maklumat fpk

35
Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan satu landasan negara kearah membentuk satu sistem pendidikan yang seimbang. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi asas dan sumber inspirasi kepada semua rangka kearah pembangunan pendidikan ini sebenarnya mempunyai beberapa unsur-unsur penting yang perlu difahami oleh setiap ahli masyarakat sama ada warga pendidik, para pelajar, mahupun sesiapa sahaja rakyat Malaysia. Unsur yang pertama ialah “Pendidikan Suatu Usaha Berterusan”. Ungkapan “tuntutlah ilmu sampai keliang lahad” merupakan satu ungkapan yang sangat sesuai bagi menterjemah isi penting ini. Pendidikan merupakan satu proses yang berterusan sepanjang hayat iaitu bermula dari bayi sehinggalah kita meninggal dunia. Proses pemerolehan, pemindahan pengetahuan dan penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan merupakan satu perkara yang tidak dapat dipisahkan lagi. Pendidikan sudah bermula sejak kita berada dirumah lagi, seterusnya pendidikan secara formal di sekolah, institut pengajian tinggi dan sebagainya. Jika dilihat dari perspektif lain, pendidikan suatu usaha berterusan ini membolehkan berlakunya perkembangan ilmu yang kritikal, seimbang dan mampu untuk melahirkan modal insan yang menjadi matlamat utama negara kita pada masa sekarang. Sehubungan dengan itu, pendidikan secara berterusan merupakan satu elemen penting dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Unsur kedua Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah memperkembang potensi individu. Potensi individu ini boleh dibahagikan pula kepada 4 iaitu unsur intelek, jasmani, emosi, dan rohani. Melalui pendidikanlah potensi individu boleh di perkembangkan dan di gilap. Unsur jasmani ialah unsur fizikal individu iaitu berkaitan anggota tubuh badan. Perkembangan dan kecerdasan fizikal amat penting untuk kecerdsan mental kerana ianya merupakan satu perkara yang amat berkait rapat. Unsur emosi pula ialah berkaitan dengan jiwa individu yang mana memberi kawalan kuat kepada semangat perpaduan dan sebagainya. Perkembangan emosi yang sempurna mampu untuk mengawal tingkah laku yang baik. Unsur rohani pula merangkumi unsur berkaitan kalbu iaitu hubungan antara manusia dengan penciptanya. Unsur rohani ini lebih menjurus kepada amalan keagamaan. Unsur terakhir ialah unsur intelek iaitu berkaitan daya berfikir. Intelek penting kerana dengan unsur intelek, pelbagai masalah sukar dapat diselesaikan dengan tepat. Semua unsur-unsur ini membantu dalam perkembangan potensi individu dan menjadi asas kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perkembangan potensi individu telah membawa kepada perkembangan unsur ketiga iaitu perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu. Perkembangan secara menyeluruh dan bersepadu ini merangkumi perkembangan individu yang maksima pada jalan atau cara yang tepat bagi membantu menggilap potensi yang ada dalam diri individu tersebut. Unsur keempat ialah insan yang seimbang dan harmonis. Maksud seimbang dan harmonis disini ialah insan yang berilmu pengetahuan, mempunyai akhlak mulia, percaya dan yakin kepada tuhan, mempunyai jiwa dan fikiran yang tenteram, sihat tubuh badan, serta matang dari segi emosi dan sosialnya. Insan yang seimbang dan harmoni ini mempunyai jasmani, emosi, rohani dan intelek yang telah diperkembangkan secara kritikal dan bersepadu. Hal ini dapat dilihat dalam kehidupan harian atau tingkah laku individu yang bertanggungjawab, menghormati orang lain, mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi dan mampu menyelesaikan

Upload: haressh-bhavanii

Post on 17-Nov-2015

334 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ijnmh

TRANSCRIPT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan satu landasan negara kearah membentuk satu sistem pendidikan yang seimbang. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi asas dan sumber inspirasi kepada semua rangka kearah pembangunan pendidikan ini sebenarnya mempunyai beberapa unsur-unsur penting yang perlu difahami oleh setiap ahli masyarakat sama ada warga pendidik, para pelajar, mahupun sesiapa sahaja rakyat Malaysia.Unsur yang pertama ialah Pendidikan Suatu Usaha Berterusan. Ungkapan tuntutlah ilmu sampai keliang lahad merupakan satu ungkapan yang sangat sesuai bagi menterjemah isi penting ini. Pendidikan merupakan satu proses yang berterusan sepanjang hayat iaitu bermula dari bayi sehinggalah kita meninggal dunia. Proses pemerolehan, pemindahan pengetahuan dan penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan merupakan satu perkara yang tidak dapat dipisahkan lagi. Pendidikan sudah bermula sejak kita berada dirumah lagi, seterusnya pendidikan secara formal di sekolah, institut pengajian tinggi dan sebagainya. Jika dilihat dari perspektif lain, pendidikan suatu usaha berterusan ini membolehkan berlakunya perkembangan ilmu yang kritikal, seimbang dan mampu untuk melahirkan modal insan yang menjadi matlamat utama negara kita pada masa sekarang. Sehubungan dengan itu, pendidikan secara berterusan merupakan satu elemen penting dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Unsur kedua Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah memperkembang potensi individu. Potensi individu ini boleh dibahagikan pula kepada 4 iaitu unsur intelek, jasmani, emosi, dan rohani. Melalui pendidikanlah potensi individu boleh di perkembangkan dan di gilap. Unsur jasmani ialah unsur fizikal individu iaitu berkaitan anggota tubuh badan. Perkembangan dan kecerdasan fizikal amat penting untuk kecerdsan mental kerana ianya merupakan satu perkara yang amat berkait rapat. Unsur emosi pula ialah berkaitan dengan jiwa individu yang mana memberi kawalan kuat kepada semangat perpaduan dan sebagainya. Perkembangan emosi yang sempurna mampu untuk mengawal tingkah laku yang baik.Unsur rohani pula merangkumi unsur berkaitan kalbu iaitu hubungan antara manusia dengan penciptanya. Unsur rohani ini lebih menjurus kepada amalan keagamaan. Unsur terakhir ialah unsur intelek iaitu berkaitan daya berfikir. Intelek penting kerana dengan unsur intelek, pelbagai masalah sukar dapat diselesaikan dengan tepat. Semua unsur-unsur ini membantu dalam perkembangan potensi individu dan menjadi asas kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Perkembangan potensi individu telah membawa kepada perkembangan unsur ketiga iaitu perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu. Perkembangan secara menyeluruh dan bersepadu ini merangkumi perkembangan individu yang maksima pada jalan atau cara yang tepat bagi membantu menggilap potensi yang ada dalam diri individu tersebut.Unsur keempat ialah insan yang seimbang dan harmonis. Maksud seimbang dan harmonis disini ialah insan yang berilmu pengetahuan, mempunyai akhlak mulia, percaya dan yakin kepada tuhan, mempunyai jiwa dan fikiran yang tenteram, sihat tubuh badan, serta matang dari segi emosi dan sosialnya. Insan yang seimbang dan harmoni ini mempunyai jasmani, emosi, rohani dan intelek yang telah diperkembangkan secara kritikal dan bersepadu. Hal ini dapat dilihat dalam kehidupan harian atau tingkah laku individu yang bertanggungjawab, menghormati orang lain, mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi dan mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan tenang dan cepat.Unsur seterusnya iaitu unsur kelima ialah kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Perkara ini memberi penekanan kepada beberapa perkara penting seperti mengakui wujudnya Pencipta, mengakui manusi dan alam dijadikan oleh Pencipta, mengetahui tentang percaturan yang telah dilakukan oleh Tuhan, faham bahawa manusia dijadikan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini dan bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan, menjauhi kemungkaran dan melakukan kebaikan, mengikuti dan mengamalkan ajaran agama, dan yang terakhir sekali ialah sentiasa mengukuhkan kepercayaan beragama.Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan ialah unsur seterusnya iaitu unsur keenaam. Berilmu pengetahuan yang dimaksudkan disini ialah mereka yang sentiasa bersedia berkongsi ilmu dan menggunakan ilmu untuk manfaat bersama. Antara ciri-ciri individu yang berilmu pengetahuan ialah individu yang mencintai ilmu pengetahuan, minat mentelaah, berfikiran global, berusaha berkongsi ilmu dan menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada.Unsur yang ketujuah ialah rakyat Malaysia yang berketrampilan iaitu rakyat yang bukan sahaja berilmu pengetahuan, malahan rakyat yang mahir dalam melakukan tugasan dan mampu menjadi rakyat yang inovatif. Selain itu, rakyat yang berketrampilan juga merupakan rakyat yang melaksanakan amanah yang diberikan kepadanya dengan adanya kemahiran yang tepat dan bersesuaian dengan kehendak. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia merupakan unsur yang seterusnya dimana perkara utama yang dituntut adalah rakyat yang mampu untuk menilai mana satu yang baik dan mana satu yang buruk. Kebolehan berfikir jauh dalam menimbang kesan dan akibat sesuatu perkara dan yakin dalam perkara murni yang dilakukan merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam rakyat Malaysia yang berakhlak mulia.Mengetahui tugas dan tanggungjawab merupakan amanah yang wajib dilaksanakan dengan sempurna merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam unsur ke sembilan iaitu unsur rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Undang-undang, perlembagaan negara perlulah dihoramati dan dipatuhi agar keamanan negara, perpaduan kaum dan kemasyhalatan masyarakat dapat dijaga dan diteruskan. Rakyat Malaysia yang mampu menikmati kesejahteraan diri iaitu yang berupaya menangani masalah hidup, mampu berfikir secara waras, mempunyai tubuh badan sihat dan mempunyai kemahiran dalam menjalin perhubungan yang baik dengan orang lain merupakan ciri-ciri bagi unsur kesepuluh.Unsur yang terakhir iaitu unsur ke sebelas ialah rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan kepada masyarakat, agama, dan negara. Wujudnya rakyat Malaysia yang mampu memberi sumbangan akan membantu pembangunan negara dengan melahirkan keluarga yang harmoni dan mempunyai nilai-nialai murni seperti semangat kerjasama dan perpaduan. Perkara yang lebih penting ialah adanya rakyat yang mampu menguasai teknolongi dan ilmu-ilmu lain bagi memaksimakan pembangunan negara kita.Kesimpulannya, bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis, pencapaian dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani perlulah dititikberatkan dahulu kerana 4 elemen inilah yang menjadi pemangkin sebenar dalam pembangunan modal insan selaras kehendak negara kita bagi mencapai Wawasan 2020.

