literasi dan numerasi (linus) dpli 2014

67
TAJUK 1: KONSEP LITERASI DAN NUMERASI 1.1 Pengertian Literasi 1.1.1 Definisi Umum Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) literasi bermaksud kebolehan membaca dan menulis. Literasi yang juga disebut sebagai celik huruf atau kenal huruf turut menjelaskan tentang keupayaan membaca dan menulis atau keupayaan menggunakan bahasa untuk membaca, menulis, mendengar, dan bertutur.

Upload: miezznina

Post on 21-May-2017

343 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

TAJUK 1: KONSEP LITERASI DAN NUMERASI

1.1 Pengertian Literasi1.1.1 Definisi Umum

• Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) literasi bermaksud kebolehan membaca dan menulis.

• Literasi yang juga disebut sebagai celik huruf atau kenal huruf turut menjelaskan tentang keupayaan membaca dan menulis atau keupayaan menggunakan bahasa untuk

membaca, menulis, mendengar, dan bertutur.

Page 2: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

Chambers English Dictionary (2003) memberi definisi asas literasi sebagai ”...berpelajaran;

berupaya menulis dan membaca. Mahzan Arshad (2008) mendefinisikan kemahiran

literasi sebagai keupayaan seseorang itu membaca dan menulis.

Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (UNESCO) telah mentakrifkan ”literasi ialah keupayaan mengenal pasti, memahami, mentafsir, mencipta, menyampaikan, mengira dan menggunakan bahan cetak dan bertulis yang berkenaan dengan pelbagai konteks. Seseorang mempunyai keupayaan literasi ialah seseorang yang dapat membaca dan menulis satu pernyataan yang pendek dan mudah dalam kehidupan sehariannya.

Page 3: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

Menurut Brozo & Simpson (1999) aktiviti literasi dalam suatu bahasa ialah satu proses membina makna. Makna dibina menerusi interaksi yang wujud antara individu serta konteks persekitarannya.

Secara umumnya, dapat disimpulkan bahawa literasi bermaksud keupayaan seseorang untuk menguasai kemahiran asas mambaca dan menulis. Seterusnya, kemahiran yang diperoleh ini berupaya dimanafaatkan dalam kehidupan seharian. Justeru, usaha-usaha untuk melonjakkan penguasaan kemahiran asas ini perlu dipergiatkan bagi memastikan program literasi dapat memberi impak positif kepada masyarakat.

Page 4: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

1.1.2 DEFINISI DALAM KONTEKS PROGRAM LINUS Definisi Literasi dalam konteks LINUS

ialah keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian. Kemahiran literasi terdiri daripada kemahiran membaca dan menulis.

Page 5: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

Kemahiran membaca dan menulis yang perlu dicapai menerusi 12 konstruk yang telah ditetapkan.

Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan

Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan vokal dan konsonan

Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka

Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup

Page 6: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup

Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup ‘ng’

Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong

Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding

Page 7: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

Konstruk 9 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung

Konstruk 10 :Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran

Konstruk 11 :Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah

Konstruk 12 :Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan

Page 8: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014
Page 9: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

TAJUK 2: PERKEMBANGAN PROGRAM BERKAITAN DENGANLITERASI DAN NUMERASI DI MALAYSIAHasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca/mempelajari bab ini, diharap anda dapat:

i. Menjelaskan perkembangan program berkaitan dengan literasi dan numerasi

ii. Menjelaskan program literasi dan numerasi sebelum KBSR

iii. Menjelaskan program literasi dan numerasi dalam KBSR

iv. Menjelaskan program KIA2M, PROBIM, PROTIM dan LINUS

Page 10: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

2.1 Aspek Literasi dan Numerasi dalam Kurikulum Sebelum KBSR

2.1.1 Program PemulihanProgram pemulihan telah bermula di Malaysia sejak 1960-an lagi. Pemulihan ialah rancangan pembelajaran yang disediakan untuk murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran, tanpa mengira golongan atau lapisan masyarakat.

Page 11: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

Rancangan pembelajaran pemulihan ditumpukan khas kepada penguasaan kemahiran-kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.

