laporan lawatan teknikal ahli jawatankuasa … documents/dokumen... · gambaran umum tentang...

80
Tokyo Kyoto Osaka Rotina binti Mohd Daik; Mohd Nasir bin Mohamed; Mohd Nazeiree bin Lep JABATAN LANDSKAP NEGARA KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN Disediakan oleh: LAPORAN LAWATAN TEKNIKAL AHLI JAWATANKUASA KERJA AKTA LANDSKAP JABATAN LANDSKAP NEGARA KE JEPUN 25 HINGGA 29 JUN 2012

Upload: doankiet

Post on 21-Mar-2019

273 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Tokyo Kyoto Osaka

Rotina binti Mohd Daik; Mohd Nasir bin Mohamed; Mohd Nazeiree bin LepJABATAN LANDSKAP NEGARAKEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Disediakan oleh:

LAPORAN LAWATAN TEKNIKAL AHLI JAWATANKUASA KERJA AKTA LANDSKAP 

JABATAN LANDSKAP NEGARA KE JEPUN 25 HINGGA 29 JUN 2012

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Muka surat1 Pendahuluan

1.1 Tujuan Lawatan 11.2 Objektif Lawatan 11.3 Latar Belakang Lokasi Lawatan 2-3

2 Taklimat Akta Landskap Jepun oleh ‘Ministry of Land, Infrastructure, Transportation and Tourism, Japan’ (MLIT)2.1 Latar Belakang 42.2 Kandungan Umum 5

3 Lawatan Teknikal3.1 Kyoikunomori Park, Tokyo 133.2 Koishikawa Botanical Garden, Tokyo 173.3 Tokyo Imperial Palace East Garden, Tokyo 213.4 Pusat Bandar Kyoto 253.5 Kyoto Gyoen National Garden, Kyoto 313.6 Kyoto Gion District, Kyoto 363.7 Chion-In Temple, Kyoto 413.8 Maruyama Park, Kyoto 463.9 Osaka Castle Park, Osaka 50

4 Kawasan Landskap4.1 Landskap Pinggiran Jalan 554.2 Taman Poket 574.3 Landskap Pinggiran Sungai / Promenade 594.4 Landskap Kawasan Perindustrian 624.5 Landskap Premis Milik Individu 634.6 Kemudahan Keselamatan Taman 66

5 Rumusan 71

ISI KANDUNGAN

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan i

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

1.0 PENDAHULUAN

Pembangunan landskap Negara mula mendapat perhatian dari pihak Kerajaan melaluipenubuhan Jabatan Landskap Negara (JLN) pada 1 Januari 1996. Penubuhan JLN telahmembantu pembentukan halatuju pembangunan landskap secara lebih komprehensifdan menyeluruh sesuai dengan tujuan penubuhannya sebagai agensi yangbertanggungjawab mengawal selia perancangan dan pembangunan landskap Negara.

Dasar Landskap Negara diluluskan oleh Kerajaan pada 22 Disember 2010 yangkemudiannya dilancarkan secara rasmi pada 30 September 2011 menjadi pemangkinkepada pencapaian persekitaran kehidupan yang berkualiti dan menyeluruh selarasdengan matlamatnya untuk menjadikan ‘Malaysia Negara Taman Terindah MenjelangTahun 2020’. Matlamat ini dapat direalisasikan secara lebih tersusun serta mampansifatnya melalui penggubalan akta khusus bagi mengawalselia perancangan,pembangunan dan pengurusan landskap.

Akta khusus berkaitan landskap merupakan sesuatu yang masih baru di rantau ini.Justeru, untuk mendapatkan suatu asas yang kukuh dalam penetapan kandungan umumakta yang memenuhi dan menepati keperluan kesemua pihak, rujukan perlu dibuatterhadap negara yang telah menguatkuasakan akta berkaitan. Hal ini membolehkanpendekatan yang bersesuaian dapat diambil dalam menggubal akta landskap yangkomprehensif dan praktikal. Sehubungan dengan itu, satu lawatan teknikal ke negaraJepun yang telah menguatkuasakan Akta Landskap sejak tahun 2004 telah diadakanpada 25 hingga 29 Jun 2012. Delegasi lawatan dianggotai oleh pegawai dari JabatanLandskap Negara iaitu:

i) Puan Hjh. Rotina binti Mohd Daik (Ketua Delegasi Lawatan)ii) Encik Mohd Nasir bin Mohamediii) Encik Mohd Nazeiree bin Lep

1.1 TUJUAN LAWATANLawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap diadakan di Jepun bertujuanuntuk membuat pemerhatian, mempelajari dan membuat perbandingan ringkastentang perkembangan pembangunan landskap di negara berkenaan melaluipelaksanaan ‘Japan Landscape Act’ pada tahun 2004.

1.2 OBJEKTIF LAWATANObjektif lawatan ini diadakan adalah untuk:

mendapatkan perkongsian pengalaman dari pihak yang berautoriti berkenaan‘Japan Landscape Act’ untuk dijadikan panduan dan rujukan dalam usahapenggubalan Akta Landskap di Malaysia;meluaskan pengetahuan dan meningkatkan kepakaran pegawai dalam aspekperundangan landskap dengan menjadikan Jepun sebagai model rujukan;

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

1

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

1.3 LATAR BELAKANG LOKASI LAWATANJepun atau diungkapkan sebagai Nippon atau Nihon olehwarga tempatan, adalah merupakan sebuah negarakepulauan yang terletak di Asia Timur dan berjiran dengannegara China, Korea Utara, Korea Selatan, Rusia danTaiwan. Negara ini terbentuk dari gugusan kepulauan yangberjumlah 6,852 pulau. Terdapat empat pulau terbesar iaituHonshu, Hokkaido, Kyushu dan Shikoku, yang merangkumikeluasan kira-kira 97 peratus Negara Jepun. Keluasankeseluruhan Jepun ialah 377 835 km².

Bilangan penduduk Jepun merupakanyang kesepuluh tertinggi di duniadengan jumlah penduduk hampir127,000,000 orang. Daripada jumlahtersebut, kawasan Greater HonshuTokyo, yang termasuk ibu kota Tokyodan beberapa wilayah sekitarnya,adalah merupakan kawasanmetropolitan terbesar di dunia, denganlebih 30 juta penduduk mendiamikawasan tersebut. Kemajuan teknologidan kepelbagaian sektor perindustriandi Jepun telah meletakkan kedudukanekonomi negara tersebut sebagaiyang ketiga tertinggi di dunia dan ditangga keempat dalam pasaran importdan eksport.

Dalam urusan pentadbiran, negara Jepun dibahagikan kepada 47 wilayah(perfecture) yang setiap satunya ditadbir oleh gabenor, badan perundangan danpentadbiran yang dipilih.Setiap wilayah ini seterusnya dibahagikan kepada bandaraya,bandar dan kampung-kampung yang ditadbir oleh Pihak Berkuasa Tempatan(municipality) yang tersendiri mengikut kawasan pentadbiran masing-masing.

Wilayah-wilayah yang telah dipilih untuk dilawati dalam rangka lawatan teknikalselama lima (5) hari yang telah dirancangkan ini adalah Tokyo, Kyoto dan Osaka.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

2

Bendera negara Jepun

Peta negara Jepun

membuat pemerhatian terhadap pembangunan landskap di negara Jepunterutama dari segi perancangan landskap, pembangunan taman, infrastruktur hijaudan kualiti pengurusan landskap; danmelaksanakan kajian perbandingan ringkas hasil temuan terhadap pemerhatianyang dibuat sebagai pertimbangan dalam penggubalan Akta Landskap.

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Pelan wilayah-wilayah (perfecture) yang terdapat di Jepun

Tokyo

Osaka

Kyoto

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

3

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

2.0 TAKLIMAT AKTA LANDSKAP JEPUN OLEH MLIT, JAPAN

Sesi taklimat ini telah diatur melalui pihak KedutaanMalaysia di Tokyo yang bertujuan untukmendapatkan perkongsian pengalaman dangambaran umum tentang pelaksanaan akta khususberkaitan landskap di Jepun. Taklimat telahdisampaikan oleh Encik Naoto Hayashi yangmewakili pihak Ministry of Land, Infrastructure,Transportation and Tourism, Japan (MLIT).Medium bahasa yang digunakan adalah BahasaJepun yang kemudiannya diterjemahkan oleh CikHiromi Rokuta.

Sesi taklimat di MLIT, Japan

Kemuncak kepada tercetusnya usaha untuk menggubal Akta Landskap Jepun ini berlakuapabila terdapat kes mahkamah melibatkan orang awam yang menuntut supaya sebuahbangunan kondominium (Kunitachi Mansion) dirobohkan atas alasan mengganggu kualitilandskap setempat. Walau bagaimanapun, tuntutan tersebut telah diketepikan, namunpihak Mahkamah Tinggi Jepun yang membicarakan kes tersebut mencadangkan supayadigubal akta khusus untuk melindungi kepentingan landskap negara Jepun.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

4

Pihak MLIT merupakan agensi pusat yang bertanggungjawab dalam urusan berkaitanlandskap telah merangka dasar ‘Beautiful Nation’ pada Julai 2003 yang menggariskanpelan tindakan menjadikan Jepun sebagai sebuah Negara yang indah bagimeningkatkan pembangunan ekonomi berasaskan pelancongan. Dasar tersebutturut menggariskan keperluan untuk membangunkan sistem perundangan yangkomprehensif dan sistematik bagi menggalakkan pemeliharaan dan pembentukanpemandangan yang berkualiti.

