laporan pengerusi b karnival sukan

Upload: hazwan-ahmad

Post on 03-Apr-2018

309 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Laporan Pengerusi b Karnival Sukan

    1/8

    LAPORAN PENGERUSI KUMPULAN B

    Nama : Mohd Syazwan Bin Musa

    Kursus : PIMSP Pendidikan Khas (BM)/ P.Jasmani / P. Seni Visual

    Program : Karnival Sukan dan Warisan PJM 3112 di Padang Institut Pendidikan

    Guru Kampus Kota Bharu bagi tahun 2011

    Bidang tugas Pengerusi Kumpulan B

    1. Memerhatikan dan mengetahui segala perancangan pengurusan hal-hal

    berkaitan penganjuran Karnival Sukan dan Warisan bagi kumpulan-kumpulan

    yang menguruskan sukan padang dan sukan ragam

    2. Berkolaborasi dengan ahli jawatankuasa tertinggi terutamanya pengerusi

    kedua-dua jenis sukan terbabit bagi mengenalpasti segala permasalahan

    yang berlaku bagi memberikan kelancaran perjalanan program karnival sukan

    ini.

    3. Mengetahui dan menyelaraskan segala maklumat berkaitan dengan

    pertandingan yang dijalankan oleh kedua-dua kumpulan seperti sistem

    pertandingan, pemenang, hadiah, skor mata dan sebagainya

    4. Menyampaikan segala maklumat baru dan perubahan dari pengurusan induk

    kepada kedua-dua kumpulan terbabit.

    5. Menjadi rujukan utama bagi kumpulan sukan ragam dan sukan padang dalam

    berhubungan dengan pengurusan induk.

    Sebelum Program

    Pada 23 April 2011 yang lepas, saya telah terlibat dalam satu penganjuran

    besar-besaran Karnival Sukan Dan Warisan bagi kod PJM 3112 sebagai satu kerja

    projek wajib yang telah ditetapkan dalam mata pelajaran Pengurusan dan

    Pentadbiran Pendidikan Jasmani pada semester ini dan dikelolakan oleh semua

    pelajar PISMP semester 5 yang mengambil Pendidikan Jasmani sebagai elektif

    dalam kursus. Program ini diadakan bertempat di Padang IPG Kampus Kota Bharu

    yang berlangsung selama sehari. Karnival sukan dan warisan ini menggabungkan 4

  • 7/29/2019 Laporan Pengerusi b Karnival Sukan

    2/8

    jenis sukan dalam satu karnival sukan secara besar-besaran. Antara jenis-jenis

    sukan yang terlibat dalam pengabungan ini adalah sukan tradisional (congkak dan

    galah panjang), sukan gelanggang (bola tampar), sukan padang ( futsal ) dan sukan

    ragam.

    Karnival sukan dan warisan ini adalah bertemakan sukan dan warisan

    memupuk semangat perpaduan dan warna bertemakan kuning hasil perbincangan

    pengurusan di peringkat induk. Peserta yang terlibat dalam karnival sukan ini

    mensasarkan dalam kalangan kumpulan pelajar PPISMP semester 2 dan PISMP

    semester 1 IPG Kampus Kota Bharu. Pada mulanya, karnival ini dirancang bagi

    mensasarkan peserta terlibat adalah kalangan sekolah rendah di sekitar Kora Bharu.

    Namun terdapat beberapa permasalahan berlaku, peserta yang terlibat telah diubahhasil perbincangan pengurusan induk.

    Sebelum karnival sukan dan warisan ini berlangsung, saya telah melalui

    beberapa proses dan peringkat tertentu seperti taklimat, sesi perlantikan organisasi

    pengurusan, mesyuarat dan perbincangan, pembahagian kumpulan dan penyediaan

    keperluan untuk ke persediaan karnival sukan ini. Hal ini penting kerana persediaan

    yang rapi perlu dititikberatkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang berlaku.

    Dalam Siri penganjuran Karnival Sukan dan Warisan ini, saya telah dilantik sebagai

    pengerusi kumpulan B. Tugas saya adalah memerhatikan, menyampaikan maklumat

    dari pengurusan induk dan menyelaraskan segala perjalanan pertandingan yang

    dianjurkan untuk sukan padang iaitu futsal dan sukan ragam. Sukan padang

    dianjurkan oleh kumpulan dari kelas sains, prasekolah dan pendidikan jasmani.

    Manakala sukan ragam adalah dari kelas pendidikan khas dan muzik. Saya juga

    telah menghadiri beberapa mesyuarat yang diadakan oleh kedua-dua kumpulan

    terbabit bagi mengetahui sejauhmana perjalanan gerak kerja mereka.

