laporan taman herba
DESCRIPTION
LaporannTRANSCRIPT
LAPORANPROJEK TAMAN HERBA
SEKOLAH KEBANGSAAN COCHRANE PERKASA
TARIKH
16-22 Julai 2012
TEMPAT
Taman Herba Sekolah Kebangsaan Cochrane Perkasa
ANJURAN
Panitia Kemahiran Hidup
DENGAN KERJASAMA
Guru-guru Pelatih Institut Pendidikan Guru
1.0 Pengenalan
Taman Herba Sekolah merupakan sebuah mercu tanda yang menjadi tumpuan kepada guru-guru, murid-murid, ibubapa, dan pengunjung-pengunjung yang datang melawat sekolah. Setiap tumbuhan mempunyai kelebihan tersendiri. Tumbuhan Herba merupakan tumbuhan yang boleh dibuat ubat. Tumbuhan baik untuk keseimbangan ekosistem sekolah.
Misi projek ini adalah untuk menubuhkan Taman Herba Sekolah bagi memelihara warisan ubat-ubatan yang berasaskan herba yang diwarisi oleh nenek moyang kita dahulu. Kewujudan taman herba ini juga dapat meningkatkan pengetahuan tentang tanaman-tanaman herba dan kegunaan-kegunaannya yang semakin dilupakan oleh generasi masa kini. Visi kami adalah untuk menjadikan Taman Herba ini sebagai sumber rujukan kepada para pelajar dan warga Sekolah Kebangsaan Cochrane Perkasa untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
2.0 Objektif
2.1 Untuk mengindahkan kawasan persekitaran sekolah supaya lebih ceria.
2.2 Menambahkan pengetahuan murid tentang nama tanaman herba dan fungsinya.
2.3 Mewujudkan sebuah Taman Herba yang kemas , cantik dan teratur dari segi landskap dan susun atur tanaman herba yang dipamerkan.
2.4 Mendapatkan kerjasama yang erat daripada pihak pengurusan sekolah dan pihak jawatankuasa pelaksana Taman Herba .
2.5 Dapat digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
3.0 Tarikh
16-20 Julai 2012
4.0 Tempat
Taman Herba Sekolah Kebangsaan Cocrane Perkasa
5.0 Struktur Organisasi
Rujuk Lampiran 1
7.0 Laporan
Projek ini dimulakan dengan persediaan melakar pelan untuk membina
taman ini. Perbincangan dan pertukaran idea untuk merancang pelaksanaan
taman dan kerja-kerja memulakan projek. Persediaan ini adalah dari segi
bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kerja- kerja projek. Bahan-
bahan yang dimaksudkan adalah seperti cangkul, sekop, kereta sorong, cat
dan sebagainya.
Dengan bantuan nasihat penasihat projek iaitu Puan Norhasmaniza bt
Bolhassan, dan guru- guru lain turut memberikan sokongan moral yang baik
untuk menjayakan projek taman ini. Langkah pertama yang dilakukan ialah
membersihkan tapak taman lama. kerja- kerja pembersihan merangkumi
mencabut pokok yang telah mati, mencabut rumput dan lalang, menggembur
tanah, mengalih pokok dan sebagainya.
Hari kedua, pokok-pokok yang dialih dan disusun supaya lebih kemas
dan cantik. Selain itu juga, satu lubang mengelilingi taman telah dibina untuk
menempatkan tayar terpakai yang akan digunakan sebagai pagar. Terdapat
selonggok tanah dihadapan taman herba. Tanah tersebut dialihkan dan
digunakan untuk menambah tanah untuk menanam dan membuat batas bagi
kegunaan murid- murid untuk Mata Pelajaran Kemahiran Hidup.
Pada hari ketiga, tayar- tayar terpakai telah dihantar ke sekolah. Tayar-
tayar tersebut disusun dalam lubang yang telah dibina. Namun begitu, lubang
tersebut tidak dalam. Kerja-kerja pendalaman lubang dilakukan dan tayar –
tayar telah disusun seperti yang telah dirancang. Selain itu, cat dan peralatan
yang telah dipesan turut dihantar. Oleh yang demikian, kerja-kerja mengecat
batu penjalan kaki dan tayar dilakukan. Selain itu, kerja-kerja pengalihan
tanah masih diteruskan kerana terdapat satu per tiga tanah yang masih belum
sempat dialihkan.
