manual pengguna bagi pengguna tidak berdaftar

27
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA MANUAL PENGGUNA BAGI PENGGUNA TIDAK BERDAFTAR SISTEM e-CP39

Upload: others

Post on 26-Nov-2021

43 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MANUAL PENGGUNA BAGI PENGGUNA TIDAK BERDAFTAR

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA BAGI PENGGUNA TIDAK BERDAFTAR SISTEM e-CP39

Page 2: MANUAL PENGGUNA BAGI PENGGUNA TIDAK BERDAFTAR

Sistem e-CP39 (Manual Pengguna) Page | 2

Kandungan

1 Umum ................................................................................................................................................................ 3

1.1 Cara Masuk ke Sistem e-CP39 .............................................................................................................. 3

2 Borang CP39 ..................................................................................................................................................... 4

2.1 Pengisian Borang ................................................................................................................................... 5

2.2 Paparan dan Pengesahan Borang ....................................................................................................... 11

3 Bayaran ........................................................................................................................................................... 16

3.1 Meneruskan Pembayaran..................................................................................................................... 17

3.2 Membuat Bayaran Kemudian ............................................................................................................... 21

3.3 Semak Status Pembayaran .................................................................................................................. 22

4 Bantuan ........................................................................................................................................................... 25

4.1 Manual Pengguna................................................................................................................................. 25

4.2 Soalan Lazim ........................................................................................................................................ 26

4.3 Notis Perubahan ................................................................................................................................... 27

Page 3: MANUAL PENGGUNA BAGI PENGGUNA TIDAK BERDAFTAR

Sistem e-CP39 (Manual Pengguna) Page | 3

1 Umum

1.1 Cara Masuk ke Sistem e-CP39

1. Pergi ke butang ‘Start’ yang terletak di taskbar desktop.

2. Klik pada butang ‘Start’.

3. Pilih ‘All Programs’.

4. Klik pada ‘Google Chrome’. Paparan terbaik adalah menggunakan Google Chrome versi 72.0 ke

atas.

Nota: Jenis pelayar mungkin berbeza untuk setiap PC.

5. Sebaik sahaja Google Chrome dilancarkan, taipkan ‘https://ecp39.hasil.gov.my/’ di kotak alamat

URL.

6. Klik butang ‘Pengisian Borang CP39’.

Page 4: MANUAL PENGGUNA BAGI PENGGUNA TIDAK BERDAFTAR

Sistem e-CP39 (Manual Pengguna) Page | 4

2 Borang CP39

1. Klik butang ‘Penghantaran Bagi Sekali Sahaja’.

2. Klik simbol ‘ ’ untuk melihat keseluruhan borang CP39 dan klik simbol ‘ ’ untuk kembali ke saiz

borang yang asal.

Page 5: MANUAL PENGGUNA BAGI PENGGUNA TIDAK BERDAFTAR

Sistem e-CP39 (Manual Pengguna) Page | 5

2.1 Pengisian Borang

1. Klik pada menu Borang di navigasi kiri dan pilih ‘Borang CP39’.

2. Pilih Bulan Potongan dan Tahun, klik pada butang ‘Seterusnya’.

Page 6: MANUAL PENGGUNA BAGI PENGGUNA TIDAK BERDAFTAR

Sistem e-CP39 (Manual Pengguna) Page | 6

3. Tarikh Akhir Bayaran akan dipaparkan di bahagian atas borang bersebelahan Bulan dan Tahun

Potongan. Masukkan maklumat Butir-Butir Majikan, Pegawai Yang Menyediakan Maklumat dan

lengkapkan borang di bawah.

Page 7: MANUAL PENGGUNA BAGI PENGGUNA TIDAK BERDAFTAR

Sistem e-CP39 (Manual Pengguna) Page | 7

4. Pengguna boleh menambah pekerja baru di dalam borang dengan klik pada butang ‘Tambah

Pekerja Baru’ dan masukkan maklumat pekerja serta jumlah potongan cukai.

5. Bagi menghapus pekerja pada borang, klik pada checkbox bagi pekerja-pekerja yang berkenaan

dan klik pada butang ‘Hapus Pekerja’.

Page 8: MANUAL PENGGUNA BAGI PENGGUNA TIDAK BERDAFTAR

Sistem e-CP39 (Manual Pengguna) Page | 8

6. Untuk menghitung jumlah PCB (RM), klik pada butang ‘e-Jadual PCB’. Tetingkap e-Jadual PCB

akan dipaparkan. Masukkan maklumat berkaitan. Klik pada butang ‘Kira’ dan jumlah PCB (RM) akan

dipaparkan. Pengguna perlu memasukkan sendiri anggaran jumlah PCB (RM) ke dalam medan

PCB (RM) yang terdapat di dalam borang.

7. Untuk menghitung jumlah PCB (RM) menggunakan Kalkulator PCB, klik pada butang ‘Kalkulator

PCB’. Laman sesawang Kalkulator PCB akan dipaparkan.

Page 9: MANUAL PENGGUNA BAGI PENGGUNA TIDAK BERDAFTAR

Sistem e-CP39 (Manual Pengguna) Page | 9

8. Bagi pekerja asing, pengguna boleh klik ikon ‘ ’ untuk melihat kod negara untuk dipilih di dalam

borang.