    Dalam proses menjalankan tugasan ini, terdapat beberapa kesulitan yang

    saya perolehi. Bagi tugasan sebagai pengerusi penyelaras kumpulan B, saya

    dikehendaki memastikan segala pengurusan sukan padang ( futsal) dan sukan

    ragam berjalan dengan lancar selaras dengan arahan pihak pengurusan induk untuk

    penganjuran sukan dan warisan ini. Dengan itu saya,saya berbincang bersama

    setiap pengerusi bagi sukan padang iaitu saudara Muhaimin dan saudara Koh How

    Ern untuk sukan warisan bagi mendapatkan semua maklumat tentang butir-butir

  • 7/29/2019 Laporan Pengerusi b Karnival Sukan

    3/8

    organisasi pengurusan, perjalanan setiap AJK yang dilantik dan permasalahan untuk

    dirujuk kepada pengurusan dengan AJK induk .

    Di pengurusan induk yang diketuai oleh saudara Nor Firdaus Zahari sebagai

    pengerusi besar karnival ini telah mengadakan kira-kira 5 mesyuarat secara rasmi

    dan diperhatikan oleh para pensyarah di Jabatan Pendidikan Jasmani sebagai

    penasihat. Selain itu, segala maklumat-maklumat hasil perbincangan bersama

    dengan pihak induk tentang karnival sukan ini perlu disampaikan kepada setiap

    pengerusi kedua-dua kumpulan terbabit bagi membuat keselarasan setiap jenis

    sukan yang dianjurkan. Antara keselarasan yang perlu untuk setiap pengurusan jenis

    sukan ialah pembahagian hadiah, makanan, peralatan, kain rentang, baju dan

    sebagainya. Saya juga perlu sentiasa peka bagi setiap perubahan maklumatberkaitan dengan karnival sukan ini bagi memberikan kelancaran kepada program

    ini. Selain itu, saya juga dipertanggungjawab untuk menguruskan pembinaan

    khemah jualan dan pintu gerbang bersama pengerusi kumpulan A iaitu saudara Alif

    Aizat atas arahan dari pengurusi besar. Khemah jualan ini perlu dibina sendiri akibat

    tidak dapat peruntukan daripada Pengarah.

    Selain itu, terdapat beberapa permasalah dari pihak pengurusan kedua-dua

    sukan ini. Antaranya ialah perhubungan ajk setiap penganjuran sukan dengan pihak

    induk. Misalnya dalam proses menadapatkan peralatan, makanan, hadiah,

    penyerahanbuku program dan sebagainya. Selain itu, kawasan penganjuran dan

    perasmian penutup juga menjadi salah satu masalah dalam penganjuran karnival

    sukan ini. peralatan yang diperolehi melalui peminjaman daripada pihak IPG. Oleh

    itu, saya bersama pengerusi kumpulan A dan pengerusi besar telah berbincang bagi

    mnyelesaikan masalah ini.

    Selain itu, setiap jenis sukan yang dianjurkan diwakili oleh seorang pensyarah

    pembimbing dari Jabatan Pendidikan Jasmani. Bagi sukan ragam, Encik Wan Zamri

    telah dilantik untuk membimbing sukan ini manakala bagi permainan futsal dibimbing

    oleh Encik Khairul. Segala permasalahan berkaitan dengan sistem atau peraturan

    permainan boleh dirujuk kepada pensyarah terbabit. Karnival Sukan Dan Warisan ini

    juga telah mendapat tajaan oleh pihak Milo Nestle dari Cawangan Wilayah Pantai

    Timur. Sebelum berlangsungnya hari penganjuran sukan ini, setiap ajk telah

    membuat persediaan dalam persiapan tempat pertandingan.

  • 7/29/2019 Laporan Pengerusi b Karnival Sukan

    4/8

    Semasa Program

    Semua ahli jawatankuasa dalam penganjuran karnival sukan ini memulakan

    tugasan kerja penganjuran pada 23 april 2011 iaitu bersamaan dengan hari sabtu

    pada tepat pada pukul 8.00 pagi. Perjalanan karnival sukan ini mengambil masa

    selama 1 hari iaitu tamat pada jam 4.30 petang. Pada hari sebelum pertandingan

    dimulakan, semua AJK telah membuat persiapan dan bekerjasama untuk membuat

    persiapan rapi terhadap kawasan pertandingan yang telah dirancang. Antaranya

    persiapan yang dilakukan ialah pembinaan gelanggang, pengurusan keperluanperalatan dan membuat kecerian kawasan pertandingan dan sebagainya. Semasa

    melakukan kerja itu saya dapat melihat semangat kerjasama dikalangan rakan-rakan

    dan ini telah mengeratkan lagi tali silaturrahim antara kami secara tidak langsung.

