lawatan ppg matematik ambilan jun 2011 ke unit sukan jpn pahang
DESCRIPTION
pj punyer citerTRANSCRIPT
Lawatan PPG MATEMATIK Ambilan Jun 2011 ke Unit Sukan JPN Pahang
LAPORAN PPG MATEMATIK AMBILAN JUN 2011
KE UNIT SUKAN JPN PAHANG 16 MAC 2015 (ISNIN)
Tarikh : 16 MAC 2015 ( Isnin )
Tempat : Unit Sukan JPN Pahang
Lawatan ke Unit Sukan JPN Pahang pada hari ini adalah untuk melihat peranan
Unit Sukan sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab dalam membentuk dan
menggilap bakat atlet-atlet dalam pelbagai jenis sukan. Pengelola Cemerlang
Sukan, Encik Hashim bin Hj Abd Rahim dalam sesi taklimatnya menyentuh aspek-
aspek berikut:
i) Visi Unit Sukan JPN Pahang
Visi : Atlet Cemerlang, Pencapaian Gemilang, MSSP Terbilang
Misi : Melahirkan Atlet Cemerlang Menerusi Program Sukan Berkualiti
ii) Kemudahan di Unit Sukan
a) Penginapan : Dorm & Bilik Pegawai
b) Ruang Makan
c) Gelanggang serbaguna
iii) Takwim Kejohanan
Rujuk lampiran
iv) Peranan serta tanggungjawab Unit Sukan
a) Mengurus Sekolah Sukan Negeri
b) Melaksanakan dasar 1M1S di sekolah
c) Membngunkan sukan untuk kecemerlangan
d) Menganjur dan menyertai kejohanan sukan peringkat negeri, kebangsaan
dan antarabangsa
e) Menganjurkan kursus kejurulatihan dan kepegawaian sukan
f) Melaksanakan dasar mikro pembangunan sukan KPM
g) Membina rangkaian kerjasama dengan badan induk sukan, persatuan,
kesatuan dan rakan sukan
h) Merancang dan menyelia kemudahan, prasarana dan peralatan sukan
i) Mentadbir dan mengurus Majlis Sukan Sekolah Pahang
j) Mengurus dan mentadbir Unit Sukan Jabatab Pelajarab Pahang
v) Pencapaian atlet-atlet Pahang
Dipaparkan pada papan kenyataan pencapaian yang telah disediakan.
Rajah 1 : Papan Rekod Pencapaian
Saya juga dimaklumkan untuk memastikan kecemerlangan berterusan, beberapa
program yang telah memberikan nilai tambah kepada pencapaian prestasi akan
terus diberikan keutamaan dengan beberapa pengubahsuaian. Antaranya;
a) Memberi fokus pembangunan bawah 12 tahun
b) Memperkasa Program Pusat Latihan Daerah ( Sukan Prestasi Tinggi
Sekolah)
c) Memantapkan kembali Prestasi Program Sekolah Sukan Negeri
d) Pendekatan berfokus Majlis Sukan Sekolah Daerah ( Watak Sukan
Daerah )
e) Pendekatan berfokus Pusat Pembangunan Sukan ( Sekolah Kluster dan
Pusat Pembangunan )
f) Meningkatkan kualiti Atlet / Pasukan MSSP
Saya juga dapat mengetahui jawatankuasa-jawatankuasa yang terlibat dalam
memajukan sukan antaranya Jawatankuasa Pengurusan ( Eksekutif ),
Jawatankuasa Kewangan, Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan Sukan, dan
Sekretariat MSSP. Semua ini saya sertakan dalam lampiran.
Semasa sesi lawatan ini, sekumpulan pemain bola jaring menjalani latihan fasa 1.
Latihan fasa 1 ini terdiri daripada pemain-pemain bawah 15 tahun dan 18 tahun.
Saya sempat menemuramah jurulatih yang terlibat berkaitan dengan latihan fasa
tersebut. Semua pemain adalah dicadangkan oleh pengerusi teknik pembangunan
sukan daerah masing-masing dan juga pemain yang pernah mewakili Pahang dalam
sukan bola jaring di peringkat kebangsaan. Tujuan utama adalah untuk
memantapkan lagi kemahiran-kemahiran pemain dan juga persiapan bagi kejohanan
MSSM. Ada juga dalam kalangan mereka yng terlibat dengan Kejohanan Bola Jaring
yang akan berlangsung bermula 18-22 Mac 2015 di Stadium Juara, Bukit Kiara,
Kuala Lumpur.
Selepas selesai sesi taklimat saya telah dibawa untuk melihat kemudahan-
kemudahan, venue latihan dan sukan serta persekitaran Unit Sukan JPN Pahang.
Setiap kemudahan dan venue latihan yang dilawati telah diberi penerangan oleh
pegawai pengiring.
