laporan perjalanan pertandingan kuiz cari kata pendidikan perdagangan
DESCRIPTION
laporanTRANSCRIPT
LAPORAN PERTANDINGAN KUIZ CARI KATA PENDIDIKAN PERDAGANGAN 2013
1.0 PENGENALAN
Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani adalah sebagaimana matlamat yang ingin
direalisasikan oleh Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Dengan penganjuran pertandingan
kuiz perdagangan ini para pelajar dapat menukar persepsi mereka yang salah terhadap
subjek perdagangan yang mereka tanam sekian lama. Aktiviti ini dapat melakar cara baru
bagi mewujudkan rasa minat terhadap mata pelajaran perdagangan dikalangan pelajar. Yakni,
harus ditanam sejak awal lagi kerana mata pelajaran ini mempunyai pengaruh yang amat
besar dalam kehidupan murid-murid kelak.
2.0 Matlamat
Memperkembang intelek dan emosi pelajar secara positif serta memberi kesedaran
dalaman untuk belajar bersunggug-sungguh.
3.0 OBJEKTIF PROGRAM
Pertandingan ini diadakan semasa minggu teknik dan vokasional. Antara objektif
yang ingin dicapai melalui program ini adalah:
a) Meningkatkan daya pemikiran kreatif dan kritis di kalangan pelajar.
b) Menggalakkan pelajar menjana idea dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
c) Meningkatkan penguasaan pelajar terhadap istilah perdagangan.
e) Meningkatkan minat pelajar untuk subjek perdagangan.
f) Meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran perdagangan.
4.0 BUTIR-BUTIR PERLAKSANAAN
LAPORAN PERTANDINGAN KUIZ CARI KATA PENDIDIKAN PERDAGANGAN 2013
4.1 Tarikh 31 Julai 2013
4.2 Hari Rabu
4.3 Masa 8.00- 9.00 a.m
4.4 Tempat SMK Pekan Baru
5.0 ANJURAN Panitia Perdagangan
6.0 KUMPULAN SASARAN Pelajar tingkatan 4 perdagangan
7.0 KEHADIRAN 35 orang 1 orang tidak hadir
8.0 ANGGARAN BELANJAWAN
BIL BUTIRAN PENERIMAAN PEMBAYARAN1. SUMBER PENDAPATAN
i) Persatuan perdagangan RM 40.00
RM 5.00
RM 15.00
RM20.00
2. PERBELANJAAN
i) Photostat ( 40 keping )
ii) Hadiah
iii) Sijil ( 36 keping )
JUMLAH RM 40.00 RM 40.00
9.0 TENTATIF PROGRAM
Sabtu ( 22 JUN 2013)
8.00 pagi : Persediaan untuk pertandingan kuiz
8.05 pagi : Memberi taklimat tentang kuiz
8.10 pagi : Soalan diedarkan
8.40 pagi : Kertas solan dan jawapan dikutip
8.45 pagi : Jamuan
LAPORAN PERTANDINGAN KUIZ CARI KATA PENDIDIKAN PERDAGANGAN 2013
9.00 pagi : Bersurai.
10.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK PERTANDINGAN KUIZ PENDIDIKAN PERDAGANGAN 2013
Penasihat : Pn. Hjh Hanim Bt Abdullah
Penyelaras Program : Pn. Norliah binti Selamat
Setiausaha : En. Zainuddin Bin Hj. Zainal
Bendahari : Cik Marziyani binti Kamsan
Ahli Jawantankuasa : 1. En. Mohd Faizal bin Mohamed Yusof
2. Pn Rohana binti Kordzi
3. En. Hasnunir bin safar
11.0 LAPORAN PERJALANAN PERTANDINGAN KUIZ CARI KATA PENDIDIKAN PERDAGANGAN
LAPORAN PERTANDINGAN KUIZ CARI KATA PENDIDIKAN PERDAGANGAN 2013
Hari : Rabu
Tarikh: 31 Julai 2013
SEBELUM
Panitia Perdagangan Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Baru telah menganjurkan
Minggu Teknik dan Vokasional. Pelbagai aktiviti dijalankan untuk meningkatkan minat
pelajar terhadap subjek Teknik dan Vokasional. Matlamat utama program melalui aktiviti –
aktiviti yang dirancang adalah bertujuan melahirkan pelajar yang berkesan dan cemerlang ke
arah menjana inovasi dalam pendidikan. Bersempena dengan bulan teknik dan vokasional,
setiap guru mata pelajaran yang berkaitan dengan subjek dibawah panitia ini perlu
menjalankan satu pertandiangan. Mata pelajaran pendidikan perdagangan adalah salah mata
pelajaran dibawah panitia ini. Bagi persiapan awal para pelajar telah diberitahu bahawa pada
