manual pelaksanaan kk bm
TRANSCRIPT
TERHAD
TERHAD
PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)
Manual Pelaksanaan
Kerja Kursus Bahasa Melayu
Kertas 4 (910/4): Penulisan Esei Berformat
Penggal 2 Tahun 2016
PERINGATAN:
Manual ini khusus untuk kegunaan guru atau pemeriksa dan calon sahaja.
Manual ini terdiri daripada 29 halaman bercetak.
© Majlis Peperiksaan Malaysia 2016
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
TERHAD
2
KANDUNGAN
Perkara Halaman
BAHAGIAN I: GURU DAN PEMERIKSA
1 Pengenalan
3
2 Objektif
3
3 Pelaksanaan Kerja Kursus
3.1 Arahan Kerja Kursus
3.2 Tanggungjawab Pengetua
3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
3.4 Tanggungjawab Pemeriksa
3.4.1 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta
3.4.2 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu
3.5 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta
3
3
4
5
5
6
BAHAGIAN II: CALON
3.6 Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
3.7 Tanggungjawab Calon Sekolah Swasta
3.8 Tanggungjawab Calon Persendirian Individu
3.9 Kes Plagiat Kerja Kursus
7
7
8
9
4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus
4.1 Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
4.2 Calon Sekolah Swasta
4.3 Calon Persendirian Individu
10
13
17
5 Format Penulisan
19
6 Struktur Penulisan
19
7 Penskoran
20
8 Borang yang Digunakan
Lampiran 1: Muka hadapan kerja kursus
Lampiran 2: Borang Perakuan Calon
Lampiran 3: Borang Markah Kerja Kursus Calon
22
23
24
25
TERHAD
3
1 PENGENALAN
Setiap calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) wajib melaksanakan kerja kursus dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu. Wajaran markah bagi kerja kursus ini adalah sebanyak 8%.
Markah kerja kursus ini akan diambil kira bersama-sama dengan markah ujian bertulis penggal 1, 2,
dan 3 bagi tujuan penggredan mata pelajaran.
2 OBJEKTIF
Tujuan kerja kursus ini dilaksanakan adalah untuk menilai dan memperkukuh kebolehan dan
keupayaan calon untuk
2.1 memahami dan mengaplikasi pengetahuan dan sistem bahasa Melayu
2.2 menerapkan domain kemahiran insaniah dalam mata pelajaran ini
3 PELAKSANAAN KERJA KURSUS
3.1 Arahan Kerja Kursus
(a) Kerja kursus bahasa Melayu (penulisan esei berformat) wajib dilaksanakan oleh semua
calon pada penggal 2.
(b) Calon dikehendaki menulis lapan esei berformat berdasarkan soalan yang disediakan
oleh guru atau MPM.
(c) Tempoh pelaksanaan kerja kursus ini adalah sepanjang penggal 2.
3.2 Tanggungjawab Pengetua
(a) Mempengerusikan Mesyuarat Kerja Kursus (KK) Tingkatan Enam peringkat sekolah
(b) Memastikan semua calon yang menghasilkan penulisan esei berformat mendapat
bimbingan daripada guru
(c) Memastikan pelaksanaan penulisan esei berformat diserapkan dalam strategi pengajaran
dan bukan merupakan kerja tambahan yang memerlukan persediaan dan waktu yang
berasingan
(d) Mendapatkan maklumat daripada guru bahasa Melayu mengenai perkembangan
penulisan esei berformat calon dan masalah yang mungkin dihadapi oleh calon
(e) Memastikan penulisan esei berformat dilaksanakan dengan teratur dalam tempoh yang
ditetapkan
(f) Memastikan penulisan esei berformat calon dihantar kepada guru mengikut tarikh yang
ditetapkan
(g) Memastikan guru menyemak dan menilai penulisan esei berformat calon berdasarkan
skema pemarkahan yang ditetapkan oleh MPM
(h) Memastikan guru menghantar markah penulisan esei berformat calon kepada MPM
mengikut tarikh yang ditetapkan
(i) Mengesahkan markah penulisan esei berformat yang diperoleh calon dengan
menandatangani borang rumusan markah yang dicetak daripada perisian e-submission
(j) Memastikan penyediaan ruang untuk penyimpanan evidens penulisan esei berformat
calon di sekolah
BAHAGIAN I: GURU DAN PEMERIKSA
TERHAD
4
(k) Memastikan guru menyimpan evidens penulisan esei berformat calon dari tarikh
penghantaran markah melalui e-submission hingga tarikh keputusan STPM diumumkan
(l) Memastikan evidens penulisan esei berformat calon dilupuskan dalam tempoh enam
bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan
3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Pelaksanaan Kerja Kursus Bahasa
Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
(b) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan esei berformat
(c) Menyediakan soalan penulisan esei berformat untuk calon. Soalan yang disediakan
mestilah asli dan tidak diciplak daripada mana-mana sumber. Sekiranya guru
menciplak soalan daripada mana-mana sumber, MPM akan mengarahkan guru
berkenaan untuk menyediakan soalan esei berformat semula dan calon perlu menulis
esei berformat berkenaan semula.
