masalah keluarga dan pengaruhnya terhadap … · antara faktor hubungan, faktor agama, faktor...
TRANSCRIPT
MASALAH KELUARGA DAN PENGARUHNYA TERHADAP PENCAPAIAN
AKADEMIK DI KALANGAN PELAJAR: KAJIAN TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN
UTM
TENGKU FATIN NABILAH BT TENGKU ABDUL RAHMAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL : MASALAH KELUARGA DAN PENGARUHNYA TERHADAP
PENCAPAIAN AKADEMIK DI KALANGAN PELAJAR: KAJIAN TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN, UTM
SESI PENGAJIAN : 2010/2011
Saya TENGKU FATIN NABILAH BT TENGKU ABDUL RAHMAN
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
(TANDATANGAN PENULIS
Alamat Tetap: NO 38 KAMPUNG KUALA DONG, USTAZ ABDULLAH BIN SULONG 27400 DONG, RAUB, Nama Penyelia PAHANG DARUL MAKMUR. Tarikh: 13 Mei 2011 Tarikh: 13 Mei 2011 CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
√
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) ”.
Tandatangan : ............................................................
Nama Penyelia : USTAZ ABDULLAH BIN SULONG
Tarikh : 13 MEI 2011
MASALAH KELUARGA DAN PENGARUHNYA TERHADAP PENCAPAIAN
AKADEMIK DI KALANGAN PELAJAR: KAJIAN TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN, UTM
TENGKU FATIN NABILAH BT TENGKU ABDUL RAHMAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
MEI, 2011
ii
“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. ”
Tandatangan : ...............................................................
Nama Penulis : TENGKU FATIN NABILAH BT TENGKU
ABDUL RAHMAN
Tarikh : 13 MEI 2011
iii
DEDIKASI
Ya Allah Ya Tuhanku...
Setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan padaMu atas setiap anugerahMu...
Hanya kepadaMu aku berserah dan memohon pertolongan, berkatilah kehidupanku...
Istimewa Buat Bonda Yang Dirindui,
Zaiti yang telah kembali menghadap Ilahi,
Moga rohnya dalam kalangan orang-orang yang beriman, Aminn…
Buat Ayahanda dan Ummi,
Terima kasih di atas segala pengorbanan, bimbingan dan perhatian ,
Tengku Abdul Rahman & Rabitah Bt Mokhtar
Kakanda dan Adinda,
Kakanda Tengku Ainul Farha & Tengku Nurul Aqilah,
Adinda Tengku Naqia Afifah Najwa, Tengku Adibah Izzati, & Tengku Sapura Mumtaz,
Teruskan perjuangan,. jadilah insan yang terbaik.
Penyelia Yang Disanjungi
Ustaz Abdullah Sulong, terima kasih di atas bimbingan dan tunjuk ajar.
Moga Allah membalas segalanya.
Para pensyarah Fakulti Pendidikan & Fakulti Tamadun Islam,
Terima kasih atas segala ilmu sepanjang pengajianku.
Sahabatku Sekalian
Terima kasih di atas segala-galanya, semoga kejayaan milik kita bersama.
Kenangan bersama tidak akan kulupakan.
iv
PENGHARGAAN
Puji dan syukur kita panjatkan kehadrat Allah yang telah melimpahkan nikmat
Iman, Islam, kesihatan dan kelapangan masa sehingga dapat kita melakukan tugas-tugas
yang telah dipertanggungjawabkan. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW,
para ahli keluarga dan sahabatnya yang telah menggunakan seluruh masa hidup mereka
untuk Islam.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat al-Fadhil Ustaz Abdullah Bin
Sulong, selaku penyelia PSM yang banyak membantu serta tidak jemu-jemu
memberi bimbingan, nasihat dan dorongan sepanjang tempoh ini bagi memastikan
PSM yang dijalankan dapat disempurnakan dengan baik. Sekalung penghargaan juga
buat semua pensyarah FTI, UTM dan FP, UTM, atas segala curahan ilmu dan
didikan yang diberikan selama ini.
