linguist i k

29
Pemikiran Linguistik Edward Sapir Mac 15, 2011 pada 2:15 am (Uncategorized) Setelah mengkaji tokoh linguistik yang terkenal iaitu Edward Sapir pelbagai maklumat mengenai diri dan pemikiran beliau telah diketahui. Edward Sapir merupakan tokoh yang terkemuka dalam linguistik struktur Amerika. Beliau adalah orang pertama yang memeriksa dengan teliti hubungan-hubungan antara kajian bahasa dengan antropologi. Perkaedahannya mempunyai pengaruh yang kuat kepada semua penggantinya. Linguistik Sapir tidak terhenti pada struktur bahasa, tetapi juga meliputi kawasan budaya, sastera, mitologi, dan agama. Beliau telah memperkenalkan Hipotesis Sapir-Whorf hasil gabungan pemikiran beliau dan anak muridnya Whorf. Hipotesis sapir-whorf menyatakan bahawa pemikiran dan tingkah laku ditentukan (ataupun sekurang-kurangnya dipengaruhi) oleh bahasa. Sekiranya ini benar, kemungkinan bahawa budaya ditentukan oleh newspeak atau bahasa lain bukanlah fiksyen sains semata-mata. Sejak permulaannya pada 1920-an dan 1930-an, teori sapir-whorf telah mengundang kontroversi dan menggalakkan penyelidikan dalam pelbagai bidang termasuk linguistik, psikologi, falsafah dan pendidikan. Sehingga hari ini hipotesis itu masih belum dapat disanggah dan dipertahankan, tetapi menggalakkan penyelidik diseluruh dunia. Edward Sapir dan Benjamin Lee Whorf telah menekankan hubungan antara bahasa, pemikiran, dan budaya. Kedua-duanya tidak menulis hipotesis secara formal berserta formula empirik, tetapi melalui kajian yang mendalam melalui penulisan mereka tentang linguistik, penyelidik telah menemui dua idea. Pertama, satu teori linguistik penentuan (determinism) yang menyatakan bahawa bahasa yang kita gunakan menentukan bagaimana kita akan mengintepretasi dunia sekeliling. Kedua, satu teori linguistik relatif (relativism) yang lebih lemah menyatakan bahawa bahasa mempunyai sedikit kesan dalam mempengaruhi pemikiran kita terhadap realiti dunia. Edward Sapir mengkaji penyelidikan oleh Wilhelm Von Humboldt. Lebih kurang seratus tahun sebelum Sapir menerbitkan teori linguistiknya, Humboldt menulis dalam Gesammelte Werke satu versi linguistik penentuan (determinism) yang lebih kukuh; Manusia hidup di dunia yang berprinsip sepertimana bahasa. Sapir mengambil idea ini dan mengembangkannya. Walaupun dia tidak selalunya menyokong hipotesisnya, penulisannya menyatakan bahawa adanya hubungan jelas antara bahasa dan pemikiran. Daripada The Status of Lingistic as a Sciance (1929). Manusia tidak hidup bersendirian di dunia yang objektif ini, ataupun bersendirian di dalam dunia yang penuh dengan aktiviti sosial dan bahasa yang telah menjadi medium pengantar di dalam masyarakat. Sememangnya sukar untuk dibayangkan bahawa seseorang itu hidup di dunia reliti tanpa menggunakan bahasa dan ia hanyalah medium yang tidak disengajakan untuk menyelesaikan masalah komunikasi/perhubungan dan refleksi. Bahkan dunia sebenar adalah terlalu besar skalanya yang tanpa disedari membina sifat bahasa sesuatu kumpulan. Dua bahasa sahaja tidak mencukupi untuk mewakili realiti sosial

Upload: perrie-sigan

Post on 14-Aug-2015

72 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Linguist i k

Pemikiran Linguistik Edward Sapir

Mac 15, 2011 pada 2:15 am (Uncategorized)

Setelah mengkaji tokoh linguistik yang terkenal iaitu Edward Sapir pelbagai maklumat mengenai diri dan pemikiran beliau telah diketahui. Edward Sapir merupakan tokoh yang terkemuka dalam linguistik struktur Amerika. Beliau adalah orang pertama yang memeriksa dengan teliti hubungan-hubungan antara kajian bahasa dengan antropologi. Perkaedahannya mempunyai pengaruh yang kuat kepada semua penggantinya. Linguistik Sapir tidak terhenti pada struktur bahasa, tetapi juga meliputi kawasan budaya, sastera, mitologi, dan agama. Beliau telah memperkenalkan Hipotesis Sapir-Whorf hasil gabungan pemikiran beliau dan anak muridnya Whorf.

Hipotesis sapir-whorf menyatakan bahawa pemikiran dan tingkah laku ditentukan (ataupun sekurang-kurangnya dipengaruhi) oleh bahasa. Sekiranya ini benar, kemungkinan bahawa budaya ditentukan oleh “newspeak” atau bahasa lain bukanlah fiksyen sains semata-mata. Sejak permulaannya pada 1920-an dan 1930-an, teori sapir-whorf telah mengundang kontroversi dan menggalakkan penyelidikan dalam pelbagai bidang termasuk linguistik, psikologi, falsafah dan pendidikan. Sehingga hari ini hipotesis itu masih belum dapat disanggah dan dipertahankan, tetapi menggalakkan penyelidik diseluruh dunia.

Edward Sapir dan Benjamin Lee Whorf telah menekankan hubungan antara bahasa, pemikiran, dan budaya. Kedua-duanya tidak menulis hipotesis secara formal berserta formula empirik, tetapi melalui kajian yang mendalam melalui penulisan mereka tentang linguistik, penyelidik telah menemui dua idea. Pertama, satu teori linguistik penentuan (determinism) yang menyatakan bahawa bahasa yang kita gunakan menentukan bagaimana kita akan mengintepretasi dunia sekeliling. Kedua, satu teori linguistik relatif (relativism) yang lebih lemah menyatakan bahawa bahasa mempunyai sedikit kesan dalam mempengaruhi pemikiran kita terhadap realiti dunia.

Edward Sapir mengkaji penyelidikan oleh Wilhelm Von Humboldt. Lebih kurang seratus tahun sebelum Sapir menerbitkan teori linguistiknya, Humboldt menulis dalam “Gesammelte Werke” satu versi linguistik penentuan (determinism) yang lebih kukuh; ‘Manusia hidup di dunia yang berprinsip sepertimana bahasa.’ Sapir mengambil idea ini dan mengembangkannya. Walaupun dia tidak selalunya menyokong hipotesisnya, penulisannya menyatakan bahawa adanya hubungan jelas antara bahasa dan pemikiran.

Daripada “The Status of Lingistic as a Sciance” (1929).

Manusia tidak hidup bersendirian di dunia yang objektif ini, ataupun bersendirian di dalam dunia yang penuh dengan aktiviti sosial dan bahasa yang telah menjadi medium pengantar di dalam masyarakat.

