mahasiswa ntu reka 'escape room' sebagai tugasan amali kursus · mahasiswa ntu reka...

2
A A+ Mahasiswa NTU reka 'escape room' sebagai tugasan amali kursus 10/12/2018 22:12 SINGAPURA: Tugasan kursus kini lebih seronok dan praktikal selepas para mahasiswa mereka sendiri permainan "escape room" untuk mengamalkan apa yang dipelajari mereka semasa di kelas serta melengkapkan diri dengan kemahiran praktikal. Ini adalah kali pertama di rantau ini para mahasiswa mereka permainan sedemikian yang tahapnya sama seperti para pemain industri iaitu penuh dengan teka-teki yang menggunakan teknologi lanjutan. Cara permainan "escape room" adalah dengan menghuraikan satu siri teka-teki untuk menyelamatkan diri dari sebuah bilik terkunci. Namun, 20 teka-teki tersebut agak istimewa sedikit kerana melibatkan teknologi seperti laser, kamera inframerah, kecerdasan buatan dan pelbagai alat penderia (sensor). Sebagai contoh terdapat rekorder yang boleh dimainkan dengan sebatang penunjuk laser. Permainan itu dicadangkan dan direka oleh para mahasiswa tahun kedua dan ketiga Universiti Teknologi Nanyang (NTU) pada tahun lalu. (G

Upload: others

Post on 03-Jan-2020

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

A A+

Mahasiswa NTU reka 'escape room' sebagai tugasan amalikursus10/12/2018 22:12

SINGAPURA: Tugasan kursus kini lebih seronok dan praktikal selepas para mahasiswa

mereka sendiri permainan "escape room" untuk mengamalkan apa yang dipelajari mereka

semasa di kelas serta melengkapkan diri dengan kemahiran praktikal.

Ini adalah kali pertama di rantau ini para mahasiswa mereka permainan sedemikian yang

tahapnya sama seperti para pemain industri iaitu penuh dengan teka-teki yang

menggunakan teknologi lanjutan.

Cara permainan "escape room" adalah dengan menghuraikan satu siri teka-teki untuk

menyelamatkan diri dari sebuah bilik terkunci.

Namun, 20 teka-teki tersebut agak istimewa sedikit kerana melibatkan teknologi seperti

laser, kamera inframerah, kecerdasan buatan dan pelbagai alat penderia (sensor).

Sebagai contoh terdapat rekorder yang boleh dimainkan dengan sebatang penunjuk laser.

Permainan itu dicadangkan dan direka oleh para mahasiswa tahun kedua dan ketiga

Universiti Teknologi Nanyang (NTU) pada tahun lalu.

(G

Mediacorp News Group © 2018

About UsOur BrandsContact UsTerms & Usage

Ikuti Media SosialKami

Dapatkan aplikasiBERITA

Singapura

Paling Popular

Suami isteri maut genap sebulan bernikah

Rakyat S'pura dinasihati tangguhkan perjalanan ke Kuala Lumpur: MFA

Wang kertas rupiah ini tidak boleh lagi ditukar berkuat kuasa 31 Disember 2018

NTU berharap pengalaman ini akan membantu para mahasiswa untuk melihat jurusan

kejuruteraan menjangkaui formula yang dihafal daripada buku teks.

Program ini juga membolehkan para mahasiswa untuk meneruskan dan memikirkan minat

mereka dalam persekitaran yang selamat.

Para mahasiswa masa depan juga akan membangunkan permainan sebegini sendiri dan

permainan yang terbaik akan digunakan untuk membuat pengalaman permainan yang

terbaik.

Sekitar 40 mahasiswa daripada fakulti lain juga sudah mendaftarkan diri untuk terlibat

dalam proses rekaan.

- CNA/RU/tq

Top