malaysia dewan negara aturan urusan · pdf filekesihatan menyatakan apakah tanda-tanda ......

21
MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI SELASA, 14 JUN 2016, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 13 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PN-1342-L25473 Dato' Goonasakaran A/L Raman minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan pembayaran RM300 oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada warga tua yang mencapai umur 60 tahun ke atas merupakan amalan murni Kerajaan. Namun, akhir-akhir ini ramai warga tua membuat aduan bahawa pembayaran mereka diberhentikan dengan alasan anak mereka telah bekerja, memiliki rumah batu, mampu memasang astro dan sebagainya. Mohon penjelasan. 2. PN-1342-L24995 Datuk Yoo Wei How minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah panduan atau peraturan untuk agensi Kementerian menguruskan krisis, kemalangan dan kecemasan di Lebuh Raya Utara-Selatan apabila sebarang kejadian berlaku. Ini kerana masalah kesesakan menjadi lebih teruk berbanding kaedah dahulu dimana pengurusan Kementerian dilihat lebih efektif. 3. PN-1342-L25521 Dato' Adam bin Abdul Hamid minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah kejayaan-kejayaan yang dicapai hasil kerjasama 3 negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura dari segi mengawal perairan Selat Melaka. Mohon diperinci dari segi kawalan berkaitan penyeludupan, keselamatan, pemerdagangan manusia dan rompakan di laut. 4. PN-1342-L25462 Tuan Chia Song Cheng minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah statistik terbaru bagi pendaftaran Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M) di semua Institusi Pengajian Tinggi dan apakah langkah yang boleh diambil oleh Kementerian untuk memperluaskan manfaat KADS1M dan meringankan beban pelajar dari segi kewangan.

Upload: dolien

Post on 22-Feb-2018

250 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileKESIHATAN menyatakan apakah tanda-tanda ... membasmi aktiviti pengemisan yang melibatkan ... fasiliti dan infrastruktur balai polis di

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI SELASA, 14 JUN 2016, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 13

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PN-1342-L25473 Dato' Goonasakaran A/L Raman minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan pembayaran RM300 oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada warga tua yang mencapai umur 60 tahun ke atas merupakan amalan murni Kerajaan. Namun, akhir-akhir ini ramai warga tua membuat aduan bahawa pembayaran mereka diberhentikan dengan alasan anak mereka telah bekerja, memiliki rumah batu, mampu memasang astro dan sebagainya. Mohon penjelasan.

2. PN-1342-L24995

Datuk Yoo Wei How minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah panduan atau peraturan untuk agensi Kementerian menguruskan krisis, kemalangan dan kecemasan di Lebuh Raya Utara-Selatan apabila sebarang kejadian berlaku. Ini kerana masalah kesesakan menjadi lebih teruk berbanding kaedah dahulu dimana pengurusan Kementerian dilihat lebih efektif.

3. PN-1342-L25521

Dato' Adam bin Abdul Hamid minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah kejayaan-kejayaan yang dicapai hasil kerjasama 3 negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura dari segi mengawal perairan Selat Melaka. Mohon diperinci dari segi kawalan berkaitan penyeludupan, keselamatan, pemerdagangan manusia dan rompakan di laut.

4. PN-1342-L25462

Tuan Chia Song Cheng minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah statistik terbaru bagi pendaftaran Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M) di semua Institusi Pengajian Tinggi dan apakah langkah yang boleh diambil oleh Kementerian untuk memperluaskan manfaat KADS1M dan meringankan beban pelajar dari segi kewangan.

Page 2: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileKESIHATAN menyatakan apakah tanda-tanda ... membasmi aktiviti pengemisan yang melibatkan ... fasiliti dan infrastruktur balai polis di

2 AUM DN 14/6/2016

5. PN-1342-L25201 Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah ada usaha untuk memberi saguhati atau pampasan terhadap pemilik kenderaan dan rumah kediaman yang terlibat dengan banjir kilat yang berlaku disebabkan masalah sistem perparitan yang tidak sempurna baru-baru ini.

6. PN-1342-L25709 Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan tentang peranan Malaysia dalam usaha sidang damai antarabangsa antara pelbagai kelompok yang bertentangan di Syria kerana situasi di sana semakin buruk.

7. PN-1342-L25315

Datuk Hamzah bin Mohd Kasim minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan berapakah kes laporan penipuan yang melibatkan penjualan barangan melalui internet telah dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam tempoh 2008-2013 dan berapakah kes yang telah berjaya diselesaikan.

8. PN-1342-L25596 Dato' Jaspal Singh minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang sedang diambil bagi memastikan rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia akan meningkat. Apakah kaitan rizab antarabangsa dengan harga minyak.

9. PN-1342-L25576 Datuk Zali bin Mat Yasin minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kos perbelanjaan secara purata yang perlu ditangung oleh pihak Kerajaan untuk seorang banduan yang ada didalam penjara seluruh Malaysia dan adakah pendapatan yang diperoleh daripada program sara diri yang diperkenalkan oleh Jabatan Penjara dapat mengurangkan kos yang ditanggung oleh pihak Kerajaan.

10. PN-1342-L25730

Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah tanda-tanda dijangkiti virus zika dan langkah-langkah yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian dalam membendung penularan virus ini memandangkan terdapat kes yang telah dicatatkan di Singapura.

11. PN-1342-L25132 Dato' Haji Abdul Rahman bin Mat Yasin minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan penjawat awam yang telah berjaya memiliki rumah sendiri khususnya dari kumpulan gred 17 dan kebawah serta nyatakan langkah Kerajaan bagi memastikan semua penjawat awam mampu memiliki rumah sendiri.