Tidak dilupakan buat ahli keluarga tercinta dan rakan-rakan seperjuangan
yang banyak memberi dorongan, kata-kata semangat serta bantuan. Jasa kalian amat
dihargai. Didoakan agar ukhuwah yang dibina berkekalan selamanya. Semoga kita
sama-sama beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.
Akhir kata, kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau
tidak langsung, terima kasih diucapkan. Semoga segala kerjasama dan usaha yang
diberikan, diberkati Allah S.W.T. Semoga hasil kajian ini memberi manfaat kepada
semua pembaca. Amin, Wallahu a'lam.
v
ABSTRAK
Pencapaian akademik adalah perkara yang penting dalam proses pembelajaran.
Sistem pembelajaran di Malaysia telah mengambil kira tahap pencapaian akademik
bagi mengukur kecemerlangan pelajar. Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat
persepsi pelajar terhadap ciri-ciri keluarga bermasalah, mengenal pasti hubungan di
antara faktor hubungan, faktor agama, faktor kewangan, faktor penceraian, dan faktor
masa dengan pencapaian akademik, dan melihat sejauhmana hubungan pengaruh
masalah keluarga terhadap pencapaian akademik pelajar. Faktor-faktor yang dikaji
ialah faktor hubungan, faktor agama, faktor kewangan, faktor penceraian, dan faktor
masa. Satu set soal selidik yang mengandungi 47 item telah diedarkan kepada 60
orang pelajar tahun 4 yang telah mengambil bidang daripada pelbagai kursus di FP,
UTM Skudai iaitu bidang Sarjana Muda Sains serta Pendidikan. Kursus yang terlibat
adalah SPI, SPM, SPK, SPS, dan SPJ. Analisis deskriptif dibuat untuk mendapatkan
nilai kekerapan, peratusan dan min dengan menggunakan perisian Statistical
Package for Social Science (SPSS) version 15.0 for Windows. Dapatan kajian
menunjukkan persepsi mahasiswa tentang ciri-ciri keluarga bermasalah, faktor
hubungan dengan keluarga dan faktor agama berada pada min yang tinggi iaitu 4.51
dan 4.43, 4.25. Bagi faktor kewangan, menunjukkan tahap min berada dalam
kategori min yang sederhana iaitu 3.54 manakala faktor masa, dan faktor penceraian
berada pada tahap min yang rendah iaitu 1.99 dan 1.89. Ia juga dianalisis secara
statistik inferensi dengan menggunakan korelasi Pearson (r) dan regrasi (r2) untuk
melihat hubungan dan pengaruh yang wujud antara pencapaian akademik dengan
faktor-faktor yang dikaji. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan antara faktor yang dikaji dengan pencapaian akademik dan tidak terdapat
pengaruh antara pencapaian akademik dengan faktor hubungan dengan keluarga iaitu
r = 0.048, (r2) = 0.002, faktor agama r = -0.268, (r2) = 0.072, faktor kewangan r = -
0.061, (r2) = 0.004, faktor penceraian r = -0.298, (r2) = 0.089, dan faktor masa r = -
0.226, (r2) = 0.051. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk mempertingkatkan
lagi pencapaian akademik dalam kalangan pelajar pada akhir kajian.