Program ini hanya meliputi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Murid-murid yang ketinggalan, lemah atau belum menguasai kemahiran asas 3M akan menjalani program pemulihan dalam bilik darjahnya sendiri semasa waktu mata pelajaran Bahasa Malaysia dijalankan oleh guru Bahasa Malaysia.

Page 12: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

Program pemulihan diperluaskan fungsi dan pelaksanaannya. Guru Bahasa Melayu yang berkebolehan diberikan latihan khusus tentang pendidikan pemulihan bagi membolehkan guru-guru ini mengendalikan program pemulihan.

Atas komitmen guru-guru ini, program pemulihan telah memainkan peranan yang besar ke arah pertumbuhan dan perkembangan literasi dan numerasi peringkat awal kanak-kanak.

Page 13: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

Soalan untuk dijawab atas talian: Senaraikan persamaan dan perbezaan

program pemulihan dan pemulihan khas.

Page 14: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

2.2 Penekanan 3M dalam KBSR

Perlaksanaan KBSR adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979.

Kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet ini terhadap Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka tersebut mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi.

Page 15: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

Penekanan utama ialah Kemahiran Asas 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira.

Aspek yang tekandung dalam kemahiran asas ialah 3M ialah kemahiran pertuturan, pendengaran, pembacaan, penulisan serta amalan dalam penggunaan empat operasi matematik, iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.

Page 16: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

Kemahiran Bahasa

Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.

Kemahiran Bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.

Kemahiran Mendengar

Kemahiran Mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti , memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas.

Page 17: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

Kemahiran Bertutur

Kemahiran Bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan.

Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.

Kemahiran membaca

Kemahiran Membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul.

Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.

Page 18: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

Kemahiran Menulis

Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik, dan kemas.

Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif.

Page 19: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

Kemahiran Mengira

Berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Kurikulum Matematik ini telah diolah dan disusun semula.

Langkah yang diambil ini adalah selaras dengan keperluan untuk menyediakan pengetahuan dan kemahiran Matematik kepada murid-murid yang mempunyai latar belakang dan keupayaan yang pelbagai.

Dengan pengetahuan dan kemahiran tersebut, mereka berkemampuan untuk meneroka ilmu, membuat adaptasi, modifikasi dan inovasi dalam menghadapi atau menangani perubahan dan cabaran masa depan.

Seterusnya dapat merealisasikan kerjaya yang cemerlang untuk diri, masyarakat dan negara.

Page 20: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

2.3 Pendidikan Pemulihan dalam KBSR

Laporan Jawatankuasa Kabinet Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979: (PERAKUAN 5)“Adalah diperlukan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan langkah-langkah mengadakan pengajaran pemulihan selepas daripada Ujian Rujukan Kriteria dijalankan, diteliti dan diperbaiki. Antara lain perkara-perkara tersebut termasuklah mendalami kaedah dan pengajaran, bahan-bahan yang lebih kecil, peruntukan guru bagi mengendalikan pengajaran pemulihan serta penggunaan bahan-bahan tertentu.”

Page 21: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

Sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan KBSR pada tahun 1983.

Kurikulum baharu ini merupakan satu usaha untuk kembali semula kepada asas pendidikan dengan memberi fokus kepada 3M dan murid-murid yang tidak dapat menguasainya akan dibantu melalui Program Pemulihan Khas.

Mulai tahun 1980, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) melaksanakan perakuan yang berkenaan.

KBSR mengetengahkan konsep 5P, iaitu penggabungjalinan, penyerapan, penilaian berterusan, pemulihan dan pengayaan.

Hal ini jelas memperlihatkan pemulihan merupakan satu daripada unsur istimewa KBSR.

Page 22: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

Mulai tahun 1986, KPM mengarahkan semua sekolah rendah di negeri yang mempunyai guru khas pemulihan agar melaksanakan program pemulihan di sekolah masing-masing.

Pengajaran dan pembelajaran pada tahap 1 (tahun 1-3) akan membolehkan guru-guru mengenalpasti murid-murid yang mempunyai masalah penguasaan 3M.

Di dalam KBSR, terdapat beberapa jenis program pemulihan yang dijalankan sama ada di dalam kelas dan di kelas khas.

