laporan prog jalinan ilmu

14
PENGENALAN SRK Seri Indera sebagai sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), telah beberapa kali menjalankan program jalinan dan jaringan dengan sekolah-sekolah lain sama ada di dalam dan di luar negara. Program-program seperti ini banyak memberi pendedahan kepada murid-murid dan guru- guru tentang budaya belajar dan budaya kerja yang kadangkala berbeza. Sekolah ini juga turut menjalankan aktiviti-aktiviti yang melibatkan kerjasama dengan masyarakat setempat dan agensi-agensi kerajaan. Program Jalinan Ilmu Bersama IPTA ini merupakan satu program yang mendapat kerjasama daripada Universiti Utara Malaysia (UUM). Program sehari ini dirancang dengan tujuan untuk memberi ilmu dan motivasi kepada semua guru dan kakitangan SRK Seri Indera. Di samping itu, pihak sekolah mengambil kesempatan ini untuk memberi penerangan tentang Standard Kualiti Pendidikan Malaysia dan Sarana Ibu Bapa dan Sekolah secara lebih mendalam. OBJEKTIF 1. Meningkatkan penghayatan kerja sebagai ibadah dalam kalangan guru dan kakitangan SRKSI. 2. Membantu memantapkan lagi pemahaman guru-guru tentang SKPM, Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah. 3. Merapatkan jalinan dan kerjasama antara sekolah dengan agensi lain.

Upload: maznah-harun

Post on 14-Dec-2015

78 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

PENGENALAN

SRK Seri Indera sebagai sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), telah

beberapa kali menjalankan program jalinan dan jaringan dengan sekolah-sekolah lain

sama ada di dalam dan di luar negara. Program-program seperti ini banyak memberi

pendedahan kepada murid-murid dan guru-guru tentang budaya belajar dan budaya

kerja yang kadangkala berbeza. Sekolah ini juga turut menjalankan aktiviti-aktiviti

yang melibatkan kerjasama dengan masyarakat setempat dan agensi-agensi kerajaan.

Program Jalinan Ilmu Bersama IPTA ini merupakan satu program yang

mendapat kerjasama daripada Universiti Utara Malaysia (UUM). Program sehari ini

dirancang dengan tujuan untuk memberi ilmu dan motivasi kepada semua guru dan

kakitangan SRK Seri Indera. Di samping itu, pihak sekolah mengambil kesempatan

ini untuk memberi penerangan tentang Standard Kualiti Pendidikan Malaysia dan

Sarana Ibu Bapa dan Sekolah secara lebih mendalam.

OBJEKTIF

1. Meningkatkan penghayatan kerja sebagai ibadah dalam kalangan guru dan

kakitangan SRKSI.

2. Membantu memantapkan lagi pemahaman guru-guru tentang SKPM, Sarana Ibu

Bapa dan Sarana Sekolah.

3. Merapatkan jalinan dan kerjasama antara sekolah dengan agensi lain.

MATLAMAT

1. Meningkatkan mutu kerja semua guru dan kakitangan SRKSI pada masa akan

datang.

2. Memupuk kesedaran tentang perlunya bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk

kecemerlangan sekolah.

TARIKH

Ahad 10 November 2013

MASA

8.30 pagi hingga 4.45 petang

TEMPAT

Universiti Utara Malaysia

PENCERAMAH

Dr Bashir bin Aziz (UUM)

SASARAN

Semua guru dan kakitangan SRK Seri Indera.

ANGGARAN PERBELANJAAN

Seperti di Lampiran A

TENTATIF PROGRAM

Seperti di Lampiran B

PERJALANAN PROGRAM

Peserta program bertolak dari SRK Seri Indera lebih kurang pada pukul 7.45

pagi dengan menaiki bas. Sebaik sahaja sampai di Dewan Konvensyen, Universiti

Utara Malaysia, para peserta terus mendaftar dan diberi taklimat oleh tuan guru besar,

Encik Ghazali bin Kasim.