Bangunan Kondominium ‘Kunitachi Mansion yang menjadi pertikaian.

2.1 LATAR BELAKANG PENGGUBALAN AKTALANDSKAP JEPUN

Sebagai negara ketiga tertinggi di dunia darisegi ekonomi, pembangunan danpertumbuhan negara Jepun adalah sangatpesat sehinggakan penekanan terhadapaspek landskap kurang mendapat perhatian.Berdasarkan hal ini, Pihak BerkuasaTempatan (PBT) (municipality) telahmenggubal ordinan masing-masing yangbertujuan untuk melindungi kepentinganlandskap. Bilangan PBT yangmembangunkan ordinan masing-masing kianbertambah dari semasa ke semasa.

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Dalam hal ini, pihak MLIT telah mengambil tiga (3) langkah perlu iaitu:Menggubal Akta LandskapSemakan semula perundangan dan sistem yang berkaitan penghijauan seperti‘Urban Green Space Protection Law’.Menambah baik sistem pengiklanan luaran untuk memelihara kualiti pemandangan.

Akta Landskap Jepun yang kemudiannya digubal telah diterima pakai pada tahun 2004dan menjadi akta induk dalam mengawalselia pembangunan dan pemeliharaan landskapserta kualiti pemandangan di Negara Jepun.

2.2 KANDUNGAN UMUM AKTA LANDSKAP JEPUN

Penggubalan Akta Landskap Jepunadalah bertujuan untuk memastikanpembangunan fizikal adalahberteraskan kepada usahamemelihara dan memperkayakankeindahan negara Jepun. Padamasa yang sama, mewujudkansuasana persekitaran kehidupanyang menarik dan selesa sertamenonjolkan kepelbagaianpersonaliti masyarakat denganmengambil langkah-langkah yangkomprehensif untuk membangunkanlandskap bandar dan luar bandaryang baik melalui perancanganlandskap yang menyeluruh danpraktikal.

Akta ini juga bertujuan untukmeningkatkan kualiti hidup rakyatJepun selain menyumbang kepadapertumbuhan ekonomi negara sertapembangunan yang mesra rakyatmelalui pemeliharaan, pemuliharaandan penambahbaikan landskap yangberkualiti.

Jaringan hijau yang terdapat di tengah-tengahkepesatan pembangunan Bandaraya Tokyo membantukeseimbangan persekitaran tempatan.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

5

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

a) Falsafah Asas

Dalam membentuk halatuju pembangunan landskap yang berkongsi pemahamanbersama, falsafah asas berhubung dengan landskap telah digariskan iaitu:

Landskap yang indah dan berkualiti adalah merupakan aset bersama untuk generasimasa kini dan akan datang.Pembentukan landskap adalah secara harmoni dengan alam semulajadi, nilaisejarah, budaya, corak hidup masyarakat, aktiviti ekonomi dan sebagainya.Landskap perlu dibentuk melalui pendekatan yang pelbagai untuk menonjolkankeunikan identiti dan karakter sesuatu kawasan.Landskap yang indah dan berkualiti memainkan peranan penting dalammempromosikan industri pelancongan dan meningkatkan pembangunanekonomi serantau yang mana ianya memerlukan kerjasama antara penduduktempatan, pengusaha perniagaan dan pihak berkuasa untuk menjayakannya.Landskap yang indah dan berkualiti bukan sahaja dipelihara tetapi usaha untukmemperbanyakkan kawasan seumpamanya perlu dipergiatkan.

Visual landskap dari laluan keretapi Tokyo – Kyoto jelas menunjukkan pemeliharaan landskap dikawasan pertanian mampu menonjolkan identiti dan karektor unik kawasan tersebut. Hal inidapat direalisasikan melalui penguatkuasaan Akta Landskap Jepun yang menitik beratkanpemeliharaan kawasan yang mempunyai nilai landskap.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

6

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

b) Tanggungjawab Pihak Berkepentingan

Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan usaha untuk membangun danmengekalkan landskap yang indah dan berkualiti, tanggungjawab kesemua pihak yangberkepentingan turut digariskan dalam Akta Landskap Jepun iaitu:-

Kerajaan pusat – bertanggungjawab dalam menggubal langkah-langkah yangbersifat menyeluruh berkaitan pembangunan landskap yang baik selaras dengan‘falsafah asas’ yang telah ditetapkan. Selain itu, pihak kerajaan pusat turutbertanggungjawab dalam usaha untuk meningkatkan kefahaman tentang ‘falsafahasas’ landskap yang baik melalui pendidikan dan penerangan secara berterusan.Pihak berkuasa tempatan – bertanggungjawab menggubal dan melaksanakanlangkah-langkah untuk menggalakkan pembangunan landskap yang baik denganmengambilkira peranan di peringkat tempatan dan kerajaan pusat.Pengusaha perniagaan – bertanggungjawab dalam memastikan penyediaanlandskap yang baik di kawasan guna tanah masing-masing selain memberikankerjasama terhadap langkah-langkah ke arah penambahbaikan landskap yangdigariskan oleh pihak berkuasa.Penduduk tempatan – bertanggungjawab untuk turut serta secara aktif dalam usahapembentukan landskap dengan memberikan kerjasama sepenuhnya terhadaplangkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan sama ada di peringkatpersekutuan ataupun tempatan.

Premis kediaman dan perniagaan milik individu yang dilandskapkan dengan baik walupun padaruang yang minimum menambahkan lagi suasana yang harmoni dan memberikan keselesaanbagi pengguna laluan pejalan kaki.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

7

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

c) Struktur Perundangan Landskap Jepun

Akta Landskap Jepun disusun melalui struktur pentadbiran dan skop perundangan asasuntuk meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan akta tersebut. Peraturan khususdigubal dalam bentuk ordinan bagi kawasan perancangan landskap masing-masing.

i) Organisasi Pentadbiran Landskap - Landscape Administrative Organization(LAO)Merupakan badan yang bertanggungjawab mengawalselia pembangunan landskapmelalui penguatkuasaan Akta Landskap Jepun. Pusat Pentadbiran Kerajaan iaituTokyo dan wilayah-wilayah utama seperti Yokohama, Osaka, Kyoto dan lain-lainadalah secara automatik merupakan LAO. Manakala Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) yang ingin menjadi LAO perlu mengadakan perbincangan dan perjanjiandengan Penguasa Wilayah masing-masing.

Hubungkait struktur pentadbiran dan skop perundangan landskap di mana terdapat badaninduk (landscape council) yang menyelia pembangunan landskap keseluruhan di PBT sertabadan yang dilantik (landscape formation organization) untuk menguruskan suatu kawasanatau komponen landskap yang ditetapkan berdasarkan pelan-pelan perancangan yang telahdigariskan.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

8

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

ii) Kawasan Perancangan Landskap (Landscape Planning Areas)Merupakan kawasan yang ditentukan oleh LAO melalui penyediaan pelanperancangan landskap yang turut mengandungi garis panduan dan peraturan(pemberitahuan, peringatan dan pelupusan) yang spesifik berasaskan AktaLandskap Jepun. Perkara berkaitan jalan, sungai dan utiliti tertentu bolehdikategorikan sebagai kemudahan awam yang berkepentingan landskap melaluipenyelarasan dengan beberapa agensi terlibat bagi membolehkan Akta Landskapdigunapakai untuk memelihara atau menambahbaik kemudahan tersebut.

iii) Zon Landskap (Landscape District)Sistem zon landskap diperkenalkan bagi mendorong pembentukan kawasanlandskap yang berkualiti secara lebih drastik . Sistem ini adalah berasaskan AktaPerancangan Bandar (City Planning Law) sedia ada bagi membolehkan peraturanterperinci digariskan bagi kawasan tersebut untuk memelihara kepentingan landskapdan meningkatkan imej perbandaran. Antara perkara yang diberi perhatian adalahbentuk dan warna bangunan, ketinggian dan kedudukan bangunan sertapenggubahan karektor tanah atau kawasan.

iv) Bangunan Berkepentingan Landskap (Buildings Important for Landscape)LAO bertanggungjawab untuk menentukan bangunan, struktur dan pokok yangmempunyai karakter tertentu yang mempunyai nilai dari segi landskap untukdiselenggara dan dikekalkan oleh pemilik aset tersebut. Tiada perubahan bolehdibuat tanpa kebenaran LAO, namun insentif cukai diberikan kepada pemilikberkaitan.

