majlis korban sempena sambutan hari raya aidil adha di ...dbd. mingguan wanita, mastika dan...

Download Majlis Korban Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha di ...dbd. Mingguan Wanita, Mastika dan lain-lain,

Post on 08-Sep-2019

5 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • Edisi 4/2011 Oktober - Disember

    Edisi 4/2011 Oktober – Disember

    Lawatan Kerja 5S Daripada Jabatan Akauntan Negara, Negeri Perlis Pada 1 November 2011.

    M en

    ar ik

    d i

    da la

    m …

    .

    AKTIVITI JABATAN M/S : 5

    SELAMAT PENGANTIN BARU M/S : 18

    RESEPI PILIHAN M/S : 20

    CELIK IT M/S : 24

    Majlis Penyerahan Sumbangan Pengurusan

    Jenazah Kepada Waris Waga Emas Yang

    Meninggal Dunia Di Dewan Balora

    Mastika

    Majlis Korban Sempena

    Sambutan Hari Raya Aidil Adha di

    Perkarangan Kediaman

    Pegawai Daerah, Daerah Barat

    Daya.

    PETUA M/S : 20

  • Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Tahniah kepada urusetia yang diketuai oleh unit

    Pengurusan PDTDBD kerana berjaya menerbitkan

    BULETIN SEMPOI PDTDBD Edisi 4/2011 kepada

    semua yang terlibat secara lansung atau tidak langsung.

    Untuk menerbitkan Buletin Sempoi Edisi 4/2011 ini

    sememangnya memerlukan komitmen, kerjasama,

    kesepakatan serta sokongan daripada semua pihak.

    Semoga warga PDTDBD akan menjadikan majalah

    sempoi edisi 4/2011, sebagai medan untuk mengasah

    bakat, menzahirkan apa yang tersirat, merehatkan

    minda dan sebagainya di samping melaksanakan tugas-

    tugas yang diamanahkan dalam kerjaya.

    Buletin Sempoi adalah medan menzahirkan kreativiti

    yang terpendam samaada dalam bentuk pendidikan,

    pengajaran, nasihat ataupun pandangan dari semua

    peringkat umur warga PDTDBD. Jadikan BULETIN

    SEMPOI sebagai bahan koleksi kenangan indah

    sepanjang kita di PDTDBD.

    Harapan saya semoga BULETIN SEMPOI akan terus

    bertambah buletin di keluaran akan datang, BULETIN

    SEMPOI adalah wajah warga PDTDBD.

    Kata-kata Aluan

    Ketua Pengarang

    Sidang Pengarang

    Salam Perkenalan…….

    Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi, akhirnya buah

    tangan edisi 4/2011 ini berjaya dihasilkan setelah

    pelbagai rintangan dalam menjayakan keluaran edisi

    4/2011. Ia bukan sesuatu yang mudah, memerlukan

    iltizam serta menuntut komitmen yang tinggi untuk

    menghasilkannya. Seringkali terganggu dek tuntutan

    tugas hakiki yang tak pernah putus-putus menjengah

    dan menuntut disegerakan, namun, demi

    merealisasikannya digagahkan juga keringat ini untuk

    menjayakannya.

    Hasilnya,lihatlah… Berbekalkan sepenuhnya kemahiran

    kakitangan PDTDBD sendiri, tidak kalah jika

    dibandingkan dengan majalah-majalah komersial di luar

    sana. Mungkin tidak segah nama-nama besar seperti

    Nona, Mingguan Wanita, Mastika dan lain-lain, tetapi

    apa yang di banggakan ialah kita sebenarnya

    mempunyai rakan-rakan yang mempunyai kepakaran

    setanding.

    Buletin Sempoi ini juga adalah sebagai medan untuk kita

    melahirkan kreativiti yang terpendam selama ini.

