maria chin abdullah · sebagai seorang aktivis hak wanita, ... madani pada 2008 untuk berusaha ke...
TRANSCRIPT
Hidup Bermartabat Untuk Semua
MARIA CHIN ABDULLAH
MANIFESTO KEMPEN PRU KE-14Maria Chin menyokong MANIFESTO PAKATAN HARAPAN
“Seperti anda, saya juga bernasib baik kerana dibesarkan di negara Malaysia yang aman dan inklusif. Malangnya, zaman telah berubah. Setiap hari, kebanyakan dari kita terpaksa bergelut untuk mempertahankan martabat kita.”
Perlaksanaan GST menyebabkan harga barang naik denganmendadak. Keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak, juga jenayah lain,semakin meningkat. Biasiswa semakin sukar diperolehi, dan anak-anak kita tidakdiberikan peluang untuk menerima pendidikan yang berkualiti. Negara kita antara yang paling korup di Asia. Hutan dan tanah adat dirampas oleh pemaju yang korup.Undang-undang yang bersifat menindas menyekat kebebasan kitauntuk bersuara.
Mutu kehidupan kita semakin merosot. Apakah yang boleh kita lakukan? Perubahan ke arah yang lebih baik masih boleh dicapai.
HIDUP YANG BERMARTABAT BERMAKNA:
KITA MAMPU MEMBERI MAKAN MINUM
KEPADA KELUARGA
KITA RASA SELAMAT BERADA DI JALAN RAYA DAN DI TEMPAT AWAM
KITA DAPAT MEMBERI ANAK-ANAK KITA
PENDIDIKAN YANG BAIK UNTUK MASA DEPAN YANG LEBIH CERAH
KITA MENGHIRUP UDARA YANG BERSIH DAN ALAM SEKITAR DILINDUNG DAN
DIPELIHARA
KITA BEBAS MELUAHKAN PENDAPAT
TANPA RASA TAKUT
KITA MEMBERI LAYANAN YANG SAMARATA DAN
SALING HORMAT-MENGHORMATI
SESAMA SENDIRI
1
2
3
4
5
BAGAIMANAKAH MARIA AKAN MENCAPAI MATLAMAT BELIAU?
KERAJAAN YANG BERSIH DAN ADIL
GAJI KEHIDUPAN WAJAR (LIVING WAGE) UNTUK TAHAP KEHIDUPAN YANG SELESA
KESAKSAMAAN DAN KEADILAN UNTUK WANITA
MEMBERDAYAKAN ANAK MUDA
KEADILAN DARI SEGI PEMBANGUNAN & ALAM SEKITAR
Sebuah kerajaan yang bersih dan adil adalah asas negara yang maju dan sejahtera. Pemimpin kita harus dipilih secara bebas, adil dan mengikut undang-undang, pada setiap peringkat kerajaan, di peringkat Persekutuan mahupun tempatan.
Setiap pekerja harus diberikan gaji sara hidup yang adil dan memuaskan yang membenarkan mereka menampung keperluan asas untuk hidup dengan sihat dan bermartabat.
Perlembagaan Persekutuan menjamin kesaksamaan untuk wanita tetapi kita masih ketinggalan dari segi tindakan yang konkrit ke arah perubahan. Wanita masih menghadapi diskriminasi dan peratusan pemimpin wanita di Malaysia masih sangat rendah dalam semua bidang.
Anak muda adalah aset yang sangat penting. Kita bertanggungjawab untuk memupuk potensi mereka melalui pendidikan yang berkualiti dan mudah diakses, serta membina kemahiran kepimpinan mereka untuk masa depan yang cerah di tempat kerja dan seumur hidup.
Bumi ini sangat berharga dan kritikal untuk kehidupan manusia. Kita perlu melindunginya dan memastikan dasar-dasa pembangunan yang bertanggungjawab.
