laporan lawatan sambil belajar ke langkawi
TRANSCRIPT
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI 2010
LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LANGKAWI
1.0 NAMA PROGRAM
Program pendidikan luar bilik darjah (PLBD) (lawatan ke Pulau Langkawi, Kedah) bersama ibubapa dan guru anjuran Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pelajaran SMK Permata Jaya, Rengit, Batu Pahat, Johor.
1.1 PENGENALAN
Program pendidikan luar bilik darjah (PLBD) iaitu lawatan ke Pulau Langkawi ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar melawat tempat-tempat yang menarik disamping menimba pengetahuan dan pengalaman baru yang menggembirakan. Lawatan ini juga merupakan salah satu kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah.
Para pelajar memperolehi pengetahuan melalui pembelajaran masteri yang mana ia merupakan satu kaedah yang berkesan dalam menyalurkan maklumat kepada para pelajar berkeperluan khas ini.
1.2 MATLAMAT PROGRAM
Menganjurkan program pendidikan luar bilik darjah (PLBD) yang tersusun dan terancang ke arah meningkatkan keyakinan diri pelajar dan mengembangkan semangat sosialisasi pelajar terhadap persekitaran luar.
Melalui lawatan ini pelajar Pendidikan Khas SMK Permata Jaya akan diberi pendedahan serta menimba pengalaman dan pengetahuan secara langsung ke arah meningkatkan tahap pencapaian mereka dalam bidang pendidikan khasnya dan kehidupan amnya.
Membina hubungan kasih sayang yang lebih intim antara ibubapa dan pelajar istimewa melalui program lawatan. Ianya secara tidak langsung dapat meningkatkan kesedaran ibubapa betapa pentingnya perhatian dan belaian terhadap pelajar istimewa ini.
1.3 SASARAN PESERTA PROGRAM
Para peserta terdiri daripada pelajar-pelajar istimewa yang mengalami pelbagai kecacatan seperti:-
a) SINDROM DOWNb) AUTISME
1
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI 2010
c) TERENCAT AKAL RINGANd) HYPERAKTIF
e) DISLEKSIA
1.4 BILANGAN PESERTA PROGRAM
Seramai 19 orang pelajar Pendidikan Khas, 8 orang guru, 2 orang Pembantu Pengurusan Murid dan 8 orang ibubapa
1.5 TARIKH PROGRAM
28 JUN 2010 – 1 JULAI 2010 (ISNIN – KHAMIS)
1.6 JANGKA MASA PROGRAM
Program ini berlangsung untuk tempoh 3 hari 2 malam
1.7 DESTINASI PROGRAM
Galeria Perdana, Underwater World, Laman Padi, Beras Terbakar, Kereta Kabel, Kota Mahsuri (PULAU LANGKAWI, KEDAH DARUL AMAN)
2.0 OBJEKTIF
Objektif Program pendidikan luar bilik darjah (PLBD) (lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi, Kedah) ini diadakan ialah :
1. Mewujudkan suasana riang dan mesra di kalangan pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran serta guru-guru dan ibubapa disamping membentuk kestabilan diri.
2. Memberikan pengetahuan kepada pelajar cara berinteraksi dan menghormati orang luar
3. Memberi ruang kepada pelajar mempelajari dan menghormati adat dan budaya negeri lain
4. Memberi peluang bersiar-siar ke tempat-tempat yang belum pernah mereka kunjungi disamping dapat menimba pengetahuan baru.
5. Membina daya tahan pelajar mengharungi perjalanan yang jauh dan mencabar
3.0 PELAKSANAAN AKTIVITI
Aktiviti lawatan ini bermula pada hari Isnin (28 Jun 2010). Peserta–peserta lawatan berkumpul di dataran sekolah SMK Permata Jaya pada pukul 4 petang. Para peserta bersama-sama mengerjakan sembahyang Asar berjemaah. Pada pukul 5.30 petang, bas mula bergerak meninggalkan SMK Permata Jaya. Sepanjang perjalanan ke Kuala Perlis
2
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI 2010
Isnin, 28 Jun 2010
MASA AKTIVITI
4.00 – 5.30 petang Peserta lawatan berkumpul di dataran SMK Permata Jaya
Menunaikan solat Asar berjemaah Menaiki bas
Selasa, 29 Jun 2010
MASA AKTIVITI
8.45 pagi Tiba di Jeti Kuala Perlis