    Diibaratkan sebagai satu ‘album mini’ untuk kita

    mengimbas kembali apa yang telah berlaku sebelum ini,

    untuk mengingatkan kembali apa yang telah kita

    tinggalkan pada hari-hari yang berlalu, untuk kita

    serlahkan bakat atau nukilan kreatif yang mungkin

    selama ini hanya tersimpan di dalam diari atau komputer

    peribadi sendiri atau mungkin telah banyak kali dihantar

    ke majalah-majalah atau akhbar-akhbar namun tidak

    pernah atau jarang sekali terpilih, maka lahirlah buletin

    ini sebagai medium pengantara. Ia dikira sebagai wadah

    pemangkin nukilan, rasa berkonsepkan imej

    sempoi…maka sesuailah ia diberi nama, ‘Buletin

    Sempoi@Pdtdbd’.

    Berjumpa lagi dikeluaran akan datang dengan paparan

    yang lebih menarik dan semoga lebih ramai yang akan

    tampil untuk menyumbangkan karya. Wassalam.

    2

    Dari Meja PDTDBD

    Kata-kata Aluan

    Penasihat

    Penasihat : Tuan Mohamad Daud Bin Abdull Hamid

    Ketua Pengarang : En. Rosli bin Halim

    Ketua Editor : En. Wahi Annuar bin Othman

    Pen. Ketua Editor : Pn. Noor Husna bt Sharuddin

    Pereka Grafik : En. Rossidi bin Osman & Pn. Nadiah bt. Jamaludin

    Jurufoto : En. Samad bin Mohamed,

    En. Erman Hazlan Faizal bin Sakhaban

    Pengarang : Pn. Nadiah bt. Jamaludin, Pn. Wan Haslinda bt. Mydin,

    Pn. Salina bt .Suntong, Pn. Suhaila bt. Ismail, En. Rossidi bin

    Osman, Cik Ida Akmar bt. Anuar

    Penjilidan / Pengedaran : Cik Mawarni bt.Othman, Cik

    Marthitah bt. Mat

  • Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Barat Daya, Pulau

    Pinang

    3

    Bagi Mencapai Visi Pejabat Daerah Dan Tanah, Daerah Barat

    Daya, Seluruh Warga PDTDBD Akan Sentiasa Mengamalkan

    Nilai-nilai Teras Yang Diasaskan Kepada Singkatan Berikut :

    Pelanggan Adalah Tetamu

    Dinamik Untuk Sentiasa Di Hadapan

    Telus Bagi Semua Urusan

    Betul Dalam Peraturan Dan Tindakan

    Disiplin Tunggak Amalan

    Objektif Pejabat Daerah & Tanah Daerah Barat Daya

    •Mewujudkan Kepimpinan Peringkat Daerah Yang Berkesan Bagi Menjamin Keadaan Pentadbiran, Pembangunan, Keselamatan, Kestabilan Serta Kemakmuran Daerah.

    •Menyelaras, Menentukan, Serta Melaksanakan Dasar, Program Dan Aktiviti Kerajaan Negeri Serta Kerajaan Persekutuan Di Peringkat Daerah Dengan Kerjasama Jabatan atau Agensi Kerajaan Serta Orang Ramai.

    •Melaksanakan Kerja-kerja Perancangan Pembangunan Daerah Serta Melaksanakan Kerja Projek- Projek Kecil Luar Bandar Demi Mempertingkatkan Taraf Serta Kualiti Hidup Penduduk Amnya.

    •Mewujudkan Pengurusan Pentadbiran Tanah Daerah Secara Cekap Dan Berkesan Ke Arah Kemajuan, Kemakmuran dan Keharmonian Rakyat Selaras Dengan Matlamat Dasar Pembangunan Kerajaan.

    Ke Arah Pentadbiran Yang Unggul Dan Penggerak Utama Pembangunan Daerah

  • TAHUKAH ANDA APA ITU i-SEJAHTERA?

    • i-Sejahtera ialah proses pendaftaran warga emas,

    Ibu tunggal dan miskin dilaksanakan secara

    elektronik.

    • Merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk

    menghargai jasa dan pengorbanan golongan

    warga emas di Pulau Pinang dengan memberi

    bantuan berbentuk sumbangan kewangan.

    • Secara rasminya pelaksanaan sistem i-Sejahtera

    di negeri ini telah pun dilancarkan oleh Y.A.B.

    Ketua Menteri pada 2010

    CARA PERMOHONAN DAN

    PROSUDER i-SEJAHTERA

    SIAPAKAH DI KATEGORIKAN SEBAGAI

    WARGA EMAS DAN SYARAT-SYARAT

    KELAYAKAN:- • Berumur melebihi 60 tahun dan berdaftar dengan

    SPR sebagai pemilih dimana-mana DUN di Pulau

    Pinang.

    Maklumat terperinci mengenai kaedah penggunaan sistem i-sejahtera boleh diperolehi melalui

    Pejabat Daerah atau melalui portal Kerajaan Negeri yang telah pun mempunyai pautan secara

    langsung dengan sistem i-sejahtera.

    Sebarang kemusykilan yang dihadapi bolehlah dirujuk kepada Jabatan Pejabat Daerah Dan

    Tanah dengan menghubungi pegawai-pegawai berikut mengenai skop kerja yang berkaitan :-

    Tel : 04-8691104 atau Emel : pdtdbdb@penang.gov.my

    Tel : 04-8691169 atau Emel: zahirah@penang.gov.my

    Teknikal dan latihan – Pegawai Teknologi Maklumat dan Penolong Pegawai Teknologi

    Maklumat,

    Tel : 04-2623505 ext. 217/218 : 04-2623512 ext. 217/218

    Emel : yuzri@penang.gov.my

    : shamimi@penang.gov.my

    4

    • Permohonan boleh di buat menerusi

    borang permohonan pendaftaran yang di

    berikan secara percuma dan boleh

    diperolehi di Pejabat Daerah yang

    berkenaan serta di Pusat Khidmat ADUN

    masing-masing/Pejabat ADUN.

    • Bantuan yang di berikan adalah

    berbentuk kewangan sebanyak

    RM100.00 setiap tahun kepada setiap

    warga emas yang berdaftar dan

    sekiranya warga emas terbabit

    meninggal dunia maka waris yang

    dinamakan dalam borang pendaftaran

    akan diberikan sumbangan sebanyak

    RM1000.00.

    • Prosuder untuk wars menuntut

    RM1000.00 setelah warga emas yang

    didaftarkan meninggal dunia

    - dokumen-dokumen yang diperlukan

    Salinan sijil kematian warga emas yang

    didaftarkan

    Salinan kad pengenalan waris yang

    didaftarkan

    Salinan muka hadapan buku akaun

    waris si mati. Maklumat i-Sejahtera

    mailto:pdtdbdb@penang.gov.my mailto:pdtdbdb@penang.gov.my mailto:pdtdbdb@penang.gov.my mailto:pdtdbdb@penang.gov.my mailto:pdtdbdb@penang.gov.my mailto:zahirah@penang.gov.my mailto:zahirah@penang.gov.my mailto:zahirah@penang.gov.my mailto:zahirah@penang.gov.my mailto:zahirah@penang.gov.my mailto:yuzri@penang.gov.my mailto:yuzri@penang.gov.my mailto:yuzri@penang.gov.my mailto:yuzri@penang.gov.my mailto:yuzri@penang.gov.my mailto:shamimi@penang.gov.my mailto:shamimi@penang.gov.my mailto:shamimi@penang.gov.my mailto:shamimi@penang.gov.my mailto:shamimi@penang.gov.my

  • 5

    LAWATAN KERJA 5S

    DARI JABATAN PAROL

    NEGERI PULAU PINANG

    PADA 20 OKTOBER 2011

  • LAWATAN KERJA 5S DARI

    PEJABAT DAERAH & TANAH SPU

    6

    PADA 25 OKTOBER 2011

  • PERHIMPUNAN BULANAN

    KAKITANGAN PDTB