Page 3: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileKESIHATAN menyatakan apakah tanda-tanda ... membasmi aktiviti pengemisan yang melibatkan ... fasiliti dan infrastruktur balai polis di

AUM DN 14/6/2016 3

12. PN-1342-L25411 Datuk Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta MENTERI KESIHATAN menyatakan kos dan peruntukan tanggungan bayaran perkhidmatan perubatan pesakit (pelbagai Kelas) serta bilangan pesakit bagi:-

(a) warga asing yang tidak dilindungi Skim Perlindungan Insuran

Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA); dan (b) pesakit UNHCR.

13. PN-1342-L25279

Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan selepas lebih 30 tahun Labuan diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan yang bertaraf Bebas Cukai, apakah perancangan Kementerian bagi memastikan Labuan terus berdaya saing dan menjadi antara penyumbang utama ekonomi negara.

14. PN-1342-L25351

Tuan Wilfred Yong Chen Leong minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah penerima biasiswa Petronas di bawah program penajaan Pendidikan Petronas dari Sabah setiap tahun dari tahun 2010 hingga sekarang.

15. PN-1342-L25300 Datuk Seri Boon Som a/l Inong minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :-

(a) jumlah pusat latihan kemahiran, kursus pengajian yang

ditawarkan dan bilangan pelatih yang dikeluarkan setiap tahun; dan

(b) apakah Kementerian mengesan kemanakah perginya pelatih-

pelatih yang telah dikeluarkan oleh pusat-pusat latihan kemahiran berkenaan.

16. PN-1342-L25045

YBM Engku Naimah bt Engku Taib minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar di negara ini dan setakat manakah komitmen Kerajaan dalam menjaga kepentingan dan kebajikan Orang Kurang Upaya (OKU) di negara kita.

17. PN-1342-L25247

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan jumlah sebenar Pekebun Kecil yang layak menerima Insentif Pengeluaran Getah (IPG) 2016, dan berapakah bilangan pekebun kecil yang masih belum mendapat bantuan IPG ini di setiap negeri di seluruh negara serta bagaimana Kementerian menanganinya.

18. PN-1342-L25383

Puan Hajah Norahan binti Abu Bakar minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan perancangan FELCRA untuk menambah baik kebajikan dan pendapatan sosial ekonomi peserta FELCRA.

Page 4: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileKESIHATAN menyatakan apakah tanda-tanda ... membasmi aktiviti pengemisan yang melibatkan ... fasiliti dan infrastruktur balai polis di

4 AUM DN 14/6/2016

19. PN-1342-L25499 Datuk Haji Abdullah bin Mat Yasim minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-

(a) jumlah ibu tunggal di negeri Kelantan dan jenis-jenis bantuan

yang diberikan oleh pihak Kementerian kepada ibu tunggal agar menjadi ibu tunggal yang berdaya maju; dan

(b) dari segi sumbangan kepada anak-anak ibu tunggal, adakah

pihak Kementerian bercadang untuk menambah sedikit lagi sumbangan tersebut kerana kos sara hidup kini semakin meningkat.

20. PN-1342-L25580

Dato' Dr. Hou Kok Chung minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan apakah kekangan-kekangan untuk menyatupadukan sistem melatih guru-guru diamanahkan keseluruhannya kepada Kementerian, di mana UPSI menjadi kampus utama dan kesemua IPG dalam negara menjadi cawangan kampus UPSI, kecuali mungkin UTHM yang melaksanakan program-program latihan guru berasaskan teknikal dan teknologi.

21. PN-1342-L25613

Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah sebab-sebabnya ramai wanita Malaysia terjebak dalam “Love Scam” dan apakah usaha Kerajaan untuk mengatasinya dan berapa ramai sindiket “Love Scam” ini telah didakwa dan apakah hukumannya.

22. PN-1342-L25218 Dato' Hoh Khai Mun minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan maklumat terkini mengenai undang-undang dan jangka masa untuk mematuhi peruntukan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik.

23. PN-1342-L25652

Puan Hajah Azizah binti Harun minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan status bilangan dan kos yang ditanggung oleh Kementerian bagi lawatan atau rombongan Menteri dan Timbalan Menteri ke luar negara dalam usaha untuk menimba ilmu dan mencari langkah untuk memperkasakan sistem pendidikan di negara kita.

24. PN-1342-L25686

Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan tentang mengapa Kementerian pada masa kini lebih memberi penekanan terhadap pencapaian modal insan (“Human Capital”) di Institut Tinggi daripada penghayatan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang telah digubal dalam dekad 1990-an.

Page 5: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileKESIHATAN menyatakan apakah tanda-tanda ... membasmi aktiviti pengemisan yang melibatkan ... fasiliti dan infrastruktur balai polis di

AUM DN 14/6/2016 5

25. PN-1342-L25371 Datuk Norliza binti Abdul Rahim minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan peranan Malaysia sebagai anggota ASEAN dalam menghadapi ancaman keamanan dan kestabilan oleh ektremis, jenayah rentas sempadan, ancaman lanun, perebutan wilayah, sindiket dadah antarabangsa, penyeludupan dan pemerdagangan manusia.

26. PN-1342-L25484

Tuan Isa bin Ab. Hamid minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan bahawa Latihan Kemahiran Kerjaya sangat penting kepada belia Orang Asli yang tercicir daripada arus pendidikan untuk mengubah hidup yang lebih bermakna. Berapakah jumlah belia dan beliawanis yang berjaya mengikuti Program Latihan Kemahiran Kerjaya dan apakah kursus-kursus yang dilaksanakan.

27. PN-1342-L25009

Datuk Yoo Wei How minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah aset dan harta yang dibeku atau tidak dapat dituntut akibat tidak mempunyai wasiat.

28. PN-1342-L25633

Datuk Jamilah Sulaiman minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan perkembangan terkini akan syor-syor yang tercatat dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) pendatang asing di Sabah. Apakah tindakan yang telah diambil terutama isu berhubung mengemaskini taraf kerakyatan warga asing yang terlibat dalam skandal projek IC.

29. PN-1342-L25071

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta MENTERI KESIHATAN menyatakan punca banjir yang berlaku baru-baru ini di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan langkah-langkah yang diambil untuk mengatasinya.