Pada hari keempat, kerja-kerja penambahbaikan taman herba
dimulakan lewat kerana hujan. Oleh yang demikian banyak kerja- kerja
terpaksa ditanguhkan. Apabila hujan telah mulai reda, kerja mengecat tayar
dan tapak penjalan kaki diteruskan. Namun begitu, keadaan batu dan tayar
yang masih basah menyebabkan kesukaran dan memakan masa. Selain itu,
kerja- kerja meletakkan tayar sebagai papan tanda dilakukan. Kerja ini
memakan masa yang lama kerana, kerja- kerja memotong bahagian bawah
tayar tidak dapat dilakukan. Walaupun pelbagai cara dilakukan, tayar tersebut
tidak dapat dipotong. Namun begitu, mesin gerudi digunakan untuk menebuk
tayar supaya apabila tayar tersebut diletak ditempatnya dan tidak menakung
air hingga menyebabkan pembiakan nyamuk.
Taman herba yang dirancang masih belum lengkap ekoran daripada
kelewatan pembekal tanaman menghantar tanaman yang dipesan. Namun
begitu, tempat semaian telah disediakan. Jika tanaman dihantar oleh
pembekal, pihak yang bertanggungjawab hanya perlu menanam tanaman
tersebut ditempat yang telah disediakan itu.
8.0 Kelemahan
Antara kelemahan yang didapati sepanjang menyempurnakan projek ini
adalah kurangnya pengalaman dalam membuat kerja-kerja bercucuk tanam.
Namun demikian, perkara itu tidak menjadi penghalang untuk menjayakan
projek ini. Dengan adanya pengetahuan dan nasihat daripada guru- guru lain,
kerja-kerja dijalankan dengan pembelajaran daripada kesilapan. Selain itu,
kekurangan pengalaman dalam melaksanakan projek seperti ini
menyebabkan perkara-perkara seperti jumlah bahan yang dipesan tidak
mencukupi berlaku. Perkara ini akan dijadikan iktibar pada masa akan datang.
Selain itu, pengurusan masa bagi sesuatu kerja yang kurang efisyen
menyebabkan kerja-kerja pelaksanaan lewat. Akibat menghabiskan masa
terlalu lama untuk menjalankan tugas di pusat sumber, kerja-kerja pelaksaan
projek taman herba bermula pada masa yang lambat.
9.0 Pengajaran
Terdapat banyak proses pembelajaran dalam projek ini. Pertama sekali,
kepercayaan sebagai seorang perancang yang baik adalah penting. Jika kita gagal
untuk merancang, maka kita adalah merancang untuk gagal. Perancangan dibat
dengan teliti dengan kemampuan dan keperluan yang ada disekolah. Perancangan
untuk pelan B juga sangat penting jika pelan A tidak dapat dilaksanakan. Selain itu,
pengajaran yang dapat diperolehi adalah kerjasama berpasukan. Kerjasama sangat
penting untuk memastikan kejayaan sesuatu projek. Perbincangan sesama pasukan
dan dengan guru pembimbing serba sedikit membantu dalam melancarkan
pelaksanaan kerja. Idea-idea daripada mereka yang berpengalaman telah
memberikan satu pengajaran penting.
10.0 Penutup
Secara keseluruhan, projek ini adalah satu latihan dan pembinaan insan melalui
pendedahan kepada corak komunikasi, kerjasama dan kecintaan kepada alam
sekitar. Hasil daripada usaha ini, murid- murid juga belajar untuk memberikan
kerjasama dan bantuan serta nilai yang baik dalam hidup bermasyarakat.
Disediakan oleh,
…………………………………….
(FADHIRUL BIN ANUAR)
Setiausaha,
Projek Taman Herba,
Sekolah Kebangsaan Cochrane Perkasa.
Lampiran 1
STUKTUR ORGANISASI
Lampiran 2
Penaung
Puan Noor Einee Binti Haron
(Guru Besar SK Cochrane Perkasa)
Pengerusi
Puan Noor Maizura binti Md.Hilmi
(GPK 1 SK Cochrane Perkasa)
Penasihat Projek
Puan Norhasmaniza bt Bolhassan
(Ketua Panitia KH SK Cochrane Perkasa)
Penyelaras
En.Sumardi bin Sagah
Setiausaha
En.Fadhirul bin Anuar
AhliJawatankuasa
En. Ahmad Faiz bin Mohd Fauzi
Cik Wan Shahilla Nuraqilla bt Wan Adnan
En.Mohamad Hazzim bin Suahimi
Sebelum
Selepas