Sememangnya sukar untuk dibayangkan bahawa seseorang itu hidup di dunia reliti tanpa menggunakan bahasa dan ia hanyalah medium yang tidak disengajakan untuk menyelesaikan masalah komunikasi/perhubungan dan refleksi. Bahkan dunia sebenar adalah terlalu besar skalanya yang tanpa disedari membina sifat bahasa sesuatu kumpulan. Dua bahasa sahaja tidak mencukupi untuk mewakili

Page 2: Linguist i k

realiti sosial yang sama. Dunia dimana adanya masyarakat yang berbeza adalah dunia yang berbeza, bukannya sekadar satu dunia yang sama dengan label yang berbeza.

Sebagaimana yang ditunjukkan bahagian-bahagian penting, Sapir menggunakan bahasa yang kukuh/tegas untuk menerangkan hubungan antara bahasa dan pemikiran. Bagi Sapir, individu tidak menyedari tentang hubungan ini dan ia terikat tanpa disedari. Benjamin Lee Whorf adalah anak murid Sapir. Whorf telah mereka teori linguistik relatif yang lemah. Kita telah diperkenalkan dengan satu prinsip relatif yang baru dimana semua pemerhati tidak mengikuti kewujudan fizikal yang sama kepada gambar alam semesta yang sama (1940/1956). Dia juga menyokong yang mana pada satu ketika, satu keazaman linguistik yang lebih kuat. Bagi Whorf, hubungan antara bahasa dan pemikiran ini adalah satu kewajipan dan bukan pilihan.

Dalam pemikiran Hipotesis Sapir Whorf beliau menekankan tentang hubungan timbal balik antara budaya, corak pemkiran dan bahasa. Menurutnya, budaya akan melahirkan corak pemikiran dan seterusnya mencorakkan bahasa sesuatu masyarakat mengikut keperluan. Hal ini menunjukkan bahasa bersifat arbitrari. Di samping itu pemikiran Edward Sapir juga menekankan bahawa bahasa saling berhubung kait dan bersifat humanisasi. Dalam konteks ini, dapat dijelaskan bahawa bahasa saling mempunyai perkaitan di antara satu sama lain dan penglahiran bahasa terjadi sesuai dengan penggunaannya. Sebagai contoh, masyarakat akan melahirkan bentuk bahasa yang berlainan mengikut taraf pemikiran dan pendidikan yang diterima sesuai dengan keperluan masyarakat itu. Ini jelas menunjukkan bahawa melalui bahasa kita dapat menilai seseorang.

Sapir dan Whorf bersetuju bahawa budaya yang menentukan bahasa, yang mana ia juga menentukan bagaimana kita mengkategorikan pemikiran kita tentang dunia dan kehidupan di dalamnya. Lebih 50 tahun, pengkaji telah cuba untuk merancang penyelidikan yang akan menyokong atau membangkang hipotesis ini.

Sokongan untuk versi yang kukuh adalah lemah kerana ianya agak mustahil untuk menilai pandangan seluruh dunia tanpa menggunakan bahasa. Sokongan untuk versi yang lebih lemah pula adalah lebih kecil. Walaupun begitu, hipotesis ini masih lagi menarik minat penyelidik-penyelidik yang lain.

Masalah dengan hipotesis ini bermula apabila seseorang mula mempersoalkan apakah yang ingin disampaikan dalam hipotesis tersebut. Penn menyatakan bahawa hipotesis tersebut menyatakan “…lebih kurang kekuatan yang terdapat ditempat yang berlainan dalam penulisan Sapir dan Whorf” (1972:13). Pada masa yang sama, Sapir dan Whorf menyokong versi yang lebih kuat dan yang lain dilihat lebih menyokong versi yang lebih lemah.

Alford (1980) juga menyatakan bahawa bukannya Sapir mahupun Whorf yang menamakan mana-mana idea tentang bahasa dan kognitif dalam “Sapir-Whorf Hypothesis”. Nama teori ini hanya muncul selepas kematian mereka. Ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai andaian. Satu lagi masalah dengan hipotesis ialah, ia memerlukan pengukuran pemikiran manusia. Pemboleh ubah yang dikaji ialah mengukur pemikiran manusia dan pandangan manusia adalah sesuatu yang hampir mustahil tanpa mengambil endah pengaruh bahasa. Penyelidik merumuskan bahawa menyelidik perangai/tingkah laku sebagai kaitan utama kepada pemikiran.

Page 3: Linguist i k

Sekiranya seseorang itu percaya terhadap linguistik penentuan yang lebih kuat, orang tersebut harus juga bersetuju bahawa pemikiran adalah mustahil tanpa bahasa. Bagaimanakah dengan pemikiran pra-linguistik kanak-kanak (bayi)? Bagaimanakah kanak-kanak (bayi) dapat memperoleh bahasa tanpa pemikiran? Dan juga, dimanakah bahasa berasal? Pada pandangan orang yang menyokong linguistik penentuan, bahasa berkemungkinan berasal daripada sumber luar dari dunia manusia kerana pemikiran adalah mustahil tanpa bahasa dan sebelum bahasa, tidak mungkin wujudnya pemikiran.

Selain itu, Sapir juga menekankan fonem sebagai satuan psikologis. Ini bermakna daripada bahasa dapat melahirkan perkataan-perkataan lain. Bahasa juga bersifat distingtif yang boleh membezaka makna. Sapir turut mengkaji tentang perkaitan bahasa dengan makna. Bahasa lahir daripada interprestasi individu terhadap persekitaran manusia. Dalam menjalankan kajian, Sapir juga mengemukakan teori struktural tentang struktur bahasa. Ia merangkumi pola dan binaan ayat.

Dasar teori Sapir menyatakan bahawa bahasa itu merupakan aktiviti rohani, proses kejiwaan yang berulang-ulang untuk membentuk gagasan atau pemikiran melalui bunyi yang berartikulasi. Setiap bahasa memiliki keistimewaan iaitu lambang jiwa, tabiat dan sifat bangsa. Akibatnya timbul keragaman bahasa dan perbezaannya. Seterusnya prinsip dasarnya menyebutkan bahawa bahasa milik suatu bangsa menentukan pandangannya terhadap dunia dan lingkungan sekitarnya melalui kategori gramatikal dan klasifikasi semantik yang mungkin dalam bahasa yang diwarisinya bersama kebudayaannya.

Menurut teori Bloomfield, sebuah fonem adalah bahagian yang beraneka ragam dari propertifonetik, iaitu unit minimum daripada sebuah identiti suara tertentu, yang ketika diinterpretasikan, mempunyai satu set elemen tersendiri secara fonetik.

Selain itu, Bloomfield beranggapan morfem adalah unit tatabahasa terkecil. Morfem terdiri dari serangkaian fonem, dan fonem-fonem tersebut membentuk sebuah representasi, iaitu bentuk dasar dan morfem tanpa perlu adanya penerangan.

Page 4: Linguist i k

TAJUK 1

SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK

SINOPSIS

Tajuk ini membincangkan tentang sejarah perkembangan ilmu linguistik yang bermula pada tahun

500 SM hingga ke zaman moden. Sejarah pengkajian ilmu linguistik bermula pada zaman Yunani,

zaman Iskandariah, zaman Rom, zaman pertengahan, zaman Peralihan (Renaissance), zaman

Arab, zaman India, zaman Linguitik perbandingan dan zaman linguistik moden.