Di antara program yang dijalankan di dalam kelas adalah seperti KIA2M, PROTIM selain daripada aktiviti pemulihan dalam kelas.

Manakala program Pemulihan Khas pula dijalankan dikelas khas menggunakan withdrawal system.

Page 23: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

Pendidikan Pemulihan

Pendidikan Pemulihan merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran untuk menguasai kemahiran asas 3M, iaitu membaca, menulis, dan mengira.

Konsep

Satu usaha dalam pendidikian untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di Sekolah Rendah ditumpukan khusus kepada kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira dikendalikan oleh guru-guru pemulihan khas yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini.

Page 24: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

Definisi

Tansley (1967) : ‘ ... satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematik bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan dengan tersusun.’

Persatuan Pendidikan Pemulihan Kebangsaan (NARE) UK (1975 ): ‘.. satu program pengajaran khas yang dirangka bagi memenuhi keperluan pendidikan bagi murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kalangan murid-murid di sekolah-sekolah biasa .’

Pusat Perkembangan Kurikulum , KPM (1984 ): ‘... langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca , menulis dan mengira , hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan .’

Bahagian Sekolah-sekolah, KPM(1986): ‘...satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini’.

Page 25: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

JENIS-JENIS PEMULIHAN1. Pemulihan Khas (masalah pembelajaran yang kritikal) Pemulihan jenis ini dijalankan di bilik darjah khas oleh guru

khas yang terlatih dalam bidang ini. Murid-muridnya terdiri daripada mereka yang yang gagal

menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira, yang telah dikenal pasti melalui Ujian Saringan.

2. Pemulihan Bahasa Melayu di Bilik Darjah (masalah pembelajaran ringan) Pemulihan jenis ini pula dijalankan di dalam bilik darjah

biasa oleh guru biasa . Murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran

dikenal pasti semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Aktiviti pemulihan dijalankan secara serta-merta (segera).

Page 26: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

JENIS-JENIS PROGRAM PEMULIHAN1. Pemulihan Dalam Kelas

Pemulihan dijalankan di dalam bilik darjah dan dikendalikan oleh guru mata pelajaran. Contoh : Pemulihan KBSR. Pemulihan dalam KBSR ialah proses pengajaran dan

pembelajaran yang khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran untuk belajar dalam kelas biasa. Langkah ini dapat membantu murid lemah menguasai kemahiran yang telah dipelajari.

2. KIA2M

Program ini dapat membantu murid tahun 1 menguasai kemahiran asas 2M (membaca dan menulis) dikehendaki menduduki Ujian Pelepasan gagal Ujian Pelepasan – akan masuk ke kelas Pemulihan Khas pada tahun berikutnya.

PROTIM Satu program pembangunan yang dilaksanakan ke atas murid tahun 4, 5 dan 6 di setiap sekolah di mana murid-muridnya menghadapi masalah penguasaan asas membaca.

3. Pemulihan Khas

Sistem Penarikan Keluar - hanya untuk murid yang dikenal pasti - ke kelas pemulihan pada waktu tertentu untuk BM dan Matematik - dihantar balik ke kelas setelah menguasai kemahiran asas yang ditentukan.

Kelas Khas murid yang dikenal pasti dimasukkan ke dalam kelas secara sepenuh masa dihantar balik ke kelas biasa setelah benar-benar menguasai tahap prestasi yang ditentukan dalam kemahiran asas 3M.

Page 27: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014
Page 28: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

TAJUK 3: KEMAHIRAN LITERASI

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca/mempelajari bab ini, diharap anda dapat:

i. Menjelaskan dua aspek dalam kemahiran literasi.

ii. Menghuraikan konsep pramembaca dan konsep membaca.

iii. Menjelaskan aspek-aspek yang terdapat dalam kemahiran pramembaca dan membaca

Page 29: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

3.0 Kemahiran Literasi

3.1 Konsep Pramembaca

Menurut Kamorcarx dan Lee (1943), setiap peringkat membaca merupakan langkah ke arah kesediaan membaca pada peringkat bacaan selanjutnya.

