latihan dalam industri

37
PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI GMGM 3053 1.0 Pengenalan Latihan dalam organisasi amat berguna ini kerana, dalam setiap industri atau organisasi latihan amat berguna untuk memepertingkatkan mutu kerja dan memajukan industri tersebut menjadi lebih bermutu dan berkemahiran dengan adanya latihan dalam industri tersebut. Latihan bermaksud – pelajaran atau didikan untuk memahirkan (membiasakan), ajaran yang diterima: doctor telah menerima - yang cukup untuk menjalankan kerjanya: - amali latihan dengan mengerjakan (mengamalkan) sendiri(sains dll): -- asas latihan permulaan: - badan pelajaran gerak badan (olah raga dll): - ilmiah latihan bertulis untuk mendapat ijazah (sarjana dll).(kamus dewan) Latihan adalah suatu proses memperolehi dan memperbaiki kemahiran , pengetahuan dan sikap yang diperlukan untuk mempertingkatkan prestasi kerja. Keperluan latihan dalam industri amat diperlukan supaya dapat memahirkan pekerja, dan juga dapat membantu memajukan sesuatu indusri tersebut, serta dapat meningkat hasil kerja yang berkualiti dan bermutu. Mohd Tamizi Bin Hassan 208105

Upload: mohd-tamizi-hassan

Post on 19-Oct-2015

192 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI GMGM 30531.0 Pengenalan

Latihan dalam organisasi amat berguna ini kerana, dalam setiap industri atau organisasi latihan amat berguna untuk memepertingkatkan mutu kerja dan memajukan industri tersebut menjadi lebih bermutu dan berkemahiran dengan adanya latihan dalam industri tersebut.Latihan bermaksud pelajaran atau didikan untuk memahirkan (membiasakan), ajaran yang diterima: doctor telah menerima - yang cukup untuk menjalankan kerjanya: - amali latihan dengan mengerjakan (mengamalkan) sendiri(sains dll): -- asas latihan permulaan: - badan pelajaran gerak badan (olah raga dll): - ilmiah latihan bertulis untuk mendapat ijazah (sarjana dll).(kamus dewan)Latihan adalah suatu proses memperolehi dan memperbaiki kemahiran , pengetahuan dan sikap yang diperlukan untuk mempertingkatkan prestasi kerja. Keperluan latihan dalam industri amat diperlukan supaya dapat memahirkan pekerja, dan juga dapat membantu memajukan sesuatu indusri tersebut, serta dapat meningkat hasil kerja yang berkualiti dan bermutu.Oleh itu, bagi membolehkan peningkatan prestasi dan perubahan perlakuan, reka bentuk latihan yang mantap diperlukan.Dengan itu, penilaian dan analisis keperluan adalah asas sistematik untuk membuat keputusan bagaimana hendak mempergaruhi prestasi (Stout 1995).

2.0 Latar Belakang PerkesoPertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah ditubuhkan pada 1 januari 1971 sebagai sebuah jabatan kerajaan untuk melaksana,, mentadbir dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja, 1971.Sejak 1 Julai 1985, status PERKESO sebagai Jabatan Kerajaan telah diubah kepada sebuah Badan Berkanun. Ia beroperasi melalui 14 buah pejabat Negeri dan 31 buah pejabat Tempatan di seluruh negeri dengan sebuah ibu pejabat yang terletak di alamat berikut:-PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIALMENARA PERKESO281, JALAN AMPANG50538 KUALA LUMPUR.

Pada 1 januari 1992, system saran PERKESO telah diasingkan daripada Sistem Saraan Baru Sektor Awam dan PERKESO telah melaksanakan satu system saraannya sendiri iaitu Sistem Saraan Baru PERKESO (SSBP).

2.1 MISI PERKESOPERKESO mempunyai misi dalam mencapai matlamat organisasi tersebut, misi PERKESO ialah : - PERKESO adalah komited untuk memastikan keselematan social dan ekonomi kepada semua rakyat Malaysia yang bekerja serta tanggungan mereka menerusi, Prinsip insurans keselamatan social. Menyediakan perkhidmatan yang cepat , berkualiti serta cekap pada kos yang paling ekonomik (cost effectiveness) dengan menggunakan teknologi canggih serta pembangunan sumber manusia. Mengkaji struktur faedah yang disediakan dari semasa ke semasa berdasarakan kepada kemampuan kewangan dan cara system pemberian faedah. Seboleh bolehnya tanpa memerlukan kadar caruman dinaikkan tetapi sebaliknya usaha usaha diambil untuk memelihara serta meneguhkan lagi kumpulan wang PERKESO melalui pengurusan kewangan dan pelaburan yang baik. Memupuk serta menggalakkan kesihatan serta keselamatan pekerjaan di kalangan pekerja/majikan.Dengan adanya misi ini akan dapat mencapai matlamat organisasi serta memajukan organisasi dari masa ke masa, dan kerja berjalan dengan lancar. Dengan adanya latihan yang diberikan oleh organisasi atau atas permintaan pekerja adalah satu pelaburan jangka masa yang panjang iaitu proses untuk memahir pekerja dalam sesuatu bidang kerja tersebut.