vi
ABSTRACT
Academic achievement is an important matter in the learning process. Education
system in Malaysia has taken into account by academic achievement levels to assess
succeeds among student. Thus, the purpose of this study is to know perceptions’
student of criteria of family’s problems, the relationship between family relationship
factors, religion factors, financial factors, divorce factor, and time factors, and how
far the influence of family problems related to academic achievement. The factors
studied were related to family relationship factor, religion factor, financial factor,
divorce factor, and the time factor. A questionnaire containing 47 items were
distributed to 60 student’s final years who took the field from a variety of courses in
the Faculty of Education, UTM Skudai the field of Science and Bachelor of
Education. The courses involved are SPI, SPM, SPK, SPS, and SPJ. The pilot study
results showed that the Cronbach's Alpha 0.936. Materials used for this study was a
questionnaire. Descriptive analysis is made to find the frequency, percentage and
mean by using the Statistical Package for Social Science (SPSS) version 15.0 for
Windows. The findings showed that students' perception about the criteria of
family’s problems, factors related to the family relationship and religion factor are at
a high mean 4.51, 4.43 and 4.25. For the financial factors shown in a moderate level
of 3.54 mean while for time factors and the factors of divorce are at a low level of
mean 1.99 and 1.89. It will also be analyzed by statistical inference using the Pearson
correlation (r) and regression (r2) to examine the relationship and existing influence
between academic achievements factors studied. The findings of this research
showed that there were significant relations between these factors to academic
achievement and not existing influence between importance of academic
achievement and factors related to the family relationship r = 0.048, (r2) = 0.002,
religion factors r = -0.268, (r2) = 0.072, financial factors r = -0.061, (r2) = 0.004,
divorce factor r = -0.298, r2) = 0.089, and time factor r = -0.226, (r2) =
0.051. Several suggestions have been made to improve academic achievement
among students at the end of the study.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI AYAT QURAN xvi
SENARAI HADIS xvii
SENARAI SINGKATAN xviii
SENARAI SIMBOL xix
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Hipotesis Kajian 9
1.7 Kepentingan Kajian 10
1.8 Batasan Kajian 11
1.9 Definisi Istilah 12
1.9.1 Pengaruh 12
viii
1.9.2 Masalah 12
1.9.3 Keluarga 13
1.9.4 Pencapaian 13
1.9.5 Akademik 14
1.10 Kesimpulan 14
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 16
2.2 Pengertian Keluarga Bermasalah 17
2.3 Ciri-ciri Keluarga Bermasalah 20
2.3.1 Rumah Tangga Yang Tidak Berasaskan
Kasih Sayang 21
2.3.2 Tidak Menjalankan Peranan Dan
Tanggungjawab 23
2.3.3 Masalah Komunikasi Dan Waktu
Bersama Keluarga 24
2.4 Faktor-faktor Yang Mempunyai Hubungan
Dengan Masalah Keluarga 25
2.4.1 Faktor Hubungan 26
2.4.2 Faktor Agama 27
2.4.3 Faktor Kewangan 29
2.4.4 Faktor Penceraian 30
2.4.5 Faktor Masa 32
2.5 Kajian Lepas 33
2.6 Kesimpulan 36
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 38
ix
3.2 Reka Bentuk Kajian 38
3.3 Tempat Kajian 39
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 40
3.5 Instrumen Kajian 41
3.5.1 Data Primer 41
3.5.2 Data Sekunder 43
3.6 Kaedah Pengumpulan Data 44
3.7 Kajian Rintis 45
3.8 Kajian Sebenar 46
3.9 Analisis Data 46
3.10 Jangka Masa Kajian 48
3.11 Kesimpulan 49
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan 50
4.2 Bahagian A: Analisis Latar Belakang Responden 52
4.2.1 Latar Belakang Responden Mengikut Jantina 52
4.2.2 Latar Belakang Responden Mengikut Kursus 53
4.2.3 Latar Belakang Responden Mengikut
Pekerjaan Penjaga 54
4.2.4 Latar Belakang Responden Mengikut
Pendapatan Keluarga Sebulan 54
4.2.5 Pencapaian Akademik Pelajar Mengikut
Tahun Kemasukan 55
4.2.6 Pencapaian Akademik Pelajar Mengikut
Semester Pengajian 56
4.3 Bahagian B: Analisis Deskriptif 56
4.3.1 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min
Bagi Pencapaian Akademik Pelajar 57
x