Struktur bangunan, pokok dan ruang tepian jalan diambilkira sebagai komponen yangmempunyai kepentingan terhadap pembentukan landskap yang berkualiti dikekalkan melaluiAkta Landskap Jepun.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

9

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Skop kawasan yang diliputi di bawah Akta Landskap Jepun merangkumi kawasan landskapsemulajadi, kawasan landskap pertanian dan kawasan landskap perbandaran.

v) Pelan Pembentukan Kawasan Landskap Pertanian (Landscape AgriculturePromotion Region Formulation Plan)Kawasan pertanian dengan kualiti visual yang menarik seperti kawasan penanamanpadi bertingkat dengan zon penanaman landskap perlu dikekalkan dan diselenggaradengan baik melalui kerjasama antara penduduk setempat dan OrganisasiPembentukan Landskap - Landscape Formulation Organization ( LFO).

vi) Organisasi Pembentukan Landskap -Landscape Formation Organization (LFO)LFO adalah merupakan badan yang dilantik oleh LAO yang terdiri daripada NGOatau badan korporat berkepentingan awam yang berfungsi dalam memelihara danmenyelenggara kepentingan landskap seperti kawasan landskap pertanian dengankerjasama penduduk tempatan, pengusaha perniagaan dan pihak berkuasaberkaitan.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

10

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

d) Sistem Sokongan Perundangan Landskap

Akta Landskap Jepun yang digubal melibatkan pelbagai perubahan dari segi sosio-budaya dan sosio-ekonomi masyarakat. Bagi memastikan penguatkuasaan akta tersebutbersifat mampan dan tidak menimbulkan konflik terhadap masyarakat, sistem sokongansecara bersepadu diperkenalkan.

i) Pendidikan LandskapPelaksanaan Akta Landskap Jepun memerlukan perubahan dari segi pemikiran dankesediaan masyarakat untuk menerima dan menghargai kepentingan landskap.Program pendidikan landskap dirangka seiring dengan pelaksanaan akta dan ianyamelibatkan semua peringkat masyarakat. Kaedah pendidikan yang sistematik daninteraktif diperkenalkan untuk para pelajar di peringkat kanak-kanak sehinggaremaja. Pelaksanaan aktiviti bagi program ini melibatkan peruntukan secara subsididari pihak kerajaan.

Program pendidikan landskap yangdiadakan di sekolah.

Manakala bagi orang awam, terdapatprogram kesedaran yang dianjurkansama ada oleh pihak Kerajaan, PihakBerkuasa Tempatan dan komuniti.Pelaksanaan program adalah secarakonsisten melibatkan aktiviti berkaitanpenambahbaikan kualiti visual sesuatukawasan, pemeliharaan landskap dansebagainya.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

11

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Laporan aktiviti pendidikan dan program kesedaran landskap oleh pihak MLIT.

ii) Insentif CukaiIsu utama yang menjadi pertimbangan dalam penguatkuasaan Akta Landskap Jepunadalah ianya melibatkan aset atau tanah yang menjadi hakmilik individu. Selainmemberikan pendedahan tentang kepentingan landskap, pihak kerajaan Jepun turutmenawarkan insentif cukai kepada individu yang memberikan kerjasama dalammelaksanakan langkah-langkah yang telah ditetapkan. Sebagai contoh,pengurangan cukai sehingga ¥15 juta (RM600,000) bagi syarikat atau individu yangpremisnya dikategorikan sebagai bangunan berkepentingan landskap di dalamPelan Perancangan Landskap.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

12

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Sesi lawatan teknikal dilaksanakan bertujuan melihat lebih dekat senario sertapendekatan perancangan, konsep serta rekabentuk landskap yang diaplikasikan bagipembangunan landskap di Negara Jepun.

Sesi lawatan teknikal ini terbahagi kepada lawatan di tiga (3) buah bandar utama diJepun iaitu Tokyo, Kyoto dan Osaka yang merangkumi lawatan di tempat seperti ;

1. Lawatan Teknikal Hari Pertama :i. Kyoikunomori Park, Tokyoii. Koishikawa Botanical Garden, Tokyoiii. Tokyo Imperial Palace East Garden, Tokyo

2. Lawatan Teknikal Hari Kedua :i. Pusat Bandar Kyotoii. Kyoto Gyoen National Garden, Kyotoiii. Kyoto Gion District, Kyoto

3. Lawatan Teknikal Hari Ketiga :i. Chion-In Temple, Kyotoii. Maruyama Park, Kyotoiii. Osaka Castle Park, Osaka

3.0 SESI LAWATAN TEKNIKAL

Lawatan Teknikal Hari Pertama :Kyoikunomori Park, TokyoKoishikawa Botanical Garden, TokyoTokyo Imperial Palace East Garden, Tokyo

2. Lawatan Teknikal Hari Kedua :Pusat Bandar KyotoKyoto Gyoen National Garden, KyotoKyoto Gion District, Kyoto

3. Lawatan Teknikal Hari Ketiga :Chion-In Temple, KyotoMaruyama Park, KyotoOsaka Castle Park, Osaka

Pemilihan 3 bandar yang berbeza bagi sesi lawatan teknikal ini dilihat dapat memberipendedahan secara lansung mengenai aspek perancangan dan pembangunan landskapserta penguatkuasaan perundangan terutamanya Wilayah Kyoto yang merupakan modelrujukan dalam penggubalan Akta Landskap Jepun.

Tokyo

Osaka

Kyoto

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

13

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Kyoikunomori Park

Kyoikunomori Park adalah merupakan sebuah taman kejiranan berhampiran Universityof Tsukuba yang berkonsepkan ‘green nature’. Ia menonjolkan elemen landskap semulajadi disamping penerapan elemen moden dengan menyediakan ruang rekreasi pasif bagipenduduk sekitarnya. Kedudukan taman yang dikelilingi penempatan penduduk danbangunan pentadbiran telah menjadikan taman ini sebagai ruang hijau yang pentingsebagai kawasan interaksi sosial pengguna.

Kawasan yang diteduhi rimbunan pokok-pokok utama diseimbangi denganpenyedian elemen ‘hardscape’ yangminimum untuk mengekalkan ciri kehijauankawasan tersebut. Pembangunan taman iniboleh dikatakan berkonsepkan hutanbandar. Di sebalik lokasinya yang premier,kawasan ini masih dikekalkan sebagaikawasan landskap dan rekreasi untukkemudahan masyarakat setempat di bawahperuntukan Akta Landskap Jepun.

Budaya masyarakat Jepun yangmementingkan kesihatan dengan berjalankaki ke sekolah mahupun ketempat kerjamenjadikan kawasan taman sebagailaluan pintas kesesuatu tempat olehpenduduk sekitarnya.

3.1 KYOIKUNOMORI PARK, TOKYO

Lokasi taman yang berada di tengah-tengahkawasan penempatan dan institusi pendidikan Laluan masuk dan papan tanda taman.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

14

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Ruang tempat duduk yang selesa dibina menggunakan bahan semulajadi. Selain menjadimedium untuk interaksi sosial masyarakat setempat, rekabentuknya yang mesra alammembentuk suasana yang harmoni di taman.

Elemen ‘hardscape yang menggabungkan elemen moden dan artistik serta pengekalan elemenasal yang terdapat di taman ini menjadi titik tumpu dan daya tarikan selain menonjolkan imejtaman tersebut.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

15

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Keadaan pokok-pokok utama yang rendang menjadikan laluan yang terdapat di dalam tamanini sentiasa redup dan memberi keselesaan kepada pengguna.

Suasana taman yang mengekalkan ruang hijau yang optimum menjadikan taman ini sebagaihutan bandar dalam erti kata yang sebenar.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

16

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Bangunan pentadbiran dan pusat penyelidikan taman yangterletak di kawasan taman.

Koishikawa Botanical Garden (小石川植物, Koishikawa Shokubutsuen) terletak diHakusan , Bunkyo-ku, Tokyo berkeluasan 40 ekar (16 hektar). Taman botani inidikendalikan oleh Sekolah Pengajian Siswazah Sains, Universiti Tokyo yang manataman ini pada asalnya merupakan taman herba ubat-ubatan Koishikawa yangditubuhkan pada tahun 1684 oleh shogunate Tokugawa dan ia dikatakan taman botaniyang tertua di Jepun

3.2 KOISHIKAWA BOTANICAL GARDEN, TOKYO

Koleksi taman ini mengandungi kira-kira 4,000 spesis tumbuhan , termasuk 1,400 spesisberkayu tahan lasak, 1,500 spesis herba tahan lasak dan 1,100 spesis tropika dansubtropika. Kekuatan taman ini terletak kepada koleksi spesis tumbuhan liar yangdibawa dari dari Jepun, Korea, Taiwan dan China. Selain itu, taman botani ini jugaterkenal dengan pemandangan cherry blossom bila tibanya musim bunga pada bulanApril.

Pemuliharaan tumbuhan adalahmerupakan salah satu aktivitiutama Taman Botani ini.Beberapa spesies yang sangatterancam telah dibiak di tamanini dan hasilnya akandikembalikan ke tempat asalmereka. Pada masa ini, aktivitipenyelidikan tertumpu kepadaevolusi, sistematik, fisiologi danekologi tumbuhan tinggi.Pelan kawasan Koishikawa Botanical Garden

Ciri fizikal taman ini terdiridaripada kawasan berteres,tanah cerun, tanah rendah dankolam yang menambahkan lagikeindahan taman walaupundari segi rekabentuknya tidakbanyak elemen landskap kejuryang digunakan.

Sokongan Akta LandskapJepun membolehkan aktivitipenyelidikan, pemeliharaandan pemuliharaan tamandilaksana secara komprehensifdan mampan.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

17

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Keadaan semasa Koishikawa Botanical Garden yang memperlihatkan koleksi pelbagai spesispokok disamping susunatur pokok dalam bentuknya yang semulajadi.