9. Pengguna boleh memuat naik maklumat pekerja sedia ada dengan klik pada butang ‘Muat Naik

Maklumat Pekerja’ dan pilih fail .txt yang diterima melalui emel ketika penghantaran borang CP39

yang lepas.

Page 10: MANUAL PENGGUNA BAGI PENGGUNA TIDAK BERDAFTAR

Sistem e-CP39 (Manual Pengguna) Page | 10

10. Bagi memudahkan pemilihan tarikh lahir, klik tahun dua kali di bahagian atas ‘date picker’ untuk

membuat pemilihan tahun dahulu diikuti dengan pemilihan bulan dan hari.

1

2

Page 11: MANUAL PENGGUNA BAGI PENGGUNA TIDAK BERDAFTAR

Sistem e-CP39 (Manual Pengguna) Page | 11

11. Klik butang ‘Seterusnya’ untuk menghantar borang atau butang ‘Kembali’ untuk mengemaskini

tahun dan bulan potongan.

2.2 Paparan dan Pengesahan Borang

Halaman ini akan dipaparkan untuk membolehkan pengguna mengesahkan semua maklumat yang telah

dimasukkan ke dalam Borang CP39 sebelum meneruskan penyerahan borang.

Page 12: MANUAL PENGGUNA BAGI PENGGUNA TIDAK BERDAFTAR

Sistem e-CP39 (Manual Pengguna) Page | 12

1. Untuk meneruskan penyerahan, klik pada butang 'Hantar'. Untuk mengemas kini borang klik pada

butang 'Kembali'.

Page 13: MANUAL PENGGUNA BAGI PENGGUNA TIDAK BERDAFTAR

Sistem e-CP39 (Manual Pengguna) Page | 13

2. Klik pada butang ‘Ya’ untuk meneruskan proses pengesahan data atau butang ‘Batal’ untuk

membuat pengesahan semula.

3. Selepas klik butang ‘Ya’, Slip Pengesahan Data e-CP39 bagi bulan potongan dan tahun yang

berkaitan akan dipaparkan. QR Code boleh diimbas untuk mendapatkan No. Akaun CP39. Klik

‘Cetak Borang’ untuk mencetak borang yang telah dihantar. Klik ‘Cetak Slip Pengesahan Data’ untuk

menjana Slip Pengesahan Data e-CP39.

Page 14: MANUAL PENGGUNA BAGI PENGGUNA TIDAK BERDAFTAR

Sistem e-CP39 (Manual Pengguna) Page | 14

4. Klik pada butang ‘Sila klik untuk meneruskan bayaran→’ untuk meneruskan pembayaran atau

‘Tukar Pengesahan’ untuk pengesahan semula atau mengemaskini borang yang telah dihantar.

Pengguna perlu mengulang langkah-langkah pengisian borang dan pengesahan data seperti di

atas. Klik pada butang ‘Selesai’, bagi pengguna yang hanya ingin membuat pengisian dan

penghantaran borang CP39 dan membuat pembayaran kemudian.

Page 15: MANUAL PENGGUNA BAGI PENGGUNA TIDAK BERDAFTAR

Sistem e-CP39 (Manual Pengguna) Page | 15

5. Klik pada butang ‘Ya’ untuk meneruskan pembayaran atau butang ‘Batal’ untuk kekal di halaman

slip pengesahan data e-CP39.

Page 16: MANUAL PENGGUNA BAGI PENGGUNA TIDAK BERDAFTAR

Sistem e-CP39 (Manual Pengguna) Page | 16

3 Bayaran

Kaedah pembayaran adalah seperti berikut:

1. Financial Process Exchange (FPX)

2. Perbankan Internet

- CIMB Bank Berhad

- Selain CIMB Bank (IBG/RENTAS/Telegraphic Transfer (TT)/Pindahan Tunai)

3. Kaunter Bank atau Automated Teller Machine (ATM)

- CIMB Bank Berhad - Tunai sahaja

- Selain CIMB Bank (IBG/RENTAS/Telegraphic Transfer (TT)/Pindahan Tunai)

4. Kiosk penerimaan cek (Cheque Deposit Machine) dan mesin bayaran tunai (Cash Deposit Machine)

di rangkaian bank CIMB sahaja.

(Sila pastikan Nombor Akaun PCB/CP39 (14 digit) ditulis dibelakang cek sebelum dimasukkan ke dalam

kiosk penerimaan cek)

Bayaran boleh dibuat sejurus selepas penghantaran borang atau boleh dibuat kemudian.

Page 17: MANUAL PENGGUNA BAGI PENGGUNA TIDAK BERDAFTAR

Sistem e-CP39 (Manual Pengguna) Page | 17

3.1 Meneruskan Pembayaran

1. Selepas klik ‘Sila klik untuk meneruskan bayaran→’ pada halaman Slip Pengesahan Data e-CP39,

halaman lampiran pembayaran dipaparkan.