(d) Menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi setiap jenis format esei
(e) Menyerahkan soalan penulisan esei berformat kepada calon pada akhir P&P setiap
format esei
(f) Membimbing calon menghasilkan penulisan esei berformat
(g) Memastikan calon menulis esei berformat dalam waktu P&P. Sewaktu penulisan esei
berformat, calon dibenarkan untuk membawa/merujuk kepada bahan-bahan rujukan
yang berkaitan. Bahan rujukan boleh terdiri daripada isi-isi penting sahaja. Calon
tidak dibenarkan untuk membawa bahan rujukan berbentuk esei penuh. Guru
tidak dibenarkan untuk menyediakan draf jawapan atau esei penuh untuk calon.
(h) Memastikan calon menulis kelapan-lapan esei berformat tanpa meniru, menyalin, atau
menciplak esei daripada mana-mana sumber. Sekiranya calon tidak menulis salah
satu esei berformat, calon akan diberikan gred X.
(i) Memastikan calon menguasai format esei sebelum mengajarkan jenis format esei yang
lain
(j) Memastikan semua calon menghantar kelapan-lapan penulisan esei berformat untuk
disemak dan dinilai
(k) Menyemak dan menilai penulisan esei berformat calon berdasarkan skema pemarkahan
yang ditetapkan oleh MPM
(l) Memberikan peluang kepada calon untuk menambah baik markah masing-masing
(m) Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 2) yang telah ditandatangani oleh
calon dan borang markah kerja kursus calon (Lampiran 3)
(n) Menghantar markah penulisan esei berformat calon kepada MPM dengan menggunakan
perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan
(o) Menyimpan evidens penulisan esei berformat calon dari tarikh penghantaran markah
melalui e-submission hingga tarikh keputusan STPM diumumkan
(p) Melupuskan evidens penulisan esei berformat calon dalam tempoh enam bulan selepas
tarikh keputusan STPM diumumkan
TERHAD
5
3.4 Tanggungjawab Pemeriksa
(Guru sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan yang dilantik sebagai pemeriksa
kerja kursus calon sekolah swasta dan calon persendirian individu)
3.4.1 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta
(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Pelaksanaan Kerja Kursus
Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
(b) Menandatangani borang rumusan markah kerja kursus calon (Lampiran 3)
(c) Menyemak dan menilai penulisan esei berformat calon berdasarkan skema
pemarkahan yang ditetapkan oleh MPM
(d) Menghantar markah penulisan esei berformat calon kepada MPM dengan
menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan
(e) Menyediakan sampel penulisan esei berformat yang dihasilkan oleh calon untuk
penyelarasan markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK)
(f) Menyimpan evidens penulisan esei berformat calon di JPN yang ditetapkan dari
tarikh penghantaran markah melalui e-submission hingga tarikh keputusan
STPM diumumkan (bagi sekolah swasta yang tidak dibenarkan untuk
menyimpan evidens penulisan esei berformat sahaja)
(g) Melupuskan evidens penulisan esei berformat calon dalam tempoh enam bulan
selepas tarikh keputusan STPM diumumkan (bagi sekolah swasta yang tidak
dibenarkan untuk menyimpan evidens penulisan esei berformat sahaja)
3.4.2 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu
(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Pelaksanaan Kerja Kursus
Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
(b) Menemui calon untuk memberikan penerangan tentang pelaksanaan penulisan
esei berformat dari aspek pelaksanaan tugasan, penilaian tugasan, dan tarikh
akhir penyerahan tugasan
(c) Memastikan calon menulis kelapan-lapan esei berformat tanpa meniru,
menyalin, atau menciplak esei daripada mana-mana sumber. Sekiranya calon
tidak menulis salah satu esei berformat, calon akan diberikan gred X.
(d) Menyemak dan menilai penulisan esei berformat calon berdasarkan skema
pemarkahan yang ditetapkan oleh MPM
(e) Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 2) yang telah ditandatangani
oleh calon dan borang markah kerja kursus calon (Lampiran 3)
(f) Menghantar markah penulisan esei berformat calon kepada MPM dengan
menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan
(g) Menyediakan sampel penulisan esei berformat yang dihasilkan oleh calon untuk
penyelarasan markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK)
(h) Menyimpan evidens penulisan esei berformat calon di JPN yang ditetapkan dari
tarikh penghantaran markah melalui e-submission hingga tarikh keputusan
STPM diumumkan
(i) Melupuskan evidens penulisan esei berformat calon dalam tempoh enam bulan
selepas tarikh keputusan STPM diumumkan
TERHAD
6
3.5 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta
(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Pelaksanaan Kerja Kursus Bahasa
Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
(b) Memuat turun soalan penulisan esei berformat yang disediakan oleh MPM untuk calon
sekolah swasta dan calon persendirian individu
(c) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan esei berformat
dari aspek tugasan
(d) Menjalankan P&P bagi setiap jenis format esei
(e) Menyerahkan soalan penulisan esei berformat kepada calon pada akhir P&P setiap
format esei
(f) Membimbing calon menghasilkan penulisan esei berformat
(g) Memastikan pelajar menulis esei berformat dalam waktu P&P. Sewaktu penulisan esei
berformat, calon dibenarkan untuk membawa/merujuk kepada bahan-bahan rujukan
yang berkaitan. Bahan rujukan boleh terdiri daripada isi-isi penting sahaja. Calon
tidak dibenarkan untuk membawa bahan rujukan berbentuk esei penuh. Guru
tidak dibenarkan untuk menyediakan draf jawapan atau esei penuh untuk calon.