falsafah pendidikan kebangsaan 1.0 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Kemajuan sesebuah Negara adalah bergantung kepada sistem pendidikan selain daripada kestabilan politik, ekonomi, kebudayaan dan sistem nilai masyarakat. Ketiadaan dasar pendidikan yang sempurna dan mantap dengan falsafah yang jelas, sistem pendidikan adalah tidak sempurna sifatnya kerana mempunyai pelbagai bentuk dan corak yang tidak berfokus. Dasar-dasar yang dibuat dalam sesuatu pendidikan perlu merujuk kepada asasnya iaitu falsafah pendidikan. Falsafah menjadi teras kepada sistem pendidikan kerana terkandung di dalamnya matlamat yang hendak dicapai; kaedah pelaksanaan pendidikan yang akan digunakan; ciri-ciri yang hendak dibentuk; dan liputan yang terangkum dalam sistem pendidikan.

Falsafah ialah satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Perkataan falsafah dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Arab yang juga berasal daripada perkataan yunani philosophia, yang bermaksud "cinta kepada hikmah". Secara umumnya, falsafah Merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas dan tujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran. Falsafah dapat dikategorikan 5 bidang berdasarkan persoalannya, iaitu metafizik iaitu bidang falsafah ini memikirkan tentang kewujudan. Seterusnya epistemologi. Bidang falsafah ini memikirkan tentang ilmu pengetahuan. Etika pula bermaksud memikirkan tentang kemoralan manusia. Logik adalah satu bidang falsafah yang mengkaji penaakulan manusia. Bidang yang terakhir ialah estetika.

Falsafah pendidikan lahir setelah melalui proses yang bersinambungan yang selari dengn proses pembinaan bangsa dan negara Malaysia. Bermula sejak tenah air menuntut kemerdekaan daripada penjajah. Selepas merdeka, satu jawatankuasa dibentuk, iaitu Jawatankuasa Rahman Talib bertujuan untuk mengkaji Penyata Razak dan Ordinan Pelajaran 1957 yang digunapakai dalam sistem pendidikan selepas merdeka. Jawatankuasa ini mengeluarkan laporan iaitu Penyata Rahman Talib 1960. kementerian pelajaran pada masa itu banyak berpandu kepada Penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960, dalam usaha memberi pelajaran kepada rakayat di tanah air. Soal perpaduan kaum adalah menjadi agenda uatam dalam melaksanakan aktiviti pendidikan pada masa itu.

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dengan mantap masih dikekalkan dalam Akta pendidikan 1996. Namun tambahan perkataan telah dilakukan bagi memantapkan lagi falsafah ini. FPN seterunya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Berdasarkan kepada FPK, matlamat pendidikan negara dapat ditafsirkan sebagai usaha yang komprehensif dan berterusan untuk melahirkan individu yang bersahsiah baik, berketerampilan seterusnya seimbang dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani tanpa mengetepikan kepercayaan dan kepatuhan kepada perintah tuhan. Matlamat pendidikan Negara dapat dihuraikan sebagai menyedia dan memberi peluang pendidikan kepada semua rakyat di negara ini tanpa mengira kaum dan asal keturunan. Seterusnya memberi peluang kepada rakyat menuntut ilmu sepanjang hayat selaras dengan konsep pendidikan seumur hidup dan membolehkan mereka melakukan kerja dengan menggunakan kemahiran yang dipelajari. Konsep pendidikan berdasarkan FPK, adalah suatu usaha yang berterusan dan berlangsung hayat (life long education). Rasionalnya ialah kerana manusia mengalami pertumbuhan dan perkembangan. Proses pertumbuhan dan perkembangan akan menyebabkan perubahan berlaku pada individu. Usaha adaptasi kepada perubahan perlu kepada latihan kemahiran mehupun pendidikan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan:Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

2.0 ELEMEN-ELEMEN DAN UNSUR-UNSUR PENTING DALAM FALSAFAH PENDIDIDKAN KEBANGSAAN.

Antara elemen-elemen dan unsur-unsur penting yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan kebangsaan ialah pendidikan suatu usaha berterusan. Pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni. Proses pemerolehan dan pemindahan berlangsung secara berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat. Pendidikan awal kanak-kanak amat penting untuk membentuk asas sahsiah kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun. Sahsiah yang dibentuk akan terus berkembang sepanjang tempoh persekolahan. Setelah tamat persekolahan, setiap individu masih terus meningkatkan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka. Proses pendidikan yang berterusan bagi membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan. Elemen yang kedua ialah perkembangan potensi individu. Setiap individu telah diberkati Tuhan dengan bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam. Bakat, potensi dan kebolehan seelok-eloknya dicungkil, dipupuk, dikembangkan dan dipertingkatkan. Bakat, potensi dan kebolehan akan menjelma melalui interaksi sosial dengan orang lain dan alam sekeliling. Pendidikan seharusnya memberi peluang individu untuk berkembang bakat, potensi dan kebolehan mereka. Elemen yang ketiga ialah perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu. Bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh dikembangkan secara berasingan; sebaliknya secara berasingan; sebaliknya dihubungkait atau diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara satu sama lain. Perkembangan dan peningkatan seelok-eloknya merangkumi empat aspek, iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Seterusnya elemen yang keempat ialah insan yang seimbang dan harmonis. Amat penting bagi individu memiliki ilmu (intelek), sahsiah yang baik (emosi), percaya kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang baik (rohani) dan kesihatan diri yang baik (jasmani). Keimbangan antara keempat-empat aspek di atas akan menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri dan orang lain. Individu sedemikian memiliki katahanan untuk menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup berhadapan dengan apa jua masalah yang timbul. Elemen kelima ialah unsur intelek. Unsur intelek mempunyai kemahiran asas 3M. Membaca, menulis dan mengira. Ianya berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif. Implikasinya, pelajar sanggup berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran. Unsur rohani ialah elemen keenam. Implikasinya, individu akan menyedari dan percaya pada Tuhan selain bersyukur dengan pemberian Tuhan. Individu juga akan berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni. Unsur emosi pula menyebabkan individu mempunyai emosiyang matang dan stabil. Individu itu juga akan memiliki dan memupuk peraaan kasih sayang.

Elemen kelapan ialah unsur jasmani. Individu akan menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal, mengembangkan bakat dan mkemahiran teknikal disamping menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat. Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan ialah elemen kesembilan. Elemen ini membantu individu unntuk mengakui tentang kewujudan Tuhan dan menyedari bahawa hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh tuhan. Mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti. Elemen seterusnya ialah rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Cintai ilmu pengetahuan dan berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca. Mempunyai fikiran yang luas dan terbuka.

Rakyat Malaysia yang berketerampilan ialah elemen yang kesebelas. Ianya mempunyai kecekapan dan kompetensi diri dan berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna. Individu juga akan berpandangan jauh dan berinisiatif. Seterusnya ialah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab iaitu boleh dipercayai dan menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik. Menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap. Mematuhi peraturan dan undang-undang negara. Berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga, masyarakat agama, bangsa dan negara. Elemen yang ketiga belas ialah rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Berfikiran waras dan berjiwa tenang. Mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup. Elemen keempat belas pula ialah rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Individu akan berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melaluisifat tolenrasi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat menghormati dan sebagainya. Berusaha untuk memajukan ekonomi negara berdasarkan dasr-dasar yang ditetapkan. Sering mengekalkan kestabilan politik dan keamanan negara, mematuhi perlembagaan dan peraturan negara. Mempertahankan maruah diri, profesion agama, bangsa dan negara.

Elemen yang kelima belas ialah berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Individu mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang tinggi dan berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup. Elemen yang terakhir ialah sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Individu akan menjadikan Rukun Negara sebagai amalan hidup dan memupuk persefahaman keluarga. Mematuhi norma masyarakat dan cintakan negara.