HASIL PEMBELAJARAN

(i) Menyusur galur sejarah perkembangan ilmu linguistik.

(ii) Menghuraikan sejarah ilmu linguistik zaman Yunani, Iskandariah,

Rom, Arab, India hingga zaman moden abad ke-20.

1.0 KANDUNGAN ISI

Tahukah anda bila kajian bahasa bermula? Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian

tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang berlaku di India. Walau

bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada

kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian

Panini telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah

berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah.

Page 5: Linguist i k

1.1 Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman Rom

Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa

ialah orang-orang Yunani. Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal yang wujud di atas muka

bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik.

Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Disebabkan seluruh

kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi

oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada

abad ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah

yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu.

Untuk pengetahuan anda, tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman Yunani ialah Plato

dan Aristotle, iaitu murid Plato. Plato (427 – 347) merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti

dan menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan melalui karyanya yang berbentuk dialog,

iaitu Cratylus. Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya, iaitu antara

kumpulan analogis yang mempercayai bahawa bahasa bersifat alamiah, nalar dan logis dengan

kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Plato

telah menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau

konvensyen, iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat. Beliau juga menyelidik tentang tatabahasa yang

membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai

subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan.

Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 – 322 sebelum masihi dengan

menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa, iaitu kata penghubung. Beliau memperkembang

dan memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato. Aristotle merupakan

sarjana yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem kala atau tense dalam bahasa Yunani.

Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa sebagai alat, khususnya untuk

retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapat

diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja

yang ada di dunia yang menjadi subjek logika.

Secara umumnya, anda dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era Yunani lebih tertumpu

kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian mereka lebih bercorak logik dan bukannya saintifik.

Page 6: Linguist i k

Kita telah selesai membincangkan tentang sejarah perkembangan linguistik zaman Yunani.

Sekarang kita beralih pula kepada Zaman Iskandariah. Zaman ini bermula pada abad ketiga tahun

masihi. Sebagai sebuah tanah jajahan Yunani, Iskandariah menjadi pusat perkembangan kesusasteraan

dan linguistik tamadun Yunani, namun penumpuan bahasa pada waktu ini lebih kepada aspek lisan, iaitu

pertuturan. Mereka turut mengkaji sistem fonetik dan membahagikan perkataan kepada adverb,

participal, ganti nama dan kata depan. Para sarjana turut memperkenalkan bidang sintaksis, iaitu ayat

yang merupakan satu unit deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai

makna.

Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman Rom. Orang Rom

telah mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh. Tahukah anda bahawa mereka

mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin. Jika dikaji perkembangan

bahasa pada zaman ini lebih kepada perubahan sistem bahasa daripada tamadun Yunani kepada

bahasa Latin. Mereka kurang menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa.

Walau bagaimanapun sumbangan mereka amat penting kerana hasil tulisan mereka menjadi rujukan

kepada semua pengkaji bahasa selepas zaman itu.

1.2 Zaman Pertengahan, Zaman Arab, Zaman India

Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman pertengahan yang

dikenali juga sebagai zaman Renaissance. Pada era ini ahli bahasa mula meneroka bahasa termasuk

tatabahasa vernakular. Para pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen

untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya

bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. Bahasa pada era ini masih kekal

kepada fungsi kesusasateraan.

Anda harus ingat bahawa pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan logika dalam bahasa dan

hubungan antara bahasa mula berkembang. Golongan zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau

bahasa pinjaman. Mereka juga dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama

bahasa Inggeris.

Sekarang mari kita bincangikan pula perkembangan linguistik zaman Arab. Pada zaman ini

bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di dunia. Hal ini disebabkan Eropah

Page 7: Linguist i k

mengalami zaman gelap. Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam yang

sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin mereka. Kajian mereka tertumpu kepada sumber al-

Qur’an dan hasilnya perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta

terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan.

Perbincangan seterusnya ialah sejarah perkembangan linguistik zaman India. Pada era ini

bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan kesan besar kepada ilmu linguistik. Bahan

kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda. Kajian mereka lebih baik

daripada Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan sintaksis.

Tahukah anda bahawa sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini ialah kejayaan mereka

membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa secara saintifik. Tamadun ini

turut mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu bahasa yang sama. Hal ini dapat dibuktikan

melalui kajian, hampir semua bahasa memiliki perkataan yang hampir sama dan maksud perkataan juga

hampir sama.

1.3 Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden

Untuk pengetahuan anda, zaman ini dikatakan sebagai permulaan kepada linguistik moden, iaitu

sekitar abad ke-19. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu, iaitu antropologi

dan sosiologi. Pendekatan kajian bahasa berdasarkan bukti nyata. Mereka turut mengkaji pertalian dan

hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa

bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama.

Kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada semua bahasa di dunia.

Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa

berisolasi, berimbuhan dan bahasa berfleksi. Hukum baharu mula wujud yang dikenali sebagai hukum R-

G-L dan R-D-L.

Page 8: Linguist i k

Sebagai mengakhiri perbincangan tajuk 1 ini, marilah sama-sama kita lihat sejarah

perkembangan linguistik zaman moden sekitar abad ke-20. Pengkajian ilmu bahasa pada zaman ini lebih

cenderung kepada linguistic deskriptif atau linguistik huraian. Kajian pada era ini lebih sistematik dan

menekankan kepada sinkronis dan diakronis. Para pengkaji turut menelurkan satu teori baharu, iaitu

bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial.

TUGASAN:

Buat catatan nota dalam bentuk grafik tentang sejarah perkembangan linguistik sejak sebelum masihi

hingga ke zaman moden. Gunakan bahasa sendiri menunjukan anda faham apa yang dibincangkan.

Bincangkan sumbangan Plato dan Aristotle kepada perkembangan ilmu linguistik sehingga kini.

TAJUK 2

PEMIKIRAN DALAM LINGUISTIK

SINOPSIS

Tajuk dua ialah pemikiran dalam linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu pemikiran Edward Sapir,

Leonard Bloomfield dan pemikiran Ferdinand de Saussure. Mereka merupakan tokoh linguistik yang

banyak memberi sumbangan kepada perkembangan ilmu bahasa melalui hasil kajian secara empirikal.

HASIL PEMBELAJARAN

(i) Menghuraikan aliran pemikiran tokoh-tokoh lingustik mengiku zaman

(ii) Menghargai sumbangan tokoh-tokoh dalam perkembangan ilmu bahasa sejak

zaman awal hingga zaman moden

(iii) Membuat banding beza bentuk pemikiran antara tokoh-tokoh linguistik

Page 9: Linguist i k

2.0 KANDUNGAN ISI

Hasil pemikiran de Saussure telah melayakkan beliau diberikan jolokan sebagai “Bapa Linguistik Moden”.

Hasil pemikiran Bloomfield pula telah menghasilkan teori behaviourisme

2.1 Pemikiran Edward Sapir Dalam Bidang Linguistik

Edward Sapir (1884 – 1939) seorang sarjana linguistik struktural dan antropologi dari Amerika pada

awal abad ke-20. Beliau mengkaji hubungan bahasa dengan pemikiran manusia dari aspek psikologi.