Persekitaran taman dengan senario yang berbeza pada musim-musim tertentu.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

18

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Pokok Ginkgo biloba berusia hampir 116 tahun menjadi nilai warisan di taman ini. Spesis ini jugamerupakan tanaman penting yang membentuk karektor landskap di Jepun.

Elemen landskap kejur seperti tempat minum air, wakaf, penunjuk arah dan papan tandainformasi menggunakan bahan yang mesra alam untuk mengimbangi konsep pembangunantaman yang berunsurkan alam semulajadi.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

19

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Pokok-pokok di taman ini hidup subur dan dibiarkan dalam bentuknya yang semulajadi.Penandaan nama yang terdapat di setiap kelompok spesis pokok memberi kemudahan kepadapengunjung.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

20

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Tokyo Imperial Palace East Garden(皇居东御苑 , Higashi Gyoen Kōkyo)adalah sebahagian daripada kawasandalam istana dan dibuka kepada orangramai. Kebanyakan bangunanpentadbiran untuk istana terletak dibahagian ini dan merangkumi kawasanbekas Honmaru dan Ninomaru EdoCastle. Pada Mei 30, 1963, kawasantaman tersebut telah diisytiharkan olehkerajaan Jepun "Special Historic Relic“di bawah Undang-undang HartanahPerlindungan Kebudayaan.

3.3 TOKYO IMPERIAL PALACE EAST GARDEN, TOKYO

Tokyo Imperial Palace ( 皇居 , Kōkyo;) merupakan kediaman utama Maharaja Jepun.Ia adalah sebuah kawasan istana yang besar dan mengandungi beberapa bangunantermasuk istana utama (Kyūden (宫殿), kediaman peribadi Keluarga DiRaja Jepun, arkib,muzium dan pejabat pentadbiran. Ia dibina di atas tapak lama Istana Edo. Jumlahkeluasan kawasan yang termasuk taman-taman adalah 3.41 km² (842.6 ekar)

Pada bulan Mac dan awal April tamanini akan dipenuhi pengunjung dalamdan luar negara bagi menyaksikanmusim cherry blossom. Terdapatbeberapa pintu masuk ke taman-taman, tetapi kebanyakan pelawatmenggunakan pintu Otemachiberhampiran stesen keretapi bawahtanah Otemachi .

Iaitu sebagai menara utama yang tertinggi atau menara istana yang pernah dibina diJepun yang melambangkan kuasa pemerintahan Tokugawa shogunate. Menara ini tidakpernah dibina semula sejak kebakaran pada tahun 1657. Berada di puncak tapakmenara ini akan menawarkan sebuah visual landskap yang hebat berlatar belakangkanbangunan pencakar langit Tokyo.

Pelan kawasan Tokyo Imperial Palace. Kawasanyang bertanda adalah merupakan Tokyo ImperialPalace East Garden.

Pemandangan dari tapak bekas menara istanaberlatarkan bangunan pencakar langit di Tokyo.

Antara tarikan utama taman ini adalahmenara utama Tenshukaku Edo Castleyang siap pada 1638 semasa eraShogun Iemitsu. Berketinggian 58meter, ia adalah sebuah bangunanyang mempunyai sejarah tersendiri

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

21

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Kawasan sekitar istana yang dikelilingi oleh suasana kehijauan turut membuka aksessebahagiannya untuk kegunaan rekreasi awam.

Laluan masuk ke Tokyo Imperial Palace East Garden dihubungkan dengan jambatan merentasi kolam yang dahulunya dibina untuk tujuan pertahanan. Rekabentuk tembok yang tinggi menjadi karektor utama binaan istana lama yang menjadi identiti landskap Jepun.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

22

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Bekas tapak menara utama Tenshukaku Edo Castle

Suasana sekitar istana yang masih mengekalkan warisan asal dan diperkayakan lagi dengankawasan hijau mewujudkan suasana yang selesa dan harmoni.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

23

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Kawasan taman yang boleh diakses oleh orang awam memberikan ruang rekreasi dan interaksisosial kepada pengunjung tempatan selain menarik kehadiran pelancong.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

24

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

3.4 PUSAT BANDAR KYOTO

Pusat Bandar Kyoto (京都 , Kyōto) ialah sebuah bandar di tengah-tengah PulauHonshu, Jepun yang diduduki oleh hampir 1.5 juta orang. Ia merupakan bekas Ibu KotaDiRaja Jepun yang kini merupakan Pusat Pentadbiran Wilayah Kyoto dan jugasebahagian utama kawasan Metropolitan Osaka-Kobe-Kyoto (Keihanshin).

Kedudukannya terletak di sebuah lembah di Lembangan Yamashiro, di bahagian Timurkawasan pergunungan yang dikenali sebagai Tanah Tinggi Tamba. LembanganYamashiro dikelilingi oleh tiga buah gunung iaitu Gunung Higashiyama, GunungKitayama dan Gunung Nishiyama

Keindahan bandar Kyoto adalah terletak pada pemeliharaan budayanya yang bolehdilihat melalui pengekalan bangunan-bangunan lama, rumah-rumah ibadat, taman-taman serta persekitaran yang sentiasa dijaga bersih dan Kyoto merupakan salahsebuah kota lama yang paling terpelihara di Jepun.

Persekitaran landskap yang menarikdapat dilihat melalui penanaman pokokpinggiran jalan, rumah ibadat yangdilengkapi dengan taman, landskappingiran sungai, rupa bentuk bandar lamaserta kebudayaan masyarakat setempat.

Pelan Wilayah Kyoto dan kedudukan Pusat Bandar Kyoto. Keunikan Pusat Bandar Kyoto di manabandar baru dan lamanya dipisahkan oleh Kamo River yang bersih dan menarik selain senibinawarisannya kekal terpelihara. Kawasan Pusat Bandar Kyoto yang di kategorikan sebagai ZonLandskap (Landscape District) dikawalselia pembangunannya melalui Akta Landskap Jepunmembentuk keseragaman dan keunikan bandar ini.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

25

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Seperti juga bandar-bandar lain, Pusat Bandar Kyoto tidak lari dari arus pembangunanmoden tetapi ia masih menerapkan ciri-ciri pengekalan budaya disampingpemeliharaan landskap persekitaran yang bersih, indah dan selamat.

Pintu masuk utama iaitu Kyoto Station merupakan stesyen pengangkutan awam utama di Kyoto.

Kombinasi pembangunan moden dan penjagaan warisan serta pemeliharaan sumber landskapsemulajadi menjadikan Pusat Bandar Kyoto menarik dan kondusif untuk didiami.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

26

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Kepesatan pembangunan moden tidak menghalang pemeliharaan dan pemuliharaan budayaterus berkembang di Pusat Bandar Kyoto.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

27

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Pemeliharaan kawasan pinggir Kamo River yang dibangunkan sebagai kawasan landskappinggiran sungai (promenade) dengan penyedian ruang rekreasi, laluan pejalan kaki danpersekitarannya yang bersih dan indah menjadi tarikan bagi pengunjung dalam dan luar negara.

Bangunan warisan dengan karektor tersendiri turut dikekalkan dalam bentuk asal memberigambaran evolusi Pusat Bandar Kyoto sebagai pusat pentadbiran terbesar di Jepun suatu masadahulu.

Pengekalan sumber landskap semulajadi mengukuhkan lagi identiti Pusat Bandar Kyoto sebagaikawasan tarikan pelancongan berasaskan visual landskap yang berkualiti dan kebudayaanmasyarakatnya yang mempunyai identiti tersendiri.

Pengekalan kawasan hijau

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

28

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Rizab landskap dengan keluasan yang optimum bagi ruang pejalan kaki adalah penting untukkeselesaan pengguna disamping kombinasi pokok teduhan dan renek yang membentuksuasana indah serta berfungsi dari segi penjagaan keselamatan.

Jaringan laluan pejalan kaki yang berkesinambungan merupakan medium penting bagimasyarakat Kyoto untuk ke sesuatu tempat sama ada berjalan kaki mahupun berbasikal.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

29

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Semua pihak mengambil tanggungjawab menyedia dan memelihara landskap serta identitiPusat Bandar Kyoto bagi mengimbangi persekitaran perbandaran yang pesat membangun.

Kemudahan yang terdapat di sekitar Pusat Bandar Kyoto direka dan disusun dengan kemasdan teratur mengikut garis panduan yang ditetapkan dalam kawasan Zon Landskap(Landscape District).

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

30

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

3.5 KYOTO GYOEN NATIONAL GARDEN, KYOTO

Kyoto Gyoen National Garden terletak di hadapan Marutamachi Station di dalamjaringan laluan Kyoto City Subway. Ia mengambil masa kira-kira 15 minit dari KyotoStation.

Taman ini berukuran 700 meter daritimur ke barat dan 1,300 meter dariutara ke selatan. Selain darikelompok pokok-pokok besar danbernilai warisan, terdapat jugakolam, rumah ibadat dan padangbesbol didalamnya yang menjadikantaman ini berfungsi untuk memenuhirekreasi awam serta sebagai produkpelancongan di Kyoto selarasdengan dasar ’Beautiful Nation’ yangdilancarkan oleh Kerajaan Jepun.