Manakala menurut Husin Fateh Din et. al, (2011), konsep pramembaca merupakan kemampuan dan tahap kesediaan seseorang itu untuk menerima pengajaran dari segi mental, emosi dan fizikal.

Page 30: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

Tahap kemampuan dan kesediaan membaca ini melibatkan aktiviti sebelum sesuatu peringkat bacaan dimulakan sama ada pada peringkat mendirikan asas, mengukuhkan asas sehingga ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Aktiviti pramembaca dilaksanakan supaya kanak-kanak dapat menguasai beberapa kemahiran:

i. Membantu kanak-kanak menguasai kemahiran melihat, iaitu mengenal pasti bentuk-bentuk yang sama dan berbeza.ii. Memastikan kanak-kanak menguasai kemahiran mendengar, iaitu mengenal pasti bunyi-bunyi yang sama dan bunyi-bunyi yang berbeza.iii. Membantu kanak-kanak supaya dapat mencapai kemahiran untuk menghubungkan bentuk huruf dan bunyi.

Page 31: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

iv. Memastikan kanak-kanak dapat mengenal dan menyebut semua huruf kecil dan huruf besar serta dapat membezakannya.

v. Menguasai kemahiran menggabungkan bunyi huruf menjadi suku kata dan suku kata menjadi kata yang bermakna.

vi. Boleh menyebut suku kata tertutup dan terbuka.

vii.Dapat memahirkan kanak-kanak mencerakinkan bentuk kata kepada suku kata dan seterusnya huruf dan bunyi.

viii.Dapat menguasai kemahiran pengamatan bentuk-bentuk yang sama dan bentuk-bentuk yang berbeza.

ix. Memastikan kanak-kanak mempunyai kemahiran gerak motor dan laku tangan bagi mengukuhkan penglihatan dan pengamatan.

Page 32: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

3.1.1 Mengenal Huruf

Pelbagai strategi dan pendekatan boleh digunakan bertujuan untuk mengenalkan murid-murid dengan abjad/huruf dalam fonem Melayu.

Kreativiti guru akan mempengaruhi pencapaian murid-murid dalam menyebut huruf tersebut.

Kepelbagaian teknik pengajaran akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bererti dan murid-murid akan merasa gembira ketika belajar (Husin Fateh Din et. al, 2012).

Berdasarkan kaedah huruf, nama huruf vokal terlebih dahulu diperkenalkan, diikuti dengan huruf konsonan.

Kemudian, murid-murid akan diperkenalkan dengan huruf besar setelah mereka menguasai keseluruhan abjad dalam huruf kecil.

Page 33: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

Murid-murid akan diperkenalkan dengan nama huruf :

i. vokal - a, e, i, o dan u

ii. a, b, c, ........... x, y, z (huruf kecil) diikuti A, B, C ............ X, Y, Z (huruf besar)

iii. Konsonan (selain huruf vokal)

Page 34: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

3.1.2 Menyebut Huruf

Menyebut huruf merujuk kepada proses membunyikan abjad a hingga z.

Pelbagai aktiviti boleh dijalankan bagi memastikan penguasaan murid mengenal abjad.

Seterusnya diperkenalkan huruf kecil dan huruf besar secara berperingkat-peringkat.

Sebutan huruf-huruf vokal didahulukan daripada huruf konsonan.

Begitu juga sebutan huruf kecil perlu diperkukuh sebelum diperkenalkan dengan huruf besar.

Page 35: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

3.1.3 Mencantumkan Suku Kata

Suku kata boleh didefinisikan sebagai satu kumpulan vokal dan konsonan yang mempunyai status unit yang boleh diduduki pada awal kata, tengah kata atau pada akhir kata.

Proses mencantumkan suku kata ini juga dikenali sebagai binaan kata atau perkataan yang dicerakinkan.

Contohnya: Suku kata pada awal kata huruf u – ku + da

Suku kata pada tengah kata huruf u – be + lu + kar

Suku kata pada akhir kata huruf u – sem + bi + lu

Page 36: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

3.1.4 Menyebut Perkataan Dua Suku Kata

Menyebut perkataan bermakna berdasarkan dua pola yang mempunyai dua suku kata.