Beliau berpendapat psikologi mendasari pengkajian bahasa dalam sains. Kesimpulan kajian beliau

mendapati bahawa struktur bahasa merupakan unsur yang menentukan sturktur pemikiran manusia.

Menurut beliau, bahasa ialah sistem manusiawi yang instingtif, iaitu bersifat arbitrari untuk

menyampaikan perasaan dan fikiran. Buku beliau bertajuk Language berbeza dengan Bloomfield kerana

menggunakan pendekatan antropologi yang melihat bahasa dari segi fungsinya dalam masyarakat.

Rumusan hasil pemikiran beliau tiada bahasa yang sempurna, bahasa akan sentiasa berubah.

2.2 Pemikiran Leonard Bloomfield dalam Bidang Linguistik

Bloomfield (1887 – 1949) merupakan ahli linguistik yang mempelopori teori behaviourisme yang berkait

rapat dengan fahaman ahli psikologi dalam menghuraikan bahasa. Beliau beranggapan bahawa bahasa

sebagai pangkalan data ucapan yang boleh mengeluarkan segala unit bahasa. Dengan kata lain, ayat-

ayat itu tersusun di dalam otak dan dikeluarkan apabila adanya rangsangan.

Rumusan beliau, sekiranya tingkah laku manusia lain berpunca daripada adanya rangsangan atau

stimulus, maka bahasapun dapat dilahirkan sebagai gerak balas atau respons terhadap rangsangan itu.

Beliau juga beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah laku manusia. Beliau memperlihatkan

konsep saintifik dalam kajiannya, iaitu suatu kenyataan yang menunjukkan bahawa semua bahan kajian

hendaklah dapat diperhatikan dan dianalisis secara empirikal. Buku beliau yang popular ialah Language

(1933).

2.3 Pemikiran Ferdinand de Saussure dalam Bidang Linguistik

Ferdinand de Saussure (1857 – 1913) ialah orang pertama yang mengasaskan ilmu linguistik moden.

Ketokohan beliau sebagai ‘Bapa Ilmu Linguistik Moden’ telah terbukti melalui penemuan-penemuan

konsep dan pendekatan baharu dalam bidang bahasa secara moden.

Dalam sejarah ilmu linguistik moden, beliau merupakan orang pertama yang mengemukakan dan

menekankan peri pentingnya kajian bahasa dilakukan dari sudut yang berbeza-beza, iaitu secara

sinkronis dan diakronis. Linguistik sinkronis mengkaji bahasa pada suatu masa tertentu. Linguistik

Page 10: Linguist i k

diakronis mengkaji bahasa dari segi sejarah yang dilalui oleh bahasa serta perubahan-perubanan yang

dialami oleh sesuatu bahasa tersebut.

De Saussure merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep ‘langue’ dan ‘parole’. Langue

bermaksud loghat atau dialek dan parole bermaksud ciri-ciri bahasa yang dituturkan atau diucapkan oleh

individu dalam masyarakat.

Ketokohan beliau adalah hasil penelitiannya sehingga menerbitkan buku bertajuk Couse de Linguistique

Generale pada tahun 1915. Karya agung beliau ini adalah hasil daripada usaha pelajar-pelajarnya yang

telah mengumpul dan menyusun semula bahan-bahan kuliah sehingga terhasilnya buku tersebut yang

kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1959.

TUGASAN

Buat banding beza dalam bentuk grafik antara pemikiran de Saussure dengan Bloomfield.

Huraikan dengan ringkas menggunakan ayat sendiri sumbangan dan kesan teori behaviourisme terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa.

TAJUK 3

BIDANG LINGUISTIK

SINOPSIS

Tajuk tiga ialah bidang linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu Linguistik Am dan Linguistik

Gunaan, Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan serta Linguistik Kontekstual.

HASIL PEMBELAJARAN

(i) Menghuraikan tentang bidang ilmu linguistik

Page 11: Linguist i k

(ii) Menghuraikan linguistik am atau umum, linguistik sejarah, linguistik perbandingan dan

linguistik kontekstual

(iii) Membincangkan bidang linguistik gunaan dan hubungannya dengan pengajaran

bahasa.

KERANGKA TAJUK

3.0 KANDUNGAN ISI

Perbincangan dalam tajuk ini menjurus kepada pengenalan kepada bidang-bidang ilmu linguistik,

linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa, perbandingan antara bahasa dan ciri persamaan dan

perbezaan antara bahasa serta kepentingan linguistik sejarah dalam perkembangan ilmu linguistik.

3.1 Linguistik Umum dan Linguistik Gunaan

· Linguistik umum disebut juga sebagai linguistik am, iaitu bidang yang mengkaji aspek-aspek teori Ilmu linguistik secara umum.

.

Linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan.

· Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi.

· Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku teks.

Page 12: Linguist i k

· Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing.

· Linguistik ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan bahan- bahan mengajarkan bahasa.

· Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah terus yang mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya.

· Ada aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan, iaitu terjemahan dan perkamusan, tetapi dalam modul ini kita hanya menyebut mengenai penggunaan linguistik dalam mengajarkan bahasa sahaja.

· Perkara yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan konsep yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum.

· Menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal, cara dan kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa, iaitu secara deskriptif.

· Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu bahasa yang berhubungan dengan pengajaran bahasa.

· Pengenalan linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa merupakan suatu usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai sains gunaan.

· Dalam meletakkan linguistik gunaan ke dalam pengajaran bahasa, seseorang itu sudah mampu menghuraikan bentuk-bentuk dan peraturan sesuatu bahasa dan mengajarkan bahasa dengan baik.

3.2 Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan

Page 13: Linguist i k

Linguistik perbandingan (asalnya filologi perbandingan) ialah satu cabang linguistik sejarah yang membandingkan bahasa-bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu. “Perhubungan" membayangkan asal yang sama atau bahasa proto, dan linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang didokumenkan itu. Teknik asas linguistik perbandingan ialah “kaedah perbandingan” yang bertujuan untuk membandingkan sistem-sistem fonologi, sistem-sistem morfologi, sintaksis, dan leksikon. Pada dasarnya, setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait harus dapat diterangkan dengan amat munasabah, dan perubahan-perubahan sistematik, umpamanya dalam sistem-sistem fonologi atau morfologi, dijangka amat tetap Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh, dan tidak rapat hubungannya,kaedah perbandingan tidak begitu berguna.