(h) Memastikan calon menulis kelapan-lapan esei berformat tanpa meniru, menyalin, atau
menciplak esei daripada mana-mana sumber. Sekiranya calon tidak menulis salah
satu esei berformat, calon akan diberikan gred X.
(i) Memastikan calon menguasai format esei sebelum mengajarkan jenis format esei yang
lain
(j) Menandatangani borang perakuan calon (lampiran 2) yang telah ditandatangani oleh
calon
(k) Memastikan semua calon menghantar kelapan-lapan penulisan esei berformat untuk
disemak dan dinilai oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM
(l) Menyerahkan penulisan esei berformat yang dihantar oleh calon kepada pemeriksa yang
dilantik oleh MPM untuk disemak dan dinilai. Tarikh akhir penghantaran penulisan esei
berformat bagi setiap jenis format esei adalah seperti yang berikut:
(i) Laporan, teks ucapan, ceramah, dan syarahan: 26 Februari 2016
(ii) Memorandum, minit mesyuarat, kertas cadangan, dan surat kiriman rasmi:
15 April 2016
TERHAD
7
3.6 Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Pelaksanaan Kerja Kursus Bahasa
Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
(b) Mendengar penerangan guru mengenai pelaksanaan penulisan esei berformat
(c) Mengikuti sesi P&P bagi setiap jenis format esei
(d) Menerima soalan penulisan esei berformat daripada guru
(e) Menulis esei berformat secara individu dalam waktu P&P
(f) Menulis lapan esei berformat, iaitu satu esei bagi setiap format yang berikut:
(i) Syarahan
(ii) Ceramah
(iii) Teks ucapan
(iv) Memorandum
(v) Laporan
(vi) Minit mesyuarat
(vii) Kertas cadangan
(viii) Surat kiriman rasmi*
*Markah untuk surat kiriman rasmi tidak akan diambil kira.
Sekiranya calon tidak menulis salah satu esei berformat, calon akan diberikan
gred X.
(g) Menulis kelapan-lapan esei berformat tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei
daripada mana-mana sumber. Sewaktu penulisan esei berformat, calon dibenarkan
untuk membawa/merujuk kepada bahan-bahan rujukan yang berkaitan. Bahan rujukan
boleh terdiri daripada isi-isi penting sahaja. Calon tidak dibenarkan untuk membawa
bahan rujukan berbentuk esei penuh. Guru tidak dibenarkan untuk menyediakan draf
jawapan atau esei penuh untuk calon.
(h) Menghantar kelapan-lapan penulisan esei berformat kepada guru pada tarikh yang
ditetapkan untuk disemak dan dinilai. Sekiranya calon tidak menghantar salah satu
esei berformat, calon akan diberikan gred X.
(i) Menambah baik markah penulisan esei berformat yang telah disemak oleh guru
(j) Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 2). Borang perakuan hendaklah
ditandatangani setelah selesai semua penulisan esei berformat.
3.7 Tanggungjawab Calon Sekolah Swasta
(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Pelaksanaan Kerja Kursus Bahasa
Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
(b) Mendengar penerangan guru mengenai pelaksanaan penulisan esei berformat
(c) Mengikuti sesi P&P bagi setiap jenis format esei
(d) Menerima soalan penulisan esei berformat daripada guru
(e) Menulis esei berformat secara individu dalam waktu P&P
BAHAGIAN II: CALON
TERHAD
8
(f) Menulis lapan esei berformat, iaitu satu esei bagi setiap format yang berikut:
(i) Syarahan
(ii) Ceramah
(iii) Teks ucapan
(iv) Memorandum
(v) Laporan
(vi) Minit mesyuarat
(vii) Kertas cadangan
(viii) Surat kiriman rasmi
* Markah untuk surat kiriman rasmi tidak akan diambil kira.
Sekiranya calon tidak menulis salah satu esei berformat, calon akan diberikan
gred X.
(g) Menulis kelapan-lapan esei berformat tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei
daripada mana-mana sumber. Sewaktu penulisan esei berformat, calon dibenarkan
untuk membawa/merujuk kepada bahan-bahan rujukan yang berkaitan. Bahan rujukan
boleh terdiri daripada isi-isi penting sahaja. Calon tidak dibenarkan untuk
membawa bahan rujukan berbentuk esei penuh. Guru tidak dibenarkan untuk
menyediakan draf jawapan atau esei penuh untuk calon.
(h) Menghantar kelapan-lapan penulisan esei berformat kepada guru pada tarikh yang
ditetapkan untuk disemak dan dinilai oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM. Tarikh
akhir penghantaran penulisan esei berformat bagi setiap jenis format esei adalah seperti
yang berikut:
(i) Laporan, teks ucapan, ceramah, dan syarahan: 26 Februari 2016
(ii) Memorandum, minit mesyuarat, kertas cadangan, dan surat kiriman rasmi:
15 April 2016
(i) Menambah baik penulisan esei berformat dari semasa ke semasa sebelum tarikh akhir
penghantaran
(j) Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 2). Borang perakuan hendaklah
ditandatangani setelah selesai semua penulisan esei berformat.
