majlis perbandaran klang...kandungan no isi kandungan muka surat sepatah kata daripada setiausaha 3...
TRANSCRIPT
MANUAL MPK BIL : 11 /2013
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
MANUAL :
PROSEDUR KERJA BAGI PENGURUSAN
PENGGUNAAN KAD ELEKTRONIK
(SMART TAG)
BAGI PEMBAYARAN TOL
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 11 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penggunaan Kad Elektronik Smart Tag 2
KANDUNGAN
NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA 3
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN 4
1.0 TUJUAN MANUAL 5
2.0 LATAR BELAKANG 5
3.0 DEFINISI 6
4.0 CARTA BAHAGIAN 7
5.0 SUMBER KUASA 8
6.0 SKOP KERJA 8
7.0 CARTA ALIR 8
8.0 PENUTUP 9
9.0 LAMPIRAN 9
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 11 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penggunaan Kad Elektronik Smart Tag 3
SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA
Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya
Terbilang diMalaysia menjelang 2015 maka menjadi
tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk
berusaha membuat penambahbaikan agar
penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi,
berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum
tibanya pengiktirafan status Bandaraya tersebut.
Penghasilan modul prosedur kerja bagi pengurusan penggunaan smart
tag dilihat sebagai inisiatif untuk membantu jabatan dalaman Majlis
memandangkan setiap jabatan telah diberi tanggungjawab untuk
pengurusan smart tag di jabatan masing-masing yang mana sebelum
ini berpusat di Jabatan Khidmat Pengurusan.. Modul ini dijadikan
sebagai garis panduan dan asas bagi memantapkan proses kerja.
Penghasilan mutu kerja yang berkualiti seterusnya dapat membentuk
modal insan berintegriti dan mempunyai daya saing di peringkat
pasaran antarabangsa.
Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto
yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita
berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam
semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya
status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar
bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya
memberi hasilkerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat
memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat
umumnya.
“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih
Ehsan Mukri
Setiausaha MPK
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 11 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penggunaan Kad Elektronik Smart Tag 4
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN
Alhamdulliah, dipanjangkan himpunan kesyukuran ke
hadrat Allah S.W.T atas limpah kurnia, taufik dan
hidayahNya serta selawat dan salam kepada Junjungan
Besar Nabi Muhammad S.A.W telah mengizinkan untuk
menerbitkan manual ini sepertimana yang telah
dirancang.
Majlis Perbandaran Klang dalam mengorak langkah pembangunan serta
membudayakan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkesan melalui
beberapa agenda yang telah dirancang oleh pihak pengurusan tertinggi
Majlis.
Majlis dalam usaha untuk membuat satu perubahan melalui perkhidmatan
yang diberikan kepada warga Klang bagi mencapai matlamat dan misi Majlis
iaitu „Ke Arah Mewujudkan Bandaraya Terbilang Di Malaysia Menjelang
2015’.
Akhir bicara, semoga Majlis dalam mencapai kecemerlangan yang
diusahakan, kegemilangan yang bakal digenggam dan keterbilangan bangsa
yang akan dikagumi selaras dengan polisi serta dasar kerajaan Persekutuan
dan Negeri bagi memperhebatkan lagi daya produktiviti serta sanggahan
kerja yang diamanahkan untuk pelaksanakan yang tepat, kemas dan
mencapai matlamat Majlis.
Sekian. Terima Kasih. Wassalam.
(Zaireezal bin Ahmad Zainuddin) Pengarah Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Klang
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 11 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penggunaan Kad Elektronik Smart Tag 5
1.0 TUJUAN MANUAL
1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik
Holistik [PATH] MPK 2013.
1.2 Tujuan manual ini sebagai rujukan dan panduan kepada warga MPK dan warga Klang.
1.3 Sebagai garis panduan pengurusan penggunaan kad elektronik bagi pembayaran tol yang dilaksanakan di jabatan.
1.4 Memastikan arahan penggunaan bagi pegawai dan kakitangan mengikut pekeliling yang ditetapkan.
1.5 Meningkatkan tahap kecekapan pengurusan penggunaan bagi pegawai dan kakitangan terlibat.
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 Setiap jabatan dibekalkan dengan satu unit smart tag untuk digunakan bagi tujuan rasmi pegawai dan kakitangan di jabatan berkenaan menggunakan kenderaan rasmi Majlis.
