lari pecut

54
LARI PECUT

Upload: stephy-phang

Post on 13-Dec-2015

361 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

pengenalan lari pecut

TRANSCRIPT

Page 1: Lari pecut

LARI PECUT

Page 2: Lari pecut

Sejarah Olahraga Di Dunia

• Bermula lebih kurang 1000 tahun sebelum masihi di

Greece Kuno (sukan tertua).

• Sukan Olimpik Kuno (tahun 776 sebelum Masihi) di

Greece.

• Olahraga merupakan acara yang menjadi keutamaan

dalam perjumpaan Sukan Olimpik Kuno (empat tahun

sekali dan terus berlangsung sehinga tahun 397

sebelum Masihi). - acara pertama ialah lompat jauh.

• Di England, Sukan Olahraga berjaya dihidupkan oleh

Royal Military College di Sandhurst (tahun 1812).

Page 3: Lari pecut

• Lima tahun kemudian, kelab olahraga pertama The Necton

Guild dunia ditubuhkan.

• Tahun 1850, sebuah kelab olahraga peringkat Universiti

telah ditubuhkan oleh Oxford University, iaitu Exeter College

Athletic (masih wujud hingga sekarang).

• Tahun 1860 merupakan tahun perkembangan olahraga di

England.

• Kejohanan olahraga berbentuk terbuka mula diadakan pada

tahun 1866 oleh Amateur Athletic Club di England dengan

Ireland.

• Olahraga mula diperkenalkan di Kanada dan Amerika

Syarikat.

Page 4: Lari pecut

• Kedatangan olahraga ke Amerika Syarikat telah mendapat

sambutan menggalakkan dari negara itu.

• Senarai pemenang pada abad ke 20 menunjukkan

sebahagiannya dikuasai oleh Amerika Syarikat.

• Sukan olahraga telah benyak berkembang ke beberapa buah

negara dan bilangan negara yang berjaya menghasilkan atlet

bertaraf dunia turut meningkat (sambutan penduduk dunia

terhadap sukan olahraga terus meningkat).

• Sukan Olimpik Moden pertama diadakan pada tahun 1896 di

Greece (tempat kelahiran Sukan Olimpik Kuno), olahraga

telah menjadi acara wajib (acara yang pertama

dipertandingkan).

Page 5: Lari pecut

• Orang yang bertangungjawab untuk menghidupkan

Sukan Olimpik ialah Baron Pierre de Coubertin.

• Sukan Olimpik pertama seramai 295 orang peserta

(214 orang peserta tuan rumah dan bakinya peserta

luar) telah mengambil bahagian.

• Selepas itu, Sukan Olimpik yang diadakan di

Barcelona 1992 (seramai 135 negara mengambil

bahagian termasuk Malaysia).

• Malaysia mula mengambil bahagian dalam Sukan

Olimpik tahun 1959 di Melboune (hoki, olahraga,

angkat berat dan renang).

Page 6: Lari pecut

• Malaysia tidak pernah gagal untuk turut serta kecuali

pada tahun 1980, kerana membantah tindakan Rusia

(menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun itu)

menceroboh Afghanistan.

• Selain Malaysia terdapat lebih kurang 68 negara lain,

termasuk Amerika Syarikat yang tidak turut serta.

• Organisasi badan tertinggi yang bertanggungjawab ke

atas setiap aktiviti dan kejohanan olahraga di dunia

ialah Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa

(International Amateur Athletic Federation = IAAF)

ditubuhkan pada tahun 1912.

Page 7: Lari pecut

• Setiap negara dunia boleh bergabung di dalam

persekutuan ini iaitu menerusi persatuan negara

masing-masing termasuklah negara kita.

• IAAF berperanan sebagai badan penasihat dan

pengikhtiraf semua perjumpaan sukan terbesar ini.

• IAAF bertanggungjawab dalam mengeluarkan

peraturan dan undang-undang yang berkaitan

dengan bidang sukan ini.

Page 8: Lari pecut

Sejarah Olahraga Wanita

• Pada peringkat awal perkembangan olahraga dunia,

wanita dilarang mengambil bahagian dan tidak

dibenarkan menonton.

