laporan pertandingan anugerah inovasi kerajaan...

19
LAPORAN PERTANDINGAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017 TAJUK INOVASI SISTEM L-PROPERTY NAMA PEREKA CIPTA LEMBAGA PERUMAHAN MELAKA Aras 10, Menara MITC, Jalan Konvensyen, Kompleks MITC, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka.

Upload: tranquynh

Post on 05-Apr-2019

314 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

LAPORAN PERTANDINGAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA

TAHUN 2017

TAJUK INOVASI

SISTEM L-PROPERTY

NAMA PEREKA CIPTA

LEMBAGA PERUMAHAN MELAKA

Aras 10, Menara MITC, Jalan Konvensyen, Kompleks MITC, Hang Tuah Jaya,

75450 Ayer Keroh, Melaka.

2

1.0 PENGENALAN

1.1 PENERANGAN MENGENAI JABATAN

1.1.1 LATAR BELAKANG

Lembaga Perumahan Melaka (LPM) merupakan agensi kerajaan Negeri

Melaka yang ditubuhkan pada 17.12.2002 melalui Enakmen Lembaga

Perumahan Melaka (ELPM) 2002 yang di warta pada 17.12.2002 seperti

Warta Kerajaan Jilid 46 No. 25 Tahun 2002. Sebelum Lembaga Perumahan

Melaka ditubuhkan , ia terletak di bawah Unit Perumahan dan Kerajaan

Tempatan. Kerajaan Negeri Melaka merupakan negeri kedua yang

menubuhkan Lembaga selepas Kerajaan Negeri Selangor bagi mengukuhkan

peranan Kerajaan Negeri di sektor perumahan.

1.1.2 FUNGSI

1. Merancang, membangunkan, melaksanakan dan menggalakkan

pembangunan, perlaksanaan pemasaran dan penjualan perumahan pada

amnya dan terutamanya bagi perumahan awam dan kos rendah.

2. Menjalankan peranan penyelarasan antara agensi membolehkan kemajuan

dan perlaksanaan pesat pembangunan perumahan.

3. Mengurus dan mengutip sewaan Rumah Awam / Pangsa Kerajaan Negeri

serta mengutip hasil jualan Perumahan Awam Kos Rendah.

4. Mengurus, menyelenggara dan memantau projek perumahan Awam / swasta

di Negeri Melaka.

5. Memantau projek perumahan terbengkalai Negeri Melaka.

6. Sumber maklumat perumahan Negeri Melaka.

7. Melayani aduan awam berkaitan perumahan.

1.1.3 VISI

Menjadi Organisasi Yang Unggul Dalam Pembangunan Perumahan Negeri.

1.1.4 MISI

Menggubal Dasar dan Menyelaras Pembangunan Perumahan Mampu Milik

Negeri Melaka Bagi Mencapai Misi “Satu Keluarga Sebuah Rumah” Ke Arah

Melaka Maju Fasa II.

3

1.1.4 PIAGAM PELANGGAN

1. Memastikan aduan kerosakan rumah pangsa LPM dibuat siasatan dalam

tempoh 2 hari.

2. Memproses permohonan geran rumah awam dan rumah pangsa dalam

tempoh 14 hari setelah mendapat pengesahan bayaran daripada LPM.

3. Memastikan aduan awam diambil tindakan dalam tempoh 7 hari.

4. Memproses pembelian rumah kos rendah rumah pangsa (borang telah

lengkap) setelah mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengisian

Lembaga Perumahan Melaka dalam tempoh 30 hari.

1.1.5 OBJEKTIF

1. Merancang, melaksana, memantau, menyelaras, mendaftar dan

menyelenggara pembangunan projek perumahan.

2. Mewujudkan suasana perumahan yang selesa, harmoni, selamat dan mampu

dimiliki.

3. Menyediakan rumah yang mencukupi dengan tema 'Satu Keluarga Sebuah

Rumah'.

4. Menentukan perkhidmatan yang berkualiti bagi setiap projek perumahan.

5. Bertindak sebagai Pusat Sehenti (OSC) perumahan.

1.1.6 FUNGSI UTAMA BAHAGIAN

1. Mengurus dan menyelenggara rangkaian, perkakasan, perisian dan

perkhidmatan berkaitan ICT.

