lmcp 1532pembangunan bandar mapan - pemanasan global

9
LMCP 1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN -PEMANASAN GLOBAL- PENSYARAH : PROF.DATO’IR.DR. RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K RAHMAT KUZAIFAH HAFAZZILAH BINTI ADOR (A151759)

Upload: kuzaifah-hafazzilah

Post on 09-Jan-2017

194 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: LMCP 1532PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN - PEMANASAN GLOBAL

L M C P 1 5 3 2P E M B A N G U N A N B A N D A R

M A P A N -PEMANASAN GLOBAL-

PENSYARAH : PROF.DATO’IR.DR. RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K RAHMAT

KUZAIFAH HAFAZZILAH BINTI ADOR (A151759)

Page 2: LMCP 1532PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN - PEMANASAN GLOBAL

Andaikan anda duduk di bandar tepi laut. Datuk bandar telah mengesan kenaikan aras laut semenjak 50 thaun lalu. Kenaikan ini kecil tetapi dalam tempoh masa yang panjang, ia akan menimbulkan masalah di pusat bandar kerana arasnya yang rendah. Jika anda dilantik menjadi perunding, tuliskan pelan tindakan secara ringkas untuk mengurangkan atau mengatasi masalah ini.

Laporan anda hendaklah mengandungi tindakan MITIGASI dan ADAPTASI.

SOALAN:

Page 3: LMCP 1532PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN - PEMANASAN GLOBAL

Kenaikan paras laut disebabkan oleh perubahan iklim dunia dan pemanasan global

Pemanasan global adalah suatu keadaan dimana suhu di permukaan bumi menjadi lebih panas berbanding dengan suhu normal.

Pemanasan global (Global Warming) merupakan satu fenomena pemerangkapan gas yang dikenali sebagai gas rumah hijau yang mana kumpulan gas (karbon dioksida, karbon monoksida, kloroflorokarbon (CFC), metana, nitrogen oksida ) ini menghalang dan memerangkap haba bumi daripada terbebas keluar ke angkasa

Suhu tinggi yang berterusan akan mencairkan bongkah-bongkah ais di Barat Artatika dan membawa kepada peningkatan suhu dan air laut.

Kawasan pantai akan mengalami banjir, hakisan, kehilangan tanah lembab dan kemasukan air masin ke kawasan tadahan air tawar yang boleh mengancam bekalan air bersih.

Jika pemanasan global berterusan , manusia dan tamdunnya akan pupus sebagaimana pupusnya dinosaur.

PEMANASAN GLOBAL

Page 4: LMCP 1532PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN - PEMANASAN GLOBAL

TINDAKAN MITIGASI DAN ADAPTASI

TINDAKANMITGASI

Pengertian tindakan mitigasi ialah mengurangkan perbuatan manusia disebabkan masalah pemanasan global. Ia juga diertikan sebagai menyekat pemanasan global melalui

perbuatan manusia.

TINDAKANADAPTASI

adaptasi bermaksud penyesuaian dengan keadaan sesuatu, tindakan adaptasi dilakukan bagi menyelesaikan dan mengatasi masalah di

kawasan tersebut dengan membuat penyesuaian antara tempat dan keadaan cuaca.

Page 5: LMCP 1532PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN - PEMANASAN GLOBAL

PELAN TINDAKAN MITGASI

1.Memastikan tayar kenderaan telah dipam secukupnya kerana tayar yang tidak dipam secukupnya akan melepaskan gas karbon dioksida yang banyak ke atmosfera.

2. Elak menggunakan air panas bagi mencuci pakaian sebaliknya menggunakan alat pencuci yang sesuai yang boleh digunakan walau dalam air sejuk atau suam.

3. Tanggalkan plak wayar elektrik pada soketnya apabila tidak digunakan. Hal ini demikian kerana plak wayar elektrik yang masih bersambung pada soket akan menyebabkan arus elektrik masih mengalir walaupaun suis telahpun dimatikan.