9.00 pagi Menaiki feri ‘My Ferry 2’ menuju ke jeti Pulau Langkawi
10.00 pagi Tiba di jeti Pulau Langkawi Mendapatkan bas persiaran yang disediakan oleh
pihak Koperasi MRSM Langkawi Berhad
10.30 pagi Menuju ke Galeria Perdana. Berada di Galeria Perdana selama satu setengah jam
11.45 pagi Menuju ke Kompleks LADA untuk menikmati makan tengahari yang ditaja oleh pihak LADA
1.00 tengahari Singgah sebentar di tempat penghasilan gamat ‘Legenda Warisan Gamat’
Singgah ke kedai penjualan kain batik dan hasil bumi Langkawi
2.00 petang Ke Kota Mahsuri
3.00 petang Singgah solat Jamak Zohor dan Asar
4.00 petang Menuju ke Underwater World
6.00 petang Berhenti makan di Dataran Lang
7.00 petang Mendaftar masuk ke apartment MRSM Langkawi
3
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI 2010
Rabu, 30 Jun 2010
MASA AKTIVITI
8.00 pagi
8.30 pagi
Menaiki bas persiaran ke pekan Kuah untuk bersarapan
Sarapan pagi
9.00 pagi Menuju ke Kilim Geoforest Park – melihat aktiviti memberi makan burung Helang dan aktiviti laut yang dijalankan
Ke Gua Kelawar11.30 pagi Singgah di Cable Car (tetapi keadaan cuaca yang
tidak mengizinkan menyebabkan operasi Cable Car dihentikan)
Bersiar-siar disekitar kawasan Cable Car12.15 pagi Menuju ke Pantai Pasir Hitam
Membeli-belah hasil laut di Pantai Pasir Hitam1.00 tengahari Menuju ke Beras Terbakar
1.30 tengahari Singgah solat Jamak Zohor dan Asar di surau berdekatan dengan Beras Terbakar
2.00 petang Membeli-belah di Haji Ismail Group
4.00 petang Membeli-belah di Idaman Suri
6.00 petang Membeli makan malam di Pasar Malam berhampiran Pekan Kuah
7.00 petang Pulang ke apartment MRSM Langkawi
Rabu, 1 Julai 2010
MASA AKTIVITI
9.00 pagi Menaiki bas menuju ke Jeti Pulau Langkawi
11.00 pagi Menaiki feri ‘My Ferry 2’ menuju ke jeti Kuala Perlis
12.00 tengahari Tiba di jeti Kuala Perlis Mendapatkan bas yang menanti di jeti Kuala Perlis
12.30 pagi Menuju ke Padang Besar, Perlis Membeli-belah di Padang Besar
3.00 petang Menuju pulang ke Batu Pahat, Johor
8.00 malam Singgah sebentar di Mc Donald, Juru, Seberang Perai untuk makan malam yang ditaja oleh Mc
4
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI 2010
Donald Malaysia9.30 petang Menuju pulang ke SMK Permata Jaya, Batu Pahat,
Johor
Jumaat, 2 Julai 2010
MASA AKTIVITI
9.30 pagi Tiba di SMK Permata Jaya
5.0 PERBELANJAAN SEPANJANG LAWATAN
Yuran pelajar = RM 4200Yuran guru (RM120 x 1 orang) = RM 120
(RM 140 x 4 orang) = RM 560(RM 180 x 5 orang) = RM 900
= RM 1580Yuran ibu bapa (RM250 x 6) = RM 1500Yuran ibu bapa (RM140 x 2) = RM 280
RM 1780
JUMLAH = RM 4200 + RM 1580 + RM 1780 = RM 7560
Perbelanjaan sepanjang lawatan
Tambang feri = RM 1014.00Sewa apartment MRSM = RM 1512.00 Makan pagi di MRSM = RM 136.50Sewa bas di Langkawi = RM 1170.00Wang saku pelajar = RM 600.00Baju lawatan = RM 527.00Bayaran bot (Kilim Geoforest Park) = RM 435.00Tiket masuk U/water world (RM22 x 12)+(RM 7 x 19) = RM 397.00Tiket masuk Galeria Perdana (RM5 x 17) = RM 85.00Tiket masuk Kota Mahsuri (RM 4.50 x 11) = RM 49.50Wang tiket masuk Cable Car yang dikembalikan = RM 72.00Lain – lain = RM 110.00
= RM 6108.00Baki wang lawatan = RM 1452
5
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI 2010
PERBELANJAAN WANG TAJAAN
Wang tajaan = RM 700.00Telefon = RM 100.00Kerepek = RM 20.00Baju pemandu bas = RM 40.00Key chain = RM 120.00Coklat (saguhati) = RM 150.00Duit saguhati driver = RM 100.00Duit minyak = RM 50.00JUMLAH = RM 580.00
Baki wang tajaan = RM 120.00
*baki wang lawatan dan tajaan disalurkan ke Tabung Kelas Pendidikan Khas SMK Permata Jaya
5.0 BATASAN / MASALAH YANG DIHADAPI
Tiada masalah yang besar dihadapi sepanjang lawatan ini. Pelajar perlu diberi perhatian
sepenuhnya oleh guru yang bertanggungjawab untuk menjaganya daripada sebarang bahaya.