Suasana kawasan ini agak unik walaupun rekabentuknya agak ringkas. Laluan pejalankaki hanya menggunakan batu kerikil, namun aset taman ini iaitu pokok-pokok besaryang melebihi umur 100 tahun serta senibina bangunan istana abad ke-17 menjadikankawasan ini mempunyai identitinya yang tersendiri.

Kawasan ini suatu masa dahulu merupakan kediaman diraja dan para bangsawan yangmemerintah negara Jepun. Selepas ibu negara Jepun dipindahkan ke Tokyo padaseparuh kedua abad ke-19, kawasan ini telah dijadikan taman dan dibuka untukkunjungan orang awam.

Pelan susun atur Kyoto Gyoen National Gardenberbentuk segiempat dengan keluasan hampir 225 ekar.

Rekabentuk taman yang ringkas untukmemelihara ciri-ciri sedia ada.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

31

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Ciri-ciri senibina abad ke -17 yang menggambarkan imej kebudayaan masyarakat setempatdapat dilihat sehingga kini melalui usaha pemuliharaan dan pemeliharan khazanah negara untuktatapan generasi kini.

Kyoto Gyoen National Park dilihat istimewadengan adanya usaha pengekalan elemensenibina dan landskap bernilai warisan selainmenjadi sebahagian daripada koridor hijauPusat Bandar Kyoto.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

32

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Laluan pejalan kaki yang hanya menggunakanbatu kerikil sebagai kemasan namun tetapmenarik perhatian.

Pintu masuk utama ke kawasan Istana denganrekabentuk senibinanya yang unik.

Tembok yang memisahkan antara kawasanistana dan taman dijaga dengan baik dan rapi.

Kemudahan tempat duduk untuk penggunamenghayati keindahan taman dan bersantai.

Kawasan lapang yang terdapat di taman ini boleh dimanfaatkan sebagai ruang rekreasi olehpengguna terutama bagi pelajar universiti berhampiran.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

33

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Usaha pengekalan silara pokok dibuat bagi memastikankeindahannya berkekalan.

Kebanyakan pokok di taman ini telah berusia lebih 100 tahun mewujudkan suasana ruang hijauyang menyeluruh.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

34

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Suasana hijau dan tenang merupakan identititersendiri taman ini yang menjadi lokasi tumpuanpelancong serta sebagai mercu tanda bagi WilayahKyoto.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

35

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Gion (祇园) adalah sebuah daerah di Kyoto, Jepun yang dibangunkan pada ZamanPertengahan, di lokasi berhadapan dengan Tokong Yasaka. Kawasan tersebut telahdibina untuk menampung keperluan pelancong dan pengunjung ke kuil. Lama kelamaania berubah menjadi salah satu daerah geisha yang paling eksklusif dan terkenal diseluruh Jepun. Kedudukannya adalah terletak di utara-barat Kiyomizu-dera iaitu disekitar Shijo Avenue antara Tokong Yasaka di Timur dan Sungai Kamo di Barat.

Selain itu, kawasan Shirakawa yang terletak di sepanjang Terusan Shirakawamerupakan antara keunikan lain yang tersapat disini. Terusan ini dipagari oleh pokok-pokok willow, dan di pinggirnya terdapat restoran berkelas tinggi serta ochaya yangkebanyakannya mempunyai bilik menghadap terusan di mana airnya sangat jernih sertapersekitaran landskapnya yang bersih.

Sebahagian daripada daerah ini telahdiisytiharkan sebagai kawasanpemeliharaan sejarah negara. Usahapemulihan telah dilaksanakan untukmembaikpulih jalan-jalan di Gion,termasuk membina utiliti bawah tanahsebagai sebahagian daripada usahaberterusan untuk memelihara kecantikanasal Gion.

Kawasan ini masih dipenuhi denganrumah gaya lama Jepun, dikenali sebagaimachiya, yang bermaksud ‘rumah bandar’dan ochaya atau ‘rumah teh’. Disebabkandahulunya cukai harta perlu dibayarberdasarkan keluasan bidang jalanhadapan rumah, masyarakat disini telahmembina rumah-rumah dengan fasad

3.6 KYOTO GION DISTRICT, KYOTO

Pelan kawasan Kyoto Gion District.sempit berukuran 5-6 meter lebar tetapi mengunjur 20 meter ke belakang dari jalan bagimengelak dikenakan cukai yang tinggi.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

36

Kebudayaan kawasan ini yang berasaskan zaman di mana samurai-samuraimengunjungi ochaya yang menggunakan geiko sebagai tarikan masih dikekalkan untuktujuan pelancongan. Hingga ke hari ini, geiko dan maiko dalam pakaian penuhtradisional masih boleh dilihat di jalan-jalan sekitar Kyoto Gion District yang membentuksuasana uniknya yang tersendiri.

Kawasan ini merupakan contoh pemeliharaan zon landskap budaya yangdikuatkuasakan melalui Akta Landskap Jepun dan mampu mengekalkan ciri-ciri budayasetempat untuk tujuan tarikan pelancongan.

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Ochaya atau ‘rumah teh’ yang terletak di sepanjang Terusan Shirakawa dengan keadaan airnyayang jernih dan bersih.

Machiya (rumah bandar) yang membentukkeunikan kawasan ini.

Kyoto Gion District merupakan tarikan utamapelancong ke Kyoto.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

37

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Kyoto Gion District telah dikategorikan sebagai ZonLandskap (Landscape District) iaitu sebuah kawasanpemeliharaan landskap warisan yang mempunyai keunikanrekabentuk binaan bangunan dan budayanya.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

38

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Pemeliharaan ciri-ciri warisan dengan suasananya landskap yang indah menggambarkan sikapmasyarakat setempat yang amat menghargai budaya dan landskap.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

39

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Kyoto Gion District sentiasa menarik perhatian dengan keunikan serta suasananya yangsentiasa meriah sama ada di waktu siang ataupun malam.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

40

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Chion-in (知恩院) adalah merupakan rumah ibadat Ketua Mazhab Jodo bagi agamaBuddha yang merupakan salah satu mazhab yang paling popular di Jepun. Rumahibadat tersebut mempunyai kawasan yang luas dengan binaan bangunan yang besar.

Selain itu, terdapat rumah tetamu yang besar dan kecil di kawasan rumah ibadat inidigayakan dengan bumbung yang dikenali sebagai Ohojo dan Kohojo yang merupakansebahagian warisan budaya Jepun. Rasuk bumbung juga telah dibentuk denganlambang Keluarga Tokugawa yang merupakan puak yang paling berpengaruh di Jepun.

Pintu Sanmon menjadi pintu masuk utama kawasan ini. Lokasinya adalah di tepi jalanantara Maruyama Park dan Kuil Shorenin. Struktur dengan ketinggian 24 meter dan 50meter lebar adalah pintu kayu terbesar di Jepun sejak awal 1600-an. Di belakang pintuterdapat tangga yang menjadi laluan utama pengunjung ke kawasan candi utama.

3.7 CHION-IN TEMPLE, KYOTO

Pelan kawasan Chion-in Temple

Lambangan Keluarga Tokugawa yang terdapatpada rasuk bumbung bangunan di sekitar Chion-inTemple .

Pemeliharaan warisan dilihat jelas padapintu masuk rumah ibadat ini yangmengekalkan struktur dan senibinaasal.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

41

Kawasan merupakan sebahagian Zon Landskap(Landscape District) di Wilayah Kyoto di manapemeliharaannya adalah secara terancang danmengikut garis panduan ditetapkan.

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Pendekatan rekabentuk minimalis di perkarangan laluan masuk utama ke kawasan kuilmewujudkan sense of welcoming kepada pengunjung serta memelihara ciri-ciri setempat.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

42

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Suasana di Pintu Sanmon dengan komponen landskap sediaada yang kaya dengan nilai warisan masih dikekalkan dandipelihara dalam bentuk asal.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

43

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Keindahan landskap kawasan ini dibentukmelalui pemuliharaan warisan senibina danlandskap serta pengurusan penyelenggaraankawasan yang komprehensif.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

44

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Keindahan landskap di Chion-in Temple lebih ketara apabila tibanya musim bunga iaitu padabulan Mac dan awal April setiap tahun.

Pemuliharaan landskap yang mampanmelalui pengurusan yang cekap

Kerja-kerja pemuliharaan kawasan landskap yangtetap mengekalkan rekabentuk dan bahan asal sertakaedah kerja secara tradisional.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

45

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

3.8 MARUYAMA PARK, KYOTO

Maruyama Park ( 円 山 公 园 , Maruyama Koen) adalah sebuah taman awambersebelahan Tokong Yasaka meliputi kawasan seluas 21 ekar di Daerah Higashiyama,Kyoto. Pada awalnya, kawasan ini adalah tempat terpencil yang diliputi dengan pokokrenek dan lalang. Kemudian, pada tahun 1886, kawasan ini telah ditetapkan tapaktaman dan telah dibina serta dibesarkan dalam tahun 1913 oleh Jihei Ogawa, seorangpereka landskap terkenal yang sebelum ini telah merekabentuk taman Heian Shrine danMurin-an.

