malayan union
DESCRIPTION
presentationTRANSCRIPT
SEJARAH MALAYSIA DAN
ASIA TENGGARA (1800-2000)
BAHAGIAN A: SEJARAH MALAYSIA
3 Nasionalisme dan Pembentukan Negara
Bangsa
3.2.2 Perjuangan secara
berperlembagaan1946-1960
Kawasan Kajian
Malaysia
Masa Kajian Abad ke-20
Has
il Pe
mbe
laja
ran
Calo
n se
haru
snya
dap
at menilai penentangan
orang Melayu
terhadap Malayan
Union
Malayan Union
[Kesatuan Tanah
Melayu]
Pendahuluan
Julai 1943
Malayan Planning Unit (MPU) telah
ditubuhkan di London
MPU
untuk rangka perlembagaan
baru yang sesuai dijalankan di
Tanah Melayu selepas tamat perang nanti
Mei 1944
kabinet Britain telah luluskan
syor penyatuan politik Tanah Melayu yang
dikemukakan oleh MPU
Oktober 1945
Kerajaan British umumkan di
parlimen penyatuan politik
Tanah Melayu yang dikenali
sebagai Malayan Union (MU)
Parlimen British
keluarkan “kertas putih” yang terdapat
syor-syor Malayan Union
KERTAS PUTIH• Kertas Putih ialah sebuah laporan kerajaan yang
menggariskan polisi. • Kertas Putih juga merupakan sebuah laporan
berwibawa yang ditulis oleh sepasukan pakar tentang sesuatu persoalan utama, termasuk juga karangan ringkas yang bertujuan untuk mendidik (berbeza dengan kertas pendirian) pelanggan-pelanggan industri.
• Kertas Putih dinamai sedemikian kerana pada asalnya, kulit jilid dokumen itu berwarna putih
Syor-syor Malayan Union
2 fasal utama
Pentadbiran
dan
Kerakyatan
1. Pentadbiran
Malayan Union
2 buah Negeri-negeri Selat
4 buah Negeri-negeri Melayu
Bersekutu
dan
5 buah Negeri-negeri Melayu
Tidak Bersekutu
gabungan
Raja Melayu
Kedudukan dikekalkan
Tiada kuasa dalam pentadbiran
Kuasa hanya tertumpu dalam hal ehwal
agama Islam dan adat resam Melayu
Malayan
Union
jadikan Tanah
Jajahan Mahkota British
dengan pemusatan pentadbiran
yang diketuai
oleh Gabenor di Kuala Lumpur
2. Kerakyatan
Perlembagaan Malayan Union
berikan hak dan peluang yang sama
kepada semua warganegara
tanpa mengira bangsa dan keturunan
Syarat kerakyatan
1. Lahir di Tanah Melayu atau Singapura.
2. Tinggal di Tanah Melayu selama 10
tahun daripada tempoh 15 tahun
yang terdahulu sebelum 15
Februari 1942.
Syarat kerakyatan
3. Lahir di luar Tanah Melayu tetapi ibu atau bapa
atau kedua-duanya ialah warganegara Malayan
Union.
4. Mereka yang tidak layak ikut syarat
tersebut di atas boleh mohon menjadi
warganegara selepas tinggal di Tanah
Melayu selama 5 tahun.
Jus SoliJus soli ialah bahasa Latin bagi "hak untuk kawasan"
atau kewarganegaraan hak lahir bermaksud hak
kerakyatan sama rata iaitu taraf kerakyatan yang
diberi berdasarkan tempat kelahiran tanpa mengira
bangsa dan keturunan.
Sebab-sebab penubuhan
Malayan Union
1. Mewujudkan keseragama
n dan kecekapan
2. Melahirkan semangat cinta akan
Tanah Melayu
3.Mengimbangi perkembangan
ekonomi
4. Persiapan ke arah
berkerajaan sendiri
5. Meneruskan usaha British
6. Meneruskan penguasaan
politik dan
ekonomi
7.Membalas dendam
8. Mengenang jasa
9. Menghalang usaha
ke arah kemerdekaan
10.Menyusun strategi
pertahanan
Penentangan Malayan Union
oleh orang Melayu
Pengenalan dan penubuhan Malayan Union telah menimbulkan penentangan hebat daripada orang Melayu. Antara sebabnya:
1.Cara Harold MacMichael
mendapatkan tandatangan Sultan-sultan
Orang Melayu tidak bersetuju dengan cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Sultan bagi mempersetujui penubuhan MU. Semasa diminta menandatangani persetujuan tersebut, Sultan-sultan tidak diberitahu cadangan-cadangan yang terkandung dan perlembagaan MU. Sultan-sultan juga tidak diberi masa cukup untuk meneliti kebaikan dan keburukan MU.