2. Mengendalikan latihan berkaitan ICT kepada kakitangan LPM.

3. Menyelenggara dan mengemaskini laman web LPM.

4. Perolehan peralatan ICT.

5. Pembangunan Sistem Aplikasi LPM.

6. Urusan Tempahan Peralatan ICT.

7. Menguruskan Pentadbiran Pengkalan Data.

4

1.1.7 CARTA ORGANISASI

5

2.0 PENGENALAN MENGENAI INOVASI

2.1 TUJUAN PROJEK INOVASI

Sistem dibangunkan oleh Lembaga Perumahan Melaka (LPM) melalui inovasi

jabatan secara bersepadu. Ianya dibangunkan bertujuan untuk menjadikan

Lembaga Perumahan Melaka sebagai pusat maklumat, mendapatkan laporan

keseluruhan projek perumahan serta memantau status pembinaan mengenai

perumahan negeri Melaka.

2.2 OBJEKTIF PROJEK

1. Memastikan kemudahan sistem sebagai kelulusan kepada data berpusat di

LPM mengenai maklumat perancangan dan pembangunan projek

perumahan.

2. Mendapatkan maklumat laporan keseluruhan projek perumahan negeri

Melaka mengikut daerah, nama pemaju, dun, dan harga jualan.

3. Menyemak senarai nama pemaju perumahan yang berdaftar di Lembaga

Perumahan Melaka.

2.3 PROSES PELAKSANAAN INOVASI

1. Keperluan sistem dalam permasalahan maklumat perumahan yang tidak

lengkap.

2. Kelulusan daripada mesyuarat ahli lembaga pengarah dan kerajaan negeri

mengenai keperluan sistem.

3. Mengkaji keperluan pengguna dan maklumat yang diperlukan bagi sistem ini.

4. Matlamat utama yang diperlukan dalam sistem adalah maklumat daripada

kelulusan JKBB seperti nama pemaju,nama projek,dan bilangan hartanah.

5. Mengenalpasti masalah sistem dan mencari kelebihan pembangunan sistem.

6. Sistem dibangunkan secara ‘in-house’ oleh Unit Teknologi Maklumat

Lembaga Perumahan Melaka.

2.4 TEMPOH PELAKSANAAN

Proses pelaksanaan inovasi L-Property ini telah dimulakan pada Februari

2016 dan proses ini berterusan sehingga kini.

6

GANTT CHART

7

2.5 PERINGKAT PELAKSANAAN

1. Kaedah pelaksanaan dengan menggunakan Bahasa PHP sebagai Bahasa

Pengaturcaraan (Programming) dan MySQL sebagai Pangkalan Data

(Database).

2. Laptop HP ProBook 440 G2 serta sistem operasi Windows 7 digunakan untuk

membangunkan sistem ini.

3. Perisian seperti WampServer version 3.2.2 digunakan sebagai ‘webserver’

manakala Adobe Dreamweaver CS3 sebagai editor untuk menulis kod

pengaturcaraan.

4. Medium pelayar Internet Explorer atau Google Chrome digunakan untuk

melayari sistem ini.

5. Tiada kos secara langsung dalam pembangunan sistem ini. Ini kerana

pembangunan sistem ini menggunakan perisian sumber terbuka yang boleh

diperolehi secara percuma di laman web.

2.6 PUNCA PENCETUSAN IDEA

Cetusan idea ini bermula daripada isu mengenai laporan perumahan yang

sukar dicari kerana segala maklumat dokumen rasmi daripada kelulusan

mesyuarat jawatankuasa pecah sempadan dan belah bahagi (JKBB) negeri

Melaka dimasukkan ke dalam fail dan tidak disistemkan. Warga Kerja LPM

juga mengalami masalah untuk mencari maklumat perumahan yang tidak

tepat dan tidak setempat serta perlu mengambil masa yang lama dalam

membuat laporan untuk sesuatu projek perumahan.

2.7 KAEDAH PENCETUSAN IDEA

1. Kaedah Pembangunan Sistem adalah melalui :

Perbincangan untuk menyelesaikan isu tersebut daripada terus berlanjutan

antara Pengarah Eksekutif bersama semua unit di LPM.

Mengadakan mesyuarat secara berkala untuk penambahbaikan maklumat

sistem.

Perbincangan dalam Mesyuarat Inovasi.

2. Format laporan dan maklumat perumahan daripada kelulusan JKBB.

3. Melakukan carian di Internet untuk mengkaji samada sistem ini telah

digunapakai.

4. Khidmat nasihat permasalahan mengenai sistem kepada pengaturcara unit

Teknologi Maklumat di Jabatan Ketua Menteri.

8

2.8 KATEGORI INOVASI

Kategori inovasi bagi sistem L-Property adalah Inovasi ICT.