3.8 Tanggungjawab Calon Persendirian Individu
(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Pelaksanaan Kerja Kursus Bahasa
Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
(b) Memuat turun soalan penulisan esei berformat yang disediakan oleh MPM untuk calon
sekolah swasta dan calon persendirian individu
(c) Bertemu dengan pemeriksa untuk mendapatkan maklumat tentang pelaksanaan
penulisan esei berformat, dari aspek tugasan dan tarikh penyerahan tugasan.
(d) Menulis esei berformat secara individu
(e) Menulis lapan esei berformat, iaitu satu esei bagi setiap format yang berikut:
(i) Syarahan
(ii) Ceramah
(iii) Teks ucapan
(iv) Memorandum
TERHAD
9
(v) Laporan
(vi) Minit mesyuarat
(vii) Kertas cadangan
(viii) Surat kiriman rasmi
*Markah untuk surat kiriman rasmi tidak akan diambil kira.
Sekiranya calon tidak menulis salah satu esei berformat, calon akan diberikan
gred X.
(g) Menulis kelapan-lapan esei berformat tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei
daripada mana-mana sumber
(h) Menghantar kelapan-lapan penulisan esei berformat kepada pemeriksa yang dilantik
oleh MPM pada tarikh yang ditetapkan untuk disemak dan dinilai. Tarikh akhir
penghantaran penulisan esei berformat bagi setiap jenis format esei adalah seperti yang
berikut:
(i) Laporan, teks ucapan, ceramah, dan syarahan: 26 Februari 2016
(ii) Memorandum, minit mesyuarat, kertas cadangan, dan surat kiriman rasmi:
15 April 2016
Sekiranya calon tidak menghantar salah satu esei berformat, calon akan diberikan
gred X.
(i) Menambah baik penulisan esei berformat dari semasa ke semasa sebelum tarikh akhir
penghantaran
(j) Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 2). Borang perakuan hendaklah
ditandatangani setelah selesai semua penulisan esei berformat.
3.9 Kes Plagiat Kerja Kursus
(a) Calon mestilah menulis esei berformat sendiri, berdasarkan soalan yang disediakan oleh
guru atau pemeriksa, tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei daripada
mana-mana sumber.
(b) Perbincangan soalan dan isi penulisan esei boleh diadakan dalam waktu P&P. Namun
demikian, calon mesti menulis esei sendiri, tanpa bantuan daripada mana-mana pihak.
(c) Jika calon didapati meniru, menyalin, atau menciplak mana-mana bahagian esei, calon
akan diberikan 0 markah pada bahagian berkenaan.
(d) Jika calon didapati meniru, menyalin, atau menciplak keseluruhan kandungan esei
daripada mana-mana sumber, calon akan diberikan 0 markah untuk esei berkenaan.
TERHAD
10
4 JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS
4.1 Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Catatan
19/12/2015 Manual
pelaksanaan
penulisan esei
berformat
Melayari portal
MPM untuk
memuat turun
Manual
Pelaksanaan
Kerja Kursus
Bahasa Melayu
yang disediakan
oleh MPM untuk
guru, pemeriksa,
dan calon
Melayari portal
MPM untuk
memuat turun
Manual
Pelaksanaan
Kerja Kursus
Bahasa Melayu
yang disediakan
oleh MPM untuk
guru, pemeriksa,
dan calon
MPM
memuat naik
Manual
Pelaksanaan
Kerja Kursus
Bahasa
Melayu pada
18 Disember
2015.
Penyediaan
soalan esei
berformat
Menyediakan
lapan soalan esei
berformat
berdasarkan
kandungan
sukatan pelajaran
11/1/2016
hingga
15/1/2016
Pengenalan
penulisan esei
berformat
Memberikan
penerangan
kepada calon
tentang
pelaksanaan
penulisan esei
berformat dari
aspek tugasan
dan tarikh
penyerahan
tugasan
Mendengar
penerangan guru
mengenai aspek
tugasan yang
perlu
dilaksanakan
18/1/2016
hingga
8/4/2016
Pengajaran dan
pembelajaran
(P&P) esei
berformat
Mengadakan sesi
P&P di dalam
bilik darjah
tentang format
esei, seperti yang
terkandung
dalam sukatan
pelajaran
Mengikuti
P&P dan
mempelajari
format esei
TERHAD
11
Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Catatan
Penulisan esei
berformat
Penghantaran,
penyemakan,
dan penilaian
penulisan esei
berformat
Menyerahkan
soalan esei
berformat
kepada calon
dan
membimbing
mereka dalam
penulisan esei
berformat
Menyemak dan
menilai
penulisan esei
berformat
berdasarkan
skema
pemarkahan
yang ditetapkan
oleh MPM
* Pelaksanaan
penulisan esei
berformat
hendaklah
dibuat apabila
P&P bagi
sesuatu format
esei telah
selesai.
Menerima soalan
esei berformat
dan menulis esei
berdasarkan
soalan yang
diterima
Menghantar
penulisan esei
berformat yang
dihasilkan kepada
guru untuk
disemak dan
dinilai
Penghantaran
esei berformat:
Setiap
penulisan esei
berformat
yang
dihasilkan
oleh calon
hendaklah
terus dihantar
kepada guru
sebelum guru
memulakan
P&P bagi
format esei
yang lain.