Contohnya:

a – a sa + ya

a – i da + ki

a – u ba + ju

a – o la + kon

a – e sa + te

Page 37: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

3.1.5 Membatang Perkataan Dua Suku Kata

Proses membatang suku kata dan membina perkataan merujuk kepada proses mengeja sambil membaca sesuatu suku kata yang seterusnya akan membentuk perkataan.

Contohnya: Proses 1 membatang huruf b + i menjadi ‘bi’ Proses 2 membatang huruf r + u menjadi

‘ru’ Proses 3 membatang suku kata ‘bi’ + ru’

menjadi ‘bi’ + ru’

Page 38: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

Peringkat pramembaca merupakan proses awal penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak.

Guru harus memahami proses-proses yang perlu dilaksanakan dalam peringkat ini.

Kepelbagaian teknik dan kaedah pengajaran haruslah diterapkan supaya pembelajaran menjadi lebih berkesan.

Digalakkan penggunaan bahan bantu mengajar yang kreatif oleh guru bagi membantu pemahaman murid ke arah penguasaan kemahiran tersebut.

Page 39: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

3.2 Konsep membaca

Atan Long (1978) mendefinisikan membaca sebagai proses yang melibatkan kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemah lambang-lambang itu semula kepada bunyi suara dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu.

Marohaini (1999) pula menyatakan bahawa proses membaca melibatkan beberapa susun tugas yang perlu dilakukan oleh pembaca, iaitu:

Page 40: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

i. Mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat.ii. Mengaitkan lambang atau perkataan itu dengan bunyi atau makna.iii. Menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkannya dengan apa yang telah sedia ada di kepala.iv. Mengumpulkan dan mencantumkan idea, perkataan dan ayat hingga menjadi sebuah idea yang lengkap.v. Mencuba menghuraikan atau menjelaskan idea yang didapati kepada diri sendiri, kawan, guru atau ibu bapa.

Page 41: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

3.2.1 Membaca Suku Kata

Membaca suku kata adalah kemahiran melafazkan suku kata yang diberi berdasarkan tahap kebolehan murid.

Suku kata dinyatakan sama ada menerusi kad suku kata lembaran kerja, bahan bacaan dan teks mudah.

Kemahiran membaca suku kata boleh diajar dengan menggunakan pendekatan cerakinan dan binaan.

Contohnya:i. Kaedah Cerakinanii. Kaedah Binaan

Page 42: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

biru

bi

b i

ru

r u

Page 43: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

3.2.2 Membaca Perkataan Dua Suku Kata

Membaca perkataan dua suku kata berdasarkan kad perkataan, lembaran kerja, dan bahan bacaan mudah.

Contoh:i. Kad perkataan buku

ii. Bahan bacaan mudah

buku saya

ini buku saya

buku saya biru

saya beli buku biru

Page 44: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

3.2.3 Mencantumkan Perkataan Dua Suku Kata

Proses mencantumkan atau menggabungkan dua suku kata untuk membina satu perkataan.

Contoh:

bu + ku

buku

Page 45: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

3.2.4 Membina Frasa Mudah Dua Suku Kata

Proses mencantumkan atau menggabungkan dua perkataan untuk membina frasa.

buku + biru

buku biru

Page 46: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

3.2.5 Membina Ayat Mudah Dua Suku Kata

Proses mencantumkan atau menggabungkan dua atau lebih perkataan atau frasa untuk membina ayat. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.

Contoh:

baru beli + buku biru

Saya baru beli buku biru.

Page 47: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

TAJUK 4: STRATEGI DAN APLIKASI PENGAJARAN LITERASI

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca/mempelajari bab ini, diharap anda dapat:

i. Menjelaskan strategi pengajaran pramembaca dan membaca.

ii. Menyatakan prosedur dan langkah pengajaran pramembaca dan membaca.

iii. Menunjukkan perkaitan antara pengajaran pramembaca dan membaca.

iv. Mencadangkan aktiviti pramembaca dan membaca yang sesuai dengan kebolehan

Page 48: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

4. Strategi Pramembaca

4.1 Menunjukkan Gambar Huruf Vokal dan Konsonan

Dalam bahasa Melayu terdapat 26 huruf, iaitu 5 huruf vokal dan 21 huruf konsonan.

