laporan+pertandingan+tilawah+al+quran+negeri+2012
TRANSCRIPT
LAPORAN PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI PERINGKAT NEGERI PERAK
2012
TARIKH : 5 April 2012 bersamaan 13 Jamadilawal 1433H
Bertempat di SK Titi Gantong, Bota, Pertandingan Tilawah Al-Quran Program
Pendidikan Khas Integrasi Peringkat Negeri Perak telah dijalankan dengan jayanya.
Sesi pendaftaran pertandingan telah dijalankan bermula sekitar jam 8.00 pagi.
Pertandingan ini seterusnya telah dimulakan tepat pada jam 9 pagi. Pertandingan ini
adalah anjuran Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak. Daerah Perak Tengah
telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah bagi acara ini.
Empat kategori telah dipertandingkan iaitu kategori Lelaki Junior (BP),
Perempuan Junior (BP), Lelaki Senior (BP) dan Perempuan Senior (BP). Acara bagi
kategori Bermasalah Pendengaran (BD) tidak dipertandingkan kerana hanya terdapat
seorang peserta bagi setiap kategori. Peserta tersebut akan terus dibawa ke peringkat
kebangsaan. Pertandingan bagi kategori Lelaki dan Perempuan Junior telah dijalankan
di Dewan Kokurikulum SK Titi Gantong manakala bagi kategori Lelaki dan Perempuan
Senior telah dijalankan di Dewan Utama SK Titi Gantong. Bagi setiap pertandingan,
kategori lelaki telah disempurnakan terlebih dahulu sebelum ketegori perempuan
dijalankan.
Seramai 39 orang peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini
melibatkan sepuluh daerah di seluruh negeri Perak. Pecahan bilangan peserta adalah
seperti berikut:
i) Lelaki Junior (BP) – 10 orang peserta
ii) Perempuan Junior (BP) – 9 orang peserta (seorang peserta menarik diri)
iii) Lelaki Senior (BP) – 10 orang peserta
iv) Perempuan Senior (BP) – 10 orang peserta
1
Kesemua peserta selesai memperdengarkan alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran
sekitar jam 11.35 pagi. Seterusnya pada tepat jam 12.00 tengahari, Majlis Penutupan
telah dimulakan. Majlis penutupan telah dimulakan dengan persembahan nasyid
daripada kumpulan nasyid PPKI SK Titi Gantong. Perasmian Penutupan telah
disempurnakan oleh Ketua Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak iaitu Tuan
Haji Fakhrul Nizam Bin Pakhruddin.
Ucapan Perasmian Penutupan oleh Tn. Haji Fakhrul Nizam B. Pakhruddin
2
Majlis seterusnya diteruskan dengan ulasan dan komen daripada Tuan Haji Amir
Hamzah Bin Musa selaku Ketua Jemaah Hakim Pertandingan Tilawah Al-Quran PPKI
Peringkat Negeri Perak bagi tahun 2012. Menurut ulasan yang disampaikan, secara
keseluruhan, para peserta telah menunjukkan peningkatan dalam mutu bacaan. Namun
begitu masih terdapat beberapa kelemahan yang telah dikenalpasti. Ringkasan ulasan
berkaitan kelemahan para peserta adalah seperti berikut :
i) Tajwid - Bacaan dengung kurang ditekankan di samping kecuaian dalam
hukum bacaan panjang pendek (Mad)
ii) Fasohah - Kelemahan dalam sebutan mahraj huruf di samping kesalahan
pada waqaf. Terdapat juga peserta yang mengubah baris-baris ayat.
iii) Suara - Peserta tdak dapat melakukan 3 tingkatan suara iaitu suara
rendah, sederhana dan tinggi. Sekiranya 3 tingkatan suara ini dapat
dilakukan, markah bonus boleh diberikan.
iv) Tarranum - Keseluruhannya para peserta tidak dapat menguasai bacaan
tarranum dengan baik.
Ketua Jemaah Hakim sedang menyampaikan ulasan pertandingan.
3
Selesai ulasan dan komen, pengumuman pemenang bagi setiap kategori telah
diumumkan oleh Ketua Jemaah Hakim Pertandingan. Berikut adalah senarai penuh
keputusan Pertandingan Tilawah PPKI Peringkat Negeri Perak, 2012 :-
i) Kategori Lelaki Junior (BP)
KEDUDUKAN DAERAH MARKAH
Johan Perak Tengah 64 %
Naib Johan Larut Matang & Selama 62 %
Ketiga Kuala Kangsar 62 %
ii) Kategori Perempuan Junior (BP)
KEDUDUKAN DAERAH MARKAH
Johan Larut Matang & Selama 65 %
Naib Johan Kuala Kangsar 59 %
Ketiga Kerian 59 %
iii) Kategori Lelaki Senior (BP)
KEDUDUKAN DAERAH MARKAH
Johan Kerian 75 %
Naib Johan Perak Tengah 66 %
Ketiga Kuala Kangsar 64 %
iv) Kategori Perempuan Senior (BP)
KEDUDUKAN DAERAH MARKAH
Johan Kerian 56 %
Naib Johan Larut Matang & Selama 50 %
Ketiga Manjung 47 %
4
Seterusnya Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil telah diadakan. Semua hadiah
dan sijil telah disampaikan oleh Tn. Haji Fakhrul Nizam Bin Pakhruddin. Majlis selesai
sekitar jam 1.15 tengahari.
Para peserta sedang mendaftar di kaunter pendaftaran
Para peserta sedang menanti giliran
5
Para peserta sedang mengalunkan bacaan masing-masing
Barisan para hakim
6
Persembahan nasyid dari Kumpulan Nasyid PPKI SK Titi Gantung
Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang
7
Barisan para jemputan khas
Sebahagian para peserta bersama guru pengiring masing-masing
Secara amnya, objektif utama program ini telah tercapai dengan jayanya. Pihak
penganjur dan jawatankuasa kerja mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan
Pertandingan Tilawah Al-Quran Program Pendidikan Khas Integrasi Peringkat Negeri
Perak bagi tahun 2012 ini.
Disediakan oleh:
………………………………………………
NOR SHAKIAH BINTI HUSSAIN
8