2. Terdapat dua (2) pilihan cara bayaran yang boleh dilaksanakan. Pengguna perlu memilih salah satu

cara bayaran yang disediakan.

a. Melalui Bank

b. FPX

Page 18: MANUAL PENGGUNA BAGI PENGGUNA TIDAK BERDAFTAR

Sistem e-CP39 (Manual Pengguna) Page | 18

Melalui Bank

a) Sistem akan memaparkan bahagian maklumat instrumen setelah pengguna memilih cara

bayaran melalui bank. Masukkan maklumat yang diperlukan.

FPX

a) Sistem akan memaparkan senarai bank yang diperlukan oleh pengguna. Masukkan maklumat

yang diperlukan. Klik pada butang ‘Teruskan’ untuk meneruskan pembayaran secara FPX.

Page 19: MANUAL PENGGUNA BAGI PENGGUNA TIDAK BERDAFTAR

Sistem e-CP39 (Manual Pengguna) Page | 19

3. Klik butang ‘Seterusnya’ untuk meneruskan pembayaran (Melalui Bank) atau ‘Reset’ untuk

menukar status dan pengguna perlu mengulangi langkah 2.2 Paparan dan Pengesahan Borang

(No.3-No.5).

Page 20: MANUAL PENGGUNA BAGI PENGGUNA TIDAK BERDAFTAR

Sistem e-CP39 (Manual Pengguna) Page | 20

4. Selepas klik butang ‘Seterusnya’, Slip Pengesahan akan dipaparkan. QR Code boleh diimbas untuk

mendapatkan No. Akaun CP39. Klik butang ‘Cetak Slip Pengesahan’ untuk mencetak Slip. Klik

butang ‘Hantar & Selesai’ untuk menamatkan proses bayaran. Emel yang mengandungi kedua-dua

slip akan dihantar ke alamat emel di bahagian Pegawai Yang Menyediakan Maklumat selepas

proses bayaran tamat.

Page 21: MANUAL PENGGUNA BAGI PENGGUNA TIDAK BERDAFTAR

Sistem e-CP39 (Manual Pengguna) Page | 21

3.2 Membuat Bayaran Kemudian

1. Klik pada menu ‘Bayaran’ di navigasi kiri.

2. Klik pada tab ‘Buat Pembayaran’ dan masukkan maklumat yang diperlukan. Klik butang

‘Seterusnya’.

3. Ulang langkah 3.1 Meneruskan Pembayaran, nombor 2 sehingga nombor 4.

Page 22: MANUAL PENGGUNA BAGI PENGGUNA TIDAK BERDAFTAR

Sistem e-CP39 (Manual Pengguna) Page | 22

3.3 Semak Status Pembayaran

Pengguna boleh menyemak status pembayaran. Apabila pengguna selesai membuat bayaran di bank,

sistem tidak akan mengemaskini status secara automatik di dalam sistem. Status akan dikemaskini dalam

masa sekurang-kurangnya 3 hari bekerja untuk mendapatkan status terkini daripada pihak bank dan

kemaskini sistem tersebut.

1. Klik pada menu ‘Bayaran’ di navigasi kiri.

Page 23: MANUAL PENGGUNA BAGI PENGGUNA TIDAK BERDAFTAR

Sistem e-CP39 (Manual Pengguna) Page | 23

2. Klik pada tab ‘Semak Status Pembayaran’ dan masukkan maklumat yang diperlukan. Klik pada

butang ‘Seterusnya’.

Page 24: MANUAL PENGGUNA BAGI PENGGUNA TIDAK BERDAFTAR

Sistem e-CP39 (Manual Pengguna) Page | 24

3. No. Rujukan Majikan (E), No. Akaun CP39, Amaun Keseluruhan (RM) dan Status Pembayaran akan

dipaparkan. Klik butang ‘Cetak Slip Pembayaran’ dan sistem akan paparkan Surat Akaun Bayaran

untuk dicetak.

Page 25: MANUAL PENGGUNA BAGI PENGGUNA TIDAK BERDAFTAR

Sistem e-CP39 (Manual Pengguna) Page | 25

4 Bantuan

4.1 Manual Pengguna

1. Klik pada menu Bantuan di navigasi kiri dan pilih ‘Manual Pengguna’.

2. Senarai Manual Pengguna dan video panduan sistem dipaparkan mengikut Tarikh dan Dokumen.

Klik pada dokumen yang berkaitan untuk melihat manual pengguna atau video.

Page 26: MANUAL PENGGUNA BAGI PENGGUNA TIDAK BERDAFTAR

Sistem e-CP39 (Manual Pengguna) Page | 26

4.2 Soalan Lazim

1. Klik pada menu Bantuan di navigasi kiri dan pilih ‘Soalan Lazim’.

2. Senarai Soalan Lazim dipaparkan mengikut Kategori.

Page 27: MANUAL PENGGUNA BAGI PENGGUNA TIDAK BERDAFTAR

Sistem e-CP39 (Manual Pengguna) Page | 27

4.3 Notis Perubahan

1. Klik pada menu Bantuan di navigasi kiri dan pilih ‘Notis Perubahan’.

2. Senarai Notis Perubahan dipaparkan mengikut Tarikh.