Kaedah terawal untuk jenis ini ialah glotokronologi yang mencadangkan satu formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah, berdasarkan peratusan perbendaharaan kata teras sebanyak 100 butir (kemudian 200) yang seketurunan dalam bahasa-bahasa yang dibandingkan. Kaedah glotokronologi mencadangkan penggunaan formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah. Terdapat juga cabang-cabang linguistik lain yang melibatkan pembandingan bahasa yang bukannya sebahagian linguistik perbandingan: Tipologi bahasa membandingkan bahasa supaya dapat mengelaskannya mengikut ciri-ciri. Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik tentang hubungan antara penutur-penutur bahasa yang berbeza, khususnya sebagaimana yang terbukti dalam kata-kata pinjaman. Cabang kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa iaitu dari zaman kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu. Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal usul (etimologi) sesuatu bahasa. Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman. Kajian perlu dilakukan secara sinkronik iaitu kajian secara terperinci dalam beberapa zaman atau masa dan tempat tertentu. Kemudian, kajian perlu dilakukan secara diakronik, iaitu membuat perbandingan bagi menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam bahasa tersebut. Linguistik sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah yang dilaluinya melalui masa. Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asal usul atau etimologi sesuatu bahasa. Tujuannya adalah untuk mengetahui proses dan perkembangan bahasa dari masa lampau hingga kini. Linguistik perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yang membandingkan antara bahasa yang sekeluarga. Tujuannya adalah untuk melihat ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara bahasa yang sekeluarga, yakni bahasa seketurunan daripada bahasa induk.

Perbandingan dilakukan antara beberapa aspek tertentu sahaja atau seluruh aspek bahasa yang dibanadingkan itu. Linguistik ini memperlihatkan hubungan yang erat dengan linguistik huraian. Hal ini disebabkan huraian yang lengkap diperlukan tentang aspek- aspek yang dibandingkan itu

3.3 Linguistik Kontekstual

Page 14: Linguist i k

Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia.

Sosiolinguistik, linguistik antropologi, dan antropologi linguistik merupakan sains sosial yang mengkaji interaksi – interaksi linguistik dengan masyarakat pada keseluruhannya.

Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah berinteraksi dengan linguistik. Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sains perubatan dengan linguistik. Bidang-

bidang linguistik merentasi disiplin termasuk pemerolehan bahasa, linguistik evolusi, linguistik pengiraan, serta sains kognitif.

TUGASAN:

Buat perbandingan antara linguistik sejarah dengan linguistik perbandingan.

Bincangkan bidang linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa.

TAJUK

4

LINGUISTIK KONTEKSTUAL

SINOPSIS

Tajuk empat ialah tajuk yang melihat bagaimana linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik

yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-

bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia.

HASIL PEMBELAJARAN

(i) Menjelaskan perhubungan antara bahasa dan masyarakat.

(ii) Mengenal pasti aspek-aspek bahasa, struktur dan penggunaan bahasa dalam fungsi-fungsi sosial, kebudayaan dan masyarakat.

Page 15: Linguist i k

4.0 KANDUNGAN ISI

4.1 Linguistik Kontekstual

Menurut J. Lyons, 1968 ; Linguistik adalah satu bidang yang mengkaji bahasa

secara saintifik

Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2005); Linguistik ialah

1. Kajian saintifik tentang bahasa.2. Berkaitan dengan bahasa.

Kamus Dwibahasa (1981) menjelaskan bahawa linguistik ialah pengajian ilmu bahasa.

Menurut John Lyons (1968);

Linguistik adalah suatu ilmu pengkajian bahasa yang dilakukan secara

saintifik

Definisi kontekstual:

· Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2005);

Kontekstual ialah berkaitan dengan atau menurut konteks:

penyelidikan sastera dari segi dapat merencanakan perkembangan sastera.

Kontekstual membawa pengertian:

1. Yang berkenaan, relevan, ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks.

2. Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful).

Linguistik kontekstual ialah bidang yang melihat bagaimana linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia.

Page 16: Linguist i k

4.2 Sosiolinguistik

Sosiolinguistik adalah bidang yang mengkaji perhubungan di antara bahasa dan gejalanya dalam masyarakat.

Cenderung berfokus kepada variasi bahasa yang muncul dalam masyarakat yang kebiasaanya dipengaruhi oleh stratifikasi sosial dalam masyarakat.

Merupakan satu kajian yang sangat luas dan pelbagai meliputi bermacam-macam perkara seperti fungsi bahasa, peranan bahasa, penerimaan istilah akuntasi di kalangan ahli ekonomi, kata sapaan yang ditinjau dari perpaduan sosial dan jarak sosial di antara penutur, kriteria dan persepsi kesantunan berbahasa, pelacakan bahasa rahsia bajak laut, pengungkapan jati diri secara sosial melalui grafiti, mantra dan pelbagai istilah lain lagi.

Pada prinsipnya, ia mengkaji mengenai aspek-aspek linguistik yang melihat aspek bahasa, struktur dan penggunaan bahasa yang ada dengan fungsi-fungsi sosial, kebudayaan dan penggunaannya dalam sesebuah masyarakat yang tertentu.

Secara mudah, sosiolinguistik adalah bidang yang memperlihatkan pertalian antara bahasa dengan masyarakat.

Fungsi linguistik memperkatakan tentang perkara-perkara seperti perbandingan di antara bahasa rasmi dengan bahasa vernakular yang tidak rasmi, iaitu satu perihal yang melibatkan apa yang dinamakan “perancangan bahasa” dalam menegakkan identiti sesebuah negara.

Kesimpulannya, sosiolinguistik mengkaji berbagai bahan sosio- budaya yang berhubung dengan aspek-aspek linguistik seperti perhubungan sosial harian yang berkaitan pula dengan kebudayaan, masyarakat, kumpulan sosial, bahasa, dialek dan bentuk-bentuk gaya yang dibezakan oleh perihal taraf pemakai- pemakainya.

4.3 Pengertian Antropologi Menurut etnologinya kata antropologi berasal dari kata yunani “Antropo” yang bererti manusia dan “logy” atau “logos” bererti ilmu yang mempelajari.

4.4 Antropologi Linguistik

Satu cabang yang mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya terutama untuk mengamati bagaimana bahasa itu digunakan sehari-hari sebagai alat dalam tindakan bermasyarakat.

Page 17: Linguist i k

Adakala disebut etnolinguistik iaitu bidang yang dikatakan memberikan penumpuan kepada perhubungan di antara bahasa dengan penyelidikan primitif, pertalian bahasa dengan kumpulan-kumpulan etnik.

Salah satu cara atau kaedah yang dapat digunakan untuk melihat pemakaian bahasa dalam konteks sosial budaya secara terperinci adalah participant observation

Participant observation merujuk kepada seseorang yang dihantar kepada esuatu etnik, menetap dan bergaul dengan etnik berkenaan sehingga kadang-kadang membawa kepada perkahwinan dan jangka masa yang lama.

4.5 Linguistik Antropologikal

Mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya. Melihat aspek-aspek kehidupan penutur yang tertentu dan seterusnya melihat bagaimana suasana kehidupan dan sistem nilai yang dipegang oleh para penutur mempengaruhi cara mereka berbahasa.

TUGASAN

Huraikan cabang-cabang linguistik kontekstual.

TAJUK

5

STILISTIK

SINOPSIS

Tajuk 5 ini melihat variasi bahasa yang bersistem yang wujud dalam sesuatu bahasa yang dituturkan oleh seorang penutur, Perlakuan bahasa bergantung kepada keadaan dan partisipasi sesuatu pertuturan. Perbezaan dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang paling formal kepada bentuk yang agak formal.

Page 18: Linguist i k

HASIL PEMBELAJARAN

(i) Mengenal pasti prinsip-prinsip stilistik.