• Kaum wanita telah mengadakan kejohanan

olahraganya sendiri iaitu Sukan Haraea (diadakan

pada tahun sebelum masihi).

• Olahraga sudah berkembang ke kebanyakan negara

Eropah, termasuk ke England tetapi masih tidak mahu

menguruskan sukan ini untuk kaum wanita.

Page 9: Lari pecut

• Tahun 1921 ditubuhkan persatuan olahraga khusus

untuk wanita diperingkat dunia iaitu Federation

Sportive Feminine International.

• Tujuan utama penubuhan ialah mencadangkan agar

Sukan Olimpik tahun 1924 dibuka untuk kaum wanita

tetapi Majlis Olimpik Antarabangsa menolaknya.

• Sukan Olimpik tahun 1928, mula diadakan acara

olahraga untuk wanita.

• Sejak itu penyertaan peserta-peserta wanita dalam

Sukan Olpimpik tidak pernah dilupai.

Page 10: Lari pecut

Sejarah Olahraga Di Malaysia

Page 11: Lari pecut
Page 12: Lari pecut

• Malaya mula melibatkan diri dalam perjumpaan olahraga

antarabangsa pada tahun 1950.

• Pada tahun 1956, Malaya mengambil bahagian dalam

Sukan Olimpik pada kali pertama di Melbourne.

• Pencapaian terbaik negara dalam sukan olahraga ialah

selepas tahun 1960.

• Antara atlit pada masa itu ialah M. Jegathesan.

• Beliau merupakan peserta lari pecut negara yang pernah

memenangi pingat emas dalam acara 100 meter dan 200

meter Sukan Asia serta memasuki peringkat separuh akhir

dalam Sukan Olimpik 1964 (Tokyo) dan 1968 (Mexico).

Page 13: Lari pecut

Atlet-atlet lain ialah:- Era 1960-an

M. Rajamanio T. Krisnan G. Rajalingam Abdul Rahim Ahmad Zambros Abdul Rahman

Era 1970-an Istiaq Mubarak Ramli Ahmad Asir Victor Junaidah Aman Cladys Chai

Era 1980-an Rabuan Pit Marina Chin Mumtaz Jaafar V. Angamah Zaiton Othman Baljit Singh Saik Oik Com

Era 1990-an Nurherman Majid Lou Chee Peng G. Shanti Zaki Sadri Yazid Imran Watson Nyambek

Page 14: Lari pecut

Sambungan… …

• Atlet-atlet ini juga mencapai kejayaan besar di

peringkat Asia Tenggara seperti Sukan SEA.

• Oleh itu, sebahagian atlit ini dipilih sebagai Atlit

Kebangsaan.

• Terdapat banyak acara dalam olahraga, boleh

dibahagikan kepada 2 bahagian:-

Acara Trek/Balapan

Acara Padang

Page 15: Lari pecut

i. Acara Trek1. Acara lari pecut (jarak dekat)

100m, 200m dan 400m

2. Acara lari jarak sederhana

800m dan 1500m

3. Acara lari jarak jauh

3000m, 5000m dan 10000m

4. Acara lari berganti-ganti

4x100m, 4x200m dan 4x400m

5. Acara lari berpagar

100m (P), 110m (L) 200m dan 400m (L&P)

6. Acara lari berhalangan

3000m

Page 16: Lari pecut

ii. Acara Padang

1. Acara balingan

Merejam lembing, melempar cakera, melontar

peluru dan membaling tukul besi.

2. Acara lompatan

Lompat tinggi, lompat jauh, lompat kijang dan

lompat bergalah.

iii. Acara Campuran•Pentatlon, Heptatlon dan Dekatlon

Page 17: Lari pecut

SEJARAH LARI PECUT Salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga.

Semakin popular sejak abad ke-19.

Acara stade adalah antara acara yang mula-mula

dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter

(panjang stadium).

Acara ulang alik yang dinamakan “dialos” berjarak 384

(192 meter x 2).

Pada zaman Olimpik Kuno, larian bermula dengan blok

permulaan yang dibina melintang keluasan stadium

berkenaan.

Page 18: Lari pecut

Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu

marmar dengan lubang saiz tapak kaki.

Semua atlet menggunakan blok yang tetap

walaupun saiz kaki mereka berbeza.

Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas

kerana tiada undang-undang dan peraturan-

peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan

masa yang tepat.

Pelbagai cara permulaan digunakan, sehingga

menjadi masalah mengenai cara mana yang patut

digunakan.

Page 19: Lari pecut

Persetujuan dibuat untuk menjadikan cara permulaan

berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan

diterima oleh semua pihak.

Pada tahun 1880, permulaan awal ialah “pencil start”, para

atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensel.

Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan.

Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884.

Di Australia, gaya ini dikenali sebagai kangaroo start.

Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya

untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk wanita

telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo.

Page 20: Lari pecut

1. Tan Sri Dr. Mani Jegathesan

Diberi gelaran “The Flying Doctor”.

Memenangi tiga pingat emas dalam acara 100 meter, 200

meter dan 4 x 100 meter dalam Sukan Asia pada tahun 1966.

Kemunculan beliau untuk acara 200 meter semi-final di

Olimpik (Mexico, 1968) dengan catatan masa 20.92 saat telah

dipahat dalam buku rekod atlet Malaysia.

Jaguh-jaguh Olahraga Malaysia

Page 21: Lari pecut

2. Datuk Mumtaz Jaafar

Berbangsa Melayu dan dilahirkan pada 30 Jun 1962.

Berasal dari Nilai, Negeri Sembilan

Mengungguli tiga pingat emas bagi acara 100 meter, 4 x 100

meter dan 4 x 400 meter dalam Sukan SEA 1981 yang

berlangsung di Manila.

Page 22: Lari pecut

3. Watson Nyambek

Berbangsa Iban dan berasal dari Miri, Sarawak.

Dilahirkan pada 27 Februari 1976.

Diberi jolokan “The Flying Dayak”.

Masa terpantas yang pernah dicapai ialah 10.33 saat dicatat

ketika berlangsungnya SUKMA ke-6 di Stadium Darul

Makmur, Kuantan, Pahang pada 1996.

pencapaian terbaik Watson di peringkat antarabangsa ialah

beliau melayakkan diri ke pusingan suku akhir Sukan Olimpik,

Atlanta, Amerika Syarikat.

Page 23: Lari pecut

1. Femi Ogunode

Atlet lari pecut negara Qatar.

Menuai dua pingat emas pada temasya Sukan Asia 2014 di

Incheon, Korea Selatan pada September lalu membuktikan

beliau adalah pelari terpantas di Asia.

Catatan 9.93 saat dalam acara 100 meter (m) lelaki merupakan

rekod baharu kejohanan.

Jaguh-jaguh Olahraga Dunia

Page 24: Lari pecut

2. Justin Gatlin

 Atlet lari pecut Amerika Syarikat.

Ditabal raja pecut selepas menguasai acara 100 meter

(m) dengan mencatat masa 9.77 saat di Brussels, Belgium

September lalu.

3. Wei Yongli

Atlet lari pecut negara China.

Berjaya melakar rekod peribadi terbaik apabila

memenangi acara 100m wanita pada Sukan Asia 2014 di

Incheon, Korea Selatan dengan catatan masa 11.48saat.

Page 25: Lari pecut

LARI PECUT

DEFINISI :

Merupakan acara olahraga jarak dekat (100m,

200m, dan 400m) yang memerlukan tenaga tinggi

seperti tenaga anaerobik untuk membuat larian

sepantas mungkin.

Dua faktor mempengaruhi larian:

Panjang langkah

Kekerapan langkah

Page 26: Lari pecut

Prinsip-prinsip Asas

Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak

kaki.

Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri

tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut.

Tangan digerakkan dengan pantas.

Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan

selesa (tidak ditegangkan)

Page 27: Lari pecut

A. ARAHAN PERMULAAN

“ ke garisan, sedia, ‘bang’”

B.TEKNIK MULA LARI PECUT

Terdapat dua teknik:

Gaya berdiri

Gaya dekam

Page 28: Lari pecut

Gaya Berdiri

Biasa diperaktikkan dan paling berkesan serta

digemari di sekolah rendah.

Ia tidak digunakan dalam pertandingan rasmi.

