laporan panitia pendidikan jasmani & kesihatan 2014

4
SK SRI DHANDAYUTHAPANI, JALAN IPOH,KUALA LUMPUR. LAPORAN TAHUNAN PANITIA : PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN KETUA : MUHAMMAD HAFIZ BIN MOHAMAD ASHHAR SETIAUSAHAHA : KHAIRI BIN ISMAIL AJK : CIK NORAZMIRA BINTI OTHMAN PENGENALAN : Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan ditubuhkan bertujuan membentuk murid-murid yang seimbang daripada segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sahsiah melalui proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di dalam dan di luar kelas. Panitia ini juga sentiasa mantap dalam menyampaikan kurikulum baru sekolah iaitu KSSR yang ketika ini telah didedahkan kepada murid tahun 5 pada tahun 2015 akan datang. Aktiviti yang dirancang oleh panitia ini sentiasa mendapat sambutan terbaik daripada murid-murid bagi membina perkembangan psikomotor, kognitif dan afektif mereka.

Upload: muhammad-hafiz-mohamad-ashhar

Post on 22-Jul-2015

90 views

Category:

Education


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan panitia pendidikan jasmani & kesihatan 2014

SK SRI DHANDAYUTHAPANI,

JALAN IPOH,KUALA LUMPUR.

LAPORAN TAHUNAN PANITIA :

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

KETUA : MUHAMMAD HAFIZ BIN MOHAMAD ASHHAR

SETIAUSAHAHA : KHAIRI BIN ISMAIL

AJK : CIK NORAZMIRA BINTI OTHMAN

PENGENALAN :

Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan ditubuhkan

bertujuan membentuk murid-murid yang seimbang daripada segi intelek,

rohani, emosi, jasmani dan sahsiah melalui proses pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan

Kesihatan di dalam dan di luar kelas. Panitia ini juga sentiasa mantap

dalam menyampaikan kurikulum baru sekolah iaitu KSSR yang ketika ini

telah didedahkan kepada murid tahun 5 pada tahun 2015 akan datang.

Aktiviti yang dirancang oleh panitia ini sentiasa mendapat sambutan

terbaik daripada murid-murid bagi membina perkembangan psikomotor,

kognitif dan afektif mereka.

Page 2: Laporan panitia pendidikan jasmani & kesihatan 2014

AKTIVITI TAHUNAN :

a) Kejohanan Sukan Tahunan SKSD

b) Klinik Kelab Badminton SKSD

c) Klinik Model Bunker And Thorpe

d) Hari Kokurikulum SKSD

AKTIVITI YANG DIJALANKAN :

a) Kejohanan Sukan Tahunan SKSD

Kejohanan ini dilaksanakan setiap tahun yang melibatkan semua

murid dan guru bagi melahirkan warga sekolah yang sentiasa

mengamalkan gaya hidup yang sihat dan memberi pendedahan

awal kepada murid pengalaman berada di dalam suatu kejohanan

sukan yang besar.

b) Klinik Kelab Badminton SKSD

Klinik kelab Badminton ini dilaksanakan kepada murid tahun 3,4,5

dan 6 bagi meningkatkan kemahiran bermain badminton murid-

murid di samping melahirkan semangat daya saing yang sihat di

antara murid-murid.

c) Klinik Model Bunker And Thorpe

Klinik ini dijalankan kepada murid tahun 1 dan 2 untuk membina

perkembangan psikomotor kasar dan halus murid-murid ke tahap

optimum.

d)Hari Kokurikulum SKSD

Program ini melibatkan 1 Murid 1 Sukan dan 3 permainan yang

dipilih oleh panitia iaitu futsal, badminton dan bola jaring.

Page 3: Laporan panitia pendidikan jasmani & kesihatan 2014

KEKUATAN :

a) membina kerjasama yang jitu di antara guru-guru dalam merancang

dan seterusnya melaksanakan program dengan efektif dan produktif.

b) memberi pengalaman kepada murid menimba ilmu dan terlibat secara

langsung dalam sesuatu acara sukan.

KELEMAHAN :

a) kekurangan guru menyebabkan seorang guru perlu melaksanakan

dua hingga tiga tugas yang berlainan dalam satu program.

b) peruntukan kewangan yang terhad membataskan perjalanan aktiviti

bagi program yang dijalankan.

PENAMBAHBAIKAN :

a) memberi ruang dan masa yang lebih kepada panitia PJK bagi

mengelola dan merancang program.

AKTIVITI YANG TIDAK DAPAT DIJALANKAN :

- TIADA –

RANCANGAN /AKTIVITI TAHUN 2015 :

a) Kejohanan Sukan Tahunan SKSD

b) Klinik Kelab Badminton SKSD

c) Klinik Model Bunker And Thorpe

d) Hari Kokurikulum SKSD

Page 4: Laporan panitia pendidikan jasmani & kesihatan 2014

RUMUSAN :

Secara keseluruhannya, Panitia Pendidikan Jasmani dan Panitia

Pendidikan Kesihatan sentiasa memandang serius mengenai

perkembangan dan peningkatan murid dalam aspek intelek, rohani,

emosi, jasmani dan sahsiah seperti mana yang di sarankan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia ketika ini. Kerjasama daripada pihak

guru-guru dan pentadbiran SK Sri Dhandayuthapani membolehkan

segala urusan dan program yang dirancang oleh panitia mencapai

sasaran yang diinginkan. Di harapkan kerjasama yang erat ini dapat

dipertingkatkan pada tahun hadapan bagi melahirkan insan yang

cemerlang, gemilang dan terbilang dalam semua aspek.

Disediakan Oleh :

(MUHAMMAD HAFIZ BIN MOHAMAD ASHHAR)

Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Panitia Pendidikan Kesihatan

SK Sri Dhandayuthapani, Kuala Lumpur

Disahkan Oleh :

(CHE SITI WAN KEMALA BINTI WAN ISMAIL)

GPK Tadbir dan Kurikulum

SK Sri Dhandayuthapani, Kuala Lumpur