Di dalam taman ini terdapat rumah rehat,kebun kecil, restoran-restoran Jepun dantarikan-tarikan lain. Kawasan ini sesuaidijadikan tempat untuk bersantai padawaktu pagi dan petang sambilmeluangkan masa melawat banyaktempat-tempat menarik di kawasanHigashiyama.

Pada separuh pertama bulan April, tamanini menjadi tempat tarikan utama palingpopular dan paling sesak di Kyoto dengankehadiran pengunjung untuk melihatbunga ceri yang sedang mekar.

Suasana mendamaikan dilengkapkan lagidengan elemen air yang terdapat di taman ini.

Pelan kawasan Maruyama Park yang masih mengekalkan susun atur asal.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

46

Taman ini juga merupakan sebahagian daripada kawasan landskap yang dikekalkandalam pelan Zon Landskap (Landscape District) bagi Wilayah Kyoto untuk pemeliharaanbudaya dan landskap warisan.

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Pemuliharaan landskap dijalankan darisemasa ke semasa bagi mewujudkan suasanalandskap yang menarik dan mampan.

Elemen hardscape dan softscapedigabungkan agar suasana yang terbentuklebih seimbang.

Rekabentuk taman yang memenuhi fungsidan memberi keselesaan kepada pengguna.

Pengurusan yang cekap menjaminkemampanan sesebuah taman.

Maruyama Park antara taman tertua yang terdapat di Kyoto dan masih berkeadaan baik walaupuntelah hampir 130 tahun ianya dibina.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

47

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Pemandangan Murayama Park pada bulan Mac hingga April menarik ribuan pengunjung untukmelihat keindahan landskap terutamanya sewaktu bunga ceri mula mekar. Taman ini menjadiproduk pelancongan penting di Kyoto yang mampu menjana pulangan dari segi ekonomi.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

48

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Kerjasama dan sokongan semua pihak dalam menyumbang kepada aktiviti pemuliharaan danpengurusan telah menjadikan Maruyama Park sebuah taman yang selesa dan indah.Pelaksanaan Akta Landskap Jepun memperkukuhkan lagi usaha murni ini melalui aktiviti kawalselia dan pemberian insentif kepada pihak yang berkerjasama dalam pelaksanaan program yangdirancangkan.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

49

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Osaka Castle Park (大阪 城 公园, Osaka-Jo-Koen) adalah merupakan sebuah tamanawam bandar dan juga tapak bersejarah yang terletak di kawasan persekitaran IstanaKota Osaka (Osaka-jo) di dalam Daerah Chuo-ku, Osaka, Jepun. Ia terletak di selatanŌkawa (Kyu-Yodo river) dan merangkumi kawasan yang besar di Pusat Bandar Osaka.Osaka Castle Park ini adalah taman yang kedua terbesar di bandar tersebut.

Pembangunan taman adalah di tapak yang mempunyai sejarah yang panjang. Dalamabad ke-15, sebuah kuil militan iaitu Ishiyama Hongan-ji telah dibina di sini yangkemudiannya dimusnahkan oleh Toyotomi Hideyoshi (samurai lagenda) pada tahun1583 dan membina Istana Kota Osaka (Osaka-jo) di sini. Pada tahun 1931, OsakaCastle Park telah dibuka kepada orang ramai, tetapi kebanyakan kawasan tersebut telahdigunakan oleh pihak Tentera Imperial Jepun sebagai markas tentera. Selepasberakhirnya Perang Dunia Kedua, kebanyakan kompleks tentera telah dirobohkan dandigantikan oleh kemudahan taman awam bandar untuk kegunaan awam.

3.9 OSAKA CASTLE PARK, OSAKA

Pada masa kini, selain dari kemudahan taman terdapat komponen lain yang menjaditarikan utama di taman ini seperti Osaka-jo Hall, padang besbol, padang bola sepak,pentas muzik terbuka, dewan konsert terbuka dan Menara Utama Istana Kota Osaka.Dari puncak menara tersebut, Teluk Osaka dan Gunung Ikoma turut boleh dilihat.Kawasan ini menjadi Zon Landskap (Landscape District) bagi Wilayah Osaka yangmenjadi komponen tarikan pelancongan utama ke sini.

Setiap hujung minggu, beberapa kumpulan pemuzik jalanan melaksanakan aktiviti senidi taman ini. Selain itu, pada musim bunga, bunga ceri dan plum yang sedang mekarmenjadikan visual taman ini indah dan menarik dengan karektornya yang tersendiri.

Pelan Osaka Castle Park Menara Utama Istana Kota Osaka

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

50

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Pandangan ke Istana Kota Osaka yang merupakan tarikan utama di taman ini. Menara utamaIstana Kota Osaka yang menjulang tinggi merupakan simbol kota Osaka.

Tembok dan parit yang mengelilingi Istana Kota Osaka yang dahulunya bertujuan untukpertahanan kini menjadi imej penting taman.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

51

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Laluan masuk utama ke taman dari arah Osaka-jo-Koen Station. Dapat dilihat aplikasi bahanberasaskan batu pada laluan jejantas yang bertujuan untuk mengekalkan ciri-ciri sedia ada dikawasan persekitaran taman berdasarkan garis panduan pembangunan yang ditetapkan bagiZon Landskap (Landscape District).

Rekabentuk taman yang ringkas tetapimemenuhi fungsi kepada pengguna .

Laluan ke padang besbol turut menggunakanmaterial batu bagi tujuan keseragaman.

Rekabentuk taman yang ringkas tetapi memenuhi fungsi danruang kepada pengguna. Aspek pengurusan yang komprehensifturut membantu ke arah pembentukan imej pembangunanlandskap taman bertaraf antarabangsa.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

52

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Jambatan utama keIstana Kota Osakamerentasi parit besaryang masih lagimengekalkan elemenkayu untukmengekalkan karektorkawasan taman ini.

Pintu Gerbang Otemon (Gerbang Besar) yangmerupakan pintu masuk utama ke kompleksistana masih dikekalkan dalam bentuk asal.

Usaha pengekalan dan pemuliharan kawasantaman ini terus giat dilaksanakan walaupun iatelah berusia ratusan tahun. Anak panahmenunjukkan baik pulih tembok yangmenggunakan bahan yang sama.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

53

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Keindahan taman ini bukan sahaja terletak kepada keistimewaan rekabentuk binaan bangunannyamalah juga keindahan senibina landskap dan ruang hijau yang dihasilkan.

Suasana taman lebih menyerlah sewaktu musimbunga dengan warna yang terhasil dari pokok ginkgo,ceri dan plum. Keadaan ini memperkukuhkan lagiimej taman ini sebagai mercu tanda Osaka.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

54

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

4.1 LANDSKAP PINGGIRAN JALAN

Secara umumnya, kebanyakan jalan-jalan utama di kawasan yang dilawati iaitu Tokyo,Kyoto dan Osaka mempunyai tahap kualiti landskap yang baik. Pokok-pokok yangterdapat dipinggir jalan diselenggara dan kelihatan kemas selain faktor kebersihan yangturut diberi perhatian. Rizab landskap bahu jalan yang merangkumi pokok teduhan yangkemudiannya diikuti dengan laluan pejalan kaki mewujudkan suasana selesa danselamat. Pokok-pokok teduhan yang bersesuaian ditanam mengikut kadar keluasankawasan rizab landskap.

Selain itu, laluan pejalan yang disediakan juga adalah mengikut kelebaran yangbersesuaian mengikut hierarki kawasan. Laluan pejalan kaki yang lebih luas disediakanbagi jalan penghubung utama dan laluan yang lebih kecil untuk jalan penghubungsekunder. Manakala bagi lorong belakang bangunan, laluan pejalan kaki ditandakandengan cat untuk memastikan kesinambungan jaringan laluan antara satu sama lain.

a) Tokyo

Pokok Ginkgo biloba yang dipercayai mula ditanam dari tahun 1920 -1960 dipelihara dalam keadaan yang baik.

Kesan yang terhasil dimusim bunga.

Ruang pejalan kaki yang lebih luas bagi kawasandengan penggunaan yang berkapasiti tinggi.

Keluasan yang bersesuaian bagikawasan yang penggunaannyaberkapasiti rendah

4.0 KAWASAN LANDSKAP

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

55

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

b) Kyoto

Pokok Ginkgo biloba turut terdapat di Pusat Bandar Kyoto. Pokok renek berbungasekitar Kyoto.

Laluan pejalan kaki yang luas memberi keselesaandan keselamatan kepada pengguna terutama kanak-kanak dan penunggang basikal.

Laluan pejalan kaki hadapan bangunanadalah berturap, manakala lorongbelakang bangunan ditandakan dengancat.

c) Osaka

Pokok tepian jalan dari pandangan jejantas diOsaka-jo koen Station.

Kemasan laluan pejalan kaki di kawasantaman yang lebih mesra alam.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

56

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

4.2 TAMAN POKET

Perancangan landskap Jepun dilihat amat mementingkan kesinambungan jaringan hijau.Hal ini dapat diperhatikan melalui pembentukan landskap di tepian jalan yangmenghubungkan taman-taman yang terdapat di dalam kawasan perbandaran.Sepanjang tepian jalan, disediakan taman poket bagi kegunaan orang awam untuktujuan berehat, tempat pertemuan dan meredakan trafik laluan pejalan kaki terutama dikawasan persimpangan. Walaupun pada ruang yang terhad, taman poket dilihat sangatefektif dalam membentuk suasana hijau yang menyeluruh.

