layout 1 (page 1) - masjidalislah.com ramadhan.pdf · quran, iktikaf dan zikir kepadanya. ......

16

Upload: duongnhi

Post on 05-Feb-2018

225 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Layout 1 (Page 1) - masjidalislah.com Ramadhan.pdf · Quran, iktikaf dan zikir kepadaNya. ... perbelanjaan harian, wujudkan tabung khas di rumah dan didiklah anak-anak dengan memberikan
Page 2: Layout 1 (Page 1) - masjidalislah.com Ramadhan.pdf · Quran, iktikaf dan zikir kepadaNya. ... perbelanjaan harian, wujudkan tabung khas di rumah dan didiklah anak-anak dengan memberikan

PENDAHULUAN

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.

Kedatangan Ramadhan sangat dinanti-nantikan oleh seorangMukmin yang berazam untuk melakukan sebanyak mana yangmungkin kebajikan dalam bulan yang dipenuhi dengan keberkatanini. Mukmin muttaqin akan berusaha untuk mencapat matlamatyang dijanjikan oleh Allah SWT dalam bulan ini sebagaimana yangdinyatakan oleh hadis Rasulullah SAW; awalnya adalah rahmah,pertengahannya adalah keampunan dan akhirnya adalah pembe-basan dari api neraka.

Madrasah Ramadhan yang datang hanya setahun sekali, meru-pakan satu tempoh yang amat singkat bagi orang mukmin.Bilangan harinya adalah sama dengan bilangan hari bulan-bulanyang lain. Walau bagaimanapun, bulan ini amat berbeza denganbulan-bulan lain apatah lagi ianya merupakan satu-satunya bulanyang disebut dalam al-Quran tidak yang lainnya. Pada masa yangsama, kedatangan bulan yang diwarnai dengan peristiwa-peristiwabersejarah kepada umat Islam ini, amat dinantikan agar ianyadapat mengembalikan semula "zikrayat" (kenangan) kehebatandan kemenangan umat Islam. Justeru, umat Islam perlu merancangdan melaksanakan segala perancangan dengan teliti denganmengkaji kehebatan umat Islam pada masa lalu.

KEISTIMEWAAN RAMADHANSesungguhnya bulan Ramadhan mempunyai kelebihan dan

keistimewaan yang banyak dan tidak terdapat di bulan-bulan yanglain. Keistimewaan ini adalah dari sudut pelaksanaan ibadah dankelebihan menghidupkannya. Di antara keistimewaan bulan iniialah:

a. Keistimewaan ibadah puasa.Ibadah puasa berfungsi untuk menyemai dan menyuburkan ketak-waan dan sifat kehambaan kepada Allah SWT. Puasa juga meru-pakan ibadat yang difardhukan kepada umat yang terdahulu dantermasuklan umat Nabi Muhammad SAW. Ketaatan untuk melak-sanakannya merupakan "ta'abbud" kepada Allah dan jika dilak-sanakan dengan penuh keikhlasan dan penghayatan yang baik,maka kesan yang terhasil amat hebat iaitu lahirnya individu-individumuslim yang mempunyai jati diri yang kental.

1

Page 3: Layout 1 (Page 1) - masjidalislah.com Ramadhan.pdf · Quran, iktikaf dan zikir kepadaNya. ... perbelanjaan harian, wujudkan tabung khas di rumah dan didiklah anak-anak dengan memberikan

b. Kelebihan dan keistimewaan Lailatul Qadar.Rebutlah peluang untuk mendapatkan malam yang lebih baik dari1000 bulan atau 83 tahun ini. Malam yang hanya berlaku setahunsekali ini adalah dipenuhi dengan keistimewaan kerana Allah SWTmenganugerahkan keberkatan, kemuliaan, kerahmatan dan kese-jahteraan kepada umat Nabi Muhammad SAW yang berusahamendapatkannya dengan amal ibadat seperti solat, membaca al-Quran, iktikaf dan zikir kepadaNya. Prof Dr Hamka mengungkapkandalam Tafsir al-Azhar; Lailatul Qadar bererti malam kemuliaan yangtinggi dari Allah kepada Nabi Muhammad SAW kerana itulah per-mulaan Malaikat Jibril as menyampaikan wahyu kepadanya.

c. Khabar gembira daripada Rasulullah SAW.Kedatangan bulan Ramadhan telah dinyatakan sebagai khabargembira daripada Allah SWT kepada Rasulullah SAW dan umatnyasebagaimana hadis baginda:

"Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yangpenuh keberkatan di mana telah diwajibkan kepada kamuberpuasa. Di bulan inilah pinu langit dibuka seluas-luasnya, ditut-up rapat pintu neraka, diikat pula pergerakan syaitan, di bulaniniah juga terdapat satu malam yang lebih baik dari seribubulan. Jadi sesiapa yang terlepas akan keberkatan dankebaikan malam tersebut maka dia adalah orang yang rugidan terlepas dari segala kebaikan malam itu"

d. Keampunan daripada Allah SWT.Kedatangan Ramadhan merupakan penghapus dosa yangdilakukan oleh manusia jika bulan tersebut dipenuhi dengan amalanyang mendekatkan diri kepada Allah SWT. Malah kedatangannyapada tahun ini akan menghapuskan dosa yang lalu selama seoranghamba tidak melakukan dosa-dosa besar. Hadis Rasulullah SAWada menyatakan:

"Solat lima waktu, satu Jumaat ke Jumaat yang akan datang,dari satu Ramadhan ke Ramadhan yang akan datang adalahpenghapus dosa bagi seorang muslim selama mana dia men-jauhi perbuatan dosa besar"

e. Pintu syurga ar-Rayyan dibuka dan dikhaskan kepada orangyang berpuasa.

Pintu syurga yang bernama ar-Rayyan disediakan khas bagi orangyang berpuasa, akan berhias dan mengindahkan suasana di syurgabila menjelang kedatangan Ramadhan. Rasulullah SAW adabersabda: 2

Page 4: Layout 1 (Page 1) - masjidalislah.com Ramadhan.pdf · Quran, iktikaf dan zikir kepadaNya. ... perbelanjaan harian, wujudkan tabung khas di rumah dan didiklah anak-anak dengan memberikan

"Sesungguhnya syurga itu mempunyai sebuah pintu yang dise-bur ar-Rayyan, dipanggil dan diseru pada hari kiamat nanti;manakah dia orang-orang yang berpuasa? Lalu bila orangyang terakhir dari mereka telah masuk ke dalamnya, makapintu itupun ditutup"

RAMADHAN DAN TARBIYYAH

Puasa di bulan Ramadhan amat berkait rapat dengan prosestarbiyyah jiwa mukmin. Melalui puasa yang dilalui, pelbagaiperasaan yang berkaitan dengan iman seseorang individu akandapat dirasai. Banyak sekali hadis-hadis Rasulullah SAW yang men-gaitkan puasa dengan tarbiyyah apatah lagi dilaksanakan dalambulan Ramadhan. Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: "Daripada Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah saw bersabda:Puasa adalah perisai (memelihara daripada akhlak yangburuk). Apabila seseorang itu berpuasa, maka janganlah diamengeluarkan kata-kata yang tidak elok (mencarut) ataukesat. Jika ada orang memakinya atau mahu membunuhnya,maka katakanlah kepadanya: Sesungguhnya aku berpuasa,sesungguhnya aku berpuasa"

Proses tarbiyyah jiwa mukmin perlu berterusan dan di antara saatatau tempoh yang paling baik untuk mentarbiyyah jiwa adalahdalam bulan Ramadhan. Jiwa yang bersih melahirkan akhlak terpu-ji sebaliknya jiwa yang dikotori dengan dosa akan melahirkan akhlakyang keji.

Selain proses mentarbiyyah jiwa untuk menjadi individu muslim yangsejati dan sentiasa melaksanakan ketaatan kepada Allah swt,Ramadhan juga merupakan masa yang sangat sesuai untuk men-tarbiyyah ahli keluarga agar sentiasa bermuraqabah(mendekatkan) diri dengan Allah swt. Justeru itu, jangan lepaskanpeluang masa keemasan ini untuk mentarbiyyah ahli keluarga den-gan pelbagai wasilah agar ianya akan membentuk keluarga yangbarakah dan berpanjangan sehingga akhir hayat.

3

Page 5: Layout 1 (Page 1) - masjidalislah.com Ramadhan.pdf · Quran, iktikaf dan zikir kepadaNya. ... perbelanjaan harian, wujudkan tabung khas di rumah dan didiklah anak-anak dengan memberikan

Berikut adalah beberapa tips yang boleh dijadikan panduan agarmadrasah Ramadhan dapat mendidik ahli keluarga menjadi insanyang soleh dan musleh:

1. Berpuasa.

Berpuasa di bulan Ramadhan adalah di antara amal ibadat yangpaling utama untuk dilaksanakan. Puasa merupakan perisai(memelihara daripada akhlak yang buruk) kepada orang-orangmukmin. Berpuasa akan membantu orang-orang mukmin menge-lakkan diri mereka daripada terjerumus melakukan akhlak yangburuk seperti mencarut dan memaki hamun atau berkata denganperkataan yang kesat kepada orang lain. Sifat dan perasaan mah-mudah akan mudah menjelma dan sebati kepada mereka yangberpuasa kerana puasa sebenarnya menyuburkan rasa ketakwaandan kepatuhan kepada Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 183:

"Wahai orang-orang beriman, diwajibkan ke atas kamuberpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yangterdahulul daripada kamu, supaya kamu bertakwa"

Latihlah anak-anak untuk berpuasa dengan menerangkan pelba-gai kelebihan dan keistimewaan yang akan diberikan kepadamereka yang berpuasa. Selain daripada mendekatkan diri kepadaAllah SWT, puasa juga sebenarnya sangat berperanan dalammeningkatkan kesihatan individu. Seorang doktor bernama McPhodoun yang mengkaji dan meneliti pengaruh puasa terhadaptubuh manusia ada menyatakan:

"Setiap manusia memerlukan puasa, sekalipun dalam keadaansakit, kerana racun makanan dan ubat-ubatan jika sudah ter-himpun pada diri manusia akan menyebabkan diri sepertiterasa berat dan kurang berghairah"

2. Solat Tarawih/Witir.

Keistimewaan Ramadhan adalah adanya solat terawih yang tidakada di bulan-bulan lain. Hukum sunat muakkad sepatutnya digu-nakan sebaik yang mungkin untuk umat Islam mengaut sebanyakmana yang mungkin pahala daripada melaksanakan solat tarawihini. Baginda Rasulullah SAW mengerjakan secara berjemaah dimasjid bersama dengan para sahabat selama beberapa malam.Pada masa yang sama ada ketikanya Rasulullah SAW melak-sanakannya di rumah baginda. Solat tarawih adalah 4

Page 6: Layout 1 (Page 1) - masjidalislah.com Ramadhan.pdf · Quran, iktikaf dan zikir kepadaNya. ... perbelanjaan harian, wujudkan tabung khas di rumah dan didiklah anak-anak dengan memberikan

satu fenomena hebat yang dikagumi oleh orang bukan Islam yanghanya berlaku di bulan Ramadhan. Laksanakanlah di masjid secaraberjemaah dan ajaklah anak dan isteri untuk bersama-sama melak-sanakannya. Walaubagaimanapun solat tarawih boleh dilak-sanakan di rumah bersama dengan isteri dan anak-anak, bersamasahabat handai mahupun jiran. Apa yang penting proses tarbiahmelalui solat tarawih ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan umatIslam.

3. Membaca Al-Quran.

Al-Quran yang diturunkan permulaannya oleh Allah SWT pada 17Ramadhan kepada Nabi Muhammad SAW merupakan mukjizatyang terbesar dan menjadi petunjuk kepada umatnya. Tiada siapayang mempertikaikan kalamullah ini dan ianya sentiasa menjadirujukan kepada setiap permasalahan yang berlaku kepada manu-sia. Justeru itu, membaca dan menghayati al-Quran serta mentad-abburkan isi kandungannya merupakan satu tuntutan yang perludilaksanakan.

Ramadhan adalah saat yang amat baik untuk membaca al-Quranbersama-sama ahli keluarga selain membaca secara bersendirian.Peruntukan masa untuk membaca bersama keluarga; isteri dananak, mengikut masa yang bersesuaian dengan kehidupan kitayang sentiasa sibuk dengan. pekerjaan harian ini. Saat bersamakeluarga walaupun dalam jangkasa masa yang terhad hendaklahdigunakan sebaik yang mungkin untuk bersama-sama membacaal-Quran. Di antara cadangan waktu yang sesuai membaca al-Quran bersama keluarga dalam bulan Ramadhan ini ialah:

a. Selepas Solat Subuh.Bagi mereka yang sibuk untuk pergi kerja dan anak-anak yangsibuk untuk bersiap pergi ke sekolah, selepas sahur hendaklahbersiap untuk solat subuh dengan pakaian kerja/sekolah danselepas itu peruntukan masa dengan membaca 5-10 ayat al-Quran. Jika sekiranya kesemua ahli keluarga tidak boleh mem-baca al-Quran, ayah atau ibu hendaklah menunjukkan teladandengan membacanya.

Jika sekiranya tidak boleh dilaksanakan setiap hari, laksanakan-lah 3 kali seminggu. Hari kelepasan am seperti hari Sabtu danAhad hendaklah digunakan sebaik yang mungkin masa selepassolat subuh untuk membaca al-Quran secara berjemaah den-gan ahli keluarga.