Selain itu, mereka juga tidak dibenarkan berbincang dengan pembesar atau Majlis Mesyuarat Negeri sebelum menandatangani persetujuan penubuhan MU. Ugutan Harold MacMichael telah menambahkan kemarahan orang Melayu. Sekiranya mana-mana Sultan enggan menandatangani persetujuan penubuhan MU, Sultan tersebut akan dianggap pro-Jepun dan disingkirkan dari takhta. Contoh yang jelas ialah Sultan Kedah yang diberi kata dua sama ada menandatangani persetujuan penubuhan MU atau turun dari takhta.
2. Kekuasaan dan
kewibawaan Sultan
Penubuhan MU akan menjejaskan kekuasaan dan kewibawaan Sultan. Walaupun kedudukan Sultan dikekalkan, tetapi kekuasaan dan kewibawaan mereka dikurangkan. Sultan tidak mempunyai kuasa pentadbiran. Kuasa Sultan hanya tertumpu dalam hal-ehwal Islam dan adat resam Melayu.
Malah kuasa Sultan dalam hal-ehwal Islam juga terjejas apabila British mencadangkan penubuhan Majlis Mesyuarat Agama yang dipengerusikan oleh Gabenor. Sultan-sultan dianggap sebagai pelindung orang Melayu. Kemerosotan kuasa Sultan bererti kehilangan kuasa orang Melayu.
3. Hak istimewa
Penubuhan Malayan Union akan menghapuskan hak-hak istimewa yang dinikmati oleh orang Melayu sebagai bumiputera Tanah Melayu kerana perlembagaan Malayan Union memberikan hak dan peluang yang sama kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa dan keturunan.
Orang Melayu tidak mahu hak istimewa dinikmati oleh orang Cina dan India yang dianggap pendatang yang menumpang di Tanah Melayu. Penghapusan hak istimewa menyebabkan orang Melayu bimbang penguasaan ekonomi oleh orang Cina akan bertambah besar dan ini akan meluaskan jurang ekonomi antara orang Melayu dengan orang Cina.
4. Hak kerakyatan
Orang Melayu tidak bersetuju dengan syarat kerakyatan yang longgar mengikut prinsip jus soli. Orang Melayu tidak mahu orang Cina dan India diberi syarat kerakyatan yang longgar kerana merek masih tidak yakin dengan taat setia orang Cina dan India terhadap Tanah Melayu. Pemberian taraf kerakyatan yang longgar akan menyebabkan ramai orang Cina dan India menjadi warganegara Tanah Melayu.
Orang Melayu bimbang orang Cina yang sudahpun menguasai ekonomi akan menguasai politik apabila bilangan mereka melebihi orang Melayu. Kebimbangan mereka bertambah kerana pada tahun 1947, jumlah Melayu hanya 49.46% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.
5. Balas dendam
Orang Melayu juga menentang MU kerana mereka menyedari perlembagaan MU merupakan balas dendam British terhadap orang Melayu kerana menyokong Jepun. James Allen dalam bukunya “The Malayan Union” mendakwa sejak kekalahan British di tangan Jepun, majoriti pegawai British bersikap anti-Melayu kerana kecewa dengan tindakan orang Melayu bekerjasama dengan Jepun. Akibatnya, perlembagaan MU amat merugikan orang Melayu, terutamanya yang berkaitan dengan hak istimewa dan kekuasaan serta kewibawaan Sultan.
6. Masa yang tidak sesuai
Malayan Union dilaksanakan pada masa cemas dalam hubungan antara orang Melayu dengan Cina akibat pemerintahan Jepun. Oleh itu, orang Melayu mendakwa perkembangan ini dilaksanakan dalam suasana anti-Melayu dan pro-Cina kerana Malayan Union merugikan orang Melayu dan menguntungkan orang Cina.
7. Orang Melayu
tidak terlibat
Orang Melayu tidak terlibat dalam merangka perlembagaan MU. Perlembagaan itu dirancang oleh Pegawai British dalam MPU di London. Pendapat orang Melayu langsung tidak diminta oleh British semasa mereka merangka perlembagaan tersebut.
Cara-cara penentangan
Orang Melayu telah membantah penubuhan MU melalui beberapa cara. Antaranya :
1. Akhbar
Akhbar-akhbar telah memainkan peranan penting dalam membangkitkan penentangan orang Melayu terhadap MU. Akhbar-akhbar telah mendedahkan keburukan dan kerugian yang akan dialami oleh orang Melayu jika MU dilaksanakan. Orang Melayu telah diseru supaya bersatu dalam usaha menentang MU.
Orang Melayu juga diseru supaya memulihkan pertubuhan yang telah wujud dan menubuhkan pertubuhan baru. Pertubuhan-pertubuhan ini perlu digabungkan bagi menguatkan penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union. Berita tentang penentangan orang Melayu dimuatkan dalam akhbar untuk disebarkan ke seluruh Tanah Melayu. Antara akhbar tersebut ialah Utusan Melayu, Warta Negara, Majlis dan Pelita Malaya.