hari rabu bertarikh 31 Julai 2013 akan diadakan satu pertandingan. Pelajar - pelajar
hendaklah menyiapkan diri untuk menjawab soalan yang akan diberikan. Mereka juga
digalakkan untuk mengulangkaji pelajaran bagi memudahkan untuk menjawab soalan yang
akan diberikan nanti. Disamping itu guru mata pelajaran perdagangan akan membuat
persiapan dengan menyediakan soalan yang berkaitan dengan pertandingan kuiz mencari
kata pendidikan perdagangan. (Soalan pertandiangan kuiz mencari kata di lampiran A)
SEMASA
Para pelajar 4 Perdagangan telah bersedia untuk pertandingan kuiz cari kata pendidikan
Perdagangan. Sebelum mengedarkan kertas soalan, pelajar telah diberi sedikit taklimat oleh
guru. Selepas taklimat berakhir dan pelajar bersedia, maka guru akan mengedarkan soalan
kuiz cari kata. Pertandiangan ini mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk pelajar
menyelesaikan tugasan yang telah diberikan. Setelah itu, pelajar yang telah menyaipakn
LAPORAN PERTANDINGAN KUIZ CARI KATA PENDIDIKAN PERDAGANGAN 2013
tugasan hendaklah menghantar soalan kuiz cari kata ke hadapan. Didapati pelajar dapat
melaksanakan tugasan yang diberikan dengan mudah. Kuiz ini dijalankan untuk menunjukan
kepada mereka item-item penting yang terdapat dalam bab 6 buku teks perdagangan
tingkatan 4 iaitu pemilikan perniagaan.
SELEPAS
Secara keseluruhannya, pelajar dapat menjawap dengan betul. Terdapat tiga orang pemenang
yang dipilih kerana berjaya menyiapkan tugasan dalam masa yang awal. Antaranya Fazrul
Naim bin Mohammad, Muhammad Mustaqim bin Abdullah dan Nor Afiqah binti Mohd
Raya.
12.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, Pertandingan Kuiz Cari Kata Perdagangan ini dapat dijalankan
dengan lancar. Dengan semangat yang ditunjukkan oleh para peserta, pertandingan ini dapat
dijalankan dengan jayanya. Kerjasama yang ditunjukkan oleh para peserta serta komitmen
yang tinggi oleh AJK pelaksana juga turut membantu melancarkan lagi perjalanan program.
Ucapan ribuan terima kasih terutama kepada semua AJK yang telah bertungkus lumus
sebelum, semasa dan selepas program dijalankan. Jasa baik semua akan dikenang selamanya.
Begitu juga kepada semua peserta yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini dan tidak
ketinggalan juga ucapan jutaan terima kasih kepada Penyelaras Program, Pn. Norliah binti
Selamat kerana memberi peluang membuatpertandingan ini.
LAPORAN PERTANDINGAN KUIZ CARI KATA PENDIDIKAN PERDAGANGAN 2013
Lampiran
MILIKAN TUNGGAL STOK DIUNDANGPERKONGSIAN KEWANGAN FRANCAISSYARIKAT BERHAD SUMBER MANUSIA WARISANKOPERASI MASA AMBIL ALIHPERBADANAN AWAM PELANGGAN MEMULAKAN SENDIRIMAKLUMAT RISIKO MODALPENGURUSAN PEMBENTUKAN LIABILITIUNTUNG RUGI CUKAI BADAN KORPORAT
P S U N I G U R G N U T N U S N E V
P E L A N G G A N N A U L Y C Q T W
I B R D E P E R K O N G S I A A N Q
R A M B I L A L I H F G N E H V S R
I C H M A S A C B U W T H A O K J P
D D I U N D A N G V X S C I W M N T
N S G F O J A K L Y Z R U O A E A A
LAPORAN PERTANDINGAN KUIZ CARI KATA PENDIDIKAN PERDAGANGAN 2013
E E R M Q I P N O R A Q K N R J K R
S D T X W V U N A M I P A K I L U O
N S U M B E R M A N U S I A S M T P
A Y Z A G T S Q R H A N I X A V N R
K O P E R A S I J I M W Y K N W E O
A Z Y X F U W P K O L Z A T O U B K
L L D B E V T A M U L K A M R K M N
U C L I A B I L I T I O P S Q O E A
M B M C L N A S U R U G N E P T P D
E N D A H R E B T A K I R A Y S H A
M A E D K J F F R A N C A I S I G B
SEMASA AKTIVITI DIJALANKAN
LAPORAN PERTANDINGAN KUIZ CARI KATA PENDIDIKAN PERDAGANGAN 2013