laporan ldk 1

2
Laporan Program Bina Insan Guru Fasa IV (Latihan Dalam Kumpulan 1) Program Bina Insan Guru (BIG) adalah program wajib yang harus disertai oleh para guru pelatih di Institut Pendidikan Guru. Ianya adalah sebagai salah satu aktiviti untuk melatih guru untuk membentuk ciri-ciri seorang guru dalam diri mereka dan membantu mereka bergaul dengan masyarakat di sekeliling mereka. Oleh sebab itulah ianya diadakan sebelum para guru pelatih keluar untuk menjalani aktiviti Kembara Sosial di kawasan perkampungan Bagi program BIG Fasa IV untuk Latihan Dalam Kumpulan (LDK 1) ini, ianya telah diadakan pada 29 Ogos 2013 iaitu hari khamis jam 8.00 malam sehingga 11.00 malam, bertempat di Balai Ilmu Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn(IPGKTHO). Penceramah yang telah dijemput bagi LDK 1 ini ialah penceramah dari IPGKTHO sendiri iaitu En. Saiful Lizam bin Suparman. Beliau merupakan penceramah pada malam itu. Sebelum bermulanya aktiviti, ianya dimulai dengan doa terlebih dahulu, maka doa pembukaan telah dibaca oleh saudara Syed Ali Bin Syed Abdullah Thani. Setelah itu, barulah aktiviti dimulakan. Aktiviti yang dilakukan dalam LDK 1 ini ialah berkaitan dengan Kemahiran Intrapersonal iaitu dimana rakan sendiri akan membuat penilaian terhadap diri kita. Mula-mula, penceramah menyuruh para guru pelatih duduk berdua- dua bersama rakan mereka yang paling rapat dengan diri mereka. Walaupun ianya kelihatan seperti aktiviti biasa, tetapi ianya merupakan aktiviti yang amat menyeronokkan. Setelah itu kaunselor memberi kertas A4 setiap seorang satu dan kertas tersebut dilekat pada belakang badan rakan mereka dengan menggunakan Solatape . Setelah itu, barulah para guru pelatih disuruh untuk menulis bergilir-gilir untuk menerangkan kelebihan dan kelemahan rakan mereka. Yang menariknya, para guru pelatih tidak dibenarkan untuk melihat terus apakah yang ditulis oleh rakan mereka mengenai diri mereka. Sebaliknya, setelah setiap pasangan selesai menulis kebaikan dan kelemahan rakan-rakan masing-masing barulah kertas tersebut boleh diambil dan di baca. Secara keseluruhannya, melalui aktiviti ini pelajar dapat membuat refleksi diri tentang kebaikan dan kelemahan diri

Upload: azfar-afandi-n

Post on 12-Jan-2016

228 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

k

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan LDK 1

Laporan Program Bina Insan Guru Fasa IV (Latihan Dalam Kumpulan 1)

Program Bina Insan Guru (BIG) adalah program wajib yang harus disertai oleh

para guru pelatih di Institut Pendidikan Guru. Ianya adalah sebagai salah satu aktiviti

untuk melatih guru untuk membentuk ciri-ciri seorang guru dalam diri mereka dan

membantu mereka bergaul dengan masyarakat di sekeliling mereka. Oleh sebab itulah

ianya diadakan sebelum para guru pelatih keluar untuk menjalani aktiviti Kembara

Sosial di kawasan perkampungan Bagi program BIG Fasa IV untuk Latihan Dalam

Kumpulan (LDK 1) ini, ianya telah diadakan pada 29 Ogos 2013 iaitu hari khamis jam

8.00 malam sehingga 11.00 malam, bertempat di Balai Ilmu Institut Pendidikan Guru

Kampus Tun Hussein Onn(IPGKTHO).

Penceramah yang telah dijemput bagi LDK 1 ini ialah penceramah dari

IPGKTHO sendiri iaitu En. Saiful Lizam bin Suparman. Beliau merupakan penceramah

pada malam itu. Sebelum bermulanya aktiviti, ianya dimulai dengan doa terlebih dahulu,

maka doa pembukaan telah dibaca oleh saudara Syed Ali Bin Syed Abdullah Thani.

Setelah itu, barulah aktiviti dimulakan. Aktiviti yang dilakukan dalam LDK 1 ini ialah

berkaitan dengan Kemahiran Intrapersonal iaitu dimana rakan sendiri akan membuat

penilaian terhadap diri kita.

Mula-mula, penceramah menyuruh para guru pelatih duduk berdua-dua bersama

rakan mereka yang paling rapat dengan diri mereka. Walaupun ianya kelihatan seperti

aktiviti biasa, tetapi ianya merupakan aktiviti yang amat menyeronokkan. Setelah itu

kaunselor memberi kertas A4 setiap seorang satu dan kertas tersebut dilekat pada

belakang badan rakan mereka dengan menggunakan ‘Solatape’. Setelah itu, barulah

para guru pelatih disuruh untuk menulis bergilir-gilir untuk menerangkan kelebihan dan

kelemahan rakan mereka. Yang menariknya, para guru pelatih tidak dibenarkan untuk

melihat terus apakah yang ditulis oleh rakan mereka mengenai diri mereka. Sebaliknya,

setelah setiap pasangan selesai menulis kebaikan dan kelemahan rakan-rakan masing-

masing barulah kertas tersebut boleh diambil dan di baca. Secara keseluruhannya,

melalui aktiviti ini pelajar dapat membuat refleksi diri tentang kebaikan dan kelemahan

diri masing-masing demi untuk memajukan diri sendiri. Selain itu, dapabila diperhatikan,

semua pelajar begitu seronok ketika aktiviti ini dijalankan.

Page 2: Laporan LDK 1

Apabila selesai, penceramah telah meminta beberapa orang guru pelatih untuk

tampil kehadapan dan berkongsi mengenai apa yang telah ditulis oleh rakannya tadi.

Melalui aktiviti ini, para guru pelatih dapat membuat refleksi diri mengenai sikap yang

ada pada diri masing-masing yang mana mungkin kadang-kala membuatkan rakan-

rakan berasa tidak selesa untuk mendekati diri kita. Walaupun apa yang ditulis rakan-

rakan itu mungkin agak kurang menyenangkan, tetapi sebagai bakal guru, kita haruslah

berfikiran terbuka dan menerima nasihat atau pendapat orang lain tentang diri kita demi

untuk memajukan diri kita. Hal ini demikian kerana jikalau tidak, kita akan masih berada

di takuk lama lagi.

Kesimpulannya, walaupun LDK 1 ini diadakan dalam jangka waktu yang singkat

dek kekangan waktu yang ada, namun setiap guru pelatih mendapat sesuatu untuk

meningkatkan lagi diri mereka disamping mengembangkan potensi diri mereka. Justeru

itu, aktiviti seperti ini adalah sangat bermanfaat kerana selain belajar pedagogi sahaja,

seorang bakal guru juga haruslah melibatkan diri dengan aktiviti lain untuk memajukan

diri mereka.