    Saya berasa sangat gembira kerana diberi peluang yang seumur hidup saya tidak

    pernah saya impikan. Sistem bertali dalam memunggah alatan ini telah

    menampakkan ciri-ciri pembangunan insan guru yang berkualiti dan sebahagian

    objektif program telah menampakkan hasilnya.

    Melalui sesi pendaftaran peserta semasa karnival sukan ini, terdapat

    beberapa kelas tidak dapat menghadirkan diri dalam pertandingan yang dijalankan.

    Bagi sukan ragam, terdapat satu kelas iaitu kelas TESEL 5 tidak dapat hadir tanpa

    sebarang alasan. Manakala bagi sukan padang iaitu permainan futsal, kelas TESEL

    3 tidak dapat hadir. Sebelum setiap pertandingan dimulakan, para peserta akan

    diberikan taklimat tentang pengiraan markah, undang-undang dan peraturan serta

    pertandingan yang dijalankan oleh setiap AJK pertandingan. Kemudian, mereka

    akan dibawa sesuatu tempat untuk sesi pemanasan badan.

    Semasa penganjuran Karnival Sukan Ini berlansung pada sesi pagi, bagi

    sukan ragam setiap kumpulan perlu bermain 4 stesyen jenis permainan bagi

    mengutip sebanyak mungkin markah yang telah ditetapkan. Manakala bagi futsal,

    acara yang dijalankan adalah diperingkat kumpulan dan suku akhir. Segala

    perjalanan penganjuran sukan ragam dan sukan padang (futsal) adalah lancar dan

    baik. Namun terdapat beberapa masalah, antaranya adalah masa perjalanan

  • 7/29/2019 Laporan Pengerusi b Karnival Sukan

    5/8

    pertandingan di sebelah pagi perlu dijalankan secara lambat bagi mengelakkan

    penganjuran pada waktu pagi habis awal. Oleh itu, kami dipihak pengurusan induk

    telah bersepakat untuk mencipta 2 permainan terbuka untuk semua peserta.

    Permainannya ialah kemahiran menimbang bola bagi lelaki dan mengelecek bola

    secara pantas untuk golongan perempuan.

    Pada sebelah petang, acara yang diadakan untuk sukan ragam adalah satu

    jenis permainan manakala untuk permainan futsal adalah peringkat separuh akhir

    dan akhir serta tempat ketiga dan keempat. Melalui tugas sebagai pengerusi

    kumpulan B, saya perlu sentiasa bergerak diantara sukan ragam dan sukan padang

    bagi memastikan suasana pertandingan berjalan dengan lancar tanpa berlaku

    sebarang masalah. Saya juga akan menyampaikan maklumat-maklumat penting jikaterdapat perubahan daripada pihak induk. Dengan itu, kemahiran komunikasi yang

    tinggi terhadap rakan-rakan pengurusan organisasi dalam 2 jenis sukan penting bagi

    memastikan keberkesanan dalam pengurusan penganjuran karnival sukan pada kali

    ini.

    Saya amat berbangga kerana para peserta dan semua rakan AJK mempunyai

    semangat kerjasama tinggi dalam menjayakan program yang dijalankan. Sebelum

    acara penutupan diadakan, wakil pengarah iaitu Dr Mohd Aziz Bin Mohd Din dan

    ketua jabtan pendidikan jasmani telah melawat ke lokasi pertandingan yang telah

    dijalankan.Selepas selesai semua acara yang dipertandingkan, majlis penutupan

    telah diadakan. Dalam majlis ini, pihak institut telah menghantar wakil Pengarah IPG

    Kampus Kota Bharu iaitu Timbalan Pengarah DR Mohd Aziz Bin Mohd Din bagi

    merasmikan penutupan program ini. Dalam majlis ini, timbalan pengarah telah

    mengingatkan tentang nilai-nilai insan keguruan yang perlu ada dalam setiap diri

    guru pelatih dalam pengurusan dan mentadbir dalam sesuatu program terutamanya

    dalam bidang sukan. Setelah beberapa orang jemputan memberikan ucapan

    termasuk pengerusi besar karnival sukan dan ketua jabatan PJ, maka majlis beralih

    ke penyampaian hadiah dan cenderahati.

    Setelah selesai majlis tersebut, kami semua bekerjasama mengemaskini

    tempat dan membersihkan kawasan aktiviti. Semua peralatan yang digunakan

    semasa aktiviti dan majlis penutupan telah dibersihkan dan disusun ditempat yang

    sesuai. Semua kekotoran sampah di sekitar tempat program telah kami bersihkan

  • 7/29/2019 Laporan Pengerusi b Karnival Sukan

    6/8

    dengan baik. Di sini saya dapat melihat ikatan yang erat bersama rakan-rakan dalam

    membuat tugasan. Kami juga sempat beramah mesra dan menimba pengalaman

    bersama pihak pentadbiran IPG dan pensyarah di Jabatan Pendidikan Jasmani

    terutamanya pensyarah pembimbing saya iaitu Encik Wan Zamri Bin Wan Muhamad.