2.9 INDIKATOR INOVASI

Indikator inovasi bagi sistem L-Property adalah menjimatkan masa dalam

proses menjana laporan maklumat perumahan negeri Melaka.

2.10 INPUT PELANGGAN

Input pelanggan diambilkira di peringkat akhir penghasilan inovasi setelah

sistem L-Property dimasukkan ke dalam server dan dijalankan oleh pengisi

maklumat LPM yang ditugaskan untuk memasukkan segala maklumat

daripada kelulusan JKBB daripada tahun 2007 sehingga tahun 2017 kerana

sebelum sistem L-Property dibangunkan segala maklumat daripada kelulusan

JKBB dimasukkan ke dalam fail dan sukar untuk warga kerja LPM menyemak

atau membuat laporan daripada maklumat perumahan kelulusan JKBB. Input

pelanggan adalah daripada maklumat yang tersusun dan tepat.

9

3.0 SEBELUM DAN SELEPAS MENGGUNAKAN SISTEM L-PROPERTY

KEADAAN SEBELUM INOVASI KEADAAN SELEPAS INOVASI

Kakitangan mengalami kesukaran untuk mencari

maklumat perumahan setelah mendapat

kelulusan daripada JKBB.

Kakitangan hanya perlu menggunakan sistem

dan menaip maklumat yang diperlukan.

Mengambil masa yang lama untuk mendapatkan

mengenai laporan perumahan.

Hanya menggunakan carian pada sistem untuk

menjana laporan perumahan.

Segala maklumat mengenai hartanah tidak

disistemkan.

Maklumat mengenai projek dan hartanah kini

dapat disistemkan.

Maklumat data perumahan dalam excel tidak

selamat jika fail excel hilang.

Maklumat data disimpan ke dalam database

dan boleh dibuat backup secara berkala supaya

data tidak hilang.

GAMBARAN SEBELUM INOVASI GAMBARAN SELEPAS INOVASI

-Maklumat kelulusan JKBB dimasukkan dan

disimpan ke dalam fail.

-Segala maklumat dimasukkan dan disimpan ke

dalam sistem.

10

CARTA ALIR SEBELUM INOVASI CARTA ALIR SELEPAS INOVASI

Minit Mesyuarat Kelulusan JKBB dalam bentuk surat

Maklumat dimasukkan ke dalam sistem

Hanya klik laporan untuk membuat

laporan (1 minit)

TAMAT

Minit Mesyuarat Kelulusan JKBB dalam bentuk surat

Dimasukkan ke dalam fail

Simpan ke dalam bilik fail

Cari fail untuk menyemak kelulusan

JKBB

Semak setiap helaian kelulusan JKBB

untuk membuat laporan (14 hari)

Membuat ringkasan

laporan

Mendapat laporan

TAMAT

Mendapat ringkasan laporan

11

3.1 PROSES TINDAKAN SELEPAS SISTEM L-PROPERTY

Penggunaan sistem L-Property telah mula digunakan pada Jun 2016 setelah

unit Pemasaran melantik 5 orang pekerja sambilan ditugaskan untuk mengisi

segala maklumat kelulusan JKBB daripada tahun 2007 sehingga 2017. Segala

maklumat mengenai pemaju yang telah didaftar oleh Lembaga Perumahan

Melaka juga dimasukkan ke dalam sistem L-Property. Bilangan hartanah pada

setiap projek perumahan di negeri Melaka dimasukkan ke dalam sistem L-

Property untuk memudahkan carian laporan yang dikehendaki.

Selepas selesai pengisian maklumat perumahan ke dalam sistem telah

melengkapi objektif sistem tersebut dalam pencarian maklumat laporan yang

dijana. Ianya juga dapat menjimatkan masa dalam penjanaan laporan

berdasarkan ciri-ciri yang dikendaki yang terdapat dalam sistem L-Property

seterusnya memudahkan segala urusan yang dilakukan.

3.2 IMPAK INOVASI

1. Sebagai ‘One Stop Centre’ segala maklumat pemaju dan maklumat

perumahan di negeri Melaka.

2. Warga Kerja LPM mendapat pendedahan mengenai ICT dengan memperolehi

laporan perumahan hanya dihujung jari.

3. Memudahkan urusan dan menjimatkan masa untuk mengetahui

perkembangan dan status pembangunan perumahan.

4. Kebaikan secara khususnya kepada Unit Teknikal dan Unit Pemasaran LPM

dalam menyemak harga kelulusan JKBB dan bilangan lot hartanah bagi setiap

projek.