2.2 OBJEKTIF PERKESOMempasti dan menjamin pembayaran faedah yang secukupnya mengikut kelayakan dengan cepat dan secara adil, di samping mempertingkatkan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan di kalangan pekerja dan majikan.2.3 DASAR ORGANISASI PERKESO Mengutamakan kepentingan negara serta organisasi setiap masa. Memberi perkhidmatan yang berkualiti, adil, tepat dan cepat kepada pelanggan. Meningkatkan kemahiran serta kepakaran kakitangan PERKESO, di samping penggunaan teknologi canggih dalam meningkatkan mutu perkhidmatan untuk pelanggan. Memelihara kemapanan serta mengukuhkan dana PERKESO. Memastikan kakitangan PERKESO menghayati nilai-nilai murni. Berkerjasama dengan semua pihak dalam meningkatkan Kesejahteraan social pekerja.

2.4 PIAGAM PELANGGAN PERKESOUntuk memberi perkhidmatan perlindungan keselamatan sosial yang berkualiti, adil, tepat dan cepat kepada pekerja serta orang tanggungan mereka dan majikan, PERKESO dengan ini memberi pengakuan, tertakluk kepada semua maklumat yang diperlukan diperolehi dan dokumen tuntutan lengkap diterima, untuk :

Membayar Faedah Hilangupaya Sementara (bayaran pertama) kepada pekerja yang terbencana dalam tempoh 1 bulan. Membayar Faedah Hilangupaya Kekal (bayaran pertama) dan di mana berkenaan, Elaun Layanan Sentiasa kepada pekerja yang terbencana dalam tempoh 3 bulan. Membayar Faedah Orang Tanggungan (bayaran pertama) kepada orang tanggungan dalam tempoh 3 bulan. Membayar Faedah Pencen Ilat (bayaran pertama)/Bantuan Ilat/Elaun Layanan Sentiasa kepada pekerja yang layak dalam tempoh 3 bulan. Membayar Faedah Pencen Penakat (bayaran pertama) kepada orang tanggungan dalam tempoh 3 bulan. Membayar Faedah Pengurusan Mayat kepada waris pekerja yang layak dalam tempoh 15 hari. Mendaftar majikan dan pekerja baru serta memberi nombor kod majikan kepada mereka dalam tempoh 1 bulan. Menyiasat dan menyampaikan maklum balas ke atas setiap aduan menegenai tuntutran bayaran faedah dalam tempoh 30 hari dari tarikh aduan diterima.

3.0 Senarai Tugas Pegawai Kerani (Tadbir )Gred12Sebagai pegawai kerani gred 12 (tadbir) mempunyai tugas tersendiri yang melibatkan pelbagai aspek seperti dalam bidang tugas yang diberi oleh ketua cawangan masing masing. Oleh itu, Pegawai Kerani Gred 12 (TADBIR) bertanggungjawab menjalakan tugas seperti dibawah ini: - 1. Menjalankan tugas tugas pembantu teknikal(TA): Mengendalikan Backup Data Harian dan KemukaLaporan Ke BTM. Mengendalikan Entire System Backup Optikal Melapor Dan Merekod kerosakan peralatan, system, talian CSC. Mengedalikan pergerakan computer Apa apa tugas yang berkaitan yang diarah oleh Bahagian Teknologi Maklumat.2. Mengendalikan penggunaan kad perakam waktu setiap bulan. Mengira kerja lebih dan kurang masa. Menyediakan kad perakam waktu setiap bulan. Memfail laporan harian , mingguan yang telah disedia oleh pegawai pengawas. Menyediakan laporan bulanan untuk diserah dengan kerani kanan.3. Mengendalikan Daftar Surat masuk dari ibu pejabat, Pengarah Negeri, Pengurus Pejabat Negeri dan Tempatan di seluruh PERKESO Negeri. Penerimaan Mel Daftar dan Pos Laju.4. Memfailkan dokumen , surat dari Cawangan Pentadbiran.5. Menyediakan memo ke ibu pejabat bagi: - Bayaran tempat istirehat anggota Tuntutan Perjalanan Anggota Tuntutan rawatan Perubatan Anggota Permohonan Cuti Tanpa Rekod. 6. Mendaftar cuti rekod anggota yang telah dilulus dalam daftar rekod cuti anggota. 7. Menerima arahan dari masa ke semasa dari pegawai atasan.