Saya akan berusaha untuk membawa perubahan di sisi undang-undang dengan menubuhkan:• Suruhanjaya Siasatan Diraja
untuk mengkaji sistem dan proses pilihanraya
• Suruhanjaya Siasatan Diraja ke atas Pilihanraya Kerajaan Tempatan
Saya akan berusaha ke arah:• Gaji kehidupan wajar bagi
membolehkan tahap kehidupan yang selesa, termasuk keseimbangan kerja-hidup
• Membina jaringan keselamatan sosial
Saya akan berjuang untuk: • Undang-undang kesaksamaan
gender untuk menghormati dan melindungi hak kesemua wanita di Malaysia
• Melatih lebih ramai wanita supaya bersedia untuk memimpin dan menjadi ahli politik
Saya akan bersuara untuk: • Pendidikan yang berkualiti
untuk semua• Pusat-pusat pembelajaran
untuk anak-anak muda yang terpinggir dan kurang bernasib baik
Saya akan bersuara untuk: • Kemajuan yang melibatkan
semua dan inklusif, yang menitikberatkan pengurangan kesan buruk dan melindungi keselamatan serta hak punca pencarian hidup
• Proses penggunaan dan pengeluaran yang mampan
• Pengurusan sumber alam sekitar yang bertanggungjawab
MATLAMAT SAYA KEPERCAYAAN SAYA BAGAIMANA SAYA AKAN MELAKUKANNYA
Maria berasal dari Kampar, Perak dan telah dididik di Sekolah Menengah Assunta di Petaling Jaya, Selangor. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Sains (BSc) dalam bidang Applied Economics daripada University of East London dan Ijazah Sarjana (Masters) dalam bidang Urban Planning daripada University of London.
Sebagai seorang aktivis hak wanita, beliau telah bekerja dalam bidang ini selama lebih dari 30 tahun. Beliau memainkan peranan utama dalam usaha melobi Akta Keganasan Rumahtangga 1994, dan undang-undang lain yang berkaitan dengan keganasan terhadap wanita. Beliau juga terlibat dengan Joint Action Group for Gender Equality (JAG) dalam usaha membela kesaksamaan gender.
Sebagai mantan Pengarah Eksekutif Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), beliau pernah bekerja dengan komuniti-komuniti terpinggir seperti wanita berpendapatan rendah dan golongan Orang Asli.
Sebagai mantan Pengerusi Coalition for Good Governance, Maria pernah bekerjasama dengan penduduk Petaling Jaya serta organisasi masyarakat madani pada 2008 untuk berusaha ke arah pentadbiran yang demokratik serta pilihanraya kerajaan tempatan.
Maria adalah seorang pejuang yang mantap bagi pembaharuan sistem dan institusi pilihanraya. Sebagai Pengerusi Bersih 2.0, beliau telah memimpin pergerakan himpunan Bersih 4 dan Bersih 5 untuk pilihanraya yang bebas dan adil. Sebaik sebelum perhimpunan Bersih 5, Maria telah ditahan tanpa bicara secara perseorangan (solitary confinement) di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) selama 11 hari.
Maria adalah ibu kepada tiga orang anak, juga seorang yang bertungkus lumus dalam perjuangan menjadikan Malaysia sebuah negara yang inklusif. Beliau menegakkan prinsip-prinsip pilihanraya yang bersih dan adil, hak wanita, penyertaan anak muda, dan keadilan dari segi pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar.
“Kemasukan saya ke arena politik bertujuan untuk mencetuskan perubahan. Sebagai seorang calon yang berakarkan aktivisme sosial, matlamat saya adalah untuk mengukuhkan agenda reformasi demokratik – iaitu nadi penggerak segala usaha masyarakat madani – melalui kerjasama dengan Pakatan Harapan dalam aspek-aspek perubahan yang utama.” Maria Chin Abdullah, Mac 2018
LATAR BELAKANG MARIAD
iceta
k d
an
dite
rbit o
leh
Maria
Ch
in A
bd
ulla
h, A
-1-09
, Merc
han
t Sq
uare
, Jala
n T
rop
ican
a S
ela
tan
1, 47
410
Peta
ling
Jaya, S
ela
ng
or.
HIDUP BERMARTABATUNTUK SEMUA
Facebook: TheRealMariaChin | Twitter: @MariaChin | IG: TheRealMariaChin