(ii) Melihat bagaiamana keberkesanan stilistik mempengaruhi bahasa.

5.0 KANDUNGAN ISI

5.1 Stilistik

Menurut Abdullah Hassan (1990)

Stilistik atau sylistics adalah ilmu tentang stail atau gaya yang dihubungkan denganpemakaian atau penggunaan bahasa

Fokus dan penekanan terhadap aspek kebahasaan

Ilmu tersebut muncul dalam bidang linguistik dan diperluas dalam bidangkesusasteraan yang menggunakan bahasa sebagai wahana pengucapan.

Kesan penerapan daripada disiplin linguistik tercerminnya ilmu gaya yangmembezakan gaya sastera dan gaya bukan sastera.

5.2 Stilistik dari sudut Sastera

Kajian terhadap keseluruhan karya yang berpusat kepada penggunaan bahasa.

Cabang linguistik gunaan atau terapan.

Karya sastera ditandai kelainan dalam penggunaan gaya bahasanya untukmenimbulkan kesan artistik.

Rene Wellek dan Austin Warren (1966:182) - stilistik meneliti penggunaanbahasa yang menyimpang daripada norma dan berusaha menemukan fungsiestetik.

5.3 Pengenalan am Stilistik Bahasa

Bermaksud bentuk variasi bersistem yang wujud dalam sesuatu bahasa yangdituturkan oleh seorang penutur, khasnya bergantung kepada keadaan danpartisipasi sesuatu pertuturan.

Page 19: Linguist i k

Perbezaan dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang paling formalkepada bentuk yang agak formal.

5.4 Prinsip Stilistik

Pertama menganggap dan mengiktiraf bahasa sebagai punca kegiatan berkreatif dengan merujuk kepada kemampuan berbahasa sebagai satu anugerah dan bakat seseorang penulis.

§ Analisis karya sastera merupakan suatu huraian tentang bakat dan kebolehan mengarang bagi seseorang pengarang.

§ Analisis itu tidak sahaja dalam lingkungan pengaplikasian bahasa tetapi menjangkaui kepersisan bakat berbahasa penulisnya.

§ Kedua, pendekatan stilistik membincangkan aspek tema seperti yang sering dibicarakan dengan menggunakan pendekatan struktural.

§ Namun, penelitian menggunakan pendekatan ini merujuk kepada aspek bahasa yang melibatkan ayat-ayat yang membina keseluruhan karya.

§ Pentafsiran makna ayat melibatkan makna yang mudah difahami, mudah dimengerti, banyak maksud dan mempunyai makna simbolik.

§ Ketiga, penggunaan pendekatan stilistik berhasil memperlihatkan gaya keperibadian seseorang penulis.

§ Murry J.M. (1976:7), kedudukan stilistik sebagai penelitian sesuatu gaya istimewa dalam eksposisi dan pembentukan satu penyusunan diksi serta struktur kalimat yang mencerminkan keperibadian atau idiosinkrasi penulisnya.

§ Penulis mempunyai cara tersendiri. Perbezaan ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya pengalaman, pendidikan, sikap dan keperibadian penulis

§ Keempat, melalui pendekatan stilistik huraian terhadap pemilihan diksi, pembentukan perkataan dan ayat dapat dilakukan.

§ Dalam sesebuah karya sastera yang pelbagai genre itu terdapat pelbagai jenis dan kategori perkataan dan ayat yang digunakan.

§ Pengetahuan dan ilmu yang bersangkutan dengan aspek kemasyarakatan iaitu bidang sosiolinguistik

Page 20: Linguist i k

dan dialektologi perlu dikuasai oleh pengkaji atau peneliti.

§ Kelima, pendekatan stilistik membantu mereka memahami makna perkataan yang sukar serta ayat yang kompleks yang digunakan oleh pengarang.

§ Pengaplikasian kata dan diksi dari bahasa daerah atau tempatan dapat memperkaya perbendaharaan kata di samping merupakan satu gaya atau stail bagi seseorang penulis.

§ Keenam, pendekatan stilistik juga menekankan penelitian tentang penghasilan sesebuah karya.

§ Semasa berkarya, seseorang penulis didorong oleh pelbagai keadaan dan rangsangan yang berlaku di sekelilingnya.

§ Penelitian yang dilakukan dengan menggunakan pendekatan stilistik ini akan menemukan gagasan bahawa terdapat unsur- unsur bahasa yang mendorong seseorang itu berkreatif.

§ Ketujuh, pendekatan stilistik selain digunakan untuk menganalisis proses penghasilan sesebuah karya, juga digunakan untuk menghuraikan penerimaan dan penghargaan pembaca atau khalayak terhadap sesebuah karya.

§ Aspek bahasa dapat menjelaskan kesan penggunaan sesuatu bahasa sama ada dapat difahami, menimbulkan keseronokan atau memberi kecelaruan dan kekaburan tanggapan kesan daripada penggunaan penanda dan petanda bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan pemikiran, mesej atau idealisme pengarang.

TUGASAN

Huraikan prinsip-prinsip stilistik dan bagaimanakah stilistik itu mempengaruhi kehidupan masyarakat.

TAJUK

6

SIFAT BAHASA

SINOPSIS

Page 21: Linguist i k

Tajuk 6 ini membincangkan sifat-sifat bahasa menurut Teori Noam Chomsky Menurut Teori Noam

Chomsky bahasa apa pun di dunia ini mempunyai sifat-sifat yang tersendiri.

HASIL PEMBELAJARAN

(i) Boleh menjelaskan sifat-sifat bahasa itu secara tepat.

(ii) Menguasai dan memahami perbezaan sifat-sifat bahasa itu.

6.0 KANDUNGAN ISI

6.1 Bahasa sebagai satu sistem

• Bahasa mempunyai susunan yang tertentu, sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan , nahu atau bentuk sintaksis.

• Terdapat beberapa unit tertentu yang dicantumkan menjadi satu susunan yangsempurna dari segi strukturnya (klausa, ayat, kata).

• Tidak semua pencatuman unit-unit itu boleh dilakukan, melainkan mengikut cara-cara tertentu.

• Sistem yang dimaksudkan ialah aturan.

• Sistem itu telah ditetapkan oleh susunan bahasa.

• Setiap bahasa mempunyai bahasa masing-masing.

Contoh :

BAHASA MELAYU

1. buku itu

2. sebuah buku merah

3. pensel ini

Page 22: Linguist i k

BAHASA INGGERIS

1. that car (kereta itu)

2. three red books (tiga buah buku yang merah)

3. the beautiful book (buku yang cantik itu)

6.2 Bahasa bersifat dinamis

• Bahasa adalah berubah dan berkembang selagi penuturnya bergaul danberinteraksi dengan manusia lain.

• Pertembungan kebudayaan, pertembungan manusia dengan manusia lainmenyebabkan pertambahan dan pengurangan perbendaharaan kata sesuatubahasa itu.

• Walaupun begitu, struktur dan tatabahasanya tidak berubah.

6.3 Bahasa itu bersifat arbitrari

• Arbitrari ialah pertalian sesuatu bentuk atau lambang dalam bahasa denganmakna yang diberikan secara kebetulan dan ditentukan oleh budaya sesuatumasyarakat.

