laporan pertandingan kawad kaki peringkat daerah
DESCRIPTION
Laporan Penyertaan Kawad Kaki Kor Kadet Polis Peringkat Daerah LangkawiTRANSCRIPT
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAANTUNKU PUTRA, LANGKAWI
KEDAH DARUL AMAN
KOMPLEKS SUKAN, LANGKAWI
24 MEI 2015
LAPORAN AKTIVITI:
PERTANDINGAN KAWAD KAKI BADAN BERUNIFORM
PERINGKAT DAERAH LANGKAWI
NAMA PROGRAM
Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Peringkat Daerah Langkawi
Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi
1.0 Pengenalan
Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi telah mengadakan satu program Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Langkawi. Ini bagi mewujudkan persaingan sihat antara Badan – Badan Beruniform Ko Kurikulum sekolah-sekolah di daerah Langkawi. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dari segi kokurikulum.
2.0 Latar Belakang
Aktiviti ini telah diadakan di Kompleks Sukan Langkawi pada 24 Mei 2015. Jumlah peserta yang terlibat daripada Kor Kadet Polis SMK Tunku Putra
adalah seramai 34 orang pelajar perempuan dan 20 orang dari pelajar lelaki. Pelajar telah berkumpul di sekolah pada pukul 7 pagi dan mendapatkan
sarapan pagi mereka di kantin sekolah. Pelajar bergerak ke Kompleks Sukan pada pukul 7.30 pagi. Kor Kadet Polis SMK Tunku Putra telah menghantar 2 platun untuk
penyertaan pertandingan ini iaitu satu platun perempuan diketuai oleh Nor Syafiqah bt Mohd Azhar dan satu platun lelaki diketuai oleh Mohd Fitri Izani b Mohd Ridzuan.
Penyampaian hadiah telah dimulakan pada pukul 3.00 petang dan SMK Tunku Putra telah berjaya mendapatkan Johan dalam Kategori GO Puteri dan mendapatkan tempat Ketiga bagi Kategori GO Putera.
Majlis tamat pada pukul 4.00 petang dan pelajar bersurai di sekolah pada pukul 4.45 petang setelah pulang dari Kompleks Sukan Langkawi.
3.0 Huraian Penilaian
Program berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Kor Kadet Polis telah berjaya mencapai target iaitu mendapatkan Johan dalam Kategori GO Puteri dan tempat Ketiga dalam kategori GO Putera.
4.0 Pencapaian Aktiviti
Program berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Kor Kadet Polis telah berjaya mencapai target iaitu mendapatkan Johan dalam Kategori GO Puteri dan tempat Ketiga dalam kategori GO Putera.
2
6.0 Gambar Aktiviti
Anggota kadet perempuan memeriksa pakaian untuk kali terakhir sebelum memasuki tapak pertandingan..
3
Anggota kadet lelaki memeriksa barisan sebelum memasuki tapak pertandingan.
Anggota menunggu giliran masuk ke padang kawad.
4
Ketua platun kadet perempuan mengambil pingat selepas diumumkan mendapat Johan bagi kategori GO Perempuan.
5
Sesi bergambar peserta selepas tamat program.
8.0 Penutup
Aktiviti kali ini telah berjalan dengan lancar. Kor Kadet Polis SMK Tunku Putra mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini terutamanya pihak pentadbiran sekolah.
Disediakan oleh,
......................................................(ABDUL NASSER BIN MOHAMAD YUSOF)Guru Penasihat Kor Kadet PolisSMK Tunku Putra
6