Pelajar ini tidak mengenal erti bahaya. Selain itu, program ini melibatkan ibu bapa pelajar dan ini
telah memberi sedikit masalah kepada guru-guru untuk menguruskan pelajar kerana kadangkala
terpaksa mengurus ibu bapa tersebut. Walaubagaimanapun, segala masalah dapat dihadapi dan
diselesaikan dengan baik.
6.0 CADANGAN UNTUK KECEMERLANGAN PROGRAM
Program ini telah dapat dijalankan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Perancangan dan pelaksanaan kerja-kerja awal yang dilaksanakan dengan pemantauan berterusan
banyak membantu kelancaran program tersebut. Bagi meningkatkan tahap pengurusan yang
lebih cemerlang dalam program akan datang adalah dicadangan seperti tugasan guru perlu
6
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI 2010
diperincikan agar setiap guru dapat menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan
lebih berkesan. Diharap juga semua peserta lawatan memberi kerjasama yang lebih baik dengan
mematuhi setiap arahan untuk mengelakkan sebarang masalah. Pelajar juga seharusnya lebih
kerap didedahkan dengan program luar untuk membiasakan pelajar dengan disiplin dan
peraturan lawatan.
7.0 KEBERKESANAN PROGRAM KEPADA PELAJAR
Pelajar dapat mengenal dunia luar seperti bentuk muka bumi setiap negeri dan nama
negeri yang dilalui. Sekaligus pelajar dapat menimba pengetahuan baru yang hanya boleh
dipelajari daripada subjek Geografi.
Selain itu, melalui program ini pelajar dapat pendedahan tentang komunikasi antara
sesama mereka serta orang luar. Pelajar juga dapat mempraktikkan kemahiranyang dipelajari
dalam mataelajaran Matematik seperti penggunaan wang ketika membeli-belah dan membayar
harga makanan.. Pelajar berpeluang berkomunikasi dengan orang asing dalam Bahasa Inggeris
walaupun tahap bahasa mereka masih rendah. Ini dapat membina keyakinan diri bila berhadapan
engan orang luar. Pelajar mula berkeyakinan untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam
percakapan seharian mereka selepas pulang dari lawatan tersebut. Pelajar juga didedahkan
kepada menghormati orang yang berada disekeliling mereka. Kerjasama antara pelajar juga
terserlah apabila saling bantu-membantu mengurus diri rakan mereka yang lemah.
Setiap tempat yang dilawati, pelajar dapat menimba ilmu serta meningkatkan keyakinan
diri mereka. Pelajar dapat mempelajari sejarah Langkawi, bentuk muka bumi, dan dapat
menikmati keindahan dan keunikan persekitaran Langkawi.
8.0 SEKITAR AKTIVITI LAWATAN SAMBIL BELAJAR
7
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI 2010
1) Semasa perjalanan menuju ke Pulau Langkawi
2) Para pelajar semasa lawatan di Galeria Perdana, Langkawi
3) Makan tengahari yang ditaja oleh LADA di Restoran Azwalangka
8
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI 2010
4) Mempelajari pembuatan minyak gamat di Warisan Gamat
5) Menimba ilmu sejarah Mahsuri di Kota Mahsuri
6) Mempelajari dan melihat keindahan hidupan laut di Underwater World Langkawi
9
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI 2010
7) Menaiki bot untuk mejalankan aktiviti memberi makan Helang di Kilim Geoforest Park
8) Menyelusuri Gua Kelawar
9) Bermesra dengan Ikan Sumpit dan Ikan Pari
10
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI 2010
10) Aktiviti memberi makan kepada burung Helang
11) Melihat aktiviti mencanting batik di Kompleks Kraftangan Malaysia
12) Singgah sebentar di Langkawi Cable Car
11
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI 2010
13) Di Beras Terbakar, Padang Mat Sirat
14) Menanti feri di Jeti Pulau Langkawi
15) Makan malam yang ditaja oleh Mc Donald Malaysia di Mc Donald, Juru, Seberang Perai
12
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI 2010
9.0 PENUTUP
Program yang dijalankan ini dapat membantu mengeratkan lagi hubungan antara guru,
ibubapa dan pelajar serta hubungan sesama pelajar. Selain itu, program ini juga memupuk
semangat pelajar untuk bekerjasama, menghormati antara satu sama lain, dan menimba ilmu baru
serta menikmati persekitaran yang indah sekaligus menghargai persekitaran sekeliling mereka.
Harapan kami selaku warga pendidik Program Pendidikan Khas Integrasi agar program seperti
ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kebaikan anak-anak pendidikan khas.
Disediakan oleh : Disemak oleh :
……………………………… ……………………………….
CIK NURSHUHAIDA BINTI MOHD SALLEH TN. HJ. SUBARI B. JUBRISetiausaha Penolong KananLawatan sambil belajar ke Langkawi Program Pendidikan Khas IntegrasiSMK Permata Jaya SMK Permata Jaya
Disahkan oleh :
………………………………..HJH. FARIDAH BT KALAMPengetuaSMK Permata JayaRengit, Batu Pahat, Johor
13