2.2 Majlis telah menetapkan kadar tambah nilai sebanyak RM200.00 sebulan bagi setiap tambah nilai yang dibuat.
2.3 Kemudahan ini bertujuan untuk memudahkan pemandu atau pegawai berkenaan yang terpaksa mendahulukan wang sendiri untuk bayaran tol.
2.4 Di samping itu juga, kemudahan ini dapat menjimatkan masa perjalanan.
3.0 DEFINISI
3.1 Smart tag
Kad elektronik yang berisi sejumlah wang yang digunakan oleh
kenderaan tanpa perlu berhenti untuk pembayaran tol di kaunter
tol. Dengan adanya kad tersebut, kenderaan dapat melalui
laluan pembayaran tol dengan pantas.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 11 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penggunaan Kad Elektronik Smart Tag 6
3.2 Buku Log
Diisi oleh pemandu untuk merekod perjalanan pergi dan balik.
Buku log tersebut mengandungi keterangan seperti di lampiran
1.
4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT
Pegawai Tadbir (N41)
Jabatan Khidmat Pengurusan
Pen.Pegawai Tadbir ( N 27 ) Jabatan Khidmat Pengurusan
Penghantar Notis (N1)
Pemb.Am Rendah (N 1)
Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan
(N52)
Pemb.Tadbir
(N17)
Pemb.Tadbir
(N17)
Pemb.Tadbir
(N17)
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 11 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penggunaan Kad Elektronik Smart Tag 7
5.0 SUMBER KUASA
5.1 Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan
manual adalah seperti berikut: i) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
ii) Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
iii) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 173)
iv) Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 1999 – “Penggunaan Kad Elektronik Bagi Pembayaran Tol Untuk Kenderaan Kerajaan”.
6.0 SKOP KERJA 6.1 TATACARA PENGGUNAAN SMART TAG
6.1.1 Jabatan menerima permohonan smart tag daripada pemandu untuk membawa pegawai berkenaan atas urusan rasmi.
6.1.2 Sekiranya terdapat kekosongan smart tag, pegawai yang bertanggungjawab terhadap pengurusan smart tag jabatan akan menyerahkan smart tag tersebut kepada pemandu setelah mendapat pengesahan daripada pegawai yang akan dibawa oleh pemandu tersebut.
6.1.3 Pegawai yang bertanggungjawab akan merekod butiran berkenaan sebelum penyerahan kepada pemandu di buat di dalam borang penggunaan smart tag. (lampiran 3)
6.1.4 Setelah selesai penggunaan, pemandu akan menyerahkan kembali smart tag kepada pegawai bertanggungjawab untuk direkod kembali di dalam borang penggunaan smart tag.
6.1.5 Semakan perjalanan boleh dibuat berdasarkan buku log kenderaan dan juga penyata penggunaan yang boleh di cetak melalui laman web touch n go di www.touchngo.com.my
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 11 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penggunaan Kad Elektronik Smart Tag 8
6.1.6 Tambah nilai boleh dibuat melalui permohonan di Jabatan Kewangan menggunakan Borong Sokongan Bayaran sebanyak RM200.00 sebulan sekiranya baki telah berkurangan. (lampiran 4)
7.0 CARTA ALIR
Terima
permohonan
Maklumkan
Serah kepada pemandu
dan rekod butiran
penggunaan
Semak baki
dan rekod semasa
pemulangan kad
Semak kekosongan
kad
Tambah nilai
sekiranya baki
kurang
Semak penyata bulanan
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 11 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penggunaan Kad Elektronik Smart Tag 9
8.0 PENUTUP
Buku manual ini dihasilkan sebagai panduan dan rujukan bagi jabatan-
jabatan dalaman di Majlis Perbandaran Klang terhadap tatacara dan
penggunaan smart tag. Diharapkan dengan penghasilan manual ini dapat
memberi impak positif dalam pengendalian organisasi yang cemerlang di
masa akan datang.
Walau bagaimanapun sekiranya terdapat sebarang penambaikan atau
perubahan, ianya boleh dipinda atas kelulusan pihak pengurusan.
10.0 LAMPIRAN
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 11 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penggunaan Kad Elektronik Smart Tag 10
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 11 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penggunaan Kad Elektronik Smart Tag 11
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 11 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penggunaan Kad Elektronik Smart Tag 12