literasi dan numerasi

Download Literasi dan numerasi

Post on 23-Nov-2015

181 views

Category:

Documents

10 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pengenalan

TRANSCRIPT

TAJUK 1 : KONSEP LITERASI DAN NUMERASI1.1 Pengertian literasi dan numerasi

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) literasi bermaksud kebolehan membaca dan menulis. Literasi yang juga disebut sebagai celik huruf atau kenal huruf turut menjelaskan tentang keupayaan membaca dan menulis atau keupayaan menggunakan bahasa untuk membaca, menulis, mendengar, dan bertutur.

1.2 Definisi literasi dan numerasi dalam konteks Program LINUS

Definisi Literasi dalam konteks LINUS ialah keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian. Kemahiran literasi terdiri daripada kemahiran membaca dan menulis.

TAJUK 2 : PERKEMBANGAN PROGRAM BERKAITAN DENGAN LITERASI DAN NUMERASI

2.1Perkembangan program berkaitan literasi dan numerasi.Masalah murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran yang masih belum menguasai kemahiran asas 3M dengan baik belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan pelbagai program pemulihan. Antaranya; Program KIA2M untuk murid Tahun 1 yang mula dilaksanakan pada tahun 2006. Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas di sekolah masing-masing. Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk murid Tahap II. PROTIM selepas UPSR.

Oleh sebab itulah KPM melancarkan sub-NKRA iaitu Literasi dan Numerasi. Objektif utama program tersebut ialah setiap kanak-kanak menguasai kemahiran asas literasi dana numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012. Di samping itu, program LINUS juga turut dibentuk di mana LINUS merupakan singkatan bagi Ujian Saringan Literasi dan Numerasi. LINUS merupakan program pemulihan yang direka untuk memastikan pelajar menguasai kemahiran asas literasi (Bahasa Malaysia) dan kemahiran numerasi (Matematik) di akhir Tahun 3 sekolah rendah. LINUS disasarkan kepada pelajar yang mempunyai kesukaran dalam kemahiran 3M (Membaca, Menulis, Mengira).

2.2 Program literasi dan numerasi sebelum KBSR.Program literasi dan numerasi yang ada sebelum KBSR ialah Program Pemulihan. Program pemulihan telah bermula di Malaysia sejak 1960-an lagi. Pemulihan ialah rancangan pembelajaran yang disediakan untuk murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran, tanpa mengira golongan atau lapisan masyarakat. Rancangan pembelajaran pemulihan ditumpukan khas kepada penguasaan kemahiran-kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Program ini hanya meliputi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Murid-murid yang ketinggalan, lemah atau belum menguasai kemahiran asas 3M akan menjalani program pemulihan dalam bilik darjahnya sendiri semasa waktu mata pelajaran Bahasa Malaysia yang dijalankan oleh guru Bahasa Malaysia. Program pemulihan diperluaskan fungsi dan pelaksanaannya. Guru Bahasa Melayu yang berkebolehan diberikan latihan khusus tentang pendidikan pemulihan bagi membolehkan guru-guru ini mengendalikan program pemulihan. Atas komitmen guru-guru ini, program pemulihan telah memainkan peranan yang besar ke arah pertumbuhan dan perkembangan literasi dan numerasi peringkat awal kanak-kanak.

2.3 Program literasi dan numerasi dalam KBSR.Antara program literasi dan numerasi dalam KBSR ialah penekanan 3M dalam KBSR. Perlaksanaan KBSR adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979. Kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet ini terhadap Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka tersebut mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi. Penekanan utama ialah Kemahiran Asas 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira. Aspek yang tekandung dalam kemahiran asas ialah 3M ialah kemahiran pertuturan, pendengaran, pembacaan, penulisan serta amalan dalam penggunaan empat operasi matematik, iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. a. Kemahiran Bahasa Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran Bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.b. Kemahiran Mendengar Kemahiran Mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas. c. Kemahiran Bertutur Kemahiran Bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.

d. Kemahiran membaca Kemahiran Membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. e. Kemahiran Menulis Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik, dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginativef. Kemahiran Mengira Berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Kurikulum Matematik ini telah diolah dan disusun semula. Langkah yang diambil ini adalah selaras dengan keperluan untuk menyediakan pengetahuan dan kemahiran Matematik kepada murid-murid yang mempunyai latar belakang dan keupayaan yang pelbagai. Dengan pengetahuan dan kemahiran tersebut, mereka berkemampuan untuk meneroka ilmu, membuat adaptasi, modifikasi dan inovasi dalam menghadapi atau menangani perubahan dan cabaran masa depan. Seterusnya dapat merealisasikan kerjaya yang cemerlang untuk diri, masyarakat dan negara.

