maklum balas

26
Mohamad Hafizi Bin Mohd Zauwawi Mohamad Hafizi Bin Mohd Zauwawi 2 PISMP PJPK 2 PISMP PJPK Pembelajaran Motor Pembelajaran Motor Puan Rohaya Bt Ahmad Puan Rohaya Bt Ahmad

Upload: leader-kuceng

Post on 23-Jun-2015

1.650 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: maklum balas

Mohamad Hafizi Bin Mohd ZauwawiMohamad Hafizi Bin Mohd Zauwawi2 PISMP PJPK2 PISMP PJPKPembelajaran MotorPembelajaran MotorPuan Rohaya Bt AhmadPuan Rohaya Bt Ahmad

Page 2: maklum balas

Maklum balas adalah suatu proses menerima data membuat interpretasi dan menyebabkan pengubahsuaian ke atas tingkah laku.

Dalam proses maklum balas ini, sebarang pergerakan sukarela bermula dengan persepsi di mana objek atau peristiwa dikaitkan dengan yang lepas dan direkodkan di dalam otak.

Apabila berbagai-bagai jenis pergerakan berlaku, kedua-dua tindakan pantulan dan sukarela saraf diransang akan membesar, mengembang dan membuat perhubungan yang baru.

Page 3: maklum balas

Sambungan • Apabila jalan baru itu ditamatkan, maklum balas

bertambah dari organ penerima deria (reseptor) kepada sistem saraf pusat.

• Ini akan mendorong kepada berbagai-bagai pergerakan yang lebih rumit yang dapat meransangkan penerima deria dan sistem saraf.

• Maklum balas ini akan berlaku dan ia merupakan satu motivasi mendorong individu melakukan proses persepsi selanjutnya.

Page 4: maklum balas

Teknik-Teknik Penjadualan 1. Maklum balas memudar (faded feedback)• tahap kemahiran : rendah tinggi• kuantiti m/balas : tinggi rendah

2. Maklum balas ringkasan (summary feedback)

satu m/blas yang merumuskan hasil pretasi daripada beberapa percubaan melampau.

3. Maklum balas ‘Bandwidth’

maklum balas yang diberi apabila pretasi tidak berada dalam julat sasaran.

Page 5: maklum balas

Manipulasi maklum balas bagi memoptimumkan proses pembelajaran motor

• 2 perkara yang perlu dipertimbangkan :

1- apa jenis maklumat yang perlu terkandung dalam maklum balas

maklum balas yang diberikan mestilah berguna ; perlu sesuai dengan apa yang boleh dikawal oleh pelajar.

sekiranya maklum balas yang diberi bertujuan untuk membetulkan pergerakan yang ‘salah’, pastikan pelajar berkeupayaan untuk laksanakan pergerakan yang betul.

Page 6: maklum balas

Contoh maklum balas yang berguna• E.g. Servis Tenis

bandingkan maklum balas ini

(a)Luruskan tangan ketika toss

(b)Pusingkan bahu 90 darjah apabila reket melalui fasa kontek dengan bola.

Maklum balas pertama lebih mudah untuk dimanfaat oleh pelajar. Ia juga lebih baik kerana maklum balas tersebut bertujuan)

Memperbaiki kesilapan kepada kinematik yang lebih asas (fundmental movement patterns

Page 7: maklum balas

Sambungan 2. Berapa jitu maklum balas yang patut diberi?

kuantiti maklum balas yang hendak diberi perlu dipertimbangkan dua aspek berikut :

(a)Perbezaan kapasiti untuk memproses maklumat/ pengetahuan asas…

e.g. keupayaan kanak-kanak vs keupayaan orang dewasa

Page 8: maklum balas

(b) Perbezaan dari segi tahap kemahiran motor..

- Pertimbangan penting adalah maklumat yang diberikan mempunyai penekanan terhadap perlakuan motor yang spesifik.

- Ini adalah supaya maklum balas yang diberi mudah difahami dan digunakan.

Page 9: maklum balas

Maklum balas ekstrinsik kualitatif dan kuantitatif.• Dalam konteks perolehan kemahiran motor, salah satu

saluran maklum balas ekstrinsik yang berpengaruh dalam proses pembelajaran dikenali sebagai maklum balas hasil lakuan motor (knowledge of result- KR). KR merupakan maklumat tambahan pasca-respon yang diberi secara lisan mengenai aspek pencapaian objektif lakuan motor dan biasanya mengandungi maklumat mengenai pencapaian lakuan motor yang dihasilkan.