Penyemakan
dan penilaian
penulisan esei
berformat:
Guru
hendaklah
menyemak
dan menilai
semua
penulisan esei
berformat
yang dihantar
oleh calon.
Guru mestilah
memberikan
peluang
kepada calon
untuk
menambah
baik markah
masing-
masing, sama
ada dengan
meminta calon
berkenaan
menulis
semula esei
berformat
tersebut atau
menulis esei
berformat
dengan soalan
yang baharu.
TERHAD
12
Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Catatan
18/4/2016
hingga
18/5/2016
Penghantaran
markah
penulisan esei
berformat
kepada MPM
Menghantar
markah
penulisan esei
berformat calon
kepada MPM
dengan
menggunakan
perisian
e-submission
Tidak berkenaan
Penyelarasan
kerja kursus
oleh KPK
Mengemukakan
beberapa sampel
penulisan esei
berformat untuk
penyelarasan
markah oleh
KPK
Tidak berkenaan Sampel
mestilah
terdiri
daripada
penulisan esei
berformat
calon yang
dipilih oleh
KPK.
Jun 2016
hingga
Oktober 2017
Penyimpanan
evidens
Menyimpan
evidens
penulisan esei
berformat di
sekolah dari
tarikh
penghantaran
markah melalui
e-submission
hingga enam
bulan selepas
keputusan
STPM
diumumkan
Tidak berkenaan
TERHAD
13
4.2 Calon Sekolah Swasta
Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Tindakan
Pemeriksa Catatan
19/12/2015 Manual
pelaksanaan
penulisan
esei
berformat
Melayari
portal MPM
untuk memuat
turun Manual
Pelaksanaan
Kerja Kursus
Bahasa
Melayu yang
disediakan
oleh MPM
untuk guru,
pemeriksa, dan
calon
Melayari
portal MPM
untuk memuat
turun Manual
Pelaksanaan
Kerja Kursus
Bahasa
Melayu yang
disediakan
oleh MPM
untuk guru,
pemeriksa,
dan calon
Melayari portal
MPM untuk
memuat turun
Manual
Pelaksanaan
Kerja Kursus
Bahasa Melayu
yang disediakan
oleh MPM
untuk guru,
pemeriksa, dan
calon
MPM memuat
naik Manual
Kerja Kursus
Bahasa
Melayu pada
18 Disember
2015.
Memuat turun
soalan
penulisan esei
berformat yang
disediakan
oleh MPM
untuk calon
sekolah swasta
dan calon
persendirian
individu dan
menyerahkan-
nya kepada
calon
Menerima
soalan
penulisan esei
berformat
daripada guru
11/1/2016
hingga
15/1/2016
Pengenalan
penulisan
esei
berformat
Memberikan
penerangan
kepada calon
mengenai
pelaksanaan
penulisan esei
berformat dari
aspek tugasan
dan tarikh
penyerahan
tugasan
Menerima
soalan
penulisan esei
berformat
daripada
pemeriksa
yang
ditetapkan oleh
MPM
Mendengar
penerangan
guru mengenai
aspek tugasan
yang perlu
dilaksanakan
Menyerahkan
soalan
penulisan esei
berformat
kepada guru
sekolah swasta
yang ditetapkan
oleh MPM
TERHAD
14
Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan
Calon
Tindakan
Pemeriksa Catatan
18/1/2016
hingga
19/2/2016
Pengajaran
dan
pembelajaran
(P&P) esei
berformat
Mengadakan
sesi P&P
di dalam bilik
darjah bagi
format esei
yang berikut:
(i) Laporan
(ii) Teks
ucapan
(iii) Ceramah
(iv) Syarahan
Mengikuti
P&P dan
mempelajari
format esei
yang berikut:
(i) Laporan
(ii) Teks
ucapan
(iii) Ceramah
(iv) Syarahan
Tidak
berkenaan
Penulisan
esei
berformat
Menyerahkan
soalan
penulisan esei
berformat
kepada calon
Membimbing
calon menulis
laporan, teks
ucapan,
ceramah, dan
syarahan
Menulis
laporan, teks
ucapan,
ceramah, dan
syarahan
berdasarkan
soalan yang
diberikan
oleh guru
Tidak
berkenaan
22/2/2016
hingga
26/2/2016
Penghantaran,
penyemakan,
dan penilaian
penulisan esei
berformat
Memastikan
semua calon
menghantar
penulisan esei
berformat
laporan, teks
ucapan,
ceramah,
dan syarahan
serta
menyerahkan
-nya kepada
pemeriksa
untuk
disemak dan
dinilai
Menghantar
penulisan esei
berformat
laporan, teks
ucapan,
ceramah, dan
syarahan
kepada guru
untuk
diserahkan
kepada
pemeriksa
untuk
disemak dan
dinilai
Menerima,
menyemak,
dan menilai
penulisan esei
berformat
laporan, teks
ucapan,
ceramah, dan
syarahan yang
diserahkan
oleh guru
sekolah
swasta
TERHAD
15
Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Tindakan
Pemeriksa Catatan
29/2/2016
hingga
8/4/2016
Pengajaran
dan
pembelajaran
(P&P) esei
berformat
Mengadakan sesi
P&P di dalam
bilik darjah bagi
format esei yang
berikut:
(i) Memorandum
(ii) Minit
mesyuarat
(iii) Kertas
cadangan
(iv) Surat kiriman
rasmi
Mengikuti P&P
dan mempelajari
format esei yang
berikut:
(i) Memorandum
(ii) Minit
mesyuarat
(iii) Kertas
cadangan
(iv) Surat kiriman
rasmi
Tidak
berkenaan
Penulisan esei
berformat
Membimbing
calon menulis
memorandum,
minit mesyuarat,
kertas cadangan,
dan surat
kiriman rasmi
Menulis
memorandum,