Dalam pengajaran dan pembelajaran, anda boleh menunjukkan gambar huruf vokal dan konsonan kepada murid.

Huruf-huruf ini boleh dibina dalam pelbagai bentuk dan saiz serta ditunjukkan dengan pelbagai cara supaya dapat menarik perhatian murid.

Page 49: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

Contoh aktiviti:

• Kad huruf vokal

Huruf kecil dan huruf besar

A E I O Ua e i o u

Page 50: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

Aktiviti pembelajaran

Apakah aktiviti yang boleh anda lakukan? Antara aktiviti yang boleh anda lakukan

ialah:

i. Menunjukkan kad huruf kecil - huruf vokal satu persatu.

ii. Menunjukkan kad huruf kecil - huruf vokal mengikut urutan.

iii. Menunjukkan kad huruf kecil - huruf vokal secara tidak berurutan.

Page 51: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

iv. Menunjukkan kad huruf besar - huruf vokal satu persatu.

v. Menunjukkan kad huruf besar - huruf vokal mengikut urutan.

vi. Menunjukkan kad huruf besar - huruf vokal secara tidak berurutan.

vii Menunjukkan dua bentuk huruf, iaitu huruf kecil dan besar secara bergilir-gilir.

Viii Menunjukkan kad huruf yang pelbagai bentuk.

ix. Menggunakan kad huruf dalam pelbagai permainan bahasa.

Page 52: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

4.2 Menulis Huruf di udara atau di atas Pasir

Sebelum murid menulis huruf yang sebenar dalam buku tulis, murid juga boleh melakukan aktiviti menulis huruf di udara atau di atas pasir.

Aktiviti ini boleh dilakukan di dalam kelas atau di luar kelas. Aktiviti ini boleh dilakukan serentak dengan aktiviti lain seperti

aktiviti menyebut huruf yang bermula dengan menyebut huruf vokal dan kemudiannya diikuti dengan huruf konsonan.

Langkah pengajaran:

i. Memberikan arahan dan prosedur aktiviti kepada murid.

ii. Menyediakan atau memilih tempat yang sesuai untuk aktiviti.

iii. Menyediakan bahan seperti pasir yang mencukupi bagi setiap orang murid.

iv. Murid melakukan aktiviti yang diarahkan.

Page 53: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

4.3 Menyebut Huruf Vokal dan Konsonan

Aktiviti menyebut huruf vokal dan konsonan boleh dilakukan secara serentak dengan aktiviti lain.

Contohnya, semasa kad huruf ditunjukkan kepada murid, pada masa yang sama murid akan menyebut huruf yang ditunjukkan oleh guru.

Aktiviti menyebut huruf ini boleh dilakukan berulang kali atau secara latih tubi sama ada secara individu, kumpulan ataupun kelas.

Aktiviti ini juga boleh dipelbagaikan cara pelaksanaannya mengikut kreativiti guru sendiri.

Page 54: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

Antara langkah pengajaran yang boleh dilakukan ialah:

i. Guru menunjukkan kad huruf.

ii. Guru menyebut huruf berkenaan dan minta murid mengikutnya.

iii. Murid menyebut huruf bergilir-gilir secara individu.

iv. Murid menyebut huruf berglir-gilir secara kumpulan.

v. Murid menyebut huruf secara kelas.

Page 55: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

5. Strategi Membaca

Menyebut perkataan berdasarkan gambar

Mencantumkan perkataan berdasarkan gambar

Membaca ayat mudah berdasarkan gambar

Membaca ayat secara berirama

Page 56: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

Dari segi pelaksanaannya, strategi membaca hampir sama dengan aktiviti pramembaca.

Aktiviti ini boleh dilakukan dengan melibatkan murid secara kumpulan dan kelas.

Contoh aktviti yang boleh dilakukan ialah:

i. Menunjukkan huruf vokal dan membunyikan huruf tersebut.

ii. Menunjukkan gambar yang bunyi suku katanya bermula dengan huruf yang dibunyikan.

iii. Murid membunyikan huruf dan perkataan berdasarkan gambar yang ditunjuk.

