laporan permainan teng teng

Upload: fakhrul-syukri

Post on 02-Jun-2018

512 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 Laporan Permainan Teng Teng

    1/6

    Pemikiran

    Kreatif & Kritis

    Permainan Teng Teng

    NAMA NO MATRIK

    Muhammad Fakhrul Syukri bin Abd Aziz A12KP0047

    Shaikh Ali bin Shaikh Mansoor A12KP0061

    Nama Pensyarah:

  • 8/10/2019 Laporan Permainan Teng Teng

    2/6

    Asal Usul Permainan Teng Teng

    Permainan Teng-Teng, atau juga dikenali sebagai Ketinting ialah permainan yang

    selalunya dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ini kerana, teng-teng tidak begitu lasak

    walaupun ia menggunakan tenaga yang banyak. Teng-teng juga tidak memerlukan daerah

    yang besar.

    Teng-teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak dimana ada dua hingga empat

    orang didalam sebuah gelanggang. Ini kerana, tiada peraturan yang tetap untuk jumlah orang

    di dalam satu gelanggang. Tetapi, jika terdapat empat pemain didalam satu gelanggang, ia

    akan memdatangkan kesukaran untuk setiap pemain untuk berteng-teng.

    Gelanggang teng-teng ialah lukisan petak-petak di atas tanah. Terdapat sembilan

    petak-petak di dalam satu gelanggan. Selain gelanggan, pemain juga perlu gundu. Gundu

    ialah satu objek yang menandakan kedudukan mereka di petak-petak gelanggang.

    Kepentingan Permainan Teng Teng

    Permainan teng teng adalah penting di kalangan kanak-kanak yang masih dalam prosestumbuhbesaran. Hal ini keranapermainan teng teng ini membantu kanak-kanak dalam aspek

    berikut:

    Membantu kanak-kanak memahami aktiviti di sekitar mereka. Kanak-kanak belajar

    penglibatan secara terus dan pengalaman langsung.

    Membantu pembentukan personaliti melalui kerjasama, berkongsi, mengikut

    peraturan, inisiatif dan kesedaran tentang kebersihan dan urutan.

    Dapat meningkatkan keyakinan diri.

    Dapat meningkatkan kebolehan fizikal.

    Memberi peluang mengenal persekitaran fizikal, seperti saiz, bentuk, warna, berat,

    tekstur dan jenis.

    Sebagai salah satu cara kanak-kanak meluahkan perasaan gembira, marah dan geram.

    Mengembangkan kebolehan kreatif dan kritis semasa menyelesaikan masalah dalam

    permainan.

  • 8/10/2019 Laporan Permainan Teng Teng

    3/6

  • 8/10/2019 Laporan Permainan Teng Teng

    4/6

    Di dalam permainan ini, pemain perlu memahami beberapa terma permainan.

    Antaranya ialah :

    a. Buah teng teng:

    Setiap pemain perlu memiliki buah (teng teng) yang biasanya mengunakan

    serpihan piring atau pinggan. Saiz buah teng teng adalah sebesar duit syiling

    50sen.

    b. Undian:

    Tiada had untuk jumlah pemain, biasanya 2 hingga 5 orang. Permainan

    dimulakan dengan membuat undian siapa jalan dulu. Undian dibuat dengan

    memilih batang ranting atau lidi. Pemain dengan batang terpanjang bermain

    dahulu, dan yang terpendek terkemudian.

    c. Rumah:

    Pemain yang telah berjaya mencapai buah di petak semi-D, maka dia boleh

    membuat balingan buah secara membelakangkan gelanggang. Jika buah jatuh

    pada petak yang kosong, dan bukan rumah, maka petak itu dikira rumah.

    Rumah ditandakan dengan corak atau garisan tertentu. Tuan punya rumah

  • 8/10/2019 Laporan Permainan Teng Teng

    5/6

    perlu memijak rumahnya dengan ke dua-dua kaki apabila tiba gilirannya.

    Manakala pemain lain tidak dibenarkan memijak rumah lawan.

    d. Pemenang:

    Pemenang adalah pemain dengan rumah terbanyak.

    e. Mati:

    Pemain dikira mati (giliran) jika:

    Buah yang dilontar terkena garisan petak

    Kaki terpijak garisan petak

    Buah yang dilontar tidak masuk ke dalam petak yang sepatutnya

    Pemain menukar kaki sewaktu giliran

    Pemain terlupa pijak dua belah kaki serentak ke dalam sayap,iaitu kiri

    di petak sayap kiri dan kaki kanan dalam sayap petak kanan

    Pemain tidak dapat mencapai buah sewaktu mencari buah di dalam

    petak semi-D

    Pemain tidak memijak 2 kaki serentak dalam petak rumahnya

    Pemain memijak kaki ke rumah pemain lawan.

    Seterusnya, cara bermain permainan ini, Pemain perlu mencampak buah ke petak

    tangga pertama, kemudian melompat terus ke petak tangga ke-2 dengan sebelah kaki. Pemain

    tidak boleh menukar kaki (kiri atau kanan) apabila sudah memulakan lompatan. Apabila tiba

    di sayap, kedua-dua kaki perlu mencecah tanah serentak (petak 3 & 4), kaki kiri dalam petak

    sayap kiri dan kaki kanan dalam petak sayap kanan. lompatan diteruskan ke petak tangga ke-

    4 dengan sebelah kaki dan diakhiri dengan dua kaki mencecah di sayap ke-2 (petak 6 & 7).

    Untuk berpusing, satu lompatan dibuat dan kini kedua-dua kaki perlu mencecah sayap ke-2

    (petak 7 & 6) tetapi arah badan memusing dan menghala ke petak tangga pertama.

    Lompatan dibuat seperti mula-mula tadi dan apabila berada di satu petak sebelum

    petak buah, pemain perlu membongkok dan mengambil buah, setelah itu satu lompatandibuat di petak yang tadinya ada buah. Lompatan diteruskan hingga keluar dari gelanggang.

  • 8/10/2019 Laporan Permainan Teng Teng

    6/6

    Aturan membaling buah teng-teng adalah seperti dalam turutan petak (1,2,..., dan 7).

    Apabila selesai membaling petak ke-7, satu lontaran ke petak semi-D (petak 8) dibuat secara

    pandang ke belakang. Pemain tidak boleh melihat petak semi-D sewaktu membaling buah

    teng-teng. Sekiranya buah jatuh dalam petak semi-D, dia akan melompat seperti biasa dan

    bersedia untuk mengambil buah apabila telah melompat pusing (petak 7 & 6) dan

    membelakangkan petak semi-D. Pemain boleh duduk di petak semi- D untuk mencapai buah

    dengan syarat tidak menyentuh garisan D. Dia dikira mati jika tersentuh garisan. Setelah

    mendapatkan buah dia perlu menghabiskan lompatan seperti biasa.

    Apa yg ditambah baik? Kenapa perlu ditambahbaik?

    Jelaskan bagaimana subjek ni boleh bantu utk inovasi permainan tradisional

    tersebut

    Anggaran kos,masa dan peralatan diperlukan

    Maklumbalas drp peserta

    Masalah/kekangan/cabaran yg dijangka & x dijangka semasa laksanakan

    projekkaedah utk selesaikan masalah

    Cadangan penambahbaikan