4.3.2 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min
Bagi Persepsi Terhadap Ciri-ciri Keluarga
Bermasalah 57
4.3.3 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min
Bagi Faktor Hubungan Keluarga 63
4.3.4 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min
Bagi Faktor Agama 67
4.3.5 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min
Bagi Faktor Kewangan 71
4.3.6 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min
Bagi Faktor Penceraian 75
4.3.7 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min
Bagi Faktor Masa 79
4.4 Bahagian C: Analisis Inferensi 83
4.4.1 Analisis Kolerasi 83
4.4.2 Analisis Regrasi 87
4.5 Analisis Keseluruhan 89
4.6 Kesimpulan 92
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 93
5.2 Perbincangan 94
5.2.1 Latar Belakang Responden 94
5.2.2 Pencapaian Akademik Pelajar 96
5.2.3 Persepsi Terhadap Ciri-ciri Keluarga
Bermasalah 97
5.2.4 Faktor-faktor Keluarga Bermasalah 99
i. Faktor Hubungan Keluarga 99
xi
ii. Faktor Agama 100
iii. Faktor Kewangan 103
iv. Faktor Penceraian 104
v. Faktor Masa 105
5.2.5 Analisis Inferensi 106
5.3 Rumusan 109
5.3.1 Persepsi Terhadap Ciri-ciri Keluarga
Bermasalah Dan Faktor-faktor Seperti
Hubungan Keluarga, Agama, Kewangan,
Penceraian Dan Masa Terhadap Pencapaian
Akademik Pelajar 109
5.3.2 Hubungan Faktor-faktor Keluarga Bermasalah
Seperti Hubungan Keluarga, Agama, Kewangan,
Penceraian Dan Masa Terhadap Pencapaian
Akademik Pelajar 110
5.3.3 Pengaruh Faktor-faktor Keluarga Bermasalah
Seperti Hubungan Keluarga, Agama, Kewangan,
Penceraian Dan Masa Terhadap Pencapaian
Akademik Pelajar 111
5.4 Cadangan 111
5.4.1 Mempertingkatkan Kesefahaman Dalam
Keluarga Dan Menjalankan Tanggungjawab
Untuk Mengelakkan Berlakunya Penceraian 111
5.4.2 Mengukuhkan Nilai Agama 113
5.5 Cadangan Lanjutan Kajian 114
5.6 Kesimpulan 115
BIBLIOGRAFI 117
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Jumlah populasi dan sampel mengikut kursus 40
3.2 Spesifikasi item soal selidik 42
3.3 Pengkelasan Skala Likert 42
3.4 Maklumat setiap bahagian, jenis konstruk,
dan jumlah item dalam soal selidik 43
3.5 Penggunaan kaedah statistik mengikut pecahan
objektif kajian 46
3.6 Nilai skor min 47
3.7 Klasifikasi kekuatan korelasi 47
4.1 Taburan responden mengikut jantina 52
4.2 Taburan responden mengikut kursus 53
4.3 Taburan responden mengikut pekerjaan penjaga 54
4.4 Taburan responden mengikut pendapatan keluarga
sebulan 54
4.5 Taburan responden mengikut tahun kemasukan 55
4.6 Taburan responden mengikut semester pengajian 56
4.7 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi
pencapaian akademik 57
4.8 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 1 57
4.9 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 2 58
4.10 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 3 58
4.11 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 4 59
4.12 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 5 60
4.13 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 6 60
xiii
4.14 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 7 61
4.15 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 8 61
4.16 Taburan min keseluruhan bagi persepsi pelajar
terhadap ciri-ciri keluarga bermasalah 62
4.17 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 9 63
4.18 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 10 63
4.19 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 11 64
4.20 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 12 64
4.21 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 13 65
4.22 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 14 65
4.23 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 15 66
4.24 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 16 66
4.25 Taburan min keseluruhan bagi faktor hubungan
keluarga 67
4.26 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 17 67
4.27 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 18 68
4.28 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 19 69
4.29 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 20 69
4.30 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 21 70
4.31 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 22 70