Slot pertama bermula jam 830 pagi. Penceramah yang juga pensyarah fakulti

pengajian Islam UUM Dr. Ahmad Bashir bin Aziz, telah mengisi slot ini dengan

ceramah bertajuk “Asas Pembinaan Amanah dan Integriti”. Dr Ahmad Bashir dalam

ceramahnya menekankan betapa perlunya setiap individu sedar dan tahu bagaimana

membentuk diri menjadi insan yang beramanah dan mempunyai integriti dalam setiap

tugas, tindakan dan perlakuannya. Penyampaian Dr. Ahmad Bashir yang bersahaja

tetapi menarik serta diselang seli dengan jenaka, menjadikan tempoh dua jam

dirasakan terlalu singkat.

Selepas rehat dan kudapan selama lebih kurang 30 minit, program diteruskan

dengan slot kedua pada jam 11.00 pagi oleh Penolong Kanan 1 SRK Seri Indera,

Encik Ahmad Shapri bin Salamat. Slot ini lebih kepada taklimat dan penerangan

mengenai Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Guru-guru didedahkan

mengenai isi kandungan SKPM versi Oktober 2013. Slot ini memakan masa lebih

kurang 2 jam, sebelum para peserta berehat dan makan tengah hari pada jam 1.00

petang.

Slot terakhir bertajuk “Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah” disampaikan

oleh Encik Ghazali bin Kasim, guru besar SRK Seri Indera. Slot ini memberi

gambaran bagaimana pihak ibu bapa dan pihak guru boleh berperanan dan

bekerjasama untuk pembangunan dan peningkatan sekolah. Slot ini tamat pada jam

4.00 petang. Selepas minum petang, para peserta dibawa melawat sekitar kawasan

UUM, sebelum bertolak balik lebih kurang pukul 5.00 petang.

RUMUSAN

Program ini dilihat telah berjaya menarik tumpuan para peserta yang hadir.

Berdasarkan respons dan soal jawab yang diberi dalam setiap slot, program ini telah

sedikit sebanyak memberi impak yang positif kepada semua peserta dalam usaha

meningkatkan lagi kecemerlangan sekolah, di samping memberi motivasi dan

suntikan semangat kepada guru-guru dan kakitangan sekolah untuk terus menunaikan

tanggungjawab yang diamanahkan.

Disediakan oleh; Diluluskan oleh;

Maznah

( MAZNAH BT HARUN ) (GHAZALI BIN KASSIM)

Setiausaha LDP Guru Besar

SRK Seri Indera, SRK Seri Indera,

SRK Seri

Indera

Perlis. Perlis.

Lampiran A

PERUNTUKAN DAN PERBELANJAAN

BIL BUTIRAN JUMLAH ( RM )

1 Makanan & Minuman

RM 12.00 x 68 guru / stafRM 12.00 x 1 penceramah

816.00 12 .00

2 Bahan Program ( Kertas A4 / Alat Tulis )

RM 500.00 500.00

3. Bayaran Penceramah ( Gred DG41 )

RM120.00 x 2 jam 240.00

JUMLAH 1568.00

SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN SERI INDERAKANGAR, PERLIS

Ahad 10 November 2013 Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah

SEKITAR PROGRAM JALINAN ILMU BERSAMA IPTA

SEKITAR PROGRAM JALINAN ILMU BERSAMA IPTA

SEKITAR PROGRAM JALINAN ILMU BERSAMA IPTA

SEKITAR PROGRAM JALINAN ILMU BERSAMA IPTA

Lampiran B

JADUAL PROGRAM JALINAN ILMU BERSAMA IPTA

AHAD 10 NOVEMBER

2013

7.30 PG – 8.30 PG

8.30 PG – 10.30 PG

10.30 PG – 11.00 PG

11.00 PG – 12.30 TGH

12.30 tgh – 2.30 PTG

2.30 PTG – 4.00 PTG

4.00 PTG – 4.30 PTG

4.30 PTG – 5.00 PTG

BERTOLAK DARI SRK

SERI INDERA KE UUM

CERAMAH ”ASAS

PEMBINAAN AMANAH DAN

INTEGRITI”(Dr. Ahmad

Bashir bin Aziz - UUM)

KUDAPAN

STANDARD KUALITI

PENDIDIKAN MALAYSIA

(En Ahmad Shapri bin Salamat – PK1

SRKSI)

MAKAN TENGAH

HARI DAN REHAT

SARANA IBU BAPA DAN SARANA

SEKOLAH (En Ghazali bin

Kassim – GB SRKSI)

MINUM PETANG

LAWATAN SEKITAR UUM

DAN BERTOLAK BALIK