30. PN-1342-L25235 Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff minta PERDANA MENTERI menyatakan Kajian Daya Maju (“Feasibility”) Pengangkutan Rel Semenanjung yang melibatkan rangkaian Perkhidmatan Rel Keretapi Tumpat ke Kuantan, Kuantan ke Kuala Lumpur dan Port Klang ke Serendah dan bilakah projek tersebut akan dilaksanakan.

31. PN-1342-L25786

Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan usaha-usaha Kementerian dalam membangunkan industri pelancongan negara dan statistik jumlah ketibaan pelancong ke Malaysia dalam tempoh 3 tahun ke belakang melalui “Malaysia Truly Asia”. Sehingga kini negeri manakah yang menjadi pilihan pelancong.

32. PN-1342-L25490

Tuan Isa bin Ab. Hamid minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sejauh manakah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) boleh membantu Masyarakat Orang Asli memiliki Geran Tanah Individu mengikut Kanun Tanah Negara 1965.

Page 6: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileKESIHATAN menyatakan apakah tanda-tanda ... membasmi aktiviti pengemisan yang melibatkan ... fasiliti dan infrastruktur balai polis di

6 AUM DN 14/6/2016

33. PN-1342-L24975 Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah konsesi tol di Semenanjung bakal dikaji semula termasuk cadangan dikurangkan malah dihapus sejajar dengan konsep bebas tol seperti yang diadaptasi di Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak.

34. PN-1342-L25763

Dato' Haji Mohd. Salim bin Sharif minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah usaha Kerajaan dalam mengawal kemasukan Syarikat minyak jenama asing yang ingin membuka stesen minyak tanpa membelakangkan kepentingan syarikat minyak milik negara.

35. PN-1342-L25178

Datuk Koh Chin Han minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah program latihan yang diutamakan oleh Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri-negeri (USPTN) dan apakah pencapaian dan keputusan yang telah dicapai.

36. PN-1342-L25034

Tuan Isa bin Ab. Hamid minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan usaha-usaha pendidikan awal sangat penting dalam membangunkan modal insan masyarakat luar bandar. Berapa jumlah pra sekolah di seluruh negara dan perkampungan Orang Asli yang akan dibina pada tahun 2016.

37. PN-1342-L25398

Datuk Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan tindakan komprehensif Kementerian dan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi membasmi aktiviti pengemisan yang melibatkan Orang Kelainan Upaya, kanak-kanak dan individu agar sasaran pengemisan sifar dapat dijayakan.

38. PN-1342-L24981

Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-

(a) anggaran jumlah tan metrik sampah yang dibuang oleh rakyat di

negara ini bagi tahun 2014 dan 2015; dan (b) anggaran jumlah yang terpaksa dibelanjakan untuk kerja

pengutipan sampah bagi tempoh yang sama. 39. PN-1342-L25108

Datin Rahimah binti Haji Mahamad minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

(a) sejauh mana program Imunisasi Kebangsaan berjaya mencapai

matlamatnya ; dan

Page 7: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileKESIHATAN menyatakan apakah tanda-tanda ... membasmi aktiviti pengemisan yang melibatkan ... fasiliti dan infrastruktur balai polis di

AUM DN 14/6/2016 7

(b) apakah inisiatif Kementerian dalam menambah baik program ini seperti menambah senarai vaksin, melenyapkan beberapa penyakit berbahaya dan menghapuskan keraguan isu halal haram termasuk terpengaruh dengan dakwaan bahawa vaksin adalah agenda barat untuk merosakkan umat Islam.

40. PN-1342-L25507

Datuk Lihan Jok minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan semua sistem satelit remote sensing yang digunakan oleh Malaysia, dan sejauh manakah sistem satelit itu dapat menampung keperluan negara.

41. PN-1342-L25359

Datuk Norliza binti Abdul Rahim minta MENTERI KESIHATAN menyatakan kemunculan kembali tiga penyakit cegahan vaksin iaitu batuk kokol, demam campak dan jangkitan bakteria (difteria) sejak kebelakangan ini ekoran kurang kesedaran dan menolak imunisasi akibat terpengaruh berhadapan risiko kompilasi jika mengambilnya.

42. PN-1342-L25584

Datuk Zali bin Mat Yasin minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada pihak Kementerian mempunyai perancangan untuk menaiktaraf fasiliti dan infrastruktur balai polis di setiap kawasan dan daerah seperti rumah anggota, kawasan persekitaran balai, kenderaan peronda dan lain-lain memandangkan yang sedia ada ini sudah lama beroperasi.

43. PN-1342-L25028

Dr. Ariffin bin S.M. Omar minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tempoh masa yang diberi untuk mencari pesawat MH370 selepas Jun 2016 dan tindakan yang akan diambil untuk menyelesaikan kes kehilangan MH370 jika tempoh masa tidak akan dilanjutkan.

44. PN-1342-L25595

Dato' Jaspal Singh minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan keterangan apakah strategi Kementerian memantau perjudian haram atas talian berikutan kemajuan teknologi seperti penyulitan (“encryption”), terutamanya berikutan UEFA "European Championship 2016" yang dijangka akan menggalakkan perjudian haram atas talian. Adakah Kementerian bercadang untuk menguatkuasakan lagi undang-undang berkaitan dengan perjudian haram atas talian.

45. PN-1342-L25735

Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejauh mana proses siasatan tragedi pesawat Malaysia MH 17 kini berjalan dan apakah tindakan yang dikenakan kepada pihak yang didapati bersalah.

Page 8: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileKESIHATAN menyatakan apakah tanda-tanda ... membasmi aktiviti pengemisan yang melibatkan ... fasiliti dan infrastruktur balai polis di

8 AUM DN 14/6/2016

46. PN-1342-L25229 Dato' Hoh Khai Mun minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah hasil kajian Kementerian mengenai “zero waste park” bagi memperkasakan matlamat Kementerian ke atas Majlis Perbandaran dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam mengurangkan isu sampah serta mencapai kadar kitar semula 22 peratus pada tahun 2020.