Secara keseluruhannya lawatan ke Unit Sukan JPN Pahang dirasakan cukup
berjaya kerana pihak JPN Pahang telah memberi kerjasama sepenuhnya pada saya.
Dalam pada itu, dapatan hasil kunjungan ke Unit Sukan JPN Pahang ini pastinya
dapat membantu saya dalam menyempurnakan tugasan PJM3112.
Laporan disediakan oleh :
Cik Noor Shafinaz Binti Ab Rashid
830727-06-5618
PPG Matematik Ambilan Jun 2011
Disahkan oleh,
..................................................................En Roslan bin Khalid
Pensyarah Pembimbing
PJM3123E
Matematik 2
Lampiran bergambar.
Rajah 2: Bahagian hadapan Unit Sukan, JPN Pahang
Rajah 3: Perkarangan kawasan latihan hoki dalam keadaan sedang dibaik pulih
Rajah 4: Kawasan Penginapan & Ruang Makan
Rajah 5: Astaka Unit Sukan
Rajah 6: Papan Jadual Pengelolaan Kejohanan
Rajah 7: Bilik Mesyuarat Unit Sukan
REFLEKSI
REFLEKSINOOR SHAFINAZ BINTI AB RASHID2011162360143/830727065618
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya
dapat saya menyempurnakan kerja kursus bagi subjek PJM3123E pada semester
kali ini.
Bagi mata pelajaran ini, saya dikehendaki untuk menyediakan kertas kerja
cadangan sukaneka permainan tradisional, penulisan ilmiah berkaitan dengan isu-
isu dalam arena sukan dan laporan lawatan ke agensi sukan yang berdekatan
dengan tempat saya mengajar.
Dalam penghasilan kertas kerja cadangan sukaneka permainan tradisional,
saya bersama 2 orang lagi kawan saya dikehendaki untuk mencari maklumat
berkaitan dengan permainan konda kondi. Kami mencari maklumat berkaitan di
laman sesawang dan mengharmonikan dalam bentuk kertas kerja. Pada interaksi
ketiga, kami dikehendaki untuk membentangkan hasil kertas kerja kami. Pensyarah
pembimbing kami, Encik Roslan bin Khalid ada memberi pendapat dan teguran atas
kekurangan kefahaman kami bagi membantu kami dalam penambahbaikan kertas
kerja cadangan kumpulan kami. Encik Roslan juga berpendapat permainan ini
sesuai untuk diperkenalkan semula di peringkat sekolah. Agar permainan ini menjadi
satu permainan yang ‘tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas’.
Selain itu, saya juga ada bertanyakan pendapat sahabat saya yang
mempunyai pengetahuan khusus tentang pendidikan jasmani dan kesihatan. Banyak
pendapat dan cadangan yang diusulkan kepada saya. Mereka juga turut
menyatakan dalam penulisan ilmiah saya perlu mengaitkan bahan bacaan yang
saya dapat dengan pengalaman sedia ada saya. Ini dapat menghasilkan penulisan
ilmiah yang baik.
Pada 16 Mac 2015 yang lalu, saya bertugas di Unit Sukan Pahang bagi
Program Fasa 1 Klinik Bola Jaring. Jadi saya mengambil peluang ini untuk mengajak
sahabat-sahabat saya untuk mendapatkan maklumat berkaitan tugasan ketiga kami.
Saya dan beberapa orang sahabat saya telah pergi melawat ke unit sukan bagi
memenuhi keperluan tugasan ketiga. Kami diminta untuk menyediakan laporan
berkaitan dengan lawatan kami. Ketika sesi lawatan itu, kami disambut oleh Encik
Hashim bin Haji Abdul Rahim, Pengelola Cemerlang Sukan, Jabatan Pendidikan
Pahang. Dalam sesi lawatan ini, kami diberi penerangan tentang jawatankuasa
terlibat dengan pembangunan sukan Pahang, prasarana-prasarana yang terlibat dan
boleh digunakan dan semua yang berkaitan dengan unit sukan. Kebetulan ketika
sesi lawatan kami, semua pegawai di Unit Sukan, Jabatan Pendidikan Pahang tiada
di pejabat kerana mereka bergerak ke Selangor. Mereka ke sana kerana terlibat
dengan Kejohanan MSSM Ragbi yang sedang berlangsung di sana. Alhamdulillah
segala maklumat yang kami kehendaki dapat diperolehi.
Cadangan dan teguran pensyarah pembimbing saya, telah saya ambil
secara positif bagi memajukan diri saya. Setelah selesai sesi ulasan, saya cuba
menambahbaik semua tugasan yang diberikan. Saya berharap agar ilmu yang
dikongsikan oleh sahabat-sahabat serta pensyarah pembimbing saya dapat saya
aplikasikan dalam pengajaran pada masa-masa akan datang.