Taman poket yang disediakan dalam bentuk bersiri dan berkesinambungan ini jugamemberikan kesan terhadap imej perbandaran yang kondusif selain membantumemelihara iklim kawasan setempat terutamanya pada musim panas. Kawasan ini jugamenjadi ruang interaksi sosial di kalangan masyarakat Jepun.

a) Tokyo

Taman poket yang disediakan di laluan masukstesyen keretapi bawah tanah menjadi tempatuntuk berkumpul dan berinteraksi.

Kemudahan yang terdapat di taman poketmembolehkan ianya digunakan sebagaitempat untuk berehat.

Pokok – pokok yang telah matang dikekalkansebagai rizab landskap di kawasan tamanpoket untuk memberikan keseimbanganterhadap persekitaran.

Ruang antara bangunan yang turut dijadikansebagai taman poket oleh pemilik premistersebut.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

57

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

b) Kyoto

Taman poket yang disediakan dihadapan KyotoStation memberikan keselesaan kepadapengguna untuk bergerak.

Tugu peringatan yang menjadi tarikan sertamemberikan imej tersendiri bagi kawasantaman poket ini.

Lorong yang dijadikan taman poketmembolehkan aktiviti sampingan diwujudkanseperti café dan lain-lain.

Ruang santai ditengah-tengah kesibukanTeramachi Street yang merupakan kawasantumpuan pelancong di Kyoto.

Ruang di kawasan premis milik individu yang turut dibangunkan sebagai taman poketmenyumbang kepada suasana hijau yang menyeluruh di kawasan Pusat Bandar Kyoto.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

58

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

4.3 LANDSKAP PINGGIRAN SUNGAI / PROMENADE

Sebagai sebuah masyarakat yang mementingkan hubungan dengan landskapsemulajadi, kawasan seperti sungai dan hutan dipelihara serta diselenggara denganbaik. Melalui pemerhatian, di dapati bahawa kawasan sungai diuruskan dengan rapi dankelihatan sangat bersih sama ada di bahagian tebing mahupun pada badan air sungai itusendiri. Keadaan ini membolehkan sebahagian tebing sungai tersebut dibangunkansebagai promenade namun dengan pendekatan rekabentuk yang sangat minimum bagimenjaga keseimbangan ekologi sungai.

Pemerhatian bagi aspek ini telah dibuat di Kamo River yang membahagikan bandar barudan lama di kawasan Kyoto serta sungai-sungai yang terdapat di sepanjang laluankeretapi dari Kyoto ke Osaka.

a) Kamo River, Kyoto

Pokok Ceri Jepun (Prunus serrulata) yang terdapat di tebing Kamo River, Kyoto memberikansuasana berbeza pada musim yang berlainan.

Tebing Kamo River, Kyoto yang dibangunkan sebagai promenade mewujudkan ruang untukrekreasi awam selain menjadi laluan alternatif bagi menghayati keunikan Pusat Bandar Kyoto.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

59

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Sungai yang bersih hasil dari pengurusan yangbaik serta sikap masyarakat Jepun yang amatmenghargai sumber landskap semulajadi

Polisi pembinaan struktur bangunan yangmenghadap sungai menjadikannya terpeliharadan mampu menarik pelancong.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan seperti laluan pejalan kaki, ramp, jambatan, stesyensubway dan penanaman pokok teduhan telah meningkatkan akses ke arah sungai. Hasilnya,pemantauan semulajadi (natural surveillance) dapat diwujudkan di kawasan promenadesekaligus memberikan keselesaan dan keselamatan kepada pengunjung.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

60

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

b) Sungai di Laluan Keretapi Kyoto - Osaka

Sungai yang terdapat disepanjang laluan dari Kyoto keOsaka kelihatan bersih dandiurus dengan baikmenonjolkan lagi Jepun sebagai‘Beautiful Nation’ selarasdengan visi yang telahdigariskan. Imej sedemikianmemberikan persepsi yang baikterhadap negara Jepun.

Antara komponen-komponen yang disediakan untuk kemudahan pengguna di sepanjangpromenade di pinggir Kamo River.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

61

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

4.4 LANDSKAP KAWASAN PERINDUSTRIAN

Sepanjang laluan keretapi dari Tokyo ke Kyoto terdapat beberapa kawasan perindustrinyang terdiri daripada kilang-kilang yang boleh dibuat pemerhatian secara sepintas lalu.Umumnya, premis-premis tersebut dilihat turut menyumbang kepada pembentukan imejlandskap yang berkualiti melalui penyediaan ruang -ruang landskap di kawasanperimeter bangunan.

Tanaman penghadang disediakan di kawasan pinggir jalan berhampiran kilang. Selain itu,kawasan halaman kilang yang ditanam dengan pokok teduhan, palma, pokok renek dantanaman penutup bumi mampu mengurangkan impak kesan visual yang tidak berkualitiselain mewujudkan kesinambungan imej landskap di Jepun.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

62

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

4.5 LANDSKAP KAWASAN PREMIS MILIK INDIVIDU

Pembentukan landskap yang menarik di Jepun tidak hanya tertumpu kepadakemudahan – kemudahan landskap yang disediakan oleh pihak berkuasa sama ada diperingkat pusat atau tempatan. Pemilik premis perniagaan dan rumah persendirian turutmembangunkan landskap di kawasan masing-masing serta mengambil tanggungjawabuntuk menyelenggarakannya dengan rapi. Bagi kawasan Zon Landskap (LandscapeDistrict), insentif cukai akan diberikan untuk pemilik yang memberikan kerjasama.

Kesannya, visual landskap yang berkualiti bukan sahaja dapat dilihat di kawasan –kawasan perbandaran dan taman, malah ianya bersifat lebih menyeluruh sertamembentuk imej tersendiri negara Jepun.

a) Tokyo

Premis milik individu yang dilandskap serta diselenggara dengan baik membentuk imejperbandaran yang bersih, menarik dan mempunyai identitinya yang tersendiri selainmencerminkan budaya masyarakat yang menghargai sumber landskap.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

63

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

b) Kyoto – kawasan bandar baru

Kawasan pejabat dan hotel tetap menyediakan kawasan landskap walaupun pada ruang yangminimum membentuk kesinambungan jaringan hijau dan memperkukuhkan lagi imej PusatBandar Kyoto sebagai bandar pelancongan.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

64

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

c) Kyoto – kawasan bandar lama

Pemilik premis di kawasan bandar lama Kyoto mengambil pendekatan rekabentuk landskapyang lebih bersifat tradisional dengan pilihan warna dan bahan binaan berunsur semulajadisesuai dengan status kawasan tersebut sebagai kawasan warisan.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

65

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

4.6 KEMUDAHAN KESELAMATAN TAMAN

Pembangunan taman-taman di Jepun dilihat sangat berkesan dalam menyediakan ruangrekreasi kepada penduduk serta memberi pulangan ekonomi melalui aktiviti pelanconganyang terhasil daripada keindahan dan keunikan taman-taman tersebut. Selain faktorkeindahan dan keunikan, perasaan selesa dan selamat ketika berada di taman-tamantersebut merupakan penyebab utama ianya sering dikunjungi penduduk tempatan sertapelancong dari luar negara.

Bagi memastikan keadaan taman sentiasa berada dalam keadaan selesa dan selamat,penyelenggaraan taman secara sistematik telah dilaksanakan oleh pihak yang berkaitan.Selain itu, pembinaan pagar keselamatan disekeliling taman turut memainkan perananpenting dalam memelihara keselamatan pengunjung taman. Komponen pagar yangdibina untuk tujuan keselamatan dapat dilihat pada setiap taman yang dikunjungi samaada pagar tersebut terbentuk melalui pengekalan tembok dan parit besar (moat) kotaistana warisan mahupun dibina melalui pendekatan moden.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

66

Pagar untuk menentukansempadan taman

Penyediaan pagar melalui pendekatan berbeza namun dengantujuan yang sama iaitu untuk memberikan privasi dankeselamatan.

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Koishikawa Botanical Garden - Pagarberbentuk separa terbuka bagi tujuanperkongsian visual menarik yang terdapat didalam kawasan taman.

Koishikawa Botanical Garden - Pintu masuktaman yang menempatkan kaunter tiket.Pagarnya akan ditutup setelah waktu lawatantamat.

Menjaga keselamatan pengguna taman melaluipenyediaan pagar di kawasan bercerun.

Kotak penanaman membentuk pagar yangharmoni dengan taman.

Koishikawa Botanical Garden -Skala ketinggian pagar yang bersesuaian untuk mengelakkanpencerobohan serta melindungi visual dari dalam dan luar taman.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

67

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

68

Kombinasi landskap kejur dan lembutmembentuk pagar yang mempunyai nilaiestetik dan berfungsi.

Pintu masuk kota yang kini dijadikan sebagaipintu masuk ke taman di Tokyo Imperial PalaceEast Garden, Tokyo.

Osaka Castle Park - Aspek keselamatan tinggalan warisan dapat dilihat pada binaan kota istanalama yang terdiri daripada tembok dan parit besar (moat) yang kini turut berfungsi untuk tujuanyang sama selain memberi nilai dari segi estetik.

