perkara dan menggunakannya pada situasi yang lain dikatakan sebagai generalisasi. Kanak-kanak terencat akal menghadapi masalah membuat generalisasi dalam akademik, tingkah laku, dan interaksi sosial.

Metakognisi : iaitu kebolehan berfikir tetang berfikir . Sekiranya menghadapi sesuatu masalah dalam rutin harian, mereka akang menghadapi kesukaran menyelesaikannya. Motivasi : mereka mengalami masalah motivasi yang rendah seperti tidak mahu meneruskan sesuatu tugasan dan mudah berputus asa. Bahasa : kebanyakkannya lewat dalam perkembangan bahasa. Misalnya mereka mengambil masa yang agak lama hanya untuk memahami konsep mudah seperti konsep atas, bawah, tepi, dan sebagainya.

2. Ciri Akademik : Dalam proses pembelajaran, murid terencat akal selalunya perlu bekerja lebih keras, membuat latihan yang banyak, dan memerlukan masa yang lama berbanding murid-murid normal yang lain. Selain itu, pencapaian akademik mereka adalah rendah.

3. Ciri Sosial :

Kebanyakkan murid terencat akal menghadapi kesukaran dalam hubungan sosial. Kebiasaannya mereka kurang diterima oeh rakan sebaya dan mungkin diketepikan langsung. Keadaan ini disebabkan murid tersebut berkelakuan tidak matang, tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sosial, dan mereka mempunyai masalah menguasai kiu-kiu sosial yang halus sehingga mereka kerap kali salah tafsir aksi-aksi murid.

4. Ciri Tingkah Laku Tambahan :

Terdapat sesetengah kanak-kanak terencat akal mempunyai tingkah laku yang khusus. Antaranya adalah seperti mahukan ganjaran tertentu, menarik rambut, menggigit, atau tabiat suka mencederakan diri. Mereka perlukan perhatian akibat daripada perasaan kesunyian, kemurungan, dan juga kemahiran sosial. Individu terencat akal mempunyai masalah kesihatan sampingan selain kecacatan yang dialami. Misalnya kanak-kanak Sindrom Down menunjukkan ciri-ciri kelainan pada muka, jari, dan badan serta penyakit-penyakit seperti jantung berlubang dan paruparu.

5. Ciri Emosi :

6. Ciri Fizikal dan Kesihatan :

PUNCA TERENCAT AKAL Faktor Prenatal :Melibatkan ketidaknormalan kromosom atau jangkitan atau penyakit yang dialami oleh ibu atau janin terutamanya pada awal kandungan iaitu tempoh tiga bulan pertama dalam kandungan. a) Down Syndrome : Down Syndrome merupakan kecelaruan genetik yang menjadi punca utama terjadinya terencat akal. b) Fragile X Syndrome : Juga dikenali sebagai Martin-Bell Syndrome yang merupakan bentuk terencat akal yang paling biasa yang disebabkan oleh faktor keturunan. Kedua-dua ibu dan bapa berkemungkinan adalah pembawa (carrier) tetapi hanya ibu yang akan menurunkan kecacatan ini kepada anaknya.

c)

d)

e)

f)

Prader-Willie Syndrome : Sindrom ini kurang terjadi berbanding Down Syndrome dan Fragile X Syndrome iaitu lebih kurang 1 daripada 14 000 bayi. Sindrom ini terjadi disebabkan oleh satu atau beberapda perubahan pada kromosom ke-15, misalnya ketiadaan kromosom bapa pada kanak-kanak menyebabkan ibu menyumbangkan kedua-dua kromosom ke-15 (sepatutnya satu adalah daripada bapa). Fetal Alkohol Syndrome (FAS) : FAS terjadi akibat pengambilan alkohol yang berlebihan oleh ibu ketika mengandung sehingga menyebabkan bayi yang dilahirkan mengalami ketagihan alkohol dan boleh menyebabkan terencat akal. Phenylketunoria (PKU) : PKU adalah kecelaruan metabolik yang merupakan faktor keturunan yang boleh menyebabkan terencat akal. Ianya terjadi dalam 1 bagi 15 000 bayi. PKU terjadi apabila tubuh tidak berupaya menghasilkan bahan kimia yang menukar bahan toksid kepada bahan yang tidak berbahaya. Toxoplasmosis : Toxoplasmosis merupakan jangkitan yang disebabkan oleh parasit. Ibu mengandung yang dijangkiti parasit akan menyebabkan kandungannya juga dijangkiti dan mengalami terencat akal.

Faktor Perinatal :Dalam keadaan tertentu masalah yang dihadapi ketika proses kelahiran dan sejurus selepas kelahiran boleh menyebabkan terjadinya terencat akal. Di antaranya adalah kelahiran tidak cukup bulan, proses kelahiran yang lama, kecederaan semasa kelahiran, kekurangan oksigen, terbelit tali pusat, atau kecederaan akibat prosedur kelahiran menggunakan forsep atau vakum.

Faktor Postnatal :Individu yang dilahirkan normal juga boleh mengalami terencat akal akibat kemalangan atau penyakit yang terjadi semasa zaman kanak-kanak. Diantaranya adalah : a) Encephalitis : Encephalitis merujuk kepada pembengkakan pada otak yang boleh terjadi akibat daripada sebarang jangkitan kuman. Dalam beberapa kes, encephalitis boleh menyebabkan terencat akal.

b)

c)

d)

Keracunan Plumbum : kanak-kanak yang terdedah kepada plumbum boleh mengalami terencat akal. Dianggarkan setengah juta kanak-kanak berumur di antara 1 hingga 5 tahun menunjukkan peningkatan plumbum dalam darah mereka. Keracunan plumbum dan juga Fetal Alcohol Syndrome merupakan punca terencat akal yang boleh dicegah sama sekali daripada berlaku. Kecederaan Otak : sebarang kemalangan yang boleh mencederakan otak boleh menyebabkan terencat akal pada kanak-kanak. Di antaranya seperti terjatuh daripada basikal, kemalangan jalan raya, penderaan, hampir lemas, dan kekurangan zat makanan yang teruk. Tuberous Sclerosis : merupakan penyakit otak yang diperoleh selepas kelahiran yang hanya kelihatan pada lewat zaman kanak-kanak. Penyakit ini melibatkan ketumbuhan atau tumor pada tisu-tisu sistem saraf tunjang.

BIBLIOGRAFI En. Abd. Rahim B. Talib, 2006, Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah Pembelajaran, Open University Malaysia(OUM). http://en.wikipedia.org/wiki/Victor_of_Aveyro n http://www.slideboom.com/presentations/93 891/TERENCAT-AKAL