Selain penekanan kepada 3M, program literasi da numerasi yang dijalakan ialah Pendidikan Pemulihan dalam KBSR. Menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979: (PERAKUAN 5)Adalah diperlukan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan langkah-langkah mengadakan pengajaran pemulihan selepas daripada Ujian Rujukan Kriteria dijalankan, diteliti dan diperbaiki. Antara lain perkara-perkara tersebut termasuklah mendalami kaedah dan pengajaran, bahan-bahan yang lebih kecil, peruntukan guru bagi mengendalikan pengajaran pemulihan serta penggunaan bahan-bahan tertentu. Sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan KBSR pada tahun 1983. Kurikulum baharu ini merupakan satu usaha untuk kembali semula kepada asas pendidikan dengan memberi fokus kepada 3M dan murid-murid yang tidak dapat menguasainya akan dibantu melalui Program Pemulihan Khas. Mulai tahun 1980, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) melaksanakan perakuan yang berkenaan. KBSR mengetengahkan konsep 5P, iaitu penggabungjalinan, penyerapan, penilaian berterusan, pemulihan dan pengayaan. Hal ini jelas memperlihatkan pemulihan merupakan satu daripada unsur istimewa KBSR. Mulai tahun 1986, KPM mengarahkan semua sekolah rendah di negeri yang mempunyai guru khas pemulihan agar melaksanakan program pemulihan di sekolah masing-masing. Pengajaran dan pembelajaran pada tahap 1 (tahun 1-3) akan membolehkan guru-guru mengenalpasti murid-murid yang mempunyai masalah penguasaan 3M. Di dalam KBSR, terdapat beberapa jenis program pemulihan yang dijalankan sama ada di dalam kelas dan di kelas khas. Di antara program yang dijalankan di dalam kelas adalah seperti KIA2M, PROTIM selain daripada aktiviti pemulihan dalam kelas. Manakala program Pemulihan Khas pula dijalankan dikelas khas menggunakan withdrawal system.

2.4 Program KIA2M, PROBIM, PROTIM dan LINUS.

a. Program KIA2MKIA2M merupakan singkatan bagi Kelas Intervensi Asas Membaca Dan Menulis. KIA2M telah dilaksanakan pada Mac 2006 ekoran daripada pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (TERAS KETIGA: MEMPERKASA SEKOLAH KEBANGSAAN). Sebagai langkah segera, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) , KPM diberi mandate untuk melaksanakan Program KIA2M ini. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah bagi memastikan murid yang mengikuti kelas KIA2M dapat mengenal huruf dengan tepat, mengeja dan menyebut setiap perkataan dan ayat tunggal dengan sebutan yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Program KIA2M merupakan satu program yang dirancang khusus untuk membantu murid Tahun 1 menguasai kemahiran asas iaitu membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga daripada kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan di dalam kelas. KIA2M dijalankan sepenuh masa oleh guru Bahasa Melayu Tahun 1. Keseluruhan program ini dijalankan selama tiga atau enam bulan. Semua murid Tahun 1 akan menduduki Ujian Penapisan KIA2M. Murid yang gagal melepasi Ujian Penapisan akan mengikuti program KIA2M. Pengajaran dan pembelajaran KIA2M dijalankan dalam waktu P&P Bahasa Melayu. Di samping itu, kemahiran KIA2M ini juga diajar secara penyerapan dalam waktu P&P Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik serta Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. P&P KIA2M hanya melibatkan guru yang terlatih sahaja. Guru pemulihan amat digalakkan membantu guru KIA2M terutama dalam aspek P&P seperti pedagogi dan penyediaan bahan.

Matlamat utama program KIA2M adalah; Memastikan 100% murid Tahun 1 menguasai 2M. Membantu murid Tahun 1 menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Memberi peluang murid-murid mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan tahap kebolehan masing-masing. Meningkatkan

View more