laporan pelaksanaan internship

Upload: eugene-sim

Post on 06-Jan-2016

10 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Internship

TRANSCRIPT

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP1. Kekuatan Pertandingan ini mempunyai peraturan yang lengkap berkaitan dengan isu-isu pertandingan serta cara-cara untuk menentukan pemenang. Sebelum pertandingan bermula, semua penjaga kelas mampu menerangkan peraturan pertandingan kepada semua peserta dengan amat jelas. Selain itu, penjaga kelas turut mampu menerangkan cara penentuan pemenang kepada semua peserta dengan poster-poster yang disediakan supaya semua peserta benar-benar memahami peraturan pertandingan ini. Semua alatan telahpun disediakan pada masa yang ditetapkan malah keadaan alatan turut berada pada tahap yang amat baik. Soalan pertandingan telah digubal seminggu lebih awal supaya dihantar untuk disemak oleh guru pembimbing kami. Di samping itu, kertas soalan turut dihantar untuk difotostat lebih awal supaya kami mampu mendapatkan kertas soalan dengan lebih cepat demi mengelakkan sebarang masalah yang mungkin berlaku. Kualiti kertas soalan yang difotostat adalah baik dan jelas. Dengan ini, semua peserta mampu melihat dan menjawab kertas soalan dengan baik tanpa sebarang gangguan. Di samping itu, bilangan kertas soalan yang difotostat adalah mencukupi dan tidak melebihi kuantiti yang diperlukan. Justeru itu, kami mampu mengelakkan sebarang pembaziran dari segi duit serta sumber. Bilangan soalan yang ditetapkan adalah sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Semua murid mampu menyiapkan semua soalan yang terkandung dalam kertas soalan dalam masa yang ditetapkan. Selain itu, masa yang diperuntukkan turut membolehkan peserta menyemak semula jawapan mereka demi mencapai keputusan yang baik.

2. Kelemahan Soalan yang digubal adalah tidak begitu sesuai dengan murid-murid yang lebih lemah. Murid-murid yang lebih lemah berasa sukar untuk menjawab soalan malah hilang minat untuk mendapatkan keputusan yang baik. Hal ini demikian kerana sesetengah murid yang lebih lemah mungkin mengalami kesukaran untuk membaca dan memahami soalan yang digubal. Bukan semua murid Tahun 6 mampu menyertai pertandingan ini. Hal ini demikian kerana terdapat aktiviti-aktiviti lain yang melibatkan sebilangan kecil murid Tahun 6. Oleh yang demikian, adalah tidak adil bagi murid-murid yang tidak mampu menyertai pertandingan ini.

3. Cadangan Penambahbaikkan Penganjur haruslah mendapatkan maklumat tentang semua murid Tahun 6 yang tidak mampu menyertai pertandingan terlebih dahulu malah menetapkan masa yang lain untuk membolehkan murid-murid tersebut menjawab kertas soalan. Dengan ini, adalah lebih adil bagi murid-murid yang tidak mampu berada di dalam kelas apabila pertandingan dijalankan. Selain itu, soalan yang digubal haruslah sesuai dengan tahap kefahaman murid-murid. Murid-murid telahpun diagihkan kepada 2 tahap malah kertas soalan yang digubal turut harus dibahagikan kepada 2 tahap yang berbeza. Dengan ini, mampu menjamin murid-murid yang lebih lemah mempunyai minat dan kebolehan untuk menjawab soalan.