3.0 IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA.

Elemen-elemen dan unsur-unsur penting dalam FPK ini memberi implikasi terhadap sistem pendidikan negara. Antara implikasi yang telah digariskan ialah FPK adalah satu dokumen rasmi yang menggariskan hasrat Kerajaan terhadap sistem pendidikan negara ini serta matlamat pendidikan dengan jelas. Oleh itu, kandungan FPK hendaklah dihayati dan diusahakan oleh kaum pendidikbagi memastikan Kerajaandan matlamat pendidikan tercapai. Dalam pada itu, amat penting agar FPK dijadikan satu garis panduan dan rujukan kaum pendidik semasa mereka melaksanakan tugas-tugas pendidikan serta fungsi-fungsi pendidikan masing-masing. Para pendidik juga hendaklah memainkan peranan katif dalam merealisasikan FPK. Dalam hal tersebut, mereka hendaklah bersifat terbuka terhadap perubahan yang pesat dalam bidang sains dan teknologi terutamanya dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Sehubungan itu, mereka seharusnya bersedia untuk membina ilmu dan kemahiran-kemahiran baru berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran, kemudian berani dan sanggup melaksanakan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah bagi mata pelajaran yang diajar.

Selain itu, para pendidik perlu menyedari hakikat bahawa tugas dan tanggungjawab mereka bukan hanya terbatas dan tertumpu kepada penyampaian ilmu dan kemahiran sahaja. Malahan pembentukan modal insan itu juga perlu diberi perhatian yang serius. Adalah diharapkan agar generasi muda menjadi individu yang berkembang secara menyeluruh dan seterusnya berupaya menyumbangkan ilmu, kemahiran, masa dan tenaga mereka demi keluarga, masyarakat dan negara. Sebagai rumusan, jelas terbukti bahawa sekiranya setiap pendidik berpegang kepada FPK dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab profesional mereka, sudah pasti matlamat dasar pendidikan negara akan menjadi satu kenyataan, dan bukan hanya satu impian sahaja.Falsafan Pendidikan Kebangsaan dapat membantu sekolah dalam proses mewujudkan sekolah berkesan. Sekolah rendah adalah tempat pendidikan awal anak-anak secara formal. Pada zaman moden ini, sekolah menyediakan pelbagai kemudahan dan kelengkapan pendidikan yang baik dan sempurna berbanding dengan rumah tangga dan keluarga. Di sekolah bermulanya pembinaan peribadi dan kecemerlangan seseorang pelajar. Menerusi pendidikan di sekolah, terdapat perancangan dan pelaksanaan aktiviti pendidikan yang tersusun rapi bagi mencipta kecemerlangan bagi setiap pelajar. Sekolah adalah tempat untuk kecemerlangan dan bukan untuk kegagalan.

4.0 PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)4.1 KepimpinanKeberkesanan sekolah lazimnya diukur dan dinilai dari segi kejayaan atau pencapaian sekolah dalam peperiksaan disamping mewujudkan rasa kepuasan bekerja dalam sesebuah sekolah itu. Pengetua merupakan pengurus utama kepada sesebuah organisasi persekolahan. Sekiranya pengurusan dapat dilaksanakan dengan efektif dan cekap secara tidak langsung masalah di sekolah dapat diselesaikan dan ini membantu ke arah pembentukan sekolah berkesan. Kepimpinan sesebuah sekolah dapat dikaitkan dengan elemen penting dalan FPK iaitu rakyat Malaysia yang berketerampilan harus mempunyai kecekapan dan kompetensi serta berkebolehan untuk menjalankan tugas. Daripada kajian-kajian yang telah dilakukan mengenai sekolah berkesan dapatlah dirumuskan bahawa apa yang membezakan keberkesanan sesebuah sekolah dengan sebuah sekolah yang lain adalah kepimpinan pengetua. Pengetua ialah pemimpin teknikal yang seharusnya meminimumkan peranan sebagai jurutera pengurusan. Kepemimpinan seumpama ini ditumpukan kepada teknik pengurusan yang cekap dan mahir dalam memanipulasi strategi dan keadaan demi untuk menjamin keberkesanan yang maksimum. Kemahiran ini termasuklah aspek perancangan, pengelolaan, penjadualan dan penyelarasan. Kejayaan kepimpinan sesebuah sekolah bermula dari pucuk pimpinannya. Pengetua sebagai pemimpin manusia. Dalam hal ini, pengetua memainkan peranan sebagai jurutera manusia. Maksudnya pengetua seharusnya mahir dan cekap dalam aspek perhubungan manusia, dan perhubungan individu serta mampu menggerakkan stafnya. Ini selaras dengan matlamat FPK iaitu untuk melahirkan individu yang bersahsiah baik dan berketermapilan. Pengetua juga berperanan sebagai pemimpin simbolik. Dalam konteks ini pengetua meminimumkan peranan sebagai penghulu yang memberi isyarat tentang nilai dan kepentingan atau tujuan sesuatu perkara yang hendak dicapai. Kepemimpinan seumpama ini termasuklah aktiviti seperti melawat bilik darjah dan kawasan sekolah, di samping cuba mengenali pelajar dengan lebih dekat. Organisasi yang baik di sesebuah sekolah dapat melancarkan perjalanan pentadbiran sekolah tersebut untuk melahirkan individu yang seimbang. Kepemimpinan budaya amat penting bagi mencapai kecemerlangan sekolah. Pengetua yang menjalankan peranan ini dapat dilihat menerusi usaha-usahanya mencari, mentafsir dan memperkukuhkan nilai, kepercayaan dan unsur budaya yang dapat menjadikan sekolah itu sebagai sebuah sekolah yang unik.

4.2 Budaya SekolahBudaya sekolah di dapati merangkumi seluruh alam sekitar dan murid di sekolah. Alam sekitar yang menggalakkan dapat melahirkan kesan baik terhadap proses pengajaran dan pembelajaran serta penghayatan nilai-nilai. Oleh yang demikian, usaha untuk pembentukan akhlak dan sahsiah murid dapat berjalan dengan licin serta efektif. Nilai murni pula adalah unsur yang amat penting dan akan diserapkan ke dalam setiap diri pelajar. Nilai-nilai murni bersifat sarwajagat dan adalah selaras dengan agama, budaya dan norma masyarakat Malaysia. Nilai-nilai ini juga berteraskan kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan. Matlamat pihak kerajaan bagi melahirkan Modal Insan iaitu melahirkan insan yang bukan sahaja intelek dalam akedemik malahan mempunyai sahsiah dan akhlak yang baik. Sekolah yang berkesan perlu mempunyai budaya dan iklim pengurusan yang baik. Setiap sekolah perlu membina iklim yang bersesuaian dengan matlamat dan persekitaran sekolah tersebut. Budaya sekolah juga bermaksud personaliti atau keperibadian sekolah yang mempengaruhi cara sesuatu kerja itu dijalankan. Definisinya tentang bidang kuasa, peranan, tugas dan budaya diri membentuk satu rangka kerja yang dapat mempengaruhi atau mengubah budaya sekolah tersebut. Kecemerlangan sekolah ini adalah hasil transformasi yang telah dimulakan oleh pengurus sekolah yang terlebih dahulu dan kecemerlangannya masih dikekalkan hingga kini walaupun corak kepimpinan sekolah masih mengamalkan budaya kerja cemerlangan, seiring dengan hasrat mencemerlangkan pendidikan. Berdasarkan instrumen profil budaya sekolah, guru-guru dan pelajar mempunyai hubungan interpersonal yang lebih positif. Guru mempunyai semangat kekitaan terhadap sekolah dan bangga menjadi guru di sekolah tersebut. Mereka sentiasa memandang ke hadapan dalam usaha mereka dalam meningkatkan profesionalisme mereka. Pelajar-pelajar pula merasa seronok menjadi pelajar di sekolah itu. Di sekolah juga pengajaran dan pembelajaran dianggap sangat penting oleh guru dan juga pelajar. Walaupun mereka mengamalkan panduan kurikulum yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan, guru dibenarkan menggunakan kreativiti semasa mengajar. Pelajar mengikuti aktiviti pengayaan mengikut keupayaan masing-masing. Guru di sekolah berkesan adalah inovatif dalam pengajaran dan amalan penilaian mereka. Pelajar dan guru disekolah akan merasa sangat selesa ketika berada di perkarangan sekolah. Persekitaran sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan teratur. Sekolah yang berkesan mempunyai ruang yang mencukupi untuk pengajaran dan pembelajaran. Pelajar dan guru berbangga dengan kemudahan fizikal yang mereka ada dan sentiasa menolong untuk mengekalkan keadaan kemudahan tersebut dalam keadaan yang sehabis baik. Konsep mengenai budaya sekolah telah ditakrifkan dengan pelbagai cara, tetapi pada keseluruhannya adalah dipersetujui umum bahawa budaya sesebuah sekolah itu merupakan perasaan atau gambaran suasana yang seolah-olah dapat dirasakan ketika seseorang itu berada di sekolah tersebut. Antara konsep tersebut ialah Guru merasa selesa, yakin dan puas. Guru tidak merasa tertekan atau bercelaru. Pengetua mempamirkan keyakinan diri, bijaksana dan berlaku adil. Pengetua mudah dibawa berbincang dan mempunyai fikiran yang terbuka. Pengetua merupakan seorang pemimpin yang baik, mampu membimbing kakitangannya serta memperkembang potensi mereka. Pelajar merasa bangga terhadap hasil kerja mereka dan terhadap sekolah mereka. Keadaan ini dapat mengeratkan hubungan antara pendidik sejajar dengan hasrat FPK.

