manual pengguna versi 2 · 2019-03-21 · manual pengguna pembayaran zakat melalui ezakat payment...
TRANSCRIPT
MANUAL PENGGUNA
PEMBAYARAN ZAKAT MELALUI eZAKAT PAYMENT FPX
VERSI 2.0
DISEDIAKAN OLEH:
MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK
TINGKAT 1, KOMPLEKS ISLAM DARUL RIDZUAN
JALAN PANGLIMA BUKIT GANTANG WAHAB
30000 IPOH
PERAK DARUL RIDZUAN
1.1 PENGENALAN
Sistem eZAKAT PAYMENT (versi 2.0) ini dibangunkan adalah untuk memudahkan pembayaran
zakat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Perak (MAIAMP) melalui pentas internet
oleh individu Muslim yang memiliki akaun di rangkaian bank tempatan khususnya rakyat negeri
Perak, yang bekerja di Negeri Perak atau luar negeri Perak atau rakyat Islam di Malaysia amnya
sama ada berada di dalam atau luar negara.
1.2 LANGKAH –LANGKAH PENGGUNAAN SISTEM eZAKAT PAYMENT FPX
Sila masukkan alamat url https://ezakat.maiamp.gov.my/ diruangan alamat pada web
browser. Skrin halaman utama sistem eZAKAT PAYMENT akan dipaparkan. Sila rujuk rajah 1.2
di bawah .
Rajah 1.2
1.2.1 Pembayaran zakat untuk pertama kali
Langkah 1 Sila masukkan maklumat yang dikehendaki di bahagian peribadi .
Maklumat yang perlu adalah seperti berikut :-
• Nama
• Jenis dokumen
• Warganegara
• Nokp
• Alamat surat menyurat
• Email – untuk mendapatkan maklumat butiran transaksi pembayaran
zakat
• No tel – untuk memudahkan pihak majlis agama berurusan dengan
pengguna pada masa hadapan.
Rajah 1.2.1 (1)
Langkah 2 Silih pilih cara bayaran pada bahagian butir pembayaran. Cara bayaran
yang disediakan adalah Debit Kad –Internet Banking (VIA FPX). Sila rujuk
rajah 1.2.1(2).
Rajah 1.2.1 (2)
Langkah 3 Sila masukkan maklumat jenis zakat, bulan/tahun dan amaun. Sila tekan
butang Bayar Sekarang. Sila rujuk Rajah 1.2.1 (3).
Rajah 1.2.1 (3)
NOTA : -
1. Bagi setiap transaksi anda dibenarkan membuat bayaran terhad kepada 4 jenis
pembayaran ZAKAT dan jumlah pembayaran tidak melebihi RM30ribu dan tidak kurang
RM7 .
2. Jika anda membuat pembayaran lebih RM30ribu, anda perlu membuat lebih dari satu
transaksi berikutnya.
Langkah 4 Paparan pengesahan bayaran dan niat zakat akan dipaparkan. Sila tekan
butang Teruskan Bayaran jika setuju dan butang Batal Bayaran jika tidak
setuju. Sila rujuk rajah 1.2.1 (4).
Rajah 1.2.1 (4)
Langkah 5 Paparan Payment Detail akan dipaparkan. Sila rujuk rajah 1.2.1 (5).
Rajah 1.2.1 (5)
Langkah 6 Sila pilih bank yang ingin digunakan dan masukkan maklumat email untuk
tujuan mendapatkan maklumat transaksi pembayaran yang telah dibuat.
Sila tekan butang Agree and Continue jika ingin meneruskan pembayaran
.Sila rujuk rajah 1.2.1 (6).
Rajah 1.2.1 (6)
Langkah 7 Skrin untuk log masuk ke sistem internet banking untuk bank akan
dipaparkan. Antara contoh paparan skrin utama untuk internet banking
adalah seperti di bawah :-
Skrin Bank Maybank Skrin Bank Affin Bank
Skrin Bank Islam Skrin CIMB Bank
Skrin Bank Ambank Skrin Bank Rakyat
NOTA : Setiap bank proses untuk pembayaran internet banking adalah berbeza.
Langkah 8 Sila membuat bayaran mengikut proses bank yang dipilih sehingga
selesai.
Langkah 9 Paparan skrin maklumat terperinci transaksi bayaran zakat akan
dipaparkan. Sila tekan Click Here to Complete Your Transaction untuk
proses pembayaran selesai. Sila rujuk rajah 1.2.1 (7).
Rajah 1.2.1 (7)
Langkah 10 Maklumat Butir Transaksi pembayaran zakat akan dipaparkan. Maklumat
transaksi ini boleh juga dicetak. Sila rujuk rajah 1.2.1 (8).
Rajah 1.2.1 (8)
1.2.2 Pembayaran Zakat Untuk Kali Kedua
Langkah 1 Sila masukkan no kad pengenalan dan tekan butang Papar Rekod untuk
carian maklumat pengguna sistem. Sila rujuk rajah 1.2.2 (1).
Rajah 1.2.2 (1)
Langkah 2 Maklumat peribadi pengguna sistem akan dipaparkan dan pengguna
boleh mengemaskini maklumat jika terdapat perubahan. Sila rujuk rajah
1.2.2 (2).
Rajah 1.2.2 (2)
NOTA : Proses untuk pembayaran zakat untuk pengguna kali kedua adalah sama seperti
langkah-langkah yang telah di nyatakan untuk pengguna kali pertama.