Sebagai kerani dalam bahagian pentadbiran bidang kerja amat luas dan memerlukan kemahiran untuk menjalankan tugas. Dengan itu, latihan amat diperlukan untuk memahirkan pekerja tersebut dan dapat mengawal situasi kerja yang hendak ditempuhi masa yang akan datang mahupun sekarang.

Di bawah ini menunjukkan kedudukan pegawai kerani gred12 cawangan pentadbiran:-

CARTA ORGANISASIPERKESO KUCHINGCAWANGAN PENTADBIRAN

PPN G27

TPPN KOSONG

KERANI G12KERANI G12KERANI KANAN G15

PAR G6

Kedudukan kerani gred 12

Carta aliran ini menunjukkan proses tugas kerani pentadbiran gred 12, iaitu pengunaan kad perakam waktu , sentiasa mengemaskini pada setiap bulan untuk semua anggota PERKESO pejabat Negeri Sarawak.CARTA ALIRANMEMPROSES PENGGUNAAN KAD PERAKAM WAKTU

ProsesAktivitiKaitan

1 Bayaran melalui panjar Bayaran melalui panjarTerima kad perakam waktuKerani Stor

Rujuk senarai nama anggota mengikut jawatan/gred

Kerani Kanan

Kemaskini

PKAK/PKA/PA

Ketua Jabatan

Manakala carta aliran dibawah ini pula juga salah satu tugas utama pegawai kerani tersebut iaitu memproses tuntutan perjalanan semua anggota PERKESO Negeri Sarawak, disini pegawai tersebut, menyemak dan mengemukakan kepada ketua jabatan dan pengesahan dan selepas itu, menghantar kepada bahagian Kewangan untuk pembayaran tuntutan.CARTA ALIRANPKPN-CTK-52 : MEMPROSES TUNTUTAN PERJALANAN

ProsesAktivitiKaitan

1 Bayaran melalui panjar Bayaran melalui panjar

Sekiranya terima pertanyaan kewangan : Beri maklumbalas

Kemukakan untuk pengesahan Ketua Jabatan

Kemukakan kepada Bhg. Kewangan, Perakaunan & Pelaburan

Sekiranya tiada terima pertanyaan kewangan : Terima cek

Proses selesai

SENARAI BORANGPKPN-CTK-52 : MEMPROSES TUNTUTAN PERJALANAN

BILSENARAI BORANG

1.Lampiran A - Surat Pengesahan Tuntutan Elaun Perjalanan Kenderaan Di Luar Waktu Pejabat Biasa

2.Lampiran A - Borang Permohonan Untuk Bertugas Di Luar Ibu Pejabat

3.Lampiran B - Kenyataan Tuntutan Elaun Perjalanan Dalam Negeri

4.Lampiran D - Kenyataan Tuntutan Elaun Perjalanan Ke Luar Negeri

5.Lampiran E-1 - Tuntutan Elaun Pertukaran Ke Luar Stesen (kecuali bagi Singapura, Selatan Thailand, Brunei Darussalam & Kalimantan)

6.Lampiran E-2 - Tuntutan Elaun Perpindahan Rumah

7.Lampiran E-3 - Tuntutan Elaun Pertukaran Ke Luar Stesen (bagi Singapura, Selatan Thailand, Brunei Darussalam & Kalimantan

SENARAI UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN PKPN-CTK-52 : MEMPROSES TUNTUTAN PERJALANAN

BilPerkara

1.- Tiada -

PERATURAN-PERATURAN PENTADBIRAN

AKTIVITI :PKPN-CTK-52 MEMPROSES TUNTUTAN PERJALANAN

Peraturan-Peraturan :

1.Anggota PERKESO yang menjalankan tugas rasmi/berkursus dalam negeri layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan /Tambang Pengangkutan Awam/Elaun Makan & Elaun Harian/Bayaran Sewa Hotel & Elaun Lojing/Belanja Pelbagai mengikut kelayakan dalam Pekeliling Kewangan Bil. 1 Tahun 1996. Walau bagaimanapun, tuntutan perjalanan semasa menghadiri kursus hanya layak 90% sahaja.

