majlis perbandaran klang - mpklang.gov.my · memproses permohonan kebenaran merancang, tukar...

13
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 80 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013 2013 Garis Panduan Kebenaran Merancang Parkir Khas Untuk Wanita Di Negeri Selangor 1 MANUAL MPK BIL : 80 /2013 MAJLIS PERBANDARAN KLANG MANUAL : GARISPANDUAN PARKIR KHAS UNTUK WANITA DI SEMUA PUSAT MEMBELI- BELAH DI NEGERI SELANGOR

Upload: hoangdien

Post on 09-Mar-2019

297 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Memproses permohonan kebenaran merancang, tukar syarat, dan lain-lain berkaitan dengan pemajuan tanah. Pegawai Perancang Bandar akan menjalankan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 80 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Kebenaran Merancang Parkir Khas Untuk Wanita Di Negeri Selangor

1

MANUAL MPK BIL : 80 /2013

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

MANUAL :

GARISPANDUAN PARKIR KHAS UNTUK

WANITA DI SEMUA PUSAT MEMBELI-

BELAH DI NEGERI SELANGOR

Page 2: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Memproses permohonan kebenaran merancang, tukar syarat, dan lain-lain berkaitan dengan pemajuan tanah. Pegawai Perancang Bandar akan menjalankan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL.___ Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Parkir Khas Untuk Wanita Di Semua Pusat Membeli Belah Di Negeri Selangor

2

KANDUNGAN

NO ISI KANDUNGAN MUKA

SURAT

SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA i.

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN ii.

1.0 TUJUAN MANUAL 5

2.0 LATAR BELAKANG 5

3.0 DEFINISI 5

4.0 CARTA BAHAGIAN 6

5.0 SUMBER KUASA 7

6.0 SKOP KERJA 7

7.0 PROSES KERJA 8

8.0 GARIS PANDUAN PARKIR KHAS UNTUK WANITA 11

9.0 CADANGAN TEMPAT PERLU MENYEDIAKAN PARKIR

KHAS WANITA 12

10.0 PENUTUP 13

Page 3: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Memproses permohonan kebenaran merancang, tukar syarat, dan lain-lain berkaitan dengan pemajuan tanah. Pegawai Perancang Bandar akan menjalankan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL.___ Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Parkir Khas Untuk Wanita Di Semua Pusat Membeli Belah Di Negeri Selangor

3

SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA

Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya

Terbilang di Malaysia menjelang 2015 maka menjadi

tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk

berusaha membuat penambahbaikan agar

penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi,

berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum tibanya

pengiktirafan status Bandaraya tersebut.

Adalah diharapkan dengan penghasilan Manual ini dapatlah dijadikan

sebagai bahan rujukan dan panduan kepada warga MPK serta warga

Klang. Dengan penghasilan Manual ini juga, dapat memperjelaskan

bahawa pentingnya peranan kita sebagai PBT, mahupun individu itu

sendiri dalam mewujudkan satu pembangunan yang dapat memberi

impak yang positif di Bandar Klang.

Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto

yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita

berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam

semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya

status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar

bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya

memberi hasilkerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat

memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat

umumnya.

“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih

Mohd Ikhsan Bin Mukri

Setiausaha Majlis Perbandaran Klang

Page 4: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Memproses permohonan kebenaran merancang, tukar syarat, dan lain-lain berkaitan dengan pemajuan tanah. Pegawai Perancang Bandar akan menjalankan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL.___ Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Parkir Khas Untuk Wanita Di Semua Pusat Membeli Belah Di Negeri Selangor