5

Page 7: Layout 1 (Page 1) - masjidalislah.com Ramadhan.pdf · Quran, iktikaf dan zikir kepadaNya. ... perbelanjaan harian, wujudkan tabung khas di rumah dan didiklah anak-anak dengan memberikan

b. Selepas Solat Tarawih.Selain selepas solat subuh, selepas solat tarawih juga adalahalternatif yang paling sesuai. Peruntukan masa untuk dudukberkumpul sebelum masuk tidur dengan membaca al-Quran.

c. Bila-bila Masa.Jadikanlah membaca al-Quran bersama keluarga denganmasa mengikut kesesuaian anda! Yang penting, laksanakanlahsupaya bulan yang penuh kerahmatan ini tidak berlalu begitusahaja.

Selain daripada membaca al-Quran bersama keluarga, didiklahahli keluarga supaya sentiasa membaca al-Quran. Anak-anakdibentuk dengan al-Quran dan tetapkanlah supaya al-Quransebanyak 30 juzuk dapat dikhatamkan dalam masa sebulan ini.Ingatkan ahli keluarga dengan hadis Rasulullah saw:

Daripada Ali bin Abi Talib ra berkata:: Rasulullah saw bersabda:"Barangsiapa yang membaca al-Quran lalu dizahirkan (dalamkehidupannya), menghalalkan apa yang dihalalkan oleh al-Quran dan mengharamkan apa yang diharamkan oleh al-Quran, maka Allah akan memasukkanya ke dalam syurga dandia dapat memberikan syafaat kepada sepuluh orang daripa-da ahli keluarganya yang sepatutnya dimasukkan ke dalam apineraka".

Selain daripada membaca bersama keluarga, jangan lupa dirianda sendiri. Kesibukan masa bukanlah alasan untuk mem-biarkan seharian di bulan Ramadhan berlalu begitu sahajatanpa dipenuhi dengan membaca al-Quran. Jika anda bekerjadi waktu pejabat, masa yang amat sesuai untuk membaca al-Quran adalah sewaktu rehat antara jam 1 tengah hari sehinggajam 2 petang. Selain itu, masa-masa yang ada gunakanlahdengan membuka dan membaca al-Quran serta mentadab-burkannya.

4. Menghayati Akhlak Ramadhan

Ramadhan membawa seribu rahmat kepada mukmin yang 6

Page 8: Layout 1 (Page 1) - masjidalislah.com Ramadhan.pdf · Quran, iktikaf dan zikir kepadaNya. ... perbelanjaan harian, wujudkan tabung khas di rumah dan didiklah anak-anak dengan memberikan

menghayatinya. Ramadhan mendidik mukmin agar sentiasamengingati saudaranya lain yang amat memerlukan bantuan danpertolongan. Sebagai sebuah keluarga yang ingin menghidupkanRamadhan, tarbiyyah kepada diri sendiri, isteri, anak-anak, jirantetangga, penduduk taman dan masyarakat sekitar perlu diadap-tasikan dalam kehidupan seharian. Terapkan dalam jiwa ahli keluar-ga secara langsung mahupun secara tidak langsung mengenaikepentingan menghayati Ramadhan dengan akhlak-akhlak yangterpuji. Masa sedang berehat dengan keluarga, sedang berjalan kemasjid atau surau, sedang menerima tetamu, sedang menjadi teta-mu, apabila waktu berbuka, apabila berada dalam kereta, sedangberjalan di pasar, apabila berada dalam masjid, apabila bersamadengan orang ramai dan masa-masa yang lain; semuanya ituadalah tips-tips masa yang boleh diterapkan kepada anak-anakkita tentang penghayatan akhlak Ramadhan. Di antara akhlakRamadhan yang perlu dihayati ialah:

a. Belas Kasihan.Wujudkan dalam diri kita sifat belas kasihan kepada saudarakita di merata dunia yang sedang mengalami penderitaan danpenindasan. Kesatuan perasaan perlu diwujudkan dalam dirikita dengan nasib yang dialami oleh saudara seakidah dengandiri kita. Saudara seakidah kita di Afghanistan, Palestin, Kasymirdan di tempat lain lagi amat memerlukan sumbangan dan ban-tuan kita semua. Perasaan ini boleh diwujudkan denganmenghulurkan sumbangan kepada mereka. Peruntukkan wangperbelanjaan harian, wujudkan tabung khas di rumah dandidiklah anak-anak dengan memberikan sumbangan kepadayang memerlukan kerana hadis Rasulullah saw ada meny-atakan:

Maksudnya: "Barang siapa yang tidak mengambil berat perihalorang Islam, dia bukanlah dari kalangan mereka"

Selain sifat belas kasihan kepada manusia, menyemai sifat belaskasihan anak-anak kepada haiwan juga perlu dilaksanakan.Cerita bagaimana seorang lelaki yang diampunkan dosanyaoleh Allah SWT kerana memberikan air minuman kepada seekoranjing yang sedang kehausan perlu diberikan agar anak-anakmengerti dan memahami betapa pentingnya sifat belas kasi-han.7

Page 9: Layout 1 (Page 1) - masjidalislah.com Ramadhan.pdf · Quran, iktikaf dan zikir kepadaNya. ... perbelanjaan harian, wujudkan tabung khas di rumah dan didiklah anak-anak dengan memberikan

b. Memelihara Silaturrahim.Tautkan hati ibu bapa, adik beradik, sahabat handai, saudaramara, rakan sepejabat, jiran dan komuniti masyarakat di tamandengan ikatan silaturrahim kerana rahmat akan diturunkankepada mereka yang memeliharanya. Ziarahi mereka dan jikaada kesempatan ajaklah mereka untuk berbuka puasa dirumah kita. Ketibaan Ramadhan juga hendaklah didahuluidengan ucapan tahniah dengan kedatangannya dan lakukan-lah kepada keluarga kita, adik beradik, sahabat handai, jirandan kepada mereka yang mengenali diri kita. Ucapkanlah tah-niah sempena kedatangan Ramadhan dengan ucapan melaluitelefon dan SMS serta nasihatkanlah untuk mempertingkatkanamalan sempena kedatangan Ramadhan al-Mubarak ini.Kepentingan memelihara ikatan silaturrahim ini ada disebutkandalam hadis Rasulullah SAW:

Maksudnya: "Barangsiapa yang suka untuk dipanjangkanusianya dan dimurahkan rezekinya, maka berbuat baiklahkepada kedua ibu bapanya dan peliharalah ikatan silaturrahim-nya"

c. Infaq.Sifat bakhil dan kedekut amat dilarang dalam Islam dan apabi-la diamalkan ianya menjadi punca kemurkaan Allah SWT.Infaqkanlah harta yang kita miliki kerana ia merupakan bisnesatau perniagaan yang amat menguntungkan. Ubat kepadapenyakit bakhil atau kedekut ini ialah yang berlawanan den-gannya iaitu dengan cara menginfakkan harta yang kita miliki.Realitinya, kita membelanjakan wang setiap hari bagi perbelan-jaan diri sebelum kedatangan Ramadhan dan apa salahnyauntuk kita belanjakan wang tersebut dengan menginfakkannyakepada orang lain yang lebih memerlukan. Pahala yangdiberikan oleh Allah SWT kepada yang menginfakkan hartanyaamatlah besar sekali apatah lagi jika sekiranya dilaksanakandalam bulan Ramadhan. Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhnya, sedekah (pemberian seorang muslim meman-jangkan umurnya, menghindarkannya dari mati yang tidak baik;ia dihindarkan Allah dari kesombongan dan keangkuhan"(Riwayat at-Tabrani)

8

Page 10: Layout 1 (Page 1) - masjidalislah.com Ramadhan.pdf · Quran, iktikaf dan zikir kepadaNya. ... perbelanjaan harian, wujudkan tabung khas di rumah dan didiklah anak-anak dengan memberikan

Berikan pengajaran dengan menunjukkan contoh teladan kepadaanak-anak kita agar mereka tidak kedekut untuk memberikan wangyang dimiliki. Ceritakan betapa besarnya pahala sedekah seba-gaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran dan al-Hadis denganmengutamakan infak kepada yang amat memerlukan.

d. Pemaaf.Sifat pemaaf adalah satu tuntutan untuk dilaksanakan danbanyak kebaikannya apabila dilaksanakan. Gembirakan oranglain dengan memberikan kemaafan kepada mereka. HadisRasulullah SAW ada menyatakan:

Maksudnya: "Daripada Ali ra katanya: Sesungguhnya antaraperkara yang boleh mengampunkan dosa-dosa ialah memberikegembiraan kepada saudara seIslam kamu"

Sifat ini akan mudah diperolehi apabila berada di MadrasahRamadhan kerana umat Islam saling memahami di ataskepayahan yang dialami kerana berpuasa. Tanamkan dalamjiwa kebaikan memaafkan orang lain dan ganjaran yang akandiberikan. Mulakannya dengan diri anda dan anak-anak andakhususnya apabila mereka bergaduh atau bertengkar sesamasendiri. Tautkan hati anak-anak dengan sifat pemaaf apabilasalah seorang melakukan kesalahan dan jangan biarkan sesu-atu pertengkaran berlarutan sehingga membawa kepada kek-erasan hati. Hati yang keras menyebabkan seorang muslimpayah untuk menerima hidayah dan petunjuk daripada AllahSWT.