4.32 Taburan min keseluruhan bagi faktor agama 71
4.33 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 23 71
4.34 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 24 72
4.35 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 25 72
4.36 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 26 73
4.37 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 27 73
4.38 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 28 74
4.39 Taburan min keseluruhan bagi faktor kewangan 75
4.40 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 29 75
4.41 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 30 76
xiv
4.42 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 31 76
4.43 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 32 77
4.44 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 33 77
4.45 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 34 78
4.46 Taburan min keseluruhan bagi faktor penceraian 78
4.47 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 35 79
4.48 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 36 80
4.49 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 37 80
4.50 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 38 81
4.51 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 39 81
4.52 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 40 82
4.53 Taburan min keseluruhan bagi faktor masa 83
4.54 Hubungan antara pencapaian akademik dengan
faktor hubungan keluarga 84
4.55 Hubungan antara pencapaian akademik dengan
faktor agama 85
4.56 Hubungan antara pencapaian akademik dengan
faktor kewangan 85
4.57 Hubungan antara pencapaian akademik dengan
faktor penceraian 86
4.58 Hubungan antara pencapaian akademik dengan
faktor masa 86
4.59 Pengaruh antara pencapaian akademik dengan
faktor hubungan keluarga 87
4.60 Pengaruh antara pencapaian akademik dengan
faktor agama 88
4.61 Pengaruh antara pencapaian akademik dengan
faktor kewangan 88
4.62 Pengaruh antara pencapaian akademik dengan
faktor penceraian 88
xv
4.63 Pengaruh antara pencapaian akademik dengan
faktor masa 89
4.64 Nilai min bagi keseluruhan konstruk item 90
4.65 Keputusan kolerasi 90
4.66 Keputusan regrasi 91
xvi
SENARAI AYAT AL-QURAN
SURAH MUKASURAT
Al-Mujadalah 4
Ar-Rum 17
An-Nisa’ 2
19
Al-Furqan 21
At-Tahrim 23
Luqman 28
Adz-Dzariyat 29
Al-Isra’ 101
xvii
SENARAI HADIS
HADIS RIWAYAT MUKASURAT
Muslim 3
Ibnu Hibban 22
Muslim 26
Abu Daud & Ibnu Majah 31
xviii
SENARAI SINGKATAN
a.s ‘Alaihissalam
Bil. Bilangan
CPA Cumulative Point Average
KS Kurang Setuju
No. Nombor
FP Fakulti Pendidikan
FTI Fakulti Tamadun Islam
RM Ringgit Malaysia
S Setuju
SAW Sallallahu ’Alaihi Wasallam
SPSS Statistical Package for Social Science
SPH Sarjana Muda Sains dan serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
SPI Sarjana Muda Sains dan serta Pendidikan (Pengajian Islam)
SPJ Sarjana Muda Teknologi dan Pendidikan (Kejuruteraan
Mekanikal)
SPK Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)
SPM Sarjana Muda Sains dan serta Pendidikan (Matematik)
SPS Sarjana Muda Sains dan serta Pendidikan (Sains Sukan)
SS Sangat Setuju
STS Sangat Tidak Setuju
SWT Subhanahu Wa Ta’ala
IPTA Institut Pengajian Tinggi Awan
IPTS Institut Pengajian Tinggi Swasta
IQ Intelligence Quotient
TS Tidak Setuju
TP Tidak Pasti
UTM Universiti Teknologi Malaysia
xix
SENARAI SIMBOL
% Peratus
Ha Hipotesis alternatif
Ho Hipotesis nol
n Jumlah Bilangan Sampel
r Pekali Korelasi
r2 Pekali Regrasi
x Pemboleh ubah bebas
y Pemboleh ubah bersandar
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Institusi kekeluargaan adalah amat penting dalam membentuk masyarakat.
Seperti yang kita ketahui, setiap manusia mempunyai keluarga dalam membentuk
generasi yang akan datang. Keluarga juga adalah elemen yang terpenting bagi
mencorakkan suasana dan gaya hidup individu. Ini berkait rapat dengan peranan ibu
bapa dalam melahirkan anak yang baik dan seterusnya bangsa yang berguna kepada
agama dan juga negara. Dari sudut Islam, kewujudan keluarga bermula daripada
penyatuan Nabi Adam a.s dengan Hawa. Dengan itu, hasil daripada hubungan Nabi
Adam a.s dan Hawa maka lahirlah zuriat manusia yang berkembang sehingga kini.