Rajah 3.1 Gaya berdiri

Page 29: Lari pecut

Gaya Dekam

Sejak sukan Olimpik Moden 1896, teknik lari

pecut tidak berubah pada perinsipnya.

Gaya ini sangat rumit.

Gaya ini boleh dibahagikan kepada 3:

o Gaya pendek atau peluru

o Gaya sederhana

o Gaya panjang

Gaya Dekam

Page 30: Lari pecut

Gaya pendek atau peluru

Kedua-dua belah kaki peserta dirapatkan.

Hujung kaki belakang ditempatkan selari dengan

bahagian tumit kaki hadapan.

Page 31: Lari pecut

Gaya sederhana

Lutut kaki belakang selari dengan hujung kaki

hadapan.

Page 32: Lari pecut

Gaya Panjang

Lutut kaki belakang adalah selari dengan

bahagian tumit kaki hadapan.

Selesa bagi pesert-peserta yang tinggi.

Page 33: Lari pecut

MENGGUNAKAN BLOK MULAAN

Blok ini ini digunakan bertujuaan menghasilkan suatu

daya tolakan yang lebih berkesan apabila pelari mula

bergerak ke hadapan. Cara menyediakan blok

adalah seperti berikut:

Jarak blok dari garis mula hendaklah memberi

keselesaan, imbangan dan kecekapan mekanikal

kepada penggunanya ketika dalam keadaan sedia.

Jarak diantara bahagian hadapan blok dengan garis

mula adalah diantara 30-48cm.

Page 34: Lari pecut

Jarak diantara bahagian belakang blok dengan

bahagian hadapan blok adalah bergantung

kepada jenis gaya dekam yang digunakan.

Melakukan beberapa percubaan untuk mencari

kesesuaian blok dan jaraknya yang paling baik

untuk pelari adalah perlu.

Tentukan terlebih dahulu kaki manakah yang

akan digunakan untuk memijak bahagian

belakang blok.

Pastikan blok dipasang dengan ketat dan kuat.

Page 35: Lari pecut

Gaya peluru Gaya sederhana Gaya panjang

Page 36: Lari pecut

Keadaan “ke garisan”

Berjalan menuju ke blok dan berdiri dengan blok

itu berada di bawah kedua-dua belah kaki yang

dikangkang.

Dekam dan letakkan hujung kedua-dua belah kaki

ke atas blok.

Letakkan kedua-dua belah tangan di belakang

garis mula. Jarak di antara kedua-dua belah

tangan hendaklah sama luas dengan bidang bahu.

Sesuaikan kedudukan badan untuk mendapatkan

keselesaan dan imbangan yang maksimum.

Page 37: Lari pecut

Keadaan “sedia” Tinggikan sedikit bahagian pinggang dari

paras bahu. Luruskan tangan dan gerakkan bahu ke

hadapan garisan. Tekankan kedua-dua belah kaki dengan kuat

ke atas blok mulaan.

Berlepas dari blok mulaan Ini merupakan suatu tindakan ledakan.

Semasa ia dilakukan kedua-dua belah kaki pelari menolak blok dengan kuat dan pantas.

Tangan pelari dihayun untuk membantu pelepasan keseluruhan badannya dari blok tadi.

Page 38: Lari pecut

Bagi memastikan pelari dapat berlepas dengan pantas dan sempurna, dia mestilah melakukan pergerakan-pergerakan yang berikut :

o bergerak lurus ke hadapan tanpa menegakkan badan dengan serta merta.

o Jarak langkah yang pertama dilakukan secara sederhana, tidak terlalu panjang dan tidak pula terlalu pendek.

Contoh berlepas yang baik dari blok mulaan

Page 39: Lari pecut

MULAAN DI BAHAGIAN SELEKOH LORONG LARIAN

Sekiranya pelari harus melakukan larian dari bahagian selekoh lorong larian, dia hendaklah memasang blok mulaan secara bersudut.

Cara ini akan membolehkan pelari tersebut bergerak dengan lebih lurus ke bahagian dalam lorong larian.

Kedudukan blok mulaan untuk larian dari bahagian selekoh

Page 40: Lari pecut

MENAMATKAN PERLUMBAAN LARI PECUT

Semasa menuju kegaris penamat, seseorang

pelari tidak digalakkan melompat kegarisan

tersebut, sebaliknya dia hendaklah terus berlari

tanpa mengurangkan kepantasanya.