47. PN-1342-L25666

Puan Hajah Azizah binti Harun minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah Kementerian akan menambah bilangan Sekolah Berasrama Penuh yang ada, memandangkan jumlah pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR kian meningkat setiap tahun.

48. PN-1342-L25306 Datuk Hamzah bin Mohd Kasim minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah langkah Kerajaan bagi menangani penyebaran wabak penyakit Virus Zika dari kalangan warga asing khususnya pendatang tanpa izin yang masuk secara haram ke Malaysia.

49. PN-1342-L25258 Datuk Dr. Lucas Umbul minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan setakat ini,Sabah adalah antara tiga negeri di negara ini dengan insiden tertinggi penyakit zoonotik dikenali sebagai "Leptospirosis" atau kencing tikus yang boleh menyebabkan kematian. Apakah program-program berkesan Kementerian dalam menangani kawalan penyakit kencing tikus atau "Leptospirosis" dalam negara ini. Apakah usaha konkrit Kementerian meningkatkan kesedaran yang tinggi kepada masyarakat supaya sentiasa mengawal pembiakan tikus.

50. PN-1342-L25692

Tuan Ramli bin Shariff minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan-tindakan baru yang diambil oleh Kerajaan dalam menangani permasalahan kenaikan kadar tambang pengangkutan awam darat.

51. PN-1342-L25640

Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan adakah Kementerian mempunyai skim bantuan serta sokongan dalam mempromosikan produk-produk perladangan dan komoditi agar dapat menarik lebih ramai belia dalam menyertai industri perladangan sambil dapat memperkasakan penjanaan pendapatan yang lebih tinggi dalam sektor perladangan dan komoditi di negara ini.

52. PN-1342-L25270

Datuk Dr. Lucas Umbul minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah usaha Kementerian untuk menghukum pesalah rogol kanak-kanak dalam negara ini. Apakah Kementerian tidak bercadang memasang mikrocip sebelum penjenayah ini dibebaskan dari penjara agar mudah memantau pergerakan serta lokasi perogol ini sekaligus dapat membendung masalah ini dari terus berlaku lagi.

Page 9: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileKESIHATAN menyatakan apakah tanda-tanda ... membasmi aktiviti pengemisan yang melibatkan ... fasiliti dan infrastruktur balai polis di

AUM DN 14/6/2016 9

53. PN-1342-L25100 Datuk Chin Su Phin minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah anggaran kanak-kanak yang tidak bersekolah mengikut warganegara, umur dan negeri dan apakah langkah berterusan Kerajaan dalam memastikan setiap dari mereka sekurang-kurangnya mendapat pendidikan asas yang diperlukan.

54. PN-1342-L25452

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan peratusan produk-produk tempatan yang dijual di pasar raya dan juga menyatakan inisiatif-inisiatif yang sedang diambil untuk meningkatkan peratusan ini.

55. PN-1342-L25621

Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa ramai dari jumlah pelajar yang ditaja oleh GLC ini berjaya dalam mencapai aspirasi Kerajaan dalam meningkatkan modal insan serta dapat membantu meningkatkan pencapaian pertumbuhan syarikat GLC sehingga kini.

56. PN-1342-L24987

Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan langkah mempertingkatkan kesedaran berkaitan aspek keselamatan kebakaran di kalangan masyarakat dalam usaha mengurangkan risiko kebakaran membabitkan kehilangan nyawa dan harta benda.

57. PN-1342-L25386

Datuk Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kaedah terbaik yang perlu diambil oleh Bank Komersial bagi menangani kes rompakan dan pecah mesin ATM dan mesin deposit tunai yang berleluasa kini.

58. PN-1342-L25114

Datin Rahimah binti Haji Mahamad minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-

(a) senarai terkini negeri yang melaksanakan catuan agihan

bekalan air; dan (b) langkah mendidik masyarakat agar lebih berhemah

menggunakan air di saat fenomena El-Nino melanda negara. 59. PN-1342-L25376

Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah perkembagan terkini mengenai usaha yang dilakukan berikutan pencemaran air sungai akibat aktiviti pertanian di Cameron Highlands seperti yang dilaporkan oleh para penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada bulan Mac tahun 2015.

Page 10: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileKESIHATAN menyatakan apakah tanda-tanda ... membasmi aktiviti pengemisan yang melibatkan ... fasiliti dan infrastruktur balai polis di

10 AUM DN 14/6/2016

60. PN-1342-L25365 Datuk Norliza binti Abdul Rahim minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan :-

(a) kelebihan Malaysia yang mengamalkan dasar keterbukaan

pengantarabangsaan pendidikan tinggi ; dan (b) sejauh manakah komitmen Kementerian selaku tuan rumah

beberapa kampus yang di tubuhkan oleh Universiti luar negara di sini serta meneruskan dasar menghantar pelajar Malaysia ke Universiti berprestij di luar negara.

61. PN-1342-L25659

Puan Hajah Azizah binti Harun minta MENTERI KESIHATAN menyatakan tahap kawalan yang disediakan oleh pihak Kementerian di pintu-pintu masuk negara dalam mengekang penyakit merebak yang merebak di peringkat antarabangsa dari memasuki ke dalam negara kita.

62. PN-1342-L25152

Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk memperluaskan skim perumahan belia di seluruh negara.

63. PN-1342-L25647

Datuk Jamilah Sulaiman minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan statistik pesakit yang menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera semenjak tahun 2010 hingga sekarang dan adakah ATM mempunyai pegawai perubatan yang mencukupi untuk merawat bilangan pesakit yang menerima rawatan di hospital-hospital tersebut.