4 Penggunaan lampu pendaflour juga lebih menjimatkan tenaga berbanding lampu bilik atau lampu mentol.

5 Beli barangan yang boleh dikitar semula, dapat meminimumkan penggunaan bahan mentah untuk penghasilan barangan baru.

Page 6: LMCP 1532PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN - PEMANASAN GLOBAL

4. Setiap isirumah digalakkan memilih barangan eletrik yang jenis tenaga efisien terutamanya dalam pembelian barangan eletrik yang besar seperti peti sejuk, mesin basuh,hawa dingin.Anda haruslah memastikan barangan elektrik yang anda beli itu dilabelkan dengan label Energy Star kerana label ini menunjukkan barangan eletrik tersebut menggunakan kurang daripada 15% tenaga elektrik.

5. Kurangkan penggunaan beg plastik semasa membeli-belah dengan membawa beg anda sendiri.Ini kerana beg plastik tidak mesra alam dan tidak boleh dibiodegradasikan

Page 7: LMCP 1532PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN - PEMANASAN GLOBAL

1. Penanaman semula pokok-pokok dan tumbuhan hijau

Penanaman tumbuhan hijau adalah bertujuan untuk menngkatkan penghasilan gas gas yang bersih dalam udara. Penanaman ini boleh dilakukan oleh semua lapisan masyarakat. Pihak sekolah boleh mengadakan taman-taman mini di sekolah untuk menyedarkan kepada pelajar-pelajar akan kepentingan tumbuhan hijau dalam ekosistem.

2. Kitar semula

Program kitar semula perlu digiatkan dengan pelbagai idea yang lebih menarik. Melalui program kitar semula, masyarakat menyedari akan kepentingan menjaga hasil mineral bumi. Dengan cara ini generasi akan dapat merasai khazanah bumi seperti yang dinikmati oleh kita. Pendidikan secara tidak formal ini juga telah mendidik masyarakat jenis-jenis barang yang perlu dan boleh dikitar semula.

PELAN TINDAKAN ADAPTASI

Page 8: LMCP 1532PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN - PEMANASAN GLOBAL

3. Pengurangan penggunaan tenagaPenggunaan petrol dalam pembakaran enjin kereta juga meningkatkan suhu pemanasan global. Penggunaan sumber alternatif seperti kereta hybrid yang bercirikan “hijau alam sekitar” adalah antara langkah terbaik dalam mengatasi pemanasan global. Di kebanyakkan negara maju, tenaga solar telah lama diaplikasi dalam kediaman rumah dan pejabat bagi menggantikan pembakaran fosil.

4. Kerajaan haruslah mempergiatkan kajian (R&D) terhadap penggunaan sumber tenaga alternatif. Walaubagaimanapun,Pihak kerajaan perlulah mempergiatkan lagi kajian terhadap penggunaan sumber tenaga alternatif yang boleh diperbaharui bagi pengangkutan dan penjanaan tenaga elektrik.Dengan itu,kita boleh kurang bergantung kepada bahan api fosil

5. Kerajaan haruslah menaiktarafkan infrastruktur dan sistem pengangkutan awam, Infrastruktur dan sistem pengangkutan awam harus diperluaskan ke kawasan perumahan supaya penggunaan kereta persendirian juga boleh dikurangkan.

6. Mengurangkan pembinaan bangunan di kawasan berdekatan dengan pantai dengan memindahkan penduduk yang berdekatan dengan pantai ke tempat yang lebih tinggi.

Page 9: LMCP 1532PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN - PEMANASAN GLOBAL

Setiap dari kita berperanan untuk berganding bahu memberi bantuan dalam meringankan isu pemanasan global ini dengan melakukan kitar semula, menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kenderaan, gunakan tenaga elektrik dengan berhemah serta menyokong pelaksanaan tenaga boleh baharu (TBB) lebih menyeluruh .

KESIMPULAN