Sebagaimana firman Allah SWT.
2
$pκ š‰ r'≈ tƒ â¨$Ζ9 $# (#θà) ®?$# ãΝ ä3−/ u‘ “Ï% ©!$# / ä3s) n=s{ ⎯ ÏiΒ <§ø ¯Ρ ;ο y‰Ïn≡ uρ
t,n=yz uρ $pκ ÷] ÏΒ $yγ y_÷ρy— £] t/ uρ $uΚåκ ÷] ÏΒ Zω% y Í‘ # Z ÏWx. [™!$|¡ÎΣuρ 4 (#θà) ¨?$# uρ
©!$# “Ï% ©!$# tβθä9 u™!$|¡s? ⎯ Ïμ Î/ tΠ% tn ö‘ F{ $# uρ 4 ¨βÎ) ©!$# tβ% x. öΝ ä3ø‹n=tæ
$Y6Š Ï%u‘ ∩⊇∪
Maksudnya :“ Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.”
[An-Nisa’ 4 : 1]
Keluarga amatlah penting bagi setiap individu, kerana jika kita lihat tanpa
keluarga pastilah seseorang itu akan berasa sunyi dan hidup bersendirian. Tiada siapa
yang dapat mendengar segala rintihan dan masalah yang dihadapi, tiada siapa yang dapat
kita mencurahkan kasih sayang dan seterusnya tiadalah kebahagiaan. Peranan daripada
ibu dan bapa adalah sangat membantu dan banyak mempengaruhi perkembangan anak.
Anak adalah ibarat kain putih, maka ibu bapalah yang akan mencorakkannya. Ia
bergantung kepada keluarga tersebut sama ada membawa kepada corak dan gaya hidup,
yang membawa kepada kebaikan atau sebaliknya. Anak juga mestilah dididik dan diberi
ajaran yang sempurna baik dari segi agama, akhlak dan akademik bagi menjamin masa
depan mereka.
3
Selain agama, akademik atau ilmu dunia juga dituntut oleh kita setiap Muslim
untuk mempelajarinya. Ini kerana ilmu ini akan menjadi bekalan selepas meninggal
dunia kelak. Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW yang menyatakan tentang
pentingnya ilmu ini. Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda
mafhumnya:
“Apabila anak Adam (manusia) mati terputuslah amalnya, kecuali dari tiga perkara; sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang selalu mendoakannya."
[Riwayat Muslim]
[Kitab Shahih Riyadhus-Shalihin Jilid II, halaman: 320]
Berdasarkan hadis ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa tuntutan menuntut
ilmu itu amatlah penting dan menjadi kewajipan kepada kita seorang muslim. Manusia
yang diciptakan oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi seharusnya mempunyai ilmu
pengetahuan sebagai benteng dan panduan kepada diri. Jika kita lihat sekarang
khususnya kepada pelajar, akademik dan ilmu pengetahuan amatlah penting dan selalu
dititik beratkan. Dengan pencapaian yang baik dan cemerlang akan membuka peluang
yang besar kepada pelajar dalam memberi sumbangan dalam bidang yang diceburi.
Setiap perjalanan dalam mencari ilmu ada ganjarannya di sisi Allah SWT. Bertepatan
dengan mafhum hadis ini. Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.”
[Riwayat Muslim]
[Kitab Shahih Ibnu Hibban Jilid I, hadith nombor 84: halaman 310]
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Pencapaian akademik bagi seseorang pelajar adalah satu perkara yang amat
penting. Ini menunjukkan tahap pemahaman pelajar terhadap apa yang dipelajarinya.
Pencapaian yang menaik atau menurun akan memberi kesan dan impak kepada pelajar
sama ada isi pembelajaran dapat dikuasai atau tidak. Kebiasaannya ia menjadi ukuran
tahap IQ seseorang pelajar semakin tinggi pencapaian akademik, maka disimpulkan
bahawa pelajar tersebut sudah mempunyai tahap pemikiran yang tinggi dan cerdik.