5. Dapat memudahkan dalam membuat laporan perancang Bandar.

6. Hasil laporan maklumat membantu pembeli mengikut kriteria yang

dikehendaki.

12

4.0 ELEMEN INOVASI

4.1 INOVATIF / KREATIF

Sistem L-Property dibangunkan secara dalaman oleh unit Teknologi

Maklumat Lembaga Perumahan Melaka. Penggunaan sistem lebih kepada

unit Pemasaran dan unit Teknikal Lembaga Perumahan Melaka. Unit

Pemasaran yang mendapat surat daripada kelulusan JKBB dimasukkan ke

dalam sistem manakala segala maklumat perumahan dan bilangan hartanah

projek diperolehi melalui unit Teknikal. Berdasarkan maklumat yang

terkumpul disimpan ke dalam sistem L-Property membolehkan untuk

membuat laporan yang dikehendaki. Maklumata data yang disimpan akan di

‘backup’ secara berkala untuk menjamin keselamatan data supaya tidak

hilang.

4.2 KEBERKESANAN

Berdasarkan sistem L-Property, laporan dapat dijana dengan berkesan

setelah maklumat perumahan daripada kelulusan JKBB dimasukkan. Laporan

berdasarkan No Lot, Nama Pemaju, Daerah, Dun, Agensi, No Lot, Harga

Jualan, dan Kategori Hartanah. Senarai nama pemaju yang berdaftar dengan

Lembaga Perumahan Melaka juga dapat disemak melalui sistem L-Property.

4.3 SIGNIFIKAN

Secara signifikan penggunaan sistem L-Property dapat memudahkan

pencarian pemaju dan pencarian laporan perumahan negeri Melaka

seterusnya dapat meningkatkan produktiviti warga kerja LPM dalam bidang

ICT.

13

4.4 PERIHAL GAMBARAJAH INOVASI

1) HALAMAN UTAMA SISTEM L-PROPERTY

2) HALAMAN LOGIN KEPADA PENGGUNA SISTEM L-PROPERTY

14

3) SENARAI FUNGSI YANG TERDAPAT PADA SISTEM L-PROPERTY

4) FUNGSI UNTUK TAMBAH PENGGUNA SISTEM L-PROPERTY

15

5) FUNGSI UNTUK TAMBAH PEMAJU YANG BERDAFTAR DENGAN LPM

6) FUNGSI CARIAN NAMA PEMAJU YANG BERDAFTAR

16

7) FUNGSI TAMBAH DAFTAR MAKLUMAT PROJEK PERUMAHAN

8) FUNGSI TAMBAH MAKLUMAT UNIT HARTANAH SETIAP PROJEK

9) SENARAI LAPORAN YANG TERDAPAT PADA SISTEM L-PROPERTY

17

10) CONTOH-CONTOH PENJANAAN LAPORAN DARIPADA SISTEM L-PROPERTY

18

4.5 PERKONGSIAN PINTAR DENGAN JABATAN PERUMAHAN NEGARA

Setelah segala maklumat lengkap diisi ke dalam sistem L-Property, Jabatan

Perumahan Negara (JPN) telah datang membuat lawatan dan ingin berkongsi

mengenai maklumat perumahan negeri Melaka oleh Lembaga Perumahan

Melaka (LPM) melalui penggunaan sistem L-Property. Berdasarkan lawatan

tersebut, pihak daripada JPN berminat dengan segala maklumat data

perumahan negeri Melaka yang terdapat dalam sistem L-Property untuk

disepadu bersama dengan sistem data perumahan JPN.

Lawatan JPN di LPM pada 25.5.2017

19

5.0 RUMUSAN

Dengan kewujudan sistem ini dapat memudahkan pencarian maklumat perumahan

negeri Melaka serta dapat dipantau dari segi status pembangunan, senarai pemaju

yang berdaftar di negeri melaka, dan harga hartanah daripada kelulusan di JKBB.

Melalui kaedah laporan juga dapat dijana untuk carian maklumat projek perumahan

mengikut daerah di negeri Melaka serta ciri-ciri laporan lain yang terdapat dalam

sistem L-Property meningkatkan kualiti kerja di LPM seterusnya kemajuan seiring

dengan kecemerlangan dalam bidang ICT.

Disediakan Oleh :

SALEH BIN MD DOM

Pengarah Eksekutif

Lembaga Perumahan Melaka

Tel : 06-2320450

Emel : [email protected]