Amalan ini hendaklah ditegaskan oleh guru

supaya murid-murid paham dengan maksud

“lari terus melintasi garis tamat”.

Page 41: Lari pecut

Biasanya dalam perlumbaan lari pecut, apabila tiba di

garis tamat, pelari akan mendepakan tangannya ke

belakang dan badannya pula (bahagian torso)

digerakkan ke hadapan.

Ada juga setengah-setengah pelari yang

menamatkan lariannya dengan gaya menundukkan

kepalanya apabila tiba di garisan penamat.

Satu lagi gaya menamatkan larian pecut yang biasa

kelihatan dalam persaingan yang hebat ialah pelari

akan memusingkan sebelah bahunya ke hadapan

pada saat-saat akhir apabila tiba di garis tamat.

Page 42: Lari pecut

Sejauh mana gaya ini memberi faedah kepada

pelari masih dipersoalkan.

Penting bagi seseorang pelari itu mengekalkan

postur mekanis yang baik. Sekiranya tidak

kepantasan dan imbangan badan pelari

mungkin terjejas.

Lakuan di garis tamat

Page 43: Lari pecut

KESALAHAN-KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN OLEH PESERTA SEMASA BERLARI

PECUT

Rajah-rajah berikut menunjukkan kesalahan-kesalahan tersebut:

(a) Berlari di atas tapak kaki

(b)kedua-dua tangan dihayun menyilang badan.

(c) Memandang ke atas semasa berlari

(d) kedua-dua tangan diluruskan semasa menghayun

Page 44: Lari pecut

Permainan kecil yang melibatkan lari pecut

Permainan kecil yang berbagai-bagai bentuk

boleh di adakan dalam pelajaran pendidikan

jasmani yang bertemakan lari pecut. Tujuan

utama permainan ini ialah untuk memberi

peluang kepada murid-murid mempraktiskan

teknik berlari yang telah mereka pelajari.

Secara tidak langsung guru dapat menilai

pembelajaran murid-muridnya dengan

memerhatikan perlakuan mereka semasa

permainan kecil dijalankan.

Page 45: Lari pecut

Berikut adalah beberapa permainan kecil

yang sesuai untuk tujuan tersebut :

o Lumba lari berganti-ganti antara dua

tempat

o Lari ulang alik atau lari kutip mata

o Ahli bomba

o Nombor sama berlari (bulatan)

o Pukul berapa datuk harimau?

o Belalang,belatuk

Page 46: Lari pecut

LATIHAN ANSUR MAJU

A.Latihan mendorong

Berlari dalam kawasan terhad dan

menyentuh objek yang dimaklumkan.

Berlari mengutip pundi saga/kacang secara

berganti-ganti dalam kumpulan

Larian bayang-bayang; secara berpasangan,

seorang mengejar dan lagi seorang berlari

untuk mengelakkan diri disentuh.

Lari berganti-ganti ulang-alik; larian 20meter

berkumpulan.

Page 47: Lari pecut

B.Larian teknik pecut

1. Larian dengan melangkah panjang

2.Berjalan dengan lutut tinggi; berlari dalam kumpulan mengangkat lutut.

Page 48: Lari pecut

3. Berjalan dengan lutut tinggi dan diikutu dengan bahagian bawah kaki diluruskan.

4.Berlari skip dengan bawah kaki diluruskan

Page 49: Lari pecut

5. Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.

6. Berlari menyepak ke belakang

Page 50: Lari pecut

7. Berlari dengan lutut tinggi dan memecut

8. Latihan pergerakan tangan: berkumpulan berlatih menggerakkan tangan 90 darjah di siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung.

Page 51: Lari pecut

C. Latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan

1. Melonjak untuk jarak

2. Melangkah panjang (bounding)

Page 52: Lari pecut

3. Melonjak dan melangkah melepasi halangan

4. Melompat, memusing, mendekam dan memecut

Page 53: Lari pecut

5. Berpasangan : berlari dengan halangan

oleh tarikan rakan

Page 54: Lari pecut

Sekian, Terima Kasih.