Dengan pencapaian akademik ini, maka pelajar tersebut dapat meneruskan pengajian
dan masuk ke institusi-institusi yang ditawarkan.
Seperti mana yang kita sedia maklum, betapa pentingnya ilmu untuk kita
pelajari, tidak kira sama ada ilmu agama atau dunia asalkan ia adalah ilmu. Telah
dijelaskan di dalam Al-Quran firman Allah SWT:
( # sŒ Î) uρ Ÿ≅Š Ï% (#ρâ“ à±Σ$# (#ρâ“ à±Σ$$sù Æì sùötƒ ª!$# t⎦⎪Ï% ©!$# (#θãΖtΒ# u™ öΝ ä3ΖÏΒ
t⎦⎪Ï% ©!$# uρ (#θè?ρé& zΟ ù=Ïèø9 $# ;M≈ y_u‘ yŠ 4 ª!$# uρ $yϑÎ/ tβθè=yϑ÷ès? × Î7 yz ∩⊇⊇∪
Maksudnya: “Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang mempunyai ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) dengan beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan.”
[Al-Mujadalah, 58: 11]
5
Berdasarkan dalil di atas telah menunjukkan kepada kita bahawa Allah SWT
telah memberikan pengiktirafan dan kemudahan jalan ke syurga kepada orang yang
menuntut ilmu. Rentetan dari kelebihan menuntut ilmu ini, setiap orang boleh mencipta
kejayaan dan mendapatkan pencapaian akademik yang sebaiknya disusuli dengan
keikhlasan dalam menuntut ilmu. Kejayaan amat penting bagi pelajar dan ini menjadi
satu nilaian masa hadapan mereka. Apa yang akan mereka ceburi dalam bidang
pekerjaan berkait rapat dengan bidang atau kursus yang diambil semasa belajar. Jadi,
jika pencapaian akademik jatuh merudum ini akan menjejaskan reputasi pelajaran dan
memberi kesan ke dalam diri pelajar.
Kecemerlangan dalam akademik merupakan asas untuk mengukur kejayaan
seseorang pelajar. Kecemerlangan prestasi pelajar sering dikaitkan dengan keputusan
yang baik disertai dengan usaha mereka yang bersungguh-sungguh untuk terus
mengekalkan kecemerlangan dan kejayaan mereka. Namun dalam proses dan langkah
untuk mencapai kejayaan tersebut semestinya perlu melalui beberapa halangan dan
cabaran untuk mencapainya. Persekitaran yang membentuk keyakinan dan jati diri kita,
jika suasana persekitaran mengakibatkan seseorang tertekan ini secara tidak langsung
mengganggu sistem pembelajaran.
Setiap manusia yang diciptakan Allah SWT sudah pasti mempunyai bakat serta
kebolehan semula jadi yang istimewa pada diri masing-masing. Namun, ini bergantung
kepada diri sendiri bagaimana seseorang itu mampu mencipta dan menuju kepada
kejayaan tersebut. Perbezaan untuk berjaya itu dapat dikenal pasti apabila mereka
menggunakan tahap kecerdasan, motivasi, dan juga pengaruh persekitaran yang dialami
seperti masalah-masalah yang sering menggangu dan menghalangnya. Jelasnya di sini,
aspek kejayaan ini amat penting bagi setiap manusia sehinggakan dalam semua perkara
perlu kepada matlamat serta kejayaan yang ingin digapai.
6
1.3 Pernyataan Masalah
Keluarga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Dengan
berkeluarga ahli yang terlibat dalam satu institusi keluarga itu dapat bergantung kepada
satu sama lain. Bukan sahaja dapat bertukar-tukar pandangan serta idea malah bantu-
membantu dalam segala hal terutamanya apabila ahlinya berada dalam masalah. Setiap
aspek perlu ada dalam mewujudkan sesebuah institusi sesebuah keluarga seperti aspek
agama, kebajikan, sahsiah atau moral dan lain-lain.