minit mesyuarat,
kertas cadangan,
dan surat kiriman
rasmi berdasarkan
soalan yang
diberikan oleh
guru
Tidak
berkenaan
11/4/2016
hingga
15/4/2016
Penghantaran,
penyemakan,
dan penilaian
penulisan esei
berformat
Memastikan
semua calon
menghantar
penulisan esei
berformat
memorandum,
minit mesyuarat,
kertas cadangan,
dan surat
kiriman rasmi
serta
menyerahkan-
nya kepada
pemeriksa untuk
disemak dan
dinilai
Menghantar
penulisan esei
berformat
memorandum,
minit mesyuarat,
kertas cadangan,
dan surat kiriman
rasmi kepada
pemeriksa untuk
disemak dan
dinilai
Menerima,
menyemak,
dan menilai
penulisan esei
berformat
memorandum,
minit
mesyuarat,
kertas
cadangan, dan
surat kiriman
rasmi yang
diserahkan
oleh guru
sekolah
swasta
TERHAD
16
Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Tindakan
Pemeriksa Catatan
3/5/2016
hingga
17/5/2016
Penghantaran
markah esei
berformat
kepada MPM
Tidak berkenaan Tidak berkenaan Menghantar
markah calon
kepada MPM
melalui
perisian
e-submission
Penyelarasan
kerja kursus
oleh KPK
Tidak berkenaan Tidak berkenaan Mengemu-
kakan sampel
penulisan
esei
berformat
untuk
penyelarasan
markah oleh
KPK
Sampel
mestilah
terdiri
daripada
penulisan
esei
berformat
calon
yang
dipilih
oleh KPK.
Jun 2016
hingga
Oktober
2017
Penyimpanan
evidens
Menyimpan
evidens
penulisan esei
berformat di
sekolah dari
tarikh
penghantaran
markah melalui
e-submission
hingga enam
bulan selepas
keputusan
STPM
diumumkan
(bagi sekolah
swasta yang
dibenarkan
menyimpan
evidens
penulisan esei
berformat)
Tidak berkenaan Menyimpan
evidens
penulisan
esei
berformat
di JPN yang
ditetapkan
dari tarikh
penghantaran
markah
melalui
e-submission
hingga enam
bulan selepas
keputusan
STPM
diumumkan
(bagi sekolah
swasta yang
tidak
dibenarkan
menyimpan
evidens
penulisan
esei
berformat)
TERHAD
17
4.3 Calon Persendirian Individu
Tarikh Perkara Tindakan
Pemeriksa Tindakan Calon Catatan
19/12/2015 Manual
pelaksanaan
penulisan esei
berformat
Melayari portal
MPM untuk
memuat turun
Manual
Pelaksanaan
Kerja Kursus
Bahasa Melayu
yang disediakan
oleh MPM guru,
pemeriksa, dan
calon
Menghubungi
calon
persendirian
individu yang
telah ditetapkan
oleh MPM untuk
memaklumkan
tarikh, masa, dan
tempat untuk
bertemu
Melayari portal
MPM untuk
memuat turun
Manual
Pelaksanaan Kerja
Kursus Bahasa
Melayu yang
disediakan oleh
MPM guru,
pemeriksa, dan
calon
Memuat turun
soalan penulisan
esei berformat
yang disediakan
oleh MPM untuk
calon sekolah
swasta dan calon
persendirian
individu
MPM
memuat naik
Manual Guru
dan Manual
Calon pada
18 Disember
2015.
11/1/2016
hingga
15/1/2016
Pengenalan
penulisan esei
berformat
Bertemu dengan
calon
persendirian
individu untuk
memberikan
penerangan
tentang
pelaksanaan
penulisan esei
berformat, dari
aspek tugasan
dan
memaklumkan
tarikh
penyerahan
tugasan
Bertemu dengan
pemeriksa untuk
mendapatkan
maklumat tentang
pelaksanaan
penulisan esei
berformat, dari
aspek tugasan dan
tarikh penyerahan
tugasan
TERHAD
18
Tarikh Perkara Tindakan Pemeriksa Tindakan Calon Catatan
18/1/2016
hingga
19/2/2016
Penulisan esei
berformat
Tidak berkenaan Menulis empat
esei berformat
berdasarkan
soalan yang
dimuat turun dari
portal MPM
(i) Laporan
(ii) Teks ucapan
(iii) Ceramah
(iv) Syarahan
22/2/2016
hingga
26/2/2016
Penghantaran
dan
penyemakan
penulisan esei
berformat
Menerima,
menyemak, dan
menilai penulisan
esei berformat
laporan, teks
ucapan, ceramah,
dan syarahan
yang dihantar
oleh calon
persendirian
individu
Menghantar
penulisan esei
berformat laporan,
teks ucapan,
ceramah, dan
syarahan kepada
pemeriksa untuk
disemak dan
dinilai
29/2/2016
hingga
8/4/2016
Penulisan esei
berformat
Tidak berkenaan Menulis empat
esei berformat
berdasarkan
soalan yang
dimuat turun dari
portal MPM
(i) Memorandum
(ii) Minit
mesyuarat
(iii) Kertas
cadangan
(iv) Surat kiriman
rasmi
11/4/2016
hingga
15/4/2016
Penghantaran
dan
penyemakan
penulisan esei
berformat
Menerima,
menyemak, dan
menilai penulisan
esei berformat
memorandum,
minit mesyuarat,
kertas cadangan,
dan surat kiriman
rasmi yang
dihantar oleh calon
persendirian
individu
Menghantar
penulisan esei
berformat
memorandum,
minit mesyuarat,
kertas cadangan,
dan surat kiriman
rasmi kepada
pemeriksa untuk
disemak
TERHAD
19
5 FORMAT PENULISAN
(i) Panjang esei berformat yang dihasilkan mestilah antara 600 hingga 650 patah perkataan.