4

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi TaalaWabarakatuh

dan Salam Sejahtera Syukur Alhamdulillah S.W.T

kerana dengan izinnya Manual Garis Panduan Parkir

Khas Untuk Wanita Di Semua Pusat Membeli Belah Di

Negeri Selangor ini telah dapat diterbitkan. Ucapan

syabas juga kepada semua yang terlibat dalam

menyumbang idea-idea dalam menghasilkan Manual

Garis Panduan Parkir Khas Untuk Wanita Di Semua Pusat Membeli

Belah Di Negeri Selangor bagi Edisi Pertama ini. Buku " Manual

Garis Panduan Parkir Khas Untuk Wanita Di Semua Pusat Membeli

Belah Di Negeri Selangor " merupakan garis panduan edisi pertama

yang diterbitkan bagi memantapkan lagi pelaksanaan pembangunan di

kawasan Majlis Perbandaran Klang. Tujuan garis panduan ini

diterbitkan adalah untuk memberi panduan kepada warga Majlis

Perbandaran Klang dan warga Klang. Manual Garis Panduan ini

adalah tertakluk kepada peraturan dan undang-undang serta

pekeliling-pekeliling perbendaharaan yang digunakan sebagai rujukan.

Di kesempatan ini juga, sekali lagi ucapan tahniah saya kepada semua

yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam

penghasilan Manual Garis Panduan Parkir Khas Untuk Wanita Di

Semua Pusat Membeli Belah Di Negeri Selangor edisi pertama. Adalah

diharapkan agar apa yang dirancang akan menepati matlamat

penghasilan buku ini.

Wassalam.

En. Zailani Bin Panot

Timbalan Pengarah Perancang Bandar dan Desa,

Majlis Perbandaran Klang.

Page 5: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Memproses permohonan kebenaran merancang, tukar syarat, dan lain-lain berkaitan dengan pemajuan tanah. Pegawai Perancang Bandar akan menjalankan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL.___ Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Parkir Khas Untuk Wanita Di Semua Pusat Membeli Belah Di Negeri Selangor

5

1.0 TUJUAN MANUAL

i. Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik

Holistik [PATH] MPK 2013.

ii. Sebagai rujukan dan panduan kepada warga MPK dan warga

Klang.

iii. Memastikan pengusaha Pusat Membeli Belah menyediakan

parkir khas untuk wanita mengikut garis panduan dan peraturan

yang ditetapkan oleh Pihak Majlis Perbandaran Klang.

iv. Memastikan bidang tugas pemantauan pengusaha dijalankan

oleh agensi/Jabatan yang berkenaan.

2.0 LATAR BELAKANG

Garis panduan ini disediakan bagi membantu pihak Majlis

Perbandaran Klang untuk mengawal dan menentukan arah

pembangunan dengan lebih terkawal, sistematik dan terancang. Selain

itu, untuk memastikan pihak Majlis Perbandaran Klang mempunyai

rujukan yang khusus kepada orang awam dan kakitangan Majlis

Perbandaran Klang sendiri. Bagi penyediaan parkir khas untuk wanita,

garispanduan ini mengandungi perkara-perkara utama seperti tujuan,

definisi, sumber kuasa, skop kerja, garis panduan parkir khas untuk

wanita.

3.0 DEFINISI

i. TEMPAT LETAK KERETA

Tempat letak kereta dimaksudkan sebagai ruang dirancang yang

meliputi petak atau lot letak kenderaan (driveway), laluan pelican

crossing bagi OKU, siar kaki dan kawasan landskap. Bagi tempat letak

kereta yang disediakan di bangunan atau kompleks, ia juga termasuk

landas (ramp), ruang lobi serta tangga ke/dari tempat letak kenderaan.

Page 6: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Memproses permohonan kebenaran merancang, tukar syarat, dan lain-lain berkaitan dengan pemajuan tanah. Pegawai Perancang Bandar akan menjalankan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 80 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Kebenaran Merancang Parkir Khas Untuk Wanita Di Negeri Selangor

6

4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT BAHAGIAN KAWALAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANG BANDAR MAJLIS PERBANDARAN KLANG

TIMBALAN PENGARAH PERANCANG BANDAR DAN DESA

PENGARAH PERANCANG BANDAR DAN DESA

PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN

DESA (KLANG UTARA)

PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN

DESA (KLANG SELATAN)

PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN

DESA

PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN

DESA

PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN

DESA

PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN

DESA

JURUTEKNIK PERANCANG

BANDAR DAN DESA

JURUTEKNIK PERANCANG

BANDAR DAN DESA

JURUTEKNIK PERANCANG

BANDAR DAN DESA

JURUTEKNIK PERANCANG

BANDAR DAN DESA

JURUTEKNIK PERANCANG

BANDAR DAN DESA

JURUTEKNIK PERANCANG

BANDAR DAN DESA

PEMBANTU TADBIR

PEMBANTU TADBIR

PEMBANTU TADBIR

PEMBANTU

TADBIR

PEMBANTU

PENGUATKUASA

PEMBANTU AM

PEJABAT

PEMBANTU AM

PEJABAT

KETUA BAHAGIAN

Page 7: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Memproses permohonan kebenaran merancang, tukar syarat, dan lain-lain berkaitan dengan pemajuan tanah. Pegawai Perancang Bandar akan menjalankan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 80 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garis Panduan Kebenaran Merancang Parkir Khas Untuk Wanita Di Negeri Selangor

7

5.0 SUMBER KUASA Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan manual

adalah seperti berikut:

i. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

ii. Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172)

iii. Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133)

iv. Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984

v. Pekeliling/Arahan daripada Yang DiPertua/Setiausaha

6.0 SKOP KERJA

6.1 Pengarah Perancang Bandar

Menerima permohonan di peringkat Jabatan serta

mengesahkan surat yang diterima. Pengarah Perancang Bandar

memantau surat-surat yang diterima dan menyemak surat

jawapan. Selain itu, menyemak kertas kerja atau menyemak

minit mesyuarat yang berkaitan dan mengkaji surat jawapan

sebelum Pembantu Tadbir menguruskan surat jawapan keluar.

Pengarah Perancang Bandar akan menjalankan lawatan tapak

sekiranya perlu.

6.2 Pegawai Perancang Bandar

Memproses permohonan kebenaran merancang, tukar syarat,

dan lain-lain berkaitan dengan pemajuan tanah. Pegawai

Perancang Bandar akan menjalankan lawatan tapak sekiranya

perlu dan menyemak ulasan yang disediakan oleh Penolong

Pegawai Perancang Bandar. Selain itu, memberi maklumbalas

kepada surat-surat yang diterima daripada orang awam dan

menyediakan kertas kerja atau menyemak minit mesyuarat yang

berkaitan.

Page 8: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Memproses permohonan kebenaran merancang, tukar syarat, dan lain-lain berkaitan dengan pemajuan tanah. Pegawai Perancang Bandar akan menjalankan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL.___ Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Parkir Khas Untuk Wanita Di Semua Pusat Membeli Belah Di Negeri Selangor

8

6.3 Penolong Pegawai Perancang Bandar

Memproses permohonan kebenaran merancang dan lain-lain

yang berkaitan dengan pemajuan tanah. Penolong Pegawai

Perancang Bandar juga memberi maklumbalas kepada surat-

surat yang di terima daripada orang awam. Penolong Pegawai

Perancang Bandar juga akan menjalankan lawatan tapak dan

menyediakan laporan tapak berdasarkan maklumat gunatanah

sediada dan maklumat yang diperolehi. Selain itu, menyediakan

kertas kerja atau keputusan minit mesyuarat yang berkaitan.

Penolong Pegawai Perancang Bandar juga mengumpul,

menyelia maklumat serta data, menyediakan laporan dan

ulasan teknikal ke atas sesuatu permohonan bagi surat-surat

permohonan.

6.4 Juruteknik Perancang Bandar

Menjalankan lawatan tapak dan menyediakan laporan tapak

berdasarkan maklumat gunatanah sediada dan maklumat

arahan pegawai. Juruteknik Perancang Bandar juga melukis

Pelan Pertapakan dan sebagainya mengikut arahan pegawai.