2.Tuntutan hendaklah dilengkapkan dalam dua (2) salinan dan ditandatangani oleh anggota serta mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan. Hanya satu (1) salinan perlu dikemukakan ke Bahagian Kewangan, Perakaunan dan Pelaburan untuk tujuan bayaran. Satu (1) lagi salinan adalah untuk simpanan anggota sebagai rujukan.

3. Dokumen-dokumen sokongan hendaklah disertakan bersama-sama tuntutan seperti:-

(a) Surat/Memo Mesyuarat/Kursus; (b) Bil/Inbois/Resit asal; dan (c) Lampiran A (sekiranya berkaitan).

4.Semua dokumen sokongan hendaklah disahkan betul oleh anggota. Sekiranya mengemukakan salinan fotokopi, salinan tersebut hendaklah diakui sah oleh sekurang-kurangnya pegawai Gred 19 ke atas.

5.Tuntutan perjalanan hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada 10 hari bulan dalam bulan yang berikutnya. Sekiranya lewat surat tunjuk sebab hendaklah dikemukakan.

6.Bayaran Sewa Hotel/Elaun Lojing layak dituntut oleh anggota yang menjalankan tugas rasmi/berkursus di luar Ibu Pejabatnya. Bayaran Sewa Hotel hendaklah disokong dengan resit dan tuntutan Elaun Lojing hendaklah dinyatakan alamat menginap mengikut kadar di perenggan 4.1 Pekeliling Kewangan Bil. 1 Tahun 1996.

PERATURAN-PERATURAN PENTADBIRAN

AKTIVITI : PKPN-CTK-52 MEMPROSES TUNTUTAN PERJALANAN

Peraturan-Peraturan :

7.Elaun Makan/Elaun Harian/Bayaran Sewa Hotel/Elaun Lojing tidak layak dituntut sekiranya kemudahan disediakan oleh PERKESO/ Penganjur/Pengangkut.

8. Elaun Makan layak dituntut sekiranya anggota menjalankan tugas rasmi/berkursus di luar Ibu Pejabatnya bagi tempoh 24 jam atau lebih terus menerus yang dikira mulai dari waktu bertolak mengikut kadar di perenggan 4.2 Pekeliling Kewangan Bil. 1 Tahun 1996.

9. Elaun Harian layak dituntut sekiranya anggota menjalankan tugas rasmi/berkursus di luar Ibu Pejabatnya bagi tempoh melebihi 8 jam tetapi kurang dari 24 jam dan jaraknya hendaklah melebihi 80 km pergi dan balik. Kadarnya adalah separuh daripada kelayakan Elaun Makannya.

10.Anggota juga layak untuk menuntut Belanja Pelbagai seperti tambang pengangkutan awam/bayaran telefon, telegram/pos/belanja dobi /bayaran cukai lapangan terbang/`Excess Baggage/bayaran tempat letak kereta/tol/feri yang disokong dengan resit mengikut perenggan 4.4 Pekeliling Kewangan Bil. 1 Tahun 1996.

11. Anggota yang menggunakan kenderaan sendiri bagi menjalankan tugas rasmi/berkursus sama ada di dalam atau di luar Ibu Pejabatnya layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan mengikut kadar di perenggan 4.7 Pekeliling Kewangan Bil. 1 Tahun 1996.

12. Tambang Gantian layak dituntut oleh anggota dengan syarat seperti berikut :-

12.1. Menggunakan kenderaan sendiri;

12.2. Bertugas hanya di satu tempat dan jaraknya hendaklah melebihi 240 km;

12.3. Terdapat perkhidmatan terus kapalterbang dan keretapi mengikut mana yang terendah ;

PROSES KERJA PKPN-CTK-52 : MEMPROSES TUNTUTAN PERJALANAN

BilProses KerjaPegawai yang Meluluskan/Dirujuk

1.Mengumpulkan dokumen sokongan/bil/resit/tiket.

2.Memastikan salinan borang diakui sah.

3.Melengkapkan borang tuntutan perjalanan. Kemukakan bersama-sama dokumen sokongan.

4.Mengemukakan borang tuntutan kepada Ketua Jabatan untuk pengesahan.Ketua Jabatan

5.Bagi anggota PERKESO dari Pejabat Negeri/Pejabat Perkeso Negeri hendaklah mengemukakan tuntutan kepada pegawai untuk semakan.PKAK/PKA/PA

6.Sekiranya tuntutan tidak lengkap/terdapat pindaan hendaklah dikembalikan kepada anggota untuk dibuat pindaan.

7.Anggota membuat pindaan.

