majlis makan malam keluarga perhubungan · pdf filemajlis makan malam keluarga ... saya untuk...
TRANSCRIPT
1
MAJLIS MAKAN MALAM KELUARGA
PERHUBUNGAN ANGKASA NEGERI
PAHANG ZON 3
30 SEPTEMBER 2017
CHERENGIN HILLS, JANDA BAIK
2
Bismillahhirrahmanirrahim….
Assalamualaikum Warahmatullah
Hiwabarakatuh
3
Yang Hormat,
Dato’ Haji Abdul Aziz Haji Abdullah
Pengerusi Jawatankuasa
Perhubungan ANGKASA Negeri
Pahang Zon 3
4
Yang Hormat,
Dato’ Syed Ali Syed Mohammad
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa
Perhubungan ANGKASA Negeri
Pahang Zon 3
5
Yang Berbahagia
Puan Norizah Abdullah
Setiausaha Jawatankuasa
Perhubungan ANGKASA Negeri
Pahang Zon 3
6
Puah Habibah Ja’afar
Bendahari Jawatankuasa
Perhubungan ANGKASA Negeri
Pahang Zon 3
Barisan Jawatankusa, Kakitangan
dan Ahli Keluarga Perhubungan
Angkasa Negeri Pahang Zon 3
7
Syukur ke hadrat ALLAH SWT kerana
dengan izinnya kita dapat
berkumpul bersama-sama pada
hari ini bagi menjayakan Makan
Malam Keluarga Perhubungan
Angkasa Negeri Pahang Zon 3
tahun 2017. Terlebih dahulu saya
8
merakamkan ucapan terima kasih
kepada jawatankuasa Hari
Keluarga yang sudi menjemput
saya untuk menyampaikan ucapan
dan seterusnya merasmikan Makan
Malam Keluarga Perhubungan
9
Angkasa Negeri Pahang Zon 3 bagi
tahun ini.
Dengan izin ALLAH SWT juga, kita
diberi kesempatan untuk berehat
dan meluangkan masa bersama-
sama, jauh dari kesibukan harian
10
dan tugasan pejabat. Semoga kita
dapat menggunakan kesempatan
ini sepenuhnya untuk bergembira
dan melepaskan tekanan yang
dialami di tempat kerja.
Sesungguhnya aktiviti seperti ini
sangatlah dialu-alukan kerana ia
11
dapat memberikan ruang dan
peluang kepada Jawatankuasa
dan Kakitangan Perhubungan
Angkasa Negeri Pahang Zon 3 untuk
berada dalam satu majlis. Tahniah
diucapkan kepada semua ahli
12
jawatankuasa yang menjayakan
sambutan pada hari ini.
Jawatankuasa dan kakitangan
juga perlu menanamkan semangat
kerjasama yang padu dan bersatu
hati dalam memberikan sepenuh
13
komitmen terhadap
tanggungjawab yang
diamanahkan serta berusaha
meningkatkan keupayaan,
kecekapan dan kepakaran kerja di
samping mengamalkan prinsip-
prinsip koperasi dalam pelaksanaan
14
tugas seharian. Prinsip-prinsip ini
disokong dengan visi, misi dan
strategi-strategi ANGKASA yang
jelas dan mempunyai fokus.
Semangat kekeluargaan bukan
sahaja perlu diterapkan di rumah
15
tetapi juga di pejabat. Dengan
adanya semangat kekeluargaan,
kekitaan dan keakraban di
kalangan jawatankuasa dan
kakitangan, secara tidak langsung
ianya dapat melahirkan sikap
prihatin, saling hormat-
16
menghormati, bertolak ansur,
amanah serta telus di dalam
menjalankan tugas seharian. Saya
juga amat berharap agar semua
jawatankuasa dan kakitangan
mengamalkan semangat kerja
17
berpasukan yang tinggi di dalam
melaksanakan tugas-tugas harian.
Saya percaya dengan wujudnya
semangat kerjasama yang erat dan
interaksi berterusan di kalangan
jawatankuasa dan kakitangan,
18
kerja akan meningkatkan
peranannya dengan efektif
khususnya dalam membantu
menjayakan hala tuju ANGKASA.
Akhir sekali, saya ingin menyeru
kepada semua jawatnkuasa dan
19
kakitangan Perhubungan
ANGKASA Negeri Pahang Zon 3
untuk terus bekerja dengan penuh
komited serta berdisiplin dalam
melaksanakan tugas dan
tanggungjawab, berusaha
mengekalkan keharmonian
20
sepanjang masa, setia kepada
ANGKASA dan bersedia
memberikan perkhidmatan yang
terbaik. Saya mempunyai
keyakinan yang tinggi bahawa
Perhubungan ANGKASA Negeri
Pahang Zon 3 akan terus cemerlang
21
sekiranya setiap jawatankuasa dan
kakitangan memberikan sokongan
dan khidmat yang tidak berbelah
bagi kepada ANGKASA.
Syabas dan tahniah saya ucapkan
kepada semua ahli jawatankuasa
22
dan kakitangan di atas kejayaan
dalam menganjurkan hari keluarga
pada tahun ini. Semoga acara
begini akan dapat diteruskan pada
masa akan datang. Dengan lafaz
bismillah hirrahman nirrahim saya
dengan ini merasmikan Majlis
23
Makan Malam Keluarga
Perhubungan ANGKASA Negeri
Pahang Zon 3 tahun 2017.
Saya akhiri ucapan saya dengan
serangkap pantun
24
TUAN PUTERI PERGI KE RASAH
PULANG SEMULA SEBELAH PAGI
KITA BERTEMU A DAN BERPISAH
DIIZIN TUHAN BERSUA LAGI
Sekian, Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.