64. PN-1342-L25619

Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan mengapakah sehingga hari ini harga kacang Dhal serta beberapa lagi bahan bijirin masih lagi dikekalkan dengan harga yang kini dilihat lebih mahal walaupun YAB Perdana Menteri telah mengumumkan kadar penurunan dan berkecuali dari GST tempoh hari. Adakah Kerajaan akan meneliti kembali harga pasaran bagi komoditi ini agar ia tidak menjejaskan atau membebankan masyarakat kita terutama kaum India yang banyak menggunakannya.

65. PN-1342-L25046

YBM Engku Naimah bt Engku Taib minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh manakah Kerajaan telah membuat kajian semula skim perkhidmatan perguruan khususnya dari segi beban dan tugas sampingan guru yang makin bertambah untuk meningkatkan mutu pendidikan negara.

Page 11: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileKESIHATAN menyatakan apakah tanda-tanda ... membasmi aktiviti pengemisan yang melibatkan ... fasiliti dan infrastruktur balai polis di

AUM DN 14/6/2016 11

66. PN-1342-L25813 Tan Sri Dato' Haji Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan memandangkan militan IS di Malaysia telah mencapai tahap ketiga di mana mereka bersedia untuk mengadakan serangan, apakah tindakan tambahan yang sewajarnya diambil untuk menangani risiko ancaman yang lebih serius terhadap keamanan dan ketenteraman negara.

67. PN-1342-L25765

Dato' Haji Mohd. Salim bin Sharif minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah Kementerian dalam menangani kebanjiran warga asing yang menyalahguna pas lawatan dan pas pelajar bagi tujuan melakukan pekerjaan yang tidak bermoral seperti pusat hiburan dan pelacuran.

68. PN-1342-L25773

Dato' Haji Mohd. Salim bin Sharif minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kementerian mewajibkan semua kereta agensi Kerajaan menggunakan 100% minyak jenama negara.

69. PN-1342-L25120

Datin Rahimah binti Haji Mahamad minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian bercadang mengkaji semula peranan dan kuasa guru besar dan pengetua agar mereka berkuasa sepenuhnya dalam mengenakan hukuman, tatacara dan pengeluaran surat amaran kepada pelajar bermasalah.

70. PN-1342-L25133

Dato' Haji Abdul Rahman bin Mat Yasin minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sejauh manakah kejayaan Minggu PKS 2016 (SMIDEX 16) bagi mewujudkan rangkaian perniagaan antara Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), syarikat besar dan Syarikat Multinasional (MNC) untuk meningkatkan keupayaan PKS sebagai tulang belakang ekonomi negara.

71. PN-1342-L25715

Tuan Ramli bin Shariff minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah langkah-langkah dan pendekatan Kerajaan bagi mewujudkan pusat-pusat dan hospital-hospital pakar secara zon seperti di kawasan Utara, Selatan, Timur dan Barat bagi memendekkan masa berulang-alik ke tempat tersebut oleh pesakit-pesakit.

72. PN-1342-L25641

Datuk Jamilah Sulaiman minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan menyatakan isu berkaitan dengan persepsi negatif orang ramai terhadap keupayaan Polis Diraja Malaysia yang masih lagi tinggi walaupun indeks jenayah semenjak tahun 2009 hingga 2014 telah pun menurun sebanyak 40 peratus.

Page 12: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileKESIHATAN menyatakan apakah tanda-tanda ... membasmi aktiviti pengemisan yang melibatkan ... fasiliti dan infrastruktur balai polis di

12 AUM DN 14/6/2016

73. PN-1342-L25757 Dato' Haji Mohd. Salim bin Sharif minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berhubung Virus Zika di sempadan Singapura. Apakah langkah pihak Kerajaan dalam menangani wabak ini. Apakah ada vaksin yang boleh mencegah penyakit ini.

74. PN-1342-L25511

Datuk Haji Abdullah bin Mat Yasim minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah cadangan pihak Kementerian untuk membina sebuah Sekolah Menengah Integrasi di Rantau Panjang kerana tapak seluas 34 ekar sudah ada dan permohonan juga sudah dibuat.

75. PN-1342-L25516

Datuk Lihan Jok minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan jumlah latihan bersama di darat, laut dan udara dengan negara-negara lain dalam masa yang terdekat ini, untuk menjamin keselamatan Malaysia pada tahap yang tinggi.

76. PN-1342-L25286

Datuk Seri Boon Som a/l Inong minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan kriteria yang digunakan oleh Kementerian untuk memberi lesen kepada pihak yang berminat menjalankan operasi syarikat penerbangan supaya pengguna tidak menjadi mangsa berikutan kegagalan syarikat meneruskan operasi seperti yang terjadi dalam kes Syarikat Rayani Air.

77. PN-1342-L25681

Datuk Ng Chiang Chin minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan dengan secara terperinci rancangan rondaan bersama di Laut Sulu antara Malaysia, Indonesia, Filipina dan Brunei dan apakah kos yang terlibat serta peranan ESSCOM dalam rondaan bersama tersebut.

78. PN-1342-L25430

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan dan peratus anak-anak tak sah taraf yang menggunakan nama bapa selain daripada nama Abdullah di kalangan umat islam.

79. PN-1342-L25497

Datuk Lihan Jok minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan formula rasmi yang digunakan untuk membiayai keperluan kewangan untuk membina Lebuh Raya Pan Borneo, supaya lebuhraya itu dapat dibina dalam tempoh yang dijadualkan semasa kedudukan kewangan Kerajaan begitu merosot akibat kegawatan harga minyak dunia.

80. PN-1342-L25553

Dato' Sri Khairudin Samad minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan apakah langkah yang dilakukan oleh pihak Kementerian bagi mengelakkan pelajar Malaysia (tanggungan sendiri) di luar negara khususnya di Timur Tengah daripada terpengaruh dengan dakyah yang dibawa oleh gerakan pengganas seperti IS.