6.5 Pembantu Tadbir

Menaip kertas kerja Mesyuarat Jawatankuasa OSC, Mesyuarat

Teknikal Pembangunan dan Mesyuarat berkaitan. Selain itu,

menaip pemberitahuan mesyuarat serta, surat bantahan awam,

lawatan tapak, panggilan mesyuarat, maklumbalas dan

sebagainya.

6.6 Pembantu Penguatkuasa

Membantu Pengarah/Pegawai/Penolong Pegawai/Juruteknik

ketika siasatan/lawatan tapak dibuat. Membantu mengenalpasti

tapak-tapak tanpa permohonan kebenaran merancang.

Page 9: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Memproses permohonan kebenaran merancang, tukar syarat, dan lain-lain berkaitan dengan pemajuan tanah. Pegawai Perancang Bandar akan menjalankan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL.___ Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Parkir Khas Untuk Wanita Di Semua Pusat Membeli Belah Di Negeri Selangor

9

7.0 PROSES KERJA

Carta alir proses kerja permohonan Kebenaran Merancang bagi parkir

seperti berikut:-

TIDAK

LENGKAP

LULUS/LULUS BERSYARAT

PEMOHON

LAWATAN TAPAK DAN LAPORAN

JABATAN

TEKNIKAL

TERIMA LENGKAP

SURAT

ULASAN/SOKONGAN

JABATAN TEKNIKAL

DARI OSC

PEMOHON MENGEMUKAKAN

PERMOHONAN KM DI OSC

SEMAK PERMOHONAN DI OSC

LENGKAP PEMOHON

TERIMA PERMOHONAN

DARIPADA OSC

SEDIAKAN KERTAS KERJA

MESYUARAT JAWATANKUASA

OSC

MESYUARAT JAWATANKUASA

OSC

KELUAR SURAT MAKLUMAN

KEPUTUSAN KEPADA

PEMOHON

KEPUTUSAN

TERIMA DOKUMEN UNTUK

TUJUAN PENGESAHAN

SEDIAKAN SURAT IRINGAN

BORANG C(1) DAN COP LULUS

PELAN

Page 10: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Memproses permohonan kebenaran merancang, tukar syarat, dan lain-lain berkaitan dengan pemajuan tanah. Pegawai Perancang Bandar akan menjalankan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL.___ Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Parkir Khas Untuk Wanita Di Semua Pusat Membeli Belah Di Negeri Selangor

10

7.1 Penerimaan Permohonan

Pemohon mengemukakan permohonan di kaunter OSC. Semak

permohonan samada lengkap atau tidak lengkap. Jika tidak lengkap

permohonan dikembalikan dan nyatakan sebab-sebab permohonan di

tolak.

Terima permohonan berserta ulasan Jabatan Teknikal daripada pihak

OSC. Jika lengkap dapatkan no. fail sediada atau buka fail baru jika

belum ada rekod berhubung tanah tersebut.

7.2 Membuat Lawatan Tapak

Membuat lawatan dan laporan tapak. Menyediakan ulasan

berdasarkan maklumat sediada atau laporan tapak.

7.3 Penyediaan Kertas Kerja

Menyediakan kertas kerja mesyuarat Jawatankuasa OSC dan

kemukakan kepada Pengarah Perancang Bandar untuk semakan.

Permohonan dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa OSC.

7.4 Keputusan Mesyuarat

Keputusan mesyuarat dimaklumkan kepada pemohon. Pemohon akan

mengemukakan dokumen untuk tujuan pengesahan.

7.5 Kelulusan

Surat iringan Borang C(1) dan cop lulus pelan dan diserahkan kepada

pemohon.

Page 11: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Memproses permohonan kebenaran merancang, tukar syarat, dan lain-lain berkaitan dengan pemajuan tanah. Pegawai Perancang Bandar akan menjalankan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL.___ Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Parkir Khas Untuk Wanita Di Semua Pusat Membeli Belah Di Negeri Selangor

11

8.0 GARIS PANDUAN PARKIR KHAS UNTUK WANITA

8.1 KATEGORI

i. Perlu disediakan bagi pusat membeli belah sediada dan

cadangan akan datang.