    Selepas selesai, kami pun bergambar bersama pensyarah , semua AJK yang terlibat

    dan peserta sebagai tanda kenang-kenangan.

    Saya sangat gembira kerana bersama dengan rakan-rakan dapat

    memperolehi pengalaman dan pengetahun baru berkaitan tauladan, nilai-nilai yang

    baik yang diaplikasikan oleh pengurusan dalam penganjuran karnival sukan ini.

    Antara salah satu nilai baik adalah secara keseluruhannya karnival sukan ini sangat

    ceria dan kondusif dan menerima tajaan daripada syarikat MILO NESTLE.Keseluruhan aktiviti ini selesai tepat jam 5 petang. Setelah itu, kami pun pulang ke

    kediaman masing-masing. Banyak pengalaman yang saya dapat dalam program

    Karnival Sukan Dan Warisan PJM 3112 untuk subjek pengurusan dan pentadbiran

    pendidikan jasmani pada kali terakhir untuk kursus elektif ini.

    Selepas Program

    Selepas selesai aktiviti dalam program, kami diberikan taklimat olehpensyarah pembimbing berkaitan dengan penyediaan laporan setiap AJK program

    ini. Semua peralatan yang digunakan dikemaskini dan dibersihkan dan dipulangkan

    ditempat yang sepatutnya. Senarai semak dibuat bagi mengenalpasti kekuatan,

    kelemahan dan penambahbaikkan program ini. Semua peralatan yang digunakan

    dalam program ini adalah berada dalam keadaan baik dan sempurna.

    Kekuatan Program

    1. Mempunyai pengurusan orgnisasi induk yang mantap majoritinya ialah lelaki

    dan diketuai oleh seorang pengerusi yang berkaliber.

    2. Mendapat tajaan oleh pihak syarikat Milo Nestle Cawangan Pantai Timur

    3. Segala keperluan program dari segi hadiah, makanan, peralatan dan

    sebagainya dapat diuruskan dengan baik sekali

    4.Perjalanan persiapan aktiviti penganjuran pertandingan kedua-dua jenis sukanini berjalan lancar tanpa berlaku sebarang bantahan.

  • 7/29/2019 Laporan Pengerusi b Karnival Sukan

    7/8

    5. Pihak pentanbiran IPG terutamnya Pengarah menyokong sepenuhnya

    terhadap Karnival yang dijalankan.

    6. Semua AJK terlibat menunjukkan komitmen yang tinggi menjalankan tugas.

    7. Terdapat sambutan yang tinggi dari khemah jualan.

    8. Persembahan semasa majlis penutup adalah sangat menarik

    Kelemaham Program

    1. Pihak IPGM Kampus Kota Bharu tidak dapat menyediakan atau meminjamkan

    perlatan PA system yang standard, perkara ini menyebabkan pihak penganjur

    terpaksa menyewa dari pihak luar.

    2. Peruntukan Khemah tidak cukup dan memerlukan inisiatif untuk membina

    khemah sendiri

    3. Perjalanan pertandingan pada waktu pagi telah dilaksanakan terlalu awal dan

    boleh mengakibatkan peserta boleh pulang awal dan karnival ini tidak akan

    meriah.

    4. Sistem parking kereta motor tidak teratur menyebabkan masalah kepada

    pihak penganjur.

    Penambahan Program

    1. Pihak pengurusan induk telah mengambil inisiatif untuk menyewa pembesar

    suara daripada pihak luar sebagai usaha untuk memperbaiki masalah PA

    sistem yang tidak dapat menyampaikan maklumat yang jelas semasa aktiviti

    Karnival Sukan yang dijalankan dijalankan.

    2. Pihak pengurusan induk telah mengambil inisiatif untuk membina khemah

    seperti khemah jualan dan khemah makanan untuk VIP bagi mengatasi

    masalah kekurangan khemah.

    3. Pihak pengurusan induk telah mengambil inisiatif dengan mencipta beberapa

    permainan bagi melengahkan masa untuk para peserta disebelah pagi.

  • 7/29/2019 Laporan Pengerusi b Karnival Sukan

    8/8

    4. Pihak pengurusan perlu mencari lebih banyak tajaan bagi memeriahkan

    Karnival Sukan ini

    Yang benar,

    ......................................

    (Mohd Syazwan Bin Musa)

    Pengerusi Kumpulan B

    Karnival Sukan Dan Warisan PJM 3112