Page 13: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileKESIHATAN menyatakan apakah tanda-tanda ... membasmi aktiviti pengemisan yang melibatkan ... fasiliti dan infrastruktur balai polis di

AUM DN 14/6/2016 13

81. PN-1342-L25088 Datuk Chin Su Phin minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah dan program transformasi yang dijalankan oleh Kerajaan tahun ini ke atas industri teksi negara khususnya berkenaan sikap pemandu teksi, mutu servis dan tambang yang dikenakan.

82. PN-1342-L25436

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah kesan Gerakan Anti Vaksin terhadap negara dan apakah pelan tindakan Kerajaan menghadapi masalah ini.

83. PN-1342-L25131

Dato' Haji Abdul Rahman bin Mat Yasin minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan anggota biasa, bersekutu dan kehormat Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta nyatakan langkah Kerajaan bagi memperkasakan dan meningkatkan kualiti anggota RELA bagi memastikan RELA mampu memelihara dan mengawal keamanan dan keselamatan negara.

84. PN-1342-L25008

Dr. Ariffin bin S.M. Omar minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah yang diambil oleh Jabatan Hal Ehwal Islam untuk mengawal pengaruh guru yang berkhidmat di tadika Islam daripada menyebarkan serta mempengaruhi kanak-kanak dibawah seliaan mereka daripada dipengaruhi oleh fahaman ekstrem.

85. PN-1342-L25224

Dato' Hoh Khai Mun minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah usaha mempergiatkan pengeluaran makanan terutamanya ternakan bagi menghadapi kekurangan makanan seperti daging lembu, kambing, ayam dan sebagainya.

86. PN-1342-L25022

Dr. Ariffin bin S.M. Omar minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tentang sejauh manakah Kerajaan dapat memantau pekerja-pekerja asing dari Bangladesh yang dibawa masuk ke negara ini untuk menentukan bahawa mereka tidak terlibat dengan ISIS.

87. PN-1342-L25559

Dato' Sri Khairudin Samad minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah inisiatif Kementerian untuk menaikkan taraf keselamatan awam dalam penggunaan CCTV di dalam bandar, jalan-jalan utama, taman-taman dan kawasan-kawasan yang menjadi "hot spot" penjenayah.

88. PN-1342-L25703

Tuan Ramli bin Shariff minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan apakah bentuk usaha Kerajaan bagi membantu meringankan kos sara hidup pelajar-pelajar di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) seperti menyediakan makanan percuma kepada pelajar-pelajar yang memerlukannya.

Page 14: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileKESIHATAN menyatakan apakah tanda-tanda ... membasmi aktiviti pengemisan yang melibatkan ... fasiliti dan infrastruktur balai polis di

14 AUM DN 14/6/2016

89. PN-1342-L25779 Datuk Yahaya bin Mat Ghani minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah pemilikan ekuiti korporat Bumiputera antara tempoh 2013 hingga 2016 dan apakah usaha terkini Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan tersebut.

90. PN-1342-L25158

Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian minta MENTERI KESIHATAN menyatakan nisbah terkini doktor untuk pesakit di hospital umum dan sama ada terdapat perancangan untuk menambah penjawatan bagi mengurangkan bebanan pegawai perubatan di hospital umum di seluruh negara, khasnya di Sarawak.

91. PN-1342-L25164

Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sama ada terdapat pelan dan langkah-langkah strategik bagi menarik lebih ramai golongan muda untuk menceburi bidang pertanian di seluruh negara, khasnya di Sarawak.

92. PN-1342-L25441 Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bantuan kewangan yang telah diberikan kepada Pihak Berkuasa Tempatan bagi setiap negeri bagi tujuan pembangunan taman bandar di bawah Jabatan Lanskap Negara.

93. PN-1342-L25094

Datuk Chin Su Phin minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah langkah-langkah terkini Kerajaan susulan penemuan pertama kes virus zika di negara Singapura dan langkah-langkah persedian bagi menangani isu ini setelah tamat acara sukan olimpik di Brazil kelak.

94. PN-1342-L25189 Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan statistik pengangguran yang berlaku dikalangan graduan yang mengambil kursus-kursus ikhtisas seperti perakaunan, farmasi, perubatan dan senibina di universiti-universiti tempatan.

95. PN-1342-L25241

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan justifikasi dan rasional menyusun semula anak-anak syarikat MARA di bawah Pengurusan MARA Corporation Berhad dan bagaimanakah Faedah dan Implikasi Liabiliti dan Hak Pihak Berkepentingan seperti pekerja dan vendor apabila migrasi ini dilakukan.

96. PN-1342-L25343 Tuan Wilfred Yong Chen Leong minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pencarum KWSP yang menolak potongan caruman sebanyak 8% dan jangkaan tambahan jumlah pendapatan boleh guna (“Disposable Income”) rakyat mengikut jenis pendapatan hasil daripada langkah ini.

Page 15: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileKESIHATAN menyatakan apakah tanda-tanda ... membasmi aktiviti pengemisan yang melibatkan ... fasiliti dan infrastruktur balai polis di

AUM DN 14/6/2016 15

97. PN-1342-L25793 Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sejauh manakah pengurusan aktiviti perladangan oleh Malaysian Agrifood Corporation Berhad (MAFC) dan pajakan tanah MARDI di tanah rata dilaksanakan bagi menjamin pengeluaran hasil ladang yang berterusan dari tanah berkenaan.

98. PN-1342-L25195

Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah minta MENTERI KEWANGAN menyatakan usaha yang telah dijalankan untuk mendidik generasi muda tentang kepentingan kemahiran pengurusan kewangan, memandangkan kelompok sasaran ini ramai yang terbeban dengan liabiliti kewangan yang tinggi.

99. PN-1342-L25077

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah kematian/kecederaan yang disebabkan oleh bahagian-bahagian automotif yang rosak seperti beg udara ("air bag") dari 2014 sehingga sekarang dan langkah-langkah yang diambil untuk memastikan bahawa kenderaan dengan bahagian yang rosak dipanggil balik dengan kadar segera.