(ii) Esei mestilah ditulis menggunakan tulisan tangan.
6 STRUKTUR PENULISAN
Penulisan esei berformat oleh calon perlulah mengikut format yang ditetapkan oleh MPM.
(Rujuk Format dan Contoh Penulisan Esei Berformat Kerja Kursus Bahasa Melayu)
Tarikh Perkara Tindakan Pemeriksa Tindakan Calon Catatan
3/5/2016
hingga
17/5/2016
Penghantaran
markah esei
berformat
kepada MPM
Menghantar
markah calon
kepada MPM
melalui perisian
e-submission
Tidak berkenaan
Penyelarasan
kerja kursus
oleh KPK
Mengemukakan
beberapa sampel
penulisan esei
berformat untuk
penyelarasan
markah oleh KPK
Tidak berkenaan Sampel
mestilah
terdiri
daripada
penulisan
esei
berformat
calon yang
dipilih oleh
KPK.
Jun 2016
hingga
Oktober 2017
Penyimpanan
evidens
Menyimpan
evidens penulisan
esei berformat
calon di JPN yang
ditetapkan dari
tarikh
penghantaran
markah melalui
e-submission
hingga enam bulan
selepas keputusan
STPM diumumkan
Tidak berkenaan
TERHAD
20
7 PENSKORAN
Penilaian penulisan esei berformat hendaklah dibuat berdasarkan jadual yang berikut:
(i) Penilaian penulisan esei berformat laporan, syarahan, ceramah, teks ucapan, dan
memorandum
Perkara
(a) Kerelevanan
Pendahuluan
Isi
Kesimpulan
(b) Pengolahan
(c) Bahasa
(ii) Penilaian penulisan esei berformat minit mesyuarat
Perkara
(a) Ketepatan format dan kandungan
Tajuk
Tarikh/hari/masa/tempat
Kehadiran
1.0 Ucapan
2.0 Pengesahan minit mesyuarat
3.0 Perkara berbangkit
4.0 Perbincangan aktiviti
5.0 Hal-hal lain
6.0 Penangguhan/penutup mesyuarat
Tandatangan
(b) Bahasa
TERHAD
21
(iii) Penilaian penulisan esei berformat kertas cadangan
Perkara
(a) Ketepatan format dan kandungan
Muka depan
Pengenalan
Objektif
Rasional
Tarikh/Hari/Masa/Tempat
Peserta/Tetamu/Penceramah
Program Tentatif
Kewangan
AJK
Penutup
Tandatangan
(b) Bahasa
(iv) Penilaian penulisan esei berformat surat kiriman rasmi
Perkara
(a) Ketepatan format dan kandungan
Nama dan alamat pengirim
Garis panjang
Nama dan alamat penerima
Untuk perhatian
Rujukan/tarikh
Rujukan kehormat
Tajuk surat
Pendahuluan surat
Isi surat
Perenggan penutup surat
Penamat surat/cogan kata
Pengakuan pengirim
Tandatangan dengan nama dan jawatan pengirim
(b) Bahasa
TERHAD
22
8 BORANG YANG DIGUNAKAN
Terdapat tiga jenis borang yang digunakan, iaitu
(i) Muka hadapan kerja kursus (Lampiran 1)
(ii) Borang perakuan calon (Lampiran 2)
(iii) Borang markah kerja kursus calon (Lampiran 3)
TERHAD
23
Lampiran 1
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN ESEI BERFORMAT
PENGGAL 2 TAHUN 2016
MATA PELAJARAN/KOD: BAHASA MELAYU 4 (910/4)
FORMAT ESEI
NAMA CALON
NOMBOR
KAD PENGENALAN
ANGKA GILIRAN
ALAMAT SEKOLAH/
ALAMAT CALON
NAMA GURU/PENILAI
TANDATANGAN
GURU/PENILAI
TARIKH
TERHAD
24
Lampiran 2
BPC
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)
KERJA KURSUS (KK)
Borang Perakuan Calon
Mata pelajaran: Bahasa Melayu
Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja kursus calon,
dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon
menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk
kerja kursus yang dihasilkan.
Nama Calon ...........................................................................................................
No. Kad Pengenalan Calon ...........................................................................................................
Angka Giliran Calon ...........................................................................................................
Nama Sekolah/Pusat KK Calon ...........................................................................................................