Sikap suka memberi maaf akan mudah dibentuk dan disemai kedalam diri anak-anak dan ia dimulakan dengan kita sebagai ibuatau bapa memaafkan kesilapannya. Galakkan anak-anak kitauntuk memberi kemaafan kepada saudara kandungnya dansahabat-sahabatnya agar sikap ini akan berterusan dan dia-malkan dalam kehidupan hariannya.

e. Qanaah.Nafsu yang menggelojak untuk memenuhi kehendak kehidu-pan duniawi berkurangan jika sekiranya seorang muslimberpuasa dengan penuh keinsafan di bulan yang mulia ini. Disinilah peranan madrasah ini untuk mendidik jiwa muslim9

Page 11: Layout 1 (Page 1) - masjidalislah.com Ramadhan.pdf · Quran, iktikaf dan zikir kepadaNya. ... perbelanjaan harian, wujudkan tabung khas di rumah dan didiklah anak-anak dengan memberikan

menjadi qanaah (berpada) dengan apa yang dimilikinya dengantidak memburu kehidupan duniawi yang tidak akan kenal rasa puasbagi mereka yang memburunya. Apatah lagi pemburuan kehidu-pan duniawi ini adalah satu bentuk yang haram! Biarlah kehidupanduniawi yang membelit kehidupan manusia ini dapat diatasi den-gan sifat qanaah dan qanaah ini akan diperolehi dengan lebihmudah melalui ibadat puasa. Tanpa qanaah seorang muslim akansentiasa mencari dan memburu habuan dunia yang bersifat semen-tara ini sehingga menyebabkan dirinya terjerumus ke dalam lembahkehinaan sedangkan dunia merupakan jambatan mencapaikejayaaa di akhirat nanti.

f. Berkata Yang Berfaedah.Ramai yang tidak menyedari bahawa dosa yang men-gelilinginya adalah disebabkan lidah-lidahnya tidak dipeliharadengan baik. Mengumpat dan mengadu domba merupakan diantara akhlak mazmumah yang boleh menyebabkan seseo-rang terjerumus ke lembah kehinaan. Elakkan diri daripadamenjadi golongan yang memakan daging saudara merekasendiri dan jangan memandang ringan dengan perkataanyang dikeluarkan dari mulut walaupun atas dasar gurauan ataumenyampaikan perkhabaran. Kemungkinan dengan hanyasatu perkataan kita telah ditentukan kedudukan di akhirat nantisama ada memperoleh kebahagian atau sebaliknya. HadisRasulullah SAW ada menyatakan:

Maksudnya: "Seseorang lelaki bertutur dengan satu perkataanyang mendatangkan keredhaan Allah dia sedikitpun tidakmenyangka akan beroleh ganjaran seperti itu; di mana Allahtelah mencatat ganjaran pahala (berupa keredhaan) untuknyasehinggalah ke hari kiamat. Seseorng lelaki bertutur dengan satuperkataan yang mendatangkan kemurkaan Allah dia sedikitpuntidak menyangkan akan beroleh balasan seperti itu; di manaAllah telah mencatat balasan (berupa kemurkaan) untuknyasehinggalah hari kiamat"

10

Page 12: Layout 1 (Page 1) - masjidalislah.com Ramadhan.pdf · Quran, iktikaf dan zikir kepadaNya. ... perbelanjaan harian, wujudkan tabung khas di rumah dan didiklah anak-anak dengan memberikan

5. Qiamullail.

Qiamullail atau menghidupkan malam dengan amal ibadat kepa-da Allah merupakan satu amal ibadat yang amat dituntut untukdilaksanakan. Memperbanyakkan al-Quran, solat tahajjud, zikir danamalan-amalan yang lain merupakan pengisian yang perlu dilak-sanakan bagi memastikan malam-malam yang berlalu dipenuhidengan pengabdian kepada Allah SWT. Keampunan dari Allah hen-daklah dipohon apatah lagi di saat-saat yang penuh dengankeberkatan ini. Firman Allah SWT:

Maksudnya: " Bersegeralah kamu kepada keampunan dariTuhan kamu…"

Apabila tibanya Ramadhan, waktu sebelum bersahur adalahpaling sesuai untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT walaupunhanya sekadar solat dua rakaat. Pada masa inilah, waktu yangsesuai untuk kita memohon keampunan kepadaNya sebagaimanafirman Allah:

Maksudnya: "Dan pada waktu sahur mereka memohon keam-punan"

Memohon keampunan dengan penuh jiwa dan raga denganmelakukan taubat kepadaNya merupakan suatu kemestian bagiseorang hamba. Taubat adalah kembali kepada ketaatan setelahmelakukan maksiat dan ianya mempunyai beberapa syarat iaitu:

a. Meninggalkan perbuatan dosa dan maksiat.b. Menyesali di atas perlakuan maksiat yang telah dilakukan.c. Berazam untuk tidak mengulanginya.d. Mengembalikan semula hak yang berkaitan dengan orang lain.

Kejutkan isteri dan anak-anak untuk bersama menghidupkan malamdengan penuh ketakwaan kepada Allah SWT. Jika isteri yang ter-bangun terlebih dahulu, jangan biarkan suami terus terlena denganmimpinya yang indah. Jika suami yang terbangun dahulu, bisikkan-lah ditelinga isteri untuk sama-sama bangun menghidupkan malamyang penuh keberkatan disepanjang bulan ini. Alangkah indahnyajika suasana seperti dihidupkan dan dijadikan sebagai11

Page 13: Layout 1 (Page 1) - masjidalislah.com Ramadhan.pdf · Quran, iktikaf dan zikir kepadaNya. ... perbelanjaan harian, wujudkan tabung khas di rumah dan didiklah anak-anak dengan memberikan

amalan harian yang bukan sahaja hanya berlaku di bulanRamadhan sahaja. Sikap meremehkan dan tidak mengambil beratdengan membiarkan malam berlalu tanpa dipenuhi dengan apa-apa pengisian adalah merupakan satu kerugian yang perludielakkan. Perbanyakkanlah qiam dan doa terutamanya di sepuluhterakhir Ramadhan untuk mendapatkan gandaan pahala di sisiAllah SWT.

6. Iktikaf.

Iktikaf amat dituntut untuk dilaksanakan terutamanya di sepuluh ter-akhir bulan Ramadhan. Iktikaf bermaksud duduk di dalam masjidsebagai ibadat yang disunatkan dengan niat iktikaf. Maksud firmanAllah di dalam surah al-Baqarah ayat 125:

"Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang tawaf, yangi'tikaf, yang ruku' dan yang sujud".

Rasulullah SAW amat menitik beratkan amalan i'tikaf ini terutamanyadi sepuluh terakhir bulan Ramadhan. Hadis Rasulullah SAW adamenyatakan:

Maksudnya: "Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah SAW biasaberi'tikaf pada sepuluh terakhir hari-hari bulan Ramadhansehinggalah wafat"

Hukum beriktikaf adalah sunat dan ianya menjadi wajib jika seki-ranya seseorang mukmin bernazar untuk melakukan iktikaf.Rasulullah SAW akan beriktikaf di sepuluh terakhir Ramadhan danamalan ini di sambung oleh para isterinya selepas kewafatan bagin-da. Apakah matlamat iktikaf? Islam amat menitik beratkan kebersi-han hati kerana hati merupakan agen perubahan kepada jasadmanusia. Melalui iktikaf yang disertai dengan amalan-amalan men-taqarrubkan (mendekatkan) diri kepada Allah SWT seperti berzikirdan membaca al-Quran serta meninggalkan kesibukan dunia,maka hubungan seorang hamba dengan Allah SWT amat dekatsekali dan sudah tentunya akan menimbulkan keinsafan dalam jiwaseorang hamba. Niatlah dengan penuh keikhlasan untuk beriktikafdi dalam masjid, membaca al-Quran, memperbanyakkan zikir,tafakur,berdoa, bertasbih, bertahmid dan bertakbir agar amalaniktikaf diterima dan seterusnya dapat mendidik jiwa 12

Page 14: Layout 1 (Page 1) - masjidalislah.com Ramadhan.pdf · Quran, iktikaf dan zikir kepadaNya. ... perbelanjaan harian, wujudkan tabung khas di rumah dan didiklah anak-anak dengan memberikan

mendekatkan diri kepada Allah. Elakkan dan hindarkan diri daripa-da segala perbuatan yang sia-sia dan menjejaskan pahala iktikaf.