100. PN-1342-L25395 Puan Hajah Norahan binti Abu Bakar minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan mengenai medan selera awam yang terdapat di Kuala Lumpur :-

(a) adakah Kementerian mengenalpasti medan selera awam yang

menjadi tumpuan orang ramai serta medan selera yang telah menjadi “gajah putih”; dan

(b) apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian dalam

menambah baik kemudahan dan prasarana yang terdapat di medan selera awam yang popular, tapi mengalami masalah kekurangan kemudahan asas seperti bekalan air dan tandas awam yang rosak.

101. PN-1342-L25323

Datuk Seri Boon Som a/l Inong minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-

(a) jumlah kerugian yang di alami pesawah padi dan jumlah

bekalan beras negara berikutan fenomena El Nino yang melanda negara baru-baru ini, serta persediaan bagi menghadapi kemungkinan banjir di kawasan pertanian akibat fenomena La Nina yang dijangka berlaku selepas berakhirnya fenomena El Nino; dan

(b) adakah Kerajaan bercadang untuk menghapuskan monopoli

import beras bagi memastikan bekalan beras negara mencukupi serta orang ramai mendapat beras yang lebih berkualiti.

Page 16: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileKESIHATAN menyatakan apakah tanda-tanda ... membasmi aktiviti pengemisan yang melibatkan ... fasiliti dan infrastruktur balai polis di

16 AUM DN 14/6/2016

102. PN-1342-L25530 Tan Sri Nalla K. S. minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bagaimanakah Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat mengenal pasti golongan miskin dan juga OKU yang layak dibantu dari pelbagai aspek dan seterusnya mempercepatkan proses penyerahan bantuan yang berkaitan.

103. PN-1342-L25172

Datuk Koh Chin Han minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kementerian mengambil kira cadangan laporan audit tahunan bagi menstrukturkan bajet tahunan terutamanya Kementerian yang sering diperingatkan oleh Ketua Audit Negara mengenai kes salah guna, kelemahan dan lebihan perbelanjaan.

104. PN-1342-L25212

Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah yang telah diambil oleh Kerajaan bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah dalam usaha mempersiapkan mereka menempuh alam pekerjaan terutamanya sektor swasta yang menuntut pekerjanya memiliki kemahiran untuk menulis dan membaca dalam bahasa Inggeris.

105. PN-1342-L25547

Tan Sri Nalla K. S. minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah perlaksanaan dasar penggunaan cermin gelap yang baharu akan dikuatkuasakan dan apakah langkah untuk memastikan kedai aksesori hanya dibenarkan menjual lapisan cermin gelap yang mengikut spesifikasi undang-undang sahaja.

106. PN-1342-L25378

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bagaimanakah kawalan ke atas format iklan “Billboard” agar tidak ada ayat promosi berbaur lucah dan mengelirukan pelanggan dicetak siar dalam iklan “Billboard” tersebut.

107. PN-1342-L25676

Datuk Ng Chiang Chin minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah cadangan oleh Ketua Polis Negara untuk menaikkan kadar saman trafik bagi mengurangkan kemalangan jalan raya akan diteruskan meskipun dengan pelaksanaan sistem AWAS.

108. PN-1342-L25065

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta PERDANA MENTERI menyatakan bila Pesuruhjaya Suhakam bagi sesi 2016-2019 akan dilantik dan juga menyatakan sebab-sebab berlakunya kelewatan ini.

109. PN-1342-L25287

Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sedarkah Kementerian bahawa Malaysia menjadi destinasi transit utama aktiviti penyeludupan migran ekoran kelonggaran proses kemasukan ditambah dengan perlakuan rasuah di kalangan penjawat awam yang bertugas di pintu-pintu masuk sempadan serta di lapangan terbang.

Page 17: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileKESIHATAN menyatakan apakah tanda-tanda ... membasmi aktiviti pengemisan yang melibatkan ... fasiliti dan infrastruktur balai polis di

AUM DN 14/6/2016 17

110. PN-1342-L25770 Datuk Yahaya bin Mat Ghani minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan peratus produk-produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) terutamanya barangan keluaran Bumiputra yang telah memasuki pasaran 'hypermarket' dan nyatakan masalah dan halangan yang dihadapi serta langkah-langkah mengatasinya.

111. PN-1342-L25545 Dato' Sri Khairudin Samad minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk membuat, mengeluar dan menjual nombor pendaftaran kenderaan “standard” yang diluluskan bagi mengelakkan terdapatnya kepelbagaian nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

112. PN-1342-L25696 Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan sebab-sebab kegagalan UIAM mencapai penarafan dunia dalam program 'Islamic Banking and Finance' walaupun UIAM adalah pelopor dalam bidang tersebut, berbanding dengan pencapaian bertaraf dunia oleh 'International Syari'ah Research Academy'(ISRA) yang baru ditubuhkan sejak lapan tahun lalu.

113. PN-1342-L25532

Dato' Adam bin Abdul Hamid minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah sistem pengangkutan aliran ringan seperti LRT dan MRT pada masa-masa akan datang akan diperluaskan bukan sahaja di Lembah Klang tetapi juga bandar-bandar utama lain seperti Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching, Kota Bahru, Ipoh dan lain-lain bagi mengatasi kesesakan jalanraya dan lalulintas. Jika ada, bilakah akan dilaksanakan dan bagaimana perancangannya.

114. PN-1342-L25825

Dato' Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan Integrasi Nasional merupakan isu negara. Namun kebelakangan ini dalam media sosial sering didedahkan kata-kata provokasi, kejian, sindiran atau gurauan yang boleh memperkecil dan mengguris perasaan pembaca yang berlainan latar belakang dan dikhuatiri menjadi ancaman keretakan Integrasi Nasional negara. Apakah formula Kerajaan untuk membendungnya.

115. PN-1342-L25752

Datuk Yahaya bin Mat Ghani minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa bilangan peniaga yang telah diambil tindakan dan didakwa di mahkamah sehingga Januari 2016 di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 sejak GST dilaksanakan. Sila nyatakan jumlah kutipan semenjak akta ini dilaksanakan.