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Kawasan Kyoto Gyoen National Gardendipagari oleh tembok yang dibina sejak kurunke-17.

Pagar yang dibina untuk memisahkan kawasanperibadi (rumah rehat tetamu Kerajaan) dengankawasan taman di Kyoto Gyoen NationalGarden.

Lorong disediakan berhampiran pagar di Kyoto Gyoen National Garden untuk tujuanpenyelenggaraan serta memudahkan pemantauan keselamatan.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

69

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

70

Rekabentuk pagar masa kini yang turut mengekalkanciri-ciri warisan yang berfungsi untuk kawalankeselamatan dan memberi keunikan tersendiri kepadapersekitaran taman.

Pelbagai pendekatan rekabentuk pagaryang mempunyai karektornya yangtersendiri dan pada masa samamempunyai fungsi dari segikeselamatan.

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

5.0 RUMUSAN

Bil Negara

Jepun Malaysia

1 Tujuan / Justifikasi Penggubalan Akta

i. Aktiviti pembangunan ekonomi yang pesattelah memberikan kesan terhadap aspekalam sekitar dan kualiti persekitaran yangkian terjejas.

ii. Tindakan Pihak Berkuasa Tempatan dinegara Jepun menggubal ordinan masing-masing berkaitan landskap memerlukansokongan perundangan untuk tujuanpenyeragaman.

iii. Membantu dalam usaha Kerajaan Jepunmerealisasikan dasar ‘Beautiful Nation’yang bermatlamatkan pembangunanekonomi melalui perkembangan aktivitipelancongan.

i. Menjaga kepentingan khazanah landskapnegara seperti yang digariskan dalamDasar Landskap Negara supaya seiringdengan perkembangan pembangunanekonomi negara yang kian pesat.

ii. Membolehkan aktiviti kawal seliaperancangan, pembangunan danpengurusan landskap dilakukan secaralebih sistematik dan komprehensif.

iii. Memastikan visi Malaysia Negara TamanTerindah Menjelang Tahun 2020 dapatdicapai.

2 Kawalan Perancangan Landskap

i. Penyediaan pelan ‘Landscape PlanningAreas’ untuk memelihara kawasan ataukomponen yang mempunyai nilai landskapdi seluruh kawasan PBT.

ii. Pelan ‘Landscape District’ disediakanuntuk kawasan yang mempunyai nilailandskap di kawasan perbandaran. Garispanduan terperinci disediakan dalamdokumen ini.

iii. Pelaksanaan kaedah dan garis panduanadalah mandatori bagi kawasan ataukomponen yang telah digazetkantermasuk kawasan hakmilik individu.

i. Pelan Induk Landskap (PIL) disediakanuntuk merancang pembangunan landskapsecara menyeluruh di kawasan PBT danturut disertakan dengan garis panduanumum.

ii. PIL turut memperincikan lima (5) kawasanpelan tindakan pembangunan untukdibangunkan.

iii. Pendekatan yang sama boleh digunakanmelalui penambahbaikan garis panduanlandskap di dalam Pelan Induk Landskap.Penggubalan akta juga membolehkanperkara berkaitan kawalan perancanganlandskap dilaksanakan secara lebihberkesan dan sistematik.

Jepun boleh dikatakan sebagai model rujukan terbaik dalam aspek perancangan,pembangunan, pengurusan dan kawal selia aktiviti berkaitan pembangunan danpemeliharaan landskap. Tempoh masa lima (5) hari yang diperuntukkan bagi sesilawatan teknikal ini dapat dirumuskan dalam bentuk jadual perbandingan seperti berikut:

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

71

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Bil Negara

Jepun Malaysia

3 Pembangunan Taman Awam

i. Terdapat banyak taman awam yangdibangunkan dari Kurun ke-17 hinggapenghujung Kurun ke-19 yang masihdikekalkan.

ii. Taman / ruang rekreasi menjadisebahagian daripada pembangunanistana atau rumah ibadat yang dibukasebahagian / sepenuhnya untukkegunaan awam.

iii. Lokasi taman tetap terpelihara walaupunberada di kawasan bernilai tinggi dipusat bandar seperti Tokyo, Kyoto danOsaka.

*Taman awam baru (pasca Jepun moden)tidak dapat dikunjungi kerana kekanganmasa.

i. Terdapat beberapa taman bernilai warisanyang dibangunkan pada Kurun ke-19 olehpihak British, namun yang bercirikanKesultanan Melayu tiada ditemui /dikekalkan.

ii. Pembangunan taman secara terancangbermula dari tahun 1980-an di tapak yangdirizabkan sebagai tanah lapang.

iii. Penentuan lokasi taman bergantungkepada kawasan dirizabkan yangkadangkala tidak sesuai dari segikedudukan dan persekitaran. Melalui akta,rizab kawasan landskap dapat ditentukanberdasarkan keperluan dan kesesuaianselain memelihara rizab tersebutterutamanya di kawasan perbandaranyang padat.

4 Penyediaan Rizab Kawasan Landskap

i. Jaringan hijau jelas kelihatan melaluipenyediaan pokok teduhan tepian jalan,taman poket, laluan pejalan kaki dan rizabkawasan penanaman / pengekalan pokok.

ii. Pemilihan pokok teduhan dan pokok renekyang mempunyai karektor tertentu untukmewujudkan keseragaman.

iii. Rizab landskap tepian sungai turutdipelihara melalui penetapan polisipembangunan, pembangunan promenade,penyediaan ruang rekreasi danpengekalan pokok teduhan yangmenyumbang terhadap kebersihan airsungai.

iv. Rizab landskap kawasan perindustriandan hartanah milik individu turut dititikberatkan melalui penguatkuasaan undang-undang serta pemberian insentif bagipihak yang berkerjasama.

i. Penyediaan jaringan hijau kurangmenyeluruh terutama di bandar-bandarkecil menyebabkan keadaan sesebuahkawasan perbandaran tidak kondusif.

ii. Pemilihan pokok adalah berdasarkankesesuaian kawasan dan cadanganrekabentuk oleh pihak berkaitan.

iii. Rizab landskap tepian sungai kurangdiberi perhatian terutama di kawasanperbandaran yang mengakibatkanpencemaran.

iv. Polisi dan garis panduan penyediaan rizablandskap di kawasan industri sertahartanah milik individu tidak mengikatmana-mana pihak untuk mematuhinyakerana ketiadaan perundangan.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

72

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Bil Negara

Jepun Malaysia

5 Pengurusan Landskap

i. Umumnya kawasan taman dan rizablandskap sentiasa diselenggara denganbaik dan dalam keadaan bersih sertasedia untuk digunakan.

ii. Pengurusan taman tidak hanyabergantung kepada pihak Kerajaan.Peruntukan undang-undang membolehkanpihak swasta dan individu menguruskantaman, kawasan atau komponen landskapmelalui kaedah tertentu.

i. Pengurusan taman dan rizab landskapmerupakan masalah utama apabilasesuatu projek disiapkan terutama bagiPBT yang kecil dan kurang pendapatan.

ii. Saluran peruntukan adalah daripada pihakKerajaan Pusat dan tidak mencukupiuntuk pengurusan landskap di seluruhnegara.

iii. Ketiadaan peruntukan undang-undangdan sistem sedia ada tidak mendorongpenglibatan pihak swasta atau individu.

Jabatan Landskap Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

73

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

PENGHARGAAN

YBhg. Datuk Arpah binti Abdul RazakKetua Setiausaha

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

YBhg. Datin Noriah binti HashimTimbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

YBrs. Tuan Haji Esa bin Hj. AhmadKetua Pengarah

Jabatan Landskap Negara

Tuan Syed Farizal Aminy bin Syed MohamadPejabat Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo

Jawatankuasa LatihanKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Jawatankuasa LatihanJabatan Landskap Negara

Encik Naoto HayashiMinistry of Land, Infrastucture, Transportation and Tourism (MLIT) Japan

Cik Hiromi RokutaPenterjemah MLIT

Bahagian Kewangan dan PerolehanKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Bahagian Dasar dan Pengurusan KorporatJabatan Landskap Negara

Bahagian PengurusanJabatan Landskap Negara

Puan Azlin binti Abdul HamidUrusetia

Jawatankuasa Kerja Akta LandskapJabatan Landskap Negara

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

Delegasi Lawatan:

Ketua Delegasi Lawatan

Puan Hjh. Rotina binti Mohd DaikPengerusi Ahli Jawatankuasa Kerja Akta LandskapTimbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)Jabatan Landskap Negara

Encik Mohd Nasir bin MohamedAhli Jawatankuasa Kerja Akta LandskapPenolong Pengarah Arkitek LandskapJabatan Landskap Negara

Encik Mohd Nazeiree bin LepAhli Jawatankuasa Kerja Akta LandskapPenolong Pengarah Arkitek LandskapJabatan Landskap Negara

Lawatan Teknikal Ahli Jawatankuasa Kerja Akta Landskap ke Jepun, 25‐29 Jun 2012

LAPORAN LAWATAN TEKNIKAL AHLI JAWATANKUASA KERJA AKTA LANDSKAP KE JEPUN

25 – 29 JUN 2012 Tokyo . Kyoto . Osaka