Page 57: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014
Page 58: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

6. Kaedah Pengajaran Membaca

Aktiviti pramembaca dan aktiviti membaca yang dijelaskan di atas boleh dilakukan oleh guru dalam pengajaran dengan menggunakan beberapa kaedah.

Kaedah yang biasa digunakan oleh guru ialah kaedah abjad, kaedah suku kata, kaedah pandang sebut, dan kaedah fonik.

Page 59: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

6.1 Kaedah Abjad

Kaedah abjad juga dikenali sebagai kaedah menamakan huruf yang digunakan dalam tulisan Melayu.

Huruf yang dimaksudkan ialah A, B, C, hingga Z sama ada huruf kecil ataupun huruf besar.

Kaedah ni boleh dilaksanakan oleh guru mengikut langkah-langkah yang berikut:

Page 60: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

i. Teknik pengajaran dimulakan dengan guru menunjukkan kad abjad kepada murid.

ii. Guru menyebut terlebih dahulu abjad-abjad tersebut untuk memperkenalkannya kepada murid.

iii. Murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf secara mengikut turutan bermula dari A hingga Z.

iv. Kemudian, sekali lagi guru menunjukkan kad-kad abjad tersebut dan meminta murid untuk mengenal pasti dan menyebut abjad-abjad yang ditunjukkan dengan bantuan guru.

Page 61: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

v. Guru membetulkan setiap kesilapan sebutan murid sewaktu kad-kad abjad ditunjukkan.

vi Proses ini diulang sehingga murid mampu mengenal pasti dan menulis abjad-abjad yang telah diajar.

vii. Seterusnya, guru melekatkan kad-kad abjad tersebut di atas papan tulis.

viii. Guru akan memilih murid secara rawak dan meminta murid tersebut mengambil kad-kad di papan tulis berdasarkan apa yang disebut oleh guru.

ix. Selepas itu, murid diminta membuat latihan bertulis dalam buku masing-masing.

x. Guru akan menyebut abjad manakala murid perlu mendengar dengan teliti dan menulisnya dalam buku.

Page 62: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

6.2 Kaedah Suku Kata

Kaedah ini berasaskan pada penyebutan suku kata. Suku kata ialah bahagian perkataan berasaskan

kehadiran vokal. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud

sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan.

Dalam bahasa Melayu, terdapat sebelas pola suku kata.

Suku kata yang berakhir dengan huruf vokal dipanggil suku kata terbuka.

Suku kata yang lain ialah suku kata tertutup kerana diakhiri dengan huruf konsonan.

Beberapa jenis suku kata :

Page 63: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

Kata tunggal satu suku kataContoh : K + V + K

bom

lap

pam

Page 64: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

Kata tunggal dua suku kata. Contoh : V + KV

ibu

ela

Contoh V + VK

air

aib

Page 65: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

Kata tunggal tiga suku kata

Contoh KV + V + KV

biasa

cuaca

Contoh KV + V + KV

kaedah

Kata tunggal empat suku kata

Contoh KV + KV + KV + KV

panorama

Page 66: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

6.3 Kaedah Pandang Sebut

Kaedah Pandang dan Sebut juga dikenali sebagai Kaedah Seluruh Kata.

Kaedah ini memerlukan beberapa bahan utama, iaitu kad huruf, kad suku kata, kad perkataan dan kad gambar.

Kaedah ini boleh diajar dengan menggunakan tiga pendekatan, iaitu pendekatan binaan, pendekatan cerakinan, dan pendekatan gabungan.

Page 67: Literasi Dan Numerasi (Linus) Dpli 2014

Langkah-langkah pengajaran yang boleh dilaksanakan ialah:

i. Kad gambar, kad huruf, kad suku kata dan kad perkataan boleh digunakan di peringkat awal pengajaran untuk memperkembang kemahiran membaca.

ii. Murid sendiri akan memegang kad-kad tersebut dan menyusunnya supaya menjadi perkataan yang bermakna.

iii. Sentuhan secara fizikal mendorong murid mengingati pelajaran dengan mudah dan berkesan.