manual pengguna sistem eharvest 2 · 1. bahagian i : log masuk ... 3. bahagian iii : profil kebun...
TRANSCRIPT
Manual Pengguna Sistem eHarvest 2.0
Halaman 2
KANDUNGAN
1. Bahagian I : Log Masuk ..................................................................................................... 3
2. Bahagian II : Maklumat Pengusaha ........................................................................... 4
3. Bahagian III : Profil Kebun ............................................................................................ 5
4. Bahagian IV : Inventori Tanaman .............................................................................. 7
5. Bahagian V : Aktiviti Pengeluaran ............................................................................. 10
Manual Pengguna Sistem eHarvest 2.0
Halaman 3
BAHAGIAN I : LOG MASUK
1. Bagi mengakses sistem eHarvest, buka sebarang web browser dan taip URL berikut:
http://www.portal.doa.gov.my/eharvest
2. Pengguna boleh terus log masuk ke dalam sistem eHarvest dengan memasukkan No.
MyKad (bagi individu) atau No. ROC (bagi syarikat) di ruang yang disediakan dan
klik butang Hantar.
1
2
Manual Pengguna Sistem eHarvest 2.0
Halaman 4
BAHAGIAN II : MAKLUMAT PENGUSAHA
1. Setelah log masuk untuk pertama kali, bahagian Maklumat Pengusaha akan
dipaparkan. Sila lengkapkan maklumat pengusaha berkenaan. Semua maklumat
wajib diisi.
2. Setelah melengkapkan maklumat pengusaha, klik butang Seterusnya untuk simpan
maklumat tersebut dan ke proses seterusnya.
3. Maklumat Pengusaha boleh sentiasa dikemaskini selepas disimpan kecuali No.
MyKad / No. ROC.
1
2
Manual Pengguna Sistem eHarvest 2.0
Halaman 5
BAHAGIAN III : PROFIL KEBUN
1. Setelah menyimpan Maklumat Pengusaha, bahagian Profil Kebun akan dipaparkan.
Maklumat Pengusaha yang telah direkodkan sebelum ini turut dipaparkan. Sila
lengkapkan profil kebun pengusaha berkenaan. Maklumat yang bertanda (*) adalah
wajib diisi.
1
Manual Pengguna Sistem eHarvest 2.0
Halaman 6
2. Setelah melengkapkan profil kebun, klik butang Seterusnya untuk simpan maklumat
tersebut dan ke proses seterusnya.
2
Manual Pengguna Sistem eHarvest 2.0
Halaman 7
BAHAGIAN IV : INVENTORI TANAMAN
1. Setelah menyimpan Profil Kebun, bahagian Inventori Tanaman akan dipaparkan.
Maklumat Pengusaha dan Profil Kebun yang telah direkodkan sebelum ini turut
dipaparkan. Sila tambah tanaman di kebun yang berkenaan. Maklumat yang bertanda
(*) adalah wajib diisi.
2. Setelah melengkapkan inventori tanaman, klik butang Simpan untuk simpan
maklumat tanaman.
1
2
Manual Pengguna Sistem eHarvest 2.0
Halaman 8
3. Setelah inventori tanaman berjaya disimpan, pengguna boleh muat turun PDF
sebagai rekod.
3
Manual Pengguna Sistem eHarvest 2.0
Halaman 9
4. Sekiranya pengguna ingin terus merekodkan aktiviti pengeluaran bagi tanaman
tersebut, sila klik pautan Isi/Tambah Pengeluaran. Proses untuk menambah
pengeluaran diterangkan di bahagian seterusnya iaitu BAHAGIAN V: AKTIVITI
PENGELUARAN (Langkah 4-6).
4
Manual Pengguna Sistem eHarvest 2.0
Halaman 10
BAHAGIAN V : AKTIVITI PENGELUARAN
1. Setiap kali ingin merekodkan aktiviti pengeluaran bagi sesuatu tanaman yang telah
berhasil, pengguna perlu log masuk sistem seperti biasa.
2. Profil Kebun yang telah direkodkan sebelum ini akan dipaparkan. Klik pautan
Inventori Tanaman untuk melihat senarai tanaman di kebun berkenaan.
2
1
Manual Pengguna Sistem eHarvest 2.0
Halaman 11
3. Senarai tanaman yang telah direkodkan sebelum ini akan dipaparkan. Klik pautan
Aktiviti Pengeluaran untuk merekodkan pengeluaran bagi tanaman berkenaan.
3
Manual Pengguna Sistem eHarvest 2.0
Halaman 12
4. Sila tambah pengeluaran bagi tanaman tersebut. Maklumat yang bertanda (*) adalah
wajib diisi.
4
Manual Pengguna Sistem eHarvest 2.0
Halaman 13
5. Setelah melengkapkan aktiviti pengeluaran, klik butang Simpan untuk simpan
maklumat tersebut.
6. Setelah aktiviti pengeluaran berjaya disimpan, pengguna boleh muat turun PDF
sebagai rekod. Klik pautan Senarai Pengeluaran untuk melihat aktiviti pengeluaran
yang telah direkodkan.
5
6
Manual Pengguna Sistem eHarvest 2.0
Halaman 14
7. Untuk tambah kebun yang lain, sila klik pautan 3. Profil Kebun. Untuk tambah
tanaman yang lain, sila klik pautan 4. Inventori Tanaman.
Sekian, terima kasih.
Sebarang pertanyaan/maklumbalas tentang sistem eHarvest boleh emel kepada
7