Page 10: maklum balas

• KR biasanya memberi gambaran tentang sejauh mana sesutau lakuan motor yang dihasilkan oleh pelajar atau pelatih tersisih dari objektif lakuan motor yang berkaitan ( Adams, 1968). Sebagai contoh dalam sesi latihan memanah, sasaran atau objektif lakuan dalah supaya anak panah kena tepat pada bull’s eye. Sekiranya cubaan yang dilakukan oleh pelatih tersesih kira-kira 10 sm di sebelah kanan bull’s eye, KR yang biasanya akan seperti percubaan anda tersish 10 sm kekanan dari sasaran. Berdasarkan penyampaian maklum balas sperti ini, perlatih diharap berkebolehan membuat modifikasi yang perlu bagi mencapai sasaran atau objektif lakuan motor tadi.

Page 11: maklum balas

• Literasi mengenai KR membahagikan darjah ketepatan ini kepada dua kategori am, iaitu (i) KR kualitatif dan (ii) KR kuantitatif. KR kualitatif adalah KR yang mengandungi maklumat mengenai kualitatif penghasilan pretasi motor secara menyeluruh. Dengan menggunakan contoh latihan memanah tadi, KR kualitatif bagi pretasi yang dihasilkan boleh disampaikan sperti ; “percubaan tersisih jauh daripada sasaran”. Disini, KR kualitatif mengemukakan maklumat am mengenai komponen jarak atau arah hasil prestasi lakuan.

Page 12: maklum balas

• KR kuantitatif pula mengandungi maklumat yang lebih spesifik berbanding maklumat KR kualitatif. Berdasarkan contoh yang sama kuantitatif lebih baik daripada KR kualitatif. Ini adalah kerana keberkesanan sesuatu kaedah penyampaian KR turut dipengaruhi oleh angkubah-angkubah sperti perbezaan individu, persekitaran pembelajaran, serta jenis lakuan motor yang hendak dipelajari.

Page 13: maklum balas

Ciri-ciri KR dan KP• Knowledge of Result (KR) adalah maklum balas

mengenai hasilan sesuatu pencapaian objektif persekitaran lakuan.

• Knowledge Of Performance (KP) adalah maklum balas mengenai bentuk atau corak pergerakan yang telah dilakuan oleh pelajar. Ianya juga dikenali sebagai maklum balas kinematik.

• Kedua-duanya adalah maklum balas daripada sumber luaran kepada luaran kepada pelajar selepas tamat sesuatu respons atau pergerakan dan semas selepas tamat sesuatu respons atau pergerakan.

Page 14: maklum balas

• KR dan KP merupakan sumber maklum balas ekstrinsik utama yang boleh digunakan untuk membetulkan ralat pretasi dalam praktis atau latihan.

• KR biasanya memberi panduan mengenai sejauh mana pretasi tersasar daripada objektif lakuan.

• KR ada kalanya seiring dengan maklum balas inrtrinsik.• KP biasanya memberi panduan mengenai mengapa

(aspek lakuan) pretasi tersasar daripada objektif lakuan.• KP tidak seiring dengan maklum balas inrtrinsik. Ia

maklumat tambahan.

Page 15: maklum balas

• Deria input

-Peransang serta-merta

-Peransang dari pengalaman baru

-Menerima-mengorganisasi-mendiskriminasi-mentafsir-mencadang

-tindak balas motor

Page 16: maklum balas

• Mekanisme maklum balas ini adalah sesuai untuk menyempurnakan kemahiran motor dalam pendidikan jasmani supaya seseorang itu dapat memperoleh maklumat teknik kemahiran untuk melengkapkan tindakannya.

• Dengan kata lain, untuk memperoleh kemahiran, seseorang berupaya membandingkan pencapaian atau tingkah laku khusus yang telah ditetapkan supaya dia dapat memajukan diri dalam proses pencapaian maklumat itu.

Page 17: maklum balas

• Maklum balas dapat dihasilkan dalam bentuk maklumat iaitu satu dikenali sebagai pengetahuan pretasi dan satu lagi dikenali sebagai pengetahuan keputusan.

• Mengikut Bourne, maklum balas merupakan sejenis isyarat yang menunjukkan kebetulan, ketepatan dan kesesuaian sesuatu tindakan semasa dan selepas tindakan itu berlaku.