4.3 Ko-kurikulumKo-kurikulum juga penting dalam merealisasikan FPK. Antara kepentingannya ialah untuk mewujudkan semangat kewarganegaraan dan semangat perpaduan. Apabila sesuatu aktiviti diadakan, penglibatan pelajar dari pelbagai bangsa dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Ko-kurikulum juga membantu untuk memaju dan mengembangkan bakat minat serta kemahiran murid. Sekolah yang aktif dalam bidang ko-kurikulum boleh membantu murid mengembangkan minat mereka dan mengasah bakat. Falsafah pendidikan kebabgsaan telah menggalakkan pelajar aktif dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum. Minat dan bakat murid yang diasah dan dibentuk boleh melahirkan individu yang berjaya serta membantu mengharumkan nama sekolah. Ko-kurikulum juga berperanan melatih murid mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Contohnya sekolah menganjurkan permainan kanak-kanak pada musim cuti sekolah. Aktiviti ini membolehkan pelajar mengisi masa cuti mereka di samping mengekalkan kesihatan yang baik. Selain itu, ko-kurikulum melatih murid dari segi ketahanan mental dan fizikal. Ini dapat mencapai hasrat FPK untuk melahirkan individu yang sihat dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.Peranan sekolah dalam membentuk ko-kurikulum ialah memastikan penubuhan persatuan, kelab sukan dan permainan dan pasukan-pasukan unit-unit pakaian seragam. Sekolah juga perlu menentukan bahawa unit-unit ko-kurikulum itu berjalan dengan cergas, baik, teratur dan sempurna dengan susunan progaram yang lengkap, sesuai dan praktikal. Selain itu sekolah juga perlu menetukan perkembangan bakat dan potensi para pelajar dalam kegiatan ko-kurikulum saperti persatuan dan kelab, sukan dan permainan da juga unit berunifom.Bidang ko-kurikulum perlu diberi kedudukan yang sewajarnya, di samping memerlukan komitmen yang jitu daripada penyertaan pelajar dan guru iaitu dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan bakat dan minat masing-masing. Jadual waktu kegiatan ko-kurikulum perlu lebig fleksibel agar tidak membebankan murid. Kad ko-kurikulum adalah penting kerana dapat mengesan dan merekodkan pencapaian pelajar sepanjang tahun penglibatannya. Data ini menjadi kriteria pemberian anugerah, sijil dan gred pelajar. Penglibatan ibu bapa, guru dan murid boleh membantu dalam membangunkan dan memajukan sekolah melalui aktiviti ko-kurikulum.Penyertaan maksima murid dan guru dalam aktiviti ko-kurikulum sememangnya boleh dicapai dengan usaha yang bersungguh-sungguh oleh setiap warga sekolah. Cara dan tindakan yang sesuai perlu diambil agar murid atau guru boleh memberi sumbangan bermakna kepada sekolah. Sememangnya sokongan dan kerjasama semua pihak adalah penting dalam usaha menghasilkan insan yang seimbang dan harmonis selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

4.4 GuruGolongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung dalam perlaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru dalam sesebuah sekolah amat penting terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah. Guru berperanan sebagai tenaga pengajar dengan merancang aktiviti pelajar berdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi pengajaran yang sesuai. Guru juga sebagai ibu bapa kepada pelajar, demi menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar. Peranan ini akan membantu pelajar menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai sebahagian keluarga mereka. Selain itu, guru perlu menjadi contoh model hidup di mana tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah dapat diterapkan dalam jiwa pelajar. Seperti dalam elemen FPK yang menyatakan rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Elemen ini dapat dikaitkan dengan peranan guru yang berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat-menghormati dan sebagainya. Dalam elemen ini juga guru perlu mempertahankan maruah diri dan profesion, agama, bangsa dan negara. Guru juga sebagai pengarah pembelajaran dengan membimbing pelajar supaya mereka berusaha belajar secara individu atau berkumpulan dan Sebagai pendisiplin yang bertanggungjawab menjaga disiplin pelajar serta membantu mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarakat. Guru ialah pendidik yang berilmu pengetahuan. Di samping itu dia dilatih untuk menguasai kemahiran mengajar, dan diberi tugas menyampaikan ilmu kepada pelajarnya. Oleh itu guru sebagai pengamal ilmu perlu memainkan peranan untuk menyampaikan ilmu yang berguna dalam bidangnya. Dalam proses mengajar dan belajar, guru dituntut memiliki pelbagai pengetahuan dan pemahaman yang bermanfaat untuk menimbulkan dan meningkatkan motivasi pelajarnya semasa belajar, sehingga proses belajar yang dibimbingnya berjaya secara optimal. Oleh kerana itu, guru perlu memahami dan menghayati serta menerapkan pelbagai prinsip dan teknik-teknik untuk membangkitkan dan meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran. Memang banyak sekali prinsip dan teknik yang berbeza-beza yang perlu diketahui oleh guru, kerana di dalam usaha memotivasi pelajar sesungguhnya tidak hanya satu prinsip dan teknik yang paling mujarab dipakai untuk semua pelajar, sepanjang masa, dan untuk semua situasi. Berbeza mata pelajaran, berbeza keperibadian pelajar, dan berbeza keperibadian guru menuntut perbezaan prinsip dan teknik yang dipakai dalam memotivasi pelajar. Oleh kerana itu, perbezaan mata pelajaran, keperibadian pelajar dan keperibadian guru harus dipertimbangkan dalam memilih prinsip-prinsip dan teknik-teknik yang akan dipakai dalam memotivasi pelajar.Sebagai seorang pendidik yang bertanggunjawab, guru hari ini harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa kelak. Perubahan perancangan hari ini adalah perlu diiringi dengan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Untuk menghadapi cabaran dan tuntutan daripada perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, guru hari ini hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dari masa ke semasa.Sekolah sebagai satu institusi masyarakat perlu mementingkan perkembangan dan perubahan tingkahlaku pelajar dan kehendak masyarakat. Justeru itu, persekolahan yang berorganisasi itu perlu memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan kebudayaan yang dianggap baik, misalnya perkara-perkara yang berkaitan dengan moral. Oleh itu guru di sekolah perlu memainkan peranan sebagai agen memodenkan masyarakat dalam semua bidang perkembangan semasa dan kemajuan. Ini bermakna pendidikan di sekolah perlu mementingkan nilai kemasyarakatan dan perkembangan sifat perseorangan pelajar serta membawa perubahan semasa.

4.5 DisiplinSejak kewujudan institusi persekolahan di negara ini, tiap-tiap buah sekolah sama ada sekolah menengah ataupun sekolah rendah perlu melantik seorang guru yang bertindak sebagai guru disiplin. Pelaksanaan disiplin atau peraturan sekolah adalah penting untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang selesa dan harmonis. Sekolah yang berkesan mempunyai suasana disiplin yang teratur tanpa perlu membina peraturan ketat, tenang tanpa penindasan yang secara amnya adalah selesa untuk suasana proses pembelajaran. Untuk membentuk sekolah berkesan, pelajar-pelajar di sekolah berkenaan perlulah diterapkan dengan nilai-nilai murni. Nilai murni akan membentuk membentuk peribadi dan sahsiah pelajar yang cemerlang dan seterusnya masalah disiplin di sekolah dapat diatasi. Ini kerana ada juga sesetengah pihak yang mengukur disiplin pelajar sebagai ukuran output sesuatu sekolah itu. Tugas guru disiplin ini adalah untuk memastikan tiap-tiap pelajar di sekolah tersebut mengikut undang-undang yang ditetapkan. Pelajar-pelajar yang didapati melakukan kesalahan seperti salah laku pelajar iaitu datang lewat, tidak hadir ke sekolah, rambut panjang dan sebagainya sehinggalah kepada kesalahan yang berat seperti merokok dan menghisap dadah di bawah pemerhatian guru disiplin. Guru disiplin amat dihormati dan ditakuti oleh kebanyakan pelajar. Sekolah lebih memberi tumpuan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Hubungan yang rapat antara pihak sekolah dengan ibu bapa, guru dengan pelajar adalah penting. Guru perlu mendekati pelajar secara peribadi dan memahami masalah yang dihadapi oleh seseorang pelajar tersebut. Dengan cara ini pelajar merasakan mereka dihargai dan pihak sekolah sentiasa mengambil berat terhadap kepentingan mereka. Oleh yang demikian pelajar yang bermasalah tidak segan untuk berbincang dengan guru mereka berkenaan masalah yang dihadapi. Keadan ini mengelakkan pelajar dari melepaskan masalah mereka dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang booleh menjejaskan ketenteraman awam seperti salah laku jenayah dan gengsterisme. Di sekolah pula penguatkuasaan disiplin perlulah tegas dan berterusan. Usaha yang berterusan perlu dilakukan termasuk mengukuh, memperjelas dan menentukan kebolehgunaan surat-surat peraturan dan pekeliling yang berkaitan sejajar dengan perubahan-perubahan persekitaran dan masa. Sistem pengurusan disiplin di sekolah juga perlu berkesan meliputi rekod individu pelajar, rekod pelanggaran disiplin serta hukuman dan ganjaran. Pengawalan displin perlu dilakukan secara bersepadu atau melalui kaedah permuafakatan dengan melibatkan semua kumpulan atau pihak iaitu sekolah, ibu bapa, masyarakat, kerajaan dan penguatkuasa undang-undang. Kerjasama perlu dibentuk melalui satu rangkaian yang jelas dan melibatkan pelbagai aktiviti seperti penyampaian dan penyaluran maklumat tentang disiplin yang melibatkan pelajar sekolah harian kepada pihak pengurusan sekolah dan pihak penguatkuasa undang-undang. Kerjasama dalam bentuk perancangan dan penyediaan pelan tindakan secara bersama berdasarkan kefahaman yang jelas untuk mencegah dan membasmi aktiviti geng dan samseng di kalangan pelajar. Aktiviti pengawalan dan tindakan bersama juga perlu bagi menghapus aktiviti-aktiviti gengster dan samseng di dalam sekolah khususnya tindakan yang melibatkan penguatkuasaan undang-undang dan disiplin. Elemen yang terkandung dalam FPK perlu didedahkan seperti unsur rohani yang membentuk pelajar supaya berakhlak mulia dan bersyukur dengan pemberia Tuhan. Pihak sekolah juga perlu melemahkan dan menghapuskan faktor-faktor penarik dan penolak yang mempenagruhi pelajar untuk terlibat dalam masalah disiplin dengan menjadikan sekolah sebagai faktor yang kuat untuk menarik semua kumpulan pelajar agar sayangkan sekolah dengan menyediakan sekolah dan persekitannya sebagai tempat yang kondusif dan seronok untuk belajar. Langkah seterusnya ialah mengawal jaringan aktiviti tidak berfaedah yang melibatkan pelajar dengan menyediakan pelan tindakan dan melaksanakannya secar bersama melalui tindakan berkesan. Antaranya pihak sekolah harus menentukan bahawa pelajar-pelajar tidak melepak sama ada dalam waktu persekolahan atau di luar waktu persekolahan kerana ini akan mendedah pelajar kepada pelbagai pengaruh yang tidak sihat. Selain itu pihak pengurusan sekolah perlu menyediakan satu sistem kawalan mencegah ahli-ahli kumpulan gengster dan samseng daripada menjadikan pelajar-pelajar sebagai mangsa dalam masa tiga waktu utama iaitu sebelum persekolahan, semasa rehat dan waktu selepas tamat sesi persekolahan harian. 5.0 RUMUSAN

