laporan perlaksanaan hari sukan sekolah 2015

Upload: shahrulradzi77

Post on 13-Jan-2016

86 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Laporan Perlaksanaan Hari Sukan Sekolah 2015

TRANSCRIPT

LAPORAN PELAKSANAAN HARI SUKAN SEKOLAHTAHUN 2015

1NAMA SEKOLAHSEKOLAH KEBANGSAAN PASIR KUBU

2NAMA PROGRAMTEMASYA SUKAN TAHUNAN SK PASIR KUBU KALI KE-51 2015

3TARIKH14 MAC 2015 ( KHAMIS )

4MASA2:30 PETANG

5TEMPATPADANG SK PASIR KUBU

6JUMLAH KEHADIRAN IBU BAPA/ PENDUDUK KAMPUNG 93 / 100 KEHADIRAN KEHADIRAN SEPATUTNYA

7PENGISIAN / ATUR CARA PROGRAMRUJUK PADA LAMPIRAN ( BROSUR )

8NAMA PERASMIPERASMIAN PEMBUKAAN : EN. AZMIR BIN AHMADYANG DIPERTUA PIBG SK PASIR KUBU

PERASMIAN PENUTUPAN : EN. AHMAD ZAKUAN BIN HJ. MOHD RAZIPENOLONG PPD HAL EHWAL MURID

9

KEHADIRAN PEGAWAI PPD PERAK TENGAHEN. AHMAD ZAKUAN BIN HJ. MOHD RAZIPENOLONG PPD HAL EHWAL MURIDEN. RAZMIR B. AHMAD NORDINPENYELIA HAL EHWAL MURIDEN. MUHAMMAD FAIRUS B. ABDUL RAHMANPENYELIA SUKAN EN. AHMAD ZUBIR B. MAT JOHORPENYELIA KOKURIKULUM

10ANGGARAN PERBELANJAAN

RM3779.00

11

RUMUSAN / PENUTUP

Temasya Sukan Tahunan SK Pasir Kubu bermula pada jam 2.30 petang. Temasya sukan tahunan dimulai dengan perarakan masuk kontijen-kontijen rumah sukan yang terdiri daripada Rumah Merah ( Gamma ), Rumah Biru ( Beta ) dan Rumah Kuning ( Alpha ). Majlis perasmian pembukaan dirasmikan oleh En. Azmir bin Ahmad selaku YDP PIBG SK Pasir Kubu 2015/2016. Acara sukan bermula tepat pada jam 3.20 petang.Temasya sukan pada kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kehadiran ibu bapa dan juga penduduk kampung. Hampir seratus orang hadir pada temasya sukan kali ini. Acara sukan tetap berjalan lancar walaupun keadan cuaca tidak menentu dengan turunnya hujan sekejap-sekejap.Penyampaian Anugerah Dasar Warga Emas Negara ( DWEN ) juga dijalankan bagi menghargai jasa-jasa yang disumbangkan oleh penerima kepada masyarakat setempat. Dasar Warga Emas Negara ( DWEN ) merupakan dasar kerajaan yang wajib dijalankan pada setiap tahun bagi setiap sekolah dalam Negara Malaysia. Anugerah tersebut diberikan kepada Haji Abdul Zaman Bin Ngah Iman yang merupakan Imam Masjid Kampung Pasir Kubu.Setelah acara sukan selesai, majlis penutup dirasmikan dengan jayanya oleh Encik Ahmad Zakuan Bin Haji Mohd Razi selaku Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah. Majlis penutup dihadiri oleh empat orang pegawai daripada PPD Perak Tengah iaitu Encik Ahmad Zakuan Bin Haji Mohd Razi selaku Penolong PPD Hal Ehwal Murid, Encik Razmir Bin Ahmad Nordin selaku Penyelia Hal Ehwal Murid, Encik Muhammad Fairus Bin Abdul Rahman selaku Penyelia Sukan, dan Encik Ahmad Zubir Bin Mat Johor selaku Penyelia Kokurikulum. Pihak sekolah amat berbangga dengan kehadiran semua pegawai PPD Perak Tengah kerana memberi kerjasama dan sokongan yang merupakan kehadiran teramai sepanjang tempoh 5 tahun dalam Temasya Sukan SK Pasir Kubu. Pihak sekolah juga terharu dan berbangga dengan pujian yang diberikan oleh Encik Ahmad Zakuan Bin Haji Mohd Razi kerana memberikan 9.25/10 skala markah kepada sekolah dengan perlaksanaan temasya sukan pada tahun ini. Anugerah Olahragawan pada tahun ini dirangkul oleh adik Muhammad Haikal bin Idris manakala Anugerah Olahragawati dirangkul oleh adik Nursyaza Aqilah Binti Mohd Shahimi. Adik Nurikmal Fahmi Hakim bin Mat Salleh pula menerima Anugerah Olahragawan Harapan dan adik Wan Nur Nabila Binti Mohd Rozali. Johan perbarisan dimenangi oleh Rumah Kuning iaitu Rumah Alpha manakala Rumah Merah iaitu Rumah Gamma memenangi Anugerah Rumah Tercantik. Johan keseluruhan Temasya Sukan Tahunan SK Pasir Kubu Kali Ke 51 2015 dimenangi oleh Rumah Biru iaitu Rumah Beta.Temasya sukan tamat pada jam 6.00 petang.

12LAPORAN BERGAMBARRUJUK PADA LAMPIRAN

13PENYEDIAAN LAPORAN

.( ENCIK MOHD TARMIZI BIN MUSTAFFA ) SETIAUSAHA SUKAN SK PASIR KUBU

14PENGESAHAN GURU BESAR

.(ABDUL RASID BIN ARIFFIN ) GURU BESAR SK PASIR KUBU

DOKUMENTASI BERGAMBAR SEPANJANG TEMASYA SUKAN SK PASIR KUBU 2015 Pasukan Rumah Alpha yang bertandingEn. Ahmad Zubir menyampaikan hadiah kepada pemenang

Ikrar kejohanan diketuai oleh adik Aiman HaikalEn. Azmir menyampaikan hadiah kepada murid-murid pra sekolah

En. Azmir menyampaikan Anugerah DWEN kepada Haji Abdul Zaman Bin Ngah Iman

Pasukan Rumah Gamma melakukan lintas hormat pada perarakan masuk kontijen

Rumah-rumah sukan yang bertanding pada temasya sukan 2015

En. Razmir menyampaikan Anugerah Olahrawan Harapan kepada adik Nurikmal Fahmi

En. Razmir menyampaikan Anugerah Olahrawati Harapan kepada adik Wan Nur Nabila

En. Abdul Rasid Guru Besar SKPK mengiringi En. Azmir menyampaikan Anugerah DWEN kepada Haji Abdul ZamanEn. Ahmad Zakuan Bin Haji Mohd Razi merasmikan majlis penutup pada hari temasya sukan 2015

Antara kehadiran ibu bapa dan penduduk kampung yang turut memeriahkan temasya sukan pada tahun ini.

Rumah Beta bersemangat semasa perarakan masuk kontijen ke padang

Murid-murid prasekolah bersaing dalam acara larian 30 meter

Perarakan masuk kontijen prasekolah

Mengupas kulit epal merupakan salah satu acara sukaneka bagi golongan ibu