8.Kemukakan semula kepada pegawai untuk semakan.PKAK/PKA/PA

9.Sekiranya lengkap tandatangan dan selanjutnya dikemukakan kepada Ketua Jabatan untuk pengesahan tuntutan.

Ketua Jabatan

10.Sekiranya tuntutan dari anggota Ibu Pejabat kemukakan kepada Ketua Jabatan untuk pengesahan.Ketua Jabatan

PROSES KERJAPKPN-CTK-52 : MEMPROSES TUNTUTAN PERJALANAN

BilProses KerjaPegawai yang Meluluskan/Dirujuk

11.Mengemukakan borang tuntutan kepada Bahagian Kewangan, Perakaunan & Pelaburan.

12.Sekiranya terima surat pertanyaan kewangan, buat pindaan/beri maklumbalas.

13.Kemukakan surat pertanyaan kewangan untuk pengesahan kepada Ketua Jabatan.

14.Kemukakan kepada Bhg. Kewangan, Perakaunan & Pelaburan.

15.Terima cek.

16.Proses selesai.

4.0 Keperluan LatihanPegawai Kerani Gred 12

Dalam bidang tugas kerani gred 12 bahagian pentadbiran terdapat pelbagai bidang tugas memerlukan latihan yang khusus untuk memahirkan pekerja tersebut, ini supaya dapat melakukan pekerjaan dengan lancar dan sistematik.Tugas utama menjadi keutamaan ini kerana akan dapat memberi penilaian prestasi pekerja tiap - tiap tahun, bagi tujuan kenaikkan gaji melalui prestasi tahunan dalam sesuatu organisasi tersebut.Pembaikan prestasi boleh dicapai melalui pekerja yang berpengetahuan, berkemahiran dan berkomitmen untuk menjadikan organisasi tempat kerja mereka berjaya dan maju. Kebanyakkan pekerja ingin menjalakan tugas sebaik mungkin. Tetapi oleh kerana mereka tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan akibat daripada teknologi yang sentiasa berubah dan proses operasi baru diperkenalkan, maka masalah sering timbul.Sesetengah pekerja mengalu - alukan inovasi dan cara baru melakukan sesuatu pekerjaan, namun tidak kurang juga yang membantah. Seorang pengurus B, sebagai contoh cekap mentadbir unitnya dengan berkesan .Tugas utama pegawai kerani gred 12 mesti diutamakan dan perlu beri latihan yang khusus mengikut proses kerja pegawai tersebut, seperti pegawai kerani khidmat pelanggan gred 12 iaitu kerani kaunter perlu diberikan latihan dengan perkhidmatan kaunter seperti KURSUS KOMUNIKASI BERKESAN amat perlu diberi kepada pegawai perkhidmatan kaunter supaya dapat menghadapi pelanggan yang pelbagai karenah tidak tahu asal usul mereka, sikap mereka agar dapat menangani mereka dengan baik. Oleh itu dapat juga menjaga nama baik organisasi tersebut dengan perkhidmatan kaunter yang cemerlang.Setiap pegawai perkhidmatan kauter wajib menjalani kursus tersebut ini supaya mereka dapat mempratikan apa yang mereka jalani semasa kursus yang telah mereka pergi tersebut.Bagi yang telah menghadiri kursus ini diberi tempoh masa tiga bulan, dan para peserta beri borang penilaian keberkesanan Kursus tersebut, dalam masa tempoh tiga bulan tersebut peserta yang telah menjalani kursus mencuba apa yang mereka pelajari semasa kursus tersebut atau latihan yang telah dianjurkan oleh organisasi tersebut.Di bawah ini borang penilaian keberkesanan kursus /latihan yang disediakan oleh Unit Latihan dan Pembangunan, Bahagian Sumber Manusia Pertubuhan Keselamatan Sosial, disini dapat menilai respon kepada peserta yang menjalani kursus/latihan : - 4.1 Borang Penilaian Keberkesanan Kursus/ Latihan Pertubuhan Keselamatan SosialPeserta Nama anggota : Rodiana Awang DollJawatan: Peagawai Kerani Gred12 (tetap)Pejabat/Bahagian : Perkeso KuchingNama Kursus : KOMUNIKASI ORGANISASI BERKESAN ZON SABAH/SARAWAKJenis Kursus : DalamanDalam borang ini diberi skala pemarkahan satu hingga lima, sangat rendah hingga sangat tinggi. Skala dinilai sebelum kursus dan selepas kursus iaitu, peningkatan pengetahuan dalam tugas harian , penggunaan kemahiran dalam tugas harian , minat dan motivasi yang ditunjukkan selepas menghadiri kursus dan peningkatan prestasi pegawai selepas menghadiri kursus. Di sini peserta menilai dirinya sebelum kursus dengan skala yang diberi, manakala selepas kursus ketua cawangan/jabatan yang bertanggunjawab menilai pekerja dibawah jagaannya dengan skala yang diberi diatas.Skala sebelum kursus oleh peserta ialah skala 3, sedehanan dan selepas kursus pula yang dinilai oleh ketua jabatan skala 4, tinggi. Selain itu ketua jabatan /cawangan juga memberi ulasan kepada peserta, seperti berikut (kebolehan merancang, mengelola dan melaksanakan tugas oleh anggota masih perlu dipertingkatkan agar menepati tempoh penghantaran oleh pihak ibu pejabat), ulasan ini dituju kepada peserta supaya dapat memperbaiki apa yang masih kurang dan dipertingkatkan lagi oleh peserta tersebut.Dalam masa itu juga ketua jabatan peserta telah menyarakan peserta menyertai kursus Kemahiran Berkomunikasi Dalam Bahasa Inggeris. Borang penilaian ini akan dihantar kepada Unit Latihan dan Pembangunan, Bahagian Sumber Manusia IBU Pejabat PERKESO di Kuala Lumpur untuk tindakan pihak Unit Latihan, untuk membuat perancangan masa hadapan untuk meningkatkan prestasi dan pembangunan pejabat PERKESO.