Dunia yang semakin kompetetif sesungguhnya memerlukan keberkesanan diperingkat sekolah disebabkan Malaysia akan bertaraf antarabangsa dan memerlukan kepemimpinan yang berwibawa, teknologi bertambah canggih serta ragam manusia yang berbagai-bagai. Sememangnya Kementerian Pendidikan bertekad untuk melahirkan manusia insan kamil yang seimang pembangunan rohani, emosi, jasmani dan intelek sebagaimana yang dituntut oleh Falsafah Pendidikan Negara. Manusia beginilah yang nantinya berupaya mendokong Wawasan 2020. Untuk mencapai tahap yang dikatakan sekolah cemerlang dan berkesan dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bukanlah mudah. Mencapai tahap yang betul-betul sempurna dan ideal adalah sesuatu yang sukar kerana dalam proses mencapai sesuatu objektif, terdapat beberapa masalah atau kekangan yang perlu dihadapi. Salah satu faktor yang menghalang pengurusan yang cekap bagi membentuk sekolah berjaya ialah proses birokrasi. Tidak dapat dinafikan bahawa kawalan dari bahagian bahagian seperti Kementerian Pendidikan dan juga Jabatan Pendidikan Daerah adalah diperlukan untuk meningkatkan keupayaan sekolah. Pelbagai aspek perlu diberi perhatian. Contonya seperti kepimpinan sesebuah sekolah, budaya sekolah, ko-kurikulum yang mantap, peranan guru dan seterusnya pengawalan disiplin yang baik. Selain itu, Ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam membimbing dan mengasuh anak-anak mereka di rumah sebelum mereka dihantar ke sekolah atau keluar dari rumah agar mereka mempunyai ketahanan iman dan mental dalam menghadapi cabaran dan rintangan arus perdana globalisasi. Akhirnya dalam usaha membina keberkesanan sekolah, reformasi atau program pembaikan sekolah haruslah merupakan tindakan pembangunan dalaman sekolah. Sememangnya dalam pelaksanaan reformasi di sekolah, penglibatan setiap masyarakat sekolah amat penting, sungguhpun tugas utama sekolah dan guru berkaitan dengan pengajaran dan pelaksanaan kurikulum, namun usaha meningkatkan kemajuan sekolah perlu dihayati dan ditangani bersama demi membentuk sekolah yang berkesan dan merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Unsur intelek. Unsur intelek merupakan unsur yang penting untuk melahirkan murid-murid yang mempunyai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Murid-murid juga akan sering berusaha untuk memperoleh dan mengembangkan ilmu yang benar. Seterusnya, murid juga berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif dan mereka sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran.

Unsur rohani. Unsur rohani ini ialah murid-murid sedar dan percaya kepada Tuhan, bersyukur kepada pemberian Tuhan, serta mereka berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni.

Unsur emosi. Unsur emosi pula ialah murid-murid dapat mengawal emosi dengan baik serta mempunyai emosi yang matang dan stabil. Mereka juga dipupuk dengan perasaan kasih sayang, contohnya sayang kepada ibu bapa. Mereka juga disemai dengan sifat kekitaan serta perpaduan dalam diri mereka.

Unsur jasmani. Unsur jasmani pula ialah murid-murid akan menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal mereka. Mereka juga dapat mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial. Dan mereka dapat menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat.

Sekolah merupakan institusi penting untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dan sahsiah terpuji. Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada. Untuk merealisasikan hasrat FPK, aspek-aspek kepemimpinan, budaya sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan disiplin murid perlu diberi perhatian dan diaktifkan secara menyeluruh.

Aspek pertama yang perlu diberi penekanan ialah budaya sekolah. Budaya sekolah kadang kala dikenali sebagai iklim sekolah merupakan salah satu aspek yang penting untuk merealisasikan FPK. Iklim sekolah yang terbuka menggalakkan murid bebas berinteraksi di antara murid dengan murid, murid dengan guru serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah. Guru pula boleh bekerja dalam keadaan yang mesra, berasa tenteram serta melaksanakan tugas dengan adil, dedikasi, gembira dan sempurna. Iklim sekolah yang terbuka seperti ini merupakan iklim sekolah yang demokratik dan iklim ini akan dapat membantu sekolah mencapai hasratnya seperti membentuk murid lebih berdedikasi, lebih berinisiatif, lebih rela bekerjasama, lebih ramah dan mesra, lebih berkreativiti serta lebih tinggi motivasinya. Ini bertepatan dengan elemen FPK iaitu, membentuk rakyat Malaysia yang berketerampilan.

Budaya sekolah atau iklim sekolah ini mengandungi empat aspek utama iaitu aspek fizikal, aspek sosial, aspek perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa. Aspek fizikal merangkumi perkara-perkara seperti kebersihan kawasan sekolah, keselamatan anggota-anggota sekolah, kemudahan-kemudahan sekolah yang lengkap, keselesaan yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran dan juga keindahan sekolah. Suasana sekolah yang ceria, kondusif dan merangsang pembelajaran diwujudkan bertujuan menghasilkan murid-murid yang berkembang secara harmonis dan menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Dari aspek sosial pula, ia merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan keharmonian di antara anggota-anggota sekolah seperti budaya hormat-menghormati dan mengucap salam, kerjasama, rasa tanggungjawab, perpaduan, kemesraan dan keadilan. Perkara-perkara ini menjurus kepada eleman FPK iaitu, rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.

Seterusnya, aspek perkembangan intelek. Ia merangkumi aspek budaya ilmu seperti semangat mahu belajar sama adda dalam bilik darjah atau di perpustakaan sekolah. Sebagai contoh, sekolah memainkan peranannya melalui penganjuran program-program akademik seperti Program NILAM dengan tujuan membudayakan aktiviti membaca dalam kalangan murid-muridnya. Program ini secara tidak langsung dapat mengembangkan daya pemikiran murid sama ada kritis atau kreatif. Menurut Ee (1994), tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu ialah melalui amalan membaca yang berterusan.

Aspek seterusnya ialah penggunaan bahasa. Aspek ini meliputi penggunan bahasa secara betul dan jitu sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Untuk meningkatkan prestasi dalam aspek penggunaan bahasa, aktiviti pertandingan seperti pertandingan bercerita boleh dianjurkan oleh pihak sekolah sebagai galakan penggunaan bahasa. Penggunaan bahasa kedua, iaitu bahasa Inggeris juga perlu diberi perhatian sejajar dengan matlamat FPK yang ingin melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing di peringkat global.

Selain itu, aspek ko-kurikulum juga memainkan peranan penting untuk merealisasikan hasrat FPK. Sekolah perlu memainkan peranan yang berkesan dalam melaksanakan gerak kerja ko-kurikulum. Gerak kerja ko-kurikulum merupakan gerak kerja bercorak pendidikan yang dijalankan di dalam dan luar waktu sekolah. Gerak kerja merupakan aktiviti-aktiviti kumpulan secara bukan formal. Gerak kerja ko-kurikulum berasaskan pembelajaran di bilik darjah adalah kesinambungan kurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Walaupun aktiviti-aktiviti ko-kurikulum lebih bercorak bukan formal, tetapi gerak kerja yang dijalankan adalah terancang.

Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah diharapkan akan menyemai sifat-sifat kepimpinan, kerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat dalam kalangan murid. Aktiviti ko-kurikulum juga perlu dirancang supaya semua murid mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani. Melalui kegiatan kumpulan, semua murid boleh dididik dan mendidik diri mereka sendiri.

` Sekolah ialah institusi yang bertanggungjawab dan boleh memainkan peranan dalam mendidik murid-murid untuk mengembangkan bakat dan minat. Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam gerak kerja ko-kurikulum ialah pasukan unit beruniform, persatuan atau kelab dan juga sukan permainan. Pihak sekolah perlu memastikan semua murid melibatkan diri dalam ko-kurikulum ini kerana gerak kerja ini dianggap sebagai sebahagian daripada kurikulum sekolah dan sebagai satu bidang pendidikan.

Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah mempunyai beberapa matlamat penting yang merangkumi aspek pendidikan, pembelajaran dan sosialisasi. Dari aspek pendidikan, pelaksanaan gerak kerja ko-kurikulum di sekolah diharap dapat membina dan menyuburkan sahsiah yang seimbang dalam kalangan murid, memupuk nilai-nilai akhlak dan pendidikan yang diingini, memajukan kemahiran, minat dan bakat murid, meningkatkan disiplin dan kepimpinan diri, mengukuhkan dan memperkayakan lagi pengetahuan dan kemahiran, menjadi asas kerjaya pada masa akan datang dan mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah serta menyeronokkan.

Dalam aspek pembelajaran pula, kegiatan ko-kurikulum bertujuan untuk mewujudkan mempertingkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan murid. Selain itu, perhubungan antara guru dan murid juga akan dapat dieratkan.

Dari aspek sosialisasi, gerak kerja ko-kurikulum ini dilihat mampu melahirkan dan membentuk murid-murid yang mempunyai semangat kekitaan dan kewarganegaraan serta mempunyai rasa dan tanggungjawab untuk berkhidmat untuk masyarakat, sejajar dengan elemen FPK iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Secara amnya, pihak sekolah perlu mempertingkatkan kualiti pengurusan ko-kurikulum dan sukan dengan usaha memperkembangkan lagi potensi individu, membentuk sahsiah, membantu pertumbuhan jiwa masyarakat, meningkatkan mutu disiplin para murid bagi memperkukuh integrasi dalam kalangan mereka. Selain itu, pihak sekolah harus memberi peluang secukupnya kepada murid-murid untuk menyertai program terancang bagi memperkembangkan bakat, minat, serta kemahiran masing-masing.

Aspek seterusnya ialah guru. Peranan guru amat penting untuk merealisasikan hasrat FPK. Guru bertanggungjawab memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu iaitu insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Dengan pengenalan KBSR di negara kita, peranan guru di sekolah juga bertambah kompleks. Guru mula memainkan peranan sebagai pengajar, pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga sebagai inovator, iaitu orang yang mendatangkan pembaharuan. Seseorang guru perlu menggerakkan, mengatur dan menilai prestasi murid-murid. Sebelum memulakan satu-satu pelajaran, minat murid seharusnya dicungkil terlebih dahulu terhadap topik yang akan disampaikan. Proses pembelajaran berlaku lebih cepat sekiranya murid-murid mempunyai minat terhadap pelajaran itu. Oleh itu, adalah penting bagi seorang guru menggerakkan muridnya dengan pelbagai cara seperti menggunakan alat bantu mengajar, mengadakan main peranan (role playing), mengadakan simulasi dan sebagainya.

Selain itu, guru juga perlu mengelolakan semua aktiviti yang dijalankan di dalam sesebuah bilik darjah. Dalam aktiviti pembelajaran mesti ada langkah pertama, langkah kedua, langkah ketiga dan seterusnya. Tiap-tiap langkah pembelajaran haruslah diatur supaya murid-murid mendapat faedah daripada setiap aktiviti pembelajaran.

Guru juga membimbing murid-murid supaya mereka memahami topik yang diajar. Guru seharusnya mengaitkan tajuk yang diajar dengan pengalaman-pengalaman murid untuk membolehkan mereka memahami konsep-konsep dengan lebih mudah lagi. Perkataan-perkataan yang diguna pakai oleh guru sepatutnya mudah difahami dan penerangannya jelas dan padat. Penggunaan alat bantu mengajar seperti carta, gambar, dan lain-lain dapat menjelaskan lagi konsep yang ingin disampaikan. Guru juga mesti menolong murid-murid mengatur fakta-fakta supaya menjadi konsep yang bermakna. Idea yang abstrak boleh dijadikan konkrit dengan menggunakan alat bantu mengajar ini.

Guru juga perlu menolong murid-murid mempraktikkan dan mengulangi aktiviti sehingga pembelajaran itu menjadi berkesan. Guru juga menilai murid-muridnya dengan menjalankan pelbagai ujian. Penilaian ini akan dapat mengesan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran sudah tercapai.

Pendek kata, guru memikul amanah yang amat besar untuk melahirkan insan yang berilmu dan bersahsiah tinggi sejajar dengan matlamat FPK. Guru juga memainkan peranan yang amat besar dalam merealisasikan matlamat kenegaraan yang akan menentukan jatuh bangunnya bangsa dan negara pada masa hadapan.

Aspek terakhir untuk merealisasikan hasrat FPK ialah disiplin. Sekolah sebagai agen utama yang bertanggungjawab untuk membanteras masalah disiplin hingga ke peringkat akar umbi. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran telah cuba mentakrifkan disiplin sebagai kesanggupan seseorang individu untuk menghormati dan mematuhi undang-undang, sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri, juga kesanggupan seseorang bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, mengamalkan tingkah laku hormat-menghormati antara satu sama lain dan mempunyai semangat tolong-menolong dan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat untuk masyarakat.

Disiplin juga ada kaitannya dengan tatatertib, tatasusila, kesopanan dan akhlak. Dalam konteks pendidikan, sekolah merupakan institusi terpenting dalam membentuk disiplin murid-murid. Masalah disiplin akan menjejaskan tumpuan murid kepada pelajaran. Masalah disiplin ini seharusnya dikawal dengan kerjasama warga sekolah iaitu guru besar, guru disiplin, guru, pengawal keselamatan, masyarakat sekitar sekolah dan ibu bapa. Hal ini penting bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Pihak sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh menubuhkan sebuah jawatankuasa menangani masalah disiplin murid peringkat sekolah dengan melantik beberapa ahli terdiri daripada kalangan mereka yang tinggal berhampiran dengan sekolah bagi memantau disiplin murid. Pihak sekolah juga hendaklah memantau kawasan sekolah yang terdapat masalah disiplin.

Peranan guru bimbingan dan kaunseling penting dalam membentuk dan membina semula sahsiah dan disiplin murid yang bermasalah. Antara tugas utama guru bimbingan dan kaunseling ialah menjalankan bimbingan dan kaunseling dengan murid-murid yang mempunyai masalah disiplin dengan tujuan mewujudkan tingkah laku yang diingini. Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling juga berfungsi untuk membina perhubungan dengan ibu bapa murid-murid yang mempunyai masalah disiplin, pegawai kebajikan masyarakat atau pihak polis.

Masalah disiplin perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Sesungguhnya persekitaran sekolah yang kondusif dan selamat amat penting dalam membentuk imej dan keyakinan diri muridd ke arah kecemerlangan dan kegemilangan seterusnya dapat menggapai hasrat FPK.

Kesimpulannya, berdasarkan semua huraian di atas, maka ternyatalah bahawa kejayaan sesebuah sekolah dalam merealisasikan FPK adalah bergantung kepada aspek budaya sekolah, ko-kurikulum, guru dan juga disiplin. Semua aspek ini akan menentukan modal insan yang bakal dilahirkan sama ada memenuhi hasrat FPK atau tidak. Kejayaan sekolah dalam merealisasikan FPK juga secara tidak langsung mampu menjana dan membina modal insan berkualiti. Merujuk kepada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006, negara kita berhasrat untuk menghasilkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berperibadi mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi...perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta berkebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah-ubah. Sekali lagi dinyatakan bahawa, peranan sekolah amat penting dalam menyahut cabaran yang terkandung dalam FPK untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

4.1 PERANAN-PERANAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

4.1.1..PERANAN..FPK.DI..SEKOLAH

Peranan sekolah begitu besar dalam melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan murid dan guru yang cemerlang . Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan kepada..khazanah..ilmu..yang..sedia..ada..

4.1.2 PERANAN FPK DALAM ASPEK KEPEMIMPINAN

Aspek pertama yang perlu diambil perhatian ialah kepemimpinan. Pemimpin sekolah iaitu guru besar merupakan orang penting dalam memajukan institusi pelajaran di Malaysia. Mereka perlu berfikiran kreatif dalam pengurusan dan berhubungan dengan guru dan juga murid. Mereka bertanggungjawab menetapkan falsafah sekolah, membentuk wawasan sekolah, membentuk visi dan misi sekolah yang..berlandaskan..FPK..