Page 18: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileKESIHATAN menyatakan apakah tanda-tanda ... membasmi aktiviti pengemisan yang melibatkan ... fasiliti dan infrastruktur balai polis di

18 AUM DN 14/6/2016

116. PN-1342-L25044 YBM Engku Naimah bt Engku Taib minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bilangan terkini pembantu rumah warga asing yang bekerja dan berdaftar di negara ini mengikut negara dan langkah Kerajaan bagi mengatasi kekurangan pembantu rumah warga asing berikutan langkah Kerajaan Indonesia yang melarang penduduknya ke luar negara untuk bekerja sebagai pembantu rumah.

117. PN-1342-L25334

Tuan Wilfred Yong Chen Leong minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan sambutan belia terhadap program "Bootcamp Bus Captain” anjuran Kementerian dengan kerjasama Prasarana Malaysia Berhad dan adakah Kementerian bercadang untuk memperbanyakkan lagi program-program seperti ini bagi membantu belia mendapatkan peluang pekerjaan yang baik .

118. PN-1342-L25568 Datuk Zali bin Mat Yasin minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah-langkah yang telah diambil bagi memastikan virus zika ini tidak merebak ke negara ini memandangkan virus ini telah menyerang lebih daripada 20 buah negara termasuk Singapura dan Thailand.

119. PN-1342-L25800

Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan golongan yang menjalankan aktiviti penipuan melalui “Love Scam”. Mereka berasal dari negara mana dan apakah tindakan yang telah diambil terhadap golongan / individu yang terlibat di dalam sindiket tersebut.

120. PN-1342-L25322

Datuk Hamzah bin Mohd Kasim minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sejauh manakah keberkesanan Kempen Pertanian Bandar yang telah dijalankan dalam mengurangkan kos sara hidup.

121. PN-1342-L25001

Datuk Yoo Wei How minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah peraturan dan panduan yang ditetapkan oleh Kementerian ke atas operator yang menyediakan makanan dan minuman di kafetaria agensi Kerajaan dan tempat awam seperti sekolah bagi mengurangkan isu obesiti.

122. PN-1342-L25456

Tuan Chia Song Cheng minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik majoriti isi rumah B40 yang berjaya ditingkatkan peluang pekerjaan dan keusahawanan hasil mendapat pelaburan mengikut pecahan negeri serta kawasan luar bandar dan bandar.

123. PN-1342-L25739

Dato' Chai Kim Sen minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan adakah Kementerian mempunyai hala tuju strategik yang boleh dijadikan penanda aras untuk mengenalpasti potensi pertumbuhan ekonomi India yang kini hangat diperkatakan di kaca mata dunia dan usaha mendorong mempertingkatkan peluang perdagangan dan pelaburan Malaysia dengan negara ini.

Page 19: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileKESIHATAN menyatakan apakah tanda-tanda ... membasmi aktiviti pengemisan yang melibatkan ... fasiliti dan infrastruktur balai polis di

AUM DN 14/6/2016 19

124. PN-1342-L25745 Dato' Chai Kim Sen minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan secara terperinci mengenai projek perintis e-waste yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar di sekitar Lembah Klang pada bulan Ogos 2016 yang dikatakan akan mengagihkan kos tersebut dengan mencaj bayaran ke atas pengguna atau kilang pembuatan barangan elektrik dan elektronik.

125. PN-1342-L25264 Datuk Dr. Lucas Umbul minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan Persekutuan tidak bercadang menggunakan formula pelantikan Tiga Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang mewakili Semenanjung, Sabah dan Sarawak bagi memperkukuhkan lagi sistem pentadbiran negara yang sedia ada. Mengambil contoh, amalan pelantikan tiga Timbalan Ketua Menteri di Sabah dan Sarawak adalah bertujuan mewakili kaum dan memperkukuh sistem Kerajaan negeri-negeri tersebut.

126. PN-1342-L25819 Tan Sri Dato' Haji Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah langkah yang diambil untuk memastikan program sukan yang dilancarkan bagi melahirkan bakat-bakat bertaraf dunia seperti sukan badminton terus dilaksanakan secara profesional bagi memperkukuhkan barisan pelapis sukan negara.

Page 20: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileKESIHATAN menyatakan apakah tanda-tanda ... membasmi aktiviti pengemisan yang melibatkan ... fasiliti dan infrastruktur balai polis di

20 AUM DN 14/6/2016

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R.10/2016) Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2016 -

Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. ( 13 Jun, 2016 )

[ Menteri Pengangkutan ]

2. (D.R.1/2016) Rang Undang-undang Bekalan Gas (Pindaan) 2016 [Menteri di Jabatan Perdana Menteri]

Bacaan Kali Yang Kedua

3. (D.R.7/2016) Rang Undang-Undang Pengambilan Tanah (Pindaan) 2016 [Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar]

4. (D.R.8/2016) Rang Undang-Undang Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2016 [Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar]

5. (D.R. 9/2016) Rang Undang-Undang Hakmilik Strata (Pindaan) 2016 [ Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ]

6. (D.R.11/2016) Rang Undang-Undang Pertahanan Awam (Pindaan) 2016 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Page 21: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF fileKESIHATAN menyatakan apakah tanda-tanda ... membasmi aktiviti pengemisan yang melibatkan ... fasiliti dan infrastruktur balai polis di

AUM DN 14/6/2016 21

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN NEGARA)

TAHUN

2016 RISALAT/DOKUMEN TARIKH

DIBENTANGKAN

ST.45 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Bagi Tahun 2014

14 Jun 2016

ST.46 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Institut Akauntan Malaysia Bagi Tahun 2015

14 Jun 2016

ST.57 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia Bagi Tahun 2011

14 Jun 2016

ST.58 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia Bagi Tahun 2012

14 Jun 2016

ST.60 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Pemantauan Audit (AOB) Bagi Tahun 2015

14 Jun 2016