4.2 BORANG ANALISA KEPERLUAN LATIHAN ANGGOTA PERKESOBorang ini diwajibkan semua pekerja PERKESO untuk mengisinya dari ketua jabatan sehingga kerani, ini kerana pihak Unit Latihan Dan Pembangunan, Bahagian Sumber Manusia ingin memastikan setiap pekerja dalam organisasi tersebut berkemahiran dan berpengetahuan dalam apa jua bidang kerja yang perlu tahu dan wajib tahu. Seperti borang dibawah ini: -

Borang Analisa Keperluan Latihan Anggota PerkesoBahagian 1: butiran Anggota(Tetap/Kontrak sahaja)Bahagian 2 : mengenalpasti Keperluan Latihan Bagi Tugas Yang Bakal /Sedang Dilaksankan

1. tugas utama sesuatu jawatan.2. cadangan kursus.

Dengan adanya borang analisa ini pihak unit latihan dapat memilih dan menghantar mereka yang memerlukan kursus dan perlu dalam tugasan harian setiap jawatan yang ada dalam organisasi PERKESO.5.0 ANALISA KEPERLUAN KURSUSanalisa kerperluan latihan (ksa) ialah satu proses yang sistematik dan berstruktur untuk mengenal pasti apakah tugas /kerja yang perlu dari segi ilmu pengetahuan (K), kepakaran(S) dan sikap (A), untuk melaksanakan tugas /kerja dengan berkesan di dalam organisasi tersebut.Dalam sesebuah organisasi, setiap anggotanya perlu dikenal pasti tahap KSA, ini supaya pelaksanaan latihan dapat diteruskan kepada pekerja yang memerlukan latihan. Keperluan latihan ini perlu diutamakan kepada pekerja yang mempunyai tahap KSA mereka rendah supaya mereka dapat pengetahuan dan pendidikan untuk memudahkan kerja seharian mereka dengan tugas yang diberikan oleh organisasi mereka.Pada Bahagian Pentadbiran Pejabat Perkeso Negeri Sarawak, setiap perlu memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang tinggi kerana untuk melaksanakan tugas berat dalam Bahagian Pertadbiran. Keperluan latihan diperlukan pada anggota pada bahagian pentadbiran tersebut kerana prestasi kerja sentiasa berubah, ini disebabkan tahap KSA segelintir masih rendah memerlukan latihan supaya mutu kerja dapat dipertingkatkan.iDalam sesebuah organisasi amat memerlukan pekerja mempunyai tahap KSA yang tinggi supaya perjalanan kerja dalam organisasi lebih sistematik dan lancar dan juga tidak menjadi masalah untuk diselesaikan dengan segera. Oleh itu, kualiti kerja akan meningkat , produktiviti berkembang serta dapat menjaga nama baik organisasi tersebut.