Page 18: maklum balas

• Sejauh mana maklum balas itu harus disalurkan adalah susah ditetapkan kerana terdapat unsur-unsur yang rumit dalam proses pengajaran pembelajaran. Tetapi secara am, seseorang guru pendidikan jasmani haruslah membekalkan maklum balas yang cepat dan spesifik.

• Dengan kata lain murid-murid pada mulanya harus diajar atau diberi pengalaman pendidikan jasmani untuk memahami prinsip pergerakan asas supaya berdasarkan kepada pengetahuan keputusan dari pengetahuan pretasi, mereka dapat membuat pembetulan dan memajukan kemahiran mereka berasaskan kepada maklum balas-maklum balas ini.

Page 19: maklum balas

Aplikasi• Maklum balas menyediakan maklumat, motivasi dan

peneguhan dalam pembelajaran kemahiran motor. Telah dibuktikan bahawa maklumbalas atau mengetahui tentang keputusan, kedapatan penerimaan kebetulan atau ketepatan perlaksanaan positif kemahiran motor akan memudahkan latihan, pembelajaran dan perlakuan kemahiran.

• Mempelajari kemahiran motor memerlukan pendirian satu siri langkah laku yang berturut-turut. Setiap percubaan latihan baru biasanya dilakukan dalam konteks pengalaman lalu.

Page 20: maklum balas

Sambungan • Maklum balas merupakan maklumat yang murid peroleh

daripada perlakuan kemahiran motor yang kemudiannya membolehkan murid mendapatkan hasil daripada setiap pengalaman berlatih.

• Dengan itu, maklum balas adalah komponen yang perlu dan mesti dalam pembelajaran dan perlakuan kemahiran motor, khasnya dalam peringkat awal pembelajaran. Tambahan pula, kualiti, kesediaan dan keberkesanan penggunaan maklum balas secara lansung akan mempengaruhi potensi untuk perlakuan kemahiran motor yang optimum.

Page 21: maklum balas

• Sumber yang paling penting dalam pemberian maklumat adalah guru, jurulatih atau orang yang bertanggungjawab untuk membina dan memudahkan keadaan persekitaran pembelajaran.

• Oleh itu guru perlulah memastikan bahawa persekitaran latihan atau atau pembelajaran khasnya kemudahan, kelengkapan ataupun tempat permainan dapat menyediakan maklumat maklum balas kepada murid-murid semasa latihan kemahiran motor.

Page 22: maklum balas

Kepentingan maklum balas• Kemajuan seseorang murid adalah disebabkan oleh

pujian dan galakan dari pihak-pihak lain seperti guru dan ibu bapa. Pendekatan positif seperti ini lebih bermakna kepada mereka berbanding dengan komen yang negatif.

• Maklum balas begini juga akan dapat meningkatkan keyakinan diri kepada murid yang berkenaan atau sekurang-kurangnya memberikan kekuatan kepadanya untuk menghadapi kehidupannya.

Page 23: maklum balas

Sambungan • Galakan boleh menolong murid mencapai kemajuan,

asalkan galakan itu tidak disalah tafsirkan. Galakan juga dapat menolong mengatasi kebimbangan terhadap kegagalan. Pujian yang diberikan mestilah ikhlas dan bukan sekadar meluahkan pujian secara tidak ikhlas.

• Maklum balas dalam bentuk perlakuan murid dalam aktivit juga merupakan nilai yang penting. Selepas sesuatu tempoh latihan kemahiran, guru boleh memberikan kritik-kritik kepada murid dan membincangkan titik tekanan yang di beri atas kemahiran.

Page 24: maklum balas

• Pengetahuan tentang kejayaan merupakan motivasi untuk mencapai tujuan pengetahuan dalam tujuan yang diingini itu tidak tercapai jika tanpa penyusunan semula usaha-usaha pembelajaran.

• Prinsip maklum balas yang serta merta ini memberitahu murid bahawa dia telah mencapai tujuaannya. Oleh itu murid dikatakan telah berjaya mengikut ujian yang diberikan oleh guru.

Page 25: maklum balas

Rumusan • Maklum balas mendorong motivasi, untuk mengubah

perlakuan yang sedia ada dan untuk meneguh pembelajaran dan ia juga boleh dihuraikan sebagai satu hasil positif yang telah ditetapkan supaya murid dapat memajukan diri dalam proses pencapaian matlamat.

Page 26: maklum balas

Sekian terima kasih

Segala maklumat diatas adalah benar…