• Tidak semestinya ada hubungan antara bunyi yang dilafazkan dengan benda-benda yang dimaksudkan.

• Oleh kerana sifat-sifat arbitrari inilah maka kita dapati tiap-tiap bahasamempunyai perkataan yang berlainan bagi benda-benda sama.

Sebagai contoh:

dalam Bahasa Melayu dipanggil “pintu”

dalam Bahasa Inggeris dipanggil “door”

“puerta” dalam Bahasa Sepanyol.

6.4. Bahasa sebagai alat berkomunikasi

Page 23: Linguist i k

• Proses komunikasi ialah adanya maklumat yang hendak di sampaikan olehpenutur kepada pendengar.

• Faktor yang mengubah bahasanya.

– pendengar : orang yang dilawan bercakap.

– tempat : situasi sekeliling dimana pertuturan itu mengambil tempat, termasuklah benda-benda yang berada di sekitarnya.

– butir pertuturan : tajuk percakapan antara penutur dengan pendengar sama ada terdiri daripada hal-hal peribadi atau rasmi.

6.5 Bahasa mempunyai makna

• Makna bererti yang dimaksudkan dan yang dipercakapkan.

• Sesuatu perkataan yang diujarkan mempunyai maksud.

6.6 Bahasa itu linear

• Bunyi-bunyi itu dihasilkan satu demi satu, iaitu dengan pergerakan alat-alatartikulasi satu demi satu.

• Sebagai contoh untuk menyebut kalam , bunyi-bunyi yang dihasilkan ialah ‘k’, ’ a’,’l’, ’a’, dan ‘m’.

• Ini dikatakan linear di mana apa yang ingin dituturkan disebut satu demisatu untuk melambangkan sesuatu bunyi.

TUGASAN:

Dengan memilih contoh-contoh yang sesuai, huraikan sifat-sifat bahasa denganjelas.

TAJUK

7

VARIASI BAHASA

Page 24: Linguist i k

SINOPSIS

Tajuk 7 ini membincang dan menjelaskan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud yang

sama berdasarkan situasi tertentu.Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin

besar jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu dan makin banyak perbezaannya.

HASIL PEMBELAJARAN

(i) Menghurai dan menjelaskan variasi-variasi bahasa.

(ii) Melihat pengaruh variasi bahasa itu mempengaruhi kehidupan masyarakat.

7.0 KANDUNGAN ISI

7.1 Variasi Bahasa

Variasi bahasa bermaksud perbezaan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu.Variasi bahasa merupakan suatu pengkajian terhadap fitur bahasa yang berbeza secara semantik apabila kita membandingkan kumpulan penutur berbeza atau suatu kumpulan penutur yang sama dalam keadaan yang berbeza.

— Halliday (1968) menjeniskan bahasa kepada dua aspek iaitu :Pengguna – orang yang menggunakan sesuatu bahasa dan

Penggunaan – kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dengan keadaan atau situasibahasa itu digunakan.

Aspek ini lebih menekankan kepelbagaian daerah untuk bahasa yang sama dan bukannya perbandingan fitur antara dua bahasa.—Variasi bahasa ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa.—Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya.

Demikian juga halnya dengan Bahasa Melayu. Dalam konteks Malaysia, di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek, seperti dialek Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri

Page 25: Linguist i k

Sembilan, Melaka, Perak dan Johor.

Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya.

Demikian juga halnya dengan bahasa Melayu. Dalam rangka Malaysia, di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek, seperti dialek Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Johor.

Demikian juga terdapat variasi-variasi bahasa Melayu yang wujud oleh sebab faktor-faktor sosial, seperti latar belakang pendidikan, jenis pekerjaan, dan kedudukan sosioekonomi penutur yang berbeza-beza penggunaannya.

Hakikat bahasa dan variasi-variasinya sudah lama diakui oleh ahli- ahli bahasa. Namun apabila mereka merujuk sesuatu bahasa tertentu, misalnya bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, mereka mempunyai gambaran tentang satu kesatuan bahasa, yang walaupun mempunyai berbagai-bagai kelainan, masih terdiri daripada satu keseluruhan.

Daripada beberapa variasi satu bahasa, satu variasi tertentu dipilih sebagai mewakili bahasa tersebut dan variasi inilah yang menjadi ukuran apabila kita merujuk sifat umum bahasa tersebut.

Dalam bidang ilmu bahasa, variasi yang dipilih untuk mewakili satu bahasa secara menyeluruh itu disebut bahasa standard atau bahasa baku.

Bahasa Melayu baku ialah variasi yang digunakan apabila orang- orang daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang. Tujuannya supaya mudah difahami.

Tiap-tiap pihak harus gugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan guna sedikit sebanyak variasi bahasa yang bersifat bahasa m Melayu umum, yang dari segi sejarahnya berasaskan dialek bahasa Melayu Johor Riau.

Variasi ini, yang sekarang dikenal sebagai bahasa Melayu baku, ialah variasi yang digunakan dalam sistem pendidikan (bahasa sekolah), dalam semua situasi rasmi seperti dalam ucapan-ucapan, mesyuarat dan persidangan dan dalam media massa.

Terdapat 3 jenis variasi iaitu variasi daerah, sosial dan stilistik.

7.2 Variasi Bahasa (Dialek)

Perkataan 'dialek' berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'dialektos' iaitu perkataan yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan bahasa Yunani pada waktu itu.

Dialek merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh pengguna dalam sesuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ini dikenali sebagai dialek.

Page 26: Linguist i k

Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa.

Dialek mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk yang standard/ baku dari segi sebutan, tatabahasa, dan penggunaan kata-kata tertentu, tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain.

Dialek kawasan ialah variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun bahasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya.

7.3 Bahasa Isyarat

Bahasa isyarat adalah bahasa yang mengutamakan komunikasi manual, bahasa tubuh, dan gerak bibir, bukannya suara, untuk berkomunikasi.

Kaum tunarungu adalah kelompok utama yang menggunakan bahasa ini, biasanya dengan mengkombinasikan bentuk tangan, orientasi dan gerak tangan, lengan, dan tubuh, serta ekspresi wajah untuk mengungkapkan fikiranmereka.

Bahasa isyarat unik dalam jenisnya di setiap negara.

Bahasa isyarat berbeza di negara-negara yang berbahasa sama. Contohnya, Amerika Syarikat dan Inggeris meskipun memiliki bahasa tulis yang sama tetapi memiliki bahasa isyarat yang berbeza (American Sign Language dan British Sign Language). Hal yang sebaliknya juga berlaku. Ada negara-negara yang memiliki bahasa tulis yang berbeza (contoh: Inggeris dengan Sepanyol), tetapi menggunakan bahasa isyarat yang sama.

Biasanya bahasa isyarat ini hanya digunakan oleh mereka yang mempunyai kecacatan seperti bisu dan pekak.

Ini adalah salah satu cara untuk mereka berkomunikasi antara satu sama lain.

Golongan pekak dan bisu di negara ini menggunakan kaedah Bahasa Isyarat Malaysia (BIM), yang memerlukan khidmat jurubahasa apabila berurusan dengan mereka yang tidak memahami bahasa berkenaan.

Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) menubuhkan Pusat Latihan Malaysian Sign Language (MySL) yang digerakkan melalui sumbangan Yayasan Tan Sri Othman Yeop mensasarkan melatih 100 jurubahasa dalam tempoh lima tahun.

TUGASAN

Dengan memilih cerpen yang sesuai, analisis penggunaan variasi bahasa yangdigunakan dalam cerpen tersebut.

Page 27: Linguist i k

TAMAT

Makna Stail/ Gaya

Kata stail atau gaya berasal daripada bahasa Latin, stilus, bahasa Greek pula, stylos bermaksud “manner of writing.” Gaya atau stail ialah keseluruhan proses yang diperguna untuk memindahkan fikiran penulis kepada bahasa sebagai media utama karya sastera. Robert P. Warren dan Cleanth Brooks pula menyatakan bahawa stail merujuk kepada pemilihan dan penyusunan bahasa penulis. Jelaslah bahawa stail mempunyai hubungan dengan peribadi atau pemikiran seseorang penulis (Seiichi Makino, 1972 : 243). Stail atau gaya dalam karya kreatif dapat dianggap sebagai jalinan penulisan yang berhubung dengan diksi, imej, imajan, sintaksis dan unsur-unsur bunyi. Penulis karya kreatif menulis dengan stail yang tersendiri. Penggunaan bahasa adalah sesuai dengan apa yang ingin disampaikannya untuk memberi kesan estetik kepada pembaca.

Dalam konteks penulisan sajak, gaya dianggap sebagai cara penyair menggunakan bahasa untuk menimbulkan kesan tertentu. Apabila sajak dibaca atau dihayati, kesan estetik sajak dapat dirasai pembaca. Pembaca dapat mengesan stail yang dipilih atau digunakan oleh seseorang penyair dalam sajak-sajaknya.

Pembicaraan tentang stail atau gaya bahasa dalam hubungannya dengan kesusasteraan sebenarnya adalah pembicaraan yang khusus tentang penggunaan bahasa. Maksud gaya bahasa dalam sajak ialah cara penyair memberikan watak kepada penulisannya dengan memperguna bahasa sebagai media untuk menyalurkan idea atau perutusan kepada pembaca. Penyair haruslah bijak menggunakan bahasa dalam sajaknya. Kebijaksanaan penyair menggunakan bahasa yang tepat, segar dan asli akan dapat memperlihatkan ciri keindividualan dan peribadi kepenyairannya serta mempamerkan warna kepada keindahan sajak-sajaknya.

Stilistik

Page 28: Linguist i k

Dalam disiplin linguistik, terdapat stilistik. Stilistik merujuk kepada penggunaan prinsip-prinsip linguistik terhadap bahasa sastera. Stilistik atau ilmu gaya dapat diangap sebagai kajian variasi linguistik. Variasi linguistik ini mempunyai hubungan yang rapat dengan konteks teks dan konteks situasi. Stilistik mempunyai hubungan yang rapat dengan disiplin sosiolinguistik dan dialektologi. Kedua-duanya pula merupakan cabang linguistik.

Beberapa pendapat lain yang dapat dikutip tentang stilistik ialah yang pernah diutarakan oleh Donald C. Freeman (1970 : 4). Baginya stilistik itu melihat penggunaan bahasa yang menyimpang atau deviasi daripada norma-norma tatabahasa, penggunaan pengulangan dan meminjam usaha-usaha pengarang (dalam konteks ini penyair) untuk mendapatkan kepadatan tulisannya. J. Middleton Murry pula berpendapat bahawa stilistik itu ialah gaya sebagai sesuatu yang istimewa, sebagai teknik eksposisi, pencapaian estetika dan pernyataan sikap penulis. Pemilihan kata dan penyusunan struktur ayat itu memperlihatkan ciri-ciri keperibadian penulis.

Bahasa sastera khasnya bahasa puisi paling menonjol deviasi atau penyimpangan bahasa. Dalam kajian puisi, stilistik melihat kaitan bahasa puisi dengan unsur linguistik seperti fonologi, morfologi dan sintaksis. Stilistik juga melihat diri puisi sebagai bahasa kreatif yang membenarkan terjadi deviasi/ penyimpangan dalam aspek-aspek linguistik secara eksplisit mahupun implisit.

Dalam kajian stilistik, karya-karya sastera dianalisis dengan menggunakan pendekatan linguistik. Tujuan utama ialah untuk melihat dan mengesan nilai estetik atau gaya pemakaian bahasa dalam diri karya-karya tersebut. Penerapan unsur-unsur linguistik-stilistik dalam menilai karya-karya sastera sebenarnya dapat membantu disiplin kritikan sastera supaya lebih mantap, beraneka ragam, dan Tahap penghayatan karya-karya sastera itu dapat diangkatkan lagi tingkatnya.

Stail Kepenyairan

Page 29: Linguist i k

Karya kreatif dalam genre puisi dan prosa tidak sama dengan karya non-kreatif. Pengarang-pengarang karya kreatif lebih menjurus kepada stailnya yang tersendiri dalam proses penciptaannya. Jika dibandingkan antara puisi dengan karya prosa, stail dan deviasi lebih ternampak pada karya-karya puisi. Masing-masing penyair ternama seperti Chairil Anwar, Sutardji Calzoum Bachri, Sitor Sitomurang, W.S.Rendra, Amir Hamzah dan Sapardi Djoko Damono dan sebagainya di Indonesia atau Muhammad Hj. Salleh, Kassim Ahmad, Baha Zain, Usman Awang, Latiff Mohidin dan Kemala di Malaysia, mempunyai stail kepenyairan tersendiri.

Stail kepenyairan seseorang penyai lebih terlihat sangat intim dengan unsur deviasi bahasa yang dipakai. Stail itu dalam proses penciptaan puisi dapat dianggap sebagai hak cipta dan hak diri penyair. Dan stail juga adalah sebagai eksploitasi ragam bahasa dalam berkarya. Stail dan deviasi adalah warna peribadi penyair itu sendiri. Stail berpuisi yang terpancar pada puisi-puisi seseorang penyair dapat mewarnai ciri peribadi kepenyairannya.

Penyair memang amat tidak menyedari tentang stail yang dimiliki. Tetapi pengkritik yang kuat dan berperanan besar dalam menyelami stail yang wujud dalam diri sajak-sajaknya yang tercipta. Kritikawan sastera yang memakai acuan linguistik lebih melihat aspek deviasi dalam bahasa puisi.. Deviasi merupakan sebahagian daripada gagasan stilistik. Genre puisi/ sajak yang terhasil tetap mengandungi beberapa bentuk deviasi kerana setiap penciptaan itu terhasil melalui proses dan ciri-ciri tertentu. Deviasi terlalu lumrah terdapat dalam proses dan ciri penglahiran puisi. Dalam proses penciptaan puisi itu sendiri, soal kongkongan tatabahasa tidak dikenakan terlalu ketat. Sifat sajak sendiri mempunyai kebebasan pemakaian dan penggunaan apa sahaja unsur-unsur bahasa untuk penyampaian mesej penyair kepada khalayak.