8.2 JUMLAH KEPERLUAN PARKIR KHAS WANITA YANG PERLU

DISEDIAKAN

i. Dianggarkan 50% terdiri daripada kenderaan yang datang

secara keluarga, 35% daripada pemandu wanita masih boleh

memasuki tempat letak kereta. Sehubungan dengan itu,

dicadangkan menyediakan 15% daripada jumlah keseluruhan

tempat letak kereta sediada dengan mengambilkira jumlah

pengunjung wanita yang datang ke pusat membeli-belah.

8.3 LABEL

i. Papan Tanda yang mempunyai symbol khas akan diletakkan

pada kawasan parkir khas wanita ini. Cadangan symbol akan

disediakan oleh Jabatan Kejuruteraan, MPK.

8.4 WARNA

i. Warna pada papan tanda dan garisan parkir khas wanita ini

adalah berwarna merah jambu (pink).

8.5 LOKASI

Lokasi kawasan parkir khas wanita adalah seperti berikut:

i. Di pintu utama masuk

ii. Berhampiran dengan lift

iii. Sekiranya TLK disediakan di bahagian luar dan dalam

bangunan, 5% di bahagian luar dan 10% di bahagian

dalam bangunan.

Page 12: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Memproses permohonan kebenaran merancang, tukar syarat, dan lain-lain berkaitan dengan pemajuan tanah. Pegawai Perancang Bandar akan menjalankan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL.___ Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Parkir Khas Untuk Wanita Di Semua Pusat Membeli Belah Di Negeri Selangor

12

8.6 TINDAKAN PENGUATKUASAAN

i. Dibawah tanggungjawab pihak pengurusan pusat

membeli-belah.

ii. Meletakkan pengawal keselamatan.

iii. Memasang CCTV di kawasan parkir khas wanita, bagi

tujuan pemantauan dan keselamatan.

iv. Perintah TLK Perintah Pengangkutan Jalan, TLK

8.7 LAIN-LAIN SYARAT PARKIR WANITA

i. Dibenarkan untuk pemandu wanita sahaja untuk

meletakkan kenderaan.

ii. Selain daripada pemandu wanita tidak dibenarkan

memasuki parkir khas wanita ini.

9.0 CADANGAN TEMPAT PERLU MENYEDIAKAN PARKIR KHAS

WANITA

Kawasan yang perlu menyediakan parkir khas wanita dicadangkan

ditempat-tempat seperti berikut:-

i. Pusat Membeli-belah seperti Giant, Tesco, Jaya Jusco,

Klang Parade

ii. Hotel

iii. Pasar Awam

iv. Kemudahan Awam seperti kompleks sukan, stadium,

dewan orang ramai, kolam renang, kelab house, stesyen

bas, kelab house, kawasan riadah awam

v. Stesen Komuter

vi. Hospital swasta dan kerajaan

vii. Institusi atau pejabat kerajaan

viii. Perpustakaan

Page 13: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · Memproses permohonan kebenaran merancang, tukar syarat, dan lain-lain berkaitan dengan pemajuan tanah. Pegawai Perancang Bandar akan menjalankan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL.___ Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Garispanduan Parkir Khas Untuk Wanita Di Semua Pusat Membeli Belah Di Negeri Selangor

13

10.0 PENUTUP

Penyediaan Manual Garis Panduan ini akan dapat mempermudahkan

proses permohonan kepada pengusaha pusat membeli belah, di

samping menjamin keselamatan golongan wanita.

Garis panduan ini telah memberi penekanan terhadap keperluan

penyediaan tempat letak kereta bagi wanita. Adalah menjadi hasrat

Jabatan Perancang Bandar dan Desa agar Manual Garis Panduan

yang digubal ini dapat memandu pihak-pihak terlibat termasuk

pengusaha, PBT dan agensi bertanggungjawab dalam menyediakan

kemudahan tempat letak kereta khas bagi wanita.