Selain itu, pihak sekolah juga perlu memastikan aspek-aspek seperti budaya sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan juga disiplin murid diberi penekanan dan perhatian yang sewajarnya supaya hasrat FPK dapat direalisasikan. Perkembangan semasa memperlihatkan peningkatan peranan guru besar sebagai peneraju utama di sekolah-sekolah. Penyelidikan oleh Morrisson (2005) mendapati bahawa perubahan peranan pentadbir sekolah perlu berlaku dalam aspek-aspek tertentu seperti kepemimpinan, tuntutan kerja, orientasi perniagaan, tanggungjawab, pengurusan sumber manusia, membuat keputusan, komunikasi, kuasa, dan perancangan. Peranan guru besar merupakan antara faktor utama yang akan menentukan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Guru besar yang berkesan mampu mengubah keadaan sesebuah sekolah menjadi cemerlang.

Dalam melaksanakan amanah menyediakan sumber manusia menjelang tahun 2020, fungsi kepemimpinan, pengurusan, dan pentadbiran sekolah menjadi semakin mencabar. Peranan kepemimpinan di peringkat sekolah mestilah dalam bentuk instructional leader yang memainkan peranan tertentu pada tahap serta kedudukan masing-masing untuk melaksanakan sesuatu progam pendidikan. Kepemimpinan pendidikan juga haruslah berperanan sebagai transformational leader..iaitu..sebagai..agen..transformasi..perubahan.

Pemimpin sekolah yang proaktif akan sentiasa membuat jangkaan-jangkaan tentang perubahan yang sedang dan bakal berlaku agar sentiasa berada dalam keadaan bersedia. Pemimpin sekolah mestilah juga mampu dan berupaya membimbing guru-guru di bawah pengawasannya untuk menjadi lebih berkesan.

Sekolah yang berkesan dapat dilihat berdasarkan stail kepemimpinan yang bukan sekadar mampu bertindak sebagai pemimpin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tetapi juga harus mampu membawa perubahan. Justeru itu, di mana-mana sekolah, guru besar merupakan individu yang paling berpengaruh dan bertanggungjawab..terhadap..sesuatu..perubahan.

Menurut kata Wilson dan Corcoran (1988), segala kejayaan dan kegagalan murid terletak kepada pihak sekolah, iaitu guru besar dan guru. Kepemimpinan guru besar pula dikenal pasti sebagai pemboleh ubah yang penting sekali, yang mempengaruhi kualiti dan kuantiti hasil sekolah walaupun proses dalaman dan persekitaran sosial (iklim), atau budaya sekolah juga merupakan pemboleh ubah yang mempengaruhi dan menyebabkan perbezaan dalam pencapaian akademik murid..(Rutter..et..al,1979).

4.1.3 PERANAN FPK DALAM ASPEK BUDAYA SEKOLAH

Aspek kedua yang perlu diberi penekanan ialah budaya sekolah. Budaya sekolah, kadang kala dikenali sebagai iklim sekolah merupakan salah satu aspek yang penting dalam merealisasikan FPK. Iklim sekolah yang terbuka menggalakkan murid bebas berinteraksi di antara murid dengan murid, murid dengan guru serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah. Guru pula boleh bekerja dalam keadaan yang mesra, berasa tenteram serta melaksanakan tugas..dengan..adil,..dedikasi,..gembira..dan..sempurna.

Iklim sekolah yang terbuka seperti ini merupakan iklim sekolah yang demokratik dan iklim ini akan dapat membantu sekolah mencapai aspirasinya seperti membentuk murid lebih berdedikasi, lebih berinisiatif, lebih rela bekerjasama, lebih ramah dan mesra, lebih spontan dan berkreativiti serta lebih tinggi motivasinya.

Budaya sekolah atau iklim sekolah ini mengandungi empat aspek utama iaitu aspek fizikal, aspek sosial, aspek perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa. Aspek fizikal merangkumi perkara-perkara seperti kebersihan kawasan sekolah, keselamatan anggota-anggota sekolah, kemudahan-kemudahan sekolah yang lengkap, keselesaan yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran dan juga..keindahan..sekolah. Dari aspek sosial pula, ia merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan keharmonian di antara anggota-anggota sekolah seperti budaya hormat-menghormati dan mengucap salam, kerjasama, rasa tanggungjawab,perpaduan,.kemesraan..dan..keadilan.

Seterusnya aspek perkembangan intelek. Ia merangkumi aspek budaya ilmu seperti semangat mahu belajar sama ada dalam bilik darjah atau di perpustakaan sekolah. Sebagai contoh, sekolah memainkan peranannya melalui penganjuran program-program akademik seperti Program NILAM dengan tujuan membudayakan aktiviti membaca dalam diri murid-muridnya. Program ini secara tidak langsung dapat mengembangkan daya pemikiran murid sama ada kritis atau kreatif. Menurut Ee (1994), tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu ialah melalui amalan tabiat..membaca..yang..berterusan.

Aspek yang terakhir ialah penggunaan bahasa. Aspek ini meliputi penggunaan bahasa secara betul dan jitu sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Untuk meningkatkan prestasi dalam aspek penggunaan bahasa, aktiviti pertandingan, perbahasan, syarahan dan pidato boleh dianjurkan oleh pihak sekolah sebagai galakan penggunaan bahasa. Penggunaan bahasa kedua Bahasa Inggeris juga perlu diberi perhatian sejajar dengan matlamat FPK yang ingin melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing di peringkat global. Suasana sekolah yang ceria, kondusif dan meransang pembelajaran diwujudkan bertujuan menghasilkan murid-murid yang berkembang secara harmonis dan menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

4.1.4 PERANAN FPK DALAM ASPEK KO-KURIKULUM

Aspek keempat pula ialah ko-kurikulum. Untuk merealisasikan FPK, sekolah juga perlu memainkan peranan yang berkesan dalam melaksanakan gerak kerja ko-kurikulum. Gerak kerja ko-kurikulum merupakan gerak kerja bercorak pendidikan yang dijalankan di dalam dan di luar waktu sekolah. Gerak kerja merupakan aktiviti-aktiviti kumpulan secara informal. Gerak kerja ko-kurikulum berasaskan pembelajaran di bilik darjah adalah kesinambungan kurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Walaupun aktiviti-aktiviti ko-kurikulum lebih bercorak informal, tetapi gerak kerja..yang..dijalankan..adalah..terancang.

Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah diharapkan akan menyemai sifat-sifat kepemimpinan, kerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat di kalangan murid. Aktiviti ko-kurikulum juga perlu dirancang supaya semua murid mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani. Pelaksanaan ko-kurikulum cuba melihat minat dan bakat murid-murid. Melalui kegiatan kumpulan, semua murid boleh dididik dan mendidik diri..sendiri.

Sekolah ialah institusi yang bertanggungjawab dan boleh memainkan peranan dalam mendidik murid-murid untuk mengembangkan minat dan bakat. Begitu juga masyarakat yang bertanggungjawab boleh memainkan peranan mereka dalam mendidik murid-murid. Ini disebabkan alam masyarakat di luar sekolah sebenarnya amat kaya dengan ilmu pengetahuan yang boleh dimanfaatkan oleh murid-murid. Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam gerak kerja ko-kurikulum ialah pasukan unit beruniform, persatuan/kelab dan juga sukan. Pihak sekoalh perlu memastikan semua murid melibatkan diri dalam ko-kurikulum ini kerana gerak kerja ini dianggap sebagai sebahagian daripada kurikulum sekolah dan sebagai satu bidang..pendidikan.Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah mempunyai beberapa matlamat penting yang merangkumi aspek pendidikan, aspek pembelajaran..dan..aspek..sosialisasi.

Dari aspek pendidikan, pelaksanaan gerak kerja ko-kurikulum di sekolah diharap akan dapat membina dan menyuburkan sahsiah yang seimbang di kalangan murid; memupuk nilai-nilai ahklak dan pendidikan yang diingini; memajukan kemahiran, minat dan bakat murid; meningkatkan disiplin dan kepemimpinan diri; mengukuhkan dan memperkayakan lagi pengetahuan dan kemahiran; menjadi asas kerjaya pada masa akan datang dan mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah dan..menyeronokkan. Dari aspek pembelajaran pula, kegiatan ko-kurikulum bertujuan untuk mewujudkan dan mempertingkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan murid-murid. Selain itu, perhubungan antara guru dengan..murid..juga..dapat..diwujudkan.

Dari aspek sosialisasi, gerak kerja ko-kurikulum ini dilihat mampu melahir dan membentuk murid-murid yang mempunyai semangat kekitaan dan kewarganegaraan serta mempunyai rasa dan tanggungjawab berkhidmat untuk masyarakat. Secara keseluruhannya, pihak sekolah perlu mempertingkatkan kualiti pengurusan ko-kurikulum dan sukan dengan usaha memperkembangkan lagi potensi individu, membentuk sahsiah, membantu pertumbuhan jiwa bermasyarakat, meningkatkan mutu disiplin para murid bagi memperkukuhkan integrasi di kalangan mereka. Selain itu, pihak sekolah juga harus memberi peluang secukupnya kepada murid-murid untuk menyertai pelbagai aktiviti terancang bagi memperkembangkan minat, bakat serta kemahiran masing-masing.