Makluman kepada Calon:
Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus
calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon
lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam
apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut.
Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:
Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan semua kerja kursus
(kerja projek) Bahasa Melayu (910) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan
penerangan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah (untuk
sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan).
Tandatangan Calon ...........................................................................................................
Tarikh ...........................................................................................................
Perakuan oleh Guru/Pemeriksa:
Saya mengesahkan bahawa semua kerja kursus (kerja projek) Bahasa Melayu (910) telah dihasilkan
mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus (kerja projek) calon dan
saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus (kerja projek) tersebut telah
dihasilkan sendiri oleh calon.
Tandatangan Guru/Pemeriksa ...........................................................................................................
Nama Guru/Pemeriksa ...........................................................................................................
Tarikh ...........................................................................................................
TERHAD
25
NamaCalon : …………………………..........………........... Angka Giliran : ………......……………
No. Kad Pengenalan : ………………………..........………..
Format 1: Laporan
Aspek Markah penuh Markah guru/pemeriksa/penyelaras
Pendahuluan
Isi
IS1
IS2
IS3
IS4
IS5
IS6
Kesimpulan
Kerelevanan
Pengolahan
Bahasa
Markah
Penolakan markah Format:
Bil. kata:
Jumlah markah
Format 2: Syarahan
Aspek Markah penuh Markah guru/pemeriksa/penyelaras
Pendahuluan
Isi
IS1
IS2
IS3
IS4
IS5
IS6
Kesimpulan
Kerelevanan
Pengolahan
Bahasa
Markah
Penolakan markah Format:
Bil. kata:
Jumlah markah
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA ...........
BAHASA MELAYU (910/4: PENULISAN ESEI BERFORMAT)
BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON
Lampiran 3
BMKKC
BRMKKC
TERHAD
26
Format 3: Ceramah
Aspek Markah penuh Markah guru/pemeriksa/penyelaras
Pendahuluan
Isi
IS1
IS2
IS3
IS4
IS5
IS6
Kesimpulan
Kerelevanan
Pengolahan
Bahasa
Markah
Penolakan markah Format:
Bil. kata:
Jumlah markah
Format 4: Teks ucapan
Aspek Markah penuh Markah guru/pemeriksa/penyelaras
Pendahuluan
Isi
IS1
IS2
IS3
IS4
IS5
IS6
Kesimpulan
Kerelevanan
Pengolahan
Bahasa
Markah
Penolakan markah Format:
Bil. kata:
Jumlah markah
TERHAD
27
Format 5: Memorandum
Aspek Markah penuh Markah guru/pemeriksa/penyelaras
Pendahuluan
Isi
IS1
IS2
IS3
IS4
IS5
IS6
Kesimpulan
Kerelevanan
Pengolahan
Bahasa
Markah
Penolakan markah Format:
Bil. kata:
Jumlah markah
Format 6: Minit mesyuarat
Bil Aspek Markah penuh Markah guru/pemeriksa/penyelaras
(i) Tajuk
(ii) Tarikh/Hari/Masa/Tempat
(iii) Kehadiran
(iv) 1.0 Ucapan
(v) 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
(vi) 3.0 Perkara Berbangkit
(vii) 4.0 Perbincangan Aktiviti/Mesyuarat
(viii) 5.0 Hal-hal Lain
(ix) 6.0 Penangguhan/Penutup Mesyuarat
(x) Tandatangan
Bahasa
Jumlah markah
TERHAD
28
Format 7: Kertas cadangan
Bil Aspek Markah penuh Markah guru/pemeriksa/penyelaras
(i) Muka depan
(ii) 1.0 Pengenalan
(iii) 2.0 Objektif
(iv) 3.0 Rasional
(v) 4.0 Tarikh/Hari/Masa/Tempat
(vi) 5.0 Peserta/Tetamu
6.0 Penceramah
(vii) 7.0 Program Tentatif
(viii) 8.0 Kewangan
(ix) 9.0 Jawatankuasa
(x) 10.0 Penutup
(xi) Tandatangan
Bahasa
Jumlah markah
Format 8: Surat kiriman rasmi
Aspek Markah Markah guru/pemeriksa/
penyelaras
(i) Nama dan alamat pengirim
(ii) Garis panjang
(iii) Nama dan alamat penerima
(iv) Untuk perhatian (opsyenal)
(v) Rujukan/Tarikh
(vi) Rujukan kehormat
(vii) Tajuk surat
(viii) Pendahuluan surat
(ix) Isi surat
(x) Perenggan penutup surat
(xi) Penamat surat/cogan kata
(xii) Pengakuan pengirim
(xiii) Tandatangan dengan nama dan jawatan
pengirim
Bahasa
Jumlah markah
TERHAD
29
PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS
Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas
adalah benar.
Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas
adalah benar.
Tandatangan Guru/Pemeriksa:………………………….…….... Tandatangan Penyelaras:………………………….……....
Nama : ……………………………………………………........ Nama : ……………………………………………….…...
No. Kad Pengenalan : ……………………………… No. Kad Pengenalan : ………………………………..
Tarikh : ………………………………………. Tarikh : ……………………………………….
No. Telefon (sekolah) : ………………………
(bimbit) : ………………………
No. Telefon (sekolah) : ………………………
(bimbit) : ………………………