Dalam suasana masyarakat di Malaysia yang disibukkan denganmenyambut Aidil Fitri di hari-hari terakhir Ramadhan, maka berun-tunglah jika sekiranya kita mengambil kesempatan tersebut denganmelakukan iktikaf. Ini adalah sunnah Rasulullah SAW! Bawalah anakkita sekali untuk bersama duduk beriktikaf disepuluh terakhir bulanRamadhan di mana-mana masjid yang menganjurkannya.Terdapat masjid-masjid di Malaysia yang menganjurkan programiktikaf disepuluh terakhir Ramadhan dan jangan lepaskan peluangini,agar sepuluh terakhir tidak berlalu dengan begitu sahaja tanpadipenuhi dengan ibadat kepadaNya.

7. Peristiwa Bersejarah.

Ceritakan tentang sejarah yang berlaku kepada anak-anak menge-nai peristiwa yang berlaku kepada umat Islam di bulan Ramadhan.Kehebatan dan kemenangan umat Islam perlu disebarkan dandiceritakan kepada anak-anak agar mereka memahaminya malahberceritalah apakah kekuatan dan strategi yang dilakukan olehRasulullah SAW dan umat Islam sehingga kecemerlangan diraih olehumat Islam pada masa yang lalu. Banyak peristiwa besar yangberlaku di bulan Ramadhan antaranya ialah peperangan Badar al-Kubra pada tahun 2 hijrah, pembukaan Kota Mekah pada tahun 8hijrah dan juga peperangan Ain Jalut yang diketuai oleh SultanQutuz.

Badar al-Kubra yang berlaku pada bulan Ramadhan tahun 2 hijrahmenjadi satu iktibar kepada seluruh manusia tentang kekuasaanAllah SWT yang mengatasi segala-galanya. Walaupun dengankekuatan 313 tentera Islam dan mempunyai kelengkapan peperan-gan yang amat dhaif jika dibandingkan dengan kekuatan tenteramusyrik seramai 1000 orang dan kelengkapan persenjataan yanghebat, akhirnya tentera Islam yang dipimpin oleh Rasulullah SAWberjaya mengalahkan musuh. Kehebatan ini perlu diperincikan dandiceritakan supaya anak-anak mengetahuinya dengan lebih lanjutkerana semuanya itu berlaku di bulan Ramadhan. Ketakwaan yangditunjukkan, ikhtiar yang dilaksanakan dan tawakkal yang tinggimerupakan ramuan yang cukup untuk membuahkan kemenangan.Kaitkan dengan apa yang berlaku disekitar kehidupan yang melan-da umat Islam. Kenapakah kehinaan

13

Page 15: Layout 1 (Page 1) - masjidalislah.com Ramadhan.pdf · Quran, iktikaf dan zikir kepadaNya. ... perbelanjaan harian, wujudkan tabung khas di rumah dan didiklah anak-anak dengan memberikan

menimpa, kenapakah penindasan berleluasa dan kenapakan keza-liman bermaharajalela. Ini semuanya mendorong anak-anak untuksentiasa sedar dengan apa yang berlaku dan seterusnya dapatmenghindarkan dirinya daripada terus terpedaya dan terpesonadengan kehidupan dunia yang bersifat sementara.

PENUTUP

Bulan Ramadhan kedatangannya amat ditunggu-tunggu danpemergiannya akan ditangisi. Ditunggu oleh mukmin yang inginmengejar segala ganjaran dan keistimewaannya dan ditangisi ker-ana takut tidak dapat menempuhinya pada tahun akan datang.Ramadhan dipermulaannya adalah rahmat, pertengahannyaadalah keampunan dan dipenghujungnya adalah pembebasandaripada api neraka merupakan kurniaan Allah SWT kepadahambaNya untuk direbut. Ramadhan juga sebenarnya masa yangamat sesuai untuk mendidik jiwa seorang hamba dan seterusnyamelahirkan sifat ketakwaan yang tinggi sehingga memperolehi syur-ga yang amat dirindui. Rebutlah peluang keemasan ini.

Terbitan

BIRO DAKWAH,IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) NEGERI SEMBILANNo 32A, Jalan Bunga Raya 9Pusat Perniagaan Senawang70400, Seremban, NEGERI SEMBILANTel : 06-6778317/ 012 6781644

14

Page 16: Layout 1 (Page 1) - masjidalislah.com Ramadhan.pdf · Quran, iktikaf dan zikir kepadaNya. ... perbelanjaan harian, wujudkan tabung khas di rumah dan didiklah anak-anak dengan memberikan