2. Kerjasama Sultan,
pembesar dan rakyat
Sultan-sultan, pembesar-pembesar dan orang-orang Melayu telah bersatu dan bekerjasama dalam usaha menentang Malayan Union. Mereka telah menulis surat kepada Raja British dan bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu memohon sokongan mereka terhadap perjuangan orang Melayu. Mereka juga mendesak Kerajaan British dan Pejabat Tanah Jajahan membatalkan rancangan penubuhan MU dan merangka perlembagaan baru yang sesuai dijalankan di Tanah Melayu khususnya yang dapat melindungi kepentingan orang Melayu.
Bekas pegawai British tersebut telah menulis dalam akhbar di Britain, terutamanya akhbar Times untuk menyatakan sokongan mereka terhadap perjuangan orang Melayu. Antara bekas pegawai British tersebut ialah Frank Swettenham, Arthur Richard, Cecil Clementi, Rolland Braddle dan Windstedt. Orang Melayu telah mengadakan perarakan dan perhimpunan di semua ibu negeri dan di bandar-bandar lain di Tanah Melayu untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap Malayan Union.
Sebagai contoh, pada 15 Disember 1945, 10 ribu orang telah berkumpul di hadapan istana di Kota Bahru semasa Harold MacMichael menemui Sultan untuk mendapatkan tandatangan. Pada 25 Januari 1946, hampir 5000 orang telah mengadakan perhimpunan di Padang Mahkamah, Alor Setar. Pada 10 Februari 1946, perhimpunan yang dihadiri oleh 15 ribu orang diadakan di Johor Bahru. Satu perhimpunan raksasa yang dihadiri lebih 50 ribu orang diadakan di Kuala Kangsar pada 10 Mac 1946.
3.Mengadakan Kongres
Hasil daripada daya usaha Kesatuan Melayu Selangor dan Dato’ Onn bin Jaafar, Kongres Melayu Se-Malaya diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1-4 Mac 1946. Kongres tersebut dihadiri 107 perwakilan dan 56 pemerhati dari 41 pertubuhan Melayu di seluruh Tanah Melayu. Kongres tersebut telah mendesak orang Melayu supaya bersatu dan berusaha untuk menentang Malayan Union.
Kongres tersebut juga mencadangkan supaya ditubuhkan sebuah pertubuhan Melayu yang akan dianggotai oleh orang Melayu di seluruh Tanah Melayu. Pada 29 dan 30 Mac 1946, Kongres Melayu Se-Malaya Kedua diadakan di Kuala Lumpur bagi membincangkan penubuhan pertubuhan Melayu tersebut. Akibatnya lahirlah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang lebih dikenali sebagai UMNO dalam Kongres Melayu Se-Malaya Ketiga di Johor Bahru pada 11 Mei 1946. Dato’ Onn bin Jaafar dilantik sebagai Presiden UMNO yang pertama.
4.Pemulauan
Walaupun mendapat tentangan orang Melayu, British tetap mahu melaksanakan MU. Akibatnya, Sultan-sultan, pembesar-pembesar dan orang-orang Melayu telah memulaukan upacara penubuhan MU dan pelantikan Edward Gent sebagai Gabenor pertama pada 1 April 1946.
5. Perkabungan
Selama seminggu sejak penubuhan MU, orang Melayu telah mengadakan perkabungan untuk menunjukkan betapa sedihnya mereka akibat penubuhan Malayan Union. Dalam perkabungan tersebut, lelaki Melayu memakai songkok yang dililit kain putih manakala wanita Melayu melilitkan kain putih di lengan baju.
Perkabungan orang Melayu mendapat simpati Orang Asli. Diberitakan dalam akhbar Pelita Malaya, bertarikh 5 April 1946, orang Sakai di Ulu Langat telah keluar ke pekan dengan memakai bunga-bunga kabung.
6. Penarikan diri Ahli-ahli Melayu
Ahli-ahli Melayu dalam Majlis Penasihat menarik diri untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap Malayan Union.
Kesimpulan
Akibat tentangan orang Melayu dan perakuan Edward Gent serta Malcolm MacDonald, maka British telah menghantar satu perwakilan ahli Parlimen British yang diketuai oleh L.D. Gramman dan D.R. William untuk meninjau kehendak orang Melayu.
Hasil daripada laporan mereka, British bersetuju membubarkan MU dan menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Persekutuan Tanah Melayu menjadi lindungan British. Dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, hak-hak istimewa orang Melayu dan kekuasaan serta kewibawaan Sultan dikekalkan. Selain itu, syarat kerakyatan telah diperketat.
STPM 19995.Huraikan perbezaan antara Perlembagaan Malayan Union dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
STPM 20074.Bincangkan faktor – faktor yang menyatukan orang Melayu untuk menentang Malayan Union pada tahun 1946.