6.0 LAPORAN ANALISIS KEPERLUAN LATIHAN Analisis keperluan latihan kepada Pegawai Kerani, Perkeso Negeri Sarawak , dijalankan oleh Unit Latihan PERKESO IBU Pejabat. Kajian ini untuk mengenal pasti keperluan latihan, dengan pengetahuan yang mereka ada dan kemahiran. Kajian ini dilakukan untuk semua pegawai kerani gred 12 dari semua cawangan pejabat Perkeso Negeri Sarawak. Melalui AKL, pihak Unit Latihan Ibu Pejabat Perkeso dapat memperoleh maklumat bagi keperluan latihan yang diperlukan pegawai kerani gred 12, pengisian latihan serta faedah yang diberikan kepada pegawai kerani gred 12 dari semua cawangan.6.1 Borang analisis Keperluan Latihan (rujuk lampiran)6.2 Objektif Kajian untuk mengetahui tahap kemahiran dan latihan pegawai kerani gred 12 mengenal keperluan latihan 6.3 Metodologi Kajian Setiap Organisasi mempunyai Unit Latihan , ini untuk memastikan keperluan latihan dari semua pejabat dapat diketahui dan memberi keberkesanan yang baik dalam setiap latihan dan kursus yang dianjurkan oleh Unit Latihan tersebut.Sampel analisis ini adalah kecil dan responden adalah terdiri daripada semua pegawai kerani gred12 dari semua cawangan pejabat PERKESO Negeri Sarawak. Sasaran Kajian adalah sebanyak 15 orang sahaja daripada anggota Perkeso Pejabat Negeri Sarawak.6.4 Hasil Analisis Keperluan Kajian Kajian ini berdasarakan tugas - tugas kerani gred 12 dari semua cawangan Pejabat Perkeso Negeri Sarawak. Responden terdiri daripada 15 orang. Analisis ini hanya menggunakan borang kaji selidik.Jadual A menunjukkan analisis yang menunjukkan jumlah dan peratusan penglibatan staf yang ingin mengikuti kursus atau latihan Jadual APerkara Bilangan (orang)Peratus (%)

Anggota yang memohon untuk berkursus15100

Anggota yang tidak berminat untuk menghadiri kursus00

Jumlah 15100

Hasil Analisis diatas, dalam jadual A menunjukkan bahawa 100% anggota pegawai Kerani gred 12 yang memohon untuk berkursus ataui latihan. Kebanyakkan latihan yang dipohon adalah yang berkaitan dengan operasi sebagai kerani gred 12. Dengan itu, setiap anggota amat memerlukan latihan ataupun kursus yang berkaitan dengan tugasan seharian dipejabat supaya dapat mempertingkatkan lagi mutu kerja di pejabat tersebut.

7.0 Kesimpulan Analisis Keperluan Latihan.Hasil kajian analisis yang telah dilakukan mendapati, kesemua sasaran kajian iaitu pegawai kerani Gred 12, amat memerlukan kursus atau latihan yang berkaitan dengan cawangan mereka masing masing. Kursus atau Latihan yang ditawarkan kepada mereka mesti berkenaan dengan bidang kerja mereka, ini kerana akan mempergaruhi proses perubahan sikap ,pembinaan kemahiran dan proses untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tentang pekerjaan masing masing seperti pegawai kerani gred 12.Latihan atau kursus yang diadakan bertujuan untuk menentukan mengajar dan melatih serta memahirkan pekerja dalam bidang kerja cawangan masing masing . Analisis Keperluan Latihanamat penting setiap organisasi supaya dapat merancang dan menyususn strategi untuk pembangunan organisasi tersebut, serta dapat mencapai matlamat serta objektif organisasi tersebut.

8.0 KALENDAR LATIHAN Kalendar Perancangan Latihan /Bengkel/Kursus 2014, ANJURANUNIT LATIHAN PERKESOBilNama program Tarikh Tempat Kumpulan Sasaran

1KURSUS PENDAKWAANJAN (4 HARI)DEWAN KENYALANGGRED 19 - 23(30 ORANG)

2KURSUS PENYELENGARAAN SISTEM, FAIL DAN REKODFEB(4 HARI)DEWAN KENYALANGGRED 12 - 19(30 ORANG)

3KURSUS PERLAKSANAAN SISTEM SAGA MAC(4HARI)DEWAN KENYALANGGRED 12 - 19

(30 ORANG)

4BENGKEL PEGAWAI PEMULIHAN APRIL(3HAR)DEWAN KENYALANGGRED 12 - 23(30 ORANG)

5KURSUS PEMBANGUNAN KERJAYAMEI (3 HARI)DEWAN KENYALANGGRED 12 - 25(30 ORANG)

6BENGKEL ULANGKAJI FAEDAHJUN(4HARI )DEWAN KENYALANGGRED 12 - 23

(30 ORANG)

