latar belakang wau

2
Latar Belakang Sejak zaman-berzaman sekitar kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang melayu , antaranya ialah rakyat biasa dan golongan istana. Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan,Terengganu,Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut. Perkataan laying-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor,Melaka dan Johor.Selain itu,kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau.Apabila dinaikkan ke udara,daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau”,”wau”,”wau”secara berirama. Permainan laying-layang atau wau amat digemari penduduk- penduduk kampung.Permainan ini dimainkan semenjak lebih 500 tahun yang lalu.Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan- kawasan seperti Kelantan,Terengganu,Kedah dan Perlis. Musim bermain wau adalah buluh yang diraut halus yang ditampalkan dengan kertas berwarna mengikut bentuk rangka. Wau bukan sahaja dimainkan tetapi diperbandingkan yang dititikberatkan ialah kecantikan rupa, kemerdukan bunyi dan tinggi serta keindahan naiknya. Sejarah Wau Malaysia Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahilan tarikh serta asal-usulnya.Walau

Upload: sally

Post on 06-Jun-2015

2.063 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

latar belakang dan sejarah wau...

TRANSCRIPT

Page 1: Latar Belakang wau

Latar Belakang

Sejak zaman-berzaman sekitar kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang

melayu , antaranya ialah rakyat biasa dan golongan istana. Perkataan “wau”

dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti

Kelantan,Terengganu,Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.

Perkataan laying-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di

Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor,Melaka dan

Johor.Selain itu,kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada

busur yang diikat pada wau.Apabila dinaikkan ke udara,daun ibus yang dipasang pada

busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau”,”wau”,”wau”secara berirama.

Permainan laying-layang atau wau amat digemari penduduk-penduduk

kampung.Permainan ini dimainkan semenjak lebih 500 tahun yang lalu.Wau masih

digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan,Terengganu,Kedah dan

Perlis. Musim bermain wau adalah buluh yang diraut halus yang ditampalkan dengan

kertas berwarna mengikut bentuk rangka.

Wau bukan sahaja dimainkan tetapi diperbandingkan yang dititikberatkan

ialah kecantikan rupa, kemerdukan bunyi dan tinggi serta keindahan naiknya.

Sejarah Wau Malaysia

Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahilan

tarikh serta asal-usulnya.Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart,

laying-layang di Malaysia berasal dari Negara China. Ini kerana rekabentuk serta

karektor mempunyai persamaan dengan laying-layang tradisional dari Negara China.

Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang

lebar.Kemungkinan evolusi laynag-layang di Malaysia juga turut menyerap unsure-

unsur kebudayaan dari Negara China.

Mitos permainan Wau

Permainan Wau dikaitkan dengan mitos “semangat padi” yang berasal dari

utara Semenanjung Malaysia iaitu negeri Kedah.

Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja

sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma.Ketika mereka

Page 2: Latar Belakang wau

sedang menanam padi, meraka terjumpa seorang bayi perempuan lalu dipeliharanya

bayi tersebut sehinggalah dewasa..Oleh kerana suaminya ingin mengucapkan syukur

dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu membawakan makanan

ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di baluh padi.

Perbuatan itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu.

Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga

melarikan diri mengikut arah mata angina Barat.Akibatnya, pada tahun itu juga padi

yang telah dikerjakan tidak menjadi.Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan

bahawa anak gadis mereka sebenarnya adalah “Semangat Padi” dan menasihatkan

petani tersebut sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah

lembaga yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.