Dalam institusi keluarga juga terdapat peranan-peranan yang tertentu yang
ditaklifkan kepada setiap ahli sesebuah keluarga. Umumnya, sesebuah institusi itu
mempunyai ketua, penolong ketua, dan juga ahli jawatankuasa, maka konsep inilah juga
yang ada dalam organisasi keluarga. Jelasnya di sini, setiap orang memainkan peranan
masing-masing supaya sebuah keluarga yang bahagia dan sejahtera akan terbentuk.
Namun jika sebaliknya, terdapat pelbagai masalah di dalam sesebuah keluarga
berkenaan secara automatiknya memberi kesan kepada mana-mana ahli di dalamnya.
Namun dalam dunia sains dan teknologi kini negara kita amat menitik beratkan
tentang bidang pendidikan terutamanya akademik pelajar. Banyak perubahan yang perlu
dilakukan oleh generasi baru dalam bersaing dengan arus globalisasi dunia. Maka,
seharusnya ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam menguruskan
akademik anak-anak. Akademik seharusnya ada kaitannya dalam mencapai aspek
kejayaan. Ini kerana dalam bidang pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia telah
menetapkan tahap pencapaian yang perlu dicapai oleh pelajar melalui gred. Namun
masih ramai pelajar yang tercicir dalam pelajaran mereka, banyak faktor yang
mengundang kepada perkara ini. Salah satunya faktor keluarga, status ekonomi yang
7
tidak stabil menyebabkan pelajar berhenti belajar dan mencari kerja bagi menampung
kewangan keluarga.
Aspek kejayaan adalah penting bagi setiap manusia secara umumnya dan
tentunya setiap ahli keluarga secara khususnya. Jika terdapat masalah yang melanda dan
mengganggu dalam keluarga berkenaan pastinya akan mencatatkan keputusan yang
kurang baik kepada pencapaian akademik. Kadang-kadang terdapat juga ibu bapa yang
menyalahkan guru dan sekolah kerana pencapaian akademik anak mereka mempunyai
masalah. Terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi kejayaan, seperti
persekitaran, rakan sebaya, budaya sekolah, keluarga serta ibu bapa. Salah satu faktor
adalah daripada ibu bapa mereka sendiri iaitu orang yang paling dekat dengan pelajar
dan juga mengetahui diri anak mereka.
Keluarga dan juga ibu bapa memainkan peranan yang penting bagi membina
kejayaan bagi anak-anak mereka. Ibu bapa juga telah dipertanggungjawabkan terhadap
pentadbiran sesebuah rumahtangga seperti dalam memberi kasih sayang juga perhatian,
sokongan serta motivasi kepada anak. Semua perkara ini perlu diambil perhatian kerana
akan memberi kesan kepada pencapaian akademik pelajar. Keluarga yang mempunyai
masalah boleh memberi tekanan kepada pelajar dan akhirnya pencapaian akademik
anak-anak akan terganggu. Keharmonian dalam keluarga mampu memberi satu ikatan
dan sokongan yang padu pada anak-anak bagi mengecapi kejayaan.
8
1.4 Objektif Kajian
Pengkaji menentukan tiga objektif dalam kajian yang dijalankan iaitu:
1.4.1 Melihat persepsi mahasiswa tentang ciri-ciri keluarga bermasalah.
1.4.2 Mengenal pasti hubungan di antara faktor hubungan keluarga, faktor agama,
faktor kewangan, faktor penceraian, dan faktor masa dengan pencapaian
akademik.
1.4.3 Melihat sejauhmana pengaruh masalah keluarga terhadap pencapaian akademik
pelajar.
1.5 Persoalan Kajian
Bagi memenuhi matlamat kajian, maka persoalan kajian yang telah diutarakan
ialah :
1.5.1 Apakah persepsi mahasiswa tentang ciri-ciri keluarga bermasalah?
9
1.5.2 Adakah terdapatnya hubungan di antara faktor hubungan keluarga, faktor agama,
faktor kewangan, faktor penceraian, dan faktor masa terhadap pencapaian
akademik?
1.5.3 Adakah masalah keluarga dapat mempengaruhi pencapaian akademik pelajar?