7BENGKEL PEMBANGUNAN SOP ICT BAHARU PERKESOJULAI(4 HARI )DEWAN KENYALANGGRED 12 - 23(30 ORANG)

8LATIHAN PENGUNAAN SISTEM PEMANTAUAN ADUAN AGENSI AWAMOGOS(3 HARI)DEWAN KENYALANGGRED 12 - 23

(30 ORANG)

9KURSUS PEMBANGUNAN KEPIMPINANSEPTEMBER(3 HARI)DEWAN KENYALANGGRED 12 25(30 ORANG)

10KURSUS EMAIL

OKTOBER(4HARI)DEWAN KENYALANGGRED 12 25(30 ORANG)

11KURSUS SISTEM PENGURUSAN ASETNOVEMBER(4 HARI)DEWAN KENYALANGGRED 12 23(30 ORANG)

12KURSUS KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF PERKESODISEMBER(4)DEWAN KENYALANGGRED 12 25(30 ORANG)

9.0 MODUL LATIHANPROGRAM LATIHAN DALAMAN PERKESO PEJABAT NEGERI SARAWAKA. BUTIR - BUTIR PROGRAMNama Program BENGKEL PEMBANGUNAN SOP ICT BAHARU PERKESO

Kategori ProgramFUNSIONAL

Kos Anggaran (RM)23 - 24 APRIL 2014

Tentatif dan Penceramah ProgramRUJUK LAMPIRAN A

Lokasi Program HOTEL MERDEKA PALACE KUCHING SARAWAK

Penganjur ProgramUNIT LATIHAN PERKESO

Objektif Program- Kursus ini bertujuan untuk penyediaan (SOP) ICT PERKESO YANG BAHARU, memberi pengetahuan dalam penyediaan SOP yang baharu .

- supaya peserta dapat mengenalpasti kerja dijalan yang mengikut prosedur yang betul.

- meningkatkan pemahaman peserta dalam penyediaan SOP yang baharu, dan memerkan latihan dan pemahaman yang tinggi.

LAMPIRAN ATENTATIF PROGRAM BENGKEL PEMBANGUNAN SOP BAGI SISTEM ICT BAHARU PERKESOHARI PERTAMA : 23 APRIL 2014

10.45AM 12.45PENDAFTARAN PESERTA/MAKAN TENGAH HARI

2.14PM 4.45PMTAKLIMAT PENYEDIAAN SOP/BENGKEL PENYEDIAAN SOP

4.45PM 5.00PMMINUM PETANG

7.30 PM 8.15PMMAKAN MALAM

8.30 PM 10.30PMBENGKEL PENYEDIAAN SOP

10.30PM 10.45PMKUDAPAN MALAM

HARI KEDUA : 24 APRIL 2014

10.45AM 12.45BENGKEL PENYEDIAAN SOP

2.14PM 4.45PMBENGKEL PENYEDIAAN SOP

4.45PM 5.00PMMINUM PETANG

7.30 PM 8.15PMMAKAN MALAM

8.30 PM 10.30PMBENGKEL PENYEDIAAN SOP

10.30PM 10.45PMKUDAPAN MALAM

10. Kesimpulan

Bagi menentukan sama ada latihan adalah jawapan penyelesaian masalah, satu soalan yang wajib ialah Adalah pekerja mengetahui cara bagaimana untuk memenuhi tuntutan piawai sesuatu tugas yang diberikan? JIka jawapan Tidak maka latihan diperlukan. Jika jawapannya ya maka latihan tindakan lain diperlukan dan bukan menjalani latihan (clark 1998). Antara tindakan alternative yang digunakan sebagai ganti latihan adalah pembangunan organisasi dan bantuan tugas tugas.Analisis Keperluan Latihan amat berguna dalam setiap pekerjaan di setiap organisasi, ini kerana latihan amat diperlukan pada pekerja yang baru mahupun yang lama bagi memahirkan dan mengetahui bidang yang berkaitan dengan pekerjaan mereka bagi mencapai matlamat sesuatu organisasi tersebut.

11. Rujukan

Fail meja pegawai kerani gred 12 perkeso Kuching. Fail kursus anjuran perkeso (surat tawaran)pks:kc208/111 Fail Kursus/Latihan Anjuran Perkeso(pks:kc208/11/0 jld 11

Laman Sesawang www.perkeso .gov.my

12. Lampiran Lampiran Borang Keberkesanan Kursus/Latihan PerkesoBORANG ANALISA KEPERLUAN LATIHAN ANGGOTA PERKESO

Mohd Tamizi Bin Hassan 208105