laporan temubual guru cemerlang.docx

6
Laporan Temubual Guru Cemerlang Pada 24.08.2015 Guru-guru PPG telah menemubual Guru cemerlang iaitu Pn. Thavamani a/p Alagan. Pn. Thavamani telah memberikan banyak maklumat tentang Guru Cemerlang dan Kegunaan Guru Cemerlang. Temubual yang dibuat adalah seperti berikut; Guru Ppg : Bolehkah Puan memberitahu Biodata Puan? Guru cemerlang: Pn. Thavamani a/p Alagan. Beliau bekerja di SJK(T) Perai 20tahun. Saya mengajar matapelajaran Bahasa Tamil selama 40tahun.saya telah mengabiskan ijazah sarjana muda di Universiti Sains Malaysia dalam bidang Sejarah. Saya juga sedang belajar PHD di Universiti Utara Malaysia. Guru Ppg : bolehkah Puan memberitahu pengalaman bekerja Puan? Guru cemerlang : Saya pernah menjawat jawatan penolong kanan kurikulum pada tahun 2003-2010. Saya juga mengajar matapelajaran bahasa tamil.

Upload: nyanapragasam-sam

Post on 10-Dec-2015

776 views

Category:

Documents


18 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Temubual Guru Cemerlang.docx

Laporan Temubual Guru Cemerlang

Pada 24.08.2015 Guru-guru PPG telah menemubual Guru cemerlang iaitu Pn.

Thavamani a/p Alagan. Pn. Thavamani telah memberikan banyak maklumat tentang

Guru Cemerlang dan Kegunaan Guru Cemerlang. Temubual yang dibuat adalah seperti

berikut;

Guru Ppg : Bolehkah Puan memberitahu Biodata Puan?

Guru cemerlang: Pn. Thavamani a/p Alagan. Beliau bekerja di SJK(T) Perai 20tahun.

Saya mengajar matapelajaran Bahasa Tamil selama 40tahun.saya

telah mengabiskan ijazah sarjana muda di Universiti Sains

Malaysia dalam bidang Sejarah. Saya

juga sedang belajar PHD di Universiti Utara Malaysia.

Guru Ppg : bolehkah Puan memberitahu pengalaman bekerja Puan?

Guru cemerlang : Saya pernah menjawat jawatan penolong kanan kurikulum pada

tahun 2003-2010. Saya juga mengajar matapelajaran bahasa tamil.

Saya juga ahli panel penyediaan kertas soalan Bahasa Tamil 1997-

2015. Saya juga pernah menjadi Jurulatih utama Bahasa tamil pada

tahun 2010 dan Fasi KSSR bahasa tamil.

Guru Ppg : Apakah tugas-tugas Puan di sekolah?

Guru cemerlang : Saya adalah setiausaha latihan dalam Perkhidmatan, Penasihat

Program Rombongan, Penasihat Majalah Sekolah dan fasi Bahasa

Tamil.

Page 2: Laporan Temubual Guru Cemerlang.docx

Guru Ppg : Bilakah Puan menjadi Guru cemerlang?

Guru cemerlang : Pada tahun 2010 saya memohon untuk menjadi Guru cemerlang .

Saya menjadi Guru cemerlang pada tahun2010.

Guru Ppg : Pengalaman Puan selepas menjadi Guru cemerlang?

Guru cemerlang : Banyak pengalaman saya dapat selepas menjadi Guru cemerlang.

Salah satunya ialah saya menjadi role model kepada semua guru .

Selain itu, saya dapat membantu semua yang mempunyai masalah

dalam pengajaran dan pembelajaran. Saya juga dapat menjalankan

banyak program di sekolah dan sekolah lain. Saya juga telah

menjalankan program pemulihan di sekolah saya sendiri. Saya juga

telah mengadakan bengkel untuk guru-guru muda tentang cara –

cara mneyediakan P&P berkesan.

Guru Ppg : Apakah kelebihan Guru cemerlang?

Guru cemerlang : Kenaikan Pangkat Lebih Cepat. Laluan kecemerlangan ini merupakan

laluan fast-track yang paling laju jika anda berhajat untuk naik

pangkat dengan paling cepat. Untuk DG41, kebiasaannya kita

perlukan 8 tahun perkhidmatan untuk kenaikan pangkat secara time-

based ke DG44. Itupun mesti melalui TBBK, Time-Based

Berasaskan Kecemerlangan yang perlu melalui proses yang lebih

kurang sama dengan memohon Guru Cemerlang, iaitu perlukan

Page 3: Laporan Temubual Guru Cemerlang.docx

dokumentasi apa yang kita buat 3 tahun kebelakang.

Guru Ppg : Apakah fungsi Guru cemerlang?

Guru cemerlang : Menyediakan Rancangan Pengajaran berasaskan peraturan-

peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan ) 1997, kurikulum

Kebangsaan dan surat-surat pekeliling berkaitan. Mengajar mata

pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan yang ditetapkan

mengikut garis panduan dan tahap kebolehan pelajar. Merancang

dan melaksanakan tugas-tugas berkaitan dengan pengajaran dan

pembelajaran Menentukan status semasa pencapaian (Take-Off-

Value) setiap pelajar dalam mata pelajaran kepakaran dan

menetapkan sasaran pencapaian akademik setiap pelajar yang

diajar dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang

pengkhususan. Mengamalkan kaedah/strategi pengajaran

dengan mengguna pakai atau menghasilkan pelbagai bahan

pembelajaran dan pengajaran yang terkini , kreatif, inovatif,

menarik dan berkesan. Mengenal pasti secara spesifik

kelemahan dan kekuatan setiap pelajar dalam mata pelajaran

kepakaran atau bidang pengkhususan.

Guru Ppg : Saya rasa Puan telah memberikan banayak maklumat tentang guru

cemerlang. Sekian terima kasih

Page 4: Laporan Temubual Guru Cemerlang.docx