4.1.5 PERANAN FPK KEPADA GURU

Aspek yang seterusnya ialah guru. Peranan guru amat penting dalam merealisasikan FPK termasuklah FPG yang digubal untuk guru. Guru bertanggungjawab memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu yakni insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Dengan pengenalan KBSR dan KBSM di negara kita, peranan guru di sekolah juga bertambah lebih kompleks. Guru mula memainkan peranan sebagai pengajar, pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga sebagai inovator, iaitu..orang..yang..mendatangkan..pembaharuan. Seseorang guru menjalankan seperti menggerakkan, mengatur dan menilai prestasi murid-murid. Sebelum memulakan satu-satu pelajaran, minat murid seharusnya ditimbulkan terlebih dahulu terhadap topik yang akan disampaikan. Proses pembelajaran berlaku dengan lebih cepat sekiranya murid-murid mempunyai minat..terhadap..pelajaran..itu.

Oleh itu, adalah penting bagi guru menggerakkan muridnya dengan berbagai-bagai cara seperti menggunakan pelbagai jenis alat bantu mengajar, mengadakan main peranan (role playing), mengadakan simulasi dan sebagainya. Selain itu, guru juga mengelolakan semua aktiviti yang dijalankan di dalam sesebuah bilik darjah. Dalam aktiviti pembelajaran mesti ada langkah pertama, langkah kedua, langkah ketiga dan seterusnya. Tiap-tiap langkah pembelajaran haruslah diatur supaya murid-murid mendapat faedah daripada setiap aktiviti pembelajaran.

Gurulah yang menjalankan tugas mengatur setiap langkah pembelajaran. Dalam mengatur langkah-langkah pembelajaran, guru akan merancang terlebih dahulu. Apabila membuat sesuatu rancangan, keperluan-keperluan murid, objektif-objektif pelajaran, bahan-bahan dan alat-alat mengajar seharusnya dipertimbangkan. Pengajaran yang dirancangkan dengan baik akan membawa faedah..yang..besar..kepada..murid-murid.

Guru juga membimbing murid-murid supaya mereka memahami topik yang diajar. Guru seharusnya mengaitkan tajuk yang diajar dengan pengalaman-pengalaman murid untuk membolehkan mereka memahami konsep-konsep dengan lebih mudah lagi. Perkataan-perkataan yang digunakan oleh guru sepatutnya mudah difahami dan penerangannya padat serta jelas. Penggunaan alat bantu mengajar seperti carta, gambar, perbandingan dan graf dapat menjelaskan lagi sesuatu konsep yang disampaikan. Guru juga menolong murid-murid mengatur fakta-fakta supaya menjadi konsep yang konkrit dan bermakna. Idea yang abstrak boleh dijadikan konkrit dengan menggunakan carta dan alat bantu mengajar lain.

Guru perlu juga menolong murid-murid mempraktikkan dan mengulangi aktiviti sehingga pembelajaran itu menjadi berkesan. Guru juga menilai murid-muridnya dengan menjalankan berbagai-bagai ujian. Penilaian ini akan dapat mengesani sejauh manakah objektif pengajaran dan pembelajaran telah tercapai.

Ringkasnya, guru memikul amanah yang amat besar untuk melahirkan insan berilmu dan bersahsiah tinggi dan berperanan untuk merealisasikan matlamat kenegaraan yang akan menentukan jatuh bangun bangsa dan negara di masa hadapan.

4.1.6 PERANAN FPK DALAM ASPEK MENDISIPLINKAN PELAJAR

Aspek yang terakhir ialah disiplin. Sekolah sebagai agen sosialisasi utama bertanggungjawab untuk membanteras masalah disiplin hingga ke peringkat akar umbi. Iklim dan persekitaran sekolah yang kondusif perlu diwujudkan bagi merangsang perkembangan murid dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar..dengan..kemahuan..FPK..

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran telah cuba mentakrifkan disiplin sebagai kesanggupan seseorang individu untuk menghormati dan mematuhi undang-undang, sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri; juga kesanggupan seseorang bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, mengamalkan tingkah laku hormat-menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong-menolong dan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat untuk masyarakat.

Disiplin juga ada kaitannya dengan tatatertib, tatasusila, kesopanan dan akhlak. Dalam konteks pendidikan, sekolah merupakan institusi yang penting dalam membentuk disiplin murid-murid. Masalah disiplin murid akan menjejaskan tumpuan mereka terhadap pelajaran. Masalah disiplin ini seharusnya dikawal dengan kerjasama warga sekolah iaitu guru besar, guru disiplin, guru, pengawal keselamatan, masyarakat sekitar sekolah dan ibu bapa. Hal ini penting bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Pihak sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh menubuhkan sebuah jawatan kuasa menangani gejala disiplin murid peringkat sekolah dengan melantik beberapa ahli terdiri daripada kalangan mereka yang tinggal berhampiran dengan sekolah bagi memantau disiplin murid. Pihak sekolah juga hendaklah memantau kawasan sekolah yang terdapat masalah disiplin.

Apa yang lebih penting, murid lemah dan berdisiplin memerlukan perhatian khas daripada pihak sekolah. Semua ini perlu dilakukan dengan bijak supaya tidak berlaku pengasingan dan perbezaan di antara mereka dengan murid lain di sekolah.

Peranan guru bimbingan dan kaunseling penting dalam membentuk dan membina semula sahsiah dan disiplin murid yang bermasalah. Antara tugas utama guru bimbingan dan kaunseling ialah menjalankan bimbingan dan kaunseling dengan murid-murid yang mempunyai masalah disiplin dengan tujuan mewujudkan tingkah laku yang diingini. Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling juga berfungsi untuk membina perhubungan dengan ibu bapa/ penjaga murid-murid yang mempunyai masalah disiplin, pegawai kebajikan masyarakat atau pihak polis.

Disiplin yang baik membawa beberapa faedah kepada guru dan murid. Faedah-faedah tersebut adalah seperti berikut:

a) Pengajaran dapat dijalankan dengan licin dan teratur. b) Pembelajaran dapat dilaksanakan dalam suasana yang tenang serta teratur. c) Keberkesanan pengajaran-pembelajaran akan dapat ditingkatkan lagi. d) Murid-murid menjadi lebih produktif jika mereka berdisiplin. e) Keselamatan murid-murid dapat dijamin kerana setiap murid dapat mematuhi peraturan-peraturan..sekolah. f) Kemalangan yang berlaku di makmal atau bilik darjah dapat dikurangkan. g) Segala tugasan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang lebih singkat.

Masalah disiplin perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Sesungguhnya persekitaran sekolah yang kondusif dan selamat amat penting dalam membentuk imej dan keyakinan diri murid ke arah kecemerlangan dan kegemilangan, selaras dengan hasrat negara yang menekankan usaha pembentukan modal insan yang cemerlang,gemilang dan terbilang.

4.2 PERKAITAN FPK DALAM PENGKHUSUSAN BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Melalui FPK kita dapat menerapkan kefahaman dalam diri pelajar tentang kepentingan mempelajari bahasa Melayu. Bahasa Melayu yang merupakan bahasa pertuturan bukan hanya perlu dipelajari malahan perlu dikuasai secara mendalam oleh semua pelajar dan guru di sekolah.

Dalam menjadikan kita seorang guru bahasa Melayu yang mampu bertutur dengan menggunakan bahasa standard memerlukan latihan yang berterusan. Pengalaman belajar selama lima tahun di institut pendidikan guru(IPG) perlulah di manfaatkan dan digunakan dengan sebaik mungkin. Hal ini perlu kerana masih ada guru bahasa Melayu bertutur dalam bahasa dialek mereka sendiri. Ini akan mengelirukan pelajar yang tidak mengetahui asas bahasa Melayu.

Sebagai guru yang akan mengajar matapelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah. Bahasa yang digunakan hendaklah betul kerana pada peringkat ini, pelajar akan mengambil dan menerapkan gaya pertuturan yang telah diajar kepada mereka.

Melalui FPK , seorang guru mampu menjadi guru yang berkeperibadian lebih unggul dan melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi, intelektual, dan sosial. Pelajar yang mampu bertutur dengan menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik akan melahirkan individu yang cinta akan Negara dan mampu berbakti kepada nusa dan bangsa.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, berdasarkan kepada semua huraian diatas, maka ternyatalah bahawa kejayaan sesebuah sekolah dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaaan (FPK) adalah bergantung kepada berdasarkan sekolah itu sendiri, aspek-aspek kepemimpinan, budaya sekolah, ko-kurikulum, guru dan juga disiplin. Semua aspek ini akan menentukan modal insan yang bakal dihasilkan sama ada memenuhi hasrat FPK atau tidak. Kejayaan dalam merealisasikan FPK juga secara tidak langsung mampu menjana dan membina modal insan yang berkualiti.

Merujuk kepada PIPP (2006), negara kita berhasrat untuk menghasilkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berperibadi mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggI dan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta berkebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.

Sekali lagi dinyatakan bahawa, peranan guru amat penting dalam menyahut cabaran yang terkandung di dalam FPK untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

6.0 REFLEKSIhttp://eh-saimen.blogspot.com/2011/10/sem2-pengantar-pendidikan-negara.html